Monday, May 23, 2022

Mesyuarat Agung Angkasa

Hari ini simulasi Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa. Supaya bila berlangsung mesyuarat yang betulnya dapat berjalan lancar.
Walaupun hanya simulasi, Ahli Lembaga (ALK) dan perwakilan dapat memberikan komitmen sebaiknya. Dato' Sri Fattah siap buat ucapan pra perasmian lagi.

Mesyuarat Agung akan dijalankan secara dalam talian. Walaupun negara telah fasa endemik, namun tiada salahnya sesetengah program seperti mesyuarat dijalankan secara online. Kadang lebih praktikal. Jimat masa, tenaga dan tentunya kewangan.
Tapi nak buat jamuan raya online tak bolehlah. Kena lah sesuaikan.

Buat simulasi adalah tip untuk memastikan sesebuah program berjalan lancar terutama program grand dan rasmi.




#PermaiMenulis #simulasi #koperasi #Angkasa #koop #lipis #mesyuarat #online #zoom #mapa2022

Saturday, May 21, 2022

Jamuan Surau

Jamuan raya Surau Darul Muttaqin. Masih banyak projek dan program di tempat ini. Antaranya ialah rumah orang tua. Tahniah kepada Ustaz Borhan dan pasukannya.



#Surau #jamuanraya #syawal #PermaiMenulis

Thursday, May 19, 2022

Tiru idea



Aktiviti Lepas subuh.
Mencari idea yang boleh dicedok.
Meniru apa yang orang dah buat. Antara kaedah yang boleh kita gunakan.
Tapi ketika exam jangan guna formula ni.

#Formula #meniru #idea #PermaiMenulis

Monday, May 16, 2022

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera



Selamat hari guru kepada semua guru kami. Tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman.
Jauh sekali dari Kami menjumudkan hanya sekian-sekian sahaja yang dilabelkan sebagai guru. Bahkan semuanya adalah guru yang berjasa kepada kami. Terima kasih.
Didoakan moga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

#guru #selamathariguru #murabbi #pendidik #terimakasih #PermaiMenulis #gurutunjangsekolahsejahtera

Friday, May 13, 2022

Masjid Sebagai tempat perlindungan.

 Masjid Sebagai tempat perlindungan.


Semalam berlaku banjir kilat di Janda Baik Bentong. Mutakhir bencana banjir semakin kerap berlaku di tempat kita.
Sewajarnya semua pihak perlu memikirkan solusi terbaik untuk jangka panjang dan pendek.
Bila banjir, mangsa akan dipindahkan ke tempat perlindungan. Biasanya di sekolah, balai raya dan tak terkecuali di Masjid.

Ketika banjir besar tahun 1970 di Temerloh, antara Masjid yang saya jumpa gambar di google menjadi tempat perlindungan, Masjid Abu Bakar Temerloh dan Masjid Kampung Bukit Kepayang.

              Masjid Abu Bakar Temerloh
                                                                Masjid Bukit Kepayang

#Masjid #sejarah #pusatperlindungan #Jaip #PermaiMenulis #Temerloh #Jakim


Banjir

Zaman berubah.
Dulu masa belajar geografi kat sekolah, musim hujan ketika angin monsun timur laut. Pantai timur biasanya akan dilanda banjir. Penduduk dan agensi yang berkaitan dah "stnby" siap-siap.
Tetapi sekarang semakin berbeza. Dalam setahun berkali-kali banjir.
Tempat yang dahulunya tak pernah kena banjir kini ada yang jadi tempat yang kerap dinaiki air.
Cikgu yang mengajar alam manusia pun boleh jadi "konfius" dengan sukatan.
Semuanya dengan Kehendak Yang Maha Esa. 



#zaman #berubah #PermaiMenulis 

Wednesday, May 11, 2022

Meriah Raya di kampung

Suasana Hari Raya di kampung cukup meriah.
Nak pula tahun ini, lain macam penangan qadha' raya 2 tahun punya.
Tetapi mungkin dua tiga hari, letaklah paling lama seminggu.
Selepas itu kebanyakan rumah di kampung kembali sunyi dan ada yang berkunci terus.
Jumlah Masjid di kampung tradisi yang tak cukup bilangan 40 orang untuk mendirikan solat jumaat semakin bertambah.
Ada Masjid yang sekian lama telah dapat fatwa khas tamam 12. Tetapi parahnya nak dapat 12 orang pun susah.
Begitulah realitinya.
Bukannya orang muda tak nak duduk di kampung. Tetapi berkait dengan ruang dan peluang kerjaya.
Saya cadangkan kepada mereka yang mempunyai ruang dan peluang, usahalah untuk meriahkan kampung.

*Gambar beraya di rumah Ustaz Hasan yang dari bandar kembali ke kampung.



#PermaiMenulis #raya #syawal #aidilfitri #kampung #pahang #bandar

Thursday, May 05, 2022

Mencari kedai makan di musim raya

Catatan Raya.
Musim raya kenderaan memang penuh di jalanan.
Hari ini raya ke-4 pun masih penuh lagi.
Maknanya orang lebih ramai di jalanan berbanding di rumah. Cerita فاطن نتشا سليمان , pergi ziarah rumah sahabat setengah jam sahaja, 8 jam lagi di jalanan sebelum tiba di rumah sendiri.
Kedai makan pun masih belum dibuka sepenuhnya. Sama ada tokey masih dalam mood raya atau pun untung niaga bazar Ramadan lumayan, itu yang berasa malas lagi nak buka.
Hasilnya, mana-mana kedai makan yang bukak, terlampau lah ramai sehinggakan tokey tak menang tangan dan tutup awal sebab stok bahan mentah dah habis.
Realitinya start hari ke 3 dan paling awal hari kedua lagi orang dah cari nasik. Mana tahan perut memanjang nak makan kuih raya je.
Lemang ketupat pun sehari dua bolehlah. Huhu.
Dah nama orang Malaysia. Nak nasik jugaklah.

Mana-mana yang nak buat bisnes part time, saya cadangkan jual nasi berlauk tima pasca raya. Insya-Allah ramai pelanggan.



*Gambar kenangan beraya di rumah mak saudara Masmuna Samah

#PermaiMenulis #raya #syawal #jalanan