Thursday, December 22, 2022

TEMPAT MULA SUNGAI PAHANG

Kuala Tembeling Jerantut. Tempat pertemuan antara Sungai Jelai dan Sungai Tahan. Barulah selepas itu bermulanya era Sungai Pahang.huhu.





#sungaipahang #sungai #river #pahang #jelai #tahan #PermaiMenulis

Thursday, December 15, 2022

Orang Muda




Kami dari Bahagian Dakwah JAIP bergambar bersama peserta majlis menghafaz al-Quran negeri Pahang. Nampak sebaya je kan.. huhu.
Maknanya kami awet muda dan chek kesihatan baru ni pun dapatannya umur lagi muda dari usia sebenar.

#jaip #PermaiMenulis #tahfiz #hafazanquran #pahang #urusetis

Tokoh Al-Quran Pahang




Dato’ Solah ajak bergambar bersama Dato’ Sri Dr Abd Rahman, Mufti Negeri Pahang di majlis perasmian menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Pahang.
Saya share semula biodata tokoh Al-Quran kelahiran Pahang ini :

Dato' Salehuddin (solah). Dato' lahir di Kampung Sepat, Penor.
Dato' bacth pertama pelajar tahfiz al-Quran di Masjid Negara iaitu pada tahun 1966 bersama-sama dengan 7 orang yang sangat bertuah. Iaitu
1.Datuk Hj Abu Hassan Lebai Din (Perlis)
2.Tan Sri Syeikh Hj Ismail Muhammad (Terengganu)
3. Syeikh Zainal Abidin Ahmad (Terengganu)
4. Syeikh Mohsen Shekh Ahmad (Negeri Sembilan)
5. Sheikh Osman Mohammad Noor (Kedah)
6. Sheikh Kamaruddin Hj Amri (Perak)
7. Syeikh Shafie Ayub (Selangor),

Hanya 8 orang sahaja pelajar kumpulan pertama Tahfiz Masjid Negara yang diambil dan Dato' merupakan pelajar tunggal dari Negeri Pahang.

Tahun 1969, Dato' bersama rakan-rakannya yang lain telah melanjutkan pelajaran ke Mesir. Setelah hampir 7 tahun, 1976 Dato' telah berjaya menyelesaikan pengajiannya di peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar.

Jawatan Dato' Salehuddin dalam perkhidmatan :

1- Qadhi daerah Maran, Pahang pada tahun 1977 hingga 1980.
2- Pengetua Darul Quran Jabatan Kemajuan lslam Malaysia bermula dari tahun 1980 hingga
tahun 1993.
3- Pengetua Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hasanul Bolkiah, Brunei bermula dari tahun
1993 hingga tahun 1999.
4- Pensyarah dan guru talaqqi al-Quran di Darul Quran Singapura bertempat di Majid Kg Siglap. Pengajaran dua kali setiap bulan dan kelas ini bermula dari tahun 2000.
5- Pengerusi Lajnah Tashih Quran Kementerian Dalam Negeri KDN. Bermula tahun 2018.
6- Hakim Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sehingga sekarang.

Anugerah Diperolehi :
1. Diatas sumbangannya yang besar dalam perkembangan al-Quran, Sultan Pahang berkenan
menganugerahkan bintang kebesaran negeri yang membawa gelaran Dato’ pada 2006.

2. Tokoh Maal Hijrah Tahun 2005 Peringkat Negeri Pahang.

3. Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 2016.
    
Kini dalam usia 77 tahun. Dato' masih giat mengajar al-Quran dan al-Qiraat baik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tahun 2022,  Hanya 3 orang Permata Al-Quran dari 8 orang kumpulan pertama Tahfiz Masjid Negara  yang masih bersama dengan kita. 
Semoga  Allah  SWT  menaungi 
kehidupan mereka dengan rahmat, taufiq dan hidayahNya, mengurniakan umur yang panjang, 
rezeki yang murah dan barakah. Amin.

#Alquran #tahfiz #maahadtahfiz #shoubra #darulquran #PermaiMenulis

Monday, December 12, 2022

Sarapan dan plan




1. Sarapan dengan Syeikh Farik. Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP. Bezi memanjang. Setahun beberapa kali je boleh jumpa. Doakan bondanya di wad hospital UIA.




2. Bos Tuan KPP Dakwah tengah plan untuk tubuh NGO di kampungnya. Antara rancangannya untuk menjayakan Projek untuk buat pondok dan tempat komuniti orang-orang tua. Sama-sama kita doakan agar berjaya.

#PermaiMenulis #media #jaip

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

Setiap 11 Disember merupakan sambutan International Mountain Day atau "Hari Gunung Antarabangsa". Ianya telah ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sejak tahun 2003.
Banjaran gunung dan tanah tinggi meliputi sekitar 27 peratus daripada permukaan daratan di muka bumi ini.
Firman Allah SWT :
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْجِبَالِ أَكْنَٰنًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَٰبِيلَ تَقِيكُمُ ٱلْحَرَّ وَسَرَٰبِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya. (Al-Nahl : 81)
Di Negeri Pahang terdapat 45 buah gunung dan bukit. Antaranya ialah Gunung Tahan (2187 meter) yang merupakan puncak tertinggi di semenanjung Malaysia.

Wednesday, December 07, 2022

MASJID BABRI DALAM KENANGAN

𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐖𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 ; 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐁𝐀𝐁𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍



Masjid Babri terletak di utara bandar Ayodhya, barat India. Dibina pada pemerintahan Maharaja Mughal yang pertama sekitar tahun 1528.
Tragedi rusuhan berlaku pada 6 Disember 1992, apabila dianggarkan 150,000 orang penganut Hindu bertindak diluar kawalan merobohkan Masjid Babri walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India. Seramai 2000 orang telah terbunuh dalam rusuhan tersebut.

#masjid
#jaip
#sejarah
#disember

Basikal dan Surat Khabar



Penghantar surat khabar.
Hujan pun tetap hantar.
Kerana dia tahu tugasnya.
Pastikan pelanggan menerima surat khabar.

#Akhbar #PermaiMenulis #pekan

Monday, December 05, 2022

Pegawai Hal Ehwal Islam Lapor diri

Hari ini 2 orang Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan baharu melapor diri di JAIP. Selamat berkhidmat dengan terbaik.



#phei #jaip #PermaiMenulis

Wednesday, November 30, 2022

Santuni Ummah Erat Ukhuwwah

Di Felda Selendang 2, Rompin.
Program Santuni Ummah Erat Ukhuwwah.


Ummah akan kuat jika ukhuwwah power.
Kata Imam Hasan Al-Banna : Ukhuwwah adalah saudara kepada iman. Manakala perpecahan adalah saudara kepada kekufuran.

#PermaiMenulis #dakwah

Sunday, November 27, 2022

Jadi orang benar

Aok down ke tu ?
Kome profesional.
Steady je.
Cuma yang tak dayanya sokmo kena gebang.
Lipak sokmo.

Nak bagi tazkirah kat masjid kena cakap benar. Walaupun terselit dengan lawak, itu skill untuk tarik mad’u. Tapi kalau cakap serius tapi menipu. Gone gamak.



#PermaiMenulis #down #up

Sunday, October 30, 2022

Ustazah Hairul Azimah dalam Kenangan

Walaupun berat, kenyataannya setiap yang bernyawa pasti akan mati. 

Tanpa sedar kita sedang menunggu giliran untuk pergi ke alam baqa’ yang kekal abadi.  


Hari ini kami menghadiri solat jenazah dan pengebumian Almarhumah Ustazah Hairul Azimah binti Abdul Aziz isteri kepada Ustaz Zarimi. Keduanya merupakan sahabat kami. Bersama sejak zaman remaja di alam belajar hinggalah sekarang.  


Minggu lepas kami sempat menziarahi beliau di Hospital UIA. Nampak keuzurannya, tetapi masih ceria berbual dan bercerita. 


Ustazah Azimah merupakan Batch ketiga Banat Maahad Tahfiz Negeri Pahang. 

Sebelumnya mendapat pendidikan di Maahad Sas Jengka dan SMA Darul Naim.

Antara generasi awal yang mengimarahkan Badan Dakwah Sekolah, program Konpip dan Permai.


Beliau mengikuti jejak Ustaz Fauzi, batch kelima Maahad Tahfiz dan Ustaz Azlan, bacth ketujuh yang lebih awal sampai giliran daripada kami. 


Kami bersaksi atas kebaikan dan pengorbanannya dalam segala macam perkara terutama dalam bidang pendidikan al-Quran dan membangunkan Maahad Tahfiz Al-Istiqamah. Sama-sama kita berdoa semoga roh Almarhumah ustazah bersama para salafussaleh dan ditempatkan di syurga.

Semoga Ustaz Zarimi sekeluarga tabah, kuat semangat dan dipermudahkan segala urusan beliau.



Nota kaki : 

*Saya batch kelima. Ustaz Zarimi batch keenam (mula batch pertama banat). Ustazah Ashikin batch pertama banat.

*Kebetulan kelmarin Ustazah Raihan up semula gambar konvo Darul Quran.









#alfatihah

#إنّا لله وإنّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

#PermaiMenulis

#MogaTabahSahabat 

#ukhwahselamanya

#mtnp

#alumni

#sman


Thursday, October 27, 2022

Raub Berselawat

Semalam di Masjid Sultan Abu Bakar Raub.
Syiarkan masjid dan surau dengan program-program. Cuba tarik minat para belia untuk akrab dengan masjid.




#Masjid #media #PermaiMenulis #raub

Tuesday, October 25, 2022

SMA Al-Basriah Tembeling

Bersama Ustaz Hafiz, Pengetua SMA Al-Basriah Tembeling. Musim-musim kemas kini fail. Kita akur, hidup masih perlukan kertas. Cuma kita usaha minimakan penggunaannya.
Kita boleh !



#Sman #media #PermaiMenulis

Friday, October 21, 2022

Pemacu CD Rom

Adakah alat ni dah boleh masuk kategori klasik ?



Sebelum ini boleh dikatakan setiap laptop dan PC ada pemacu CD.
Selepas laptop Fujitsu Siemen saya rosak, dan kos baikinya yang tinggi,
tahun 2008 Saya beralih menggunakan netbook jenama Lenovo, dan tiada pemacu CD di netbook tersebut. Nak tak nak kenalah beli pemacu CD luar.
Sehinggalah tahun 2012, netbook tersebut rosak teruk, kos baiki sangat tak berbaloi.
Jadinya saya cuba nasib dengan membeli Macbook Air. Zaman itu, beli pulak pemacu CD jenama buah epal kerana nak install Microsoft Office dan Printer.

Sekarang, ibaratnya dunia tak perlukan lagi CD. "radio" kereta pun tak guna CD dah.
Akhirnya CD menurut jejak kaset dan piring hitam.

#klasik
#cd
#laptop
#PermaiMenulis

Wednesday, October 19, 2022

Forum Wakaf

Mewakili JAIP sebagai peserta Forum Wakaf ; Menjejaki Potensi Wakaf di Negeri Pahang.

Institusi Wakaf antara medan kekuatan umat Islam.





#wakaf #PermaiMenulis #jaip

Tuesday, October 18, 2022

Nak buat Kalendar

Mesyuarat di Insight Strategi.
Projek Kalendar JAIP 2023.
Terima kasih Tokey belanja kami Latte.



#media #kalendar #PermaiMenulis

Saturday, October 15, 2022

Kamera handphone yang cantik

Skor DXOMARK.
Kamera, nombor 1 : Google Pixel 7Pro.
Kalau Selfie, Iphone 14 pro juara.

Kasar jugak modal.
Bertabahlah pakai yang tak masuk dalam skor Dxomark.





#dxomark #PermaiMenulis #mobile

Friday, October 14, 2022

Makan Obedose

Cerita makan !




Hanya minum sahaja. Meraikan Ustaz Zaidi dari Johor yang berziarah ke Pahang. Sama sepengajian semasa di Shoubra.

#PermaiMenulis #mtnp #dq #shoubra

Thursday, October 06, 2022

Kerusi Khatib Masjid

Kerusi Khatib yang dihadiahkan buat khatib Masjid Negara tahun 1965.
Kebiasaannya khatib akan duduk 2 kali semasa khutbah jumaat.
1. Selepas ucapan salam. Khatib akan duduk menunggu bilal azan kedua.
2. Ketika doa antara khutbah pertama dan kedua.




#masjidnegara #PermaiMenulis #khatib #warisan #sejarah

Tuesday, October 04, 2022

Generasi Laptop

Minum dan laptop.
Saya hanya meneman mereka.
Gen laptop yang semakin segan.





*siswa sekarang pun kurang berkepit dengan laptop.

*Berasa nak cari henpon google pixel.

#PermaiMenulis #megaview #jaip

Sunday, September 11, 2022

Geogre Town

Kedai buku seken.
Cuma bahasa melayu terhad.
Banyaknya yang Bahasa inggeris.
Boleh lah.

Terkenang zaman jalan kaki meronda keliling bandar Temerloh, Kuantan dan Mesir.
Zaman sekolah-sekolah dulu.
Bagus jalan kaki ni.





#PermaiMenulis #lawatankerjaJaip #Penang #buku

Sunday, September 04, 2022

Bersama Anakanda Yang DiPertuan Agong

Di Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Masjid pertama yang menggunakan nama Al-Sultan Abdullah. Masjid ini juga diisytiharkan sebagai Masjid Daerah.

Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah,
dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.




#masjid #mediajaip #PermaiMenulis

Sunday, August 21, 2022

Qadhi Syed Abdul Rahman Benyahya

Singgah di Ulu Jempul. Jumpa pula buku rare. Menariknya disusun oleh mantan Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan pada tahun 1975, iaitu Syeikh Syed Abdul Rahman bin Syed Mohammad Benyahya.

Kami kongsikan biodatanya :

Syed Abdul Rahman bin Syed Mohammad Benyahya merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Pahang tahun 2021.

Beliau pernah melanjutkan pendidikan di Singapura dan Hadhramaut, Yaman serta memulakan kerjaya sebagai seorang guru, sebelum bertugas sebagai Qadhi di Raub sekitar 1960-an.
Syed Abdul Rahman kemudiannya dilantik sebagai Qadhi di Kuantan dan berkhidmat sebagai Qadhi Besar Pahang bermula 1976 hingga 1982.

Syed Abdul Rahman turut aktif dalam penulisan buku agama dan kitab antaranya Qiraah Mufidah (buku mengenal huruf al-Quran dengan mudah) dan Kitab Ilmu Faraid (Harta Pusaka), selain pernah dilantik sebagai guru agama kepada bakal haji semasa dalam kapal menuju ke Mekah pada 1970, serta menjadi Hakim Tilawah al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau yang dilahirkan pada 1923 di Pekan meninggal dunia pada 1991, pada usia 68 tahun.






#tokoh
#ulama
#kitab
#jaip
#qadhi
#PermaiMenulis

Pasar Karat Loken

Nak cari barang lama boleh try ke Pasar Loken, Ipoh. Pukul 6 pagi dah start. Mesin taip, keset, piring hitam, buku, majalah. Dll.
Walaupun Barang lama, tapi kualitinya power. Buat apa yang baru kalau yang lama lagi berkualiti. huhu.






#PermaiMenulis #pasarloken #karat #pasar #loken #buku #oldbooks

Saturday, August 20, 2022

Unit Komunikasi dan Media Pahang

Kenalah berjumpa dengan sifu untuk belajar. Banyak benda lagi kena upgrade. Semangat pun kena kuat.

Petang semalam sempat berkunjung ke Pejabat Unit Komunikasi dan Media Pahang di Kompleks Teruntum. Brand deme Pahang Media tu lah.

Lepas tu sempat lagi ‘ngopi’ di Watak Kopi.
Teringat zaman sekolah dulu, Naik tingkat 17 kat Teruntumuntuk urusan biasiswa dan pinjaman Yayasan Pahang. Sekarang YP dah ada kompleks bangunan sendiri di Tanjung Lumpur. Pemandangan dari tingkap pun lawa, boleh cari ilham kalau blur nak menulis.












#PermaiMenulis #PahangMedia