Monday, December 27, 2021

Kongsi Rezeki Masjid buat Mangsa Banjir

Assalamualaikum wbt,
Tanpa dipinta, Musibah banjir turut dialami oleh sebahagian penduduk di sekitar bandar kuala Lipis.
Masjid Sultan Mahmud menyantuni mangsa banjir dengan program Kongsi Rezeki melibatkan RM 15k untuk diagihkan kepada mangsa tanpa mengira bangsa dan agama. Antaranya penduduk Taman Fah Chon, perumahan PPRT, kuarters JKR, Taman Dal Sing, Taman LKNP, Jalan Pekeliling, Taman Lipis Impian dan Desa Jeram Batu. Semoga mereka semua tabah. Buat teman-teman yang ingin menyumbang kami alukan. Seeru ala barakatillah

#MasjidSultanMahmud
#MasjidDaerah
#Lipis
#PejabatAgamaIslamDaerahLipis
#JabatanAgamaIslamPahang
#SumbanganOrangRamai
#kongsirezeki
#daruratbanjir
#BeramalKeranaAllah
#MalaysiaBangkitBersama
#KeluargaMalaysia
#PermaiMenulis

https://youtu.be/G9OHAc0hSkw

Friday, December 24, 2021

Pegawai masjid di hari jumaat

Nampak senang tapi bukan senang hendak menyusun para "tetamu" yang mari ke Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis untuk duduk dalam susunan yang teratur.
Sebahagiannya tetap berkeras untuk duduk di tempat pilihan mereka seperti di sof belakang sekali, tepi pintu, di tiang, di beranda dan di ruang luar.
Selaku pegawai masjid ni bukan semua pengunjung yang respek.
Kebiasaan Depa ingat dan berhajat ke pegawai masjid ketika ada kematian.

*Hanya segelintir kecil sahaja, majoriti "follow" apa yang pihak pentadbiran masjid tetapkan.

#CeritaJumaat #PermaiMenulis #Masjid #ragamorang

Tuesday, December 21, 2021

Banjir surut di Lipis

Alhamdulillah banjir sudah surut di Lipis. Malam ini kehadiran jemaah Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis hampir pulih seperti kebiasaan.
Beberapa hari semasa banjir sedang melanda dan ramai yang terkandas untuk hadir berjemaah di Masjid. Solat berjemaah 5 waktu tetap dapat dilaksanakan walaupun dengan bilangan yang kecil.
Saya "cover" semua waktu memandangkan sahabat pegawai masjid yang lain juga terkandas untuk hadir ke masjid dek banjir. Kerana itu juga, capaian saya sangat terhad. Hanya lingkungan dalam radar kawasan masjid sahaja. Tak dapatlah bebas nak menjenguk sahabat yang lain.
Begitulah yang berlaku setiap kali tibanya musim banjir.
Tambahan pula kali ini, saya juga perlu memindah keluar barang di kuarters yang didiami ke bilik sementara kerana isu keselamatan. Kuarters yang saya duduki sudah tidak selamat lagi. Tak pasal "demeh" kalau keluar "paper" imam lipis tertimbus dalam tanah runtuh.
Namun ketika ini, situsi semakin memburuk di Temerloh dan Mentakab. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Jangan terlupa untuk terus berdoa kepada Yang Maha Kuasa.



*Gambar kenangan, Cik Nik restoran Kuzah menunggu waktu solat ketika jemaah yang lain terkandas.

#PermaiMenulis #DakwahAnakMuda #Masjid #imamMasjid #banjir #banjir2021 #pahang #lipis #doayangbaikbaik

Tuesday, December 14, 2021

Program berkualiti

Program tak perlu banyak. Tetapi mampu memberi impak yang besar.
Perlu ubah apabila hujung tahun, berlaku lambakan program secara adhoc. Sampai bertindan dan pengisian menjadi tidak berkualiti.
Sebabnya nak habiskan duit peruntukan.
Jom workshop program.

#PermaiMenulis #workshop #daie

Monday, December 13, 2021

Dua telefon

Inilah antara kegunaan pakai 2 telefon. Satu guna untuk komunikasi, yang satu lagi jadi tempat untuk membaca teks.
Bahan bacaan seperti kertas kerja, buku, wirid al-Mathurat, Surah Yasin dan tahlil dalam PDF disimpan dalam Google Drive.



Gambar hiasan ketika mengetuai bacaan wirid al-Mathurat secara dalam talian.

#PermaiMenulis #daie #teknologi #telefon #baca

Wednesday, December 08, 2021

Ikan tilapia bakar

Gerakan dakwah perlu sentiasa kreatif dan disegarkan. Selain perlunya bergerak dalam team yang tersusun.
Meting sambil Menghadap seekor ikan tilapia bakar.



#dakwah #daie #PermaiMenulis

Thursday, December 02, 2021

Hargai Teman

Orang luar mungkin tidak kenal kita dengan mendalam.
Hanya menilai berpandukan sesuatu yang kita sendiri buat dan adakan seperti resume, tulisan, dan ucapan.
Tentulah kita nampak power. Kan.

Tetapi teman yang telah lama kita kenali tentu tahu prestasi dan keadaan sebenar.
Hargai dan layan mereka sebaiknya.
Kelak mereka buat siri pembongkaran realiti sebenar, baru padan muka. Kan.



#PermaiMenulis #teman #hargai #realiti

Tuesday, November 30, 2021

Guru Takmir Jakim



Hari ini menjadi panel penemuduga Guru Takmir JAKIM bagi daerah Lipis, Bentong, Raub dan Jerantut.

Bila sebut temuduga, keadaan yang dihadapi bagi calon kebiasaannya mendebarkan dan sedikit sebanyak memerlukan persediaan.
Jujurnya, saya sendiri tidak gemar sertai temuduga.

Jadinya, jangan stress, kita berborak sahaja mengenai apa yang kita tahu.

Setiap masjid dan surau di Malaysia boleh menempatkan seorang Guru Takmir.
Guru Takmir boleh mengajar sehingga 2 + 1 buah masjid atau surau. Dua tempat sebanyak 4 hari + 4 hari dan sebuah masjid@ surau sebanyak satu hari.
Jumlah keseluruhan mengajar Guru Takmir dalam tempoh sebulan sebanyak 8 hari + 1 hari.

Sebelum ini asalnya 2 buah tempat mengajar dengan 8 hari jumlah mengajar dalam sebulan. Tetapi selepas pengumuman kenaikan elaun Guru Takmir daripada RM800 kepada RM900 dalam Bajet. Maka tambah lagi sehari dan memerlukan sebuah lagi premis tempat mengajar.
Cumanya yang sebuah lagi tu hanya mendapat kuliah bulanan sahaja.

Kesimpulannya Program Guru takmir dapat mengimarahkan dan menyemarakkan budaya menuntut ilmu di masjid dan surau. Disamping dapat membantu masjid dan surau yang tidak mampu dari segi kewangan terutamanya yang berada di pedalaman.
Jom sertai komuniti Takmir.

#Takmir #Jakim #JabatanAgamaIslamPahang #PermaiMenulis #Temuduga #GuruTakmir #Pahang

Monday, November 29, 2021

Program Taklimat Prosedur Tangkapan Tanpa Waran oleh Pegawai Masjid anjuran Bahagian Penguatkuasaan Jaip yang diadakan di Masjid Daerah Sultan Mahmud  Lipis
Program dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Al-Fadhil Ustaz Yusri bin Aman.
Ceramah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Nasharuddin bin Ngah al-Hafiz, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP.

Selaku tuan rumah, kita tolonglah mana yang patut. Dan buat-buat sibuk. Kalau tak orang tak kenal tuan rumah.




#masjid #waran #tangkap #PermaiMenulis 

Meracun dan berkhemah

Bila lama terbiar akhirnya boleh naik jadi belukar. Sebelum jadi lebih sukar, kita selit ruang dan gunakan peluang yang ada untuk mengawal keadaan.

Mungkin saya akan selalu berkhemah di sini. Sebagai alasan untuk tempat ini menjadi bersih dan kemas.

Tengok di Youtube, aktiviti berkhemah dan berekreasi semakin diminati.
Ditambah dengan "camper" yang kreatif aktiviti menjadi lebih mudah, santai dan menarik.
Contohnya Campercar dan Campervan.
Tapak perkhemahan berbayar yang lengkap dengan fasiliti dan kemudahan seperti tandas, paip air dan bekalan elektrik semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.



#meracun #camper #PermaiMenulis #TelokSabak #GunungSenyum

Friday, November 26, 2021

Menjelang solat jumaat

Hari ini hujan. Kami masih menyantuni kehadiran solat jumaat. Beginilah rutin hari jumaat.
Pemerhatian saya, Ada yang akan terlebih dahulu memberi salam atau mengangkat tangan.
Ada juga yang melintasi depan saya tanpa memandang apatah lagi memberi salam dan mengangkat tangan atau menyedekahkan senyuman.
Kalau nak kata tak kenal, musykil juga sebab kami dah terpacak dengan pakaian rasmi.
Itu belum lagi cerita petugas Rela yang berkawal di pintu pagar hampir dilanggar oleh Rider-rider berkain pelikat.
Nak gonekan...




#PermaiMenulis #SolatJumaat #Masjid #Lipis #Pahang #MasjidSultanMahmud

Thursday, November 25, 2021

Kongsi makanan lepas isyak

Selepas solat isyak kami mengagihkan makanan kepada pekerja shif malam yang masih tekun bekerja.
Terima kasih kepada penaja makanan. Sama-sama kita berkongsi rezeki. Hujan-hujan ni tentu cepat lapar.Kan.




#pejabatagamaislamdaerahlipis #JabatanAgamaIslamPahang #MasjidDaerahLipis #PermaiMenulis #KongsiRezeki #makanan #hujan #lipis

Tuesday, November 23, 2021

Wang Ihsan Mangsa Banjir Kerajaan Negeri Pahang



Pagi ini dalam program Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Banjir Kerajaan Negeri Pahang kepada Ketua Isi Rumah bagi Dun Cheka. Seramai 690 orang mangsa banjir dari Dun Cheka.
Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis juga turut sama turun padang membantu mangsa banjir sekadar kemampuan kami.
Banjir yang besar tempoh hari di Lipis juga menyebabkan tanah runtuh dan jalan raya tidak boleh dilalui di Taman Cahaya.
Kata YH Dato' Pegawai Daerah "Insya-Allah projek Jambatan sebanyak 3.5 Juta untuk menyelesaikan masalah jalan runtuh di Taman Cahaya. Cuma buat masa ini peruntukan kewangan akan disalurkan pada bulan Januari tahun hadapan.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Sri IR Hj Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak, Exco Kerajaan Negeri Pahang . Mewakili YAB Dato' Sri Menteri Besar.



Sama-sama berdoa agar kita dijauhkan dari sebarang musibah.

#PermaiMenulis #pejabatagamaislamdaerahlipis #MajlisDaerahLipis #KerajaanNegeriPahang #nadma #WangIhsan

Saturday, November 13, 2021

Mesyuarat Agong Angkasa

Selamat bermesyuarat agong kepada para perwakilan Angkasa (MAPA).
Angkasa sangat utuh dan kuat kerana menghimpunkan gabungan Koperasi-koperasi di seluruh Malaysia.
Maju koperasi, insya-Allah kekuatan ekonomi umat Islam dapat dijayakan.
Paling penting jangan berpecah atau mempunyai agenda peribadi. Seperti pegang jawatan di Angkasa hanya untuk mencari peluang membina kekayaan peribadi atau kroni sahaja.




#koperasi #mapa #angkasa #mesyuarat #perwakilan #PermaiMenulis

Thursday, November 11, 2021

Pagi dengan ilmu

Bukan mengajar tetapi hanya ingin memberitahu. Sekadar kongsi apa yang diketahui.
Mudahan diberkati.



#PermaiMenulis #duha #lipis

Tuesday, November 09, 2021

Calon Angkasa

Mesyuarat Agong Perwakilan Angkasa (MAPA 2021) dijadualkan berlangsung pada 13.11.2021. Saya salah seorang perwakilan, maka
Seminggu ini hampir setiap hari saya menerima kiriman mesej daripada calon-calon yang bertanding sebagai Anggota Lembaga di Mesyuarat Agong Perwakilan Angkasa (MAPA 2021).
Nada ayatnya sama sahaja iaitu menawarkan diri dan meminta perwakilan memberi sokongan dengan mengundi mereka nanti.

Ini baru jadi calon untuk Anggota Lembaga Angkasa sudah beria benar lobi melobi.
Agak-agak Kalau calon pilihanraya umum (PRU), negeri (PRN), kecil (PRK) lebih hebat lagi atau biasa-biasa sahaja ?

Amanah dan tanggungjawab Kepimpinan sangatlah besar. Bukan semata-mata untuk bersuka-suka apatah lagi dilihat sebagai batu loncatan untuk menjadi kaya raya.

Firman Allah SWT :
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh" (al-Ahzab : 72)

Kalam masyhur ada menyatakan :
Jawatan bukan suatu tashrifan (kemuliaan) tapi satu taklifan (beban).

Tapi peliknya ada yang suka untuk menerima bebanan. Kenapa ye ?




#Angkasa #mapa #koperasi #skm #koop #PermaiMenulis #Perwakilan

Thursday, November 04, 2021

Usul Dakwah

Buku Usul Dakwah susunan Syeikh Dr Abdul Karem Zaidan merupakan antara buku teks yang menjadi silibus untuk peperiksaan perkhidmatan awam Pegawai Hal Ehwal Islam kerajaan Negeri Pahang. Selain daripada kitab Matla' Badrain dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang.
Alhamdulillah, saya antara yang agak beruntung kerana lulus awal peperiksaan tersebut. Ada yang sampai beberapa kali terpaksa ulang semula mengambil peperiksaan.

Buku pertama saya cetakan Pustaka Salam kemudiannya dipinjam secara berterusan dan berantaian oleh mereka yang akan menduduki peperiksaan sehinggalah tidak dapat dikesan dan dijejaki oleh tuannya.

Buku berikutnya cetakan Pustaka Fajar mengandungi dua jilid. Malangnya jilid kedua juga hilang dari simpanan. Terpaksalah saya membeli semula jilid kedua. Jadilah jilid pertama cetakan tahun 2007 dan jilid kedua cetakan tahun 2018.

Untuk mendapatkan ilmu selain daripada berguru ialah melalui kitab/ buku-buku. Malang jika para asatizah miskin khazanah buku. Berasa kedekut untuk membeli buku. Tetapi tiada masalah untuk berhabis duit kepada perkara lain seperti makeup kenderaan, sering bertukar sport rim kereta (hanya contoh dan tidak tuju kepada sesiapa).

Bayangkan, Jika untuk menduduki peperiksaan pun tiada buku sendiri. Bagaimana dengan buku-buku lain yang tiada dalam silibus ?




*Gambar buku, kelihatan ada beza antara jilid 1&2. Serta slip keputusan peperiksaan Perkhidmatan Awam SUK Pahang.

#Usuldakwah #PermaiMenulis #Daie #buku #kitab #baca #perkhidmatanawam

Wednesday, November 03, 2021

Pemuda dan Perubahan

Pemuda dan Perubahan.
Orang muda suka mencuba sesuatu yang baru.
Inginkan kelainan dan tak suka dikawal.
Namun dalam fasa mencuba dan membuat eksperimen, sebaiknya orang muda membuat rujukan dengan sumber-sumber yang telah sedia ada seperti orang lama yang masih ada atau maklumat melalui bahan bacaan.
Rugi jika orang muda membuat sesuatu kekhilafan yang pernah dilakukan oleh generasi silam.
Namun bukanlah jumud kena "follow" 100% apa yang telah dilakukan oleh orang lama.
Kena sesuai dan selaraskan dengan keadaan semasa.

لكل زمان رجال
Setiap zaman ada "rijalnya" (tokohnya)



#PermaiMenulis #Pemuda #rijal #perubahan

Tuesday, October 26, 2021

Kuarters Masjid

Lawatan tapak bersama Jkr dan Jaip di Masjid Baru Benta. Ada benda yang tak memadai hanya di atas kertas atau di dalam bilik mesyuarat. Kena turun ke lapangan sebenar.






#masjid #JabatanAgamaIslamPahang #benta #lipis #pahang #PermaiMenulis

Monday, October 25, 2021

Timbalan Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan



Usai Subuh berbual dengan Tuan Mohd Ridzwan Abidin. Beliau pernah menjadi KADO di daerah Lipis dari tahun 1998-2004. Sekarang sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan di Putra Jaya.

Beliau bercerita tentang bagaimana hendak menyelenggara sampah. Kebanyakan sampah kita daripada lebihan makanan yang dibuang.

#subuh #masjid #lipis #pahang #PermaiMenulis

Friday, October 22, 2021

Surah Al-Ahzab ayat 40 : Nabi Muhammad adalah penutup segala nabi

 



Firman Allah SWT :

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ اَبَآ اَحَدٍ مِّنْ رِّجَالِكُمْ وَلٰكِنْ رَّسُوْلَ اللّٰهِ وَخَاتَمَ النَّبِيّٖنَۗ وَكَانَ اللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمًا ࣖ

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Ahzab : 40)

Allah SWT menyebut Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah dan penutup segala nabi.

"Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti"

#alquran #Maulidulrasul #PermaiMenulis

Thursday, October 21, 2021

Surah Muhammad ayat 2

 


Firman Allah SWT :
وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَاٰمَنُوْا بِمَا نُزِّلَ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَّهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَّبِّهِمْ ۚ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّاٰتِهِمْ وَاَصْلَحَ بَالَهُمْ

Dan orang-orang yang beriman (kepada Allah) dan mengerjakan kebajikan serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad; dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka; Allah menghapus kesalahan-kesalahan mereka, dan memperbaiki keadaan mereka. (Muhammad : 2)

Allah SWT menyebut nama Nabi Muhammad SAW dengan jelas dan terang dalam ayat ini.

"Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti"

#Maulidulrasul #PermaiMenulis #DalilAlquran


Wednesday, October 20, 2021

Al-Anbiya' ayat 107 : Rasulullah rahmat seluruh alam




Firman Allah SWT :
وَمَآ اَرْسَلْنٰكَ اِلَّا رَحْمَةً لِّلْعٰلَمِيْنَ


Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam. (Al-Anbiya' : 107)

Rasulullah SAW adalah pembawa rahmat. Bukan hanya untuk manusia sahaja, tetapi seluruh alam temasuk makhluk Allah yang lain mendapat manfaat.

"Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti"

#MaulidulRasul #RahmatSekalianAlam #PermaiMenulis  

Tuesday, October 19, 2021

Surah At Taubah Ayat 128

Salam Maulidul Rasul1443H

Firman Allah SWT :
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah : 128)



Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.
#MasjidDaerah #Lipis #Pahang #MaulidulRasul #PermaiMenulis

Monday, October 18, 2021

Nak pilih Simkad apa



Kaedah yang saya gunakan ialah mencuba sendiri pelbagai telco yang ada di pasaran. Baru tahu mana yang paling power.
Kadang aplikasi Open Signal tak beri keputusan yang sama dengan realiti.
Paling penting line apa yang paling kuat di rumah. Kalau tawaran pakej wow tapi line kat rumah awak krik-krik.
Maka setiap orang tak sama. Mengikut lokaliti tempat masing-masing.
Setelah bye bye kepada Maxis dan Digi.
Saya sekarang menggunakan Yes, U mobile dan Onexox.
Berasa nak test Unifi Air pula. Macamana Ustaz Muzil Ne'mat 😅.

Penting mendapat capaian internet yang power kerana dapat menjimatkan banyak masa, tak loading lama dan bila meting online tak macam duduk dalam gua. Tak gitu Mujahidul Amin 😉

*Gambar ditangkap dengan HP yang guna simkad Onexox. 😬

#Simkad #internetpower #PermaiMenulis #power #linelaju #pengalaman

Friday, October 15, 2021

Belajar mengaji Surah Al-Fatihah

 


Sama-sama kita belajar membaca Surah Al-Fatihah.

Saling mengulangkaji.

Semoga bermanfaat.

https://youtu.be/Ecx9i2XWJKw

#PermaiMengaji #alfatihah #Surah #alQuran #Mengaji  

Thursday, October 14, 2021

Usrah Pegawai Masjid

Pegawai masjid daerah Lipis ditempatkan di 3 buah masjid iaitu Masjid Sultan Mahmud, Masjid Benta dan Masjid Padang Tengku.
Usrah wibawa pegawai masjid daerah Lipis bersama al-Fadhil Qadhi.
Pentingnya mencapai suatu keselarasan.
Perkara yang dianggap mudah oleh kita mungkin susah di mata orang lain. Begitulah juga sebaliknya.
Apabila ada penyelarasan, kesatuan kerja dapat dibina.
"Wehdatul fikri dan wehdatul amal"




#masjid #pahang #JabatanAgamaIslamPahang #Lipis #usrah #kesatuan #amal #fikrah #PermaiMenulis

Wednesday, October 13, 2021

Kenangan Syulhanif binti Kadri

Memang kita tidak dapat mengelak.

Saban hari ada sahaja yang pergi meninggalkan kita.

Pergi ke alam lain atau pun pergi membawa diri.

Pagi tadi, Kami menerima berita kembalinya kerahmatullah Saudari Syulhanif Kadri. Terkenang saat beliau berprogram bersama kami semasa zaman remajanya. Ada ketikanya sebagai peserta dan pernah juga sebagai AJK pelaksana program.

Moga Allah SWT rahmati roh beliau, dan menempatkannya di tempat yang mulia bersama para salafussaleh.
Gambar sebagai memori dan kenangan.
Walaupun telah ramai yang pergi. Saya masih setia di sini.

* ps : Saya sertakan gambar kenangan program bersama Syulhanif. Btw Apa kabo yang lain-lain, dimanakah kalian. Ada masa jom ngopi!





#PermaiMenulis #Setup #Usrah #Sman #Konsep #P1 #P2 #Remaja #hilang #Ukhuwwah  

Sarapan menu Terengganu

Bersarapan di Ganu Station. Memang original dari negeri Terengganu. Dari pengusahanya dan rempah ratusnya.
Selain menu nasi dagang, nasi minyak dan nasi lemak lauk ikan. Tentunya keropok lekor yang menjadi pilihan pelanggan.



Terima kasih kepada hamba Allah yang belanja kami. Moga Allah SWT berkati dan murahkan rezeki beliau.

#sarapan #nasidagang #keropoklekorterengganu #lipis #pahang #permaiMenulis

Tuesday, October 12, 2021

Ziarah imam



Menerima kunjungan al-Fadhil Imam Masjid Daerah Raub Saif As Saifi dan Ustaz Rahimi.
Hari jumaat ini Ustaz Rahimi akan melapor diri di tempat kerjanya yang baru di Jakim.
Ustaz Saifuddin dan Ustaz Rahimi pernah menjadi kepimpinan BKMIP Bkmip Mesir Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang - BKMIP Mesir semasa zaman mahasiswa dahulu.

Kami bercerita mengenai potensi dan kehebatan. Setiap orang tahap keupayaan dan potensi berbeza. Perlu raikan dan posisikan dengan sebaiknya.

#Masjid #imam #Raub #lipis #Jaip #Jakim #Pahang #PermaiMenulis #Bkmip #potensi

Monday, October 11, 2021

Mengaji Muqaddam muka surat 24 Siri 28


Mengaji Muqaddam muka surat 24 Siri 28

Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/B789aRxbQ_M https://youtu.be/B789aRxbQ_M https://youtu.be/B789aRxbQ_M #PermaiMenulis​ #PermaiMengaji​ #Muqaddam​ #alifbata​ #mengaji​ #alquran

Saturday, October 09, 2021

Mereka yang hilang

Gejala Keciciran perlu dipandang serius. Adakalanya gejala tersebut disedari dari awal dan kebiasaannya kurang disedari.
Kompeni yang lama, besar dan kukuh pun boleh runtuh akibat gejala keciciran yang berlaku dalam kompeni.



#PermaiMenulis #kompeni #organisasi

Friday, October 08, 2021

Bancian Vaksin di Masjid

Bancian dibuat semasa menerima kehadiran solat jumaat di Masjid Sultan Mahmud.

Jumlah kehadiran keseluruhan direkodkan seramai 299 orang.
Umur 18 tahun ke atas = 283 orang.
Belum vaksin hanya seorang.

Umur 18 tahun ke bawah= 16 orang.
Belum vaksin =0

Persoalannya kenapa terlalu sedikit para remaja menunaikan solat jumaat di Masjid Daerah Lipis.
Itu belum kehadiran untuk solat fardhu yang lain.
Musykil !




#MasjidDaerahLipis #MasjidSultanMahmud #Lipis #JabatanAgamaIslamPahang #Pahang #SolatJumaat #remaja #pelapis #PermaiMenulis

Monday, October 04, 2021

Kedai Kopi Pinto Janda Baik

Alang-alang sebelum turun dari Janda Baik, kami singgah Kedai kopi Pinto. Jika kopi lain kebanyakan dari Brazil. Berbeza dengan Pinto yang mengolah resepi kopi dari Acheh. Buka area jam 10 pagi hingga 6/7 petang sahaja.
Ubah 'mindset', minum kopi untuk sihat dan medan perbincangan yang segar.

Cerita al-Fadhil Tuan Yusri, Big Bos Bahagian Penguatkuasaan JAIP.
Pelajar praktikal memohon 'intern' ke JAIP. Bila dihantar berpraktikal ke Bahagian Penguatkuasaan ada yang keliru.
Kata mereka "Kami nak JAIP, bukan Penguatkuasa" huhu.
Dan ketika itulah mereka baru tahu kewujudan Bahagian Penguatkuasaan.

Untuk makluman kalian yang membaca post saya ini, Bahagian Penguatkuasaan JAIP ada uniform rasmi yang tersendiri. Macam uniform polis siap berpangkat lagi.
Maka bagi sesiapa yang berminat dengan kerjaya beruniform, "acu terai" mohon kerja bahagian penguatkuasa JAIP.




https://youtu.be/5xhkuf1GSkY

#kopi #coffee #pintocafe #jandabaik #bentong #pahang #malaysia #kedaikopi #drink #minum #jagaair #sihat #PermaiMenulis

Thursday, September 30, 2021

Masjid lama kampung Berchang

Selepas solat di Masjid Kampung Berchang.
Kami dibawa ustaz Namlur ke Masjid lama Kampung Berchang. Sekarang telah dijadikan sebagai bilik mesyuarat dan bilik persinggahan.

#masjidlama #solat #JabatanAgamaIslamPahang #Jaip #Muip #Jakim #PermaiMenulis #Lipis #Pahang #Mosque

https://youtu.be/47sSRbOKZB4

Wednesday, September 29, 2021

Dakwah Media Baru

Menghadiri Siri Kursus Modul Latihan Dakwah Media Baru anjuran Bahagian Pengurusan Masjid (BPMS) JAIP. Program khusus buat para pegawai masjid, Penolong Qadhi Bahagian Masjid, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau (PPMD) JAKIM serta sahabat warga JAIP yang berminat untuk turut sama.

Perserta dibimbing oleh Dr Faisal Ashaari dan Dr Hasanah AK dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM.
Sebelum bersurai, kami berkesempatan mendengar kalam taujihat daripada YH Dato' Dr Zulkifle Ali al-Hafiz, Pengarah JAIP.

Kita adalah pendakwah.








#Dakwah #JabatanAgamaIslamPahang #KeluargaMalaysia #PermaiMenulis #Jaip #MediaBaru

Penulisan Dakwah Kreatif









Berkesempatan mengikuti kursus dakwah kreatif anjuran ILIM. Terima kasih kepada Ustazah Mariam Harun yang mempelawa. Itupun tugasan homework krik-krik.

Perjalanan gerakan dakwah tetap perlu dirancakkan walaupun dunia berdepan dengan wabak pandemik.
Antara wasilah untuk menyampaikan Islam adalah melalui penulisan.
Maka, jom menulis !

#Dakwah #kreatif #ilim #JabatanAgamaIslamPahang #Jaip #Pahang #Lipis #Masjid #Daie #PermaiMenulis