Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Wednesday, September 29, 2021

Dakwah Media Baru

Menghadiri Siri Kursus Modul Latihan Dakwah Media Baru anjuran Bahagian Pengurusan Masjid (BPMS) JAIP. Program khusus buat para pegawai masjid, Penolong Qadhi Bahagian Masjid, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau (PPMD) JAKIM serta sahabat warga JAIP yang berminat untuk turut sama.

Perserta dibimbing oleh Dr Faisal Ashaari dan Dr Hasanah AK dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM.
Sebelum bersurai, kami berkesempatan mendengar kalam taujihat daripada YH Dato' Dr Zulkifle Ali al-Hafiz, Pengarah JAIP.

Kita adalah pendakwah.








#Dakwah #JabatanAgamaIslamPahang #KeluargaMalaysia #PermaiMenulis #Jaip #MediaBaru

Penulisan Dakwah Kreatif









Berkesempatan mengikuti kursus dakwah kreatif anjuran ILIM. Terima kasih kepada Ustazah Mariam Harun yang mempelawa. Itupun tugasan homework krik-krik.

Perjalanan gerakan dakwah tetap perlu dirancakkan walaupun dunia berdepan dengan wabak pandemik.
Antara wasilah untuk menyampaikan Islam adalah melalui penulisan.
Maka, jom menulis !

#Dakwah #kreatif #ilim #JabatanAgamaIslamPahang #Jaip #Pahang #Lipis #Masjid #Daie #PermaiMenulis

Thursday, September 08, 2016

Kursus Imam Wibawa 2016

Imam bukan hanya mengimamkan solat sahaja, tetapi peranannya sangat meluas terutama dalam perkembangan syiar Islam dan dalam masyarakat. Justeru untuk melahirkan imam yang hebat perlu diberi bimbingan dan latihan. Maka Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang menganjurkan kursus Imam Wibawa bagi seluruh Imam Masjid Negeri dan  Daerah  dalam negeri Pahang.

 Kursus Imam Wibawa bagi tahun ini diadakan di Hotel Ancasa Pekan. Sebuah hotel yang masih baru beroperasi sudah tentu kemudahan fasilitinya juga menarik. 




 Imam-Imam dari Lipis bersama Al-Fadhil Imam Besar Masjid Negeri

 Pengarah Kursus Imam Wibawa, Al-Fadhil Ustaz Nik Ibrahim

 Buku rekod hafazan yang dibekalkan kepada semua Imam



 Perkongsian pengalaman dari Imam Besar Masjid Negeri

 Slot bersama Ustaz Salleh Ramli, Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang membincangkan tentang buku rekod hafazan

 Slot bersama Ustaz Zainuddin Zakaria, KPQ Paid Bentong menceritakan teknik menghafaz Al-Quran
Perasmian penutup oleh YH Dato' Hj Badli Shah Alaudin, KPP Bahagian Masjid dan Surau JAIP

Gambar kenangan para Imam bersama YH Dato' KPP dan urusetia program

Sunday, September 04, 2016

Kursus Mutawif bersama Azhari Holiday

Kami ingin mempelawa sesiapa yang berminat untuk bersama kami mengerjakan ibadah Umrah di tanah suci Mekah. Insya-Allah kami akan memberi perkhidmatan yang sehabis baik dan kita sama-sama akan mengerjakan ibadah di tanah suci. 

Azhari Holiday telah mengadakan kursus kepada bakal mutawif. Pelbagai tip telah diperolehi di samping kami dapat bertemu semula, ada yang hampir 10 tahun tidak bertemu. Alhamdulillah.






 Dinner di Ana Ikan Bakar, terlalu ramai pelanggan di sini.


 Kenangan setelah tamat kursus Mutawif



 Kami adalah lepasan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Alumni Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Mesir.

Sunday, August 07, 2016

Menjadi peserta Seminar My Document bersama Byond Success

Jangan kata kita serba tahu, masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Realiti masih ramai yang tidak tahu yang mereka itu tidak tahu. Bahasa dalam kitab gelarkan Jahil Murakab.

Maka untuk menjadi tahu dan hebat kita perlu berguru. Menurut Tuan Abdul Basit selaku Pengerusi Eksekutif Byond Group of Companies ada 4 jenis guru diperlukan khususnya dalam menguruskan perniagaan.

Saya kongsikan di sini, Empat guru yang dimaksudkan ialah :
 i) Guru yang mampu memberi Motivasi dan Keberanian.
ii) Guru teknikal dan operasi
iii) Guru Pengurusan dan sistem
iv) Guru Agama dan kerohanian 

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Seminar My Documents anjuran Byond Success. Program yang membicarakan khusus berkenaan cara urus bisnes gaya korporat. Kredit untuk Ustaz Bulah yang mengesyorkan untuk saya hadir.

Tidak rugi join program-program sebegini kerana pelbagai perkara yang dipelajari di samping secara tidak langsung  saya dapat recharge semangat. Saya syorkan pada sahabat di luar sana untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh Byond  Success. 

Isi borang pendaftaran. 

 Pengisian dan perkongsian pengalaman oleh Tuan Basit.

#byondsuccess
#permaidihati

Tuesday, September 08, 2015

Kursus Imam Wibawa 2015

Menghadiri Kursus Imam Wibawa bagi Imam masjid daerah seluruh negeri pahang. Selain mendengar amanat dari ketua Penolong Pengarah bahagian Masjid, YH Dato' Badlishah bin Alaudin, para peserta turut menadah kitab Hidayatus Sibyan bersama Tuan Guru hj Yahya dari Rompin. 

 Amanat KPP Bahagian masjid dan surau. Antara pesanannya, kena bagi pencerahan pada orang awam yang bab berkait infrastruktur bangunan masjid seperti kebocoran bukan di bawah unit masjid tetapi di bawah unit pengurusan JAIP dan JKR.
 Para peserta bersama KPP Masjid


Pengajian kitab Hidayatus Sibyan bersama Tuan Guru Hj Yahya dari Rompin. Beliau biasa mengajar takmir di sekitar daerah Pekan dan Rompin. Sebelum ini pernah menuntut di Patani.

Tuesday, March 17, 2015

Bengkel Pemukiman Imam 2015

Saya berkesempatan menghadiri Bengkel Retreat (Pemukiman) Pegawai-pegawai Masjid Negeri Pahang tahun 2015 di Kuantan.
Sesi bersama Tuan KPP Bahagian Masjid JAIP, Ustaz Badli Shah bin Alaudin

 KPP Bahagian Masjid bersama para Imam

 Antara Para Imam Masjid Daerah di Pahang


 Bersama dengan Imam Masjid Daerah Jerantut

Bergambar kenangan, bukan senang berjubah hitam di hotel. Orang biasa berjubah putih..kome orang serba hitam.. Inilah pakaian rasmi Pegawai Masjid, boleh kata hampir sama di seluruh negara.

Thursday, October 30, 2014

Kursus Khidmat Nasihat

Tugasan sebagai pegawai agama di pejabat agama Islam daerah dan di jabatan agama tidak dapat lari dari memberi nasihat kepada yang memerlukan. Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah rumahtangga dan agama. Mungkin di negeri-negeri lain seperti di Negeri Sembilan  mempunyai Kaunselor sepenuh masa di MAINS, kami di JAIP mahu pun MUIP tiada jawatan tersebut. Menyebabkan staf yang sedia ada perlu menjalankan tugas tersebut. Semoga di masa yang akan datang pihak SUK memperuntukkan jawatan Kaunselor kepada  JAIP.


 Ucapan Urusetia Penganjur
 Tuan Hj Muhazam, Timbalan Qadhi Maran antara peserta kursus

 Tuan Hj Azman, Ketua Eksekutif dari MAINS selaku pembimbing kursus

 Ustaz Roslan, Timbalan Qadhi Bentong tekun melukis berpandukan icon whatsapp

  Antara teknik yang dipelajari, melukis untuk terapi ketenangan.



 Tuan Hj Qahar Abd Aziz, KPP Undang-undang Keluarga menyampaikan amanat



Sempat juga menemani Tuan Hj Zainuddin ke program bersama TLDM,