Wednesday, February 21, 2018

ZIARAH MAHABBAH PELUKIS NAZR SYAFF

21 Februari : Geng Permai  berkunjung ke rumah kartunis  NAZR SYAFF.
Beliau memberikan  tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman berkaitan komik, teknik lukisan, cara mendapat idea.

Antara perkongsian pengalaman dan tips-tips untuk menjadi seorang pelukis :
''Melukis jangan mengikut emosi tetapi mestilah punya mesej kepada pembaca, banyakkan memerhati sekeliling kita untuk dapatkan idea."
"Melukis mesti fokus dan ada disiplin, jangan tidur terlalu lewat kerana ia tak bagus untuk kesihatan dan supaya keesokan harinya kita mampu bangun untuk solat subuh." 

Bagi yang tidak kenal, Kalian dijemput ke FB NAZR SYAFF - 





 Bergambar kenangan



Trade Mark  Nazr Syaff yang bertopi





#komik
#kartun

Melawat Syarikat Buku PTS

21 Februari 2018 : Kami diberi peluang  melawat ke bahagian Editorial PTS. Pelbagai info yang dikongsikan kepada kami khususnya berkaitan dengan dunia buku. 
Menariknya perjuangan PTS berlandaskan 3 dasar : 

-Patuh Syariah.
-Bahasa Melayu tinggi.
-Bebas rasuah.


Jika dahulu, Keluaran utama buku  PTS adalah genre buku agama.
Tetapi sekarang  jualan PTS  yang memberansangkan ialah komik. 
Komik sudah tentu pembaca tegarnya dari kalangan pelajar sekolah.
Antara book truck PTS, biasanya kenderaan ni akan masuk ke sekolah menjual buku.

Pelajar Praktikal dari USIM mengambil pengalaman di PTS 


Terima kasih tidak terhingga kepada En. Syarafuddin selaku Editor Senior 
yang melayan kami.

Kami yang bertuah melawat PTS.


#PermaiMenulis #AnimePermai #buku #PTS





Friday, February 09, 2018

Jagalah Tayar

Selaku pengguna kenderaan. Penting untuk pastikan tayar dalam keadaan baik. Angin kenalah mencukupi. Boleh tengok info kapasiti angin tayar di tepi pintu kenderaan memasing. Cuma pam angin di pam minyak sering rosak dan tidak berfungsi.
Tayar kenalah masih ada bunga. Bahaya guna tayar yang telah botak, nak pula benang dan dawai tayar sudah terkeluar.  
Selalu juga terjadi tayar makan sebelah. Bunga sebelah luar masih banyak, tetapi belah dalam dah botak.
Tayar botak ubatnya kena beli tayar yang baru. Rabak poket. Huh.
Elakkan dari membeli tayar celup. Saya pernah ada pengalaman menggunakan tayar celup yang telah botak. Akibatnya tayar meletup semasa di highway. Mujur orangnya tiada apa-apa.
Gejala tayar bengkak juga memeningkan kepala. Pening sebab kena beli tayar baru. Melayang duit ke tokey kedai tayar. Biasanya gejala tayar bengkak berlaku bila tayar langgar lubang dengan kuat. Nak buat macamana jalan raya kita banyak sangat lubangnya. Mungkin kena pakai tayar steamroller (orang kampung saya panggil stimbrol).
Tayar juga boleh bocor disebabkan tercucuk benda tajam seperti paku. Kenapa objek tajam yang berbahaya boleh berada merata-rata di tempat yang tidak sepatutnya?
Sikap manusia antara puncanya. Suka buang merata-rata. Saya pernah berpengalaman dengan kontraktor yang membuat kerja renovation masjid yang tidak cakna akan perkara tersebut. Habis paku bersepah di merata-rata tempat. Berapa banyak kereta pada masa tersebut menjadi korban.

Begitulah kisah tayar. Saya sendiri banyak datang idea ketika tayar sedang berpusing. Cuma pada ketika itu tangan sibuk memutar stering.



#PermaiMenulis #KetikaTayarBerpusing #KetikaMemegangStering #capen

Thursday, February 08, 2018

Ragam yang pelbagai di masjid

Keunikan menjadi pegawai masjid ialah selalu dapat bertemu dengan manusia-manusia pelik.  Jarang sektor pekerjaan lain mempunyai pelanggan yang beraneka ragam.
Cuma biasanya skripnya sama sahaja. Meminta bantuan kewangan.
Terlalu banyak rasanya pengalaman tersebut. Menarik juga kalau saya mencadangkan geng-geng staf masjid buat buku kompilasi gabungan pengalaman-pengalaman tersebut.

Pagi tadi saya bertemu dengan seorang pemuda yang katanya nak melarikan diri ke Selatan Thailand. Ceritanya berkait dengan pembunuhan. Tetapi tidak membuat laporan polis. Ada lah alasan-alasannya. Huhu.
Beliau meminta jika ada sumbangan untuk musafir sepertinya.

Minggu lepas, ada seorang ibu bersama dengan beberapa orang anaknya transit di masjid kami. Anaknya seharian tak makan. Cerita anaknya sebelum itu mereka bergelandangan di kaki lima kedai sebelum sampai ke masjid. Cerita ibu, dia disihir. Fuh..

Ingat senang ke berdepan secara realiti dengan pelbagai ragam manusia ?
Sangat berbeza dengan hanya berceramah dan memberi seminar ‘kaedah berhadapan dengan pelanggan’. Saya rasa sang  penceramah belum tentu  ada pengalaman sebegini.

Jika ingin mendengar cerita-cerita pengalaman menarik. Bolehlah kalian ajak pegawai-pegawai masjid mengeteh. Dah macam kisah 1001 malam Arabian night.


#PermaiMenulis #CatatanImamKecil #masjid #1001 #capen

Wednesday, February 07, 2018

Malas membaca. Ini caranya !

Kalau kita malas atau tidak larat membaca. Minta orang lain tolong bacakan untuk kita. Seperti cerita klasik Eropah, kanak-kanak sebelum tidur, mak ayah atau pembantu rumah akan bacakan buku cerita. Sampailah tertidur.
Tetapi jika tiada siapa yang boleh tolong untuk bacakan ?
Cari audiobook.


Nasi Goreng Biasa

Pengalaman oder nasi goreng 'biasa' di kedai makan. Setakat ini pelbagai jenis nasi goreng biasa. Mungkin ahli kelab tukang masak tidak pernah berbincang untuk menyelaraskan identiti nasi goreng biasa. Warna tidak sama. Rasa berbeza. Aksesori dalam nasi juga tidak sama. 
Ada sesiapa yang nak buat buku menu yang hanya menghimpunkan nasi goreng biasa yang beraneka ragam? Pasti menarik!

Dingin pagi Tapi Panas di tengahari

Kedinginan pagi yang sangat sejuk. 

Bertemankan kabus yang tebal. 
Siangnya mungkin panas terik. 
Begitulah resam cuaca. Berubah-ubah bukan ikut suka.
Tetapi menurut perintah Tuhan yang menciptakan.


Monday, February 05, 2018

Tip nak durian free

Aktiflah berjemaah dan akrab dengan masjid. Insya-Allah antara tip untuk dapat makan durian percuma. Harga durian sekarang bukannya murah. Tetapi di masjid, kamu akan saksikan ada insan yang pemurah . Suka belanja sahabat dan para jemaah.
#PermaiMenulis #durian #Capen #belanja #masjid #PermaiPicture