Saturday, June 26, 2021

Telegram boleh berbual macam Google Meeting dan Zoom

 

https://youtu.be/FC0CWYCU4oc

Features baru dari Telegram.
Boleh berbual macam dalam Zoom, Google meeting, Webex.
Nak share screen dan record pun boleh.
Jom berhijrah. huhu.

Wednesday, June 23, 2021

Buku pertama Dewan Bahasa Pustaka

22.06.2021 genap 65 tahun usia Dewan Bahasa dan Pustaka.


 
Saya tampilkan gambar ketika membaca buku Anak Raja dengan Anak Papa. Buku karya Mark Twain diterjemahkan oleh Pendeta Za'ba yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Za'ba selesai menterjemahkan buku ini pada tahun 1937. Selepas 20 tahun kemudian, barulah terjemahan ini diterbitkan.

Menariknya, buku Anak Raja dengan Anak Papa adalah "BUKU PERTAMA" yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1958.

Selamat Hari Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia DBPNiaga

#PermaiMenulis #dewanBahasaPustaka #DBP #bahasa #buku

Monday, June 21, 2021

Masjid Baru Tanjung Gahai Lipis

 



Masjid baru Kampung Tanjung Gahai di Kuala Lipis Pahang.


https://youtu.be/mBFVHZwMgrg

#Pahang #Lipis #Masjid #Jakim #Jelai #Jaip #PermaiMenulis

Sunday, June 20, 2021

Guna Keyboard di Handphone

Ada masa berasa leceh nak menaip di laptop. Nak On laptop pun dah makan masa. Lepas tu nak upload atau post tulisan tadi di media sosial kena pula on hotspot.
Walaupun sebenarnya tak susah pun, dan tak lah buang masa yang lama sangat tapi sebab malas nak buat "gone".
Nak pula hanya tulisan yang ringkas dan santai. Lebih mudah kalau terus menaipnya di "henpon".
Lainlah kalau sejenis tulisan yang berat seperti artikel ilmiah atau tesis, laptoplah yang nampaknya lebih sesuai sebab adalah rupa keintelektualan tu. Kan.
Terkenang zaman dulu-dulu. Kami menaip di PC, kemudiannya save dalam pendrive. Pendrive pun 256mb je muatannya. Kemudian berjalan kaki ke CC, untuk post tulisan tersebut di emel atau blog.

Maksudnya zaman sekarang ni, tiada alasan sebenarnya kalau nak aktif menulis dan "mengupdate" hasil tulisan tersebut di media.

Kalau nak "zook" (rasa yang sangat-sangat) Guna "henpon" pun boleh akseskan dengan keyboard. Jadinya, Laptop bukanlah keperluan yang mendesak berbanding gajet seperti "henpon".


Keyboard bluetooth yang dibeli di lazada beberapa tahun yang lalu.

#PermaiMenulis #handphone #keyboard


Beberapa tahun sudah saya pernah beli keyboard laser - https://youtu.be/fX4gz6Q27eo

Wednesday, June 16, 2021

Ingin Bebas

Lihat kambing yang diikat,

Tidak sama dengan kambing yang dibiar lepas,

Bebas ke mana-mana berbanding yang diikat.

Kita juga Nak bebas.
Namun sebebas mana pun yang ingin dikecapi,
ketahuilah yang kita masih lagi terikat.
Diikat dengan agama kita.
Juga dengan had dan peraturan daripada pihak berkuasa.

#PermaiMenulis #bebas #hamba

Turun Dari Gunung Sinai



Kami mendaki dalam keadaan gelap gelita, kerana ingin sampai ke puncak sebelum masuk waktu subuh. Jadi takde lah nampak pemandangan. Jalan kaki untuk sampai ke kaki bukit memakan masa beberapa jam juga. 

https://youtu.be/byNnAAA82v4

https://youtu.be/byNnAAA82v4

https://youtu.be/byNnAAA82v4

#PermaiMenulis #Sinai #Mesir #Egypt #JabalMusa #Travel

Monday, June 14, 2021

Pagi di Puncak SInai



Kami menikmati suasana pagi di puncak Sinai sebelum turun ke Check point dan bersarapan Maggi Cawan di situ.

Sinai atau Tuur Sina atau Jabal Musa adalah tempat Nabi Musa AS menerima Kitab Taurat.

Sekarang di puncak gunung terdapat Musalla dan gereja yang bersebelahan.

https://youtu.be/d6gAuGqXnBc https://youtu.be/d6gAuGqXnBc https://youtu.be/d6gAuGqXnBc #Travel #Mesir #ArdhulKinanah #PermaiMenulis #Egypt #Sinai

Program Lepasan SPM yang bagus

 Alhamdulillah, Program LAMEGA 8.0 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kali ini secara “online” di rumah masing-masing. Ikutkan ini merupakan tahun kedua LAMEGA diadakan secara atas talian.

Tentunya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan program yang diadakan secara bersemuka fizikal. Terkenang nikmatnya ketika Kita dapat berkumpul di tempat yang sama. Dapat makan minum sekali, beriadah sekali, paling kurang dapat bersalaman.
"ما لا يدرك كله، لا يترك كله"
Jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
Pasca PKP jangan dijadikan sebagai alasan untuk kita tidak bergerak aktif.
Kini, Dengan kemudahan teknologi, pelbagai program seperti kelas, seminar, kursus tetap dapat dijalankan secara atas talian.
Program LAMEGA mensasarkan lepasan SPM / STAM / STPM yang akan meneruskan sesi pengajian mereka ke peringkat seterusnya. Mungkin ada yang masih “blurr” ke mana hendak dituju selepas ini.
Bagi lepasan SPM, dilema mereka seperti nak sambung di Matrikulasi atau ambil Diploma di IPTA/S, atau memilih untuk mengambil tingkatan 6.
Ada juga yang berhasrat untuk bekerja dahulu mengumpul belanja. Kemudian mungkin setelah setahun baru mohon untuk sambung belajar. Atau pun sambil bekerja dalam masa yang sama menyambung pengajian secara PJJ.
Kami kumpulkan AJK dan penggerak LAMEGA dari pelbagai latar. Mereka berkongsi pengalaman sebenar yang masih ‘fresh’ buat para peserta.
“Kompem tak sembang auta atau buat palatao”.
Menariknya LAMEGA 8.0 tidak mengenakan sebarang yuran. Tetapi biasalah benda free tak semua akan menghargai.
Namun masih ada insan yang sangat bersemangat menyertai kami. Terharu dengan mereka yang bersabar dengan masalah line yang hambar dan kurang memberi kerjasama. Mereka memilih untuk berprogram mendengar perkongsian dari abang kakak dari sedap-sedap layan main games atau “tido”.
LAMEGA 8.0 dah habis tetapi belum tamat. Kalian masih tetap boleh menanyakan kepada kami apa-apa, Insya-Allah akan dilayan dengan ramah oleh abang-abang akak akak LAMEGA.

#PermaiMenulis #Lamega #IPT #SPM #STAM #STPM #Diploma #Matrik #PJAP #Permai #PahangTerusMaju

*Kome kongsikan Gambar Kenangan LAMEGA Tahun 2015 buat tatapan aokme.








Jihad Bisnes !

 Jihad Bisnes !

Apa yang terbayang di minda kalian bila diserukan dengan “Jihad Bisnes”.
Kebiasaan, bila sebut perkataan jihad, yang terbayang adalah berperang, guna senjata pedang dan senapang.
Tetapi sebenarnya, maksud jihad adalah sangat luas. Termasuk dalamnya jihad ekonomi, jihad Pendidikan dan lainnya. Tanpa kita menafikan jihad yang paling utama iaitu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Tahun 2008, Saya bersama Al-Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria Abu Aisyah mewakili Maahad Tahfiz Negeri Pahang mendengar pembentangan kertas kerja Jihad Bisnes yang disampaikan oleh Almarhum Tan Sri Ali Hashim, Ex CEO JCORP dalam program Workshop Pengurusan Berhikmah anjuran Dewan Perniagaan Islam Malaysia Cawangan Selangor yang diadakan di Putrajaya. Sangat bermanfaat dan membuka minda.

Hari ini saya menyertai Mesyuarat Agong Penaja Koperasi Purnama Sejahtera Berhad yang diadakan secara atas talian. Objektif utamanya adalah untuk membangunkan ekonomi umat Islam melalui bisnes yang modalnya disuntik oleh anggota koperasi.
Sebenarnya PKP dan Covid19 melatih kita untuk bangkit berdikari terutama dalam bab kewangan dan mencari pendapatan. Kita perlu meneroka pelbagai kaedah dan alternatif demi untuk mencapai matlamat.
Insya-Allah, dengan gerak kerja yang tersusun dalam kumpulan dan organisasi, koperasi merupakan kekuatan dan peluang bagi kita umat Islam untuk berniaga dan mengembangkan ekonomi.






#KPSB #PermaiMenulis #Koperasi #JihadBisnes #MAT

Sunday, June 13, 2021

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Guru Takmir Negeri Pahang

Saya berkesempatan mengikuti Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Guru Takmir Negeri Pahang yang diadakan secara online.

Medium utama di Google Meeting. Namun kerana akaun Host hanya terbatas untuk 100 orang sahaja, bakinya mengikuti siaran langsung MAT di Youtube dan Facebook. Tahniah buat AJK yang begitu bersungguh-sungguh menyediakan medium alternatif bagi memastikan guru takmir di negeri Pahang tidak ketinggalan mengikuti MAT.

MAT dirasmikan oleh YB DS Syed Ibrahim. Dalam ucapannya beliau menekankan tentang kepentingan kesatuan dan perpaduan Ummah. Guru takmir kena memainkan peranan penting sebagai ejen penyatuan ummah. Di samping berkempen dan memberi penjelasan mengenai SOP dan vaksin kepada masyarakat.

Di akhir rancangan, diumumkan guru takmir terbaik dan senarai penerima hadiah cabutan bertuah.
Terkejut kome, dapat hadiah cabutan bertuah. Kalau yang guru takmir terbaik memang jauh amat lah. Huhu.

Kesempatan ini, saya menyeru para asatizah yang masih muda mudi untuk bersama-sama terjun ke lapangan medan dakwah. Antaranya dengan menjadi Guru Takmir. Masih banyak masjid dan surau terutamanya di kampung tradisional dan pedalaman yang masih gersang. Ada yang langsung tiada kuliah pengajian ilmu secara mingguan bahkan secara bulanan.






#PermaiMenulis #GuruTakmir #Jaip #Jakim #Muip #Masjid #Surau #PahangTerusMaju #Prihatin

Saturday, June 12, 2021

Masjid Yamtuan Raden Kuala Pilah



Kenangan tahun 2019 Singgah sebentar di Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Masjid adalah Rumah Allah. Jika melancong ke sesebuah tempat, kita berziarahlah ke masjid yang ada di situ.
Video 15.8.2019

#PermaiMenulis #Masjid #YamtuanRaden #NegeriSembilan 

Friday, June 11, 2021

Lambaian Menara Gading

Saya berkesempatan bersama-sama dalam pembukaan tirai program Lambaian Menara Gading 8.0 anjuran PJAP & Permai. Program yang disasarkan kepada lepasan SPM yang baru sahaja semalam menerima keputusan.

Kata orang slip keputusan masih panas lagi. Fatrah ini lazimnya mereka (baca lepasan SPM 2020) akan bercadang untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.
Maka, program LAMEGA diluncurkan buat mereka, harapnya sedikit sebanyak dapat memberi pedoman buat mereka yang sebahagiannya masih tidak jelas ke mana hala tuju.
Mereka dibimbing dengan penuh kasih sayang oleh tenaga fasilitator dan AJK program yang rata-rata masih siswa/wi hebat di kampus masing-masing serta para graduan yang masih segar bugar. Kami juga bawakan tenaga pensyarah muda yang osem dan ‘sekepala’ dengan para pelajar.
Kami katakan bahawa dunia alam kampus lebih mencabar berbanding zaman persekolahan di peringkat menengah.
Ada yang boleh berubah 360 darjah. Alhamdulillah jika ke arah kebaikan dan Nauzubillah jika sebaliknya.
Jom Lamega !




#PermaiMenulis #lamega #spm #Permai #Pjap


Wednesday, June 09, 2021

Hari Lautan Sedunia 2020

 Bermula tahun 2008, Tarikh 8 Jun pada setiap tahun dipilih sebagai Hari Lautan Sedunia. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah ‘The Ocean: Life and Livelihoods’ yang bermaksud ‘Lautan: Kehidupan dan Penghidupan’


Laut merupakan sumber air, makanan, ikan, dan merupakan laluan perdagangan antarabangsa sejak zaman berzaman.

Allah SWT merakamkan banyak ayat al-Quran berkenaan dengan laut. Antaranya firman Allah SWT :


i) Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
(Ar-Ruum : 41)


ii) Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal di tengah (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. ( Asy-Syuura : 32)


iii) Dan tidak sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurniaanNya dan supaya kamu bersyukur. ( Faathir : 12)

Zaman kini serba canggih. Manusia semakin cerdik dan tinggi pelajarannya. Namun sikap segelintir manusia terhadap laut khasnya dan sumber air yang lain seperti sungai sangat mendukacitakan.
Ada yang sanggup mencemarkan air dengan sisa terlarang dan berbahaya demi mengaut keuntungan peribadi dan kroni. Kebiasaanya yang menjadi mangsa adalah orang-orang kampung yang kediamannya berhampiran dengan laut dan sungai.

Orang Laut kehidupannya banyak dihabiskan di laut sehinggakan terus lekat dengan gelaran Orang Laut. Begitu juga dengan lanun yang “mencari makan” di laut.

Dalam keadaan kita masih lagi berada dalam pandemik Covid 19, hari ini masih dalam “lockdown”, tentunya tiada pengembaraan di lautan mahupun di daratan. Sudah pasti kita merindukan masa lalu yang “bebas”. Masa ini barulah terasa nikmat sebuah kebebasan.

Saya perhatikan ramai pengembara yang melontarkan semula gambar dan video kenangan semasa mereka bebas mengembara di serata ceruk buana.
Sama-sama kita berdoa agar kita selamat dari musibah Covid, dunia dijauhi dari wabak ini dan alam sekitar khasnya lautan berada dalam keadaan yang terpelihara.

• Pengalaman saya bersama sahabat PMRAM berlayar di lautan dengan Kapal laut merentasi Terusan Suez ke Pelabuhan Jeddah untuk menunaikan haji. Pernah juga merasa sekali naik feri dan perahu nelayan ketika ke Pulau Tioman.

http://syababgr.blogspot.com/2011/08/travelog-tioman-3.html

#PermaiMenulis #harilautan #laut #alam #Ocean







Tuesday, June 08, 2021

Bacaan Surah al Fatihah Oleh Imam Favourite saya sejak dari alam sekolah



Bacaan Surah al Fatihah Oleh Imam Favourite saya sejak dari alam sekolah.

Iaitu : 1. Syeikh Ali Jabir 2. Syeikh Abdul Rahman al-Sudais 3. Syeikh Saud al-Shuraim 4. Syeikh Abdul Rahman al-Huzaifi 5. Syeikh Abdullah al-Matrood 6. Syeikh Saad al-Ghamidi https://youtu.be/mra2fuBH5W0 https://youtu.be/mra2fuBH5W0 https://youtu.be/mra2fuBH5W0 #PermaiMenulis #imam #alfatihah #alquran #surah #masjid

Monday, June 07, 2021

Cod scam


6.6 promosi daripada Shopee, Lazada dan rata-rata bisnes online akan mengambil kesempatan. Jangan gelabah sangat, bulan depan ada lagi, tentunya bukan 6hb tapi 7hb pula bersempana dengan bulan Julai, 7.7.
Tetapi ceritanya hari semalam, 5.6 saya menerima panggilan dari syarikat penghantaran menyatakan barang yang saya pesan dah sampai dan saya kena bayar COD RM 129.
Walhal saya tiada beli apa-apa pun. Kut member nak bagi hadiah tak kan kena bayar sendiri, huhu. Projek nak try scam ke.
Akhirnya, saya tak ambil dan tak bayar lah kepada syarikat penghantaran tersebut.
Begitulah kisahnya.
#PermaiMenulis #onlineshop #cod

Saturday, June 05, 2021

Yahya Sinwar Pemimpin Nombor 1 Hamas di Gaza




Yahya al-Sinwar merupakan pemimpin utama Hamas di Gaza. Beliau merupakan orang yang kedua berpengaruh selepas Ismail Haniyeh dalam Hamas.

Palestin adalah selamanya tanah milik Umat Islam.

https://youtu.be/Qr_bJ4NeYPE
https://youtu.be/Qr_bJ4NeYPE
https://youtu.be/Qr_bJ4NeYPE

#PermaiMenulis #Palestin #Gaza #Hamas #YahyaSinwar #AidForPalestine #AlQuds

Jom menyumbang :
Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara melalui NGO berikut:

Muslim Care Malaysia (Palestine)
MAYBANK: 5644-9021-1159