Showing posts with label Hari Kebesaran Islam. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebesaran Islam. Show all posts

Monday, November 27, 2017

Naqib Usrah Nurani Radio Ikim Berceramah di Lipis

Hari ini berlangsungnya program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Lipis di Dewan Residen Lipis. Program diadakan bersempena dengan Maulidul Rasul SAW. 
Aturcara dimulakan dengan bacaan selawat, persembahan nasyid dan sesi ceramah bersama Ustaz Zul Ramli bin Mohd Razali. 
Walaupun cuaca di luar dewan hujan, namun kehadiran peserta memberansangkan. 
Beberapa pesanan Ustaz Zulramli antaranya :
-Kerap berselawat. Para pimpinan di semua peringkat lazimi ajak anak buah berselawat.
-Tambah ilmu pengetahuan. 
-Berdoa kepada Allah.



Penceramah tidak asing lagi di daerah Lipis dan negeri Pahang. Beliau berasal dari Kampung Tembeling Jerantut. Popular dalam slot Usrah Nurani radio Ikim pada setiap petang jumaat sebagai Naqib Usrah. Beliau merupakan abang kepada Almarhum  Ustaz Rujhan. 

Persembahan nasyid dari Ustaz Hasan Basri. Beliau kini berkhidmat sebagai anggota tentera. Merupakan Johan Qari ATM Peringkat Kebangsaan. Beliau merupakan adik kepada pelakon Razak Ahmad.

 Persembahan nasyid dari Ustaz Termizi Ishak. Beliau merupakan Johan Qari peringkat Daerah Lipis tahun 2017 dan akan mewakili daerah Lipis ke peringkat Negeri.


 Semoga Ustaz dikurniakan kesihatan untuk terus gigih menyebarkan dakwah.




 Al-Fadhil  Qadhi Daerah Lipis, Ustaz Abu Bakar Ismail menyantuni Ustaz ZulRamli  sebelum menyampaikan ceramah. Turut hadir YH Dato' Abu Jimi Samat, Ketua Ahli Majlis Daerah Lipis.



 Para hadirin hadirat tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan al-Fadhil Ustaz ZulRamli. 



#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#MaulidulRasul
#Lipis


Jom isi cuti sekolah dengan sertai program di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis



Wednesday, May 28, 2014

Sempena Isra' Mikraj tahun 2014M


 Bila saya dijemput ke program ceramah agama/kuliah/tazkirah sempena hari kebesaran Islam, Koleksi Kertas nota ini akan dikeluarkan. Pilih yang sesuai untuk dibawa ke majlis. Nota-nota yang ditulis semenjak tahun 2008. Pesanan al-Fadhil Qadhi Fadli ketika saya di awal-awal perkhidmatan, simpan semua nota-nota ceramah (beliau menulis nota dalam buku tulis). Untuk akan datang tak perlu lagi beria membuat persediaan..sebab notanya dah ada..

 Saya ke masjid kampung Kemahang. Di sini terkenal dengan lauk Keladi Kemahang
 Mimbar lama yang berusia lebih 100 tahun di masjid Kampung Kemahang. Sudah tidak digunakan, hanya menjadi tatapan generasi sekarang.
Tuan Imam masjid Kg Kemahang sedang memberikan aluannya..

Kisah Isra' Mikraj saban tahun kita dengar. Masing-masing sudah tahu ceritanya. Cuma suka saya memetik sedikit cerita sempena Isra' Mikraj. Saya pernah mendengar kupasan yang menarik dari al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri ketika beliau menceritakan profile Prof Dr. Syeikh Yusof al-Qaradawi.

al-Qaradawi pernah bercerita ketika mudanya beliau sering mendengar ceramah-ceramah sempena Isra' dan Mikraj, kebanyakan tempat ceramah dan penceramah menceritakan jalan cerita yang sama. Sehinggalah beliau mendengar ceramah yang disampaikan oleh Imam Hasan al-Banna, al-Banna menukilkan jalan cerita yang cukup berlainan. Kebanyakan penceramah lain hanya membaca ayat pertama surah Isra', tetapi Imam Hasan al-Banna bukan sahaja membaca ayat pertama bahkan beliau membaca ayat-ayat selepas ayat pertama dalam surah Isra' dan mengaitkannya dengan realiti semasa.
Ayat-ayat selepas ayat pertama  menceritakan kisah Bani Israel. al-Banna mengaitkan al-aqsa, Palestin dengan Kaum Israel sekarang dan apa keperluan dan tindakan umat Islam dalam mendepaninya.

Begitulah Ulama Haraki..bukan semata-mata menyampaikan ceramah untuk dijadikan halwa telinga para pendengar, tetapi membangkitkan kesedaran  umat Islam untuk  bangkit menegakkan Islam dan melawan musuh-musuh Islam.

Wallahua'lam..