Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Monday, April 10, 2023

Muwallad Orang Patani dari Makkah



Buku judul "Muwallad Orang Patani dari Makkah" tulisan Suraiya Chapakiya dan Isma Ae Mohamad, sangat baru di pasaran. Cetakan pertamanya Mac 2023.

Mengisahkan masyarakat Patani yang tinggal menetap di Mekah beberapa generasi. Kini, ramai daripada mereka yang terpaksa pulang ke Patani dan berusaha menjadi rakyat Thailand dengan pelbagai kesulitan dek kerana tekanan di Arab Saudi.

Buku ini saya beli secara online dengan penulisnya sendiri saudara Isma Ae Mohamad.

Terkenang semasa kami pelajar daripada Mesir datang ke Mekah menunaikan Haji pada bulan Disember tahun 2005. Kami tinggal menyewa di rumah orang Patani dan Indonesia. Bukannya di hotel. Barulah rare, kan.
Kami panggil baba dan isterinya mama. Mama memasak untuk kami, makan tengahari dan malam. Menu ori Patani. Rumah pula berdekatan dengan masjidil Haram.
  Depan rumah sewa di Mekah tahun 2005/06


Nanti kita sambung cerita ini pada pasca Aidil Adha nanti.

#Muwallad #patani #mekah #buku #PermaiMenulis


Monday, June 15, 2020

Buku Cherita2 Tanah Melayu


Siri baca tajuk buku.
Moga dengan mula membaca tajuk buku akan bersambung membaca isi dalamnya.
Buku Cherita2 Tanah Melayu
Keluaran 1960. Terbitan DBP
Jemput subscribe channel ni.

Thursday, April 30, 2020

Generasi yang diimpikan Dr Yusuf Al-Qaradhawi


Ramadan adalah bulan kekuatan Umat Islam. Orang muda baik yang masih bersekolah, yang sedang pengajian di universiti, mahu pun yang telah berada di alam pekerjaan jangan pernah merasa lemah. Seganlah dengan orang yang lebih berumur tetapi kekal "steady" di bulan Ramadan.
Musim PKP banyak masa dihabiskan di rumah. Menjadi kesalahan jika keluar rumah tanpa tujuan.
Maka, "peluang" menjalani Ramadan dalam musim PKP wajar diisi dengan aktiviti dan amalan yang bermanfaat. Selain bertadarus mengaji al-Quran, penuhi masa dengan menambahkan thaqafah.
Saya sarankan, baca buku-buku yang boleh menambahkan kefahaman Islam dan menaikkan semangat kita.
Antaranya buku جيل النصر المنشود (Generasi /Pemuda Yang Diimpikan/Dijanjikan/Menang)
karya Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Contohi generasi muda awal yang memeluk Islam dan berjuang bersama Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar RA, Saidina Ali RA, Saidina Zubir al-Awwam dll.
Sejarah mencatatkan kebanyakan anak muda yang membuat reformasi di negara masing-masing. Imam Hasan Al-Banna di Mesir, Jose Rizal di Filipina, Dr Hamka di Indonesia, Dr Burhanuddin al-Helmi di Tanah Melayu.
Ayuh, anak muda jangan lemah !
#PermaiMenulis #GengPermai #abnaulharaki #buku #pemuda #DrYusofAlQaradhawi

Thursday, April 23, 2020

Membaca buku Anak Raja dengan Anak Papa

Sempena Hari Buku dan HakCipta Sedunia, Jom Baca Bersama pada  jam 11:00 pagi. 



Saya memilih untuk membaca buku Anak Raja dengan Anak Papa. Buku karya Mark Twain diterjemahkan oleh Pendeta Za'ba yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Za'ba selesai menterjemahkan buku ini pada tahun 1937. Selepas 20 tahun kemudian, barulah terjemahan ini diterbitkan. 
Menariknya, buku Anak Raja dengan Anak Papa adalah "BUKU PERTAMA" yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1958.

Ayuh, kita jadi insan yang suka membaca. Kita buktikan bahawa Malaysia 'Negara Pembaca'.

#PermaiMenulis
#PermaiBaca
#PermaiCare
#Malaysiaku
#Hapuscovid19
#StayHome
#JomBacaBersama10Minit2020
#KLBaca
#KLWBC2020
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#MalaysiaMembaca
#DudukRumahBacaBuku
#DudukDiRumah
#dewanbahasapustaka
#dbp

Friday, July 19, 2019

Karya sulung Hamka

Karya sulung Dr Hamka berjudul Khatibul Ummah (1925). Tulisan kedua bertajuk Si Sabariah (1928). Keduanya ditulis dalam tulisan jawi. Atau disebut juga dengan huruf melayu.

#PermaiMenulis #sejarah #tokoh #hamka #jawi #bahasamelayu

Thursday, April 25, 2019

Hari Buku dan Pesta Buku tahun 2019

Buku-Buku yang saya beli di PBAKL tahun 2019

23 April merupakan Hari Buku sedunia.  Bukan semua golongan yang sedar dan meraikannya. Ada sekolah dan agensi yang mengadakan program membaca selama 10 minit  di antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Saya yang berkursus pada hari tersebut. Dalam ucapan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YH Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menceritakan sebelum beliau ke majlis perasmian kursus, beliau hadir ke program membaca selama 10 minit di pantai Telok Cempedak.
Kata YH Dato’, orang kita suka membaca. Bezanya bukan lagi membaca buku, tetapi membaca “wasap”. Buktinya ketika saya bercakap di hadapan, masing-masing pakat “membaca wasap” di “henpon” masing-masing. Sentap belaka. Huhu. 

 Menerima Sijil Menghadiri Kursus Protokol dan Etiket Pegawai Hal Ehwal Islam JAIP dengan YH Dato' Mohd Zakaria atau lebih mesra dengan Dato' Z.

Disebabkan mengambil aura hari buku, Maka pada kesempatan ini ingin saya berkongsi cerita kunjungan saya ke Pesta Buku Antarabangsa tahun 2019 di PWTC.  Alhamdulillah, saban tahun saya akan cuba untuk tidak melepaskan peluang menjadi antara ribuan pengunjung  PBAKL. 
Antara sebab saya berkunjung ke pesta buku ialah kita dapat merasai keseronokan bersesak membeli dan membelek buku. Harga buku-buku yang ada diskaun, buku-buku yang sukar diperolehi di kedai-kedai buku biasa dan jika bertuah kita akan bersua dengan penulis buku tersebut.

 Klik Video :    Saya di PBAKL 2019


Saya menaiki kereta sendiri. Maka tentunya antara masalah yang perlu diselesaikan sebelum masuk ke PBAKL adalah mencari tempat parkir kenderaan. Cadangan saya, parkir kereta di Dewan Tun Razak 1. Memang kena bayar RM 10 sekali masuk, tetapi saya kira masih berbaloi. Kereta boleh masuk parkir dalam dewan beratap. Dari tempat kenderaan berjalan kaki di laluan beratap terus masuk ke dalam dewan pameran buku.

Ada orang memang dah ‘aim’ buku-buku yang dihajati. Depa terus menuju ke booth-both pilihan. Tetapi saya lebih suka untuk tawaf ke booth-booth mencari dan melihat buku-buku yang menarik perhatian untuk dibeli. Saya biasanya gemar mencari buku-buku yang susah didapati di kedai-kedai buku seperti di Popular dan SMO.

Saya mendapat diskaun yang banyak dan besar di Institut Terjemahan (ITBN), sebuah proksi Dewan Bahasa Pustaka. Semua buku yang saya pilih diskaun sehingga 80% dan 40%. Disebabkan saya menjadi ahli ITBN, saya menerima emel yang meminta supaya menunjukkan emel tersebut di kaunter bayaran, diskaun tambahan diperolehi. Buku-buku yang saya beli di ITBN berharga lingkungan antara RM4, RM 5 dan RM 6 sebuah.

Buku-buku di Booth MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia)  harganya agak tinggi. Tetapi ada less dan buku-buku tersebut biasanya keluaran Universiti dan susah untuk diperolehi di kedai-kedai buku di luar. Antara buku MAPIM yang saya beli ialah : Islam di Pahang, Konotasi Angka dalam Al-Quran.

Saya juga ada membeli komik Misi di boothnya. Kerana penulis bagi Komik Misi Tahfiz, Ustaz Syahmi merupakan orang Maran yang saya kenal. Namun tiada diskaun, harga penuh. Tahun lepas juga sama.
Saya tahu cara nak dapat diskaun jika membeli komik Misi, saya boleh membelinya di kedai buku Popular atau SMO menggunakan kad ahli. Dapatlah diskaun. Huhu.    

Bagi yang berminat untuk membaca buku, bolehlah berkunjung ke pondok saya. Sambil minum kopi Turki.

Antara buku-buku belian saya di PBAKL 2019

 Buku lama cetakan  tahun1993 terbitan Penerbit  Pustaka Indonesia. Saya sudah ada buku ceritanya versi kanak-kanak. 

 Kisah Sejarah pembukaan kota Besut yang ditulis oleh jalur keturunannya sendiri. 

 Syarah Tuhfatul Atfal dalam bentuk persembahan yang segar. Buku terbitan Galeri Ilmu ini disusun oleh Ustaz Mohd Hazri al-Bindany, graduan Al-Quran & Qiraat lepasan Shoubra, Mesir.







 Pengalaman sebenar penulis membawa ambulan di Syria

 Buku Travelog yang ditulis sendiri oleh Owner Syarikat buku Kasi Terbit.





 Seorang penulis novel era tahun 40-50an

 Kalau siapa biasa menggunakan Tafsir pimpinan Rahman pasti pernah lihat nama beliau.


 Ulama yang berasal dari negeri Melaka, meninggal dunia pada tahun 1975


Kitab jawi yang dirumikan oleh Akademi Jawi


#PermaiMenulis #PermaiMembaca #KebunAzas #RumahBuku #PBAKL #Pwtc #MalaysiaMembaca


Tuesday, January 01, 2019

Membaca Buku Travelog

Saya suka membaca buku, ini merupakan tabiat sejak dari kecil lagi.
Bagi saya, lebih menarik dan “real” membaca buku pengalaman sebenar seperti travelog dan memoir tokoh berbanding membaca novel hasil rekaan atau khayalan penulis.

Mutakhir ini, seperti ‘cendawan tumbuh’ buku-buku travelog dihasilkan. Saya tidak ketinggalan  mempunyai beberapa buah koleksi buku travelog. Antaranya buku Meor Farid Asyradi, Rebecca Ilham, Fahmi Faiz, Munir Ramli, Thaqib Shaker, Siti Noridah Ab Rahaman, Normi Ahmad Shafie, Talib Samat, Hasan Ali dan beberapa orang lagi.

Saya masih ingat, buku bercorak travelog pertama yang saya baca ketika masih bersekolah rendah dahulu. Buku tersebut ayah saya pinjam dari "sedara"  yang kami gelar Ayah De. Rumah Ayah De banyak buku dan majalah lama. Beliau pernah menuntut di Mesir, saya tidak pasti tahun bila tapi lebih kurang tahun 50an dahulu.  
Buku tersebut ditulis oleh Harun Aminurrashid berjudul Mengembara ka-Andalusia  yang diterbitkan pada tahun 1965. Saya beberapa kali ulang baca buku tersebut.


Harun Aminurrashid di meja kerja.

Harun Aminurrashid banyak menulis  buku travelog selain novel, cerpen dan bahasa. Antara buku travelognya :

“Melawat Kalimantan Utara. Singapura: Harmy, 1948;
Melawat Ka Paris. Singapura: The Royal Press, 1953;
Chatetan ka Tanah Suchi. Cet. Ke 2. Singapura: Pustaka Melayu, 1961;
Meninjau Ka Negeri Sham. Singapura: Pustaka Melayu, 1961; 
Terbang Ka Barat. Singapura: Pustaka Melayu, 1961;
Melawat Negara Tetangga. Singapura: Pustaka Melayu, 1962;  
Melihat Matahari Di Tengah Malam. Singapura: Pustaka Melayu, 1962;
Kunjungan ka Indonesia, 1954. Singapura: Pustaka Melayu, 1963; 
Chatetan Menjelajah Ka Eropah. Singapura: Pustaka Melayu, 1964; 
Mengembara ka Andalusia. Singapura: Pustaka Melayu, 1965;”



Saya petik tulisan beliau dalam buku Chatetan ka-Tanah Suchi :
‘Sa-lama  dalam perjalanan itu saya terus menchatet dengan ringkas sa-berapa banyak yang dapat saya chatet. Tujuan saya menchatet itu ia-lah supaya apa sahaja yang saya chatet itu ada-lah hasil dari apa yang saya pandang, saya dengar dan saya rasai ketika itu benar2, bukan di-tulis dengan peringatan sa-telah beberapa hari atau beberapa bulan kemudian…
Buku Chatetan seperti ini saya pandang sangat berguna kepada peminat2 sastera Melayu terutama kepada bangsa saya yang ingin mengembara atau melihat negeri asing. Juga saya pandang sangat berguna  kapada orang2 kita menjadi contoh membiasakan diri menulis buku chatetan sa-hari2 yang berlaku dan di-lalui sa-tiap hari. Buku chatetan sa-hari2, mengikut perhitongan saya ia-lah sejarah yang tepat.’
Sumber : Tesis Master Lisda Mohd Amin Universiti Nasional Singapura.

Dengan membaca buku travelog  walaupun kita tidak berkemampuan untuk “travel” secara hakiki, sekurangnya  kita dapat merasai dan memahami tempat tersebut. “Jadilah kan”.


Nukilan ini, saya tulis selepas saya menyelesaikan bacaan  buku Cinta Al-Hambra dalam kembara sasterawan oleh Hasan Ali. Buku travelog terbitan DBP yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa beberapa tahun sudah.


#PermaiMenulis
#travelog
#buku
#harunaminurrashid
#hasanali

#andalusia


Sunday, December 30, 2018

Kedai Buku SMO Bookstores Cawangan Lipis telah dibuka

Akhirnya kedai buku yang ‘besar’ dibuka di Lipis. Lebih menarik kedai buku tersebut kepunyaan orang Islam.
Di hadapan SMO Bookstores Cawangan Lipis

Kedai buku yang dikenali dengan nama SMO Bookstores kepunyaan Syarikat Muda Osman. Kini SMO Bookstores mempunyai 25 buah cawangan. Di Pahang selain di Lipis yang baru beberapa hari dibuka, SMO Bookstores turut ada di East Coast Mall Kuantan.

Syarikat Muda Osman diasaskan  pada tahun 1939 oleh Haji Muda Osman, bermula di daerah Pasir Mas, Kelantan. Kemudiannya diteruskan oleh anak-anak beliau Tuan Haji Hassan, Tuan Haji Othman dan Tuan Haji Yusoff.

Legasi perjalanan  syarikat diteruskan  oleh generasi ketiga  cucu-cucu Haji Muda Osman iaitu Tuan Haji Ahmed Azim Othman, Tuan Haji Noor Hisham Yusoff dan Tuan Haji Ahmed Azman Othman.

Saya berkesempatan dan bertuah dapat  berjumpa dengan Pengarah Urusan SMO, Tuan Haji Ahmed Azim Othman.

Bersama Tuan Haji Azim, Pengarah Urusan SMO.

Selepas ini, orang ramai terutamanya  para pelajar boleh mengisi masa "outing" ke bandar Lipis dengan berkunjung ke SMO Bookstores. Pasti mengujakan terutama bagi mereka yang minat membaca.
Sebelum ini saya tidak pasti bagaimana para pelajar  terutamanya pelajar asrama keluar “outing” ke mana. Saya membayangkan zaman persekolahan saya dahulu dengan  selalu berkunjung di kedai buku Pustaka Saujana di Temerloh dan Kuantan.
"Bisnes Card"  Pengarah Urusan SMO Bookstores dan Kad Ahli SMO Bookstores.
Kad Ahli SMO Bookstores seumur hidup. Berbeza dengan kad ahli Popular yang ada expired date.



Semoga, SMO Bookstores khususnya di Lipis mendapat tempat di kalangan masyarakat dan terus maju jaya.

Jom berkunjung ke SMO Bookstores !

fb.me/azraie.permai
https://twitter.com/AzraiePermai
http://syababgr.blogspot.com/
https://t.me/AzraiePermai


#PermaiMenulis #SMOBookstores #buku #baca