Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Saturday, September 01, 2018

Tukar dan servis tayar kereta di Kuantan

Hari ini tukar dan servis tayar kereta. Tayar dah berkhidmat selama 5 tahun. Memang dah patut tukar yang baru. 

Saya pernah ada pengalaman tayar kereta pecah semasa di Highway. Itu belum tayar bengkak lagi.

10,000 km disyorkan untuk membuat rotation (tukar silang) tayar. 

Begitu juga dengan servis Aligment dan balancing tayar terutama apabila terasa getaran pada stering kereta.
Sebelum ini saya mengalami masalah apabila membuat Aligment dan balancing Hilux.
Sudah pergi servis di beberapa buah kedai tayar, tetapi getaran di stering tetap ada. Alasan yang diberi oleh sesetengah kedai, memang pacuan 4 roda (4wd) macam ni.
Akhirnya kebetulan saya try buat Aligment dan balancing di kedai KRZ Tayar di Indera Sempurna, Kuantan. Alhamdulillah, memang memuaskan dan tiada lagi getaran pada stering.


Friday, August 03, 2018

Masuk IPTA lambang kejayaan ?

Keputusan UPU bagi pemohon STPM, STAM, diploma, matrikulasi dan setaraf telah pun keluar. Ada yang mendapat tempat di Ipta yang dipohon, dan ada yang dapat di tempat yang bukan pilihan kegemarannya. Namun bernasib baik kerana masih dapat berbanding yang langsung tidak dapat.
Bagi yang dapat panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan sebuah kejayaan. Kejayaan memasuki ipta. Untuk yang tidak bernasib baik, jangan lepaskan peluang membuat rayuan. Kadangkala salah teknikal semasa mengisi borang juga antara punca seseorang tidak dapat.

Mungkin ada juga mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi tidak berminat ke IPTA. IPTS menjadi pilihan mereka. Jangan kita membuat sangkaan yang IPTS adalah lubuk bagi mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang dan tiada rezeki di IPTA.

IPTS juga banyak menyediakan ruang-ruang untuk menyambung pengajian. Cuma yurannya lebih mahal berbanding di IPTA.

Bukankah ada di kalangan kita yang lebih memilih untuk mendapat rawatan di hospital swasta berbanding hospital kerajaan ?

Memasuki Ipta bukanlah simbol kejayaan hakiki dan lambang kegagalan bagi mereka yang tidak berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading.  Masih banyak ruang dan peluang yang boleh diceburi. Buka minda dan jangan jumudkan. Kerana ada yang merasakan masa depannya menjadi gelap “dek” kerana tidak berjaya memasuki universiti.

Tentu kita semua kenal Bill Gates, pengasas Microsoft yang popular dengan perisian Windows. Tahukah yang Bill Gates tidak menghabiskan pengajiannya di Universiti Havard.


Michael Dell yang mengasaskan syarikat pengeluaran komputer jenama Dell juga tidak menghabiskan pengajiannya di Universiti of Texas kerana ingin sepenuh masa menceburkan diri dalam bidang perniagaan ketika berusia 19 tahun.


Begitu juga dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang tidak menghabiskan studinya di Universiti Havard kerana memberi tumpuan untuk membangunkan Facebook.


Profesor Dr Hamka yang menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Al-Azhar  juga tidak pernah memasuki mana-mana universiti ketika mudanya. Beliau tidak menghabiskan pengajian di peringkat menengahnya di Muhammadiyah.


Saya ada membaca buku berjudul Anak malaya di Republik Turki yang ditulis oleh Thaqib Shaker. Penulis menceritakan selepas tamat diploma di Kolej Islam Antarabangsa, beliau tidak berjaya mendapat tempat di Ipta.
Kemudian secara tidak dirancang beliau memohon untuk  mendaftar masuk  ke Universiti di Turki dan permohonannya berjaya. Peringkat permulaan beliau hanya bertahan selama sebulan sahaja di Turki sebelum pulang semula ke Malaysia kerana motivasi, mental dan fizikalnya kecundang.
Di Malaysia beliau memasuki MSU di Shah Alam dan hanya bertahan selama seminggu. Kemudian beliau mencuba nasib di OUM, sama juga natijahnya. Hanya bertahan seminggu sahaja. Akhirnya beliau ke UNISEL dan bertahan selama setahun. Tanpa alasan yang kukuh beliau berhenti dari UNISEL walaupun mendapat pointer yang memuaskan.
Akhirnya beliau bertekad untuk menyambung semula pengajian di Turki, dan pergi semula ke Ankara Tomer, pusat menuntut bahasa Turki di bawah kelolaan Universiti Ankara. Kemudian beliau ditawarkan ke Universiti Gediz di Izmir. Rupanya tabiat suka bertukar tempat belajar bukan berlaku di Malaysia sahaja, termasuk di Turki, setelah setahun di Universiti Gediz beliau berpindah masuk ke Universiti Yasar di Bolge.

Membaca kisahnya, saya agak teruja dan andaikan mudahnya nak masuk dan bertukar-tukar universiti di Turki.
Ada yang berminat nak belajar di sana ?

Apa yang saya maksudkan ialah ruang dan peluang yang boleh diceburi  sebenarnya sangat luas. Kita sahaja yang kurang terdedah. Banyakkan mencari info dan membina akses dengan orang lain yang lebih berpengalaman.

Bagi mereka yang akan melanjutkan pengajian  di IPTA, Jangan persiakan peluang tersebut.





#PermaiMenulis #IPTA #IPTS #belajar #anakmalayadirepublikturki #dell #billgates #facebook

Monday, March 26, 2018

Nasi Beriani Restoran Ali Mentakab



Saya berkesempatan makan tengah hari di Restoran Ali yang terletak di  Mentakab. 
Banyak lagi kedai lain di Mentakab. Tetapi ada sebabnya saya memilih untuk makan di sini. 

Saya sertakan cerita berkenaan Restoran Ali  dari pelanggan yang lain :





Bagi orang muda mungkin tiada apa yang menarik berkenaan kedai ini. Tetapi kalau kita dengar cerita orang-orang lama, mungkin kedai ini ada kenangan buat mereka.

Suasana dalam kedai, "takde lah" selesa sangat. 
Namun pelanggan tak putus-putus, terutamanya golongan veteran.

Saya terus pesan menu legend di restoran ini, iaitu nasi beriani.
Rasanya ?
Bagi saya tahap kesedapan mungkin berbeza bagi setiap orang. Sesuatu yang subjektif.
Tetapi kedai ini memang masyhur suatu ketika dahulu.

Agakan saya, mungkin kerana kedai makan ini telah beroperasi sekian lama semenjak tahun 60-an, dan tiada kedai lain yang menyediakan menu nasi beriani. 
Sekarang, banyak  kedai-kedai lain yang ada menu nasi beriani. 
Tetapi legend tetap tidak sama. "huhu".





 Set Beriani tanpa Papadom. Papadom dah habis. 



#PermaiMenulis
#Makan

Sunday, December 31, 2017

Membeli secara Online lebih jimat ?

Membeli secara online lebih menjimatkan ?
Selain harga yang lebih berbaloi, masa dan tenaga juga dapat dijimatkan.
Bayangkan dengan hanya duduk bertapa di dalam rumah tanpa mengira masa siang mahupun tengah malam  kita mampu membeli belah pelbagai barangan. 
Tak perlu mengheret kaki tawaf ke satu kedai ke kedai yang lain.
Kita juga boleh ‘survey’ harga barang yang kita inginkan. Dalam satu laman web  Contohnya Lazada, barang yang serupa tetapi mempunyai pelbagai harga yang berbeza. Mengikut kepada syarikat yang membekalkannya. Kadang-kadang perbezaan harganya sangat ketara. Maka tak rugi kita mengambil sedikit masa untuk membuat kajian harga.
Selain itu, saya sarankan juga untuk kita membuka beberapa laman web perniagaan online yang lain untuk membuat semakan harga. Google di FB dan cari syor blogger pun ok.

Antara web perniagaan online yang biasa saya rujuk ialah Lazada, 11 Street, Ali Express, Ali Baba dan Amazon. Setelah saya membuat servey biasanya saya membeli di Lazada. Kadang-kadang di Ali Express. Cuma barang dari Ali Express agak lewat sampai. Saya juga pernah membeli di Ali Baba, menariknya barang yang dibeli cepat sampai dan harganya murah. Cuma kebiasaanya Ali Baba menyediakan barang-barang yang  perlu dibeli dengan kuantiti yang banyak (beli borong). Untuk mereka yang ingin mencari barang untuk berniaga boleh la risik dekat Ali Baba.

Bagi mereka yang tidak pernah cuba membeli online, boleh la mencuba. Antara langkah untuk penjimatan. Cuma perlu dikawal juga kerana macam-macam barang ada dalam laman web tersebut.

#PermaiMenulis
#BeliOnline
#lazada
#alibaba
#jimatbelanja


Sunday, December 24, 2017

Kedai Hardware buka hari ahad




Mencari kedai hardware pada hari ahad di Temerloh. Banyak yang tutup. Tapi kedai Teguh Maju Hardware buka. Buka Sampai pukul 6.30 petang.
Buat kekawan yang jem krem cari kedai hardware terutama pada hari ahad. Saya syorkan ke sini. Sederet dengan KFC Temerloh.