Monday, October 02, 2006

Sambungan Syiah
Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.
Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu' 1, hal. 228.
Terjemahannya;
Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya."Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; " Aku mendengarabu Ja far a.s. berkata, " Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan, melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam selepasnya a.s."Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir daripada Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, "Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir dan batinnya selain dadpada para wasi."
Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal. 238 - 240.
Terjemahannya:
Abu Abdullah berkata,Kami mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak mengetahui apa dia mashaf Fatimah itu. Abu Basir bertanya, "Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab, " Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga kali ganda besarnya. Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti al-Quran kamu ini." Abu Basir berkata lagi demi Allah sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Abu Abdullah berkata; "Sesungguhnya Allah itu mengetahui, tetapi tidaklah yang sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran Ahli Sunnah Wal Jamaah)Kemudian Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia berkata, "Sesungguhnya kami mempunyai ilmu yang telah berlaku dan yang akan berlaku sehingga kiamat" Abu Basir bertanya, "Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah sahaja yang mengetahui. Abu Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui, tetapi tidaklah seperti yang demikian."Yang dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Ja'far bin Muhammad al-Sadiq.Abu Basir berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu? Abu Abdullah menjawab, "Apa yang b~ di waktu malam dan siang, terjadi sesuatu perkara selepas sesuatu perkara sehinggalah hari kiamat."Beberapa orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin Muhammad daripada Umar bin AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, "Aku pernah men-dengar Abu Abdullah berkata, "Orang-orang Zindiq akan muncul tahun 128H. Ini berdasarkan bahawa aku pernah melihat dalam mashaf Fatimah a.s. " Hammad bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan mashaf Fatimah itu?" Abu Abdullah menjawab, "Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia mengambil nyawa nabi s.a. w, terdengar sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu merasa dukacita di atas kewafatan nabi s.a.w yang tidak diketahui melainkan Allah S.W.T Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya yang dapat menghiburkan kedukaannya." Lalu Fatimah mengadu perkara yang demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata, "Apabila engkau merasai demikian dan engkau mendengar suara demikian, maka beritahulah kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian. Lalu Amirul Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah menjadi satu mashaf ." Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata, "sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal dan haram, tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu yang akan berlaku."Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Husain Ibnu Abu 'Ala' katanya, aku mendengar Abu Abdullah berkata, 'Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad ",,Abu 'Ala'bertanya, "Apakah yang ada di dalam al-jafr al-Abyad?". Jawabnya, "di dalamnya ada kitab Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa, Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak terfzkir terdapat di dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya terdapat apa saja yang diperlukan oleh manusia sehingga kami tidak perlu lagi kepada seseorangpun, walaupun satujildah atau setengah atau seperempat atau sekecil-kecil perkara."
Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa - ilmi oleh al-Kulaini hal 443-446Terjemahannya: Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya;"Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Ja'far bin Muhammad al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya) itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai. Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut). Sambil berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa hari kamu ini selama-lamanya. Hanya sesungguhnya menjadi tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya supaya kamu dapat membacanya."Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s. katanya;"Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi 17,000 ayat."
ULASAN
Golongan Syiah menganggap hanya Ali dan para Imam sahaj a yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempuma. Perkara seumpama ini jelas bertentangan dengan al-Quran, Firman Allah yang bermaksud: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu danaku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".(Surah al-Maidah ayat 3) "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya"(Surah al-Hijr ayat 9)Mashaf yang ada pada hari ini telah dikumpul di zaman para sahabat dan sampai kepada tabi'in dan atba' tabi'in dengan cara mutawatir. Para sahabat telah ijmak menerimapakainya dengan sebulat suara. Dalam masa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak menolak penyusunan al-Quran atau membuat sebarang tokok tambah dan perubahan yang ada pada zaman sahabat itu. Malah beliau menerima dan memperakuinya, serta beliau menyuruh Abu Aswad Ad-Duali meletakkan baris dan titik pada huruf al-Quran mashaf Uthmani untuk lebih mudah membacanya.
xi. Menghalalkan Nikah Mut'ah.
Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut'ah. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja'far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babawaih al- , Juzu' 1 hal. 358:
Terjemahannya:
Adapun mut'ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat.Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358Terjemahannya: "Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Raj'ah dan tidak menganggap halal mut'ah kita".Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan Mut'ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan ini disebutkan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489:
Terjemahannya: "Adapun saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya bukan dapipada syarat-syarat mut'ah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang itu dituduh berzina, maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua orang saksi ketika akad."
ULASAN
Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah: Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging kaldai jinak".(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai) Daripada al-Rabi' bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi s.a. w. semasa haji Wida' di mana Baginda bersabda: "Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya.(Riwayat Ibnu Majah) Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya."(Riwayat Ibnu Majah) "Daripada Rabi' bin Sabran daripada bapanya bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut'ah."(Riwayat Abu Daud)xii. Menambah Syahadah.Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 441:
Terjemahannya:
Sahal bin Ziad daripada Muhammad bin al-Walid katanya aku mendengar Yunus bin Yaacob daripada Sinan bin Tarif daripada Abu Abdullah a.s. katanya Abu Ja'afar berkata, "Sesungguhnya kami ialah Ahli Bait yang pertama yang disebutkan oleh Allah nama-nama kami. Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi. Ia menyeru malaikat lalu ia menyeru "Asyhadu alla ilaha illAllah" tiga kali "wa asyhaduanna Muhammadan rasulullah" sebanyak 3 kali.
ULASAN
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah. Perkara ini jelas bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah yang menyebut bahawa syahadah hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja, tidak kepada Saidina Ali. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad) mereka berkata, "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya serta sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta."(Surah al-Munaftqun ayat 1) Nabi Muhamad s.a.w. ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).....(Surah al-Fath ayat 29) Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakatt, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan"(Riwayat Ahmad, al-Bukhati, Muslim, Tirmidhi dan al-Nasai) Sabda Nabi lagi bermaksud: "Daripada Umar ra. katanya Rasuluilah s.a. w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab,"Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "Engkau benar... "(Riwayat Muslim) Jelas daripada hadith-hadith di atas bahawa tidak ada langsung penambahan nama SaidinaAli selepas nama nabi Muhammad s.a.w. Oleh yang demikian menambah nama Saidina Ali di dalam syahadah, tidak boleh diterimapakai di dalam ajaran Islam.
xiii. Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja. Pegangan ini disebut di-dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita' halaman 149:Terjemahannya:Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Jafar al-Sadiq daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w. (Allah meredai mereka semua).Syiah juga tidak menerima hadith-hadith Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah al-Rasyidin (kecuali Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru bin al-As. Apa yang mereka terima ialah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Ahli Bait. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita', hal. 149:
Terjemahannya:
Adapun hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu Hurairah, Samurah Ibnu Jundub, Marwan bin al-Hakam dan Umran bin Hattan al-Khariji dan Amru bin al-As dan orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak diktiraf walaupun sekadar seekor nyamuk dan perkara ini sudah diketahui ramai tanpa perlu disebut-sebut. Mejoriti Ulama Sunnah telah mengecam mereka dan menunjukkan kesalahan-kesalahan mereka yang buruk ini.
ULASAN
Syiah meyakini para sahabat telah murtad, dengan demikian kedudukan mereka sebagai perawi hadith adalah tidak adil. Perkara ini bertentangan dengan al-Quran dan Hadith-hadith sohih kerana al-Quran sendiri telah menyebut para sahabat adalah adil dan diberi pujian yang tinggi. Oleh yang demikian segala periwayatan yang dibawa oleh mereka hendaklah diterimapakai dan dihayati oleh seluruh umat Islam sepanjang zaman.

Thursday, September 28, 2006

Sambungan Syiah.

iv. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Raj'ah)Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka terinasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.
Terjemahannya;Akidah Kami Tentang Raj'ah"Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana mengambil daripada Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu sebahagian daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan mana golongan yang benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan golongan yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw . dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula. Begitulah juga dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitktin semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akan dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan mereka itu tidak boleh kembali lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan harapan mereka dapat berbuat kebaikan.
"Firman Allah yang bermaksud.. " Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar (daripada neraka?)"(Surah al-Mukmin ayat 11)
ULASAN
Konsep raj'ah Syiah ialah mereka mempercayai Allah akan menghidupkan semula Ahli Bait dan Imam-imam mereka untuk menghukum para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap telah melakukan kezaliman. Kemudian mereka mempercayai orang-orang yang telah dihukum ini akan mati semula dan akan menerima pembalasan daripada Allah S.W.T. Ini berdasarkan firman Allah surah al-Mu'min ayat 11 yang bermaksud: "Mereka menjawab; Wahai Tuhan kami Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog di antara orang-orang kafir dengan Allah S.W.T. di akhirat di mana mereka ingin mencari jalan keluar daripada seksaan api neraka dengan memohon kepada Allah supaya diberi peluang hidup semula ke dunia, mereka mengaku dan insaf terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan dahulu. Pengertian ini diperkukuhkan melalui firman Allah yang bermaksud: "Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia memati;L-an kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"(Surah al-Baqarah ayat 28) Kebangkitan dan hukuman di padang Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan dikenakan kepada semua orang, bukan hukuman para Imam, ini telah dijelaskan oleh surah-surah berikut: "Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka (dipadang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka."(Surah al-Kahfi ayat 47) Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum ."( Surah al- Waqiah ayat 49)
Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam ayat tersebut tidak ada konsep raj'ah iaitu menuntut bela dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas Ahli Bait. Fahaman ini jelas menunjukkan golongan Syiah salah memahami ayat al-Quran tersebut dan salah memahami terhadap ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada penyelewengan akidah.
v. Berpura-pura (al-Taqiyyah)Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:
Terjemahannya: Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".
ULASAN
Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud: " Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan), yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak mereka (yang kafir itu).....(Surah A-li Imran ayat 28) Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menetima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dadallah dan merekapula beroleh azab yang besar.(Surah al-Nahl ayat 106) Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam ajaran Islam, yang ada di dalam Islam ialah masalah rukhsah, umpamanya jika seseorang itu dipaksa dan diugut dengan kekerasan supaya melafazkan kata-kata kafir, maka waktu itu diharuskan orang itu melafazkannya, tetapi hatinya tetap dengan iman yang sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana yang berlaku kepada Ammar bin Yasir, sehingga Allah menurunkan ayat 106 Surah al-Nahl memperakui kebenaran beliau, firman-Nya yang bermaksud: "Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman."
vi. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira'Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 61:Terjemahannya; Syiah Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari itu ialah imam yang kedua belas bagei Syiah. Ketika wafat tahun 260H, beliau mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi al-Muntazar. Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain menyatakan bahawa Imam Mahdi itu lahir selepas wafat bapanya Imam al-Askari. Sekalipun berkeadaan begitu, maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan imam selepas ayahnya dan telah ditentukan oleh ayahnya kepadanya. Kekallah ia tersembunyi selama 65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan Imam Mahdi dalam tempoh ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukan bagi tujuan ini. Wakil-wakil itu ialah Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad al-Saimiri.Kesemua wakil-wakil yang empat ini digelar sebagai wakil-wakil khas. Tempoh ini diberi nama "Ghaibah Sughra". Dalam tahun 229H sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri beberapa bulan, sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya "Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna. Maka ia tidak akan muncul kecuali dengan izin Allah, maka sesiapa yang telah mendakwa melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu". Tahun inilah bermulanya "al-Ghaibah al-Kubra". Semenjak daripada masa itu terputuslah perhubungan golongan Syiah dengan imam secara langsung. Sehinggalah apabila ada berlakunya dakwaan seperti itu, maka Syiah menganggap perkara itu dustadengan sebab nas dengan sebab nas yang terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi itu. Ini adalah ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan Imam Mahdi al-Muntazar.
ULASAN
Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud: "Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah"(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim) Sabda baginda lagi yang bermaksud, "Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun".(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim) "Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.(Riwayat al-Tirmidhi) Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh tahun."(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.
vii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali.Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197:
Terjemahannya;
Saidina Ali ra. telah berkata: "Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. senditi, dan sesungguhnya Allah telah mempertanggung- jawabkan ke atasku sama sepertimana yang telah dipertanggungiawabk an ke atas Nabi Muhammad untuk mendidik umat manusia. Nabi Muhammad dipanggil, diberi pakaian dan disuruh bercakap. Lalu ia pun menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku dibeilkan beberapa sifatyang tidak diberikannya kepdda seseorang sebelumku. Aku mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. Tidak hilang daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira dengan izin Allah dan aku melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang tinggi kepadaku dengan izin Allah.ULASANTidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan yang keterlaluan terhadap Saidina Ali ini adalah amat menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata. Nama Saidina Ali tidak terdapat di dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau seorang Rasul, tetapi hanya sebagai sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammmad s.a.w. sendiri tidak disanjung-sanjung dan dipuja-puja oleh para sahabat secara berlebih-lebihan sehingga melampaui batas. Ini bertepatan dengan hadith: Al-Zuhri berkata; Urwah bin al-Zubair memberitahuku datipada al-Miswar bin Makhramah bin Urwah berkata " Wahai kaum, demi Allah sesungguhnya aku diutuskan kepada raja-raja dan aku sendiri diutuskan kepada raja Kaisar Kisra dan raja Najasyi, demi Allah jika engkau lihat, seseorang raja sahaja yang disanjung oleh rakyatnya, tetapi para sahabat Nabi Muhammad s.a. w. tdak menyanjung Nabi Muhammad s.a.w."(RiwayatAhmad)
viii. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:
Terjemahannya;
Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; " Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi".
ix. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh AllahGolongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.
Terjemahannya;
Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata " Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat." (Aku)Abu Hamzah menjawab; "Semoga Allah memberikan kebaikan kepada engkau." Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalallah itu? Jawab Abu Jafar; "Membenarkan Allah dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka". Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah. Kata Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; "Semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau". Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, "Hendaklah engkau melantik wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau 't Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh Allah itu? Lalu ia menjawab, "Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki Ja'far, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Ja'far dalam keadaan duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? "Allahlah yang melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah."Aku bertanya lagi, "Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau." Iajawab, "Empat berhala." Ia bertanya lagi "Siapa empat berhala itu"? Ia menjawab, "Abu Fusail (Abu Bakar) Rama' (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah."ULASANTerdapat di dalam al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentang keadilan dan sanjungan terhadap para sahabat yang membersihkan mereka daripada sebarang tuduhan yang tidak benar. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat). Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia serta la menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya, itulah kemenangan yang besar".(Surah al-Taubah ayat 100) "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak melihatnya."(Surah al-Taubah ayat 40) "Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang betiman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiah), maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati meraka, Ialu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.(Surah al-Fath ayat 18) "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)."(Surah al-Nur ayat 11) Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata."(Surah al-Ahzab ayat 58) Sabda Nabl s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: " Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat ".(Riwayat Bukhari dan Muslim) Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: "Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak masuk neraka orang-orangyang telah melakukan bai'ah semasa di bawah pokok ."(Riwayat al-Tirmidhi) Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: "Daripada Ibnu Umar ra. katanya kami memilih memilih para sahabat di zaman Nabi s.a.w., Ialu kami memilih Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan ra.."( Riwayat al-Bukhati)

Wednesday, September 27, 2006

PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH
Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.
3.2.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH.
i. Khalifah Diwasiatkan Secara NasSyiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:
Terjemahannya:Akidah Kami Tentang Imam ItuTelah Sabit Secara Nas. Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: " Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada".
Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 136:
Terjemahannya:Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah mempercayai bahawa Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat yang nyata masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu Mahdi al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada Adam sehinggalah nabi yang terakhir.ULASANTidak terdapat nas dari al-Quran atau Hadith-hadith sahih yang j elas maksudnya bahawa Saidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah bermubaya'ah dengan Saidina Abu Bakar.ii. Imam adalah maksumSyiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-Maqalat yang dipetik oleh Muhamad Jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan hal. 38.Terjemahannya:Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapatpujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumn a dan sampai ke martabat yang tidak mela'Kukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai Imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka.Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72:Terjemahannya:Akidah Kami Tentang Imam itu MaksumKami mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan orang-orang yang menegakkan hukum syariat. Keadaan mereka seperti nabi. Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam itu maksum ialah dalil yang mengatakan nabi-nabi itu maksum. Tidak ada perbezaan (di antara nabi dan imam).
ULASAN
Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith sohih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbia' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud: "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. "(An-Najm ayat 3 - 4) "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"(AI-Ahzaab ayat 21) "la memasamkan muka dan berpaling, kerana ia di datangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran Ugama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfa'at kepadanya."(Surah Abasa ayat 1-4)iii. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada')Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j ahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal 146.
Terjemahannya:"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 146:
Terjemahannya;Bab al-Bada'Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal daripada Abu Ishak Tha'labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang daripada keduanya a.s. katanya, "Tidak ada ibadat yang paling utama seperti al-Bada'. Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abdullah a.s., "Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti al-Bada'.Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada Abu Abdullah a.s. katanya mengenai ayat ini maksudnya; "Allah menghapuskan apa yang ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki".Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:
Terjemahannya: "An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, "Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail".(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)
ULASAN
Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud: "Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati."(Surah al-Mukmin ayat 19) Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit".(Surah A-li Imran ayat 3) "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."(Surah al-An'am ayat 59) "Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan- Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. "(Surah Saba'ayat 3) "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"(Surah al-Ikhlas ayat 2)
Bersahur merupakan salah satu daripada syarat-syarat sah puasa?
JAWAPAN
Hukum bersahur itu adalah sunat sahaja dan ia bukannya syarat sah puasa. Ia merupakan amalan Nabi s.a.w.. Oleh itu kita digalakkan mengerjakannya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan. (Mutafaq alaih)
Kita disunatkan bersahur dan melewatkan waktunya. Bersahur juga dapat menguatkan tubuh badan, meringankan kepayahan berpuasa kerana kurangnya masa menahan lapar dan dahaga. Agama Islam sentiasa memberi kemudahan dan galakan agar manusia suka melakukan amal ibadat kepada Allah. Sunat menyegerakan waktu berbuka dan melewat-lewatkan waktu bersahur.
Umat Islam digalakkan bersahur walaupun sedikit. Memadailah dengan sebiji kurma atau seteguk air. Amalan ini adalah amalan Rasulullah. Di samping itu ia juga dapat mendidik jiwa. Jika kita bangun bersahur kita akan beringat-ingat dan berjaga-jaga sebelum fajar. Waktu itu jugalah Allah akan membesar-besarkan hamba-Nya, menerima permintaan hamba-Nya, bersedia mengampuni dosa hamba-Nya dan menerima amalan yang soleh.
Bayangkanlah betapa besarnya faedah yang akan diperoleh berbanding dengan orang yang hanya tidur dan tidak bersahur pada waktu itu.
Sumber: Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam Sdn. Bhd..
Warta Nama Perlis Darul Sunnah
KANGAR, 26 Sep (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menyeru agar gelaran Indera Kayangan bagi negeri Perlis ditukar kepada Darul Sunnah secara rasminya.


Ustaz Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang berkata demikian dalam soalan tambahan beliau kepada kerajaan ketika sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.


Dalam jawapan kepada soalan asal Ustaz Hashim, Exco Agama, Azam Rashid memberitahu Dewan bahawa penukararan nama dari Indera Kayangan kepada Darul Sunnah belum diwartakan lagi.


Katanya, gelaran Indera Kayangan itu sendiri tidak pernah diwartakan kerana selama ini yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan adalah nama Perlis sahaja.


Justeru, Ustaz Hashim bangun dengan soalan tambahan dan meminta agar nama Darul Sunah diisytihar secara rasmi sama seperti negeri lain yang menggunakan nama seperti Darul Makmur, Darul Takzim atau DarulEhsan.


Dalam pada itu, seorang penyokong kerajaan meminta dikaji semula majlis sambutan Ambang Kemerdekaan yang diadakan setiap kali menjelang 31 Ogos.


Zahari Bakar (BN - Simpang Empat) berkata demikian ketika menyampaikan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Pemangku Raja Perlis sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga DewanUndangan Negeri Perlis baru-baru ini.




Monday, September 25, 2006

PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As- Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban).


Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2)
3) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya". (Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: "Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji".
(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang
menyegerakan berbuka".
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan,
walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang
yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum
waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.


Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada'.
2) Orang sakit, wajib di qada'.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada' dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada' dan fidyah.

Bacaan Niat Puasa:
1) Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".
Bacaan Hendak Berbuka Puasa: "Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi".


( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)

SEMBAHYANG TARAWIH
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan
oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam
bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang
orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih: Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w . sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang- orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap- tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih: Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala
5. Rukun Sembahyang Tarawih Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

SEMBAHYANG WITR
1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama: Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
ii- bagi rakaat yang akhir: Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut sembahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.






Wednesday, September 20, 2006

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Hrkh) -
Usul meminta Dewan Rakyat membincangkan supaya menggesa Pope Benedict XVI menarik semula kenyataan menghina Islam yang dibawa Salahuddin Ayob (PAS-Kubang Kerian) diterima Yang diPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib di Dewan Rakyat hari ini.
Salahuddin dalam membacakan usul di bawah Aturan Urusan Mesyuarat Perkara 18 (1) berkata, kenyataan Pope Benedict tentang Nabi Muhammad s.a.w. telah mencetus reaksi bahawa ia satu penghinaan terhadap Islam itu sendiri.
"Tindakan Pope Benedict memetik kata-kata maharaja Byzantine itu mengenai Nabi Muhammad, bagi mengaitkan Islam dengan keganasan amatlah mengecewakan malah ia satu keterlaluan, " kata Salahuddin ketika membacakan usul ketika sidang ditangguhkan sebentar bagi mendengar usul tersebut.
Kenyataan Benedict ini juga katanya hanya akan mengundang satu suasana yang tidak harmonis antara penganut agama Islam dan Kristian sedangkan hubungan antara dua agama ini satu ketika dahulu sangat harmonis.
"Saya masih ingat kepada mendiang Pope John Paul ketika masih hidup, mendiang amat memelihara hubungan dengan umat Islam, hatta semasa pengebumian mendiang Pope John, ulama' dan pembesar agama Islam turut menziarahinya bagi memberi penghormatan terakhir.Ini seharusnya ditiru oleh Pope Benedict," katanya lagi.
Justeru beliau mendesak Pope Benedict menarik kembali kenyataannya secara ikhlas tanpa sebarang syarat mahupun niat di sebaliknya, katanya.
Usul Salahuddin mengenai Pope Benedict itu akan dibahas di Dewan Rakyat petang ini bermula jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.
Sementara itu terdahulu, laporan AFP menyebut, kenyataan Benedict mengenai Islam dibuatnya dalam satu ucapan di Jerman yang mengisahkan perbualan antara Maharaja Kristian Empayar Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang cendekiawan Paris mengenai kebenaran agama Islam dan Kristian.
Benedict dilaporkan memetik kata-kata maharaja Byzantine itu mengenai Nabi Muhammad, iaitu: “Saya memetik kata-katanya, “Tunjuk kepadaku apakah yang baru yang dibawa oleh Muhammad, dan ia hanyalah kejahatan dan ketidak perikemanusiaan, seperti perintahnya untuk mengembangkan (ajarannya) melalui pedang.”
Jurucakap Pope kemudiannya berkata, Benedict menghormati Islam tetapi menolak keganasan yang dikaitkan dengan agama itu. Penjelasan itu, bagaimanapun gagal meredakan kemarahan umat Islam.
Akibat kenyataan itu, Parlimen Pakistan sebulat suara meluluskan resolusi menuntut Pope “menarik balik kenyataan itu demi menjaga keharmonian antara agama.”
Di India, Pengerusi Suruhanjaya Negara bagi Kaum Minoriti, Hamid Ansari berkata: “Bahasa yang digunakan oleh Pope bunyinya sama seperti rakan sejawatannya pada Abad ke-12 yang memerintah supaya dilancarkan Perang Salib”.
Kumpulan Ikhwan al-Muslimin, yang merupakan pembangkang utama di Parlimen Mesir, menyifatkan ucapan Pope itu lebih serius daripada isu lukisan kartun gambar Nabi Muhammad yang telah mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia awal tahun ini.
"Saya rasa Pope itu akan berdepan dengan bantahan keras, kerana kenyataannya lebih memudaratkan berbanding dengan lukisan kartun tersebut, kerana ianya datang dari mulut seorang pemimpin yang mewakili berjuta-juta manusia,” kata pegawai kanan kumpulan tersebut Abdel Moneim Abul Futuh.
Di Turki, pengerusi direktorat halehwal agama negara itu, Ali Bardakoglu pula menyifatkan kenyataan Pope itu “penuh rasa permusuhan dan kebencian” dan menegaskan Pope tersebut tidak harus dibenarkan ke Turki.
Reaksi yang sama tercetus di Iran, iaitu Ahmad Khatami berkata, adalah sesuatu yang amat malang apabila pemimpin masyarakat Kristian dunia tidak faham mengenai Islam dan bercakap dengan begitu biadap sekali.
Manakala golongan ulama Sunni di Iraq pula menggesa kerajaan menghalau wakil Vatican sebagai bantahan terhadap kenyataan Pope tersebut.
Sementara itu Yayasan Ramadan di Britain membandingkan Pope Benedict XVI dengan Pope sebelum ini, John Paul II.
"Mendiang Pope John Paul II menghabis lebih 25 tahun untuk membina jambatan dan hubungan baik dengan masyarakat Islam. Dia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa persepsi mereka terhadap Islam adalah salah dan kita adalah satu masyarakat yang cintakan keamanan,” katanya.

Friday, September 08, 2006

SAJAK AMINAH QUTB KEPADA SUAMINYA
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN, ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.YA ALLAH,JIKA AKU JATUH CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA,JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.YA RABBANA,JIKA AKU JATUH HATI,JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU, RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MUYA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.YA ALLAH,JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Wednesday, August 30, 2006

OLEH : JAKIM
PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH1.
TUJUAN1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. 1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:
i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah ZaidiyahKumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.
iii. Syiah IsmailiyahKumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.
Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).(1 Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)
ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.
iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya: i) Kasyf al-AsrarOleh: Ayatullah al-Khomeini ii) AI-Hukumah al-IslamiahOleh: Ayatullah al-Khomeini iii) Al-Sabah Min al-SalafOleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi iv) AI- Usul Min al-KaftOleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H) v) Tahrir al- WasilahOleh: Ayatullah al-Khomeini vi) Al-MurajaatOleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi vii) Peshawar NightsOleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin viii) Mafatih al-jittanOleh: Sheikh Abbas al-Qummi ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) xi) Al-SahabahOleh: Haidar xii) Ahlu al-BaitOleh: Dr. Mahfuz Mohamed
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang. Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah: i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran. ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik. v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.

Sunday, August 27, 2006

Jom Boikot
Oleh Azamin
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Hrkh) - Setelah beberapa siri demonstrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat dan British, kini umat Islam melancarkan 'serangan' dan menyatakan kemarahan dengan memboikot produk terpilih yang menyumbang kepada kekejaman Israel membunuh umat Islam di Lubnan dan Palestin.
Seusai solat Jumaat, di pekarangan Masjid India di sini, lebih 500 orang berhimpun bagi memulakan usaha memulaukan barangan terpilih anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM ), Aman Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kongres Indian Muslim Malaysia dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Tiga produk terpilih yang diboikot ialah minuman berjenama Coke (Coca-Cola), ubat gigi Colgate dan restoran Starbucks.
Orang ramai bersama-sama melaungkan 'Boikot Coke, Boikot Colgate daan Boikot Starbucks' seiring laungan takbir 'Allahu Akbar' sambil mengangkat kain rentang dan sepanduk yang 'menyuarakan' kebencian dan bantahan terhadap produk tersebut.
Selepas beberapa ucapan, beberapa peserta perhimpunan bertindak memijak serta membakar produk Colgate, Coke sebagai satu cara simbolik dan isyarat membuktikan kemarahan mereka kepada syarikat pengeluar yang bersengkokol dengan rejim Zionis.
Koordinator Komunikasi dan Perhubungan Awam PPIM, Noor Nirwandy Mat Noor menggesa masyarakat pengguna Islam dan penganut agama lain memboikot produk Amerika-Israel bagi menghantar satu amaran jelas kepada Zionis dan sekutunya bahawa masyarakat negara ini sudah tidak dapat menerima kekejaman mereka.
"Kita ada bukti bahawa syarikat pengeluar produk-produk ini menyumbang dana dan membiayai rejim Yahudi untuk membunuh umat Islam di sana," katanya sewaktu ditemu ramah.
"Kita 'target' (sasarkan) tiga produk saja sebab kita nak dapat 'impact' (kesan) maksimum," katanya.
"Kita tidak main-main, satu isyarat jelas kepada Israel, mereka mesti 'stop' (berhenti) jika tidak umat Islam akan 'wallop' (menghukum) ekonomi mereka," katanya.
PPIM meminta umat Islam berkerjasama supaya tidak lagi membeli, menggunakan produk terbabait dan tidak lagi mengunjungi restoran Starbucks.
"Hanya dengan cara menggunakan kuasa 'purchasing power' (kuasa membeli) pengguna sahaja yang mampu menghentikan kekejaman dan memberikan tekanan kepada pembuli dunia," kata Nirwandy.
Katanya Presma memberi jaminan bahawa sejumlah 8,000 restoran di bawah naugannya tidak lagi menjual minuman Coca-Cola.
Timbalan Presiden Kimma, Amir Amsaa, pula berkata tindakan boikot ini sebagai salah satu cara simpati kepada kesengsaraan umat Islam di Lubnan dan Palestin.
"Kita mesti menarik balik barangan ini daripada dijual dan kita akan beritahu pengusaha restoran-restoran kaum India Muslim supaya tidak menjual barangan yang telah disenaraikan," katanya.
Turut menyatakan kemarahan ialah Setiausaha Kehormat PPIM, Dato' Nadzim Johan yang menyatakan bahawa kempen ini merupakan tindakan bijaksana di samping menyarankan umat Islam membeli produk alternatif yang dikeluarkan oleh umat Islam sendiri.
"Kalau tak ada produk ini, kita boleh mati ke? Tak ada pun tak pa, Malaysia banyak lagi produk lain," katanya.
"Ini boikot bijaksana, jangan bimbang kalau tak minum Coke, tak mati punya," katanya lagi.
Turut menarik perhatian seorang kanak-kanak, Shaedul Basha, 13, yang memegang 'speaker' sambil melaungkan 'Boikot Coke, Boikot Colgate' dan bertakbir 'Allahu Akbar'.

Friday, August 18, 2006

Halal dan Haram
sedikit peringatan...dengan ayat yg mudah berbunyi begini:
umat Islam wajib memakan makanan yg halal....cuma?macamana yg dikatakan halal itu?adakah dengan melihat pelekat label tanda halal sudah mencukupi?jawapannye...adalah tidak...

sedikit maklumat yg boleh dikongsi bersama....
Subject: PPIMalaysia : Barangan HaramBaru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada di pasaran dan meminta orang-orang Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secara ringkas roduk tersebut dan serba sedikit huraiannya.
1. COLGATE
Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram~ bercampur lemak babi. Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thailand.
2. AJI NO MOTO
Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~ bercampur lemak babi Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium> Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.
3. COKLAT
Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.
4. FISHCAKE; FISHBALL; MEE & Kuew TIAW
Keluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.
5. BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE
Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan berbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.
6. ROTI HIGH 5 (HIGH FIVE)
Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi / dicampur / diproses dari ragi Babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita / surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal / haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.
7. REMPAH KARI ALLAGAPA, BABAS, SAKHTY & CAP MATA
Keempat-empat jenama kari di atas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat / menambah / memperelok kuil-kuil di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786.
Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat.Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) Diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah
dan ayat suci Al-Quran dicetak / ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh. Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal... Di Taiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***.8. COCA COLA Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahukah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa' Allah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua di Malaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya di Perak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak!!!

9. SARDIN TIN MERAH
Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.
10. KENTUCKY FRIED CHICKEN
Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan / pertama sahaja manakala yang lain-lainnya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu / berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa- apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was eloklah kita tinggalkan. Keadaan ini samalah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya di mana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas / raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.
11. TEH HAILAM
Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga. TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat??? Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan Membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itulah resepinya. Bunyinya memang lucu tetapi itulah hakikatnya.
12. TESCO IPOH
Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkansupaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalamTesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam (C*** ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut. Masalah utama ialah ayam digerai ini di supply oleh C***. Hanya sebuah gerai (Western Food) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu. RENUNGANDi pasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang seolah-olah bercirikan Islam. Contoh : Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuat seperti bahasa / bunyi Arab yang kadangkala kita tak ambil kisah langsung. Di pasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu / Islam. Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasar raya. Bagaimana pula dengan kicap Tamin...??? Kicap Tamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman C*** dengan bayaran RM7, 000.00 untuk membolehkan produk tersebutmemasuki pasar raya.
wallahua'lam

Thursday, August 17, 2006


INTEGRITI SATU KEPERLUAN
Maksud Integriti. Persoalan pertama yang perlu difahami ialah maksud perkataan integriti. Macmillan English Dictionary menafsirkan integriti pertamanya sebagai 'the quality of always behaving according to the moral principles that you believe in, so that people respect and trust you' dan keduanya sebagai 'the quality of behaving according to the rules and standards of your job or profession'. Mengikut Longman Dictionary pula, integriti dimaksudkan sebagai 'the quality of being honest and having high moral standards'. East View Dictionary memberi maksud integriti sebagai keikhlasan, keutuhan, ketulusan, kejujuran, atau 'complete honesty and goodness'. Kamus Dwibahasa terbitan DBP mengertikan integriti sebagai kejujuran dan ketulusan. Buku Pelan Integriti Nasional, Kerajaan Malaysia (2004), Putrajaya, telah menafsirkan integriti sebagai satu kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Kepentingan Integriti Integriti adalah satu kualiti penting yang perlu ada pada setiap individu dan organisasi. Kita hanya boleh melihat dan menafsirkan integriti melalui pandangan mata kasar kita iaitu melalui perkara-perkara fizikal yang dilaksanakan. Melalui pengalaman berurusan seharian dengan individu lain, kita akan dapat mengenalpasti tahap keintegritian yang wujud pada individu tersebut. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, kehidupan seharian kita amat perlu kepada muamalat atau pergaulan sesama makhluk di bumi. Sebagai contoh, apabila kita berurusan di pejabat, terdapat segelintir pegawai pejabat yang tidak memberi layanan yang baik kepada tetamu mereka. Terdapat juga pegawai yang sering mencuri tulang ketika waktu pejabat. Perkara ini juga berkaitan dengan masa yang sering tidak ditepati terutamanya ketika menghadiri temujanji atau mesyuarat. Seringkali terdapat pegawai yang hadir ke mesyuarat lewat sepuluh minit, dua puluh minit, malah setengah jam. Malah, dewasa ini gejala yang sedang heboh diperkatakan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta ialah masalah rasuah yang semakin meruncing. Hal ini bukan sahaja boleh menyakitkan hati sesetengah pihak tetapi juga boleh menjatuhkan reputasi serta merugikan syarikat, organisasi malah negara. Ketika di jalan raya, setiap pengguna jalan raya perlulah memainkan peranan masing-masing untuk mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini. Hal ini termasuklah etika ketika ingin memotong kenderaan lain, meletakkan kenderaan, dan ketika memandu di atas jalan raya itu sendiri. Perkara ini penting untuk diambil perhatian kerana jika kita tidak menjaga integriti kita ketika memandu, kita bukan sahaja membahayakan diri kita sendiri, tetapi juga membabitkan orang lain yang tidak bersalah. Sewaktu kita berurus niaga di kedai atau pasaraya, kita seringkali berhadapan dengan situasi apabila kita tidak diberi layanan yang baik, atau tidak dilayan langsung oleh jurujual yang bertugas. Bahasa yang digunakan kasar dan tidak sesuai. Adakalanya, kiraan yang dibuat tidak tepat dengan harga barangan yang tertera. Pelanggan pula ada yang mencuri dan berlaku tidak jujur. Hal-hal sebegini adalah antara contoh-contoh situasi yang tidak berintegriti di pasaraya dan di kedai yang sering kita temui. Di sekolah juga kita biasa berdepan dengan individu dan organisasi yang mempunyai integriti yang rendah. Sebagai contoh, terdapat sebilangan pelajar yang suka melakukan vandalisme terhadap hartabenda sekolah seperti kerusi meja, papan kenyataan, paip air, tandas dan sebagainya. Mereka juga suka menconteng dinding-dinding bangunan sekolah terutamanya di dalam tandas dengan perkataan-perkataan yang tidak baik. Lebih mengharukan, terdapat juga guru walaupun segelintir yang tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna seperti tidak masuk ke kelas dan tidak memeriksa tugasan pelajar. Mereka ini tidak memberikan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Ketika berada di kantin pula, terdapat individu yang tidak berintegriti yang tidak beratur atau memotong barisan ketika membeli makanan. Meja dikotorkan dengan tumpahan makanan, begitu juga sinki dan lantai. Bagi jurujual kantin pula, terdapat di kalangan mereka yang tidak menjaga kebersihan diri, pakaian, dapur serta premis mereka. Mereka lebih mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kualiti makanan yang mereka sediakan. Tandas awam juga memperlihatkan kerendahan integriti masyarakat dan pengguna. Kebanyakan tandas awam amat rendah tahap kebersihannya. Kemudahannnya tidak terjaga. Ada di antaranya yang sudah tidak berpintu, pam dan paip yang tidak berfungsi, tandas tersumbat dan terdapat contengan-contengan yang tidak menyenangkan di dinding. Pampsers, puntung rokok dan sampah dibuang begitu sahaja. Hal ini semuanya berhubung kait dengan integriti masyarakat kita. Contoh seterusnya ialah telefon awam. Banyak telefon awam baik di kampung mahupun di bandar tidak dapat digunakan lagi kerana telah rosak akibat perbuatan tidak berintegriti sesetengah pihak. Mereka hanya memikirkan keseronokan sementara tanpa mengambil kira kesusahan yang bakal mereka hadapi suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dengan tempat membuang sampah. Terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak menggunakan kemudahan yang disediakan dengan betul. Mereka sengaja membuang sampah di merata-rata tempat yang tidak sepatutnya tanpa merasai sedikitpun perasaan bersalah. Di stesyen-stesyen bas atau teksi, kita selalu melihat situasi yang tidak selesa dengan suasana yang bising dan keadaan yang kotor dan tidak terjaga. Selain itu, kita juga perlu berwaspada kerana seringkali berlaku kecurian dan kes-kes ragut di stesyen bas atau teksi. Bagi pemandu teksi pula, terdapat mereka yang mengenakan tambang sesuka hati tanpa mengikut meter atau kadar yang sepatutnya. Situasi seterusnya dapat dilihat pada penggunaan lif. Seharusnya, individu yang berintegriti akan memberi laluan kepada pengguna di dalam lif yang ingin keluar sebelum kita masuk ke dalam lif tersebut. Ketika berada di dalam lif pula, kita mestilah menunjukkan akhlak yang baik dengan tidak membuat bising atau merosakkan lif. Dengan sikap seperti ini akan mewujudkan suasana yang harmoni dan keselesaan kepada pengguna-pengguna lif. Akan tetapi apa yang didapati ialah keadaan sebaliknya. Dinding lif diconteng dengan kata-kata kotor dan tidak bermaruah. Sampah bersepah, kemudahan lif seperti kipas dan lampu dirosakkan. Di pasar pula yang kita temui suasana yang bising, busuk, dan kotor. Keadaan ini belum mengambil kira sikap jurujual yang hanya mengutamakan keuntungan. Ada di kalangan mereka sanggup menipu dalam jual beli seperti menggunakan timbangan yang tidak tepat atau mencampur adukkan barangan yang elok dengan barangan yang telah rosak. Jelasnya, mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa berfikir samada perkara yang mereka lakukan itu patut atau tidak, halal atau haram. Di taman-taman perumahan atau flat-flat pula, terdapat banyak fenomena yang menggambarkan sikap individu atau organisasi yang tidak berintegriti. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak mengambil berat dengan kebersihan kawasan rumah mereka. Walaupun kekotoran itu di kawasan rumah mereka, namun ia akan turut mendatangkan masalah kepada penduduk di sekitarnya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kawasan perumahan yang kotor akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, lipas, dan tikus yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada tetangga. Selain itu, terdapat juga penduduk taman atau flat yang suka membuat bising tanpa mengendahkan jiran tetangga yang mempunyai bayi kecil atau mereka yang tidur pada waktu malam. Satu bidang lagi yang menunjukkan kerendahan integriti masyarakat ialah budaya dalam berhutang. Terdapat penghutang yang sengaja tidak membayar hutangnya pada waktu yang telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak. Terdapat juga penghutang yang sanggup menipu dengan mengatakan mereka telah melangsaikan hutang mereka walaupun pada hakikatnya mereka hanya membayar sebahagian atau tidak membayar langsung hutang tersebut. Mengikut kepercayaan mereka adalah untung jika mereka berjaya mengelak dari membayar hutang. Gejala ini bukan hanya melibatkan mereka yang tidak berpelajaran, malah golongan berpelajaran tinggi juga turut terlibat Bagi pemiutang pula, mereka sengaja mengenakan faedah yang tinggi yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini bukan sahaja menyusahkan penghutang, tetapi juga ianya salah di sisi agama. Berdasarkan contoh-contoh situasi yang diberikan, kita dapat menilai tahap atau gambaran integriti pegawai-pegawai, pengguna dan masyarakat keseluruhannya. Semua ini menggambarkan betapa pentingnya integriti kepada seseorang individu dan sesebuah organisasi. Integriti bagi sesebuah masyarakat itu penting kerana ia boleh mencerminkan imej agama, bangsa, dan negara. Persoalannya, adakah kita juga tergolong di kalangan mereka yang tidak berintegriti? Seterusnya, apakah tindakan yang telah dan perlu kita ambil untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan integriti ini? Kita seharusnya menilai diri kita terlebih dahulu sebelum orang lain menilai diri kita. Faktor integriti merosot Terdapat banyak faktor yang menyebabkan integriti seseorang individu dan sesebuah organisasi itu rendah atau merosot. Ia berkaitan dengan individu itu sendiri, ksepimpinan, system dan prosedur, struktur dan institusi serta budaya. Faktor utama yang mempengaruhi keintegritian seseorang itu ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini adalah kerana hanya tuan empunya diri sahaja yang boleh mengawal tindakan, tingkah laku dan akhlak masing-masing. Jika dia ingin menjadi seorang yang baik dan mempunyai peribadi yang unggul, dia akan melakukan perbuatan yang baik selaras dengan kehendak hatinya. Sekiranya dia hanya mengikut hawa nafsu tanpa menggunakan pertimbangan akal fikiran yang waras, dia akan sanggup melakukan sesuatu yang tidak berintegriti. Seseorang itu akan hanya mementingkan kebahagiaan dirinya sendiri tanpa memikirkan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh orang lain akibat perbuatannya itu. Di samping itu, mereka juga sanggup mempengaruhi orang lain untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Mereka ini tidak mempunyai asas keagamaan yang kuat serta jati diri yang teguh. Faktor seterusnya yang mempengaruhi integriti seseorang individu atau sesebuah organisasi itu ialah kepimpinan. Secara umumnya, ketua memainkan peranan yang penting serta mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengawal serta mentadbir sesebuah organisasi itu. Mereka juga berperanan sebagai model kepada anak buahnya samada di dalam institusi yang besar atau kecil. Oleh yang demikian, apabila kepimpinan yang dijalankan atau diterapkan serta contoh yang diberikan adalah tidak berkualiti, ini akan mempengaruhi peribadi atau integriti anak buah serta masyarakat secara tidak langsung. Selain itu, sistem dan prosedur yang tidak teratur juga boleh mempengaruhi integriti seseorang. Ada system dan prosedur kerja yang memberi ruang dan peluang kepada pekerja untuk melakukan penyelewengan.Sebagai contoh ialah mengenai rasuah. Sistem pemeriksaan di sekatan jalan raya memberi ruang berlakunya rasuah di samping pengguna sendiri suka memberi rasuah bagi memudahkan urusan mereka. Jika sistem dan prosedur yang memberi ruang dan peluang ini tidak diperbaiki, maka sukar untuk membanteras gejala yang tidak berintegriti ini dari terus berleluasa. Budaya juga memainkan peranan yang penting. Walaupun sebenarnya budaya kita unggul dan murni, namun oleh kerana pengaruh budaya luar yang kuat menyebabkan generasi sekarang lebih terdedah kepada budaya tersebut yang cenderung kepada perkara-perkara yang tidak sihat Jika perkara negatif ini tidak dibetulkan segera, ia akan menjadi amalan dan akhirnya terbentuk menjadi budaya. Langkah-langkah mengatasinya Integriti dapat melahirkan individu dan organisasi yang mempunyai akhlak dan personaliti yang mulia. Hal ini seterusnya dapat memberi hasil kerja serta produk yang berkesan, sempurna dan berkualiti. Manusia yang menyedari realiti sebenar tugasan atau kerja yang mereka lakukan pasti akan tahu menghargainya. Kerja adalah 'the law of existence, a gift of God.' "Once Rasulullah came across Saad bin Muaz and when he shook hands with him, he found that Saad's hands were dark, blistered, rough, hard and full of cracks. He asked Saad why his hands were in that state. "Ya Rasulullah, I am a farmer and I use agricultural implements, rope and leather straps to till the land. From this land, I get the sustainance and the provision to feed my wife and family." When Rasulullah heard this, the Prophet lifted the hands of Saad, kissing them and said "These are the very hands and palms that Allah loves most." Kerja yang dilakukan dianggap ibadah sekiranya ia dilakukan dengan niat yang baik melalui jalan yang dihalalkan syarak. Kekosongan Rohani (Spiritual Vacuum) Rohani atau jiwa yang kosong menyebabkan seseorang individu itu melakukan sesuatu yang tidak berintegriti. Generasi sekarang banyak terdedah kepada unsur-unsur yang tidak baik. Anak-anak dididik oleh `ibubapa palsu’ seperti televisyen, permainan komputer, internet, motor, muzik, hiburan, pub, cyber café, telefon bimbit serta kawan-kawan. Semua ini adalah perkara-perkara melalaikan yang mendorong mereka kepada keseronokan duniawi yang sementara. Mereka suka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah tanpa memikirkan bahawa mereka adalah generasi pelapis yang akan mentadbir negara pada suatu hari nanti. Jiwa mereka tidak dididik dengan iman dan takwa. Kekosongan jiwa ini adalah salah satu faktor berlakunya masalah tidak selesai yang sering melanda negara kita seperti kes-kes jenayah, gejala sosial termasuklah penagihan dadah yang semakin meruncing, seks bebas, penyakit HIV, bersekedudukan dan kes-kes disiplin yang lain. Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dilakukan oleh Transparency International ialah 5.2 dan menduduki tempat ke 37 daripada 133 negara. (Data tahun 2003) Iman Masalah integriti di kalangan masyarakat dapat diatasi sekiranya kekosongan rohani diisi dengan iman yang teguh. Orang yang beriman mempunyai ciri seperti yang difirmankan Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 3 dan 4. iaitu mereka yang beriman dengan perkara-perkara ghaib, mendirikan sembahyang, menginfak (memberi nafkah) rezeki yang Allah berikan kepada mereka, beriman kepada Al-Quran dan kitab-kitab terdahulu serta meyakini hari akhirat. Di dalam surah Al-Qiamah pula Allah berfirman yang bermaksud: "Apakah manusia mengira bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja? Bukankah dia dahulu berasal daripada setitis air mani yang ditumpahkan, kemudian menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakan dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) mengidupkan orang yang mati." (Al-Qiamah: 36-40) Dengan mempercayai perkara ghaib serta hari pembalasan, seseorang itu akan lebih berhati-hati terhadap tingkahlakunya kerana ia tahu bahawa setiap perlakuannya akan dibalas diakhirat kelak. Ia akan menjaga halal - haram, baik dan buruk. Seluruh tingkahlakunya akan dipandu oleh Al-Quran dan hadis. Seterusnya di dalam surah Al-Muddassir, Allah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah demi bulan. Dan malam apabila ia berlalu. Dan waktu subuh apabila ia mula terang. Sesungguhnya (neraka saqar itu) adalah salah satu yang besar. Peringatan bagi manusia. Bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju atau mundur. Setiap diri terikat dengan apa yang telah dikerjakannya. Kecuali golongan kanan. Dalam syurga saling bertanya. Tentang orang yang berdosa. Jalan apa (yang kamu lalui sehingga memasuki neraka) saqar. Mereka menjawab, kami bukan dari kalangan orang yang sembahyang. Dan kami tidak memberi makan orang miskin. Kami memperkatakan perkara yang tidak betul bersama orang yang memperkatakan. Kami mendustakan hari pembalasan. Sehingga kami didatangi kepastian (mati). Maka tidak berguna lagi kepada mereka syafaat orang yang memberi syafaat. Kenapakah mereka berpaling dari peringatan (Al-Quran)? Mereka seolah-olah sekumpulan keldai liar yang lari bertempiaran. Lari dari singa. Bahkan setiap mereka mahu supaya diberikan surat terbuka. Tidak! Sebenarnya mereka tidak takutkan hari akhirat. Ketahuilah sesungguhnya ia adalah suatu peringatan. Siapa yang mahu, ia akan ingat. Mereka tidak akan ingat kecuali jika Allah kehendaki. Dia yang memberi taqwa dan memberi pengampunan." (Al-Muddassir : 32-56) Allah berfirman lagi di dalam surah Al-An'am: "Katakanlah: Apakah aku patut mencari tuhan selain Allah? Dialah Tuhan bagi setiap sesuatu dan tiadalah apa-apa (kejahatan) yang diusahakan oleh seseorang itu melainkan untuk dirinya sendiri, dan seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali dan Dia akan menerangkan kepada kamu tentang apa yang kamu perselisihkan. Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan darjat sebahagian daripada kamu daripada sebahagian yang lain untuk menguji kamu dengan apa yang diberi. Sesungguhnya Tuhan kamu sangat cepat memberi balas. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Al-An'am : 164-165) Penutup Kita mestilah menghargai diri kita dan nikmat yang telah dan sedang kita kecapi ini dengan sebaiknya. Semuanya amat bernilai untuk dilepaskan dengan begitu sahaja. Allah menjadikan diri manusia supaya mereka ada pendorong semulajadi untuk mencapai sesuatu yang diperlukan dalam hidupnya. Integriti diri yang sempurna dapat diwujudkan gabungan daripada enam prinsip mudah yang perlu dihayati bersama iaitu pertamanya dengan menghayati konsep syahadah tauhid dan syahadah Rasul. Ertinya, kita mestilah memahami dan menghayati bersungguh-sungguh maksud keimanan dan kesaksian kita kepada Allah dan RasulNya bahawa Allahlah yang maha besar dan maha berkuasa, sedangkan makhluk tidak besar dan tidak berkuasa. Keluarkan kebesaran makhluk dari hati kita dan masukkan kebesaran Allah. Kita hendaklah patuh kepada segala perintah Allah mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad (S.A.W). Kedua, kita mestilah khusyuk dan khuduk ketika melakukan solat. Melaluinya, kita akan merasai ketenangan dan keamanan yang boleh mengisi kekosongan rohani. Kita tunaikan solat 5 waktu setiap hari tanpa gagal mengikut cara yang ditunjukkan oleh nabi iaitu dengan berjamaah di masjid. Para wanita melakukan di rumah pada awal waktu. Anak-anak lelaki dididik sejak kecil menunaikan solat di masjid berjamaah dengan bapanya, manakala anak-anak perempuan bersama ibunya di rumah. Dengan menunaikan solat lima waktu kita akan terkawal dari melakukan perkara buruk dan keji, apatah lagi perkara yang tidak berintegriti. Ketiga, kita mestilah sentiasa berusaha mendalami ilmu pengetahuan yang berfaedah serta berzikir kepada Allah. Ilmu pengetahuan dan zikir dapat membezakan nilai diri kita daripada orang lain yang tidak mempunyai keduanya. Ia dapat meninggikan darjat diri kita di kalangan masyarakat serta dipandang mulia. Dengan ilmu kita akan mengetahui apa yang Allah suka dan apa yang Allah benci, apa yang Allah perintah dan apa yang Allah larang. Keempat, selalulah berusaha untuk memuliakan orang lain. Hanya orang yang mulia sahaja yang sanggup memuliakan orang lain. Dengan ini, semua orang akan sentiasa hormat-menghormati, tolong-menolong, sayang-menyayangi, dan dapat merapatkan hubungan persaudaraan sesama insan. Tiada lagi sifat cemburu, dengki, iri hati dan khianat yang berlaku. Segala hak orang lain kita tunaikan sepenuhnya, manakala hak kita sendiri kita sanggup korbankan. Inilah sifat altruistic yang tidak ternilai harganya. Kelimanya, kita mestilah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Ikhlas lahir dari hati yang suci dan jujur tidak menipu atau berpura-pura. Akhir sekali kita mestilah memperbetulkan salah faham yang selama ini kita percaya bahawa diri, masa dan harta kita adalah milik pribadi kita sendiri sedangkan pada hakikatnya itu semua adalah milik Allah pencipta kita. Dengan fahaman yang betul ini barulah kita sanggup menunaikan segala kehendakNya mengikut cara yang dikehendakiNya iaitu berintegriti.