Saturday, October 10, 2009



Kembara Jalanan

Singgah di Masjid Lentang

Suasana dewan solat yang nyaman, dilengkapi dengan aircond lagi



Tiba di Masjid Yayasan Noah, Genting Highland


Sumber Informasi Masjid

Tempat iklan yang klasik


Ruang solat yang mendamaikan..
Saya di...
5-6 : Lipis
7 : Temerloh
8 : Genting
9 :Lipis
10-11 :Temerloh
12-14 :Kuantan
15-16 :Lipis

Friday, October 02, 2009

Selamat Jalan...
Dahulu...
Mereka...Orang yang menganggur..
Mereka yang merdeka dari alam persekolahan beruniform..
Mereka yang menghabiskan waktu dengan kerja sementara...
Mereka yang pakat-pakat mengambil lesen kenderaan...
Mereka yang menukar IC yang baru, dengan wajah yang lagi matang..
Sekarang...
Mereka yang telah membuat Pasport (tak sempat dengan promosi pasport murah RM 100)...
Mereka yang membuat banyak salinan gambar photo..
Mereka yang mencari sponser kewangan..
Mereka yang akan terbang ke awan biru..
Mereka ini akan menuntut ilmu..
Harapnya..
Mereka yang akan berilmu luas...
Mereka yang akan menjadi cerdik pandai..
Mereka yang akan menjadi tokoh dikagumi..
Mereka yang akan menjadi pejuang..
Mereka yang akan memimpin perjuangan..
Mereka yang akan mentadbir bumi..
Mereka yang diRedhai Tuhan..
Mereka yang menuju ke SyurgaNya..
Mereka yang berjaya Dunia & Akhirat...

Selamat menuntut ilmu di Bumi Anbiya' Mesir, Mudahan sentiasa dipermudahkan dalam apa bentuk keadaan dan cabaran..



Barisan bakal-bakal Azhari bersama alumni Azhari

Bakal-Bakal Azhari yang ceria mendengar celoteh lepasan Al Azhar

Sunday, September 27, 2009

Tahniah Sahabat..
Selamat Pengantin baru buat akhi Fadzlah.. Semoga berbahagia selamanya...

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Aidil Fitri 1430

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1430H. Maaf zahir & batin buat semua. Ada masa dan umur dapat kita bersua. Semoga Syawal ini dapat memperteguhkan Ukhwah kita di samping terus memperkasa dakwah dan perjuangan.

من العيد والفائزين

Penghargaan buat yang mengenang saya. Terima kasih kerana hadiah-hadiah dan kad raya kalian.

Lakaran Ramadhan Terakhir 1430H

Semakin ramai 'orang asing' yang datang ke masjid untuk membayar zakat fitrah

Syukran buat AF Zarimi yang menaja berbuka puasa buat saya.

Waktu maghrib, masjid yang kosong. Ramai yang pura-pura sibuk, bertuhankan perayaan sehingga terlupa panggilan Tuhan buat si hamba.


pokok rambutan yang tumbang selepas hujan lebat.




pokok yang tumbang, menghalang laluan ke rumah saya.



Khatam al Quran

Memang sudah biasa dan terbiasa apabila bulan Ramadhan sahaja maka umat manusia rata-rata di seluruh dunia akan bertadarus al-Quran. Mengambil sunnah Rasulullah s.a.w yang apabila tiba bulan Ramadhan sahaja Baginda akan bertadarus dengan malaikat Jibrail a.s dari mula sehingga khatam.
Sebenarnya banyak kelebihan yang berkaitan dengan al-Quran. Antaranya kelebihan-kelebihan membaca dan mendengar bacaan al-Quran.

Hadis riwayat al- Tirmidzi yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al Quran maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan digandakan dengan sepuluh. Tidak Aku katakan( ا،ل،م ) itu satu huruf tetapi ا satu huruf, ل satu huruf dan م satu huruf”

“sebaik-baik ibadah sunat umatku ialah membaca al-Quran”

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud :

“Bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya”

Hadis riwayat Ahmad yang bermaksud :

“barang siapa mendengar satu ayat dari al Quran maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari kiamat”

Dalam masyarakat kita ada beberapa cara bertadarus al-Quran. Ada yang bertadarus dari hari kehari sehingga khatam. Ada juga yang beberapa jam sahaja sudah boleh membuat majlis khatamnya.
Apabila telah tamat membaca al-Quran, biasanya orang akan membuat majlis khatam al Quran.
Membaca al Quran sehingga khatam adalah suatu ibadah yang amat disukai Allah. Terdapat banyak kelebihan antaranya
Hadis riwayat al Baihaqi yang bermaksud :

“Pada setiap kali khatam al Quran itu ada bersamanya doa yang mustajab”

Ulama Salaf mempunyai cara tersendiri semasa khatam al Quran. Ada yang tidak berdoa setelah khatam al Quran. Sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan penuh perasaan malu.
Ada daripada ulama salaf yang berdoa dengan penuh perasaan mengharapkan rahmat daripada Allah dan sebagai hamba sangat berhajat kepada Tuhan.
Ada daripada ulama salaf apabila selesai khatam al Quran terus menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah tanpa diselangi dengan doa.
Ada pula ulama salaf apabila selesai khatam al Quran ters menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah dan surah al Baqarah sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam.

p/s : Ulama Salaf iaitu mereka yang hidup dalam masa 500 tahun pertama sejak zaman Rasululah s.a.w. Ulama Khalaf pula ialah mereka yang hidup dalam masa 500 tahun selepas ulama salaf. Adapun mereka yang hidup selepas ulama khalaf sehingga ke hari ini dinamakan dengan ulama Mutaakhirin.

Terjemahan doa Khatam al Quran
Ya Allah ya Tuhan Kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhNya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah yang Maha menerima taubat lagi Maha mengasihi, dan tunjuklah kami serta bimbinglah kami ke jalan yang lurus dengan keberkatan al-Quran yang mulia.
Ya Allah ya Tuhan kami rahmatilah kami dengan al Quran, dan jadikanlah al Quran sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa daripadanya, dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu mengenainya, dan kurniakanlah kepada kami keupayaan untuk membacanya di waktu malam dan siang, dan jadikanlah ia sebagai hujah untuk kami.
Ya Allah ya Tuhan kami hiasilah akhlak kami dengan perhiasan al Quran, dan muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran, dan tinggikanlah kedudukan kami dengan ketinggian al Quran, dan pakaikanlah kami dengan pakaian al Quran, dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat al Quran, dan selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia serta azab akhirat dengan kehormatan al Quran.
Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah al Quran itu bagi kami di dunia sebagai rakan, dan di kubur sebagai teman, dan pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat, dan di atas titian sirat sebagai cahaya, dan ke syurga sebagai teman, dan daripada api neraka sebagai penghadang dan pendinding, dan ke arah kebaikan sebagai pedoman dan ikutan, dengan limpah kurnia kemurahan serta kemuliaanMu jua wahai Tuhan yang Maha mulia.
Ya Allah ya Tuhan kami berikanlah petunjuk kepada kami dengan petunjuk al Quran, dan selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan al Qura, dan tinggikanlah kedudukan kami dengan kelebihan al Quran, dan hapuskanlah segala dosa kami daripada kami dengan membaca al Quran wahai Tuhan yang mempunyai segala kelebihan dan kebaikan.
Ya Allah ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami dengan setiap huruf daripada al Quran itu kemanisan, dan setiap kalimah daripada al Quran itu kemuliaan, dan dengan setiap daripada ayat daripada al Quran itu kemesraan, dan dengan setiap surah daripada al Quran itu keselamatan, dan dengan setiap juzu’ daripada al Quran itu balasan kebaikan, dan dengan setiap rubu’ daripada al Quran itu kerehatan, dan dengan setiap nisf daripada al Quran itu kenikmatan, dan dengan setiap fathah daripada al Quran itu kegembiraan, dan dengan setiap kasrah daripada al Quran itu sebagai pakaian, dan dengan setiap waqaf daripada al Quran itu pemeliharaan.
Ya Allah ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami dengan Alif itu keamanan serta keimanan, dan dengan ب itu keberkatan serta keelokan, dan dengan ت itu keampunan serta kejayaan, dan dengan ث itu kekayaan serta pahala, dan dengan ج itu kemegahan serta kebesaran, dan dengan حitu kesabaran dan perasaan malu,dan dengan خitu perasaan takut serta rendah diri, dan dengan د itu pemerintahan serta petunjuk, dan dengan ذ itu kekuatan fikiran serta kecerdikan, dan dengan ر itu kasihan belas serta pengharapan, dan dengan ز itu kezuhudan serta kesucian, dan dengan س itu kebahagian serta keselamatan, dan denganش itu penyembuh serta kemuliaan, dan dengan ص itu kesabaran serta persahabatan, dan dengan ض itu cahaya yang menerangi serta tulang belakang yang menjadi tunggak, dan dengan ط itu ketaatan serta kesucian, dan dengan ظ itu kemenangan serta kebijaksanaan, dan dengan ع itu kemaafan serta kesihatan, dan dengan غ itu kekayaan serta keuntungan, dan dengan ف itu kejayaan serta kemenangan, dan dengan ق itu penghampiran diri kepada Allah serta tidak tamak, dan dengan ك itu kesempurnaan serta kemuliaan, dan dengan ل itu kemanisan serta pertemuan dengan Allah, dan dengan م itu pengajaran serta pengampunan, dan dengan ن itu cahaya serta pelepasan dari azab, dan dengan و itu kelapangan serta pemerintahan, dan dengan ه itu kerajinan serta petunjuk, dan denganي itu kesenangan serta keyakinan.
Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka, dan cucurilah rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta sekalian para sahabatnya. Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang memiliki sifat kemuliaan, dan selamat sejahtera atas semua Rasul, dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Sedikit info berita dari hulu Pahang :
Sebagai memenuhkan aktiviti program Ihya’ di bulan Ramadhan di samping sebagai tuntutan serta sunnah Rasulullah s.a.w maka Masjid Daerah Lipis telah membuat program tadarus al Quran. Program tadarus yang berjalan sepanjang bulan Ramadhan ini terbahagi kepada dua sesi, sesi muslimin pada setiap selepas solat subuh dan sesi muslimat pada pukul 9.00 pagi.
Sambutan amat baik, walaupun terdapat ramai lagi ahli jemaah yang tidak berani untuk bersama-sama dalam majlis tadarus ini. Mungkin selamanya mereka tidak berani dek kerana tidak mahu belajar atau malu untuk belajar.
Alhamdulillah, sesi tadarus berjalan lancar dan khatam pada 27 Ramadhan 1430 bersamaan 17hb September 2009 Masihi. Sebagai meraikan ahli-ahli tadarus yang istiqamah mengambil bahagian juga kerana berani (tidak malu & tidak segan) bersama-sama dalam tadarus al Quran ini maka pihak pentadbiran Masjid Daerah Lipis menyampaikan sedikit cenderamata sebagai motivasi dan semangat untuk lebih bergiat dengan al Quran ini insyaAllah. Juga terima kasih buat Pasaraya Terus Maju dan Ahli Parlimen Lipis yang menaja cenderamata tersebut.













Friday, September 18, 2009

Kembara Penghujung Ramadhan..
150909

Kuala Lipis-Jerantut-Kuantan-Temerloh-Raub
07.00 08.00 11.00 15.00 17.00

-Jerantut-Kuala Lipis
20.00 21.00




krem di Temerloh




Ketibaan Tuan Tabib Hj Syam


Diangkut ambulan


Tiba di Hospital Tuan Tabib

160909 (Tanpa Gambar sebagai bukti, hanya ingatan ahli musafir)

Kuala lipis-Raub-Kuala Lipis

12.00 13.00 17.00

180909 (Tanpa Gambar sebagai bukti, hanya ingatan ahli musafir)

Kuala Lipis-Temerloh-Kuala Lipis

11.00 13.00 17.30

Thursday, September 10, 2009

HAFAZ SURAH DAN LAUNG AZAN
Sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan pertandingan Hafazan surah-surah pilihan dan pertandingan azan di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis.
Untuk Pertandingan hafazan, peserta dihakimi oleh Ustaz Fadli bin Bedu, Ustaz Khusaini dan Imam Masjid Sultan Mahmud. Bagi pertandingan azan, peserta dihakimi oleh Ustaz Akmal, Ustaz Khusaini dan Imam Masjid Sultan Mahmud.
Setelah selesai sesi pertandingan, Majlis penutup diadakan, ucaptama disampaikan oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis, En. Zaifol. Selepas itu aturcara pemberian tauliah ajk kepada JKKD (Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Lipis).
Aturcara berikutnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan hafazan surah-surah dan laungan azan.
Setelah itu semua jemputan menikmati juadah berbuka puasa.


menunggu giliran



lancar membaca al-Quran

bilal cilik

Penyampaian hadiah

Monday, September 07, 2009

BERJALAN KE KUALA KRAI



Flora & Fauna yang menyegarkan


Ustaz Azlan sebagai Panel Program Bicara Ilmu. Topik yang dibincangkan ialah Falsafah Fakeh Khalifah Saka. Program anjuran KESEDAR di Masjid Kg. Laloh, Kuala Krai Kelantan.




Berbuka cara kampung di Masjid Kg Laloh



Sunday, September 06, 2009

IFTAR JAMAIE
Jamuan Berbuka Puasa di Masjid Sultan Mahmud, Masjid Daerah Lipis.
Jamuan adalah ditaja oleh Jabatan-Jabatan. Pada hari yang tidak ada tajaan jabatan, maka skuad Penyokong masjid mengambil intensif menyediakan juadah berbuka puasa.

Penyediaan makanan terpulang kepada Jabatan masing-masing. Samada menyediakan sendiri atau menyerahkan kepada pihak Masjid (Catering setiausaha) Jika menyerahkan kepada catering setiausaha kosnya adalah sebanyak RM 2100.00. Untuk lebih jimat Jabatan dianjurkan menyediakan sendiri atau mencari katering lain yang jauh lebih murah.

Manakala Kos makanan yang disediakan oleh skuad penyokong masjid hanya RM 100.00 semalam.(gotong royong)
1 Ramadhan 1430/22.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
2 Ramadhan 1430/23.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
3 Ramadhan 1430/24.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
4 Ramadhan 1430/25.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
5 Ramadhan 1430/26.8.09 : Jabatan Hutan Daerah Lipis
6 Ramadhan 1430/27.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
7 Ramadhan 1430/28.8.09 : Institut Pertanian Lipis
8 Ramadhan 1430/29.8.09 : UMNO Bahagian Lipis
9 Ramadhan 1430/30.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
10 Ramadhan 1430/31.8.09 : Majlis Daerah Lipis
11 Ramadhan 1430/1.9.09 : JKR Daerah Lipis
12 Ramadhan 1430/2.9.09 : DR. Win Nar Ni Bte Yasmin
13 Ramadhan 1430/3.9.09 : Polis Daerah Lipis
14 Ramadhan 1430/4.9.09 : Hospital Daerah Lipis
15 Ramadhan 1430/5.9.09 : Skuad Penyokong Masjid
16 Ramadhan 1430/6.9.09 : Indian Muslim
17 Ramadhan 1430/7.9.09 : PAS Kawasan Lipis
18 Ramadhan 1430/8.9.09 : Jabatan Kebajikan Masyarakat Lipis
19 Ramadhan 1430/9.9.09 : Pejabat Daerah /Tanah Lipis
20 Ramadhan 1430/10.9.09 : Pejabat Kesihatan Daerah Lipis
21 Ramadhan 1430/11.9.09 : Dr. Afendi, Klinik Sulaiman Lipis
22 Ramadhan 1430/12.9.09 : Puspanita Daerah Lipis
23 Ramadhan 1430/13.9.09 : Masjid Daerah Lipis
24 Ramadhan 1430/14.9.09 : Majlis Daerah Lipis
25 Ramadhan 1430/15.9.09 : Lombong Emas Penjom
26 Ramadhan 1430/16.9.09 : JBA Daerah Lipis
27 Ramadhan 1430/17.9.09 : Pejabat Pelajaran Daerah Lipis
28 Ramadhan 1430/18.9.09 : Skuad Penyokong Masjid
29 Ramadhan 1430/19.9.09 : Skuad Penyokong Masjid

Sabda Rasulullah : Sesiapa yang mengundang orang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala seperti orang berpuasa.
Beberapa kepentingan berbuka di Masjid :
- Tidak meninggalkan solat maghrib secara berjamaah. Kebiasaan bagi yang berbuka di rumah tidak menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid. Kita sering mendakwa bahawa Rasulullah adalah ikutan kita sedangkan Rasulullah tidak pernah tertinggal solat secara berjemaah. Lalu..kita mengikut siapa?? Sudah pasti hawa nafsu kita sendiri.
- Merapatkan Ukhwah sesama ahli jemaah.
-Bersederhana dalam makan.
-Dapat berjimat kerana tidak perlu mengeluarkan kos untuk makanan.



Kanopi untuk tempat berbuka puasa




Anggota PUSPANITA tengah menyiapkan hidangan


Tempat berbuka puasa

Monday, August 31, 2009


RAMADHAN AL MUBARAK


RAMADHAN KAREM

MADRASAH RAMADHAN

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan




iftar jama'ie

Bulan al-Quran


Tuesday, August 04, 2009




Menikmati Raja Buah

Ustaz Mahyudin Tengah Mencari Buah

sampai ke bawah lereng mencari buah


hasilnya...alhamdulillah..



Sunday, July 26, 2009

حلال طيبا

Menjamu selera di

RFC (Radix Fried Chicken)




Thursday, July 23, 2009

Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Asia
23-25hb Julai
UUM Kedah

Lapangan Terbang Kuantan




Tiba di Kedah




Tahniah TemanKu..


Sunday, July 19, 2009

Peristiwa Natrah
Isu Natrah ialah isu rakyat Terengganu dan isu umat Islam keseluruhannya.Natrah ialah watak utama dlm peristiwa RUSUHAN NATRAH di Singapura. Natrah juga watak utama dlm kes murtad di Malaysia.Dalam akhbar 2 hari lepas, beliau telah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.Bagi generasi baru, mungkin ramai yang lupa isu Natrah.
Natrah (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.
Bapanya
Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Susur galur
24 Mac1937 - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942- Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945- Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945- Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949- Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949- polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950- Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950- Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

24 April 1950- Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

28 April 1950- Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik
Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950- peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

28 Julai 1950- Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950- kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950- Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950- Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950- Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952- Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951- Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951- Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951- Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953- Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.

25 Januari 1953- Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953- Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954- Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956- Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956- Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957- Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya
Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
20 Januari 1959- Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959- Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom,
Belanda.

25 November 1975- Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976- Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

26 Disember 1976- Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976- Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Bertha berkahwin dengan
Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983- Bertha bercerai dengan Tom Ballermans

1984- Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984- Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di
Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.

Dalam isu ini, sebenarnya, kerajaan Belanda berpakat dengan kerajaan British bagi memurtadkan kembali Natrah yang sudah memeluk agama Islam dengan cuba menggunakan tipu daya bagi mengheret Natrah ke dalam Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 1950.Tahun 1950, orang melayu masih tidak mempunyai pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu itu dan orang melayu rata2 miskin pada masa itu.walaupun orang melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, Orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapurapada tanggal 12 Disember 1950, beribu orang melayu sudah sampai ke singapurapada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" , adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi....dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut...Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid

Thursday, July 09, 2009

Inilah Dakwah Kita


Rasulullah telah wafat, perjuangannya tidak terputus, terus disambung oleh khulafa ar Rashidin dan generasi khalifah-khalifah yang selepasnya. Islam mesti terus dikembangkan, disampaikan di segenap penjuru kepada semua manusia. Tiada manusia yang akan terlepas untuk menerima seruan ini.

Adapun penyeru kepada kebenaran juga disebut dalam bahasa arabnya sebagai Daie atau sebagai pendakwah.
Timbul persoalan.. Siapakah pendakwah itu?
Orang kata..
Ustaz-ustaz
Ustazah,
Tok lebai,
Tok guru,
Pak Imam,
Tuan Haji,
Makcik Hajah,
Ye.. Kepada siapa sebenarnya yang perlu dipikulkan dengan tugas pendakwah itu..

Menurut Hj Yahya Othman bahawa setiap orang Islam wajib berdakwah sebagaimana sabda Rasulullah
بلغوا عني ولو آيت
Hendaklah kamu sampaikan ajaranKu walaupun satu ayat.

Tidak kira apa bangsanya, apa pekerjaannya, apa jawatannya, apa pelajarannya.. maka tugas dakwah mesti dijalankan, tidak ada pengecualian. Maka dengan itu secara rasminya ‘kita’ merupakan pendakwah. Pernah ada seseorang bertanya kepada seorang ustaz..”Kalau ustaz tidak bekerja sebagai pendakwah? Apa kerjaya yang akan diceburi” lalu jawab ustaz tersebut. Tugas sebagai pendakwah bukanlah terletak di bahu ustaz-ustaz sahaja, tetapi ia merupakan suatu kewajipan yang perlu ditanggung oleh semua orang Islam. Kalau saya tidak menjadi ustaz pun tugas sebagai pendakwah ini tetap diteruskan.

Sedar atau tidak, kita merupakan seorang pendakwah..

Beberapa tugas yang perlu dilakukan oleh kita selaku pendakwah :

-Menyeru umat Islam kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya secara lisan, tulisan dan amalan.
-Memupuk dan memperkukuh ukhwah Islamiah.
-Mengajak badan-badan, pertubuhan dan orang perseorangan mengenali dan memahami konsep dan pandangan hidup Islam.
-Menyediakan rencana, artikel dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi masyarakat.
-Mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Negara dan berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Firman Allah dalam surah Fussilat, ayat 33 :
Dan tiada apa yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata : sesungguhnya aku dari orang-orang Islam.



Baru-baru ini sempena carnival Lipis yang berlangsung, ‘sahabat ‘ Masjid Sultan Mahmud telah turun mengedarkan risalah ke carnival tersebut. Risalah yang berkaitan tentang solat dan aurat diedarkan kepada orang ramai. Moga-moga usaha dakwah yang kecil ini akan diberkati dan diteruskan di masa-masa akan datang.



tengah mengagihkan risalah


Thursday, May 21, 2009



SESUATU IKLAN

Iklan merupakan suatu alat perkhabaran yang dapat memberi maklumat dan menjadikan manusia dari tidak tahu kepada tahu tentang sesuatu perkara. Tanpa sebarang maklumat manusia terus tidak tahu dan berada dalam kejahilan.


Ustaz Wan yang diimport dari Kelantan sedang menggantung iklan

Islam tersebar luas melalui usaha gigih pendakwah silam yang menyebarkan iklan dan maklumat mengenai agama Islam. Tanpa maklumat dan Iklan mengenai Islam sampai kepada kita masakan kita dapat mengamalkan ajaran Islam. Sudah tentu kita mesti mendapat maklumat mengenai Islam dahulu, barulah kita tahu dan mempunyai ilmu mengenainya.
Tempat pamer iklan yang baru beserta iklan terbaru di masjid Lipis



Begitulah halnya dengan semua keadaan. Perkara yang baik mahupun sebaliknya, Iklanlah memainkan peranan yang sangat penting . Kadang kala sesuatu itu biasa sahaja tetapi disebabkan iklannya yang sangat power boleh menyebabkan manusia terpengaruh dan awas ! jangan tertipu dengan pengaruh iklan.




Ada ceramah agama di suatu tempat…kita tidak akan tahu melainkan ada iklan mengenainya.
Ada Konsert maksiat di suatu tempat…kita tidak akan tahu melainkan ada iklan mengenainya.
Ada jawatan kosong di suatu agensi..kita tidak akan tahu melainkan ada iklan mengenainya.
Ada jualan sales gila2 punya harga di sesebuah gedung..kita tidak akan tahu melainkan ada iklan mengenainya.
Ada penyakit merbahaya di Negara…kita tidak akan tahu melainkan ada iklan mengenainya..
Ada pusat tuisyen baru dibuka..kita tidak akan tahu melainkan ada iklan mengenainya.


besar peranannya dalam menyebarkan maklumat

Kesimpulannya..




Besarnya pengaruh iklan terhadap kita. Oleh itu hendaklah kita bijak dalam menerima iklan. Iklan mana yang patut kita cari dan iklan mana yang patut kita jauhi. Ayuh kita cari Iklan-Iklan yang dapat mendekatkan kita kepada Tuhan.. setelah kita dapat iklan itu sebarkan dan kita penuhi tuntutan iklan tersebut. Jika kita terjumpa Iklan yang membawa kepada kemungkaran..jangan sebarkan iklan tersebut tetapi musnahkan Iklan seperti itu..koyak, buang, bakar @ tindakan-tindakan lain yang dapat menghentikan tersebarnya iklan itu. Ada ganjarannya ..InsyaAllah..

Sekian..



Monday, May 18, 2009

Bukan Saje-saje
Lama saya biarkan blog ini diam sepi. Bukan saje-saje diam tapi keadaan tidak mengizinkan. Baru saje mengebumikan Fujitsu Simens yang sudah mati, namun masih sempat mendermakan organ-organnya buat sahabat di Terengganu, Juga salah seorang pengguna Fujitsu Simens, barangkali termasuk dari beberapa kerat yang menggunakan jenama ini di Malaysia.
Setelah beberapa ketika, akhirnya … saya dipertemukan dengan Lenovo yang cukup comel ini. Maka kini…
Anda dapat lihat dan baca tulisan baru dalam ruangan saya…
Sekian…