Tuesday, October 20, 2009

Jamuan Penghujung Syawal 1430H


1500> Jamuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
1700> Jamuan Bersama Saudara Baru di Pejabat Agama Islam Daerah Lipis
2000>Makan malam di rumah Cik Azmi & K. Ma

OKU membuat persembahan di jamuan JKM
OKU penglihatan, tapi suara MasyaAllah


OKU dari Benta, nak menyayi juga walaupun pelat



Sekitar sebelum bermula jamuan bersama saudara baru di Pejabat Agama





Kelihatan YDH Dato' Orang Kaya Maharaja Perba Jelai Dato' Wan Rahman(Orang Besar berempat Pahang) sedang membelek 'Suara Masjid'




makan malam di rumah Cik Azmi & K.Ma

Alhamdulillah...kenyang..

Monday, October 19, 2009

Suara Masjid
Masjid merupakan sebuah institusi penting yang menjadi pusat kepada perkembangan syiar Islam. Sesuai dengan perkembangan agama islam, Institusi masjid juga mengalami perkembangan positif bagi menaikkan lagi imej dan identiti Islam.
Alhamdulillah, setelah beberapa ketika 'Suara Masjid' keluaran pertama dapat dikeluarkan. Harapannya dengan penerbitan buletin ini dapat menaikkan lagi syiar agama Islam secara umumnya dan khususnya dapat memberi informasi terkini berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid.




Sunday, October 18, 2009

Kisah Rakyat

Semalam Seorang rakyat Kuala Lipis telah sampai ajalnya. Ketentuan Ilahi itu Pasti, tidak terkurang @ terlebih walau sesaat pun. Lazimnya masyarakat Malaysia, apabila ada kematian maka keluarga si mati akan membuat majlis tahlil. Ada yang buat tiga hari berturut-turut, ada yang buat seminggu berturut-turut, ada yang buat sekali sahaja dan ada juga yang tidak buat langsung. Saya bukanlah ingin berbahas mengenai bab tahlil ini..

Berbalik semula kepada kisah kita, maka tidak terkecuali dengan keluarga si mati rakyat Kuala Lipis ini, mereka juga selepas maghribnya membuat majlis tahlil. Semua saudara-mara dekat dan jauh turut sama bertahlil, berdoa kepada Allah mudahan roh si mati dalam keadaan sejahtera dan dijauhi dari azab seksanya.


Larut malam selepas itu pula, suatu majlis karoke pula diadakan dalam daerah Kuala Lipis. Menakjubkan, yang terlibat dalam karoke itu adalah kaum kerabat si mati yang turut sama dalam majlis tahlil beberapa jam sebelum daripada itu.. Apa sudah jadi??


Kerana ingin mengambil peluang sempena kepulangan Siti Nurhaliza ke Lipis yang turun menziarahi bapa saudaranya yang meninggal dunia.. lalu diadakan majlis karoke..menyanyilah si anak saudara yang baru sahaja kehilangan bapa saudaranya..
Rupanya di antara bapa saudara dan anak saudara..orang lebih menghargai si anak saudara...
saya?? no komen...


saya & rakan sebelum menguruskan jenazah disyaki HIV tidak berapa lama dahulu

Kejar

Sebuah kereta Waja berplatekan Wilayah elok parking senyap di tepi jalan dalam kegelapan malam. Tiba-tiba kegelapan malam pekat itu diganggu oleh suluhan lampu tinggi dari sebuah kereta merah, menyuluh tepat-tepat ke hadapan kereta Waja tersebut.

Bersegera kereta Waja membalas dengan lampu yang tinggi juga dan terus menghidup enjin lalu memecut pergi. Kereta yang menyuluh waja tadi mengekori Waja tersebut. Kereta Waja yang memasuki jalan kampung yang berbelit-belit memecut laju, akhirnya tidak mampu diekori oleh kereta yang menyuluhnya tadi..Sayang sekali bukan saya yang membawa kereta merah itu.. situasi sekarang saya hanya menjadi penumpang sahaja.. Mungkin kalau saya yang membawanya mungkin dapat dikejar Waja itu.....
Kalaulah Kereta Waja itu dapat dikejar, sudah pasti manusia-manusia dalam kereta tersebut akan menjadi tahanan...mungkin tahanan lokap sementara menunggu warisnya hadir untuk menjamin...


...................................................................................................................


Begitulah kehidupan manusia dalam negara kita ini. Maksiat dan jenayah bebas merata-rata. Hari ini kita tangkap mereka, esok lusa orang lain pula.. sampai bila masalah ini akan berterusan...Kita mengecat bangunan, nampak indah bangunan itu, tetapi rupanya di sebelah kita terdapat pula orang lain yang menconteng balik bangunan yang baru dicat itu..maka...sampai bila bangunan itu akan cantik...
di pertengahan jalan keretapi

Saturday, October 17, 2009

Jamuan Raya
Pelajar-pelajar Kelas al-Quran dewasa Masjid Sultan Mahmud telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri. Mudah-mudahan aktiviti sebegini akan lebih giat lagi diadakan di masa-masa mendatang.
Tengah mendengar 'ceramah' dari Tuan Imam

kakak-kakak, makcik-makcik, ibu-ibu, nenek-nenek

Cik Wan (Staf Majlis Daerah Lipis) tengah mengambil hidangan



Cerita kita
Cerita 1 :

1314102009> Saya baru sahaja menduduki exam di wisma SUK Pahang. Tumpang tinggal di Alor Akar. Jari jemari menjadi lesu akibat jarang menulis.

makan nasi arab di Kuantan


Cerita 2 :


15102009> Ustazah Badariah (Wan) kena pukau di Centepoint Lipis. Tukang pukau ada dua orang lelaki yang berpakaian kemas.
Arahan pertama Pemukau :Si Wan yang kena pukau kemudiannya balik ke rumahnya untuk mengambil barang-barang berharga.

Arahan Kedua Pemukau : dan mengeluarkan wang simpanannya di Tabung Haji. Setelah menyerahkan barang dan duitnya

Arahan ketiga pemukau : Pergi ke masjid untuk solat sunat. Setelah melaksanakan arahan tersebut barulah si wan tersedar dari kena pukau tersebut. Rupanya kaedah untuk sedar pukau ialah bersolat.

Kerugian berjumlah lebih kurang RM 4000.00..

Berhati-hati kepada semua, kita berdoa mudahan si pemukau celaka tersebut mendapat balasan yang setimpal.


Cerita 3 :

16102009> Waktu solat semakin awal. Waktu zohor sahaja masuk pukul 1.01, Maghrib 6.59. Rupanya ramai manusia yang tidak peka dengan perubahan waktu solat. Hasilnya solat jumaat baru ni ramai yang tak sempat solat. Datang-datang solat dah habis. Ada seseorang penduduk berkata : memang biasa kita solat pukul 1.30. Kenapa awal sangat solat jumaat semalam.

Kesian dia, tak tahu yang waktu solat berubah-ubah.

Kepada mereka-mereka yang tak sempat solat jumaat baru ni, minggu depan sila lah datang awal, kerana ramai sahaja yang boleh hadir awal.



jom makan ABC

Sunday, October 11, 2009

Tahniah Sahabat..


Selamat pengantin baru buat Akhi Suhaimi & Rosma.. Semoga berbahagia selamanya

Saturday, October 10, 2009



Kembara Jalanan

Singgah di Masjid Lentang

Suasana dewan solat yang nyaman, dilengkapi dengan aircond lagi



Tiba di Masjid Yayasan Noah, Genting Highland


Sumber Informasi Masjid

Tempat iklan yang klasik


Ruang solat yang mendamaikan..
Saya di...
5-6 : Lipis
7 : Temerloh
8 : Genting
9 :Lipis
10-11 :Temerloh
12-14 :Kuantan
15-16 :Lipis

Friday, October 02, 2009

Selamat Jalan...
Dahulu...
Mereka...Orang yang menganggur..
Mereka yang merdeka dari alam persekolahan beruniform..
Mereka yang menghabiskan waktu dengan kerja sementara...
Mereka yang pakat-pakat mengambil lesen kenderaan...
Mereka yang menukar IC yang baru, dengan wajah yang lagi matang..
Sekarang...
Mereka yang telah membuat Pasport (tak sempat dengan promosi pasport murah RM 100)...
Mereka yang membuat banyak salinan gambar photo..
Mereka yang mencari sponser kewangan..
Mereka yang akan terbang ke awan biru..
Mereka ini akan menuntut ilmu..
Harapnya..
Mereka yang akan berilmu luas...
Mereka yang akan menjadi cerdik pandai..
Mereka yang akan menjadi tokoh dikagumi..
Mereka yang akan menjadi pejuang..
Mereka yang akan memimpin perjuangan..
Mereka yang akan mentadbir bumi..
Mereka yang diRedhai Tuhan..
Mereka yang menuju ke SyurgaNya..
Mereka yang berjaya Dunia & Akhirat...

Selamat menuntut ilmu di Bumi Anbiya' Mesir, Mudahan sentiasa dipermudahkan dalam apa bentuk keadaan dan cabaran..



Barisan bakal-bakal Azhari bersama alumni Azhari

Bakal-Bakal Azhari yang ceria mendengar celoteh lepasan Al Azhar

Sunday, September 27, 2009

Tahniah Sahabat..
Selamat Pengantin baru buat akhi Fadzlah.. Semoga berbahagia selamanya...

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Aidil Fitri 1430

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1430H. Maaf zahir & batin buat semua. Ada masa dan umur dapat kita bersua. Semoga Syawal ini dapat memperteguhkan Ukhwah kita di samping terus memperkasa dakwah dan perjuangan.

من العيد والفائزين

Penghargaan buat yang mengenang saya. Terima kasih kerana hadiah-hadiah dan kad raya kalian.

Lakaran Ramadhan Terakhir 1430H

Semakin ramai 'orang asing' yang datang ke masjid untuk membayar zakat fitrah

Syukran buat AF Zarimi yang menaja berbuka puasa buat saya.

Waktu maghrib, masjid yang kosong. Ramai yang pura-pura sibuk, bertuhankan perayaan sehingga terlupa panggilan Tuhan buat si hamba.


pokok rambutan yang tumbang selepas hujan lebat.




pokok yang tumbang, menghalang laluan ke rumah saya.



Khatam al Quran

Memang sudah biasa dan terbiasa apabila bulan Ramadhan sahaja maka umat manusia rata-rata di seluruh dunia akan bertadarus al-Quran. Mengambil sunnah Rasulullah s.a.w yang apabila tiba bulan Ramadhan sahaja Baginda akan bertadarus dengan malaikat Jibrail a.s dari mula sehingga khatam.
Sebenarnya banyak kelebihan yang berkaitan dengan al-Quran. Antaranya kelebihan-kelebihan membaca dan mendengar bacaan al-Quran.

Hadis riwayat al- Tirmidzi yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al Quran maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan digandakan dengan sepuluh. Tidak Aku katakan( ا،ل،م ) itu satu huruf tetapi ا satu huruf, ل satu huruf dan م satu huruf”

“sebaik-baik ibadah sunat umatku ialah membaca al-Quran”

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud :

“Bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya”

Hadis riwayat Ahmad yang bermaksud :

“barang siapa mendengar satu ayat dari al Quran maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari kiamat”

Dalam masyarakat kita ada beberapa cara bertadarus al-Quran. Ada yang bertadarus dari hari kehari sehingga khatam. Ada juga yang beberapa jam sahaja sudah boleh membuat majlis khatamnya.
Apabila telah tamat membaca al-Quran, biasanya orang akan membuat majlis khatam al Quran.
Membaca al Quran sehingga khatam adalah suatu ibadah yang amat disukai Allah. Terdapat banyak kelebihan antaranya
Hadis riwayat al Baihaqi yang bermaksud :

“Pada setiap kali khatam al Quran itu ada bersamanya doa yang mustajab”

Ulama Salaf mempunyai cara tersendiri semasa khatam al Quran. Ada yang tidak berdoa setelah khatam al Quran. Sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan penuh perasaan malu.
Ada daripada ulama salaf yang berdoa dengan penuh perasaan mengharapkan rahmat daripada Allah dan sebagai hamba sangat berhajat kepada Tuhan.
Ada daripada ulama salaf apabila selesai khatam al Quran terus menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah tanpa diselangi dengan doa.
Ada pula ulama salaf apabila selesai khatam al Quran ters menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah dan surah al Baqarah sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam.

p/s : Ulama Salaf iaitu mereka yang hidup dalam masa 500 tahun pertama sejak zaman Rasululah s.a.w. Ulama Khalaf pula ialah mereka yang hidup dalam masa 500 tahun selepas ulama salaf. Adapun mereka yang hidup selepas ulama khalaf sehingga ke hari ini dinamakan dengan ulama Mutaakhirin.

Terjemahan doa Khatam al Quran
Ya Allah ya Tuhan Kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhNya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah yang Maha menerima taubat lagi Maha mengasihi, dan tunjuklah kami serta bimbinglah kami ke jalan yang lurus dengan keberkatan al-Quran yang mulia.
Ya Allah ya Tuhan kami rahmatilah kami dengan al Quran, dan jadikanlah al Quran sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa daripadanya, dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu mengenainya, dan kurniakanlah kepada kami keupayaan untuk membacanya di waktu malam dan siang, dan jadikanlah ia sebagai hujah untuk kami.
Ya Allah ya Tuhan kami hiasilah akhlak kami dengan perhiasan al Quran, dan muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran, dan tinggikanlah kedudukan kami dengan ketinggian al Quran, dan pakaikanlah kami dengan pakaian al Quran, dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat al Quran, dan selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia serta azab akhirat dengan kehormatan al Quran.
Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah al Quran itu bagi kami di dunia sebagai rakan, dan di kubur sebagai teman, dan pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat, dan di atas titian sirat sebagai cahaya, dan ke syurga sebagai teman, dan daripada api neraka sebagai penghadang dan pendinding, dan ke arah kebaikan sebagai pedoman dan ikutan, dengan limpah kurnia kemurahan serta kemuliaanMu jua wahai Tuhan yang Maha mulia.
Ya Allah ya Tuhan kami berikanlah petunjuk kepada kami dengan petunjuk al Quran, dan selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan al Qura, dan tinggikanlah kedudukan kami dengan kelebihan al Quran, dan hapuskanlah segala dosa kami daripada kami dengan membaca al Quran wahai Tuhan yang mempunyai segala kelebihan dan kebaikan.
Ya Allah ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami dengan setiap huruf daripada al Quran itu kemanisan, dan setiap kalimah daripada al Quran itu kemuliaan, dan dengan setiap daripada ayat daripada al Quran itu kemesraan, dan dengan setiap surah daripada al Quran itu keselamatan, dan dengan setiap juzu’ daripada al Quran itu balasan kebaikan, dan dengan setiap rubu’ daripada al Quran itu kerehatan, dan dengan setiap nisf daripada al Quran itu kenikmatan, dan dengan setiap fathah daripada al Quran itu kegembiraan, dan dengan setiap kasrah daripada al Quran itu sebagai pakaian, dan dengan setiap waqaf daripada al Quran itu pemeliharaan.
Ya Allah ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami dengan Alif itu keamanan serta keimanan, dan dengan ب itu keberkatan serta keelokan, dan dengan ت itu keampunan serta kejayaan, dan dengan ث itu kekayaan serta pahala, dan dengan ج itu kemegahan serta kebesaran, dan dengan حitu kesabaran dan perasaan malu,dan dengan خitu perasaan takut serta rendah diri, dan dengan د itu pemerintahan serta petunjuk, dan dengan ذ itu kekuatan fikiran serta kecerdikan, dan dengan ر itu kasihan belas serta pengharapan, dan dengan ز itu kezuhudan serta kesucian, dan dengan س itu kebahagian serta keselamatan, dan denganش itu penyembuh serta kemuliaan, dan dengan ص itu kesabaran serta persahabatan, dan dengan ض itu cahaya yang menerangi serta tulang belakang yang menjadi tunggak, dan dengan ط itu ketaatan serta kesucian, dan dengan ظ itu kemenangan serta kebijaksanaan, dan dengan ع itu kemaafan serta kesihatan, dan dengan غ itu kekayaan serta keuntungan, dan dengan ف itu kejayaan serta kemenangan, dan dengan ق itu penghampiran diri kepada Allah serta tidak tamak, dan dengan ك itu kesempurnaan serta kemuliaan, dan dengan ل itu kemanisan serta pertemuan dengan Allah, dan dengan م itu pengajaran serta pengampunan, dan dengan ن itu cahaya serta pelepasan dari azab, dan dengan و itu kelapangan serta pemerintahan, dan dengan ه itu kerajinan serta petunjuk, dan denganي itu kesenangan serta keyakinan.
Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka, dan cucurilah rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta sekalian para sahabatnya. Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang memiliki sifat kemuliaan, dan selamat sejahtera atas semua Rasul, dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Sedikit info berita dari hulu Pahang :
Sebagai memenuhkan aktiviti program Ihya’ di bulan Ramadhan di samping sebagai tuntutan serta sunnah Rasulullah s.a.w maka Masjid Daerah Lipis telah membuat program tadarus al Quran. Program tadarus yang berjalan sepanjang bulan Ramadhan ini terbahagi kepada dua sesi, sesi muslimin pada setiap selepas solat subuh dan sesi muslimat pada pukul 9.00 pagi.
Sambutan amat baik, walaupun terdapat ramai lagi ahli jemaah yang tidak berani untuk bersama-sama dalam majlis tadarus ini. Mungkin selamanya mereka tidak berani dek kerana tidak mahu belajar atau malu untuk belajar.
Alhamdulillah, sesi tadarus berjalan lancar dan khatam pada 27 Ramadhan 1430 bersamaan 17hb September 2009 Masihi. Sebagai meraikan ahli-ahli tadarus yang istiqamah mengambil bahagian juga kerana berani (tidak malu & tidak segan) bersama-sama dalam tadarus al Quran ini maka pihak pentadbiran Masjid Daerah Lipis menyampaikan sedikit cenderamata sebagai motivasi dan semangat untuk lebih bergiat dengan al Quran ini insyaAllah. Juga terima kasih buat Pasaraya Terus Maju dan Ahli Parlimen Lipis yang menaja cenderamata tersebut.













Friday, September 18, 2009

Kembara Penghujung Ramadhan..
150909

Kuala Lipis-Jerantut-Kuantan-Temerloh-Raub
07.00 08.00 11.00 15.00 17.00

-Jerantut-Kuala Lipis
20.00 21.00




krem di Temerloh




Ketibaan Tuan Tabib Hj Syam


Diangkut ambulan


Tiba di Hospital Tuan Tabib

160909 (Tanpa Gambar sebagai bukti, hanya ingatan ahli musafir)

Kuala lipis-Raub-Kuala Lipis

12.00 13.00 17.00

180909 (Tanpa Gambar sebagai bukti, hanya ingatan ahli musafir)

Kuala Lipis-Temerloh-Kuala Lipis

11.00 13.00 17.30

Thursday, September 10, 2009

HAFAZ SURAH DAN LAUNG AZAN
Sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan pertandingan Hafazan surah-surah pilihan dan pertandingan azan di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis.
Untuk Pertandingan hafazan, peserta dihakimi oleh Ustaz Fadli bin Bedu, Ustaz Khusaini dan Imam Masjid Sultan Mahmud. Bagi pertandingan azan, peserta dihakimi oleh Ustaz Akmal, Ustaz Khusaini dan Imam Masjid Sultan Mahmud.
Setelah selesai sesi pertandingan, Majlis penutup diadakan, ucaptama disampaikan oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis, En. Zaifol. Selepas itu aturcara pemberian tauliah ajk kepada JKKD (Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Lipis).
Aturcara berikutnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan hafazan surah-surah dan laungan azan.
Setelah itu semua jemputan menikmati juadah berbuka puasa.


menunggu giliran



lancar membaca al-Quran

bilal cilik

Penyampaian hadiah

Monday, September 07, 2009

BERJALAN KE KUALA KRAI



Flora & Fauna yang menyegarkan


Ustaz Azlan sebagai Panel Program Bicara Ilmu. Topik yang dibincangkan ialah Falsafah Fakeh Khalifah Saka. Program anjuran KESEDAR di Masjid Kg. Laloh, Kuala Krai Kelantan.




Berbuka cara kampung di Masjid Kg Laloh



Sunday, September 06, 2009

IFTAR JAMAIE
Jamuan Berbuka Puasa di Masjid Sultan Mahmud, Masjid Daerah Lipis.
Jamuan adalah ditaja oleh Jabatan-Jabatan. Pada hari yang tidak ada tajaan jabatan, maka skuad Penyokong masjid mengambil intensif menyediakan juadah berbuka puasa.

Penyediaan makanan terpulang kepada Jabatan masing-masing. Samada menyediakan sendiri atau menyerahkan kepada pihak Masjid (Catering setiausaha) Jika menyerahkan kepada catering setiausaha kosnya adalah sebanyak RM 2100.00. Untuk lebih jimat Jabatan dianjurkan menyediakan sendiri atau mencari katering lain yang jauh lebih murah.

Manakala Kos makanan yang disediakan oleh skuad penyokong masjid hanya RM 100.00 semalam.(gotong royong)
1 Ramadhan 1430/22.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
2 Ramadhan 1430/23.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
3 Ramadhan 1430/24.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
4 Ramadhan 1430/25.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
5 Ramadhan 1430/26.8.09 : Jabatan Hutan Daerah Lipis
6 Ramadhan 1430/27.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
7 Ramadhan 1430/28.8.09 : Institut Pertanian Lipis
8 Ramadhan 1430/29.8.09 : UMNO Bahagian Lipis
9 Ramadhan 1430/30.8.09 : Skuad Penyokong Masjid
10 Ramadhan 1430/31.8.09 : Majlis Daerah Lipis
11 Ramadhan 1430/1.9.09 : JKR Daerah Lipis
12 Ramadhan 1430/2.9.09 : DR. Win Nar Ni Bte Yasmin
13 Ramadhan 1430/3.9.09 : Polis Daerah Lipis
14 Ramadhan 1430/4.9.09 : Hospital Daerah Lipis
15 Ramadhan 1430/5.9.09 : Skuad Penyokong Masjid
16 Ramadhan 1430/6.9.09 : Indian Muslim
17 Ramadhan 1430/7.9.09 : PAS Kawasan Lipis
18 Ramadhan 1430/8.9.09 : Jabatan Kebajikan Masyarakat Lipis
19 Ramadhan 1430/9.9.09 : Pejabat Daerah /Tanah Lipis
20 Ramadhan 1430/10.9.09 : Pejabat Kesihatan Daerah Lipis
21 Ramadhan 1430/11.9.09 : Dr. Afendi, Klinik Sulaiman Lipis
22 Ramadhan 1430/12.9.09 : Puspanita Daerah Lipis
23 Ramadhan 1430/13.9.09 : Masjid Daerah Lipis
24 Ramadhan 1430/14.9.09 : Majlis Daerah Lipis
25 Ramadhan 1430/15.9.09 : Lombong Emas Penjom
26 Ramadhan 1430/16.9.09 : JBA Daerah Lipis
27 Ramadhan 1430/17.9.09 : Pejabat Pelajaran Daerah Lipis
28 Ramadhan 1430/18.9.09 : Skuad Penyokong Masjid
29 Ramadhan 1430/19.9.09 : Skuad Penyokong Masjid

Sabda Rasulullah : Sesiapa yang mengundang orang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala seperti orang berpuasa.
Beberapa kepentingan berbuka di Masjid :
- Tidak meninggalkan solat maghrib secara berjamaah. Kebiasaan bagi yang berbuka di rumah tidak menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid. Kita sering mendakwa bahawa Rasulullah adalah ikutan kita sedangkan Rasulullah tidak pernah tertinggal solat secara berjemaah. Lalu..kita mengikut siapa?? Sudah pasti hawa nafsu kita sendiri.
- Merapatkan Ukhwah sesama ahli jemaah.
-Bersederhana dalam makan.
-Dapat berjimat kerana tidak perlu mengeluarkan kos untuk makanan.



Kanopi untuk tempat berbuka puasa




Anggota PUSPANITA tengah menyiapkan hidangan


Tempat berbuka puasa