Friday, November 27, 2009

Selepas Asar Hari Ke2

Selepas Melawat ke Rumah PERNIM, Kami dibawa melawat ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putra Jaya. Subhanallah.. Sangat indah
Sedikit Catatan berkaitan Masjid Tuanku Mizan :
-Dikenali dengan nama Masjid Besi.
-Masjid yang ditadbir terus di bawah JAKIM selain Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Wilayah.
-Mula dibina pada tahun 2004
-Anggaran kos pembinaan Masjid sebanyak RM 200 juta ++
-Direka oleh arkitek tempatan, Nik Arshad yang sebelum ini pernah mereka Masjid Negara dalam tahun 60an dahulu.
-Senireka gabungan antara Jerman dan China.
-Boleh memuatkan 20 000 jemaah
-Keluasan tanah lebih kurang 4 ekar++
-Besi keluli diimport dari Jerman sebanyak 6000 tan.
-Mempunyai 460 parking lot
-Mempunyai 3 aras
-mempunyai ruang kedai sebanyak 10 lot.
-Mempunyai 3 kuarters untuk pegawai
-Mempunyai 29 Kakitangan Masjid
p/s:Untuk mengetahui dengan lebih mendalam boleh searh kat internet ataupun terus melawat ke Masjid Tuanku Mizan..
Naik ke Masjid dengan tangga eskalator. Mana nak jumpa kat masjid-masjid lain. Terkenang semasa di Masjidil Haram yang juga mempunyai tangga seperti ini.

Di hadapan pintu gerbang Masjid yang dibuat dari besi keluli


Mempunyai Kolam dalam masjid. Air Pancut akan dipasangkan bila waktu malam.


Kubah keluli. Tertera kalimah Allah

Suasana dalam Masjid


Lantai, Kolam dan tasik seperti bersatu..menyamankan



Bersama Imam Besar Masjid Negeri Pahang, Tuan Haji Sharafuddin Aisha


Ruang Solat. Antara lelaki dan perempuan tidak ada pendinding..

Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuan Haji Ali Sharbini..tengah menyampaikan taklimat berkaitan masjid Besi kepada kami

Sesi Dialog dan muhasabah bersama Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Wan Muhammad bin Dato' Syeikh Aziz, turut kelihatan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail dan Pengarah KESUMA, Tuan Haji Ghafani Awang Teh

Wednesday, November 25, 2009

Selepas Zohor Hari Ke2

Selepas Zohor ahli-ahli seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. Sebahagian melawat ke Rumah PERNIM dan sebahagian ke Rumah Solehah. Saya dipilih untuk ke Rumah PERNIM.
Rumah Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/ AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) ditubuhkan pada 17 Mac 2004 dan Pusat Perlindungan PERNIM pada 26 Mei 2006. Pusat Perlindungan PERNIM bertempat di Lot 47,46,45, Jalan 47, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur.
sehingga kini PERNIM mempunyai 65-70 orang anak-anak termasuk pengasuh. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.pernim.org atau www.evolusibebas.blogspot.com
Sangat dialukan untuk membantu Pusat ini.
Pandangan Hadapan Pusat Perlindungan PERNIM Carta Organisasi Penggerak Pusat Perlindungan PERNIM
Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara sedang mengadakan sidang media. (posisi saya tidak strategik untuk menangkap gambar memandangkan hujan renyai-renyai, snap photo hanya dari tempat saya berteduh)
Puan Hajah Norlina, Pengasas & YDP PERNIM sedang menyampaikan taklimat, turut kelihatan Tan Sri Syeikh Ismail (Imam Besar Masjid Negara) dan anak-anak PERNIM.



Melihat Siri Jelajah Kasih. Suatu rancangan Dokumentari anak-anak PERNIM.

Hajah Norlina Memperkenalkan anak kandungnya (Perempuan) yang berpakaian sama dengan anak-anak Pernim yang lain. Kanak-kanak lelaki merupakan 'adik beradik susuan' dengan anak kandung Hajah Norlina.. yang lain-lain tetap merupakan anak-anak Hajah Norlina.

Hajah Norlina bersama Keluarganya.


Tuesday, November 24, 2009

Sebelum Zohor Hari ke2

Antara aktiviti Sebelum Zohor hari ke2..

En. Fathilatul Zakimi bin Abdul Hakim, Pensyarah Kanan UUM
Membentangkan berkaitan Pengurusan Kewangan Masjid


Aktiviti berkumpulan, Wakil Kumpulan pertama (Imam Besar Masjid Negeri Johor)tengah membentangkan hasil perbincangan kumpulannya..


Malam Pertama Di KL

Beberapa jam setelah berada di KL..
Menghadiri Seminar Imam-Imam Besar seluruh negara..


Tuan Haji Ghafani Awang Teh, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), JAKIM dalam majlis Ucaptama




Berada di KL

Bertapa di KL beberapa hari dalam minggu ini..
Suasana dari tempat menginap..
Kuala Lumpur International Hotel..







Thursday, November 19, 2009

Kes Tertunggak

Awal pagi tadi saya menerima kiriman sms dari sahabat saya Adib yang mengingatkan bahawasanya pada tarikh yang sama dengan hari ini kira-kira 24 tahun yang lalu berlaku peristiwa yang menyayat hati umat Islam. Peristiwa yang lebih dikenali dengan peristiwa Memali.
Sudah lama peristiwa ini berlaku, namun mahkamah pengadilan masih lagi diam membisu. Masih belum membicarakan kes ini, kes yang sudah cukup lama tertunggak. Membayangkan kelemahan sistem pengadilan dalam negara kita.
Bayangkan, dalam menangani kes di Perak, Tidak sampai 24 jam mahkamah telah mengeluarkan keputusan mengistiharkan Zambry sebagai MB Perak.
Kita hanya menuntut keadilan. Keadilan yang dipandu oleh Islam. Hanya Islam sahaja jalan penyelesaiannya. Jika tidak.. selamanaya kita akan menjadi kucar kacir, sistem mahkamah juga kucar-kacir, hakim dan peguam juga kucar kacir.

Meja Baru

Tuntutan menuntut ilmu tidak boleh kita abaikan. Semua Manusia di atas muka bumi ini tidak terlepas dengan tuntutan menuntut ilmu. Di zaman sekarang, banyak medium-medium dan sumber-sumber untuk kita mendapat ilmu. Lazimnya di Malaysia tempat untuk mendapat ilmu agama bagi masyarakat umum ialah di Masjid-masjid dan surau.
Baru-baru ini, Masjid Daerah Lipis meng upgrade tempat ustaz-ustaz yang mengajar. Jika dahulu nampak agak dhaif meja-meja Ustaz-ustaz ini mengajar. Tak nampak macam mengajar di Masjid Daerah, Masjid Kerajaan.
Cuma..
Syukran kepada Al Fadhil Ustaz Razak yang sudi menukangi meja-meja ini. Cuma kemaafan dipinta kerana tidak dapat menjelaskan lagi kos meja-meja tersebut. Biasalah masalah dalam masjid-masjid di Negeri Pahang ini, terpaksa berhadapan dengan karenah 'manja' AJK-AJK Masjid.
Sekarang masih lagi berurusan dengan Su & Bendahari Masjid, Nak jumpa hari jumaat sahaja yang boleh. Hari lain mungkin depa terlupa jalan nak ke masjid. Angan-angan saya, Kalau saya kaya.. saya akan sediakan kenderaan beserta pemandu untuk mengambil dan menghantar AJK Masjid ke Masjid.

Ustaz Borhan merasmikan meja baru
Seorang Pakcik membelek-belek meja

meja khusus untuk Pengajian al-Quran






Tukang kayu Polis sedang ubah suai meja mimbar. Meja mimbar sebelum ini terlalu kecil. Muat-muat buku khutbah sahaja. Terpaksalah insiatif imam-imam menempah lain meja untuk mimbar





Meja Mimbar setelah dipasang. Syukran buat 'Tukang kayu' Polis yang memasangnya free of charch.






Tuesday, November 17, 2009

Cintakan Negara

Sempena Gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Maka Suatu majlis penerangan telah dibuat oleh Biro Tatanegara kepada Staf Jabatan Agama Islam Pahang bagi Zon Pahang Barat. Majlis dibuat di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.
Cuma ...
>Majlis itu seperti majlis postmortem BN sempena PRU ke12. Kenapa BN Kalah di kawasan Pantai Barat. Kenapa Melayu kurang sokong BN. (mungkin penganjur tersilap jemput penceramah, ataupun tersilap bagi maklumat program kepada penceramah)
>Pendapat saya : Majlis penerangan berkaitan Negara ini sepatutnya sasarannya kepada Kaum-kaum bukan bumiputera. Bagi penjelasan tentang status mereka yang menjadi rakyat di Malaysia. Bagi kefahaman supaya kaum bukan bumiputera cintakan juga negara Malaysia. Ini kerana masih kedapatan ramai kaum bukan bumiputera yang tidak boleh berbahasa Melayu. Sedangkan bahasa melayu ialah bahasa rasmi Negara Malaysia. Macam mana rakyat negara yang tidak tahu berbahasa rasmi negara.. Kelayakan mereka sepatutnya boleh dipertikaikan.. Cuba check di penempatan berkelompok kaum-kaum bukan bumiputera.. mesti akan jumpa yang tidak tahu berbahasa Melayu..



Suasana dalam dewan ketika program

Saturday, November 14, 2009

Majlis Ihtifal

Bahang Cuti Sekolah sudah mula terasa. Semalam Khutbah Jumaat juga menyentuh tentang Cuti Sekolah. Antara Fokus yang dibangkitkan ialah Peranan ibu bapa dalam membuat pengisian cuti sekolah untuk anak-anak. Banyak masalah-masalah yang timbul sekarang ini sebenarnya berpunca daripada kecuaian ibu bapa itu sendiri.
Minggu-minggu terakhir sebelum cuti, budak-budak sekolah boleh dikatakan agak bebas di sekolah, tidak lagi terikat dengan jadual pembelajaran, hanya menunggu keputusan peperiksaan akhir tahun sahaja. Pelbagai aktiviti telah dirangka supaya pelajar-pelajar tidak membuang waktu sia-sia sahaja di sekolah.
Tidak terkecuali kelas-kelas pengajian agama dan al-Quran, juga membuat aktiviti sebelum melabuhkan tirai untuk sesi ini. Minggu ini sahaja banyak kelas-kelas pengajian agama & al-Quran, Tabika, taska dan PASTI membuat majlis graduasinya.
Antaranya ialah Ihtifal PASTI kawasan Temerloh, Ihtifal PASTI Kawasan Bera, Ihtifal Tabika Islam Daerah Lipis, Ihtifal SAR KAFA Taman Pertama Lipis dan Majlis Graduasi Tabika Az Zahra' Bestari.
Saya berkesempatan mengikuti Majlis Graduasi Tabika Az Zahra' Bestari yang diadakan di Dewan Hotel Centerpoint Lipis. Majlis dimulakan dengan Bacaan al-Quran secara hafazan oleh pelajar kelas al-Quran, Majlis Khatam al-Quran, Tazkirah Imam Masjid Daerah, Persembahan Pelajar tadika 4,5 & 6 tahun, persembahan kelas fardhu ain pagi, persembahan pelajar tadika 4 tahun, persembahan pelajar tadika 5 tahun, persembahan pelajar tadika 6 tahun, persembahan pelajar kelas fardhu ain petang, persembahan nasyid, pemyampaian hadiah dan sijil serta diakhiri dengan jamuan.
Peserta Khatam al-Quran berarak naik ke pentas

Peserta Khatam al-Quran di atas pentas

Persembahan pelajar tabika 4,5 & 6 tahun
Persembahan Pelajar kelas Fardu ain pagi


K.Ani menonton persembahan anaknya

Menunggu giliran untuk membuat persembahan

Tuesday, November 10, 2009

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan..
Semua orang tidak boleh terlepas dengan tuntutan menuntut ilmu..
Walaupun berapa usia kita..tuntutan itu tidak akan terlepas..
Dalam Perkembangan Ilmu di zaman serba moden ini, banyak medium dan tempat yang boleh kita mendapat ilmu...
Antaranya ialah melalui kelas-kelas pengajian ilmu, kuliah-kuliah, melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah dan banyak lagi.
dalam memastikan ilmu terus berkembang..pelbagai usaha-usaha telah dilakukan..
Baru-baru ini Kelas KAFA Taman Cahaya Lipis telah membuat kursus kefahaman Islam di Masjid Sultan Mahmud. Mudahan usaha yang sangat baik ini akan mendatangkan hasil yang sangat memberangsangkan..demi untuk melahirkan generasi ilmuan...

Imam sedang memberi pengisian (maaf gambar yang kurang jelas), Tukang tangkap gelabah sikit..



Cikgu Aminah (Pengurus KAFA Taman Cahaya) sedang memberi Ucapan aluan..



Adik ini baru sekolah rendah, sedang membacakan awal surah Taha secara hafazan

Suasana dalam dewan..sangat sesak..kena ada dewan yang lebih besar...


Monday, November 09, 2009

Jatuh Pengsan

Tiba-tiba jatuh Pengsan..
Mujurnya ada skuad bantuan kecemasan..
Depa bagi teknik 'Terkejut'
Baru si Kancil terjaga dari pengsan..
Musim-musim hujan nie..Mudah pengsan..

Teknik nak bagi kancil terjaga

Kelana Lagi

Masih berkelana..
3-51109 : Lipis
61109 :Temerloh
71109 : Kuala Lumpur
81109 : Lipis-Temerloh
9-111109:Kuantan
131109 :Kuala Lumpur
141109 :Lipis
151109 :Kuantan

Thursday, October 29, 2009

Kelana Jalanan

Masih terlalu awal rupanya.. ketika saya disampaikan ke Stesen Bas Kuala Lipis.
Tiada seorang manusia pun kelihatan..
Hanya saya seorang...
Menunggu seorang demi seorang manusia tiba...
Menunggu pekedai membuka kedainya..ingin melihat sorotan akhbar mengenai keputusan Meeting JawatanKuasa Pas Pusat malam tadi...
dan yang terpenting menunggu ketibaan bas..untuk menggangkutKu ke destinasi yang dituju...
Doakan agar perjalanKu berjalan lancar...
kerusi yang kosong..


kedai yang masih tutup..

Wednesday, October 28, 2009

Dari Atas Melihat Ke Bawah

Sudah dekat tiga bulan speaker luar masjid Lipis tidak berfungsi..
Kesemua speaker pulak tu..
Si Tong Chong hendakkan RM 10 000, untuk baikinya..
Sebelum ini PA Box 'Amplifier' yang rosak.. baiki.. tak sampai setahun rosak balik..
Apa ntah yang si Tong Chong tu baiki...
Sekarang ni, pakai speaker dalam sahaja..
Kiranya macam Masjid di Singapura la..
Kalau di Singapura, Masjid tidak dibenarkan memasang speaker luar..
Mujur di Malaysia tak sampai tahap macam tu..
Beberapa bulan yang lalu, Masjid Indera Mahkota kehilangan 'amplifier'..
Sedar-sedar bilal datang nak azan subuh..amplifier sudah hilang..
Beberapa hari sebelum itu, ada la, seorang makhluk yang membuat onar, bising-bising menyatakan Masjid Indera Mahkota ganggu orang... Malam-malam tak boleh nak berehat.. Pagi-pagi kena ganggu tidur.. Orang tu bukannya agama lain pun.. Sama agama dengan kita jugak... Last-last amplifier hilang...
Begitulah Manusia....
Pagi tadi tecnision Polis datang check..
Natijahnya.. Kalau baiki kosnya tak lah sampai RM 10 000.. RM 5 000 pun belum tentu lagi..
Mudahan masalah ini tak berlarutan lama...

Gambar-gambar yang diambil dari menara :

Kereta 'Polis Soh '(Kopral Jusoh) yang turut sama memanjat menara ini.






Uzur sudah Kubah dan atap-atap masjid. Kebocoran di sana sini. Biasalah Masjid Kerajaan..Budjet dah habis..





Berhadapan dengan Stesen Kereta api. Stesen ini pernah menjadi Stesen Kereta api Negeri yang pertama.. Zaman dulu-dulu...


Tuesday, October 27, 2009

Ramah Mesra Bersama Johan AQ Musim Pertama

Al-Quran merupakan pegangan utama bagi Umat Islam. Ianya perlu dipelajari, dibaca, difahami dan diamalkan oleh umat Islam. Mereka yang membudayakan al-Quran adalah merupakan umat yang terbaik.
Sabda Rasulullah :
Sebaik-baik di kalangan kamu, mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.
Baru-Baru ini Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis telah mengadakan program Ramah Mesra, tazkirah dan Qiamullail bersama dengan Ustaz Abdullah Fahmi bin Che' Nor al-Hafiz. Beliau merupakan Johan Akademi al-Quran (AQ) musim pertama dan baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah Pengkhususan al-Quran dan Qiraat dari al-Azhar Mesir. Majlis dimulakan dengan Bacaan al-Quran oleh Ustaz Abdullah Fahmi. Setelah itu Beliau menyampaikan tazkirah yang menyentuh tentang kehebatan al-Quran. Di akhir majlis hadirin dan hadirat diberi peluang untuk beramah mesra dengan mengajukan persoalan kepada Ustaz Abdullah Fahmi. Awal dinihari (pukul 4.00 pagi) majlis Qiamullail diadakan yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah Fahmi.
Sambutan daripada sidang jemaah amat menggalakkan. Kita mengharapkan dengan program ini dapat memotivasikan masyarakat setempat untuk lebih menimba ilmu berkaitan dengan pengajian al-Quran seperti ilmu tarannum, tajwid, talaqqi, tahfiz, tafsir dan sebagainya.
Moderator Program, Ustaz Khairul Muhazam dan Ustaz Abdullah Fahmi dalam sesi ramah mesra

Johan AQ memperdengarkan bacaan al-Quran
Bergambar kenangan

Monday, October 26, 2009

Patah Kaki

Deretan Kuda Putih, sedia untuk digunakan.
Berada di :
291009 : Temerloh
301009 : Kelantan
21109 :Lipis
91109 :Kuantan

Saturday, October 24, 2009

Keputeraan Sultan

Semua manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini sudah pasti mempunyai hari lahirnya. Ada yang lahir pada hari isnin, lahir pada hari raya, lahir pada hari 1 Malaysia dan sebagainya. Tidak terkecuali dengan Sultan Pahang yang baru menyambut ulang tahun keputeraannya.
Sebagai rakyat jelata Pahang, maka sudah pasti akan menyambut ulang tahun keputeraan Sultan.
Di peringkat negeri, Majlis Tahlil sempena keputeraan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. Bagi peringkat daerah, Semua masjid-masjid Daerah diarahkan untuk membuat Majlis tersebut. Baik di peringkat negeri mahupun daerah, maka urusetia jemputan sudah pasti membuat jemputan kepada Ketua-ketua Jabatan supaya menghantar wakil jabatan masing-masing ke majlis tersebut.
Saya percaya semua Jabatan-jabatan menerima jemputan tersebut, baik dalam bentuk surat yang difax ataupun kad jemputan. Tetapi bagi daerah saya, jemputan yang hadir mewakili jabatan-jabatan rasanya tidak sampai 5%. Mujur ada ahli jemaah tetap masjid yang boleh cover.
Persoalannya? Adakah rakyat daerah saya sudah tidak hormat pada sultan?
Ataupun kerana majlis yang diadakan berbentuk keagamaan..baik majlis untuk sultan ke, untuk MB ke, untuk siapa-siapa pun tetapi atas jenama keagamaan maka sambutannya akan menjadi dingin.
Saya percaya dan pasti, kalau upacara yang diadakan jika berbentuk hiburan, ada artis yang datang, ada tarian..pihak penganjur tidak payah-payah perlu membuat surat jemputan kepada jabatan-jabatan.. yang tak dijemput pun akan curi-curi datang.
Situasi sekarang, sekalipun bersandar pada orang-orang besar, tetapi atas label program keagamaan maka sambutannya cukup dingin.