Sunday, January 03, 2010

Memasak Bubur Asyura'

Kronologi
31.12.2009 (Khamis)
5.00 pm

aktiviti memasak bermula dengan menyiapkan rempah
Basuh kawah


basuh kacang
9.00pm

mencerai-beraikan daging yang telah direbus

En Rosdi sedang menggoreng rempah
1.1.2010
Mula 7.00 am

En. Sukri (Master Cheif), Tahun ke10 sebagai master chief bubur Asyura' Masjid Daerah Lipis

Abg Deen Cafe dan Cik Johan (kawah hujung)

imam Faizal dan Cik Sedi


makan tengahari


Tukar Syif. Group Lelaki menunaikan solat Jumaat. Set Muslimat pulak yang mengacau kawah.






Bubur Asyura siap dimasak
Tengah menyediakan cenderahati untuk pesakit hospital

Siap untuk diagihkan kepada orang ramai

Saturday, January 02, 2010

SMART SOLAT

28.12.09 : Bagi mengisi ruang-ruang cuti yang masih berbaki, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis dengan kerjasama Pejabat Agama Islam dan Masjid Daerah Lipis telah menganjurkan Program SMART Solat. Program diadakan bermula jam 8 dan berakhir jam 3 petang bertempat di Surau Taman Cahaya Lipis. Peserta terbuka untuk penduduk sekitar dari umur 6-18 tahun. Alhamdulillah jumlah penyertaan untuk program SMART Solat ini mencecah 98 orang. Peserta program ditekankan dengan teknik berwudhu' dan solat yang betul.
Sesi Pendaftaran bersama En Z dan Puan Ojie
AF Tuan Qadhi tengah menyampaikan ceramah


Us Akmal tengah handle sesi LDK



Ustzh Haida bersama anak buahnya


Group Fasi tengah makan tengahari

Peserta menjamu selera, seronok dapat makan dengan kawan-kawan

Pegawai JKM Lipis tengah berucap

Penyampaian sijil kepada para peserta



KEM ANAK SOLEH 2009

Sudah menjadi kelaziman bagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar mengaji al Quran. Bagi mereka yang mempunyai kemampuan akan mengajar sendiri anak mereka belajar mengaji al Quran. Amat jarang sekali kita mendengar pelajar-pelajar yang tidak pernah belajar mengaji al Quran. Saya tidak menafikan tempat-tempat yang anak-anak pergi belajar mengaji al Quran, amatlah bagus cuma ada sedikit isu yang ingin ditimbulkan.. kita melihat ramai di kalangan anak-anak apabila ditanya : 'mengaji dekat mana dah?'.. kebanyakannya menjawab : "dah al Quran", "dah juz bla bla", "dah iqra" dan bermacam-macam lagi aneka jawapan yang sewaktu dengannya.

Tetapi apabila diuji.. ramai yang tidak boleh membaca. Saya sertakan beberapa Contoh:
-Ada pelajar yang membaca Iqra'..katanya sudah Iqra' 4, tetapi bila diuji Iqra' 1 pun belum lepas.. ada huruf-huruf hijaiah yang dia tidak kenal.
-Ada yang katanya sudah masuk al Quran, di pertengahan surah al Baqarah, tetapi bila suruh dibaca.. langsung tidak boleh, kita suruh pula baca ayat-ayat lazim seperti surah al Lahab, al Fiil.. juga dia tidak boleh membaca.

-Ada yang boleh membaca, cumanya seperti membaca surat khabar.. tidak ada panjang pendeknya, tak disertakan dengung..Masalahnya pelajar tersebut telah pernah khatam...
Timbul persoalan, bagaimana pelajar-pelajar ini belajar mengaji sehingga boleh tamat iqra', boleh naik al Quran tetapi tidak tahu membaca?
setelah diselidiki, beberapa kesimpulan dapat dibuat..antaranya :
-Kebanyakan tempat mengaji, teknik belajarnya ialah para pelajar akan follow bacaan guru sahaja, ikut sahaja.. hari esok boleh pindah muka surat.
-Seorang guru terlalu ramai anak muridnya, contoh guru seorang, anak murid ada 30 orang.. menyebabkan guru tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajarnya, tambahan pula waktu mengaji yang sangat terhad.
Masalah ini akan terus berlarutan, jika ibu bapa dan tempat-tempat mengaji al Quran tidak memainkan peranan. Para pelajar kebanyakannya masih muda belia, mereka masih belum mempunyai kesedaran mendalam supaya diri mereka mahir dalam membaca al-Quran.

Sedikit usaha untuk membantu para pelajar dalam mendalami al Quran, maka Masjid daerah Lipis telah menganjurkan Kem Anak Soleh 2009. Program yang berlangsung dua minggu (7.12-17.12.09) walaupun sekejap moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak, dapat cover mana yang patut dalam usaha untuk memantapkan pengajian al Quran para pelajar.
Program Kem Anak Soleh terbahagi kepada dua sesi. Sesi awal ialah Pengajian al-Quran, manakala sesi kedua penumpuan kepada ibadah solat, Aurat dan Akhlak.
Sebanyak 12 Kumpulan telah dibentuk. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Tenaga fasililator daripada pelajar-pelajar lepasan STAM dan persijilan DQ. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa untuk menghantar anaknya ke program ini.Terima kasih juga buat Cik Tipah yang menaja hotel untuk fasilitator menginap sepanjang program berlangsung, juga buat krew-krew memasak yang menyediakan menu sarapan pagi kepada peserta-peserta Kem. Juga mereka yang sudi menaja makan minum untuk fasilitator.
InsyaAllah, program seperti ini akan sentiasa diadakan, khususnya bagi membentuk generasi pelapis yang berilmu dan menuju ke arah mardatillah.

LDK Bersama Us Kahafi (Group sek. Rendah : Lancar Al Quran)

Bersama Ustazah Atikah (Group Iqra' Sek Rendah)

Bersama Ustaz Yusof, (Group asas al Quran)

Sarapan pagi bersama-sama

Praktikal Solat

Praktikal Wudhu'

Bersalaman sebelum pulang

Pemberian sijil penyertaan

hamper disediakan untuk peserta terbaik

Thursday, December 31, 2009

Program Pemantapan al Quran

Sempena cuti sekolah, Sek.Men Seri Lipis telah mengadakan Program Pemantapan al Quran. Program diadakan selama seminggu dan terbuka kepada pelajar lelaki 13-18 tahun. Para peserta akan dibimbing untuk menghafaz beberapa surah pilihan iaitu surah As Sajdah, Surah Al Insan dan surah al Mulk. Sepanjang program berlangsung selama seminggu, semua peserta menetap di asrama sekolah. Peserta dibimbing oleh pelajar dari Maahad Tahfiz Janda Baik Bentong. Saya berkesempatan hadir untuk menyampaikan dua sesi pembentangan kepada para peserta. Mudahan dengan program ini para pelajar dapat memantapkan lagi penguasaan mereka terhadap ilmu al-Quran di samping menambah kecintaan terhadap al Quran.

Cikgu Muin tengah menyampaikan taklimat. Turut kelihatan para pembimbing (berjubah putih) dari Maahad Tahfiz Janda Baik Bentong




Sesi ujian penilaian pada hari terakhir program. Para peserta akan diuji seperti dalam pertandingan menghafaz al Quran.


Cuti Sekolah.. kian berakhir

Cuti Sekolah; Kian berakhir...
Kita semua maklum, cuti sekolah masih lagi berbaki beberapa hari lagi. Setelah sebulan pelajar-pelajar bercuti, kini cuti mereka masih lagi berbaki hanya beberapa hari. Saya percaya selama mereka bercuti ini, sudah pasti pelbagai perkara, aktiviti dan program yang mereka lakukan.Cumanya..adakah berfaedah atau tidak aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Rasanya banyak juga berita-berita yang kita dengar tragedi-tragedi menyayat hati yang melibatkan pelajar sekolah di musim cuti sekolah ini seperti mati lemas dan nahas jalan raya.
Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah.. adakah para pelajar dapat mengisi waktu cuti sekolah mereka dengan sebaiknya..
Sangat sayang... jika waktu cuti mereka dibiarkan terabai begitu sahaja tanpa diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Pelajar-pelajar sekolah kebanyakannya masih tidak pandai untuk merancang aktiviti dan program yang dapat mendatangkan kebaikan kepada mereka. Kebanyakannya hanya pandai merancang aktiviti seperti mandi sungai, melastik burung, memancing ikan dan aktiviti yang seumpannya.. tidak merancang untuk aktiviti yang lebih membawa pulangan yang besar untuk diri mereka..
Maka, peranan besar dalam merancang dan mengisi aktiviti cuti sekolah ini terletak pada bahu ibu bapa. Menjadi masalah jika ibu bapa yang tidak mengambil cakna tentang anak-anak mereka.
Sepanjang musim cuti ini juga.. teks khutbah kedua solat jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti ada menyelitkan supaya ibubapa perlu memainkan peranan dalam merancang dan mengici cuti anak masing-masing di samping banyak agensi yang membantu menyediakan program-program bermanfaat untuk mereka.
Nak cerita panjang.. cuti sekolah sudah nak berakhir.. namun saya percaya ramai ibu bapa yang telah berperanan dalam mengisi cuti anak-anak mereka...
Kini.. apa yang perlu bagi pelajar-pelajar ialah membuat persiapan mental dan fizikal, rohani dan jasmani untuk kembali ke sekolah.

Saturday, December 26, 2009

At-Thawabit Wal-Mutaghayyirat

At-Thawabit Wal-Mutaghayyirat
Maksud Al-Thawabit :
— Al-Thawabit bermaksud tetap dan tidak boleh berubah-ubah.
— Contoh Hukum Fiqh solat, haram riba, hudud, haram zina dll.
— Contoh Hukum Fiqh Siasah: Wala’ kepada non-Muslim. Wala ‘ (Nusrah/ Taat/ Thiqah).
— Perkara Thawabit biasanya dikenali sebagai Usul atau perkara Usul.
Maksud Al-Mutaghayyirat :
— Al-Mutaghayyirat bermaksud boleh berubah dan bertukar-tukar.
— Contoh Fiqh : Bacaan Bismillah dalam solat, Pengambilan ‘Usyur, Hukum
— Contoh Fiqh Siasah: tahaluf, perundingan dan perdamaian dengan musuh dll.
— Al-Mutaghayyiraat biasanya terdiri daripada kategori furu’ .

Asas Thawabit dan Mutaghayyirat :
— Asas dan kayu ukur sesuatu perkara sama ada ianya thawabit atau mutaghoyyirat ialah Nas (Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias).
— Jika sesuatu perkara bersifat usul yang tidak dibenarkan khilaf, maka ia dikategorikan sebagai Al-Thawabit. Ini berlaku apabila nas menegaskan sesuatu secara qati’ atau putus tanpa membenarkan khilaf.
— Jika sesuatu perkara bersifat furu’ yang dibenarkan khilaf, maka ia dikategorikan sebagai Mutaghoyyirat. Ini berlaku apabila nas tidak menyebut secara putus, atau nas yang perlbagai, atau nas tidak menyentuh atau menyebutnya.

Bagaimana mengenali Kayu Ukur?
— Mengenali kayu ukur nas bagi menentukan ianya bersifat Thawabit atau Mutaghayyirat ialah memahami nas itu sendiri.
— Di sini penting golongan yang memahami nas dengan kefahaman yang betul menjadi peneraju kepada parti Islam, kerana tiada parti islam tanpa islam, dan tiada islam tanpa nabi (di zaman risalah) atau tiada islam tanpa Ulama (dizaman selepas kenabian).
— Justeru itu, kitab fiqh menegaskan bahawa syarat penting bagi pemimpin islam islah Faqih di samping syarat-syarat yang lain.

Apa pendirian Kita?
— Thawabit: Kita bertegas dalam perkara thawabit yang bersifat usul dan berjuang menegakkannya serta berjuang menentang golongan penentangnya.
— Mutaghayyirat:
A - Tidak ditetapkan oleh pemimpin: Kita berlapang dada dan bertasamuh serta perlu menganggap ianya rahmat bagi umat.
B – Jika ditetapkan oleh pemimpin: kita wajib mentaati keputusan pemimpin dalam perkara muthayyirat sekalipun bercanggah dengan pandangan dan citarasa kita.

Akidah dan Hukum
— Usul terdapat pada akidah dan hukum juga terdapat pada akidah dan hukum.
— Contoh usul dalam akidah ialah keesaan Allah, Rahman, Rahim dan segala sifat yang wajib bagi Allah swt.
— Contoh furu’ dalam akidah seperti takwil ayat sifat yang tidak tersasar daripada garis akidah.
— Contoh usul dalam hukum seperti wajib hudud.
— Contoh furu’ dalam hukum seperti hukum zikir selepas solat.

-Nota pembentangan Ustaz Zaharuddin Mohd di KIAS-

Friday, December 25, 2009

Hari Mesra OKU 09

21hb.12.09 : Saya berkesempatan menghadiri program Hari Mesra OKU 2009 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis. Pelbagai program dan aktiviti diadakan antaranya penerangan berkaitan OKU kepada ibu bapa, pertandingan mewarna. Program ini turut dibantu oleh tenaga fasi dari mahasiswa UPSI. OKU adalah golongan yang sangat istimewa. Mereka juga merupakan hamba Allah dan yang istimewanya ada di kalangan mereka yang tidak mukallaf..terlepas dari dipersoalkan di hari kemudian nanti.
Dato' Shamsiah, Pengarah JKM Pahang sedang merasmikan program
Persembahan 'chicken dance'





Tuesday, December 22, 2009

Kunjungan ke SMA Batu Talam

Dalam musim cuti sekolah ini, saya berkesempatan menjejakkan kaki kali yang pertama ke Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam Raub. Tujuannya ialah untuk bertemu dengan pihak pentadbiran sekolah bagi membincangkan beberapa program pelajar. Setakat ini insyaAllah dua program akan diadakan di SMA Batu Talam ini. i) Minggu Oreantasi Pelajar Baru (Januari 2010) ii) Konvesyen Pelajar Islam Pahang (Febuari 2010)
Keterangan lanjut berkaitan Konvesyen Pelajar Islam Pahang
boleh lawat :







Friday, December 18, 2009

Bila Hidayah Tiba...

RABU, 10.15 pagi.. Tanpa diduga Pejabat Agama Lipis dikunjungi seorang Pemuda bersama seorang pengiring. Tujuan dan hasratnya sangat murni..ingin mengucapkan kalimah syahadah… bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w pesuruhNya. Pemuda yang masih menuntut di UPM Serdang dan berketurunan India. Alhamduillah proses mengucap syahadah berjalan lancar..Pemuda tersebut ingin kekal menggunakan nama asalnya…Abraham Gabriel. Mudahan beliau terus mendalami dan menjadi mukmin yang sejati… Ameen

Ziarah Ke Sri Petaling

Ziarah AJK Masjid An Najah Temerloh Jaya ke Masjid Jame' Sri Petaling.
Masjid Sri Petaling


Setiausaha Masjid, Orang yang bertanggungjawab penuh dalam pengurusan Masjid


Suasana dalam pejabat masjid, berkonsepkan ala yaman & Jepun, duduk bersila.



Menikmati jamuan petang



Imam Besar Masjid merangkap Mudir Madrasah. Sistem madrasah mengambil format Darul Ulum Deoband, Belajar sunan sittah selama 8 tahun.

Bayan selepas maghrib, bayan utama dalam bahasa melayu

Bayan dalam bahasa isyarat. selaras dengan bayan utama dalam bahasa melayu. Semua bayan2 dalam bahasa lain adalah sama dan selaras, pentazkirah menggunakan earphone untuk mendengar bayan utama dan diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa yang lain

Bayan dalam bahasa lain pula..semuanya selaras dan senada dengan bayan utama.



Bayan dalam bahasa Bangla



Solat Isya'

Bersama dengan Pengerusi Masjid. Kami makan malam bersama dengan beliau.

AJK Masjid An Najah, Taman Temerloh Jaya singgah minum sebentar dalam perjalanan balik.







Friday, December 11, 2009

Tiga Peristiwa..

1. Beberapa hari yang lalu terlihat kelibat seorang pemuda di masjid ini. Hari ini sudah masuk beberapa hari dia menetap di sini, di masjid. Banyak suara-suara orang berbunyi pasalnya. Sudah beberapa versi cerita sudah saya dapat....kebanyakannya berlainan sama sekali..

2. Semalam seorang pakcik datang ke rumah, ada masalah katanya.. Pakcik terputus duit, dari KL nak ke KB.. Sampai sini pun menumpang lori.. anak perempuan pakcik lari dari rumah...dah lima minggu.. dah dekat RM 500.. duit pakcik habis pasal nak cari anak pakcik ini....

3. 6hb (ahad) ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lipis, singgah sebentar ke Masjid Temerloh. Selesai mengambil wudhu', seorang pemuda bersalaman dengan saya..katanya ada masalah.. beliau dari Jengka dan sudah dua hari menetap di Masjid Temerloh mencari kerja.. Bercadang ke Bentong pula... Beliau meminta sedikit sumbangan buat membeli makan dan minum...
Tiga Peristiwa yang berlaku dalam minggu yang sama.. Sebenarnya sudah acap kali saya berhadapan dengan peristiwa-peristiwa begitu. Pernah dahulu datang seorang muallaf yang juga mempunyai kisah yang tersendiri.. Setelah dua..tiga hari selepas itu.. sahabat dari PERKIM menyampaikan maklumat bahawa muallaf tersebut adalah penipu...
Orang-orang lama sering mengingatkan saya supaya jangan percaya sangat terhadap orang-orang yang meminta bantuan ini. Kerana banyak yang sudah terkena... Tetapi mungkin ada di kalangan mereka yang memang betul-betul terdesak..tetapi di sebabkan ramai juga yang mengambil kesempatan menyebabkan kepercayaan kita menjadi sangsi dan berbelah bagi.. Apa pun kita akan membantu sedaya upaya kita.. Meraka benar atau tidak terserah kepada Allah...
Apa yang menghairankan..mereka yang ingin bantuan biasanya mencari Masjid dan Imam masjid. Tidak mencari YB di Pusat Khidmat Masyarakat, DO di Pejabat Daerah, Tuan Qhadi di Pejabat Agama, Pegawai JKM di Pejabat JKM.. tetapi mencari Masjid...
Kerana mungkin Masjid lagi mesra kepada orang ramai berbanding contoh-contoh yang disebutkan tadi.. Sedangkan Pegawai-pegawai yang terbabit memang juga terlibat secara langsung dengan orang ramai..cumanya mungkin hubungan langsung dengan orang ramai terhalang dengan suasana bentuk pejabat-pejabat mereka...
Wallahua'lam...

Friday, December 04, 2009

Banyak Tragedi yang Berlaku

1.Petang semalam, beberapa minit lagi menjelang waktu maghrib.. tepat-tepat depan Masjid.. berlaku kemalangan antara sebuah kereta dan motor. Kereta yang dipandu Pak Akob hendak masuk ke Masjid dilanggar oleh pemuda yang menunggang Motorsikal. Pemuda tu katanya anak Ustaz Tajuddin. Saya tidak kenal akan pemuda itu mahupun bapanya. Kata seorang ahli jemaah Masjid, 'Saya tak kenal kalau orang tu tak jadi ahli jemaah masjid, kenal yang pergi masjid sahaja. Kereta Pak Akob kereta lama, besi tulen, Pak Akob pun sudah bergelar orang lama.. berlanggar dengan motor baru yang sudah semestinya tahap kelajuannya berganda-ganda berbanding dengan kereta lama Pak Akob.
Pak Akob cedera ringan sahaja. Tetapi anak Ustaz Tajuddin yang saya tidak kenal anak mahupun bapanya itu meninggal dunia... al-Fatihah..
2. Sudah hampir 2 purnama Setiausaha Masjid tinggal diam di dalam wad hospital Kuala Lipis. Dalam tempoh itu telah ke HKL dan HOSHAS Temerloh. Raya haji baru ini pun dalam wad. Mungkin Ujian buatnya...
3. Sebulan yang lalu, Bilal masjid kami, Abg Man..kemalangan juga..Abg Man bersama isterinya dilanggar dengan sebuah kereta kenari yang terbabas ke arah Abg Man.. Mungkin pemandu tersebut tertidur barangkali. Kereta Abg Man hancur.. Sekarang Abg Man dan isterinya masih lagi berada di Wad Hospital Temerloh setelah di transfer dari hospital Kuala Lipis. Raya Haji baru ini pun keduanya terlantar di hospital. Malang bagi pemandu kenari, meninggal dunia.. al fatihah...

Tuesday, December 01, 2009

Suatu Komitmen

Suatu Komitmen..

4,5,6 Dis 09 : Program Bersama Pelajar di Balok, Kuantan
5,6 Dis 09 : Hari Kualiti PASTI Pahang, di Rompin
7-10 Dis 09 : Kem Anak Soleh 2009, di Masjid Daerah Lipis
11-17 Dis 09: Kem Pemantapan al-Quran, Sek.Men Seri Lipis
11-12 Dis 09: Kem Anak Soleh, Jabatan Remaja Kawasan Lipis, Markaz Tempoyang.
11 Dis 09 : Mesyuarat Khas ILMAM Pusat, Kuala Lumpur
14-17 Dis 09 : Kem Anak Soleh 2009, Masjid Daerah Lipis.
19 Dis 09 : Ijtima' Murabbi, Kuala Lumpur
19-21Dis 09 : Bengkel Kurikulum Kaffah, Temerloh Pahang

Sembang-Sembang Korban

...Masjid awak berapa ekor tahun ni?
...Surau kami tak ada tahun ini..
...Taman perumahan kami 7 ekor tahun ni...
...Lembu ke Kerbau tahun ini...
...Saya tak masuk bahagian kat surau ni... dapat daging sikit..
Antara perbualan-perbualan yang sering kita dengar sempena menyambut Eid Adha ini..
Nampak seperti menyambut pesta pulak...ataupun suatu pertandingan, mana tempat yang paling banyak... Lihat pula perbualan yang popular jugak...
...Berapa kilo nak bagi ke yang masuk 7 bahagian?..
...kira berapa orang yang datang masa melapah, memotong dan mengagih ini...
...sape nak kepala lembu ini...
...jantung ni saya yang nak....
...yang ni saya ambillah...
Merenunglah seketika... Kadang-kadang kita terlupa bahawa korban yang kita lakukan ini merupakan suatu ibadah agong... Kita hanya teranggap hanya saperti acara tradisi tahunan sahaja...
Betulkan balik niat kita. Sepatutnya agihan korban juga perlu adil.. Bayangkan bila tiba Raya Haji, Peti sejuk kita boleh jadi tak muat..penuh dengan daging korban...Kadang-kadang ada yang sampai pesan kat kawan..tolong ambilkan daging korban untuk dia...
Mudahan kita hayati betul-betul konsep korban ini...jangan ibadah kita pula yang terkorban...
Wasalam...