Monday, January 11, 2010

Minggu Taaruf & Taakhi SMA Al Falah Batu Talam


Sesi Pendaftaran Peserta
LDK








Perhimpunan Pagi

Riadah


Persembahan Pelajar


Penonton yang terhibur


Persembahan Pelajar Lelaki

Sesi Ceramah
Krew Cetus Aspirasi telah menjayakan Minggu taakhi dan taaruf pelajar tingkatan satu di SMA Al Falah Batu Talam, Raub Pahang. Program yang bermula pada 8hb Januari jam 4 petang dan berakhir pada 10hb Januari jam 12 tengahari. Dengan 68 orang pelajar tingkatan 1 2010 (tawaran kepada 150 orang pelajar, hanya 68 orang yang menerima) program dijayakan dengan barisan fasilitator yang terdiri dari 8 orang fasilitator lelaki dan 9 orang fasilitator perempuan berserta dengan dua orang pengiring iaitu Ustaz Fathi dan saya.

Objektif program ini ialah memberi pengenalan Sek Men Agama kepada pelajar baru, kehidupan di Sek Men Agama, harapan kepada pelajar baru sebagai generasi pelapis di samping membentuk ukhwah di kalangan pelajar baru, pelajar lama dan fasilitator.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK, riadah bermodul dan persembahan pelajar baru seperti nasyid dan lakonan.

Program diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMA Al Falah Batu Talam Raub dan dihadiri oleh guru-guru dan semua pelajar lama yang tinggal di asrama.

InsyaAllah Krew Cetus Aspirasi akan menjejakkan kaki lagi ke SMA Al Falah Batu Talam untuk program Konvesyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang akan berlangsung awal Febuari nanti.



Friday, January 08, 2010

AL FATIHAH

Al Fatihah kepada Allahyarham Mohd Fauzi bin Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2 petang tadi di hospital Selayang. Mudahan Rohnya ditempatkan di Jannatul Naim. Al Fatihah...

Doakan...

Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan keselamatan serta kesejahteraan buat Ustaz Mohd Fauzi. Beliau masih lagi tidak sedarkan diri setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya pada malam 31.12.2009 (Khamis) dan dirawat di ICU Hospital Selayang dan keadaannya hari ini semakin tenat...Harap sahabat-sahabat dapat doakannya..

Sunday, January 03, 2010

Ceramah Maal Hijrah 1431H

Tarikh : 1.1.2010
Masa : Selepas solat Maghrib
Sempena menyambut tahun baru hijrah 1431H dan berkebetulan juga kedatangan tahun baru 2010 M, Maka Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis menganjurkan ceramah agama. Ceramah disampaikan oleh YA Dato' Abdul Rahman bin Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan (Hakim yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas model Kartika Sari Dewi). YA Dato' dalam ceramahnya menekankan konsep hijrah yang perlu kita umat Islam lakukan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sebelum pulang ke rumah, sidang hadirin dibekalkan dengan bubur asyura' untuk dibawa pulang.
YA Dato Abdul Rahman bin Yunus sedang menyampaikan ceramah

YA Dato' bergambar kenangan bersama dengan ahli jemaah

Ziarah ke Hospital Kuala Lipis

Bersempena tahun baru hijrah 1431H dan tahun baru masihi 2010, maka pihak pentadbiran masjid bersama ahli kelab penyokong Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis (Sahabat Masjid) telah meraikan pesakit di hospital daerah Lipis. Program bermula jam 5.30 petang dan beberapa wad telah dilawati iaitu wad lelaki dan perempuan untuk pesakit pembedahan, wad bersalin dan wad kanak-kanak. Para pesakit menerima sedikit sumbangan makanan serta bubur asyura'. Alhamdulillah program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak hospital terutamanya para jururawat yang bertugas di wad-wad yang terbabit dengan lawatan. InsyaAllah program ini akan dijayakan lagi di masa akan datang dan program lawatan ini merupakan kali yang kedua setelah program lawatan ke wad kanak-kanak diadakan pada awal tahun baru 1430H yang lalu.
lawatan ke hospital 1430H yang lalu,
di Wad bersalin, kelihatan ibu muda selamat melahirkan bayinya melalui pembedahan
Katil tempat bersalin

Ahli rombongan bergambar kenangan bersama sister dan nurse.

Memasak Bubur Asyura'

Kronologi
31.12.2009 (Khamis)
5.00 pm

aktiviti memasak bermula dengan menyiapkan rempah
Basuh kawah


basuh kacang
9.00pm

mencerai-beraikan daging yang telah direbus

En Rosdi sedang menggoreng rempah
1.1.2010
Mula 7.00 am

En. Sukri (Master Cheif), Tahun ke10 sebagai master chief bubur Asyura' Masjid Daerah Lipis

Abg Deen Cafe dan Cik Johan (kawah hujung)

imam Faizal dan Cik Sedi


makan tengahari


Tukar Syif. Group Lelaki menunaikan solat Jumaat. Set Muslimat pulak yang mengacau kawah.






Bubur Asyura siap dimasak
Tengah menyediakan cenderahati untuk pesakit hospital

Siap untuk diagihkan kepada orang ramai

Saturday, January 02, 2010

SMART SOLAT

28.12.09 : Bagi mengisi ruang-ruang cuti yang masih berbaki, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis dengan kerjasama Pejabat Agama Islam dan Masjid Daerah Lipis telah menganjurkan Program SMART Solat. Program diadakan bermula jam 8 dan berakhir jam 3 petang bertempat di Surau Taman Cahaya Lipis. Peserta terbuka untuk penduduk sekitar dari umur 6-18 tahun. Alhamdulillah jumlah penyertaan untuk program SMART Solat ini mencecah 98 orang. Peserta program ditekankan dengan teknik berwudhu' dan solat yang betul.
Sesi Pendaftaran bersama En Z dan Puan Ojie
AF Tuan Qadhi tengah menyampaikan ceramah


Us Akmal tengah handle sesi LDK



Ustzh Haida bersama anak buahnya


Group Fasi tengah makan tengahari

Peserta menjamu selera, seronok dapat makan dengan kawan-kawan

Pegawai JKM Lipis tengah berucap

Penyampaian sijil kepada para peserta



KEM ANAK SOLEH 2009

Sudah menjadi kelaziman bagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar mengaji al Quran. Bagi mereka yang mempunyai kemampuan akan mengajar sendiri anak mereka belajar mengaji al Quran. Amat jarang sekali kita mendengar pelajar-pelajar yang tidak pernah belajar mengaji al Quran. Saya tidak menafikan tempat-tempat yang anak-anak pergi belajar mengaji al Quran, amatlah bagus cuma ada sedikit isu yang ingin ditimbulkan.. kita melihat ramai di kalangan anak-anak apabila ditanya : 'mengaji dekat mana dah?'.. kebanyakannya menjawab : "dah al Quran", "dah juz bla bla", "dah iqra" dan bermacam-macam lagi aneka jawapan yang sewaktu dengannya.

Tetapi apabila diuji.. ramai yang tidak boleh membaca. Saya sertakan beberapa Contoh:
-Ada pelajar yang membaca Iqra'..katanya sudah Iqra' 4, tetapi bila diuji Iqra' 1 pun belum lepas.. ada huruf-huruf hijaiah yang dia tidak kenal.
-Ada yang katanya sudah masuk al Quran, di pertengahan surah al Baqarah, tetapi bila suruh dibaca.. langsung tidak boleh, kita suruh pula baca ayat-ayat lazim seperti surah al Lahab, al Fiil.. juga dia tidak boleh membaca.

-Ada yang boleh membaca, cumanya seperti membaca surat khabar.. tidak ada panjang pendeknya, tak disertakan dengung..Masalahnya pelajar tersebut telah pernah khatam...
Timbul persoalan, bagaimana pelajar-pelajar ini belajar mengaji sehingga boleh tamat iqra', boleh naik al Quran tetapi tidak tahu membaca?
setelah diselidiki, beberapa kesimpulan dapat dibuat..antaranya :
-Kebanyakan tempat mengaji, teknik belajarnya ialah para pelajar akan follow bacaan guru sahaja, ikut sahaja.. hari esok boleh pindah muka surat.
-Seorang guru terlalu ramai anak muridnya, contoh guru seorang, anak murid ada 30 orang.. menyebabkan guru tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajarnya, tambahan pula waktu mengaji yang sangat terhad.
Masalah ini akan terus berlarutan, jika ibu bapa dan tempat-tempat mengaji al Quran tidak memainkan peranan. Para pelajar kebanyakannya masih muda belia, mereka masih belum mempunyai kesedaran mendalam supaya diri mereka mahir dalam membaca al-Quran.

Sedikit usaha untuk membantu para pelajar dalam mendalami al Quran, maka Masjid daerah Lipis telah menganjurkan Kem Anak Soleh 2009. Program yang berlangsung dua minggu (7.12-17.12.09) walaupun sekejap moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak, dapat cover mana yang patut dalam usaha untuk memantapkan pengajian al Quran para pelajar.
Program Kem Anak Soleh terbahagi kepada dua sesi. Sesi awal ialah Pengajian al-Quran, manakala sesi kedua penumpuan kepada ibadah solat, Aurat dan Akhlak.
Sebanyak 12 Kumpulan telah dibentuk. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Tenaga fasililator daripada pelajar-pelajar lepasan STAM dan persijilan DQ. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa untuk menghantar anaknya ke program ini.Terima kasih juga buat Cik Tipah yang menaja hotel untuk fasilitator menginap sepanjang program berlangsung, juga buat krew-krew memasak yang menyediakan menu sarapan pagi kepada peserta-peserta Kem. Juga mereka yang sudi menaja makan minum untuk fasilitator.
InsyaAllah, program seperti ini akan sentiasa diadakan, khususnya bagi membentuk generasi pelapis yang berilmu dan menuju ke arah mardatillah.

LDK Bersama Us Kahafi (Group sek. Rendah : Lancar Al Quran)

Bersama Ustazah Atikah (Group Iqra' Sek Rendah)

Bersama Ustaz Yusof, (Group asas al Quran)

Sarapan pagi bersama-sama

Praktikal Solat

Praktikal Wudhu'

Bersalaman sebelum pulang

Pemberian sijil penyertaan

hamper disediakan untuk peserta terbaik