Saturday, April 24, 2010

Ziarah ke Masjid al-Ghufran, Bandar TDI, Damansara

Baru-baru ini saya telah berziarah ke Masjid al-Ghufran, di pinggir bandar TDI di Damansara.
Sedikit catatan menarik berkaitan masjid ini ialah :
-Mempunyai 6 tingkat.
-Mempunyai bilik hotel yang disewakan kepada musafir.(tingkat atas)
-Rumah pegawai-pegawai masjid di dalam masjid (tingkat atas)
-Ruang solat yang berhawa dingin.
-Mempunyai Cafe al-Ghufran.
-Mempunyai kelas KAFA yang selesa (aircond)

Sesi Taklimat oleh pengerusi Masjid, Dato' Hasanuddin, turut hadir AJK Masjid

ahli rombongan mendengar penerangan


Penyampaian cenderamata oleh pengerusi Masjid, Dato' Hasanuddin

Kelas KAFA Masjid

Bilik Guru kelas KAFA


Bilik Guru Besar Kelas KAFA. Bilik Imam Besar Masjid Daerah ??

Perkhidmatan yang disediakan.


Ruang solat Masjid, lengkap berhawa dingin

tempat mengambil wudhu'

Kafe Ghufran di masjid



ahli rombongan bergambar kenangan dengan AJK Masjid & Imam masjid


Friday, April 16, 2010

Bersama Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri

Betapa indahnya hidup bersama dengan ilmu pengetahuan. Orang yang berilmu diangkat darjatnya di dunia lagi dan di akhirat. Atas dasar ingin mewujudkan masyarakat dan suasana ilmu pengetahuan maka Masjid Sultan Mahmud menganjurkan program ceramah perdana dan seminar halaqah ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu) Program ini juga merupakan program penutup bulan sunnah yang diadakan di Masjid Sultan Mahmud. Pada sesi ceramah perdana yang diadakan pada sebelah malam al-Fadhil Dr. membincangkan bagaimana ingin menjadi muslim sejati yang cemerlang. Keesokannya pula dalam seminar halaqah ilmu, al-Fadhil Dr. mensyarahkan kitab Syarah Hikam, Fiqh Manhaji dan sesi soal jawab.

Chef tengah memasak

Ahli 'Sahabat Masjid' membantu menyediakan makanan.






Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri

Khazanah ilmu karya Dr. Zulkifli

Mereka yang dahagakan ilmu


hadirin menjamu selera

hadirat..

alhamdulillah..

Dr.Zul, Kak Salmah, Imam Besar Daerah Raub & Saya.


Tuesday, April 13, 2010

Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Lipis

Majlis perujian tilawah al-Quran peringkat daerah Lipis berjaya juga diadakan. Walaupun diadakan secara dalaman sahaja. Majlis diadakan di Pusat Dakwah Sungai Kerpan, Kuala Lipis. Hanya 4 orang peserta yang terlibat, 2 lelaki dan 2 perempuan. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan akan meneruskan pertandingan di peringkat negeri yang mungkin diadakan di daerah Jengka. Panel hakim diketuai oleh Hj Yunan (Pernah mewakili Negeri Pahang dalam tahun 60-70an)yang menghakimi bahagian lagu, Ustaz Khusaini bahagian tajwid dan saya bahagian fasohah.

AF Qadhi Daerah Lipis sedang memberi ucapan aluan

Hj Yunan menyampaikan taklimat kepada para peserta


Sarjan Arifin sedang mengalunkan bacaan

Qariah yang mewakili daerah Lipis ke Peringkat Negeri.

Ikan Patin

Rasanya semenjak saya pulang dari Mesir (2007), tak pernah lagi berkesempatan menjejakkan kaki ke kolam sangkar. Akhirnya baru-baru ini saya mengikut Imam Faizal ke Kampung Kuala Kechau, melawat tokey ikan patin sangkar. Hajatnya ingin mengirimkan ikan patin buat Dr. Zulkifli al Bakri.
Tokey ikan siap masak lagi. Lauk masak asam ikan patin
Sangkar ikan di sungai kechau




Thursday, April 08, 2010

KURSUS PENGURUSAN PEJABAT

Sejarah menunjukkan umat Islam di waktu silam sangatlah hebat. Umat Islam yang menguasai hampir keseluruhan dunia ini. Namun dek akibat kelalaian sendiri akhirnya Umat Islam yang dahulunya sangat gagah jatuh terduduk. Kini dunia menyaksikan kuasa-kuasa besar dunia terdiri daripada bangsa bukan Islam. Mereka mengatur sistem kehidupan manusia yang ramai juga umat Islam yang turut sama bangga menggunakan sistem mereka. Namun percayalah dunia nantinya akan menjadi saksi sekali lagi akan kebangkitan umat Islam.
Antara ilmu dan kemahiran yang perlu umat Islam kembali kuasai ialah ilmu pengurusan. Ramai orang berkata golongan ustaz & ustazah (agamawan) tidak pandai mentadbir. Mereka hanya layak menjadi kuli sahaja tidak sebagai seorang bos. Memang tidak dinafikan kalam tersebut, kerana contohnya memang ada. Akan tetapi kita juga tidak menafikan kehebatan golongan agamawan ini mentadbir. Hakikat sebenarnya golongan sekular lagi ramai yang hanya berlagak pandai mengurus, kita lihat pecah amanah, rasuah, bankrap, muflis hampir semuanya terdiri daripada golongan yang kita sebut bukan para ustaz-ustazah.
Kata Saidina Ali : Kebenaran yang tidak bersistem akan kalah dengan kebatilan yang terancang rapi. Atas dasar ingin menaikkan kualiti kerja Jabatan Agama Islam Pahang, maka suatu kursus pengurusan pejabat telah diadakan khusus untuk para pegawai. Kursus diadakan di dewan seminar Masjid Negeri Pahang. Peserta terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Antara pengisian kursus ialah teknik dan kaedah menguruskan fail, aset pejabat, inventori, format surat terkini dan banyak lagi. Sebelum-sebelum ini biasa kita dengar kursus sebegini diadakan untuk pembantu tadbir (kerani) tetapi demi untuk memantapkan pengurusan pejabat, bukan hanya pembantu tadbir sahaja yang perlu tahu kaedah sebenar tetapi para pegawai juga perlu ada pengetahuan mengenainya.
Kumpulan saya
Perkara yang perlu ada dalam fail

Contoh fail


Peserta kursus bergambar kenangan

PROGRAM KANAK-KANAK

Golongan muda merupakan aset yang sangat penting kepada sesebuah negara. Mereka merupakan generasi pelapis yang akan mencorakkan negara, jika baik barisan pelapis ini maka eloklah negara itu di masa akan datang, akan tetapi jika generasi pelapis ini sudah hancur maka risiko untuk sesebuah negara itu binasa sangatlah tinggi. Generasi pelapis yang diharapkan ialah mereka yang akan mendapat keredhaan Allah S.W.T
Maka, atas dasar ingin merapatkan hubungan generasi pelapis ini dengan Institusi agama dan masyarakat, Masjid Sultan Mahmud bersama Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis menganjurkan pertandingan membaca al-Quran dan mewarna kanak-kanak. Bagi pertandingan membaca al-Quran, peserta dinilai dari segi kelancaran dan bacaan secara bertajwid. Untuk pertandingan mewarna peserta dinilai dari segi kekreatifan dan kekemasan warna.
Sambutan yang diperolehi sangat menggalakkan dan insyaAllah program-program seumpama ini akan lebih kerap diadakan.
Sesi Pendaftaran peserta

Panel Hakim pertandingan bacaan al-Quran

Pelajar-pelajar


Peserta pertandingan membaca al-quran secara lancar dan bertajwid





Pertandingan mewarna kanak-kanak





Penyampaian hadiah kepada pemenang




Monday, April 05, 2010

KOPERASI MASJID SULTAN MAHMUD

Syukur kepada Allah SWT, dengan izinNya maka dapatlah mesyuarat agong permulaan Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad diadakan dengan jayanya.
Ada yang bertanya, perlu ke Masjid membuat koperasi?
Sebenarnya kita kena kembali kepada konsep asal masjid yang sebenar, iaitu masjid merupakan institusi utama umat Islam. Masjid bukan hanya tempat solat semata-mata tetapi merupakan pusat untuk segala macam aktiviti umat Islam.
Projek Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad ini disusun dengan beberapa agenda, antaranya :
Projek Memanusiakan manusia. Memanusiakan manusia ialah didalam koperasi kita akan dilatih berada dalam kumpulan, bekerja demi kumpulan, berfikir demi kumpulan, berniaga demi kumpulan bukan hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata.
Projek koperasi ini diharapkan dapat menjana ekonomi umat Islam. Kita melihat situsi sekarang umat Islam banyak bergantung kepada bangsa-bangsa lain, contoh mudah ialah apabila kita hendak membeli barang keperluan harian, ke kedai china juga pilihannya.
Kita berharap, dengan tertubuhnya koperasi masjid ini, kita dapat mengambil alih kuasa ekonomi masyarakat bandar kuala Lipis khususnya insyaAllah.
Jangan kita merasa mustahil, semuanya merupakan kehendak Allah, lihatlah contoh ketika zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu.. ketika mula berhijrah ke Madinah, kebanyakan golongan muhajirin berhijrah dengan sehelai sepinggang dan pada waktu itu ekonomi madinah dikuasai oleh orang yahudi tetapi kemudiannya sejarah menunjukkan umat Islam di Madinah yang akhirnya mendominasi ekonomi Madinah.

Sesi Pendaftaran mesyuarat agong





Bacaan doa oleh Ustaz Khusaini


Ahli koperasi mengaminkan doa


Ucapan aluan


En. Syafiq, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Daerah Lipis sedang memberi penerangan


YH' Dato' Abu Jamal, Pegawai Daerah Lipis merangkap penasihat Koperasi Masjid Sedang menyampaikan ucapan perasmian


Penyampaian Cenderamata kepada Dato' D.O


Sesi Mesyuarat Agong