Thursday, September 16, 2010

Masjid Baru Pekan







Bersama dengan Imam Besar, Bilal dan Tok Empat



Bilik VVIP

PA Sistem












Thursday, September 09, 2010

Waktu Kritikal di Masjid

Waktu yang sangat kritikal. Biasa berlaku pada Maghrib Ramadhan terakhir. Hinggakan mungkin ada surau atau masjid yang tidak berazan dan tidak dilaksanakan solat berjemaah pada waktu tersebut.
Untuk Ramadhan kali ini, di Masjid tempat saya pun begitu juga, hanya dua orang sahaja makmum solat maghrib untuk sebuah masjid daerah. Ke mana yang lainnya? nak kata balik kampung semuanya tidak munasabah, kerana ramai penduduk yang sudah berumur, tidak lagi balik kampung tetapi menunggu anak pinak yang balik ke rumah mereka.
Orang biasanya memulakan Ramadhannya dengan berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah, berlumba-lumba ke Masjid, bertadarus, bersedekah, tetapi terlupa pada penghujung Ramadhan. Ruginya kalau kita tutup Ramadhan kita dengan penutup yang tidak berapa molek. Kalau kita bekerja, kita akan menunggu pada hari terakhir kita bekerja, kerana majikan akan membayar ganjaran pada hari terakhir kita bekerja.. nah!, kalau bulan Ramadhan kenapa kita tidak tunggu sampai hari terakhir, mungkin Allah akan membayar pada hari terakhir?
Pada hari terakhir, ramai juga orang yang datang ke Masjid kami, selepas petang bertali arus, kemudian waktu maghrib sepi, sambung berduyun-duyun selepas isya' pula.. kesnya nak bayar zakat. Ada yang beberapa minit lagi nak masuk asar..lepas sahaja bayar zakat terus cabut, tak menyempat nak bersolat dahulu...
Begitulah manusia akhir zaman ini..jahilnya banyak dari alimnya..
Mudahan kita semua diselamatkan dari gejala jahiliyyah moden ini..

Berbuka Puasa

Bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Bagi orang yang beriman terasa sayu meninggalkan bulan ini. Berbeza dengan orang yang kurang imannya, sangat gembira malah tidak sabar-sabar untuk meninggalkan bulan Ramadhan ini.


Kita telah maklumi banyak kelebihan-kelebihan dan ganjaran dalam bulan Ramadhan ini. Antaranya :
Rasulullah bersabda : Allah berkata : Setiap amalan anak Adam adalah baginya melainkan puasa dan Aku yang akan membalasnya. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan berjumpa dengan Tuhannya. Dan perubahan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding haruman kasturi. (HR. Muslim)


"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya" (HR. Ahmad dan At Tirmidzi)



"Sungguh di Syurga terdapat ruang-ruang yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Maka berdirilah kepada Baginda seorang arab badwi seraya berkata : untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai Rasulullah ? jawab Baginda : untuk siapa sahaja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur". (HR. At-Tirmidzi)

Imam Az Zuhri berkata :Sesungguhnya Ramadhan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.
Di Penghujung Ramadhan ini suka untuk saya menulis sedikit berkaitan berbuka puasa dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Bagi orang yang berpuasa, saat yang paling ditunggu sudah semestinya ketika berbuka puasa. Dari orang yang paling tua sampailah kepada budak-budak semuanya menunggu-nunggu saat berbuka.
Bila Ramadhan menjelang, Bazar Ramadhan pun muncul. Kita baca dalam paper ada tempat itu sampai berebut-rebut orang nak mengambil bahagian berniaga dalam bazar yang fokus jualannya adalah juadah untuk berbuka puasa. Bila sanggup berebut-rebut nak ambil bahagian berniaga itu, maknanya untung berganda-ganda yang bakal diperolehi jika berniaga di bazar ramadhan.
Bazar-Bazar Ramadhan itu pula akan penuh dengan manusia yang mengunjugi lebih-lebih lagi jika ada menu top di bazar tersebut. Contohnya kalau di Jerantut terkenal dengan sejenis murtabak, memang beratur panjang di gerai murtabak tersebut. Ialah bukan hanya masyarakat sekitar bazar tersebut yang datang, orang Lipis pun datang beratur nak beli murtabak tersebut. Pernah suatu hari, saya dan beberapa orang sahabat pergi berbuka di kedai makan kerana juadah berbuka di masjid tidak cukup pada hari tersebut. Di meja sebelah ada dua keluarga yang telah hampir selesai menjamu selera, mereka menyuakan kepada kami murtabak sambil berkata : murtabak Jerantut ini..
Bukan tidak boleh pergi membeli belah di bazar Ramadhan, cumanya tahulah membeli makanan ketika tengah lapar, akhirnya macam-macam juadah yang kita beli. Dikhuatiri tidak mampu kita habiskan. Akhirnya dibuang sahaja. Sangat membazir.
Bila Ramadhan juga, lazimnya masjid-masjid dan surau akan membuat majlis berbuka puasa, tidak terkecuali Masjid Daerah Lipis. Sebulan sebelum Ramadhan menjelang, pihak penganjur mula mencari penaja-penaja yang sudi menaja untuk majlis berbuka puasa nanti. Suatu amalan yang sungguh mulia dan besar ganjarannya.
Beberapa ragam berkaitan dengan berbuka di masjid ini. Ada yang tak sudi berbuka di masjid. Bila ditanya jawabnya : Kalau berbuka di masjid rasa macam orang fakir yang tak mampu menyediakan makanan sendiri. Kata yang lain : Anak-anak ramai, susah nak bawa ke masjid ini.
Kata lain lagi : selesa makan kat rumah, makan kat masjid tak boleh nak makan lama-lama.
dan banyak lagi kata-kata mereka yang tidak sudi berbuka di masjid.
Lain halnya pula bagi sesetengah orang bujang, mereka sangat suka datang berbuka di masjid, sebabnya makan free. Itu yang time berbuka sahaja datang ke Masjid, Isya' dan terawih nanti lesap dah. Waktu-waktu lain jauh la laginya. Mudahan dengan beraninya mereka menghampiri masjid ketika berbuka ini, lambat laun akan membawa kepada mereka untuk semakin kerap menghampiri Masjid, InsyaAllah.
Beberapa pendapat ahli jemaah tetap masjid : Kita buat program majlis berbuka ini dengan beberapa agenda. Antaranya membuka ruang untuk orang memberi sedekah dengan menaja menyediakan juadah berbuka puasa. Di samping itu, bila kita berbuka di masjid ini, insyaAllah solat maghrib akan dapat kita tunaikan secara berjemaah di masjid. Kalau berbuka di rumah belum tentu lagi. Tak ke pelik, waktu bukan Ramadhan kita solat maghrib berjemaah di masjid, tapi bila bulan Ramadhan kita solat di rumah pula. Sepatutnya bulan Ramadhan lah kita kena berlumba-lumba ke masjid.
Sebenarnya berbuka di masjid ini sangat seronok. Ada orang panggil Iftar Jamaie. Di Mesir Famous dengan Maidahtul Rahman. Kalau nak dibandingkan pada juadahnya sudah tentu tak lah seberapa mana, tetapi kemanisan lain yang diperolehi, dapat makan beramai-ramai bersama sahabat-sahabat..alangkah indahnya. Bagi yang belum pernah mencuba berbuka puasa di masjid cuba-cubalah tahun hadapan pula, sudah tentu anda akan mendapat pengalam baru yang sangat manis dan indah..


Peserta khatam al-Quran Masjid Sultan Mahmud, menunggu masuk waktu maghrib



Berdoa sebelum makan

Penganjur tengah prepare untuk menghidang makanan


Kenangan berbuka di Masjid Amru al-Asr, Mesir. Untuk sampai ke Masjid ini dari rumah saya, perlu menaiki dua keretapi, bawah tanah dan atas tanah. Nak masuk ke masjid untuk solat terawih pada malam 27 Ramadhan perlu sampai sebelum waktu berbuka. Kalau tak, alamatnya solat di jalan raya lah.

Wednesday, September 08, 2010

Majlis Khatam Al Quran 2010

Peserta Khatam Bergambar kenangan
Cenderamata Tajaan Masjid Sultan Mahmud

Hamper Tajaan YB Dato' Dr. Shahrom (Ahli Parlimen Lipis)













Selesai majlis khatam, bersiap untuk berbuka puasa

Iftar Jamaie peserta khatam
Alhamdulillah pada 6.9.2010 (Isnin), Majlis Khatam al-Quran Masjid Sultan Mahmud telah diadakan. Sebelum daripada ini Sesi tadarus telah berjalan pada setiap hari, sesi selepas solat subuh dan sesi jam 9.00 pagi. Peserta yang mengambil bahagian seramai 35 orang. Peningkatan yang menggalakkan berbanding tahun lepas.
InsyaAllah program tadarus ini akan sentiasa dijalankan dari masa ke semasa, antara langkah awal untuk membudayakan masyarakat dengan al-Quran.
Bila program tadarus al-Quran, kita melihat penglibatannya rata-rata tempat ialah orang perempuan yang agak dewasa (makcik-makcik, wan, nenek, opah) golongan muda dan orang lelaki kurang untuk mengambil bahagian.
Ketika kami mula menjalankan program tadarus al-Quran ini, saya ada juga mempromosi dan mengajak orang ramai untuk turut serta. Kata Seorang pakcik : ...Bukan apa, sibuk jaga cucu..
Ada yang berborak-borak di beranda masjid semasa sesi tadarus sedang berlangsung.
Antara punca orang tidak join tadarus ialah, kebanyakannya segan untuk membaca al-Quran, mereka malu nanti orang berkata mereka tidak pandai membaca al-Quran. Jatuh maruah mereka nanti. Jika sebelum ini orang pandang hebat kepada mereka, nanti tidak lagi, orang akan berkata si polan tu, cakap aje pandai..mengaji rupanya tak reti.. Tapi maruah mereka dengan Tuhan tak pula diambil kisah.. Alternatif telah disediakan, banyak kelas-kelas pengajian al-Quran dewasa yang diwujudkan, tetapi tak pula mereka mendaftarkan diri.
Ada yang berminat untuk bertadarus al-Quran sahaja. Kelas pengajian al-Quran sepanjang tahun tak nak join. Katanya masa kecil-kecil sudah belajar. Ada juga yang kata dah lama mengajar anak-anak mengaji.. Tetapi baca tunggang langgang juga.
Bagi yang bertadarus tahniah diucapkan. Cuma bila bertadarus antara isunya ialah nak mengejar khatam al-Quran. Kaedah bacaan yang bertajwid kurang dipraktikkan. Program tadarus al-Quran juga ada beberapa versi. Ada yang dibuat setiap hari, target beberapa juz sehari. Tetapi ada juga yang lagi cepat. Beberapa jam sahaja sudah khatam al-Quran. Baca betul atau tak wallahua'lam.
Cadangannya ialah, i)sentiasa melazimi membaca al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi hari-hari kita baca al-Quran. Jadikan al-Quran sebagai bacaan terutama dan terpenting yang perlu kita tunaikan setiap hari. Jika orang boleh membaca akhbar, majalah setiap hari kenapa tidak al-Quran.
ii) Sertai kelas pengajian al-Quran, kerana untuk mahir al-Quran kaedahnya kita perlu bertalaqi dengan guru.
Mudahan kita menjadi golongan yang akrab dengan al-Quran..insyaAllah.




Thursday, September 02, 2010

Imam Tahfiz Jemputan

Bilal Akmal & Bilal Zarimi bersama Amin& 'Aqil (imam jemputan solat terawih dari Maahad Tahfiz negeri Kelantan)

Sudah menjadi lumrah di negara kita. Apabila bulan Ramadhan menjelang, masjid-masjid dan surau-surau mencari imam jemputan bagi mengimami solat sunat terawih. Namun ada juga masjid dan surau yang tidak berbuat demikian. Memadai dengan imam tempatan yang sedia ada. Masing-masing mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri.

Catatan ini bukanlah ingin mengutarakan faedah dan keistimewaan kita mengambil imam jemputan yang biasanya dipanggil imam hafiz. Cuma hanya ingin menyentuh sedikit sahaja iaitu berkaitan bayaran imbuhan kepada para imam jemputan.

Bagi mereka yang memahami, menjadi imam untuk solat terawih bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Apatah lagi imam hafiz yang akan membaca hampir keseluruhan ayat suci al-Quran. Tenaga mental dan fizikal sangat diperlukan dan biasanya agak keletihan setelah selesai mengimami solat terawih. Maka sudah sepatutnya masjid-masjid dan surau memberi kadar imbuhan yang berbaloi dengan khidmat imam-imam hafiz ini.

Saya selalu berdepan dengan mereka yang berkata : ala.. jadi imam.. mudah aje...,
...kenapa lah nak bayar mahal-mahal kepada imam hafiz...

Biasalah manusia bila berkait dengan agama selalu sangat berkira. Contoh yang lain : Bila program keagamaan peringkat negeri atau kebangsaan, biasanya akan dijemput tokoh agama untuk menyampaikan syarahannya. Agak-agaknya lah berapa yang dibayar kepada penceramah itu. Berbanding jika suatu karnival hiburan dan kebudayaan peringkat negeri ataupun kebangsaan yang menampilkan artis-artis. Berapa penganjur bayar kepada artis-artis ini... Saya pasti kadar perbezaannya sangat jauh.

Sahabat saya yang terlibat dalam urusan mencarikan imam-imam hafiz untuk masjid-masjid dan surau akan menekankan soal imbuhan ini. Katanya kalau tak seberapa imbuhannya padanlah dengan imam tempatan sedia ada sahaja. Kalau tak kesian kepada imam-imam jemputan tersebut.

Ketika saya masih menuntut dahulu, pernah di suatu tahun itu saya bersama sahabat saya hasnol (kini pensyarah Maahad Tahfiz Pahang) menjadi imam di sebuah surau x. Kami tinggal menginap di surau tersebut, tidor, bangun, buka puasa, sahur di situ. Di samping itu menjadi imam dan bilal untuk kesemua waktu solat fardhu, zohor, asar, maghrib, isya' dan subuh. al-Maklumlah surau yang hanya beroperasi pada bulan ramadhan sahaja. Di penghujung ramadhan dalam 2-3 hari lagi syawal akan menjelang, kami menamatkan khidmat kami di surau tersebut dan menerima sedikit imbuhan. Tanpa bersampul not dimasukkan terus ke poket kami. Bila kami balik ke Maahad, seluruh sahabat kami menyuarakan tak patut sungguh pihak pengurusan surau x tersebut. Kami berdua hanya dapat RM 50.00 seorang untuk sepanjang ramadhan menjadi imam terawih, imam dan bilal solat fardhu. Tahun-tahun berikutnya sudah semestinya surau tersebut diboikot oleh pihak Maahad Tahfiz.

Bersama Hasnol ketika saya bekerja di Maahad Tahfiz Pahang

Alhamdulillah, pada tahun-tahun berikutnya saya mendapat imbuhan yang boleh dikira berbaloilah sebagai imam terawih. Saya pernah berpartner dengan Allahyarham Fauzi di Masjid Bukit Sekilau yang setiap malam selepas solat terawih kami dibawa oleh Bro Ahmad Yusuf (Bekas pemain Bola Sepak kebangsaan, kini jurulatih) menjamu selera di restoran-restoran yang berbeza pada setiap hari.

Bersama Arwah Fauzi dan Ayah kepada Fikri ketika kami ke rumah Fikri di Selangor


Kini, saya hanya menguruskan imam-imam hafiz. Bagi masjid kami, Imam hafiz daripada maahad Tahfiz di negeri Kelantan. Dan semestinya saya akan memastikan mereka mendapat imbuhan yang selayaknya sebagai hamlatul Quran yang perlu kita hormati dan sanjungi.



Bersama YH Dato' Zulkifle Ali al-Hafiz dan Syeikh Muhammad, imam jemputan dari Mesir yang ditaja oleh Yayasan Pahang, tahun 2008

Bersama Syeikh Muhammad ketika rakaman bacaan al-Quran di Pahang.FM. turut bersama Syeikh Ahmad (pensyarah Maahad Tahfiz warga Mesir)

Tuesday, August 31, 2010

Panas & Hujan

Ramadhan kali ini boleh dikatakan cuacanya agak terik pada siang hari. Bila terik lebih selesa untuk berehat di rumah. Ujian buat hambanya yang ingin ke masjid untuk mengimarahkan masjid di siang hari. Kebiasaannya pula bila hari siang sangat panas, hari petang dan malam hujan yang lebat beserta kilat akan turun. Bila hujan ujian juga buat hambanya yang ingin ke Masjid. Lebih nyaman jika tetap di rumah sambil berbuka puasa dengan hidangan yang pelbagai jenis daripada berpayung ke masjid. Mudahan faktor cuaca bukanlah menjadi suatu alasan untuk kita bermalasan dalam beribadah.
Suasana Taman (sebelah masjid) ketika hari cerah



Suasana ketika hujan lebat, banjir lumpur memenuhi ruangan taman



Bufet Ramadhan Haram?

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010

ONE WORLD HOTELFIRST AVENUE
Bandar Utama City Center47800, Petaling Jaya

BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang 50450 Kuala Lumpur

HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250Kuala Lumpur

PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana Taman Putra Perdana Precinct, 62000 Putrajaya

HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd 165, Jalan Ampang, 50450Kuala Lumpur

SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 11546719, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang Jalan Semenyih 43000 Kajang Selangor

LAGENDA CUISINE SDN BHD(PRESCOTT INN KAJANG)

ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas Bt. 18, Jalan Bangi Kajang, 43000Selangor

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,Selangor Darul Ehsan

CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail 50250, Kuala Lumpur

NOVOTEL K.L CITY CENTER(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450, Kuala Lumpur

BANGI GOLF RESTAURANT Bangi

CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur

KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal Sdn Bhd Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel 368-B, Jln 1/68F, Off Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur

THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

THE ROYALE BINTANG KUALA LUMPUR

R & B SERVICES BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

THE SAUJANA KUALA LUMPURSAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS 40150 Shah Alam, Selangor

HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral 50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758 Kuala Lumpur

LE MERIDIEN
2,Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur

THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang 50300 Kuala Lumpur

Pengisian Ramadhan

Al- Fadhil Qadhi Daerah Lipis (30.8.2010) Ceramah sempena kemerdekaan ; Bagaimana mengisi kemerdekaan mengikut kehendak Islam
Ustaz Roslan (27.8.2010) Dengan Ramadhan bagaimana menjadi muslim yang sejati

Ustaz Wan Azlan (26.8.2010) Ceramah Nuzul al-Quran & Badar al-Kubra



Wednesday, August 25, 2010

Kuliah Zohor Sepanjang Bulan Ramadhan

Af Qadhi kuliah sebelum solat jumaat


Imam Faizal

Ustaz Akmal

Satu lagi program sempena Ihya' Ramadhan di Masjid Sultan Mahmud iaitu Kuliah Zohor. Kuliah ini akan disampaikan pada setiap hari selepas zohor sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya untuk membudayakan ilmu pengetahuan kepada sidang jemaah.

Program Tadarus al-Quran


meja yang kosong, tempat saya tu..
Program Tadarus al-Quran Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis dijalankan setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. Program berjalan selepas solat subuh dan pukul 9.00 pagi. Terbuka kepada semua yang berminat dengan al-Quran dan menyediakan masa untuk al-Quran

Ceramah Ihya' Ramadhan

Ustaz Rujhan bin Razali (17.8.2010)

Ustaz Suhaimi bin Saad (15.8.2010)

Ustaz Shahril Azman al-Hafiz (14.8.2010)



Jadual Giliran Jamuan Berbuka Puasa

Jadual Tajaan Berbuka Puasa Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis. Terima kasih buat penaja-penaja. Mudahan berterusan memberi penajaan kepada Masjid Sultan Mahmud..

Tarikh Penaja
11.8.2010 : Masjid Sultan Mahmud
12.8.2010 : Lombong Emas Penjom
13.8.2010 : Dr. Zainal & Klinik Hijrah
14.8.2010 : Masjid Sultan Mahmud
15.8.2010 : Masjid Sultan Mahmud
16.8.2010 : Dr. Affandy & Klinik Sulaiman
17.8.2010 : IPD Polis Daerah Lipis
18.8.2010 : Jabatan Kerja Raya Lipis
19.8.2010 : Majlis Daerah Lipis
20.8.2010 : Masjid Sultan Mahmud
21.8.2010 : UMNO Bahagian Lipis
22.8.2010 : Indian Muslim Lipis
23.8.2010 : Pejabat Kesihatan Lipis
24.8.2010 : Pejabat Hutan Lipis
25.8.2010 : Pejabat Pelajaran Daerah Lipis
26.8.2010 : PAS Kawasan Lipis
27.8.2010 : Institut Pertanian Lipis
28.8.2010 : Hospital Daerah Lipis
29.8.2010 : Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim al-Ikhsan & CIMB Lipis
30.8.2010 : Nor & Co (Peguam)
31.8.2010 : Jamuan Berbuka Puasa, sempena Hari Kemerdekaan (Masjid)
1 .9.2010 : Pejabat Daerah/ Tanah Lipis
2.9.2010 : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis
3.9.2010 : Jabatan Bekalan Air Lipis
4.9.2010 : PUSPANITA daerah Lipis
5.9.2010 : Masjid Sultan Mahmud & Pejabat Agama Islam Lipis
6.9.2010 : Masjid Sultan Mahmud
7.9.2010 : Masjid Sultan Mahmud

Ihya' Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, Masjid Sultan Mahmud mengajak kaum muslimin dan muslimat berebut peluang menggandakan amal ibadah serta mengambil bahagian dalam program-program Ihya' Ramadhan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis. Bagi yang jauh-jauh, kalian juga boleh mengambil bahagian dengan menghulurkan sumbangan infaq..insyaAllah...

Ceramah Anjuran Bersama PERKIM Daerah Lipis

Ustaz Jasni bin Ajom


Jamuan makan, kelihatan penceramah, YDH Dato' Orang Kaya Perba Jelai (Orang Besar Berempat Pahang) dan AJK Perkim Daerah Lipis


7.8.2010: Ceramah Agama anjuran PERKIM Daerah Lipis dan Masjid Sultan Mahmud. Penceramah ialah Ustaz Jasni bin Ajom dari Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan. Ustaz berketurunan suku kaum orang asli dan memeluk Islam ketika berusia 18 tahun.