Saturday, October 23, 2010

Masjid Bergelap

Pemandangan Masjid dari hadapan stesen keretapi Lipis
20.10.10 : Ketika solat maghrib, tetiba masjid menjadi gelap. walaupun gelap rupanya tak ada ahli jemaah yang takut gelap. Semuanya rilek, cool aje..tak de la yang terperanjat ke, lari keluar ke..semuanya masih stay dalam masjid.
Walaupun bergelap namun agenda selepas solat maghrib iaitu kuliah maghrib tetap diteruskan. Kuliah malam itu disampaikan oleh Ustaz Zabadin.
Di beranda Masjid staf TNB dan syarikat Karisma giat mencari punca kegelapan. Biasalah masjid wayering dah lama..umur wayering tu lagi tua dari saya...
Bro Baju hitam dari Syarikat Karisma dan Bro baju biru dari TNB

















Orang zaman sekarang tak pakai dah box jenis ni. Kata dua orang bro ni.





Kelihatan Us Zabadin tengah menyampaikan kuliahnya.


Kuliah maghrib tengah berlangsung

Thursday, October 21, 2010

Khutbah terakhir

Khutbah terakhir yang disampaikan oleh YH Dato' Abu Jamal bin Nordin, Pegawai Daerah Lipis. YH Dato' akan bertukar ke Putrajaya di bahagian JPA. YH Dato' merupakan bekas pelajar SMA Al Khairiah Temerloh dan Kuliah Pekan.

Tuesday, October 19, 2010

Mereka Yang Mati..


Masih valid sijil kelahiran… Belum layak untuk membuat sijil kematian di Jabatan Pendaftaran…
Masih boleh bercakap-cakap, tertawa riang sambil berbual kosong di warung-warung kopi…
Ya… Masih hidup lagi..belum mati dan tidak layak langsung untuk dimasukkan ke dalam kubur.

Tetapi….
Terdapat orang yang jiwa dan hatinya mati… terutamanya apabila melibatkan perjuangan menegakkan Islam. Mereka tidak kisahkan Islam itu sendiri apatah lagi orang Islam yang lain. Mereka hanya hidup untuk diri mereka sahaja. Apa nak jadi dengan perkembangan syiar Islam…lantaklah..yang penting aku masih Islam, solat tak miss, berjemaah di masjid lagi. Puasa, zakat, pergi haji.. mungkin dah beberapa kali pun..orang kena gelar al-Haj lagi.

Biasa… Apabila kita mengajak, menjemput orang-orang untuk bersama kita dalam menegakkan syiar Islam ini..Ada juga, mungkin bekerja sebagai guru agama di sekolah, pensyarah di fakulti Islam, Pegawai Agama di pejabat Agama, bekerja di Jabatan Agama yang berpendapat bahawa dia sentiasa berkerja untuk membangunkan Islam. Kerja hariannya itu ialah sebagai suatu perjuangan untuk membangunkan Islam… Habis waktu kerja…maka habislah sudah kerjanya untuk membangunkan Islam. Itu yang apabila diajak untuk terlibat bersama-sama dalam program amal Islami pada hari cuti biasanya sabtu dan ahad.. mereka awal-awal lagi menolak dengan alasan mereka telah bekerja untuk membangunkan Islam. Tidak dinafikan..itu memang rutin kerja mereka, dan mereka dibayar gaji untuk itu..cuba bayangkan jika tidak dibayar? Adakah mereka akan melaksanakan tugas harian mereka?..yang mereka kata sebagai suatu perjuangan untuk membangunkan Islam.

Ingatlah, bahawa tabiat perjuangan Islam itu, bukan lah disebabkan bayaran yang diperolehi. Tabiatnya sangat sukar, payah, bukan berjalan di permaidani merah, tetapi sehingga bermandi darah dan ada yang menemui syahid dalam menegakkan perjuangan Islam ini.

Mutakhir ini sudah mula kelihatan manusia yang mula berebut-rebut untuk terlibat dengan organisasi Islam. Berebut untuk mendapatkan jawatan di dalam organisasi tersebut… Berebut apabila organisasi Islam mula mendapat tempat. Mungkin ada yang ikhlas, tetapi ada juga yang mempunyai agenda sulit yang tersendiri.

Contohnya apabila pemilihan untuk AJK Masjid, maka ramai orang yang inginkan jawatan AJK tersebut. Ada yang tak pernah melazimi untuk hadir ke Masjid pun ingin merebut jawatan tersebut..kerana apa agaknya ye…

Maksud firman Allah dalam surah An-Nasr :
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunanNya, Sesungguhnya Dia Maha penerima taubat.

Tetapi, apabila organisasi itu mungkin pada pandangan mereka tidak menguntungkan dunia mereka bahkan akan memayahkan kehidupan dunia mereka. Maka mereka akan melarikan diri, tidak mahu terlibat sama.

Oleh kerana AJK Masjid saya telah mati kesemuanya, Maka saya pernah membentuk suatu organisasi yang dinamakan sebagai Skuad Penyokong Masjid kemudiannya dinamakan dengan Kelab Sahabat Masjid dan akhirnya sebagai Skuad Sukarelawan Masjid. Bukan senang untuk mencari AJK yang sanggup komitmen. Ramai yang selesa untuk tidak terlibat, bagi mereka sudah cukup mereka datang untuk bersolat jemaah di masjid, dengar kuliah, kemudiannya tolong makan apabila jamuan di masjid. Bukan senang untuk mesyuarat, apatah lagi saya yang berusia setahun jagung yang berhadapan golongan-golongan tua, ialah…bukan ramai pun orang muda yang ke masjid, masjid lebih sinonim dengan orang-orang tua. Bila telah dibentuk AJK, ketika mahu dibahagikan kepada unit-unit/ biro/ lajnah..ada pula pakcik-pakcik yang berpendapat tak perlu biro-biro ini. Lantik AJK sahaja, Katanya lagi 'bila kerja kita kerja ramai-ramai'.

Kalau nak main bola, pemain-pemain ada posisi masing-masing. Bukan main terjah sahaja. Di mana bola disitu kita semua berkerumun..bukan begitu… perlu ada posisi masing-masing.

Saya faham maksudnya. Sebenarnya bila dibentuk biro susah lah dia, kena bekerja. Kalau tak ada unit-unit hanya lantik AJK sahaja. Maka apa kerja AJK ini, hanya hadir dalam mesyuarat, kemudiannya bila dibentangkan sesuatu program, depa bagi cadangan, komen..kemudian habis mesyuarat..habis.

Pernah, kami bermesyuarat. Agendanya untuk mengadakan jamuan hari raya. Ada seseorang yang memberikan cadangan, kita buat kambing panggang. Lalu orang lain terus mencadangkan supaya orang yang mencadangkan itu tadi menjadi incas untuk kambing panggang itu. Terus dia mengatakan ‘saya cadangkan sahaja’. Lalu seorang yang lain pula berkata ‘ cadang-cadang sahaja kita tak mahu. Semua orang boleh bagi cadangan. Kita mahu orang yang sanggup untuk berkerja.

Sahabat saya, mengetuai persatuan sesebuah alumni merasakan ketensionannya kepada saya,tentang perangai AJK dan anak buahnya. Ada AJK yang tak ingat pun bahawa dia pernah terlantik sewaktu hari perlantikan AJK bahawa dia seorang AJK. Bayangkan kalau tak ingat bahawa dia seorang AJK..hal-hal yang lain lagi lah..pegang unit apa..tak payah kata lah. Pernah bercadang untuk membuat jamuan hari raya untuk ahli yang berada di daerahnya. Lastnya terpaksa cansel program sebabnya yang lain-lain tak dapat nak hadir.

Pernah juga, mereka yang sangat hebat ketika di alam kampusnya. Memegang jawatan persatuan ini, persatuan itu, menjadi Exco MPP, tetapi apabila tamat belajar.. hilang entah ke mana. Untuk menjadi AJK Masjid Kampung pun tidak mahu. Ada yang ketika baru tamat belajar, orang ramai tahu kebolehannya ketika di kampus dahulu, terus dibaginya menjadi AJK sesebuah NGO Islam. Awalnya Nampak ok, tengah jalan…ko…tak pernah hadir langsung ke Mesyuarat AJK NGOnya itu.

Mudahan, kita semua yang ada menerima taklifan sebagai mana-mana AJK. Baik besar atau pun kecil taraf jawatan itu kita laksanakan tugas dan tanggungjawab kita. Apabila kita tidak laksanakan tugas, maka kita telah membebankan sahabat-sahabat kita yang lain yang sudah pasti mempunyai pelbagai komitmen lain lagi. Taklifan kita merupakan suatu amanah yang akan ditanya nanti oleh Allah Rabbul Jalil, apatah lagi taklifan dalam kerja dakwah yang memang kita tiada pilihan untuk tidak terlibat dalam kerja fardhu ain itu. Saya masih ingat kata Allahyarham Hj Khairul Azhar bekas penasihat PMRAM kepada kami dahulu : Kamu telah dicalonkan untuk tugas itu, maka persiapkanlah diri kamu, janganlah kamu dikenang di samping kegagalan.

Wednesday, October 13, 2010

Mempergerakkan Diri

Beberapa minggu ini, tahap kesihatan saya agak merosot. Jika saya seorang atlet sukan, mungkin bahasa yang digunakan ialah tidak berada dalam kecergasan. Walaupun begitu saya perlu mempergerakkan diri. Antaranya :
14.10 Mempergerakkan diri ke Kolej Komuniti Gambang, Kuantan (kursus)
15.10 (pagi) Mempergerakkan diri ke JKR Daerah Lipis.
15.10 (petang) Mempergerakkan diri ke Negeri Sembilan untuk program Pelajar.
16.10 di Negeri Sembilan
17.10 Mempergerakkan diri ke Kuantan, Ihtifal Pusat Asuhan Tunas Islam.
18.10 di Lipis
Mudahan Allah kurniakan kekuatan buat saya dan juga para sahabat sekalian. Terkenang kisah perjuangan para pejuang silam. Ada antaranya yang tidaklah sihat mana pun tetapi tahap perjuangan dan pengorbanannya amat tinggi, mengalahkan mereka yang sihat wal afiat. Semoga saya dan kita semua mendapat motivasi dan semangat dari mereka-mereka yang terdahulu daripada kita.
Di ruangan ini, mari sama-sama kita renungi sedikit cebisan ringkas kisah seorang tokoh pejuang yang telah melakar nama gemilang dalam perjuangan Islam ini, InsyaAllah..
Dato' Paduka Prof Zulkifli Muhammad yang lahir pada 22 Mac 1927 mungkin kurang dikenali oleh orang-orang muda sekarang. Dalam usia 37 tahun beliau telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalanraya di Kuantan Pahang pada 6 Mei 1964.
Zulkifli Muhammad sewaktu kecilnya telah diserang sejenis penyakit lumpuh (polio) sehingga tangan dan kakinya menjadi lemah. Apabila umurnya semakin meningkat dan sudah boleh berjalan, ternyatalah ia cacat anggota kaki dan tangannya. Walaupun kaki tangannya lemah tetapi beliau tetap mahu berjalan. Walau seribu kali beliau jatuh namun beliau tetap berusaha untuk bangun dan terus bangun. Anggota yang cacat inilah yang dibawanya dalam perjuangan dan juga dibawa bersemadi di dalam lahad.
Beliau mempunyai cita-cita yang besar. Beliau meminta kepada ayahnya untuk belajar ke mana-mana sekolah yang lebih tinggi, tetapi pada awalnya ayahnya keberatan memandangkan keadaan anggota badannya yang lemah. Bapanya beranggapan kalau Zulkifli belajar setinggi mana pun, beliau tidak akan dapat memegang jawatan tinggi kerana setiap orang yang hendak bekerja dengan kerajaan mesti melalui pemeriksaan doktor, bapanya percaya doktor tidak dapat meluluskannya dalam pemeriksaan nanti.
Setelah Zulkifli meninggal, bapanya berkata "apabila saya teringat perkataan yang saya katakan kepadanya itu saya rasa terlalu sedih dan menyesal. Saya tidak sangka anak saya itu boleh jadi pemimpin.
Beberapa jam sebelum kematiannya, Zulkifli memandu keretanya, sebuah Fiat kecil bernombor JB 9977 dari Bachok Kelantan. Berhenti seketika di bandar Kuantan, setelah itu meneruskan perjalanan dan hanya empat batu dari bandar Kuantan, tiba di atas satu jalan yang sebelah kirinya sedang diperbaiki. Ketika kereta berada di atas jalan yang sempit inilah tiba-tiba muncul dari hadapan sebuah landrover yang dipandu laju menerpa dan kemudiannya berlakulah pelanggaran yang dahsyat yang membawa kepada kematian kepada beliau dan isterinya.
Atas jasa dan pengorbanan yang besar terhadap perjuangan Islam di negara kita, maka suatu institut pengajian tinggi telah ditubuhkan dengan menggunakan nama beliau ; Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM).
Mudahan kita semua bersemangat sama seperti semangatnya Prof. Zulkifli Muhammad. Beliau pernah berkata " Biarlah apa yang akan terjadi kepada kita, biarlah kita menghadap Allah SWT dengan hati yang suci dan dengan mengatakan aku sentiasa berjuang untukMu". Kisah beliau saya petik dari buku Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad oleh Dato' Mokhtar Petah.

Alasan..

Ketika kecil di bangku sekolah.. Pelajar sering memberikan jawapan kepada gurunya.. bila tak siap kerja sekolah kata si murid kepada guru, buku tertinggal di rumah. Bila lambat datang sekolah kata murid bas lambat, basikal pancit. Bila tak datang sekolah murid berkata tak sihat, baju basah. Bila tak pakai stokin si murid berkata stokin basah.

Ketika dewasa bekerja dengan majikan.. berkata kepada majikan apabila lambat ke pejabat… trafik jem. Bila tak siap tugasan yang diberi, setelah ditanya oleh majikan tala kan pula kepada staf yang lebih bawah atau unit-unit lain. Apabila dalam mesyuarat ketika dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu perkara atau program maka ada helahnya untuk melepaskan diri. Dikatanya ada urusan keluarga yang penting untuk diselesaikan.

Begitulah tabiat manusia, sering membuat alasan. Alasan yang direka untuk melepaskan diri. Kenapa manusia sering membuat alasan? Agaknya untuk menjaga maruah diri supaya manusia lain tak nampak kesalahan, kemalasan dan kelemahan kita.

Dalam realiti dunia kini, kita maklum bahawa tugas untuk menegakkan Islam terletak atas bahu semua orang Islam. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiah Turki maka tiada siapa yang terkecuali bertanggungjawab untuk memastikan Khilafah Islam akan kembali tertegak.

Maka dalam menghadapi suasana untuk menegakkan Islam ini. Masalah utama yang melanda ialah kurangnya tenaga sumber manusia yang sanggup melaksanakan tugas ini. Mungkin kalau mereka orang kampung yang buta huruf, tak pernah bersekolah alasan mereka boleh lagi kita dengar…

Akan tetapi banyak juga mereka yang terdiri dari kalangan cerdik pandai yang gemar mengeluarkan alasan menyelamatkan diri untuk tidak bersama-sama dalam menegakkan Islam. Bila cerdik otak ligat berfikir mereka-reka alasan berbanding orang sederhana yang menjadi pak turut.

Yang paling bermasalah, kelompok ustaz-ustazah yang mengaji tinggi tentang Islam, tentang kewajipan dakwah, tentang kewajipan Amar Makruf Nahi Mungkar tetapi masih mengeluarkan alasan. Pelajaran yang mereka perolehi hanya sekadar teori semata-mata disebabkan mereka ‘terpaksa’ memilih aliran pengajian Islam mungkin disebabkan tiada pilihan lain lagi.

Contohnya, sangat sukar untuk mencari pengisi-pengisi kuliah di Masjid. Bila dihubungi ada yang berkata tak layak, ilmu tak cukup lagi, bagi orang lama dulu, letih bekerja di siang hari dan bermacam-macam lagi.

Begitu juga dalam program-program Amal Islami, ada bermacam-macam alasan yang dikemukakan. Antara kata-kata biasa, saya sibuk dengan kerja, masalah keluarga, ada program lain..dsb.. Orang yang sama bila diajak ke program yang berbeza seperti futsal, sukaneka, memancing, berburu, berborak di warung kopi boleh sahaja tidak menguzurkan diri bahkan menjadi penganjur dan tonggak pula kepada program-program seumpama itu.

Suatu kisah yang masyhur di zaman Rasulullah iaitu peristiwa orang-orang yang tidak ikut serta dalam perang tabuk. Selain orang-orang munafik, ada tiga orang Islam yang tidak ikut serta dalam peperangan Tabuk iaitu Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah. Setelah peperangan tamat dan Rasulullah pulang ke Madinah maka orang-orang munafik datang berjumpa dengan Rasulullah memeberikan alasan sebab kenapa mereka tidak ikut serta dalam peperangan. Adapun Kaab bin Malik dia menceritakan pada awalnya dia merasa hendak mencari alasan bagi mengelakkan kemarahan Rasulullah. Dia meminta pertolongan dari ahli keluarganya yang cerdik pandai untuk memberi buah fikiran yang matang untuk memberikan alasan yang paling munasabah. Tetapi akhirnya dia tidak jadi untuk memberikan alasan dan dia yakin bahawa dia tidak akan terlepas dari kemarahan Rasulullah kecuali dengan bercakap benar. Kaab berkata depan Rasulullah bahawa dia tidak ada sebarang alasan, dia masih sihat dan kuat serta mempunyai kemampuan. Kemudiannya Rasulullah menyatakan benar kata kamu, bangunlah sehingga Allah menghukumkan kamu. Akhirnya dalam kisah ini Kaab berserta dua lagi sahabatnya dihukum dengan mereka dipulau dari orang ramai selama 50 hari.


Firman Allah (Al-Ahzab, ayat 36) bermaksud:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُبِينًا
"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila Allah telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulnya, maka sesungguhnyalah dia telah sesat, sesat yang nyata"

Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari gejala suka mengeluarkan alasan yang sememangnya semenjak dari kecil lagi kita telah terlatih untuk melakukannya.

Tuesday, October 12, 2010

Islam yang begitu, bukan begini

Bagi sesetengah masyarakat awam di tempat kita, takrifan pengamalan Islam mereka sangat mudah dan senang. Takrifan yang diperolehi berdasarkan pemerhatian turun temurun warisan tok nenek moyang. Hafal rukun Islam dan rukun Iman, ada yang mengikut susunan dan ada yang tunggang terbalik. (soalan rukun Iman dan rukun Islam ada ditanya dalam temuduga kerja, antaranya temuduga guru KAFA, temuduga imam,bilal dan siak masjid qaryah).

Selain itu, menganjurkan majlis kenduri doa selamat, kenduri doa arwah, majlis tahlil, marhaban dan berzanji semasa cukur jambul bayi, solat hajat dan beberapa lagi amalan lazim yang diwarisi.

Saya sangat akrab dengan kehidupan masyarakat begini. Saya lihat bila mereka telah laksanakan dan sentiasa laksanakan amalan-amalan ini, rasa macam sudah sempurna pengamalan Islam mereka.

Ada orang itu, dia bukannya selalu hadir ke masjid pun, dia masuk ke rumah baru. Lalu dia anjurkan program masuk ke rumah baru, agendanya solat hajat, baca Yaasin, tahlil dan doa selamat. Dalam senarai jemputannya selain saudara maranya, jiran tetangganya yang juga penting ialah orang masjid (saya juga bercadang untuk menulis berkaitan orang masjid, mungkin di masa-masa akan datang insyaAllah). Si isteri sentiasa mengingatkan kepada suaminya supaya jangan lupa menjemput orang masjid. Lalu si suami yang jarang-jarang ke masjid pergi ke masjid untuk mengajak orang masjid ke rumahnya.

Saya selalu dijemput ke program sebegini, semenjak saya di alam student lagi. Sekarang, biasanya saya akan memilih dan memberi syarat untuk hadir selepas solat Isya’. Alasannya jika saya berserta orang masjid pergi siapa yang akan ada di masjid untuk solat maghrib dan isya’.

Kadang-kadang kita melihat, ada imam, bilal dan ahli jemaah yang bila dapat jemputan sebegini melonjak sangat kegirangannya. Ialah, bukan selalu orang nak hargai khidmat si Imam ini. Bila orang jemput dia pulak yang lebih-lebih, sampai bagi cadangan kepada si penjemput supaya elok kita buat lepas maghrib, cepat sikit habisnya. Bila situasi ini berlaku, biasa di kampung-kampung tradisional, maka siapa agaknya yang akan berada di masjid untuk waktu maghrib dan isya’ itu. Mungkin ada orang, tapi sangat sedikit dengan Imam dan bilalnya yang sudah lesap, awal-awal lagi ke rumah kenduri itu.

Kebiasaan juga, apabila program majlis solat hajat, kenduri arwah, doa selamat ini sedang berlangsung... si tuan rumah dan ahli keluarganya sibuk menguruskan hal-hal yang lain, sibuk mengalukan tetamu, sibuk menguruskan urusan lauk pauk sampaikan mereka tak membaca yasin dan solat hajat. Tetamu sahaja yang tolong mendoakan dan membacakan yasin, mereka mengaminkan pun ada yang tak sempat. Tetapi bagi mereka, mereka merasa puas kerana dapat mengadakan bagi takrifan mereka upacara agama ini.

Biasa juga, apabila program-program ini berlangsung, selain orang masjid yang dipanggil, ada juga golongan yang sangat suka ke program sebegini, seperti jiran tetangga di kalangan kaum wanita. Dalam bahasa orang masjidnya kita gelarkan kaum muslimat. Mereka juga suka hadir tetapi lazimnya tidak ikut serta dalam agenda program itu, tidak solat hajat, tidak berapa nak baca yaasin, tetapi mereka akan rancak berborak. Saya pernah menjadi imam solat hajat di sebuah rumah, yang mana time solat itu, kedengaran sangat riuh bunyi dari dapor, suara orang perempuan berbual-bual, bergelak ketawa. Sudah pasti solat saya tidak focus, rasa mahu sound sahaja mereka. Bila mereka akan diam. Biasanya time berdoa, baru masing-masing akan diam, tunduk penuh khusyuk menadah tangan mengaminkan doa.

Memang orang kita, agak khusyuk bila berdoa ini. Pernah saya melihat ada pelakon perempuan yang pakai skirt atas dari paras lutut, dalam pelancaran suatu filem , bersama krew yang lain tunduk khusyuk mengaminkan doa, terlupa agaknya yang dia sedang pakai skirt pendek.

Kadang-kadang ada juga upacara agama ini yang agak pelik, tetapi sifunya adalah tok lebai, tok imam, ustaz yang menjadi kepala untuk upacara ini. Antaranya ialah.. biasanya bila bayi baru lahir, orang kita akan buat upacara yang dipanggil belah mulut. Program ini ok, mengikut amalan Sunnah Rasul yang menyuruh kita melaksanakan tahnik kepada bayi yang baru lahir. Tahnik merupakan perbuatan menyapu manisan seperti kurma, madu dan susu. Tetapi yang canggihnya dalam masyarakat kita, bukan hanya manisan sahaja, ada bermacam lagi perasa lain. Ada garam, cengkih..macam-macam la perasa manis, masin, pahit. Maka tok imam pun taruhlah perasa-perasa ini ke mulut bayi..

Ada juga masyarakat kita yang buat upacara menjejakkan kaki bayi ke tanah, sebagai simbolik bayi dah nak boleh berjalan. Upacara dimulakan dengan tahlil dan doa selamat. Selepas itu tok imam, tok lebai akan mendirikan bayi di atas talam yang telah dipenuhkan tanah di dalam talam tersebut. Bayi itu pun pelik, kenapa agaknya dia diperlakukan begitu.. tapi semua orang puas..tok imam puas, tok bilal puas, tetamu puas, kaum keluarga lagilah puasnya.. Puas dapat melaksanakan suatu amalan agama yang bagi mereka sangat mulia.

Beginilah masyarakat kita. Bagi mereka Islam ini, adalah begitu… cukup dengan doa selamat, tahlil, baca yasin..begitulah…Maka tugas bagi kita yang faham akan Islam ini mesti memahamkan mereka.. Fahamkan kepada mereka Islam adalah begini bukan begitu.




Monday, October 11, 2010

Masjid yang Muram

Saya begitu teruja apabila bertandang ke masjid-masjid di bandar besar khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Jeles pun ada. Sangat jauh pencapaiannya jika ingin dibandingkan dengan masjid-masjid di negeri Pahang ini. Fizikal masjid yang begitu selesa dilengkapi dengan penghawa dingin, LCD, PA system yang berkualiti, hiasan dalaman yang cantik dan kemas. Aktiviti masjidnya pula agak padat dengan pengisian-pengisian ilmu yang disampaikan oleh tokoh-tokoh ulama yang pendengarnya akan memenuhi ruangan masjid. Bagi struktur pentadbirannya pula, mempunyai AJK yang berwibawa untuk menggerakkan masjid. Masjid mempunyai dana kewangan yang kukuh untuk membiayai segala-galanya.. aircond, bayaran penceramah, kos program-program dan sebagainya.

Memang sudah menjadi trend sekarang, orang di bandar-bandar lebih dekat jiwanya dengan agama, mungkin disebabkan dengan taraf pendidikan penduduknya berbanding dengan orang di kampung-kampung.

Kalau Masjid-masjid di negeri Pahang, dhaif sangat rasanya jika ingin dibandingkan. Masjid-masjid yang sama reka bentuk antara sama satu lain. Contohnya bagi masjid daerah, Masjid Daerah Temerloh, Mentakab, Masjid Daerah lama Jerantut, Lipis, Masjid ketari Bentong, Masjid Daerah Rompin, Masjid Jalan Gambang Kuantan, Masjid Daerah Pekan mempunyai bentuk yang sama sahaja. Kubah yang sama, design yang sama.

Bagi Masjid Daerah Cameron dan Masjid Tengku Abu Bakar Raub mempunyai design yang sama. Jengka, Chenor dan masjid Hidayah berkongsi design juga.

Untuk beberapa daerah yang sudah mempunyai masjid daerah yang baru seperti di Raub, Jerantut dan Bentong berkongsi design yang sama juga.

Berkongsi pelan juga berlaku bagi masjid-masjid kampong. Kecuali jika masjid kampong itu didirikan oleh orang ramai, jika melalui peruntukan kerajaan jawabnya sama sahaja bentuk designnya.

Mungkin memudahkan untuk pelancong-pelancong yang meminati masjid, tak perlu melawat ke banyak masjid, cukup beberapa buah sahaja untuk koleksi gambar kerana antara satu masjid dengan masjid yang lain sama sahaja bentuknya..Mungkin…memang sudah menjadi tabiat Pahang suka bentuk masjid yang sama.

Beberapa pemerhatian yang rasanya jawapan kepada muramnya institusi masjid di negeri Pahang antaranya :

1. Masjid mempunyai AJK yang tidak selayaknya untuk mentadbir Masjid. Perlantikan AJK yang ditabiri oleh parti politik dan jawatan dalam kerajaan seperti ketua-ketua jabatan menyebabkan timbul pelbagai masalah, AJK tak hadir ke Masjid, AJK hanya mahu nama sahaja, hanya mahukan jawatan sahaja, sebagai markah bonus untuk diisi dalam borang SKT. Maka terhasillah kebanyakan AJK masjid di Pahang yang nama AJKnya ada YH Dato’ ada yang di hujung nama asal terselit huruf PJK,PPN, AMP,JP,SMP dan sebagainya.

2. Dana kewangan masjid yang tidak kukuh. Ada duit macam-macam perkara yang boleh dilaksanakan. Dengan AJK yang tidak cakna bagaimana masjid mampu untuk menjana kewangannya. Hanya bergantung kepada tabung derma orang ramai khususnya hari jumaat yang jumlahnya pun tak lah sebanyak mana.

3. AJK terutama bendahari yang tidak faham untuk menguruskan tabung derma orang ramai. Ada masjid yang duit derma sampai RM 100 000. Tapi tersimpan dalam bank, susah sangat nak keluar. Mereka bangga dengan jumlah yang banyak sahaja.

4. Hilang kepercayaan orang ramai untuk memberi derma. Mereka kata, baik mereka derma ke tempat lain, bagi derma ke masjid, duit derma hanya disimpan dalam bank, sampai beranak pinak dividen dalam bank, seolah jariah mereka tersekat dalam bank.. AJK yang menyekatnya.

5. Bagi Masjid Daerah yang merupakan Masjid Kerajaan yang mempunyai staf kerajaan yang ditempatkan di situ, tidak mempunyai peruntukan tahunan kerajaan. Berbeza dengan bangunan kerajaan yang lain, ada peruntukan tahunan dari kerajaan. Bila masjid tidak ada. Duit diberi secara langsam kepada Jabatan Agama untuk uruskan. Pandai-pandailah Jabatan Agama nak urus, masjid lagi, sekolah lagi, program-program agama lagi… sudahnya adalah masjid yang dah nak roboh tak dapat peruntukan untuk membaikinya. Contoh masjid Lipis yang mengalami kebocoran yang serius, Sudah beberapa kali hantar surat ke jabatan..tak ada apa pun lagi tindakan, jawapan diberi Jabatan tak ada duit sekarang.

6. Yang paling penting, Tahap ilmu orang-orang di sini tidak sama dengan orang-orang di Bandar besar. Dengan ilmulah yang dapat merubah segalanya. Dengan ilmu manusia akan dekat kepada agamanya.

Friday, October 08, 2010

HALAQAH ILMU

Siri Halaqah Ilmu
Oleh : Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri
(Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)
Tarikh : 20 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 am-12.00 pm
Tempat : Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
-Sambungan Syarah Kitab Hikam
-Fiqh Manhaji
-Soal Jawab

Wednesday, September 29, 2010

Dari Lipis ke Jerantut

Gambaran biasa bagi mereka yang sering berulang dari Kuala Lipis ke Jerantut. Banyak kenderaan berat yang membawa hasil dari daerah Lipis untuk diproses. Hasil-hasil ini sudah tentu kepunyaan orang-orang yang kaya. Tapi sedihnya, walaupun hasil dari daerah Lipis banyak seperti balak, bijih dan emas tapi daerah ini tak juga maju.
Berbangga dengan sejarahnya sahaja, Ibu negeri pertama sebelum Kuantan, YAB Perdana Menteri sekarang lahir di sini, Sultan Pahang bersekolah di sini, Allahyarham Tun Ghazali Syafie yang dimakamkan di makam pahlawan juga orang sini, Orang Besar Berempat juga ada diam di sini, Exco Kerajaan Negeri juga ada orang sini, Siti Nurhaliza juga kampungnya di sini...
Tapinya..
Jalan rayanya sangat merbahaya, berbukit-bukit, banyak selekoh maut..
Line telefonnya tak lah clear mana pun.. 3-4 km dari bandar Lipis line Celcom masih tak dapat lagi, depan MRSM Tun Ghazali lagi.
Kalau naik kereta, siaran radio tak dapat, Radio Pahang FM pun tak dapat. Sampailah dekat-dekat dengan bandar baru dapat..
Penduduk di sini ramai yang terpaksa melanggan astro, nak tengok Tv 1,2,3 je...Kalau tak ada astro..TV jadi perhiasan rumah sahaja lah..
Walaupun..banyak orang-orang hebat dari sini...
Suatu petang di perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut..

Bertemu dengan lori 1



Bertemu dengan lori 2




lori 2 memandu dengan sopan, naik bukit tinggi sambil makan jalan orang.



jalan yang kecil, cukup-cukup sebuah lori.


lori 2 turun bukit, drivernya pandu laju dan makan jalan orang.





Bertemu lori 3


lori besar naik bukit tinggi dalam jalan kampung








lori 3 turun bukit, tayarnya atas doubleline



lori 3 turun bukit dengan laju, lori laju, di tengah-tengah jalan, makan jalan orang, dan di belakangnya berjujut kereta mengekori..
Bertemu lori 4


lori 4, rosak di pertengahan bukit...cukup bahaya untuk pengguna lain..


Bertemu lori 5




Sampai juga ke Jerantut, kalau waktu malam lagi banyak lorinya....ramai dah yang mati sebab berlanggar dengan lori-lori ini....




Saturday, September 25, 2010

Jaulah Raya ke Nilai

Alhamdulillah, sempena syawal ini, Kami berkesempatan berziarah hari raya ke rumah al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri. Bagi pendengar radio Ikim.FM, boleh mendengar bicara Dr. Zulkifli pada setiap hari jumaat jam 5.00-6.00 petang.


Di hadapan rumah Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri
Maktabah Dr.Zulkifli. Beliau menghadiahi kami beberapa buah buku. kita kena kembali kepada budaya membaca. Negara kita dilaporkan rakyatnya kurang minat untuk membaca. Daripada prof, Pensyarah,Pelajar, orang buta huruf, suri rumah dan semua jenis manusia yang ada, purata keseluruhan rakyat kita membaca lebih kurang 3 muka surat sahaja dalam setahun. Kembalilah kita kepada budaya membaca. Membaca itu merupakan jambatan, wasilah kepada ilmu.
Sedutan tulisan blog Ustaz Nik Abduh mengenai perwatakan ayahandanya TG. Dato' Nik Abdul Aziz : Pun begitu, ayahanda kekal sebagai ulat buku. Saya tidak tahu jika ada sehebat ayahanda yang telah mencecah umur 80an yang begitu ketagih membaca. Mungkin ada, tapi saya tidak tahu. Hari ini, jika saya khatam satu buku, mungkin ayahanda telah habiskan 5 buah buku. Sungguh menakjubkan.

Dalam pejabat dan maktabah Dr. Zulkifli di rumahnya.


Menjamu selera di Restoran Saba' di Cyber Jaya. Bukan nak puji tapi lebih sedap dari Ar Rawsha.

Thursday, September 23, 2010

Selamat Jalan...


Hari ini (23hb September 2010), Rombongan pelajar baru dari negeri Pahang yang akan melanjutkan pengajian di Negara Mesir akan bertolak pergi. Ada yang di bawah tajaan Yayasan Pahang dan ada yang persendirian (tajaan FAMA, Father & Mother).

Walaupun, mutakhir ini jumlah pelajar yang ke Timur Tengah ini semakin kurang berbanding dahulu, mungkin berpunca dari banyak sebab.. tekanan dari pihak-pihak tertentu dan sebagainya namun syabas dan tahniah diucapkan buat mereka yang pergi.

Doanya perjalanan diberkati, selamat pergi dan selamat pulang nanti dengan kejayaan. Kejayaan yang membawa kepada keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Ingatlah : Kamu telah dicalonkan untuk tugas itu, maka persiapkanlah diri kamu. Janganlah kamu dikenang di samping kegagalan.

Seeru 'ala barkatillah dan selamat jalan..

Akhi Latif (kiri sekali) Pengarah KONPIP 2010 antara yang akan menyambung pengajian di Mesir. Gambar kenangan di Pekan Pahang, ketika berurusan dengan JAIP untuk menjayakan program KONPIP 2010.

Wednesday, September 22, 2010

Cerita di Bulan Ramadhan

Kadang-kadang saya menerima jemputan daripada Pejabat-pejabat Kerajaan di daerah Lipis. Pada bulan Ramadhan yang lalu, saya pula yang menjadi tuan rumah kepada pejabat-pejabat tersebut. Kebiasaannya dalam bulan Ramadhan, Pejabat-pejabat Kerajaan akan mengambil giliran masing-masing untuk jamuan berbuka puasa di Masjid. Jadinya jumlah kehadiran orang yang berbuka puasa di Masjid berubah-berubah setiap hari bergantung kepada ramai sikitnya staf pejabat-pejabat tersebut. Kalau stafnya ramai maka ramailah orang yang berbuka puasa hari tersebut. Pada hari yang bukan pejabat mereka taja, tak lah mereka hadir berbuka di masjid. Ada tu pula yang hadir berbuka puasa sahaja, bila time solat maghrib depa dah balik, mungkin arahan yang mereka dapat suruh hadir berbuka puasa sahaja, agenda yang lain selain dari berbuka tak payah dah mereka nak bagi komitmen. Tetapi ada juga yang komitmen hadir berbuka hampir setiap hari di masjid, biasanya orang-orang bujang. Cumanya lepas dan sebelum bulan Ramadhan tak nampak pula kelibat mereka di masjid. Memang nampak macam matlamatnya untuk bajet save sahaja, Sedangkan banyak lagi matlamat yang sebenarnya yang menyebabkan hampir keseluruhan masjid di Malaysia ini menganjurkan jamuan berbuka puasa.
Di suatu hari di bulan Ramadhan, saya telah menerima jemputan berbuka dari sebuah Jabatan. Malam nanti programnya, tengahari itu baru saya dijemput dengan panggilan telefon, dengan jemputan untuk membaca doa pembukaan majlis, doa berbuka puasa dan imam solat maghrib. Nampak sangat agenda tersebut diselitkan last minit sahaja, kalau tak sudah tentunya saya mendapat jemputan lagi awal berserta dengan surat rasmi.
Saya antara yang terawal sampai ke program tersebut, ialah tukang baca doa di awal majlis mestilah kena awal. Majlis untuk menyampaikan bantuan hari raya untuk orang-orang miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal yang turut dihadiri oleh orang besar dari Ibu Kota. Hadirin hadiratnya ramai juga dalam 300 orang lebih yang akan menerima bantuan nanti.
Saya lihat penerima-penerima bantuan ini, kalau yang anak-anak yatim berpakaian songkok dan baju melayu, kebanyakannya berbaju asrama. Bagi ibu-ibu tunggal nampaknya berpakaian cantik, kebaya yang jarang dipakai, hanya untuk majlis-majlis sebegini sahaja mungkin.
Lazimnya orang-orang besar ini tidak pandai menyebut nama saya dengan betul, mujur saya bukan sultan kalau tak..murka dah.. sebab nama Sultan lagi payah nak sebut. Berbelit imam-imam kampung menyebutnya ketika dalam khutbah kedua hari jumaat.
Setelah selesai bacaan doa majlis, selesai ucapan perasmian, selesai pemberian bantuan, menunggu waktu maghrib, masuk waktu maghrib, baca doa berbuka dan berbuka. Acara yang paling diminati ramai.
Setelah selesai berbuka, ada suatu lagi agenda yang perlu saya laksanakan iaitu menjadi imam solat maghrib. Maka saya menunggu di ruang yang telah diacarakan untuk dilaksanakan solat di situ. Kata pengerusi majlis kepada saya, Orang besar dari ibukota yang minta supaya majlis ini diadakan sekali solat berjemaah maghrib. Maka saya berdiri menunggu di ruangan itu. Seorang staf dari jabatan itu berkata, kita kena tunggu orang besar itu, lambat dia makan dan kemudiannya beramah mesra dengan orang ramai, ialah sudah dekat dengan PRU.
Tunggu punya tunggu rupanya si orang besar itu balik terus, waktu semakin lewat. Maka saya memulakan solat maghrib berjemaah bersama-sama dengan mereka yang sudi bersolat berjemaah di situ.
Tau berapa ramai yang solat maghrib?
Tak sampai 20 orang lelaki dan perempuan, Ketua Jabatan tersebut entah kemana, pengerusi majlis itu entah kemana. Bayangkan dari 300 lebih.. tak sampai 20 orang yang sembahyangnya. Dengan waktu yang terbatas saya tidak tahu kalau mereka sempat bersolat di rumah, yang kebanyakannya datang dari kampung-kampung yang kalau nak berjalan kaki ke tempat majlis itu rasanya lebih rela tak datang terima bantuan dari jalan kaki.
Kalau orang-orang besar tak hadir..biasalah..dia orang besar.. inikan pula yang lain..penerima bantuan..hidup di dunia dah tak seberapa..yang akhirat pun tak nak kejar...
Itulah dunia sekarang...
Nampak jelas sangat acara agama ini hanya diselitkan sahaja..Selesai berdoa selepas solat, saya pun pulang tanpa bersalaman dengan orang yang menjemput saya...
Makanya dikalangan 'jemputan khas' , saya adalah yang terakhir balik..datang awal untuk membaca doa di awal dan pulang lewat selesai membaca doa penutup selepas solat.
Wasalam..

Tuesday, September 21, 2010

Solat & Pembesar Suara

Kadang-kadang tengah kita solat di Masjid atau surau, sistem pembesar suaranya buat hal. Kalau tak berbunyi tahan lagi lah, kalau bunyi bingit berdesing masalah besar juga. Bagi masjid dan surau yang besar, Pembesar suara ini sangat penting, sampaikan boleh mempengaruhi kekhusyukan solat seseorang.
Contohnya : Kalau mikrofon rosak, tidak berbunyi, imam rasa tak senang, makmum juga tak dengar, dah bangun rukuk ke belum, dah bangun dari sujud ke?
Kalau pembesar suara jadi sound trouble pun masalah juga. kita boleh istilahkan bising, bergema, bergaung, bingit.. sakit telinga kita, kalau dah rakaat terakhir tahan lagi, ini baru rakaat pertama untuk solat yang empat rakaat..masalah besar.. Imam dapat masalah, makmum pun masalah..tumpuan dalam solat confirm dah lari, tak khusyuk lagi...
Kenapa biasa masalah sistem pembesar suara ini berlaku dekat masjid dan surau sahaja? dekat dewan-dewan, dekat persembahan konsert tak pula berlaku.. Antara sebabnya..yang dekat masjid dan surau harganya murah.. beratus ringgit sahaja, kalau ribu pun tak banyak ribunya. Yang untuk konsert tu sampai ratusan ribu ringgit...al maklumlah untuk agama ini...dananya tak banyak..pihak berkuasa pun tak berapa nak bagi dana..kena mohon beria, hantar kertas kerja, mohon sana sini, kutip derma..barulah dapat..
Berbalik kepada masalah tengah kita solat, pembesar suara bermasalah..bingit, berdesing dan seumpamanya...apa yang perlu kita buat.
Ada imam itu, buat tak tahu sahaja, khusuk konon, nanti kalau gerak lebih tiga kali batal pula katanya..
Jadi apa agaknya yang perlu kita buat??
Perbuatan menutup pembesar suara ketika tengah solat itu tidak membatalkan solat. Imam yang menutup pembesar suara itu dikira telah melakukan kebaikan, kerana kalau tidak ditutup akan terus mengganggu tumpuan jemaah lain yang sedang bersolat.
Wallahua'lam..

Saturday, September 18, 2010

Kad Raya

Bila hari raya sahaja, suatu amalan yang biasa masyarakat kita amalkan ialah menghantar kad ucapan selamat hari raya atau lebih dikenali dengan kad raya.
kedai-kedai mula menjual kad raya sebelum bulan Ramadhan lagi, dan biasanya ruangan tempat jualan kad raya tersebut akan penuh sesak. Ada orang dewasa, ada kanak-kanak, masing-masing memilih jenis kad raya yang mereka minati.
Pejabat pos yang biasanya kurang dikunjungi orang sampaikan terpaksa melantik pekerja sambilan bagi membantu pekerja sedia ada. Nak katanya banyak sangat kiriman kad raya yang perlu diuruskan dalam tempoh masa yang terbatas.
Walaupun kecanggihan teknologi ketika ini membawa kepada pengenalan pelbagai alternatif untuk mengutuskan ucapan salam Aidilfitri, namun kaedah tradisi dengan cara mengirim kad-kad ucapan tetap tidak diketepikan terus oleh orang ramai.
Namun, dari segi rating nyata penghantaran kad raya kini kalah dengan alternatif yang lain. Ramai orang lebih berminat untuk menghantar kiriman sms yang lebih murah, mudah dan pantas. Ada juga yang menghantar kad raya Cyber Greeting Cards yang lebih cepat, mudah dan percuma.
Untuk tahun ini, jumlah kad raya yang saya terima sangat sedikit. Sebenarnya dari dulu lagi tak pernah banyak pun. Cumanya untuk tahun ini hampir tiada. Walaupun sangat sedikit, tetapi ada suatu kiriman kad raya yang boleh lah juga kalau nak dibanggakan. PM bagi kad raya pada saya. Walaupun hanya staf PM yang kirimkan, kira ok lah juga.. dapat kad raya dari PM :)..











Friday, September 17, 2010

Lepas Solat Raya je...kena bertahlil

Malam Raya : Ada orang yang berkata kepada saya ; " esok lepas solat raya kita buat majlis tahlil macam dulu-dulu biasa masjid kita buat"..
Pagi raya : Kata orang : "jangan lupa buat pengumuman majlis tahlil lepas solat raya"
Lepas solat raya tahun lepas : Kata orang :" tak buat tahlil ! biasa kita buat tahlil lepas solat raya " gomelnya sambil bersalam-salaman.
Lepas khutbah raya tahun ini : sama seperti tahun lepas, jemaah beredar dari masjid tanpa majlis tahlil. Kenapa kami tak nak buat majlis tahlil lepas solat hari raya.
Selepas solat raya, ketika bersalaman dengan ahli jemaah, ada saya menanya kepada beberapa orang : "nak beraya ke mana lepas ni" jawabnya : "nak ke kubur dulu"
Pernah suatu masa dahulu, ketika kami datang beraya, tuan rumah tidak ada, anak-anaknya sahaja yang ada, kata si anak mak tak ada, pergi kubur.
Begitulah sedikit gambaran tentang suasana hari raya masyarakat kita. Dua perkara yang menjadi antara kemestian yang perlu dilaksanakan pada hari raya ialah tahlil lepas solat hari raya dan ziarah kubur pada hari raya.
Secara mudahnya, hari raya ialah hari untuk kita bergembira bukannya hari kesedihan. Sedangkan dua agenda (tahlil dan ziarah kubur) merupakan amalan yang melambangkan kesedihan. Tak perlu hari kegembiraan kita selitkan dengan kesedihan. Agenda ini boleh sahaja kita lakukan di hari-hari yang lain.
Masalahnya lagi ialah, yang menjadi tekong untuk agenda ini ialah imam-imam, ustaz-ustaz. Masyarakat berkata: "ustaz tu pun buat, imam tu yang jadi leadernya, kita-kita ini ikut sahajalah.
Kenapa boleh jadi begitu. Antara punca utamanya ialah, masyarakat kita masih terbelengu dengan kejahilan. Mereka anggap amalan yang dilakukan itulah yang paling tepat dengan kehendak Islam tetapi hakikat sebenarnya tidak..
Maka perlunya kita kembali kepada budaya ilmu pengetahuan, dengan ilmu sahaja dapat membentuk diri kita menjadi orang yang faham kepada kehendak agama yang sebenar-benarnya..
Beberapa dalil yang boleh menjadi rujukan kita :
Dalil Hari Raya untuk kita bergembira :
Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.
1.Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
2. Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.
Dalil berkaitan kenduri arwah dan ziarah kubur :
1. “Dari Jarir bin Abdullah al-Bajali ia berkata: Kami (para sahabat) menganggap berkumpul-kumpul di tempat mayat dan menyiapkan makanan sesudah kematian (lepas dikebumikan) adalah termasuk dalam hal meratapi Si Mati.” (Dikeluarkan oleh Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716)
2. Larangan menyambut Hari Raya di kuburan termasuklah di kubur para nabi, wali atau mana-mana kubur, kerana tidak ada Hari Raya kubur (عيد القبر). Nabi sallallahu ‘alahi wa-sallam bersabda:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ : لاَ تَتَّخِذُوا قَبْرِيْ عِيْدًا
“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”. (Hadis Sahih H/R Ahmad 2/367 dan Abu Daud 2042)
Wallaua'lam

Thursday, September 16, 2010

Masjid Selepas Ramadhan

Suasana di Masjid-masjid dilaporkan semakin tenang. Aliran trafik di pintu pagar masjid juga kosong, tidak ada masalah jika laluan masuk, ada kereta atau pun trealer nak keluar atau pun pada laluan keluar ada kereta yang masuk.
Ruang parking juga kosong, jika pada bulan lalu, sampaikan terpaksa buat pengumuman.. nombor plat bla..bla..bla sila alihkan kenderaan, ada kereta yang hendak keluar.
Kenapanya boleh jadi begitu?
Rupanya bulan Ramadhan dah sampai penghujung. Masyarakat kita ini ramainya yang hadir ke masjid dalam bulan Ramadhan sahaja .Pun begitu saya punya harapan adanya insan terpilih yang disebabkan madrasah Ramadhan yang lalu menatijahkan hasilnya insan tersebut terus kekal menjadi ahli masjid dan saya telah nampak adanya di Masjid kami, walaupun tidak ramai tetapi kita mendoakan supaya mereka terus istiqamah menghadiri ke Masjid insyaAllah.

Agaknya... Bagi sebuah Kampung yang namanya Kampung Masjid, tidak ada masalah bagi penduduknya untuk mengimarahkan masjid mereka. di rumah, di kedai pun mereka sudah boleh beriktikaf sebabnya seluruh kampung mereka adalah masjid. Mungkin kita boleh buat soalan teka teki, Dimanakah Masjid yang paling besar di negeri Pahang / Malaysia?
Sebab itu Masjid Kampung Masjid ini saiznya kecil sahaja, malap, tak ramai orang. Sebabnya orang sini tak perlu lagi hadir ke masjid, alasannya kampung mereka sudah masjid.



Masjid Baru Pekan







Bersama dengan Imam Besar, Bilal dan Tok Empat



Bilik VVIP

PA Sistem












Thursday, September 09, 2010

Waktu Kritikal di Masjid

Waktu yang sangat kritikal. Biasa berlaku pada Maghrib Ramadhan terakhir. Hinggakan mungkin ada surau atau masjid yang tidak berazan dan tidak dilaksanakan solat berjemaah pada waktu tersebut.
Untuk Ramadhan kali ini, di Masjid tempat saya pun begitu juga, hanya dua orang sahaja makmum solat maghrib untuk sebuah masjid daerah. Ke mana yang lainnya? nak kata balik kampung semuanya tidak munasabah, kerana ramai penduduk yang sudah berumur, tidak lagi balik kampung tetapi menunggu anak pinak yang balik ke rumah mereka.
Orang biasanya memulakan Ramadhannya dengan berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah, berlumba-lumba ke Masjid, bertadarus, bersedekah, tetapi terlupa pada penghujung Ramadhan. Ruginya kalau kita tutup Ramadhan kita dengan penutup yang tidak berapa molek. Kalau kita bekerja, kita akan menunggu pada hari terakhir kita bekerja, kerana majikan akan membayar ganjaran pada hari terakhir kita bekerja.. nah!, kalau bulan Ramadhan kenapa kita tidak tunggu sampai hari terakhir, mungkin Allah akan membayar pada hari terakhir?
Pada hari terakhir, ramai juga orang yang datang ke Masjid kami, selepas petang bertali arus, kemudian waktu maghrib sepi, sambung berduyun-duyun selepas isya' pula.. kesnya nak bayar zakat. Ada yang beberapa minit lagi nak masuk asar..lepas sahaja bayar zakat terus cabut, tak menyempat nak bersolat dahulu...
Begitulah manusia akhir zaman ini..jahilnya banyak dari alimnya..
Mudahan kita semua diselamatkan dari gejala jahiliyyah moden ini..

Berbuka Puasa

Bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Bagi orang yang beriman terasa sayu meninggalkan bulan ini. Berbeza dengan orang yang kurang imannya, sangat gembira malah tidak sabar-sabar untuk meninggalkan bulan Ramadhan ini.


Kita telah maklumi banyak kelebihan-kelebihan dan ganjaran dalam bulan Ramadhan ini. Antaranya :
Rasulullah bersabda : Allah berkata : Setiap amalan anak Adam adalah baginya melainkan puasa dan Aku yang akan membalasnya. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan berjumpa dengan Tuhannya. Dan perubahan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding haruman kasturi. (HR. Muslim)


"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya" (HR. Ahmad dan At Tirmidzi)



"Sungguh di Syurga terdapat ruang-ruang yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Maka berdirilah kepada Baginda seorang arab badwi seraya berkata : untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai Rasulullah ? jawab Baginda : untuk siapa sahaja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur". (HR. At-Tirmidzi)

Imam Az Zuhri berkata :Sesungguhnya Ramadhan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.
Di Penghujung Ramadhan ini suka untuk saya menulis sedikit berkaitan berbuka puasa dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Bagi orang yang berpuasa, saat yang paling ditunggu sudah semestinya ketika berbuka puasa. Dari orang yang paling tua sampailah kepada budak-budak semuanya menunggu-nunggu saat berbuka.
Bila Ramadhan menjelang, Bazar Ramadhan pun muncul. Kita baca dalam paper ada tempat itu sampai berebut-rebut orang nak mengambil bahagian berniaga dalam bazar yang fokus jualannya adalah juadah untuk berbuka puasa. Bila sanggup berebut-rebut nak ambil bahagian berniaga itu, maknanya untung berganda-ganda yang bakal diperolehi jika berniaga di bazar ramadhan.
Bazar-Bazar Ramadhan itu pula akan penuh dengan manusia yang mengunjugi lebih-lebih lagi jika ada menu top di bazar tersebut. Contohnya kalau di Jerantut terkenal dengan sejenis murtabak, memang beratur panjang di gerai murtabak tersebut. Ialah bukan hanya masyarakat sekitar bazar tersebut yang datang, orang Lipis pun datang beratur nak beli murtabak tersebut. Pernah suatu hari, saya dan beberapa orang sahabat pergi berbuka di kedai makan kerana juadah berbuka di masjid tidak cukup pada hari tersebut. Di meja sebelah ada dua keluarga yang telah hampir selesai menjamu selera, mereka menyuakan kepada kami murtabak sambil berkata : murtabak Jerantut ini..
Bukan tidak boleh pergi membeli belah di bazar Ramadhan, cumanya tahulah membeli makanan ketika tengah lapar, akhirnya macam-macam juadah yang kita beli. Dikhuatiri tidak mampu kita habiskan. Akhirnya dibuang sahaja. Sangat membazir.
Bila Ramadhan juga, lazimnya masjid-masjid dan surau akan membuat majlis berbuka puasa, tidak terkecuali Masjid Daerah Lipis. Sebulan sebelum Ramadhan menjelang, pihak penganjur mula mencari penaja-penaja yang sudi menaja untuk majlis berbuka puasa nanti. Suatu amalan yang sungguh mulia dan besar ganjarannya.
Beberapa ragam berkaitan dengan berbuka di masjid ini. Ada yang tak sudi berbuka di masjid. Bila ditanya jawabnya : Kalau berbuka di masjid rasa macam orang fakir yang tak mampu menyediakan makanan sendiri. Kata yang lain : Anak-anak ramai, susah nak bawa ke masjid ini.
Kata lain lagi : selesa makan kat rumah, makan kat masjid tak boleh nak makan lama-lama.
dan banyak lagi kata-kata mereka yang tidak sudi berbuka di masjid.
Lain halnya pula bagi sesetengah orang bujang, mereka sangat suka datang berbuka di masjid, sebabnya makan free. Itu yang time berbuka sahaja datang ke Masjid, Isya' dan terawih nanti lesap dah. Waktu-waktu lain jauh la laginya. Mudahan dengan beraninya mereka menghampiri masjid ketika berbuka ini, lambat laun akan membawa kepada mereka untuk semakin kerap menghampiri Masjid, InsyaAllah.
Beberapa pendapat ahli jemaah tetap masjid : Kita buat program majlis berbuka ini dengan beberapa agenda. Antaranya membuka ruang untuk orang memberi sedekah dengan menaja menyediakan juadah berbuka puasa. Di samping itu, bila kita berbuka di masjid ini, insyaAllah solat maghrib akan dapat kita tunaikan secara berjemaah di masjid. Kalau berbuka di rumah belum tentu lagi. Tak ke pelik, waktu bukan Ramadhan kita solat maghrib berjemaah di masjid, tapi bila bulan Ramadhan kita solat di rumah pula. Sepatutnya bulan Ramadhan lah kita kena berlumba-lumba ke masjid.
Sebenarnya berbuka di masjid ini sangat seronok. Ada orang panggil Iftar Jamaie. Di Mesir Famous dengan Maidahtul Rahman. Kalau nak dibandingkan pada juadahnya sudah tentu tak lah seberapa mana, tetapi kemanisan lain yang diperolehi, dapat makan beramai-ramai bersama sahabat-sahabat..alangkah indahnya. Bagi yang belum pernah mencuba berbuka puasa di masjid cuba-cubalah tahun hadapan pula, sudah tentu anda akan mendapat pengalam baru yang sangat manis dan indah..


Peserta khatam al-Quran Masjid Sultan Mahmud, menunggu masuk waktu maghrib



Berdoa sebelum makan

Penganjur tengah prepare untuk menghidang makanan


Kenangan berbuka di Masjid Amru al-Asr, Mesir. Untuk sampai ke Masjid ini dari rumah saya, perlu menaiki dua keretapi, bawah tanah dan atas tanah. Nak masuk ke masjid untuk solat terawih pada malam 27 Ramadhan perlu sampai sebelum waktu berbuka. Kalau tak, alamatnya solat di jalan raya lah.