Wednesday, March 30, 2011
Bercakap Hanya Dengan Ayat Al-Quran
Tuesday, March 29, 2011
Ceramah :Akidah Mantap, Ummah Gemilang
Tuesday, March 22, 2011
Bila Khutbah & Solat Jumaat
Golongan Awal
Ada golongan yang akan hadir awal ke masjid. Kalau di tempat saya dalam pukul 12.00 pm mereka telah menjejaki tangga masjid. Biasanya mereka yang sudah berumur lanjut, sudah pencen dan tidak lagi bekerja. Memang sangat bagus dapat datang awal ke masjid. Daripada golongan yang awal ke masjid ini kita dapat pecahkan kepada kategori kecil yang lain lagi. Antaranya i) Mereka yang datang awal, kemudiannya menunaikan solat sunat tahhiyatul masjid, duduk beriktikaf di saf hadapan sambil mengaji al-Quran atau pun berzikir. Biasanya kategori jenis ini paling minoriti jumlahnya, kuantiti yang sangat kecil hampir-hampir tiada.
Golongan Yang ramai
Golongan yang agak ramai ialah kelompok pertengahan, dekat-dekat nak azan barulah mereka sampai. Tak boleh juga nak salahkan mereka, mungkin ada yang bercita-cita untuk hadir awal tetapi tidak kesampaian. Mungkin mereka terikat dengan komitmen lain seperti bekerja, waktu keluar pejabat lambat, jalan sesak, ambil anak dahulu di sekolah yang menyebabkan mereka tidak boleh datang awal ke masjid. Tetapi oleh sebab menjadi suatu kelaziman yang biasa, menyebabkan apabila hari jumaat cuti pun telah menjadi tabiat mereka untuk hadir lewat ke masjid. Kadang-kadang lebih lewat daripada hari mereka bekerja.
Suasana Ketika Khutbah Jumaat
Pelbagai jenis manusia yang mendengar khutbah ini. Ada kelompok yang bila waktu khutbah memanfaatkannya dengan melelapkan mata. Mungkin letih bekerja, sebab itu ada negeri-negeri yang bercuti pada hari jumaat. Memberi ruang yang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk berehat dan beribadah.
Kadang-kadang tajuk khutbah yang tidak sesuai dengan zaman dan keadaan. Tambahan pula dibacakan pula oleh khatib yang tidak membuat persediaan rapi. Bagi negeri Pahang, teks khutbah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebulan sekali. Tajuk khutbah biasanya telah ditetapkan tarikh untuk sesuatu tajuk. Kadang-kadang tajuk tersebut tiada kaitan dengan isu semasa yang sedang hangat berlaku. Ataupun tidak releven dengan tempat tersebut. Contohnya ada khutbah yang bertajuk jagalah binatang ternakan dan jangan bagi berkeliaran di jalan dan di tempat awam. Tajuk tersebut sangat sesuai dibacakan di kampung-kampung, tetapi di bandar-bandar besar seperti tiada faedahnya. Mungkin perlu ada pilihan untuk kategori bandar atau kampung.
Peranan yang tebesar juga perlu dimainkan oleh khatib yang menyampaikan khutbah. Bukan nak memperlekehkan tetapi itulah yang berlaku, ramai khatib dan imam yang sudah terlalu uzur untuk jawatan tersebut. Ada yang nak berdiri pun sudah terketar-ketar, percakapan yang sudah tidak berbutir, baca khutbah lambat merangkak-rangkak mengeja huruf-huruf jawi yang kadangkala disertakan dengan bahasa-bahasa moden.
Antara masalah khatib jumaat ialah :
i) Khatib tidak lancar menyampaikan khutbah. Bukannya apa, tidak ada persediaan dan ulang kaji. Naik mimbar masa tu lah baru tengok teks.. Teks pula dalam tulisan jawi itu yang keluar macam-macam.. contohnya perkataan etika jadi itik, bumi jadi bom.
ii) Khatib tidak mahir membaca al-Quran. Itu yang salah tajwid, baris, salah sebutan ketika membaca ayat al-Quran, sedangkan membaca ayat al-Quran juga termasuk dalam rukun khutbah. Saya pernah menemuduga calon imam masjid qaryah yang tidak tahu membaca al-Quran, Dia hanya boleh membaca al-Quran secara hafazan beberapa surah-surah lazim yang pendek. Bila suruh baca al-Quran tak boleh..tapi dia kata Tuan Qadi yang suruh dia datang temuduga.
iii) Khatib tidak boleh membaca jawi. Teks khutbah ditulis dalam bahasa jawi. Ada juga yang tidak boleh membacanya.. dia akan suruh orang lain salin semula dalam tulisan rumi. Ayat al-Quran pun dirumikan..macamana agaknya nak kenal rupa panjang pendek, dengung bila ayat al quran yang dirumikan.
Pemilihan Imam dan Khatib
Berkaitan pemilihan imam dan khatib ada beberapa isu. Antaranya : i) Ada imam dan khatib yang walaupun sudah uzur tetapi seperti tidak mahu melepaskan jawatan. Mungkin soal elaun bulanan yang diperolehi, senang-senang dapat RM 800 sebulan. Dan yang lebih penting status di khalayak masyarakat, status imam yang disegani dan dihormati. Itu yang rasa berat nak melepaskan jawatan.
ii)Pemilihan imam di masjid-masjid qaryah perlu mendapat restu daripada Tok empat. Kadang-kadang bukan tidak ada calon lain yang lebih layak. Tetapi disebabkan berlaga angin dengan Tok Empat maka calon yang lebih layak dinafikan. Pernah dalam satu sesi temuduga pemilihan imam qaryah di daerah saya, ada calon yang kurang baik pendengarannya.. orang tua biasalah..jadi panel tanya lain dia jawab lain.. gelak dalam hati panel-panel penemuduga, macam mana nak uji tanya lain jawab lain..dan dia sentiasa menegaskan saya ini dah tak berapa dengar..tetapi dia hadir temuduga sebab Tok Empat yang rekmenkan…
iii) Orang muda yang mempunyai kebolehan untuk menjadi imam dan khatib tidak mesra dengan masjid. Biasanya di sesebuah mukim atau kampung bukannya tidak ada sekolah rendah mahupun menengah. Di sekolah-sekolah ada ustaz yang akan mengajar agama di sekolah. Maka sepatutnya ustaz-ustaz ini mengambil peranan dalam masyarakat antaranya menjadi imam di masjid. Tak tahulah kalau tak dapat restu dari Tok Empat..
iv) Memang sudah tidak ada orang yang layak. Yang ada itu kira yang paling baik di kampung tersebut. Biasa ketika sesi temuduga pemilihan imam masjid qaryah, ramai calon yang mengutarakan.. saya ini tak lah layak mana pun tetapi dah tak ada orang lain dah…
Begitulah antara ragam manusia semasa hari jumaat. Makmum dengan cara makmum, imam dan khatib dengan cara mereka. Mudahan kita dapat koreksi diri untuk menjadi lebih baik selagi Allah masih mendatangkan ruang dan peluang untuk kita.
Friday, March 18, 2011
Aku dan Al-Ikhwan al-Muslimun ; Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi



Friday, March 11, 2011
KONPIP 2011
Alhamdulillah, program Konvesyen Pelajar Islam Pahang 2011 (KONPIP 2011) telah berjaya diadakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat terutama buat Pengarah program yang bertungkus lumus, para eksekutif dan Para moderator.
Untuk lebih lanjut sila lihat :
http://permaipahang.blogspot.com/2011/03/konpip-2011-peserta-hadir-sebab-3k.html
Monday, February 28, 2011
Program Dr. Zulkifli al-Bakri
(ahli majlis fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)
Tarikh : 5.3.2011
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Tengku Abdullah (Masjid Daerah Jerantut)
Tarikh : 10.3.2011
Masa : 9.00-11.00 pagi
Tempat : Masjid Daerah Bentong
Tuesday, February 08, 2011
Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi
Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 am- 11.00am
Yuran : RM 10
Tempat : Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
Orang ramai dijemput hadir
Halaqah Ilmu
Thursday, February 03, 2011
Berita Mesir!!
Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah..Pelajar-pelajar di sini secara umumnya semua dalam keadaan stabil..Hari jumaat ni akan ada satu demo yang mungkin lebih besar..Baru ni lebih kurang 2 juta yang hadir di tahrir, itupun ada lagi yang disekat dlm perjalanan..Di kawasan sekitar Shoubra ni ada juga demo, agak berdekatan dengan kediaman pelajar-pelajar kita..nak keluar rumah waktu malam memang dilarang sama sekali..Nak keluar rumah pun 'asyan g masjid jee... penjenayah berkeliaran di kawasan sekitar..Balai polis dibakar dan penjenayah dibebaskan..So, rakyat jadi semakin takut....Banyak kes-kes jenayah di sini..orang-orang arab akan buat hirosah (kawalan) di setiap malam..Banyak premis2 kerajaan dibakar dan dipecahkan..Bank-bank, mesin ATM, KFC pun dipecahkan...Kerja siapa semua ni?? wallahu a'lam..ada yang kata polis buat..ada yg kata memang geng2 kaki rompak..
Ada yang buat roadblock..orang biasa je pun, bukan polis..polis ramai dah takut nak keluar..huhu ..tadi baru balik dari Asyir..Terpaksa melalui lebihkurang 15 roadblock..di beberapa roadblock dikawal oleh kereta kebal..Subhanallah..Begitu sekali keadaan Mesir sekarang ni..Apapun, kita tengok perkembangan selepas hari jumaat nanti...Kalau makin teruk, emm tak tau nak kata..Hasbunallahuwa ni'mal wakil...
Terkini..Pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah secara berperingkat2 melalui kapal laut TLDM dan Kapal Terbang. Menetap di sana dalam tempoh lebihkurang 1 bulan..Sampai Mesir kembali stabil...Nak balik Malaysia? Guna duit sendiri..
Universiti Al-Azhar stakat ni masih berfungsi seperti biasa dan pelajar-pelajar akan mngaji macam biasa...
Rasanya semua tahu berita ni..emm..banyak cerita nak kongsi di sini sebenarnya, takut tak larat nak baca..:) Banyak je cerita-cerita pelik-pelik di sini...Kalu boleh tabayyun la dulu..Nak tau berita rasmi, boleh telefon tuan Presiden PMRAM atau web rasmi www.pmram.org ..Apapun, kami harapkan doa dari kalian moga-moga Mesir kembali aman seperti sediakala..Sekarang ni rasa macam duduk di zaman penjajahan..Kedai2 semua tutup, jalan jadi sunyi sepi..bangunan2 banyak dibakar dsb..Mungkin Allah nak tarik sekejap nikmat keamanan di Mesir ni..:(
Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi,
Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syariff
Shoubra. Mesir.
Berita Mesir!!
Modus Operandi
1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
2. Pelayaran:
3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.
5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.
6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.
8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.
Jadual Perjalanan
Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).
Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah seperti berikut:
Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar
Tindakan Yang Perlu Diambil
Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf)
Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
*TBC
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:
1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
Berita Mesir !
Mahasiswa & Mahasiswi = Perintah berkurung hari ini bermula jam 5 petang sehingga 7 pagi keesokan hari (Jumaat)
Wednesday, February 02, 2011
Berita Mesir!!
Berita Mesir !!
Berita Mesir !!
Al Jazeera : Egypt's president says in a speech that he will step down at the next election but would stay in office until then.
Berita Mesir !!
Untuk makluman semua...awalnya ana dapat sms dari zauji(suami) di kaherah hari jumaat(lepas solat jumaat waktu kaherah), bagitahu yang ada muzoharat (demonstrasi) dan banyak kereta kebal. Keadaan tegang di Tahrir..itu sms terakhir saya dapat..Selepas itu sms saya tak berbalas dan call guna IDD dan hand.set pun tak dapat..
sampai hari isnin...saya tak dapat hubungi..rasa risau tambahan anak di sini mula demam.pagi isnin seorang sahabat cadagkan ana call guna internet yang biasa student sana guna-lowratevoip..ana try kerana ana ingat pasword lowrate kepunyaan suami..hamdallah dapat...tapi tak berapa clear...
setakat hari ini ana sudah call 3x. keadaan yang teruk di Tahrir..area h.asyir ok...cuma perintah berkurung dari pukul 3ptg hingga 8pgi..bank2 tutup..atm tak boleh guna..harga barang-barang semua naik dan dicatu, harga tiket flight pun melambung hingga le5k utk 1way...flight banyak delay n cancel.
suami bagtahu kena berhati-hati dan semua student kena berkumpul di rumah negeri..
hari ini husband ana kat zaqaziq(dia tekad balik zaqaziq semalam kerana kad pengenalan dan dokumen penting masih berada di rumah sewa )
keadaan di zaqaziq tenang tak sepertt di kaherah tetapi perlu berjaga-jaga...
ana harap semua student n rakyat malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin,walaupun sesetengah tempat dilaporkan tenang.
masalah seperti atm tak boleh guna-sukarkan mereka yang tiada duit belanja dengan barang yang dicatu dan naik harga..
sama seperti situasi negara perang.wallahu a'lam.
Tuesday, February 01, 2011
Berita Mesir !!
Ini kerana memandangkan situasi politik Mesir yang bergolak dan tidak akan pulih dalam masa yang singkat. Beberapa situasi pelajar di Muhafazah agak tegang sehingga bekalan elektrik dan air sudah terputus. Manakala sebahagian besar pelajar Malaysia sudah dibawa oleh pihak polis menuju penempatan baru yang lebih selamat.
Seorang bapa kepada pelajar perempuan yang mengambil jurusan perubatan menyatakan bahawa beliau sempat berhubung dengan seorang anaknya di Tanta pada minggu lepas. Anaknya sempat menghubungi dan mengatakan bahawa dia dan rakan-rakan yang lain akan dibawa oleh pihak polis ke satu tempat penempatan baru. Selepas itu, anaknya dikhabarkan tidak menghubungi lagi ibubapanya.
Pihak GETIR juga sempat menjemput seorang mahasiswi jurusan pergigian Kaherah yang baru sahaja pulang semalam ke malaysia. Katanya, pada malam perarakan dibuat, internet sudah tidak berfungsi. Manakala bank pula tidak dapat mengeluarkan duit. Kebanyakan pelajar tidak dapat membeli barangan makanan dan juga tiket pulang disebabkan masalah pengeluaran wang. Namun siswi itu bernasib baik kerana ibu rakannya ada bersama, ibu rakannya membantu dia membeli tiket penerbangan menggunakan kad kredit. Akhirnya dia, rakan dan ibunya terbang menaiki Gulf Air ke Malaysia.
Pada malam kejadian, suasana di Kaherah terutamanya di Hayyu Sabiek yang merupakan penempatan pelajar Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal. Namun, jarang-jarang sekali kedengaran bunyi jeritan orang dan tembakan senjata.
Diberitakan bahawa beberapa buah penjara telahpun dipecahkan, ramai penjenayah sudah bebas dan kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi. Pihak kedutaan Malaysia sudah menasihatkan agar setiap pelajar mengemas pakaian dalam satu beg sekitar 10kg sebagai langkah bersiap-sedia untuk berpindah jika diarahkan. Semua pelajar yang berada di rumah sewa diminta untuk berkumpul di rumah Badan Kebajikan mengikut negeri masing-masing.
Memandangkan situasi politik yang sukar dibaca, sebahagian besar pihak meramalkan bahawa keadaan akan bertambah buruk dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, pihak GETIR berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini daripada sumber-sumber yang sahih. Disamping berusaha berhubung dengan pihak Wisma Persekutuan dengan hasrat merayu membawa pulang semua pelajar Malaysia tanpa mengira status bangsa dan jurusan.
Persoalan : Sejauh mana respon Kerajaan Malaysia dalam isu ini?
Sekian,
A. Ubaidillah Alias
Berita Mesir !!
Berita Mesir !!
1.Katanya smlm (31/1) keadaan ok je. Takde masalah besar. Cumanya mereka kena berjimat lebih sedikit. Kedai-kedai buka macam biasa. Cuma perintah berkurung dari pukul 4 petang. So lepas pukul 4 kedai-kedai dah mula tutup. Satu lagi, bank dan ATM semua tutup. Jadi siapa yang duit tinggal sikit dalam poket memang sangat susahlah.
2. Berita mahasiswi kena rogol tak betul.
3.Berita mahasiswa kena tembak di kaki betul, tapi dengan peluru getah. Di Tanta. 2 orang.
4.Dua rumah setakat ni yang dirompak. Satu rumah mahasiswa di Syibin Elkom. Dan satu lagi rumah mahasiswi Terengganu di Gami'. Rumah lain Alhamdulillah tak ada yg dirompak. Cumanya selalu juga diketuk pintu oleh orang Arab yg tak dikenali.
Berita Mesir !!
2. "Hari Kemarahan" di Syria Pertubuhan Politik dan Hak Asasi Manusia Syria mendakwa akan mengadakan "Hari Kemarahan" di Syria, untuk memprotes tindakan kerajaan di ibu kota Syria; Damascus dan kota-kota lain. Perhimpunan akan diadakan di hadapan Dewan Rakyat (Parlimen) pada hari Sabtu, 5 Feb. -- Sumber : www.tanfis.com
Monday, January 31, 2011
Berita Mesir !!!
Difahamkan, keadaan huru-hara hampir semua tempat berlaku ekoran rusuhan melibatkan pertempuran rakyat negara itu dengan pihak polis dan tentera.
Lebih menyulitkan keadaan, apabila semua jaringan komunikasi diputuskan termasuk internet dan menyebabkan rakyat negara itu terputus hubungan bukan sahaja di kalangan mereka malah dengan negara luar.
Keadaan itu juga mengakibatkan status pelajar Malaysia di negara itu sukar dipastikan biarpun kerajaan Malaysia mendakwa kesemua mereka kini selamat.
Kebimbangan tersebut juga turut dirasai ibu bapa dan ahli keluarga yang sedang menanti khabar dari negara yang sedang bergolak itu.
Lebih membimbangkan mereka, ekoran terdapat dakwaan seorang pelajar Malaysia di Iskandariah menjadi mangsa rogol selepas tempat tinggal mereka dipecah masuk perompak.
Namun sehingga kini belum ada pihak yang boleh membuat pengesahan tepat berhubung dakwaan tersebut.
Bagi sekumpulan pelajar yang masih boleh menembusi Internet khususnya mereka yang telah berada di Lapangan Terbang Kaherah setakat ini, beberapa perkembangan terbaru turut dimaklumkan.
Perkembangan semasa keadaan mereka di Mesir boleh diikuti melalui laman blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com dan laman Facebook Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
Mereka memaklumkan berada dalam keadaan ketakutan lebih-lebih lagi 6 ribu banduan dilaporkan telah terlepas dari penjara.
Selain rusuhan, jenayah rompakan turut berlaku ekoran hampir keseluruhan kemudahan negara itu kini lumpuh dan mengakibatkan krisis tempat tinggal dan makanan.
Di Mansurah, mereka mendakwa akan berlaku rusuhan besar jam 11 pagi Mesir iaitu jam 5 petang di Malaysia dan kawasan itu kini telah diisytihar 'kod oren'.
Balai polis di sana pula difahamkan telah dikuasai orang jahat yang telah merampas dan senjata dan pakaian polis dan sekarang menyamar sebagai anggota polis.
Namun mengikut maklumat mereka, tiada sebarang insiden membabitkan pelajar Malaysia di Mansurah, namun seorang pelajar Indonesia didakwa telah ditembak.
Di Tanta pula, penduduk dikenakan catuan bekalan air dan elektrik.
Turut difahamkan, seorang pelajar Malaysia terkena tembakan di kaki akibat peluru sesat, namun tiada sebarang pengesahan dari pihak berkuasa Malaysia setakat ini.
Berbeza di Kaherah, suasana kini dilaporkan semakin pulih selepas pihak tentera mengambil alih.
Lapangan terbang juga kini dilaporkan mula dibuka selepas dikatakan ditutup semalam namun berdepan beberapa masalah lain.
Suasana sama turut berlaku di Alexandria di mana keadaan semakin dan bertambah baik untuk pelajar Malaysia.
Namun mereka kini berdepan kenaikan harga barang, ekoran banyak kedai ditutup.
Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Masyarakat Arab hari ini trut memberi amaran sekiranya Husni Mubarak tidak meletak jawatan dalam tempoh empat hari dari hari ini, mereka akan melancarakan peperangan (civil war).
Sehubungan itu, mereka menasihatkan agar rakyat asing termasuk pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh tersebut.
Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 orang sedang mengikuti pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.
Menangani krisis ini, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Mesir bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan.
JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.
Berikut antara laporan dari kedua-dua sumber tersebut:
1- "Assalaamu'alaikum..azizi, tadi baru dpt call seorang kakak thn 4, dia kata skg mmg 24 hrs xblh keluar rumah. Kalau nk beli brg2 or mknn kene mintak tlg ikhwah/mushrif yg telah ditetapkan utk setiap rumah belikan and mana2 akhawat yg duk sorg2 kene pegi duk rumah org lain. And pasal banduan and rompakan tu, polis pesan kat diorg supaya xbnyk guna lighting sgt.supaya nmpk mcm rumah tu xde org.sbb polis suspek perompak akan target rumah student malaysia."
Reported by: Teem Fauzi, Semester 6 MMPME Mansoura University..
2- Berita terbaru..
"Ada beberapa org pelajar perubatan dari Iskandariah berjaya sampai dengan selamat ke airport Cairo (kaherah).. Keadaan kat airport Cairo terlalu sibuk, penuh dengan penumpang yang ingin meninggalkan mesir dengan segera..
"Pelajar melaporkan bahawa untuk sampai ke Airport Cairo dengan selamat, jangan gunakan jalan utama, gunakan jalan alternatif, jalan dalam (pada hemat dan pengalaman saya, mungkin jalan dari highway suez, jalan tu mmg sunyi dan tak ramai org kita tahu jalan tu boleh hubungkan ke Airport Cairo dari pintu belakang (terminal 3)..
Sumber: Yaacob Hassan Ghani melalui adik beliau mahasiswi perubatan Iskandariah, Akmal Aziz (Mansurah)
3- Maaf kerana lambat update, ada masalah sedikit..
Dapat update dari kawan2 kat airport, mereka semua terkandas, semua airlines delayed and refuse utk terbang buat masa ini. Difahamkan juga bahawa saya adalah trip terakhir pelajar malaysia yang berjaya klua dari mesir, ketika keadaan masih aman.. sama2 kita mendoakan agar airport kembali pulih dan berfungsi, agar semua rakyat kita dapat pulang ke tanah air
Sumber: Tengku Afiq Silahudeen (MMPME sem6, terkandas di airport), dilaporkan oleh Azizi Al Fahri
4- Laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:
Semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan, semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan, harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda, huru hara kat airport, dibanjiri manusia, dalam masa 24 jam, sekiranya tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..
sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri
Berita Mesir !!
Sunday, January 30, 2011
Halaqah Ilmu & Ceramah Perdana
Kuliah Tafsir Bulanan
Saturday, January 22, 2011
Ceramah :Prof Madya Dr. Arip bin Kasmo
Kafa MSM Guna Teknik Al-Bagdadi
Kelas KAFA Masjid Sultan Mahmud telah memulakan sesi pengajiannya untuk sesi 2011 ini. Bagi sesi ini, pihak pengurusan KAFA Masjid telah membuat pembaharuan dengan memperkenalkan pelajar dengan kaedah teknik al-Bagdadi yang dipopularkan oleh Syihab Resourses. Setakat ini, Kelas KAFA Masjid Sultan Mahmud merupakan satu-satunya Kelas KAFA di daerah Lipis yang menggunakan kaedah ini. Harapannya dengan teknik ini dapat membantu para pelajar memajukan diri dan menguasai ilmu pembacaan al-Quran.
Slot : Dari Masjid Ke Masjid dalam Radio PahangFM
Monday, January 17, 2011
Ceramah : Sains & al-Quran
Pensyarah UKM
Pada : 17.1.2011 (Isnin)
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis, Pahang.
Tuesday, January 11, 2011
Thursday, January 06, 2011
Kehilangan Yang Aneh
Tuesday, December 07, 2010
Salam Tahun Baru 1432H
Antara perkara penting yang perlu kita ambil perhatian ialah berkaitan maklumat/ iklan/ informasi. Maklumat cukup penting. Tanpa maklumat kita akan ketinggalan, tanpa maklumat manusia akan jahil, tanpa maklumat orang jadi tidak berilmu, tanpa maklumat kita jadi tak tahu.Terlambat mendapat maklumat juga adalah suatu masalah. Antara punca umat Islam menjadi lemah ialah mereka tidak mendapat maklumat yang betul atau terlambat memperolehi maklumat.
Antara maklumat yang dimaksudkan di sini ialah ilmu pengetahuan. Ilmu sangatlah penting. Antara syarat pemimpin ialah mestilah berilmu, tidak boleh kita memilih pemimpin yang jahil. Menjadi trend sekarang aspek ilmu kadang-kadang tidak diambil kira. Biasanya dalam politik orang yang pandai berkata-kata akan diangkat menjadi pemimpin.
Ilmu itu sangatlah luas. Kita mesti melengkapkan diri kita supaya Islam yang syumul ini tidak ternoda disebabkan kelemahan kita yang berpunca dari kejahilan kita. Memang manusia tidak perfect, tetapi kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita. Masalah yang kita lihat, ramai manusia yang tidak gemar untuk menuntut ilmu. Perkara ini juga terjadi di kalangan ahli pertubuhan, NGO dan persatuan Islam bahkan yang lebih malang dari kalangan pemimpinnya.
Sebenarnya kebanyakan Maklumat-maklumat tersimpan, terkandung dalam buku-buku, majalah, jurnal, akhbar, risalah, - pendek kata tersimpan dalam bahan bacaan. Maka tindakan yang perlu kita ambil ialah kita perlu banyak membaca. Budaya membaca nampaknya tidak subur dalam negara kita. Bagi negara-negara lain memang membaca merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka. Tetapi kita? Pernah dibuat Kajian oleh ahli akademik beberapa tahun yang lalu, jumlah seluruh penduduk Malaysia jika dikira dari segi puratanya hanya membaca buku 2-3 muka surat sahaja dalam setahun.
Maka kita perlu membiasakan diri kita dengan bahan-bahan bacaan. InsyaAllah jika kita melazimi budaya membaca ini sebagai amalan rutin kita, tiada ruginya bahkan kita akan menjadi semakin bijak dan berilmu. Kita perlu membuat sasaran sendiri, mungkin kita tetapkan dalam setahun berapa buah buku yang perlu kita baca, dan buku apa yang mesti diutamakan. Boleh juga Kita tetapkan dalam setahun/sebulan berapa buah buku yang mesti kita beli dan baca.
Antara Mereka Yang Membaca
Sedutan tulisan blog Ustaz Nik Abduh mengenai perwatakan ayahandanya TG. Dato' Nik Abdul Aziz : Pun begitu, ayahanda kekal sebagai ulat buku. Saya tidak tahu jika ada sehebat ayahanda yang telah mencecah umur 80an yang begitu ketagih membaca. Mungkin ada, tapi saya tidak tahu. Hari ini, jika saya khatam satu buku, mungkin ayahanda telah habiskan 5 buah buku. Sungguh menakjubkan.
tengok : http://nikabduh.wordpress.com/2010/09/17/tafsir-al-hujuraat-kata-pengantar-tuan-guru/
Imam al-Muzani (murid Imam al-Syafie) berkata : aku membaca kitab ar-Risalah (Karya Imam al-Syafie) sebanyak 500 kali. Setiap kali aku membacanya aku dapati hukum-hukum yang baru. Katanya lagi : Aku membaca kitab Ar-Risalah sejak lima puluh tahun dahulu dan setiap kali aku membacanya aku mendapat satu perkara yang baru.
Dr. Wahbah al-Zuhaili : ketika di Kuliah Syariah, Damsyiq, beliau akan mencari waktu dan peluang dalam bilik yang khusus dan menetap di situ dalam masa yang panjang bersama dengan buku-bukunya. Begitu juga ketika beliau ke Jami’ Umawi akan memilih satu penjuru atau sudut yang terasing daripada orang ramai untuk membaca. Rakan-rakannya menceritakan bahawa mereka pernah melihat Dr. Wahbah di waktu malam yang panjang berada di kaki lima Kuliah Syariah sedang membaca di bawah lampu-lampu jalan.
Dr. Yusuf al-Qaradawi : ketika mudanya minat dengan kitab Ihya’ Ulumuddin (Karya Imam al-Ghazali) sehinggakan telah beberapa kali khatam membacanya.
Bacaan Yang Utama
Di samping itu jangan kita terlupa pada bacaan yang terutama. Bacaan utama yang terpenting ialah al-Quran. Wahyu pertama juga اقرا, saranan untuk kita membaca.
Al-Quran perlu dibaca setiap hari. Dalam senarai check list kewajipan al-akh muslim disertakan ‘mesti membaca al-Quran setiap hari’. Masalah sekarang terlalu ramai umat manusia yang jahil membaca al-Quran, bagi masyarakat kita antara puncanya ialah sistem pendidikan yang diacuankan oleh orientalis, munafik-munafik, penghapusan tulisan jawi sebagai mata pelajaran di sekolah, tidak mewajibkan pelajaran agama sebagai pelajaran yang wajib ‘kredit’ bagi melayakkan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sempena tahun baru 1432H ini, Mudahan kita semua berazam supaya sentiasa bersemangat dalam menekuni ilmu supaya kita menjadi manusia yang bermaklumat dan dapat diserap kepada masyarakat keseluruhannya dan jadikan budaya iqra’ sebagai budaya harian umat Islam.
كل عام وانتم بخير
Monday, December 06, 2010
KRIP'10
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah di sertai oleh 62 orang peserta yang hadir dari seluruh daerah negeri Pahang yang sedang bercuti. Mereka telah dipilih oleh Jawtankuasa PERMAi berdasarkan prestasi serta komitmen mereka di dalam program-program yang pernah mereka sertai di bawah anjuran PERMAI.