Wednesday, April 27, 2011

Tilawah peringkat Daerah Lipis 1432H

26/4/2011 : Berlangsungnya pertandingan Tilawah al-Quran peringkat daerah Lipis. Program bermula jam 9.00 malam dan diadakan di perkarangan masjid Kampung Penjom. Peserta seramai 3 orang qari dan 3 orang qariah (macam pakat pulak). Pertandingan dirasmikan oleh YB Dr. Shahrum, ahli parlimen Lipis.


Peserta yang mendapat giliran pertama dan juga merupakan johan, En. Hasan Basri (Kagat, Lipis). Johan qari dan qariah akan berpeluang mengikuti kursus tahsinul qiraat anjuran Jabatan Agama Islam Pahang di Kuantan bermula pada 27/4/2011 (hari ini)


Program diserikan dengan persembahan nasyid dari SMA Padang Tengku, Lipis. Kalau setiap ahli nasyid itu dapat mikrofon seorang satu sedap la sikit...








Monday, April 25, 2011

Kem Kepimpinan SMA Al-Basariah, Tembeling.

23-25/4/2011 : PERMAi telah berkerjasama dengan Al-Husna Training & Consultancy menjalankan program kepimpinan SMA Al-Basariah Tembeling. Program 3 hari 2 malam diadakan di Kem La Tansa Batu Balai Jerantut. Pengarah Urusan Al-Husna Training, Ustaz Arif Nasation tengah menyampaikan tazkirah.




Latihan disiplin


makan berjemaah


LDK



Pembentangan




Ketua Pelajar membacakan resolusi





GPK Hem, Ustaz Syamsul merasmikan program Kem




Peserta lelaki bersama fasi & Kem Komanden




Peserta perempuan dan fasi




Cerita Mee Kuning

Koperasi Masjid Sultan Mahmud merancang untuk membuat mee kuning. Al-maklumlah mee kuning sangat digemari ramai dan merupakan menu yang top di kedai mamak (mee goreng mamak). Tetapi ramai yang tidak kisah pengeluar mee kuning tersebut. Muslim?, atau orang agama lain?. Ramai yang tidak kisah..
Walaupun ramai yang tidak kisah tetapi masih ada yang kisah. Atas dasar kisah itulah, Maka koperasi Masjid merancang untuk mengeluarkan produk mee kuning sendiri. Tetapi tak tahu lah bila agaknya dapat merasa mee buatan sendiri ini.

Dua orang Shaari (Hj Shaari LKPP & Cikgu Shaari MRSM) menolak mesin pengisar tepung dari rumah Hj Mustafa.
Mesin pengisar tepung dibawa dengan Nissan frontier Hj Shaari.



Mesin Mee














Mesin untuk membuat mee sudah siap bersedia. Cuma tiada orang yang bersedia untuk menggerakkannya...Doakan mudahan projek ini dapat berjalan.









Forum al-Muqarrabin

Forum al-Muqarrabin yang diadakan di Masjid Sultan Mahmud pada selasa (19.4.2011). Sambutan alhamdulillah...cumanya tak pasti lah kefahaman dan kesedaran sidang pendengar... mudahan berubah..bukan datang forum sekadar suka-suka, isi masa lapang..tetapi memang ingin mencari ilmu...

Ustaz Norhamizi Jamaludin tengah berucap
Ustaz Hamdan Yusi memberikan nasihatnya




Tuesday, April 19, 2011

Cerita Isnin 18/4

i)

Pukul 7.30 pagi, Bilal Johne menumpangkan saya ke Terminal Anggerik. Kebetulan bertemu dengan Tok Empat Tanjung Lipis dengan isterinya, hendak ke Kuala Lumpur katanya. Menaiki bas melalui Raub, Bentong kemudiannya bertukar bas di Songsang. Setelah 3 jam lebih sikit sampailah saya di Temerloh.


ii)

Bergegas ke Kerdau menziarahi jenazah Allahyarham Mohd Faiz bin Jamaludin. Beliau merupakan pelajar tingkatan 5 SMA Al-Khairiah Temerloh, dan menjadi pengerusi Badan Dakwah & Ibadah (BADIB). Allahyarham mengalami kemalangan jalan raya bersama adiknya ketika dalam perjalanan ke Sekolah. Adiknya kini terlantar di hospital..Doanya roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada’ as solehin..amin.



Allahyarham (pakai spek) bersama abangnya Halim (baju hijau, berdiri)



iii)


Selepas solat Isya’, kami membuat mesyuarat kecil di kedai makan. Hj Mustafa hendak mewakafkan tanahnya untuk dibuat Pusat Tahfiz. Di tanah itu juga, beliau bercadang untuk memberi ruang membina premis operasi (mini kilang) untuk koperasi Masjid yang kini masih tidak mempunyai premis tetap lagi. Koperasi Masjid baru sahaja membeli mesin membuat mee kuning..InsyaAllah nantikan keluaran mee kuning Koperasi Masjid Sultan Mahmud.



mesin mee di rumah saya, yang koperasi beli besar punya.. tak ambil gambar lagi...

Saturday, April 16, 2011

Cerita Jumaat 15/4

i) Setiap pagi jumaat saya ada kelas di JKR Lipis. Fokus kepada bacaan al-Quran dan tafsir. Baru ini Kelab Kebajikan JKR sudah pun melantik AJK nya yang baru. Jadi terserahlah kepada AJK yang baru untuk menentukan sama ada hendak meneruskan lagi kelas tersebut atau tidak.

ii) Khutbah jumaat dibacakan oleh sahabat saya, tajuk khutbah minggu ini berkaitan dengan peranan ulama. Tajuk yang begitu menarik. Selesai khutbah ada yang bertanya Imam buat sendiri ke teks khutbah, sebab isinya sedap... Maknanya persepsi orang ramai kalau Jabatan yang buat khutbah tajuk dan isinya tak best...Wallahua'lam.

iii) Ceramah Ustaz Zahazan di Masjid TJ
Hadirin di Masjid TJ
Us Zahazan & Teamnya Menjamu selera

Menu ikan patin..isu yang jadi top di Pahang... menu yang sampai RM 13 000....

Friday, April 15, 2011

Cerita Hari Semalam

Cerita Hari Semalam


Cerita 1

Bersama sahabat menjamu durian di Kg Serau (Kuala Medang). Orang Kg sini minum air bukit dan di sini ada tempat pemuliharaan ikan Kelah.



Dewan makan masjid Kg Serau yang unik. Makan malam di sini selepas solat Isya'.


Cerita 2

Lori Balak terbalik, Muatan Kayu balak di tengah jalan.. Dekat dengan simpang Kg Padang Tengku.




Cerita 3


Semalam bertalaqi ringkas dengan saudara Kie. InsyaAllah kami akan buka gerai menjual air minuman..Cadangnya minggu depan, tengah mencari pekerja ...doakan saya...

Forum Al-Muqarrabin

Forum Al-Muqarrabin


"KIAMAT DAH DEKAT ?"


TARIKH : 19.4.2011 (SELASA)


MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB


PANEL : USTAZ HAMDAN YUSI YUSOF (PEN.PGRH JAIP)

USTAZ NORHAMIZI JAMALUDIN (PEN.PGRH JAIP)

USTAZ JAMALUDIN SALLEH


TEMPAT : MASJID SULTAN MAHMUD, KUALA LIPIS

Wednesday, April 13, 2011

Masjid & Mengaji

i)

Sabtu minggu lalu, saya berkesempatan singgah di Masjid Daerah Bentong. Kelihatan ramai budak-budak lelaki berpakaian jubah putih berkeliaran di dalam masjid. Imam Masjid menceritakan bahawa mereka (baca pegawai Masjid bukan AJK) telah menganjurkan kelas tahfiz untuk pelajar sekolah. Kelas Tahfiz ini berlangsung pada setiap minggu kecuali minggu ke-4 bermula dari petang jumaat sehingga tengahari ahad. Pelajar akan duduk menginap di kediaman yang disediakan. Masjid baru mempunyai kemudahan yang agak lengkap berbanding masjid lama yang kemudahannya amat terhad. Mereka akan menghafaz, makan, tidor, belajar di Masjid. Yuran dikenakan juga sangat rendah hanya RM 50 sahaja. Tenaga pengajar untuk program kelas tahfiz ini lebih kurang seramai 6 orang yang akan digilirkan pada setiap minggu. Antara tenaganya ialah Imam Masjid sendiri, isterinya, Timbalan Qadhi Daerah Bentong (idea kelas ini dari beliau), Bilal Masjid dan beberapa orang lagi. Sangat seronok rasanya dapat melihat kanak-kanak ini dan rasa teruja dengan program ini. Saya juga mempunyai harapan yang besar untuk mengadakan program sebegini yang berterusan terutama kepada golongan muda belia. Biasa kita lihat kebanyakan program Masjid (terutama kelas pengajian al-Quran) lebih berkisar kepada golongan warga emas yang sudah pencen.


ii)

Awal tahun 2009, Masjid Daerah Lipis telah melancarkan program kelas pengajian al-Quran terbuka. (Sebelum daripada ini, kelas yang sedia ada hanya sebuah kelas sahaja). Sambutan terhadap kelas yang akan dijalankan ini cukup memberangsangkan. Borang penyertaan yang diterima hampir 100 orang (mungkin bagi sesetengah tempat angka ini sangat kecil, tetapi bagi daerah Lipis sebaliknya). Ketika hari taklimat dijalankan sangat ramai yang hadir dan mereka bergembira dengan program kelas ini. Peringkat permulaan kelas dapat berjalan dengan baik. Kelas peringkat asas (Iqra’) ada satu kelas. Kelas untuk peringkat pertengahan (al-Quran) ada empat kelas. Kelas berjalan pada waktu petang selepas solat asar. Penyertaan ramai dari golongan pertengahan umur yang masih bekerja. Pulang dari kerja, singgah belajar dahulu sebelum pulang ke rumah. Masalah mula timbul, apabila beberapa orang tenaga pengajar mula tidak dapat memberikan komitmen. Mereka disibukkan dengan tugasan luar yang lain. Akhirnya menyebabkan dua kelas terpaksa ditutup. Tinggallah 1 kelas asas dan dua kelas pertengahan. Sehinggalah Majlis Ugama Islam melancarkan projek guru hafiz di masjid. Maka dua kelas lagi (Iqra’ dan pertengahan) dibubarkan, dengan harapan anak muridnya join pula pengajian di bawah projek Majlis ugama ini. Akhirnya tinggallah 1 kelas sahaja yang dapat bertahan sehingga ke hari ini. Walaupun sudah ada banyak cadangan terutamanya untuk kelas di peringkat asas, namun saya masih belum boleh untuk melancarkan semula kelas pengajian al-Quran kerana, tidak mempunyai tenaga untuk mengajarnya.


iii)

Majlis Ugama Islam telah membuat program guru hafiz di masjid-masjid. Program yang sangat berfaedah. Cumanya mungkin tiada pemantauan dari Majlis Ugama sepertinya membiarkan anak tanpa ibu maka program ini tidak berapa menjadi. Mungkin OK di beberapa tempat tetapi banyak yang tidak berapa menjadi. Kelas di Masjid kami, pada waktu pagi tidak memungkinkan golongan bekerja dan pelajar. Yang ada (tidak sampai 20 orang) golongan yang tidak bekerja dan sudah berpencen.


iv)

Saya telah memulakan sesi pengajian al-Quran secara umum (Baca+tafsir+tajwid) seminggu sekali selepas solat maghrib. Kuliah ini mula mendapat sambutan terutama dari orang lelaki. Orang lelaki terutamanya yang sudah berumur memang payah nak ajak belajar mengaji ini. Mereka sangat penyegan. Dulu, Imam sebelum saya juga pernah mengadakan kelas pengajian al-Quran secara umum ini. Tetapi katanya hanya sekali sahaja, lepas itu anak murid tak berani dah, tak tahu segan kepada guru atau kepada kawan-kawan yang lain. Kesnya sebab kena baca sorang-sorang. Takut baca sorang-sorang ini. Contohnya program tadarus al-Quran yang kita buat pada setiap bulan Ramadhan, penyertaan dari golongan lelaki sangat kurang..orang awam tak sampai 5 pun, mujur ditampung oleh pegawai-pegawai masjid dan imam terawih jemputan. Jadi untuk sesi ini kita buat baca ramai-ramai. Alhamdulillah masih boleh bertahan dan dapat sambutan.


v)

Saya lihat ada juga makcik-makcik ini yang sangat suka belajar mengaji. Hari-hari mereka datang untuk belajar mengaji, bertalaqi membaca al-Quran dengan guru. Cuma kadang-kadang aulawiyat (perkara utama yang perlu diutamakan) tak berapa kena. Ada la makcik-makcik ini, dulu sebelum mereka belajar mengaji hari-hari, di masjid ini juga ada kelas pada setiap pagi khamis dan jumaat yang pelajarannya pelbagai. Antara madahnya pelajaran Al-Quran, Tajwid, Aqidah, Mustika Hadis, Sirah, Fekah. Kelas ini sudah berjalan lama atas insiatif guru-guru al-Quran asrama yang ingin memperdalamkan ilmu mereka. Mereka mencari guru dan membiayai sendiri guru tersebut. Tetapi ada la makcik-makcik ini yang tak pergi dah ke kelas ini kerana sayangkan kelas al-quran yang mereka sudah hari-hari pergi. Nak kejar khatam katanya, Eloknya dia dapat ambil dua-dua. Contoh lain : Masjid ini ada program halaqah ilmu secara berkala bersama Dr Zulkifli al-Bakri. Pengajian yang diajarkan Syarah Hikam, Fiqh Manhaji , tafsir & hadis pilihan serta sesi soal jawab. Bila halaqah ini berlangsung kelas pengajian al-quran akan bercuti. Tapinya makcik-makcik ini tak hadir pun ke halaqah ini. Fikiran mereka gayanya nak belajar mengaji al-quran sahaja, ilmu-ilmu lain macam tak berapa je. Sampaikan ada yang dah datang ke masjid, tahu je kelas mengaji cansel..terus balik..sedangkan masjid ada program ilmu yang lain yang aula juga dia turut sama.


vi)

Alhamdulillah, baru-baru ini kami telah memulakan sesi pengajian asas qiraat. Program ini dibuat secara dalaman. Hanya kepada mereka yang telah menguasai manhaj tajwid. Waallahua’lam…

Monday, April 11, 2011

Ibadah Dalam Islam

Hujung minggu kelmarin, saya berkesempatan bersama-sama dengan peserta Kem Anak Soleh 2011, Maahad Shah Ad Dinie, Bandar Jengka. Slot yang diberikan kepada saya ialah 'Ibadah Dalam Islam'. Berikut adalah notanya :



Maksud Ibadah : merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Maknanya Ibadah ialah pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT merangkumi segala perkara yang disukai dan diredhai Allah sama ada dari segi keyakinan, sikap, perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata yang lain ibadah ialah segala aktiviti manusia zahir dan batin semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Mengapa perlu beribadah : kita sebagai hamba Allah. Hamba perlu taat segalanya terhadap tuannya.

Firman Allah yang bermaksud :

"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". (az Zariat : 56)


"Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugama Yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka Sembahlah kamu akan daku". (al-Anbiya’ : 92)


Hikmah Ibadah :

1. Menunjukkan Allah maha pemurah. Segala yang dilakukan akan mendapat pahala.

2. Menunjukkan rasa ketundukan hamba pada Tuhan.

3. Untuk meyakinkan manusia tempat penggantungan hanyalah Allah.

4. Untuk menjauhkan manusia dari maksiat.


Ruang lingkup ibadah : Ruang lingkup ibadah sangat luas. Seluruh kegiatan manusia adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah. Islam tidak menganggap ibadah-ibadah tertentu sahaja dikira sebagai ibadah.


Pembahagian Ibadah : 1.Ibadah Khusus : sekumpulan perintah wajib yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah seperti rukun Islam. Contoh solat, puasa, zakat, haji.

2. Ibadah Umum : segala perkara yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Syarat-Syarat Untuk mendapat ibadah :

1. Islam. Tidak dikia jika orang kafir.

2. Amalan yang dilakukan itu bersesuaian dengan hukum syarak. Adapun amalan yang dinaskan haram dan maksiat tidaklah dikira sebagai ibadah.

3. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik. Walaupun perbuatan tersebut baik tetapi jika niat tidak baik maka tidak dikira sebagai ibadah. Contoh menderma dengan niat akan disanjung orang ramai dan untuk menunjuk-nunjuk.

4. Mengutamakan ibadah khusus seperti solat dan zakat dalam melaksanakan ibadah umum. Contoh: gotong royong membersihkan sesebuah tempat tetapi jika sampai meninggalkan solat adalah salah.


Kesimpulan

Sesungguhnya ibadah dalam Islam tidak hanya terbatas kepada ibadah khusus sahaja. sebagaimana difahami oleh sesetengah orang. Mereka menyangka telah sempurna Islam mereka dengan melaksanakan ibadah khusus sahaja. Sedangkan seluruh kehidupan manusia adalah ibadah.

Friday, April 08, 2011

Harta Karun Firaun?

Minggu ini beberapa peristiwa berlaku di Masjid Lipis.


1. Saya didatangi tetamu berserta dengan sepucuk surat. Isi kandungan surat itu lebih kurang berbunyi :

Tajuk : Harta karun Firaun untuk dedahan umum.


Penulis surat memohon :

1) menjaga keselamatan dirinya, keluarga dan umat Islam.

2) Memerlukan perlindungan sementara untuk meneruskan hidup.

3) Yang terpenting sebagai wakil menemukannya dengan Siti Nurhaliza kerana harta itu ada kaitan dengannya.


2. Masjid didatangi oleh seorang pemuda yang dilaporkan oleh pihak sekuriti seorang 'gila'. Memang sebelum ini pernah ada juga orang gila datang ke masjid. Tapi yang ini dia dia sampai duduk di dalam bilik pegawai masjid.


# Ada beberapa pendapat orang ramai :

i. Orang-orang ini nak minta duit. Biasa di masjid memang selalu orang luar datang mintak sumbangan duit dengan pelbagai macam bentuk cerita.

ii. Mungkin SB luar yang datang ke daerah sini....

Wallahua'lam..


3. Di Wakaf Masjid, ada orang terjumpa beberapa naskah bible versi kartun. Tak tahu siapa yang letak, cumanya berani betul, letak dekat dengan masjid... Ada orang kata, hari itu dia perasan ada pelancong Orang Puteh yang datang.....

Saturday, April 02, 2011

“ Kewangan Masjid, Mesti Diuruskan Dengan Betul”.

Teks Khutbah keluaran Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk 11 Mac 2011... Respon yang baik dari para jamaah. Ada yang kata boleh ulang baca lagi... Ada yang kata : Patutnya dah lama khutbah macam tu... AJK pula tanya : Imam buat sendiri ke teks tu... Kan teks Jabatan Mufti tu... Beberapa hari selepas itu Jabatan Mufti menanyakan pegawai-pegawai masjid respon jemaah terhadap khutbah tersebut.

Teks Khutbah :


الحَمْدُ للهِ الْقائل فِيْ كِتَابِهِ العَزِيْزِ: أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الَّذِي بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الأَمَانَةَ وَنَصَحَ الأُمَّةَ وَكَشَفَ الْغُمَّةَ، الَلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، أما بعدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ، وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَقْوَى.

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga dengan itu, kita akan sentiasa dirahmati Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Masjid adalah rumah Allah yang dibina untuk memenuhi semua keperluan kehidupan umat Islam. Kemakmuran sesebuah masjid lazimnya bergantung kepada kecekapan pegawai dan keseluruhan Jawatankuasanya serta keprihatinan dan kerjasama ahli kariahnya. Kemajuan sesebuah masjid amat penting jika kewangan diuruskan dengan betul. Khutbah hari ini akan membincangkan tajuk “ Kewangan Masjid, Mesti Diuruskan Dengan Betul”.

Isu pengurusan kewangan masjid seringkali dibahaskan, antaranya mengenai penyalahgunaan wang tabung masjid atau wang tidak dibelanjakan. Masalah yang paling ketara ialah wang masjid tidak dibelanjakan, sebaliknya hanya disimpan di dalam bank sehingga mencecah puluhan ribu bahkan menjangkau ratusan ribu. Amat menyedihkan, duit tabung masjid banyak, tetapi masjid kurang mengadakan majlis ilmu dan kelas pengajian seperti kelas pengajian akidah, feqah, tasawuf dan sebagainya.

Seringkali kita mendengar, apabila tiba penghujung tahun ada ahli jawatankuasa masjid yang bertanya kepada bendahari : “Berapa banyak duit masjid yang berjaya kita kumpul pada tahun ini?”,mereka menjawab; “Masjid kita lebih banyak duit berbanding masjid kampung sebelah,”. “Tahun depan kita kumpul banyak lagi duit masjid.”

Ingatlah, wang tabung masjid yang didermakan merupakan amanah untuk menguruskan masjid. Gunakanlah wang sumbangan dan derma daripada orang ramai untuk mengimarahkan masjid. Iaitu dengan mempelbagaikan program-program ilmu, menyediakan kemudahan asas bagi keselesaan jemaah, membaiki kerosakan dan mengadakan gotong-royong bagi memastikan kebersihan masjid dan kawasan sekitarnya terpelihara.

Wang tabung masjid hendaklah direkodkan perbelanjaan keluar masuknya dengan sempurna supaya pengurusan wang masjid dapat diuruskan dengan baik dan penuh amanah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pengisian masjid hendaklah ditumpukan kepada aktiviti dakwah seperti ceramah-ceramah agama, kuliah-kuliah ilmiah mingguan dan bulanan. Jemputlah penceramah-penceramah atau tuan-tuan guru yang mendapat tauliah atau kebenaran daripada pihak berkuasa agama untuk mengisi program ilmu. Gunakanlah wang tabung masjid untuk membiayai kegiatan keilmuan supaya dapat berjalan dengan sempurna. Begitulah kelas-kelas tusyen anak-anak kita boleh diadakan di masjid seperti kelas bahasa arab, bimbingan UPSR, PMR, SPM dan sebagainya. Kelas-kelas tusyen seperti ini dapat mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa. Inilah peranan ahli jawatankuasa pengurusan masjid yang memanfaatkan kewangan masjid.

Jadikanlah masjid tempat pergantungan ahli kariah untuk menyelesaikan masalah mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Nya di akhirat nanti:

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ


Yang bermaksud: “Dan lelaki yang hatinya bergantung di masjid-masjid.”Tabung masjid juga boleh digunakan bagi membaik pulih kerosakan serta menjaga kebersihan dan keceriaannya.Janganlah sekadar sekeping atap, paip bocor ataupun pembesar suara rosak tidak dibaiki kerana mengharapkanbantuan kerajaan atau Majlis Ugama Islam Dan Adat resam Melayu Pahang.Wang tabung masjid juga boleh digunakan secara berhemah untuk menjamu ahli jemaah bagi menggalakkanmereka mengimarahkan masjid. Di sinilah keprihatinan ahli jemaah diperlukan untuk terus menyumbangsebanyak mungkin bagi menambah dana tabung masjid. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27; Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasul-Nya, serta janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui dosanya.

Ingatlah! Setiap daripada kita bertanggung jawab mengurus hal ehwal masyarakat Islam termasuk menguruskan masjid. Pengurusan masjid hendaklah diuruskan dengan baik terutamanya dalam urusan pengendalian kewangan masjid. Tunaikanlah amanah-amanah yang telah diberikan kepada kita dengan penuh kejujuran. Sifat amanah ini adalah merupakan lambang atau tanda kepada golongan orang yang beriman kepada Allah. Berdasarkan kepada firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 18;

Yang bermaksud: “ Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk.” Ketahuilah! Bahawa mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada mereka adalah termasuk dalam golongan orang-orang munafik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW berdasarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Muslim

: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA,Rasulullah SAW telah bersabda : “ Tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia tidak menepati dan apabila diberi sesuatu amanah dia khianat”.

Kesimpulannya , berdasarkan kepada ayat al-Quran dan Hadis Rasululah SAW tersebut, setiap urusan kewangan masjid mestilah ditadbir dan diuruskan dengan betul. Tanggungjawab ini dipikul oleh semua pegawai masjid dan jawatankuasa yang telah dilantik. Manakala bagi ahli jemaah hendaklah turut sama memberikan pandangan dan teguran membina sebaliknya bukan mengkritik secara melulu. Kerjasama inilah yang kita harapkan untuk menyatupadukan umat Islam bagi memastikan fungsi masjid berjaya disempurnakan dengan sebaik-baiknya.


باَرَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ بالقُرْآنِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اَقُولُ قَوْلِي هذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التّائِبِيْنَ

Wednesday, March 30, 2011

Bercakap Hanya Dengan Ayat Al-Quran

Saya ingin berkongsi kisah yang cukup menarik. Mengisahkan seorang manusia yang tidak bercakap melainkan dengan menggunakan ayat al-Quran. Cerita ini dipetik dari kitab Hikayat Sufiah susunan Muhammad Abu Yusr ‘Abidin, dimuatkan dalam buku Quranology susunan Mohd Asyraf Ayob.

Begini Kisahnya :


Suatu hari, Abdullah bin Mubarak telah keluar dari rumahnya untuk menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah. Di dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan seorang perempuan tua yang melalui jalan yang sama. Lalu Abdullah bin Mubarak menyapanya dan memulakan perbualan :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perempuan tersebut menjawab:


سَلامٌ قَوْلاً مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ


(Kepada mereka dikatakan): 'Salam', sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang' (Yaasin: 58).

Kemudian saya bertanya kepadanya 'Semoga Allah mengasihimu, apa yang engkau lakukan di tempat ini?

Perempuan tersebut menjawab :

مَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلا هَادِيَ لَهُ ۚ وَيَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ


"Barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada orang yang memberikan petunjuk kepadanya". (Al-A’raaf: 186).

Saya berkata dalam hati : 'Sesungguhnya dia telah tersesat jalan’.

Saya bertanya : Ke manakah engkau hendak pergi?

Perempuan tersebut menjawab :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى


"Mahasuci Zat yang memperjalankan hamba-Nya di malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa "( Al-Isra’: 1).


Saya berkata 'Sesungguhnya dia telah menunaikan ibadah haji dan ingin ke Baitul Maqdis.'

Saya bertanya kepadanya, 'Sejak bila engkau berada di sini?

Perempuan tersebut menjawab : ثَلاثَ لَيَالٍ سَوِيًّا


"Selama tiga malam dalam keadaan sihat" ( Maryam: 10).

Saya bertanya 'Saya tidak melihat engkau membawa makanan yang dapat kau makan’.

Perempuan tersebut menjawab :

وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ


‘Dia memberikan makan dan minum kepadamu' (As-Syuara’: 79).

Saya bertanya 'Dengan apakah engkau berwudhu?

Perempuan tersebut menjawab :

فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا


'Bila kalian tidak menemukan air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih'

( An-Nisa’: 43).

Saya berkata kepadanya 'Saya membawa makanan, apakah engkau hendak makan?

Perempuan tersebut menjawab :

ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ '


Kemudian mereka menyempurnakan puasa hingga malam' ( Al-Baqarah : 187).


Saya berkata 'Ini bukan bulan Ramadhan’.

Perempuan tersebut menjawab :

وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ


'Dan barangsiapa mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka Sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri Kebajikan lagi Maha Mengetahui'

( Al-Baqarah : 158).

Saya berkata 'Dalam perjalanan, kita dibolehkan untuk berbuka’.

Perempuan tersebut menjawab :

وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


'Dan berpuasa adalah lebih baik bila kalian semua mengetahui.' ( Al-Baqarah : 184).

Saya bertanya 'Mengapa engkau tidak berbicara kepada saya sebagaimana saya berbicara kepadamu?

Perempuan tersebut menjawab :

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


'Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.' ( Qaaf : 18)

Saya bertanya 'Dari golongan apakah engkau?

Jawabnya :

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا "Janganlah engkau mengikuti sesuatu yang tidak engkau ketahui ilmunya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan '

(Al-Israa’ : 36).

Saya berkata 'Saya telah melakukan kesalahan, maafkanlah saya.

Perempuan tersebut berkata:

قَالَ لا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


'Pada hari ini tiada cercaan buatmu. Mudah-mudahan Allah mengampunimu.' (Yusuf :92).

Saya berkata 'Apakah engkau mahu untuk menaiki untaku, sehingga engkau dapat bertemu dengan kafilah?

Perempuan tersebut berkata:


وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ


'Dan apa yang kau kerjakan berupa kebaikan diketahui Allah.' (Al-Baqarah : 197).

Abdullah bin al-Mubarak melanjutkan "Kemudian kurendahkan untaku”.

Perempuan tersebut berkata:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ


"Katakan kepada orang-orang yang beriman, tundukkanlah pandangan mereka"

(An Nur : 30).

Saya tundukkan pandangan darinya dan kukatakan kepadanya "Naiklah." Ketika dia hendak menaiki unta tersebut, unta itu melompat sehingga pakaiannya terkoyak.

Perempuan tersebut berkata:

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ


"Dan musibah yang menimpa kalian semua adalah karena usaha kalian." (As Syura : 30).

Saya berkata kepadanya "Sabarlah, sehingga unta ini ku ikat.

Perempuan tersebut berkata:

فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا


"Maka kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat)." (Al Anbiyaa’ : 79).

Saya mengikat unta itu dan berkata "Naiklah!' Ketika menaiki unta, dia berkata:

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ. وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ


"Mahasuci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami" (Al Zukhruf : 13-14)

Abdullah berkata "Kemudian saya mengambil tali unta itu dan saya bergerak dan menjerit.

Perempuan tersebut berkata:

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ


"Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu." (Al Luqman : 19).

Kemudian saya berjalan perlahan-lahan dan mendendangkan syair.

Perempuan tersebut berkata:

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ


"Maka bacalah apa yang mudah dari Alquran." ( Al-Muzammil : 20).

Saya berkata "Sungguh engkau telah diberi kebaikan yang banyak.

Perempuan tersebut berkata:

وَمَا يَذَّكَّرُ إلاَّ أُولُو الْأَلْبَابِ


"Dan tidak ada sentiasa berzikir. kecuali ulul albab." ( Ali-Imran : 7).

Dalam perjalanan saya bertanya "Apakah engkau telah berkahwin?

Perempuan tersebut menjawab :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ


"Wahai orang-orang yang beriman janganlah menanyakan sesuatu yang bila dijelaskan kepadamu niscaya menyusahkanmu." (Al-Maidah : 101).

Saya terdiam dan tidak berkata lagi sehingga kami menjumpai kafilah. Saya berkata,"Kita telah sampai di kafilah. Di manakah rombonganmu?

Perempuan tersebut menjawab :

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ


"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia." (Al Kahfi : 46).

Dari sana saya tahu bahawa dia mempunyai anak. Saya bertanya "Bagaimana keadaan mereka dalam haji?

Perempuan tersebut menjawab :

وَعَلامَاتٍ ۚ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ


"Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (petunjuk jalan) dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk." ( An-Nahl : 16).

Sehingga saya tahu bahawa mereka adalah para penunjuk jalan. Saya menuju ke khemah. Kemudian saya bertanya : "Kita telah sampai di tempat perkhemahan. Dari golongan manakah engkau?

Perempuan tersebut menjawab :

وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا


Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai kekasih." ( An-Nisaa’ : 125).

وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا


Dan Allah telah berfirman kepada Musa dengan firman yang sebenarnya."

( An-Nisaa’:164)

يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ


Hai Yahya, ambillah kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh." ( Maryam : 12).

Maka saya memanggil "Wahai Ibrahim, Musa, dan Yahya.

Tiba-tiba muncullah 3 orang pemuda yang amat kacak. Ketika mereka telah duduk, perempuan itu berkata:

فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا


"Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik,maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlemah lembut." (Al Kahfi : 19).

Salah seorang di antara mereka pergi dan membeli makanan, kemudian dihidangkan untukku.

Perempuan itu berkata:

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الأَيَّامِ الْخَالِيَةِ


"(Kepada mereka dikatakan): 'Makan dan minumlah dengan sedap kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu.' ( Al-Haqqah : 24).

Saya berkata "Saya tidak akan menyentuh makanan yang disediakan sehingga kamu menceritakan tentang perempuan ini."

Mereka berkata "Dia adalah ibu kami yang sejak 40 tahun yang lalu tidak berbicara, kecuali dengan ayat Al-Quran kerana takut tergelincir dan mendapat murka Allah yang Maha Pengasih."

Maha suci Zat yang Maha kuasa atas segala sesuatu. Saya berkata 'Itu adalah kurniaan Allah yang diberikan kepada orang-orang yang agung," . Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia segala sesuatu. Semoga rahmat Allah dan keselamatan sentiasa dicurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.

----------------------------------------------------------


Mudahan kisah ini dapat menjadikan suatu motivasi buat kita semua . Kita dapat dan semakin menghayati al-Quran dan semakin cinta dan sayang kepada al-Quran.

Tuesday, March 29, 2011

Ceramah :Akidah Mantap, Ummah Gemilang

CERAMAH

Akidah Mantap, Ummah Gemilang


Tarikh : 1 April 2011 (Jumaat)


Masa : Selepas Solat maghrib


Tempat : Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis


Penceramah : Ustaz Abdullah bin Din

(TYDP ABIM Kedah)

(AJK PUM Kedah)

Tuesday, March 22, 2011

Bila Khutbah & Solat Jumaat

Menjadi kelaziman umat Islam terutamanya kaum muslimin mendengar khutbah jumaat sebelum daripada menunaikan solat jumaat. Sebenarnya jika diteliti kita akan mendapati pelbagai ragam manusia ketika suasana khutbah dan solat jumaat.

Golongan Awal
Ada golongan yang akan hadir awal ke masjid. Kalau di tempat saya dalam pukul 12.00 pm mereka telah menjejaki tangga masjid. Biasanya mereka yang sudah berumur lanjut, sudah pencen dan tidak lagi bekerja. Memang sangat bagus dapat datang awal ke masjid. Daripada golongan yang awal ke masjid ini kita dapat pecahkan kepada kategori kecil yang lain lagi. Antaranya i) Mereka yang datang awal, kemudiannya menunaikan solat sunat tahhiyatul masjid, duduk beriktikaf di saf hadapan sambil mengaji al-Quran atau pun berzikir. Biasanya kategori jenis ini paling minoriti jumlahnya, kuantiti yang sangat kecil hampir-hampir tiada.
ii) Mereka yang datang awal, tetapi tidak berada di saf hadapan, mereka lebih memilih untuk berada di barisan terkebelakang, duduk bersandar di dinding sambil melunjurkan kaki berbual mengupas mengenai apa-apa isu yang menarik untuk mereka kupas. Ada yang ulas seperti seorang menteri, ada yang seperti DO, seperti YB, seperti seorang ahli politik yang berpengalaman dan macam-macam lagi. Katogeri jenis ini pun tak lah ramai mana jumlahnya.

Golongan Yang ramai
Golongan yang agak ramai ialah kelompok pertengahan, dekat-dekat nak azan barulah mereka sampai. Tak boleh juga nak salahkan mereka, mungkin ada yang bercita-cita untuk hadir awal tetapi tidak kesampaian. Mungkin mereka terikat dengan komitmen lain seperti bekerja, waktu keluar pejabat lambat, jalan sesak, ambil anak dahulu di sekolah yang menyebabkan mereka tidak boleh datang awal ke masjid. Tetapi oleh sebab menjadi suatu kelaziman yang biasa, menyebabkan apabila hari jumaat cuti pun telah menjadi tabiat mereka untuk hadir lewat ke masjid. Kadang-kadang lebih lewat daripada hari mereka bekerja.

Suasana Ketika Khutbah Jumaat
Pelbagai jenis manusia yang mendengar khutbah ini. Ada kelompok yang bila waktu khutbah memanfaatkannya dengan melelapkan mata. Mungkin letih bekerja, sebab itu ada negeri-negeri yang bercuti pada hari jumaat. Memberi ruang yang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk berehat dan beribadah.

Kadang-kadang tajuk khutbah yang tidak sesuai dengan zaman dan keadaan. Tambahan pula dibacakan pula oleh khatib yang tidak membuat persediaan rapi. Bagi negeri Pahang, teks khutbah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebulan sekali. Tajuk khutbah biasanya telah ditetapkan tarikh untuk sesuatu tajuk. Kadang-kadang tajuk tersebut tiada kaitan dengan isu semasa yang sedang hangat berlaku. Ataupun tidak releven dengan tempat tersebut. Contohnya ada khutbah yang bertajuk jagalah binatang ternakan dan jangan bagi berkeliaran di jalan dan di tempat awam. Tajuk tersebut sangat sesuai dibacakan di kampung-kampung, tetapi di bandar-bandar besar seperti tiada faedahnya. Mungkin perlu ada pilihan untuk kategori bandar atau kampung.

Peranan yang tebesar juga perlu dimainkan oleh khatib yang menyampaikan khutbah. Bukan nak memperlekehkan tetapi itulah yang berlaku, ramai khatib dan imam yang sudah terlalu uzur untuk jawatan tersebut. Ada yang nak berdiri pun sudah terketar-ketar, percakapan yang sudah tidak berbutir, baca khutbah lambat merangkak-rangkak mengeja huruf-huruf jawi yang kadangkala disertakan dengan bahasa-bahasa moden.

Antara masalah khatib jumaat ialah :
i) Khatib tidak lancar menyampaikan khutbah. Bukannya apa, tidak ada persediaan dan ulang kaji. Naik mimbar masa tu lah baru tengok teks.. Teks pula dalam tulisan jawi itu yang keluar macam-macam.. contohnya perkataan etika jadi itik, bumi jadi bom.

ii) Khatib tidak mahir membaca al-Quran. Itu yang salah tajwid, baris, salah sebutan ketika membaca ayat al-Quran, sedangkan membaca ayat al-Quran juga termasuk dalam rukun khutbah. Saya pernah menemuduga calon imam masjid qaryah yang tidak tahu membaca al-Quran, Dia hanya boleh membaca al-Quran secara hafazan beberapa surah-surah lazim yang pendek. Bila suruh baca al-Quran tak boleh..tapi dia kata Tuan Qadi yang suruh dia datang temuduga.

iii) Khatib tidak boleh membaca jawi. Teks khutbah ditulis dalam bahasa jawi. Ada juga yang tidak boleh membacanya.. dia akan suruh orang lain salin semula dalam tulisan rumi. Ayat al-Quran pun dirumikan..macamana agaknya nak kenal rupa panjang pendek, dengung bila ayat al quran yang dirumikan.

Pemilihan Imam dan Khatib
Berkaitan pemilihan imam dan khatib ada beberapa isu. Antaranya : i) Ada imam dan khatib yang walaupun sudah uzur tetapi seperti tidak mahu melepaskan jawatan. Mungkin soal elaun bulanan yang diperolehi, senang-senang dapat RM 800 sebulan. Dan yang lebih penting status di khalayak masyarakat, status imam yang disegani dan dihormati. Itu yang rasa berat nak melepaskan jawatan.

ii)Pemilihan imam di masjid-masjid qaryah perlu mendapat restu daripada Tok empat. Kadang-kadang bukan tidak ada calon lain yang lebih layak. Tetapi disebabkan berlaga angin dengan Tok Empat maka calon yang lebih layak dinafikan. Pernah dalam satu sesi temuduga pemilihan imam qaryah di daerah saya, ada calon yang kurang baik pendengarannya.. orang tua biasalah..jadi panel tanya lain dia jawab lain.. gelak dalam hati panel-panel penemuduga, macam mana nak uji tanya lain jawab lain..dan dia sentiasa menegaskan saya ini dah tak berapa dengar..tetapi dia hadir temuduga sebab Tok Empat yang rekmenkan…

iii) Orang muda yang mempunyai kebolehan untuk menjadi imam dan khatib tidak mesra dengan masjid. Biasanya di sesebuah mukim atau kampung bukannya tidak ada sekolah rendah mahupun menengah. Di sekolah-sekolah ada ustaz yang akan mengajar agama di sekolah. Maka sepatutnya ustaz-ustaz ini mengambil peranan dalam masyarakat antaranya menjadi imam di masjid. Tak tahulah kalau tak dapat restu dari Tok Empat..

iv) Memang sudah tidak ada orang yang layak. Yang ada itu kira yang paling baik di kampung tersebut. Biasa ketika sesi temuduga pemilihan imam masjid qaryah, ramai calon yang mengutarakan.. saya ini tak lah layak mana pun tetapi dah tak ada orang lain dah…


Begitulah antara ragam manusia semasa hari jumaat. Makmum dengan cara makmum, imam dan khatib dengan cara mereka. Mudahan kita dapat koreksi diri untuk menjadi lebih baik selagi Allah masih mendatangkan ruang dan peluang untuk kita.




Friday, March 18, 2011

Aku dan Al-Ikhwan al-Muslimun ; Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi



"Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa aku memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari al-Ikhwan al-Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakwah ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami Islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tentera dalam kitabNya, seperti diserukan RasulNya dan difahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan..."
Buku yang perlu dimiliki oleh setiap abnaul harakah.. Menceritakan pengalaman tokoh besar Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi bersama al-Ikhwan al Muslimun. Sebagai panduan dan motivasi perjuangan kita bersama..

"Di antara orang-orang yang beriman itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka diantara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu apa yang telah Allah janjikan pada mereka dan mereka tidak sedikitpun tidak mengubah janjinya (al-Ahzab :23)"

Friday, March 11, 2011

KONPIP 2011


Alhamdulillah, program Konvesyen Pelajar Islam Pahang 2011 (KONPIP 2011) telah berjaya diadakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat terutama buat Pengarah program yang bertungkus lumus, para eksekutif dan Para moderator.

Untuk lebih lanjut sila lihat :
http://permaipahang.blogspot.com/2011/03/konpip-2011-peserta-hadir-sebab-3k.html

Monday, February 28, 2011

Program Dr. Zulkifli al-Bakri

Makluman Program al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri
(ahli majlis fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)

Tarikh : 5.3.2011
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Tengku Abdullah (Masjid Daerah Jerantut)



Tarikh : 10.3.2011
Masa : 9.00-11.00 pagi
Tempat : Masjid Daerah Bentong

Tuesday, February 08, 2011

Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi

Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi (Siri Mudah Belajar & Mengajar Al-Quran)
Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 am- 11.00am
Yuran : RM 10
Tempat : Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
Orang ramai dijemput hadir

Halaqah Ilmu

2.2.2011 (Rabu); Halaqah Ilmu bersama al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu) di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis. Program bermula dengan kuliah subuh, pengajian disambung semula pukul 8.15 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Al-Fadhil Dr Zulkifli menerangkan perbahasan kitab Syarah Hikam karangan Ibnu Attaillah, Tafsir Surah At Tin dan halaqah diakhiri dengan sesi soal jawab.



Hadirin menikmati juadah sarapan pagi


Karya terbaru Dr. Zulkifli 'Nota Untuk Anakku'. Sangat sesuai untuk golongan pelajar dan ibu bapa.




Koperasi Masjid Sultan Mahmud mengadakan jualan buku

Thursday, February 03, 2011

Berita Mesir!!

Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah..Pelajar-pelajar di sini secara umumnya semua dalam keadaan stabil..Hari jumaat ni akan ada satu demo yang mungkin lebih besar..Baru ni lebih kurang 2 juta yang hadir di tahrir, itupun ada lagi yang disekat dlm perjalanan..Di kawasan sekitar Shoubra ni ada juga demo, agak berdekatan dengan kediaman pelajar-pelajar kita..nak keluar rumah waktu malam memang dilarang sama sekali..Nak keluar rumah pun 'asyan g masjid jee... penjenayah berkeliaran di kawasan sekitar..Balai polis dibakar dan penjenayah dibebaskan..So, rakyat jadi semakin takut....Banyak kes-kes jenayah di sini..orang-orang arab akan buat hirosah (kawalan) di setiap malam..Banyak premis2 kerajaan dibakar dan dipecahkan..Bank-bank, mesin ATM, KFC pun dipecahkan...Kerja siapa semua ni?? wallahu a'lam..ada yang kata polis buat..ada yg kata memang geng2 kaki rompak..
Ada yang buat roadblock..orang biasa je pun, bukan polis..polis ramai dah takut nak keluar..huhu ..tadi baru balik dari Asyir..Terpaksa melalui lebihkurang 15 roadblock..di beberapa roadblock dikawal oleh kereta kebal..Subhanallah..Begitu sekali keadaan Mesir sekarang ni..Apapun, kita tengok perkembangan selepas hari jumaat nanti...Kalau makin teruk, emm tak tau nak kata..Hasbunallahuwa ni'mal wakil...
Terkini..Pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah secara berperingkat2 melalui kapal laut TLDM dan Kapal Terbang. Menetap di sana dalam tempoh lebihkurang 1 bulan..Sampai Mesir kembali stabil...Nak balik Malaysia? Guna duit sendiri..
Universiti Al-Azhar stakat ni masih berfungsi seperti biasa dan pelajar-pelajar akan mngaji macam biasa...
Rasanya semua tahu berita ni..emm..banyak cerita nak kongsi di sini sebenarnya, takut tak larat nak baca..:) Banyak je cerita-cerita pelik-pelik di sini...Kalu boleh tabayyun la dulu..Nak tau berita rasmi, boleh telefon tuan Presiden PMRAM atau web rasmi
www.pmram.org ..Apapun, kami harapkan doa dari kalian moga-moga Mesir kembali aman seperti sediakala..Sekarang ni rasa macam duduk di zaman penjajahan..Kedai2 semua tutup, jalan jadi sunyi sepi..bangunan2 banyak dibakar dsb..Mungkin Allah nak tarik sekejap nikmat keamanan di Mesir ni..:(

Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi,
Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syariff
Shoubra. Mesir.

Berita Mesir!!

PELAN TINDAKAN EVAKUASI

Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011

Modus Operandi
1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)

2. Pelayaran:
a) Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir)

3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.
5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.
6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.
8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.

Jadual Perjalanan
Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).
Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah seperti berikut:
a) Kaherah – 2nd February, 1100 hrs3rd, 4th dan 5th February, 1000 hrs
b) Alexandria – 4th, 5th and 6th February, 0900 hrs

Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar
1. Pelajar wanita
2. Pelajar berkeluarga
3. Pelajar yang uzur dan sakit
4. Berada di zon risiko tinggi
5. Pelajar tahun pertama
6. Pelajar sekolah rendah/sekolah menengah

Tindakan Yang Perlu Diambil
Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf)

Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
3rd February (delayed)
4th February 0600 hrs 1300 hrs
5th February 0600 hrs 1300 hrs 1400 hrs
6th February 0600 hrs 1300 hrs

Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
5th February 0600 hrs 1300 hrs
6th February 0900 hrs 1600 hrs
7th February 0900 hrs 1600 hrs
*TBC
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:
1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004)
3. En. Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264)
4. En. Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715)
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Berita Mesir !

TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan 1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan 2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan. 3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja. 4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri 5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir

Mahasiswa & Mahasiswi = Perintah berkurung hari ini bermula jam 5 petang sehingga 7 pagi keesokan hari (Jumaat)

Wednesday, February 02, 2011

Berita Mesir !!

Internet di Mesir sudah OK di beberapa kawasan...

Berita Mesir!!

Raja Jordan..King Abdullah 2, ingin membuat perubahan pada kerajaan Jordan, mengambil pengajaran pergolakan yang berlaku di Mesir..Raja sendiri yang memilih perdana menteri baru bagi memimpin jordan..

Berita Mesir !!

RMAF rescue aircraft left for Egypt at noon 2011/02/02 Share KUALA LUMPUR: Three C-130 transport aircraft belonging to the Malaysian Royal Air Force left for Egypt around noon today in a mission to bring home Malaysian students from the troubled country. National Security Council secretary Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab said the aircraft would also bring along foodstuff. "At noon today, the aircraft will take off from Kuala Lumpur. They are taking with them food supply such as rice, cooking oil, flour, canned food and so on," he told Bernama earlier when contacted. He added that the government was now arranging temporary visas with the Saudi Arabian government to enable evacuation of students to Jeddah. "Their number is huge so we are bringing them to Jeddah

Berita Mesir !!

Mubarak bercadang dan memutuskan untuk tidak bertanding bagi jawatan presiden pada pilihanraya akan datang...oleh yang demikian dia akan kekal bertugas di pejabat sebagai presiden mesir sehingga berlangsungnya pilhanraya umum akan datang...ada udang d sbalik batu

Al Jazeera : Egypt's president says in a speech that he will step down at the next election but would stay in office until then.

Berita Mesir !!

assalamu'alaikum...
Untuk makluman semua...awalnya ana dapat sms dari zauji(suami) di kaherah hari jumaat(lepas solat jumaat waktu kaherah), bagitahu yang ada muzoharat (demonstrasi) dan banyak kereta kebal. Keadaan tegang di Tahrir..itu sms terakhir saya dapat..Selepas itu sms saya tak berbalas dan call guna IDD dan hand.set pun tak dapat..
sampai hari isnin...saya tak dapat hubungi..rasa risau tambahan anak di sini mula demam.pagi isnin seorang sahabat cadagkan ana call guna internet yang biasa student sana guna-lowratevoip..ana try kerana ana ingat pasword lowrate kepunyaan suami..hamdallah dapat...tapi tak berapa clear...
setakat hari ini ana sudah call 3x. keadaan yang teruk di Tahrir..area h.asyir ok...cuma perintah berkurung dari pukul 3ptg hingga 8pgi..bank2 tutup..atm tak boleh guna..harga barang-barang semua naik dan dicatu, harga tiket flight pun melambung hingga le5k utk 1way...flight banyak delay n cancel.
suami bagtahu kena berhati-hati dan semua student kena berkumpul di rumah negeri..
hari ini husband ana kat zaqaziq(dia tekad balik zaqaziq semalam kerana kad pengenalan dan dokumen penting masih berada di rumah sewa )
keadaan di zaqaziq tenang tak sepertt di kaherah tetapi perlu berjaga-jaga...
ana harap semua student n rakyat malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin,walaupun sesetengah tempat dilaporkan tenang.
masalah seperti atm tak boleh guna-sukarkan mereka yang tiada duit belanja dengan barang yang dicatu dan naik harga..
sama seperti situasi negara perang.wallahu a'lam.
Sumber :ummu wafa' nafisah,klang,slgr.

Tuesday, February 01, 2011

Berita Mesir !!

Sumber : A. Ubaidillah Alias
1 Februari 2011, Gerakan Membantu Pelajar-pelajar Kelantan di Mesir (GETIR) baru sahaja selesai mengadakan sidang media di tingkat 2, bangunan YAKIN, Kota Bharu. GETIR yang dianggotai oleh Alumni Keluarga pelajar Kelantan Mesir (AKPM) mengadakan sidang media bersama wakil-wakil akhbar termasuk pihak astro Awani. Ustaz Zulkifli selaku Yang Dipertua Alumni mewakili GETIR membuat kenyataan akhbar bertujuan MERAYU dan MEMOHON agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan proaktif dengan membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir.
Ini kerana memandangkan situasi politik Mesir yang bergolak dan tidak akan pulih dalam masa yang singkat. Beberapa situasi pelajar di Muhafazah agak tegang sehingga bekalan elektrik dan air sudah terputus. Manakala sebahagian besar pelajar Malaysia sudah dibawa oleh pihak polis menuju penempatan baru yang lebih selamat.
Seorang bapa kepada pelajar perempuan yang mengambil jurusan perubatan menyatakan bahawa beliau sempat berhubung dengan seorang anaknya di Tanta pada minggu lepas. Anaknya sempat menghubungi dan mengatakan bahawa dia dan rakan-rakan yang lain akan dibawa oleh pihak polis ke satu tempat penempatan baru. Selepas itu, anaknya dikhabarkan tidak menghubungi lagi ibubapanya.
Pihak GETIR juga sempat menjemput seorang mahasiswi jurusan pergigian Kaherah yang baru sahaja pulang semalam ke malaysia. Katanya, pada malam perarakan dibuat, internet sudah tidak berfungsi. Manakala bank pula tidak dapat mengeluarkan duit. Kebanyakan pelajar tidak dapat membeli barangan makanan dan juga tiket pulang disebabkan masalah pengeluaran wang. Namun siswi itu bernasib baik kerana ibu rakannya ada bersama, ibu rakannya membantu dia membeli tiket penerbangan menggunakan kad kredit. Akhirnya dia, rakan dan ibunya terbang menaiki Gulf Air ke Malaysia.

Pada malam kejadian, suasana di Kaherah terutamanya di Hayyu Sabiek yang merupakan penempatan pelajar Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal. Namun, jarang-jarang sekali kedengaran bunyi jeritan orang dan tembakan senjata.

Diberitakan bahawa beberapa buah penjara telahpun dipecahkan, ramai penjenayah sudah bebas dan kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi. Pihak kedutaan Malaysia sudah menasihatkan agar setiap pelajar mengemas pakaian dalam satu beg sekitar 10kg sebagai langkah bersiap-sedia untuk berpindah jika diarahkan. Semua pelajar yang berada di rumah sewa diminta untuk berkumpul di rumah Badan Kebajikan mengikut negeri masing-masing.

Memandangkan situasi politik yang sukar dibaca, sebahagian besar pihak meramalkan bahawa keadaan akan bertambah buruk dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, pihak GETIR berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini daripada sumber-sumber yang sahih. Disamping berusaha berhubung dengan pihak Wisma Persekutuan dengan hasrat merayu membawa pulang semua pelajar Malaysia tanpa mengira status bangsa dan jurusan.
Persoalan : Sejauh mana respon Kerajaan Malaysia dalam isu ini?
Sekian,
A. Ubaidillah Alias

Berita Mesir !!

Sumber : muqriah03
Petang semalam (Isnin) ada contact sahabat di mansurah (Penasihat dpm skrg, us Adham) buat masa sekarang urusan kuliah ditawaqqufkan termasuklah urusan-urusan lain. Perintah berkurung..Katanya, dalangnya bukan Ikhwan bahkan ini kebangkitan rakyat. Kedai-kedai masih ada yang buka macam biasa. Komunikasi dengan orang luar terputus.Yang ada blog-blog ni..kena check dgn amnu daulah (diorang ni ada penterjemah yang handal).

Berita Mesir !!

Sumber : syedkadir@yahoo
Petang semalam ana contact dah Presiden PMRAM.
1.Katanya smlm (31/1) keadaan ok je. Takde masalah besar. Cumanya mereka kena berjimat lebih sedikit. Kedai-kedai buka macam biasa. Cuma perintah berkurung dari pukul 4 petang. So lepas pukul 4 kedai-kedai dah mula tutup. Satu lagi, bank dan ATM semua tutup. Jadi siapa yang duit tinggal sikit dalam poket memang sangat susahlah.

2. Berita mahasiswi kena rogol tak betul.

3.Berita mahasiswa kena tembak di kaki betul, tapi dengan peluru getah. Di Tanta. 2 orang.

4.Dua rumah setakat ni yang dirompak. Satu rumah mahasiswa di Syibin Elkom. Dan satu lagi rumah mahasiswi Terengganu di Gami'. Rumah lain Alhamdulillah tak ada yg dirompak. Cumanya selalu juga diketuk pintu oleh orang Arab yg tak dikenali.

Berita Mesir !!

1.Suzanne Mubarak, isteri Presiden Hosni Mubarak, dipastikan telah berada di London. Dia terbang dengan menggunakan jet pribadi, pada hari yang sama dengan Menteri Pertahanan Mesir ke Amerika Syarikat untuk menyelamatkan diri. Suzanne kelihatan bersama anak perempuannya dan lebih 100 buah beg. Mereka tiba di London untuk bersama dengan Gamal, anak lelaki yang disebut-sebut sebagai "putra mahkota" yang persiapkan untuk menjadi presiden Mesir. Menurut laporan Press TV dan beberapa tweet di Twitter telah memastikan, jet pribadi Suzanne itu telah mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London. Sumber :Republika Suzanne Mubarak Terbang ke London, Republika Online


2. "Hari Kemarahan" di Syria Pertubuhan Politik dan Hak Asasi Manusia Syria mendakwa akan mengadakan "Hari Kemarahan" di Syria, untuk memprotes tindakan kerajaan di ibu kota Syria; Damascus dan kota-kota lain. Perhimpunan akan diadakan di hadapan Dewan Rakyat (Parlimen) pada hari Sabtu, 5 Feb. -- Sumber :
www.tanfis.com