Thursday, March 14, 2013

Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan

7-10 Mac ; Saya berkesempatan menghadiri Persidangan Imam Besar peringkat kebangsaan yang setiap tahun diadakan. Tahun 2013 diadakan di Sungai Petani Kedah serentak dengan majlis penutup hafazan al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan di Kompleks Haji Bayan Lepas Pulau Pinang.



 Bersama teman menunggu di Airport Kuantan. 

Bersama Imam Masjid Daerah Bentong

di Dewan seminar
 Sesi bersama Al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Mohd al-Bakri, Insya Allah al-Fadhil Dr. Zulkifli akan berada di Masjid Sultan Mahmud Lipis pada 25 Mac 2013.

 Teman-teman  dari Penang datang berziarah setelah 5 tahun tidak bertemu, sepengajian semasa di Mesir dahulu

 Peserta dari Pahang
 Sarapan pagi di Penang
 di airport Bayan Lepas
 Imam IM di hadapan kaunter pertukaran. Nak bertukar ke mana?
 Di Majlis Hafazan al-Quran
Tahniah buat Mohd Ismail bin Hasanuddin johan kategori 1-30 juzuk merangkap peserta yang memperolehi markah tertinggi.

Tilawah Peringkat Daerah Lipis

6 Mac program Majlis tilawah al-Quran peringkat daerah Lipis telah dijayakan. Saya bersembang dengan orang-orang lama, mereka menyatakan majlis tilawah sekarang tidak semeriah dan serancak dahulu. Menurut mereka, zaman dahulu pertandingan tilawah dilaksanakan bermula di peringkat kampung, mukim kemudian johan di peringkat kampung akan bertanding di peringkat daerah.

Kini suasana itu sudah tiada, setiap kali  majlis tilawah akan diadakan, puas penganjur mencari-cari peserta. Tiada lagi pertandingan di peringkat kampung, Walaupun penganjur meminta Tok Penghulu atau Tok 4 menghantar wakil..tetapi tiada respon balas dari mereka. Ada tok 4 yang kata pihak penganjur tidak membuat hebahan yang meluas, Orang ramai tidak tahu dsb...

Namun majlis berjaya dilaksanakan, walaupun peserta tidak ramai.  Tahniah buat muka-muka baru yang masih muda  mengambil bahagian. Insya Allah mereka akan menjadi pelapis kepada qari-qari veteran yang tidak layak untuk masuk bertanding kerana peraturan pertandingan ada menghadkan umur peserta.   
Semoga dengan majlis ini, semakin menimbulkan kecintaan kita untuk mempelajari ilmu al-Quran..insyaAllah. 
 Penonton boleh turut sama membaca kerana ayat al Quran dipaparkan di skrin.
 Kerusi VIP yang kosong, Kalau program pemberian bantuan kadang-kadang penganjur kena tambah lagi kerusi VIP. 
 AF Qadhi menyampaikan ucapan perasmian.
Pengerusi Jemaah Hakim (Ustaz Razuan Jamal, bekas johan Qari Negeri Pahang) membacakan keputusan. Kelihatan Tuan Jurutera Daerah (berbaju melayu merah muda)

Program Masjid Gemilang

Jabatan Agama Islam Pahang ada menganjurkan program Masjid Gemilang Negeri Pahang semenjak dilancarkan pada 14 Mei 2003. Pelbagai katogeri dipertandingkan dalam program ini. Antaranya anugerah prasarana dan persekitaran terbaik, anugerah urustadbir masjid terbaik, anugerah masjid paling imarah, anugerah masjid cemerlang.

Bagi melaksanakan program ini, ada AJK yang dibentuk. Untuk  jawatankuasa pelaksana Fasilitator : AF Qadhi Daerah. 

Kategori Masjid Tradisi/Felda/ Taman :
Ketua Pasukan : Penolong Qadhi Unit Pengurusan Masjid
Ahli : Pegawai Masjid & AJK Masjid.
Urusetia : PT Unit pengurusan Masjid

Masjid Daerah :
Ketua Pasukan : Imam 1 Masjid Daerah
Urusetia : Pegawai masjid daerah

*(untuk masjid daerah tiada ahli ?, dan AJK tidak terlibat..Sebenarnya apa peranan AJK masjid Daerah?)





 Pembentangan kertas kerja. 


 Forum bersama TYDP MUIP dan YB Munawar wakil Exco Agama. YB tidak  menjawab langsung persoalan panel tetapi berkempen PRU sehingga menimbulkan kemarahan peserta. 

Perasmian penutup oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Solat subuh berjemaah di surau hotel. Hotel MS Garden mempunyai surau yang agak besar berbanding hotel-hotel lain di negeri Pahang (x boleh lawan dengan De Palma). Sebahagian Syer hotel Ms Garden dipunyai oleh Majlis Ugama. So..dari check in hotel-hotel lain molek lah ke MS Garden ni.

Friday, March 08, 2013

Projek Bina Kedai KOOP Masjid

Setelah beberapa ketika menunggu, kini projek untuk membina bangunan kedai untuk Koperasi Masjid Sultan Mahmud Berhad mula dijalankan. Diharapkan proses pembinaan ini berjalan lancar, dan dapat digunakan secepatnya. Terima kasih kepada yang sudi membantu koperasi baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah jua yang membalasnya...Amin...




Al-Fadhil Qadhi turut meninjau tapak projek.

Al-Fadhil Qadhi bersama Kontraktor




Koperasi Masjid Ketari Bentong yang telah membina bangunan kedainya..wajar dijadikan contoh oleh masjid-masjid lain. 



Tuesday, February 26, 2013

Chap Goh Mei

Pejabat Agama Islam Daerah Lipis & Majlis Ugama Islam Cawangan Lipis telah menganjurkan program Cap Goh Mei bersama masyarakat cina yang beragama Islam bersama kaum keluarga mereka yang bukan muslim. Chap Goh Mei biasanya disambut dalam bentuk kekeluargaan dan merupakan kemuncak dan penutup sambutan tahun baru cina.

Hamper yang disediakan oleh Koperasi Masjid Sultan Mahmud, isinya tidak sama  dengan hamper-hampr yang disediakan oleh pasaraya biasa.
 Dr. Ann Wan Seng dalam  sesi dialog 

 Yee Sang & Limau 
 Tengah menggaul Yee Sang

 Mr. Tan -ketua Kampung (penempatan cina) di Padang Tengku kanan sekali 

 Berchopstik.. 





 hidangan terakhir- sayur
 Dr Ann Wan Seng berkuliah maghrib di Masjid Sultan Mahmud Lipis.

 Kelihatan YH Dato' Pegawai Daerah Lipis (berbaju coklat)


 Dr Ann Wan Seng menjual buku tulisannya berserta tandatangan, kelihatan YM Tuan Jurutera Daerah Lipis (baju melayu putih, berkopiah hitam)..

Thursday, February 14, 2013

Jom imarahkan Masjid..


Mutakhir ini kita melihat budaya pengajian ilmu di masjid dan surau dalam Negara kita semakin diminati orang,  golongan tua, muda, lelaki dan perempuan semuanya terlibat sama.
Kelas-kelas pengajian begitu rancak diatur oleh pentadbir masjid. Bermula dengan kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah muslimat, kuliah zohor, kelas pengajian al-quran selepas asar, kuliah maghrib, kelas al-quran selepas isyak, ceramah perdana, forum, kuliah bulanan dan bermacam lagi dalam rangka aktiviti pengimarahan masjid.

Fenomena positif ini kebanyakannya berlaku  Bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Para ustaz dan ustazah tersohor yang dilabel selebriti semestinya mempunyai jadual yang padat bagi mengisi aktiviti-aktiviti pengimarahan tersebut.

Namun dalam keseronokan pentadbir-pentadbir masjid di bandar-bandar besar menyusun pengkuliah, mencari penceramah yang terkenal, terdapat banyak lagi masjid dan surau yang tidak dapat memaksimakan aktiviti pengimarahannya terutamanya memenuhkan diari masjid dengan majlis pengajian ilmu.

Isu ini disebabkan beberapa perkara:
AJK SALAH FAHAM -Ada masjid terbabit yang AJKnya memang sengaja tidak mahu mengimarahkan masjid mereka. Pada mereka masjid hanya tempat solat semata-mata.

AJK YANG SEKULAR –mereka bukannya ahli masjid, tetapi orang kuat politik sekular. Disebabkan itu mereka dipilih oleh ketua kampong menjadi AJK walaupun tidak disukai oleh ahli Jemaah. Mereka sengaja membiarkan masjid tidak berprogram, Jika mereka AJK menganjurkan banyak program ilmu, nanti ahli Jemaah semakin ramai memahami Islam akhirnya mereka takut ahli Jemaah akan menentang parti politik mereka.

MASJID & SURAU TIADA KEWANGAN (saya ingin mengulas isu ini)- kebanyakannya di kampong tradisional yang sangat jarang orang luar singgah, hanya ahli kampong terbabit yang berjemaah di masjid. Bukannya tidak ada tabung masjid, tetapi yang menderma hanyalah ahli kampong tersebut  yang terhad dan sudah tentu jumlah kutipan sangat sedikit, dengan kebanyakannya sudah berumur dan bekerja kampong sahaja ada yang kutipan setahun hanya berjumlah RM 400, RM 500 dan mungkin ada yang lagi sedikit dari jumlah tersebut. Dengan kewangan masjid  yang sangat terhad mana mungkin mereka mampu menganjurkan function yang besar. Duit habis dengan bayar bil air dan api sahaja.

Kadang-kadang dalam setahun, adalah sekali dua Jabatan Agama akan memilih masjid-masjid di pedalaman untuk berprogram bersama ahli qaryah. Punya suka mereka, sampai sekampung  turun mengambil bahagian, memasak bergotong royong  dengan sedikit duit peruntukan dari Jabatan. Jika tiada duit peruntukan, kembali sepi masjid mereka.

Bila mereka dengar masjid-masjid di bandar besar menganjurkan program besar, jealous juga mereka. Mungkin mereka boleh juga cuba mencari dan menghubungi penceramah-penceramah yang tersohor. Cumanya kesanggupan penceramah untuk turun ke pedalaman dan yang tak enaknya ada pula penceramah yang letak harga yang tinggi untuk kos depa datang berceramah (baca bukan semua..hanya sebahagian yang peratusnya sangat kecil).

Saya juga mengalami, bila menghubungi penceramah..bila dengar daerah yang hulu..ada yang kata jauh, payah nak pergi..bila kita tengok jadual depa, jauh ke luar negara boleh pula..Itu kalau dapat panggil sekali datang, beribu bayar..Guru-guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebulan ada yang dapat RM 200 sahaja. Kerja lagi susah nak didik budak-budak kecil. Berceramah senang..cakap sahaja..menyanyi sikit, buat lawak bagi orang gelak-gelak..lepas tu beribu dapat syeikh….  

Di sini, saya ingin mengesyorkan kepada masjid kampong yang kewangannya tipis, Di bawah JAKIM ada disediakan Guru Takmir, setiap masjid dan surau layak memohon guru takmir untuk mengisi kuliah pengajian ilmu. Masjid dan surau tidak perlu runsing untuk membayar saguhati kepada ustaz-ustaz. JAKIM yang akan bayar. Walaupun jumlahnya tidak besar lepaslah untuk duit minyak kereta. Namun setiap masjid dan surau hanya boleh SEORANG sahaja menerima guru takmir.

Majlis Ugama Pahang (MUIP) ada menyediakan Brigged Penceramah, tetapi terhad untuk masjid sahaja yang boleh memohon. Untuk surau hanya guru takmir sahaja. Maknanya kalau setiap masjid ada guru takmir dan briged penceramah sudah ada dua majlis pengajian ilmu dalam seminggu. Bagi surau ada sekali seminggu. Selebihnya AJK masjid di kampong-kampung kena lebih kreatif. Mungkin sesuai kita katakan.. sekarang menjadi AJK masjid di kampong lebih mencabar berbanding di Bandar..Wallahua’lam..




 Surau Kg Lalang yang sudah setahun setengah tidak digunakan..
 Sejadah pun tiada, ambil dari masjid qaryah..
 Tok Ketua Kampung dalam ucapan aluan, pakai mic portable kuasa bateri..berhasrat ingin menghidupkan kembali surau ini...
Insya Allah bermula dengan program kuliah dwi mingguan dalam rangka ingin menghidupkan kembali surau ini..

Wednesday, February 06, 2013

Cerita AJK masjid..

PERLANTIKAN AJK
Kebanyakan masjid-masjid dalam Negara kita mempunyai AJK. Bagi negeri Pahang, perlantikan AJK dibuat berdasarkan cadangan al-fadhil Qadhi daerah ke Jabatan Agama Islam Negeri. Jabatan Agama akan mengangkat pula ke Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu (MUIP). Sebelum daripada ini, perlantikan AJK dibuat oleh ahli qaryah dalam mesyuarat agong. Kini cara itu tidak berapa dipraktikkan lagi, ahli qaryah hanya boleh melantik 2-3 orang sahaja, yang lain dilantik tanpa melalui pemilihan dalam mesyuarat agong. Kesnya kerana campur tangan daripada ahli politik pemerintah yang melihat kebanyakan daripada ajk masjid terdiri dari kelompok pembangkang jika dipilih melalui pemilihan dalam mesyuarat agong. Sebab itu kebanyakan dari masjid qaryah pengerusinya terdiri daripada penghulu, ketua kampong, ketua cawangan…


MESYUARAT AGONG
Berbeza dengan Masjid Daerah, langsung tiada mesyuarat agong. AJK  pula dilantik dari mereka yang berjawatan besar di peringkat daerah. Mungkin pengerusi terdiri dari kerabat, orang besar bergelar dan pegawai daerah. AJKnya pula Jurutera Daerah, Ketua Polis Daerah, Pegawai Pelajaran Daerah, YDP Majlis Daerah dan ketua-ketua jabatan di peringkat daerah.

KEKERAPAN MESYUARAT
Kekerapan Mesyuarat AJK masjid-masjid juga berbeza. Ada masjid yang bermesyuarat secara bulanan, namun ada yang tak pernah buat mesyuarat. Bagi masjid daerah yang AJKnya terdiri dari orang besar-besar lagilah sulit hendak mengadakan mesyuarat. Kalau buat mesyuarat pun ramainya yang menghantar anak buah menjadi wakil.

TABIAT AJK
AJK masjid boleh dibahagikan kepada beberapa kategori :
-AJK yang  dilantik menjadi AJK disebabkan jawatan yang disandang, biasanya menjadi ketua jabatan di peringkat daerah walaupun dia bukanlah merupakan ahli Jemaah tetap yang istiqamah hadir ke masjid.Positifnya untuk memudahkan gerak kerja dan aktiviti. Contohnya bila nak buat gotong royong, ketua-ketua ini akan mengerahkan staf masing-masing dan menggunakan peralatan mereka, seperti JKR, Majlis daerah, bomba, polis dan askar.

Negatifnya ialah, kebanyakan daripada ketua-ketua jabatan (bukan keseluruhannya) bukanlah terdiri daripada ahli Jemaah yang konsisten hadir ke masjid. Mereka hadir pada hari jumaat sahaja dan program-program besar yang melibatkan orang yang lagi besar dan berjawatan yang hadir. Apabila jarang hadir, mereka tidak menjiwai masjid itu sendiri.

-AJK yang dilantik tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat apatah lagi untuk melazimi bersolat Jemaah, mendengar kuliah & ceramah di masjid.
Perkara ini terjadi, biasanya kepada AJK yang dilantik disebabkan jawatan dan pangkat besar di peringkat daerah. Ada yang tidak pernah hadir ke mesyuarat AJK, hanya menghantar wakil yang sahaja ke mesyuarat.

-AJK yang dilantik tetapi macam dia tak tahu yang dia dilantik menjadi AJK.
Berlaku kepada ajk yang tidak pernah menghadiri mesyuarat termasuk  tidak pernah  menghantar wakil menghadiri mesyuarat.

-AJK yang rajin datang ke mesyuarat sahaja, tetapi jarang sekali menghadirkan diri ke masjid dan program-program anjuran masjid.

-AJK yang hadir ke mesyuarat dan selalu hadir berjemaah di masjid walaupun mempunyai jawatan besar di peringkat daerah.


PERANAN AJK
AJK Masjid berperanan besar  dalam mengoperasikan Masjid. Dari segi pembangunan, keceriaan, kebajikan, keselamatan, pengimarahan dan bermacam-macam lagi.

KESIMPULAN
Kita lihat masjid yang imarah, kebiasaannya mempunyai AJK yang istiqamah dalam membangunkan masjid. Mereka tidak mengharapkan jawatan tetapi bekerja bersungguh-sungguh dalam membangunkan masjid. Mereka bekerja tanpa ada elaun bahkan kadangkala mengeluarkan biaya sendiri demi memastikan rumah Allah sentiasa terpelihara dan diagongkan.

Sekian. 

p/s : Masjid kami baru sahaja mengadakan mesyuarat AJK yang dijadualkan 3 bulan sekali. Sekali dengan majlis penghargaan kepada AJK yang lama yang telah tamat sesi yang lepas.


 Mesyuarat berlangsung di Residen Inn, dipengerusikan oleh YH Dato' Pegawai Daerah (DO)
agak-agak saya duduk di mana :) 


 penyampaian cenderamata kepada bekas AJK, anak kepada bekas setiausaha menerima bagi pihak ayahnya yang uzur. Berkhidmat lebih daripada 25 tahun selaku setiausaha masjid.

 YH Dato' DO menyampaikan cenderamata kepada bekas bendahari masjid yang juga telah menjawat jawatan bendahari masjid lebih daripada 25 tahun. 
 jamuan selepas mesyuarat.