Sunday, August 11, 2013

Kemas Telekong wakaf di masjid


Kertas Cadangan

Projek : Menyediakan pakaian solat wakaf seperti  telekong dan kain pelekat untuk kegunaan Jemaah secara bersistem.

Masalah :

1. Telekong dan kain pelekat tidak disimpan dan disusun dengan baik dan kemas oleh pengguna.


2. Masjid tidak mempunyai petugas khas dan sepenuh masa untuk mengemas.

3. Telekong dan kain pelekat yang disediakan menjadi cepat berbau dan bertahi lalat akibat tidak disusun dengan baik.

4. Pemandangan dalaman masjid menjadi tidak menarik.

5. Arahan yang ditampal  supaya pengguna mengemaskan pakaian solat wakaf tidak diendahkan.


Cadangan Penyelesaian :


1.     Menyediakan pakaian solat wakaf secara berpusat yang dipantau oleh pengawal keselamatan.
2.     Sesiapa yang ingin menggunakan pakaian solat wakaf boleh mendapatkannya di meja pengawal keselamatan.
3.     Masjid melancarkan kempen pengguna membawa pakaian solat sendiri kemana-mana.




Contoh Pemandangan Sekarang :



Wednesday, August 07, 2013

Ragam Qiamullail

Bulan Ramadan segala amalan kita, balasannya akan dilipat kali gandakan. Justeru semestinya kita memperbanyakkan amalan kita lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lain. 
Selain  ibadah yang khusus disyariatkan dalam bulan Ramadan iaitu berpuasa fardu pada waktu siang dan solat sunat terawih pada waktu malam, pelbagai lagi amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan. antaranya membaca al-Quran.

Kita sudah dimaklumkan yang al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan, Kita sambut hari nuzul al-Quran. Rasulullah s.a.w pada setiap Ramadan akan bertadarus dengan malaikat Jibril..mengambil sunnah tersebut sewajarnya kita memperbanyakkan bacaan al-Quran kita dalam bulan Ramadan. Mutakhir ini, kebanyakan program-program tadarus anjuran masjid, surau, jabatan-jabatan semakin kurang penyertaannya..Husnu Dzan masing-masing bertadarus sendiri-sendiri di rumah?..ataupun kerana segan tidak pandai membaca al-Quran? Contoh di masjid kami, seramai-ramai rakyat dalam mukim dan Qaryah..tak sampai 20 orang pun yang menyertainya. Paling dukacita kaum lelaki.

Qiamullail juga merupakan amalan yang sangat dituntut terutamanya di 10 malam terakhir Ramadan. Saya tidak mahu menceritakan berkenaan fadhilat dan dalil berkaitannya cuma ingin menyebut beberapa kebiasaan semasa Qiamullail.

-Qiamullail ialah solat malam yang juga dinamakan tahajjud yang sebenarnya tidak sunat dilakukan secara berjemaah (rujuk kitab-kitab Feqah seperti Fiqh Manhaji). Kebanyakan di tempat kita, Qiamullai akan dilaksanakan apabila diprogramkan oleh pihak masjid. Di masjid kami (baca tidak semua tempat), bermula malam ke 15 Ramadan, Masjid dibuka untuk siapa-siapa yang ingin melaksanakan Qiamullail dan iktikaf di masjid. Salah faham yang berlaku, mereka yang datang akan complain tiada imam yang handle qiamullail..jadi malam ke 16 ke atas tiada yang hadir untuk iktikaf dan Qiamullail di masjid.

-10 malam terakhir, barulah kami memprogramkan qiamullail jamaie di masjid, timbul isu, para jemaah mengarahkan imam untuk melaksanakan solat sekian-sekian. Pernah berlaku, jemaah merungut dan ada yang sampai marah kerana imam tidak melaksanakan solat tasbih. Imam hanya buat solat tahajjud 8 rakaat, katanya : solat tahajjud buat apa..kami boleh solat sendiri..kami nak solat sunat tasbih..Imam pula masih 'budak' (pelajar tahfiz)..kesian pula kena 'sound' .

-ada yang sementara menunggu imam tiba, hanya duduk berborak..sambil gelisah menyatakan 'tak sempat lah kita ni karang'..pernah ada yang menyebut kepada saya..saya katakan : apa pula tak sempat?..solat  sunat ini ikutlah berapa rakaat pun kita nak buat..

-Kebiasaan bila 'program' Qiamullail, lampu masjid tidak dibuka (bergelap), sampai ada yang menanyakan kepada saya..memang kita kena bergelap ke?..Pernah bilal kami terpasang lampu, gerun dia melihat mata-mata jemaah yang memandangnya seolah-olah tindakannya membuka lampu adalah salah, ada jemaah yang bagi isyarat tutup semula,  Qiamullail tidak habis lagi.. Mungkin ada yang beri alasan untuk khusyuk..So?..kenapa solat fardhu maghrib, isyak dan subuh yang lagi aula untuk kita khusyuk tidak tutup lampu?..

-Bila masjid gelap, mungkin ada jemaah yang lebih selesa untuk buat secara fardi..terbatas ibadah mereka. Ada yang ingin membaca al-Quran..tapi tak boleh nak baca kerana masjid tidak buka lampu..

-Begitulah antara pelbagai ragam timbul..kenapa masalah berlaku?..antara punca utamanya ialah kita buat sesuatu tanpa mendalaminya..tanpa mempelajarinya..lebih kepada ikut-ikut..tradisi..dan semacam budaya sahaja..

-akhirnya..semoga amalan kita dalam ramadan kali ini diterima Allah, dan teruskan semangat beribadah dalam ramadan ini ke bulan-bulan seterusnya..InsyaAllah. 


Saturday, August 03, 2013

Sekitar Program Ihya' Ramadan

Program Ihya' Ramadan di masjid Sultan Mahmud..

 Ceramah Ustaz Shahdan Hasan

 Imam Terawih jemputan bersama YH Dato' Ahmad Faizol

 Ceramah Ustaz Idris Derus


 Menjamu selera bersama penceramah jemputan.



Berbuka Puasa..

Penghujung Ramadan ketika ramai yang sudah bercuti pulang ke kampung halaman, Saya masih stay di sini.. Ada lah sikit-sikit menghadiri jemputan berbuka puasa.. Terima kasih pada yang menjemput..mudahan murah rezeki.


 Khatam al-Quran di Surau Polis Lipis..seramai 15 orang anggota dan keluarga anggota yang menyertai Tadarus ini.

 Ketua Polis Daerah Lipis menyampaikan bantuan kepada Rumah anak-anak Yatim dan anak-anak yatim sebelum berbuka puasa

 Majlis Berbuka Yang amat bahagia Cik Puan Muda Pahang bersama anak-anak yatim daerah Lipis

Hezbollah Food, Bukit Residen belanja kami berbuka puasa di kedainya..

Wednesday, July 31, 2013

Selawat semasa solat terawih


Dalam bulan Ramadhan kita disunatkan untuk melaksanakan solat sunat terawih, ada masjid yang buat 8 rakaat dan ada yang buat 20 rakaat. Bagi saya terpulang nak buat berapa rakaat, yang penting jangan saling  salah menyalah antara satu sama lain. 

Kita biasa dengar kata-kata dari  kelompok yang buat 8 rakaat berhujah Nabi S.a.w dahulu hanya buat 8 rakaat. Ketika saya di Mesir dahulu memang kebanyakan masjid buat 8 rakaat. Walaupun 8 rakaat tetapi 1 juz semalaman. Tempat kita 8 rakaat, baca ayat lazim yang pendek-pendek. Pukul 9.30 dah boleh moreh. 

Bagi yang buat 20 rakaat, jangan pandang serong pada yang buat 8 rakaat. Berlambak lagi manusia di luar sana yang tak buat walau 2 rakaat pun solat terawih.

Kebiasaan di tempat kita, selang antara 2 rakaat, para jemaah akan sama-sama berselawat. Timbul isu setempat, ada surau & masjid yang pentadbirnya tak bagi berselawat. Alasannya zaman Nabi dahulu tak buat.. 

Bagi yang berselawat, selawatlah elok-elok..insyaAllah ada pahalanya bagi mereka yang sentiasa berselawat buat junjungan Rasulullah s.a.w.

Di Bandar Lipis, ada masjid tertua di sini yang pernah bergelar Masjid Negeri Pahang suatu ketika dahulu semasa Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang. Sekarang masjid ini ditadbir oleh Persatuan India Muslim sehingga masjid ini masyhur dengan panggilan masjid India. Uniknya, Persatuan ini membiayai dan mendatangkan imam tetap masjid dari negara India.

Bagi yang berkesempatan, boleh singgah bersolat terawih di sini. Lafaz Selawat yang dialunkan oleh imam dan para jemaah tidak sama dengan kebiasaan yang dibaca di masjid dan surau. Memang lafaz selawat dibawa khas dari negara India.

Monday, July 29, 2013

Minyak Diesel Habis?


Pelik betul, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh kehabisan minyak diesel  di stesen-stesen minyak. Detik sukar bagi pengguna diesel termasuk saya. Boleh jadi musafir yang kehabisan bekalan..tersadai menunggu bekalan. 

Apapun perkara ini sangat menyukarkan..Malaysia yang mendakwa semakin maju di bawah pemerintahan Dato' Sri Najib, sewajarnya perkara seperti ini tidak berlaku. Pihak kerajaan yang dipilih sewajarnya mengatasi masalah ini dengan segera. Jangan pula ada menteri yang berkata ' tak payah pakai minyak diesel' seperti ada menteri yang berkata sebelum ini ' tak payah makan ayam'.

Tuesday, July 23, 2013

Berbuka Puasa matlamat utama?


Dalam bulan Ramadan, saya perhatikan
kelas-kelas pengajian al-Quran (kelas mengaji) yang biasa dilaksanakan pada bulan-bulan biasa tergendala dalam bulan Ramadan. Kebiasaan kelas mengaji baik untuk dewasa, remaja atau kanak-kanak dijalankan pada waktu petang sama ada mula pukul 3.00 ataupun selepas asar. Ada juga kelas yang dijalankan pada waktu malam, selepas maghrib atau pun Isyak.

Antara punca kelas mengaji petang tertangguh dalam bulan Ramadan, kerana masing-masing memberi alasan untuk membuat persiapan berbuka puasa. Jadi semua program lain tidak boleh dijalankan disebabkan persiapan untuk berbuka puasa.

Kita berpuasa dalam bulan Ramadan bukanlah matlamat utamanya untuk berbuka puasa. Bila kita meletakkan matlamat utama kita berpuasa hanya untuk  berbuka puasa semata-mata, itu yang kelas mengaji sampai stop. Separuh dari masa petang kononnya dihabiskan untuk persiapan berbuka puasa.

Sampaikan penyakit ini merebak kepada pegawai masjid seperti imam dan bilal. Ada imam dan bilal sepanjang bulan Ramadan tidak hadir untuk menjalankan tugas di waktu maghrib. Puncanya kerana hendak berbuka puasa di rumah. Mereka meletakkan keutamaan berbuka puasa lebih dari amanah tugas yang digalas untuk memimpin perjalanan solat maghrib di masjid.

Hendak buat perbandingan, amanah lagi DJ radio, duduk berbuka di konti berbanding pegawai masjid yang tidak hadir maghrib di masjid.

Ramadan ini, saya tetap jalankan kelas mengaji di waktu petang, dan alhamdulillah anak murid tiada masalah untuk hadir, dan boleh juga berbuka puasa sama macam orang lain juga.

Semoga Ramadan yang berbaki ini, kita lipat gandakan amalan kita..jangan banyak masa tergendala disebabkan persiapan untuk berbuka puasa. 
Pengajian selepas asar di Masjid

Monday, July 15, 2013

Ragam Tadarus al-Quran


Amalan tadarus al-Quran dalam bulan ramadhan memang sudah menjadi kelaziman bagi umat Islam termasuklah di Negara kita. Pelbagai versi tadarus yang popular  diamalkan di tempat kita, antaranya :

i)             Bahagikan 30 kumpulan, setiap kumpulan baca 1 juz. Tak sampai 2 jam dah boleh buat majlis khatam. Saya tidak sarankan kaedah ini melainkan setiap kumpulan ahlinya memang mahir baca al-Quran ataupun sekurangnya setiap kumpulan mempunyai seorang munabbih yang akan menegur dan mengajar ahli kumpulan yang lain. Jika tidak..semua akan baca ikut selera masing-masing, hukum hakam tajwid habis dilanggar..yang penting khatam. Tadarus seperti ini biasanya digelarkan dengan Tadarus perdana, sebab dibuat secara besaran dan majlis khatam dapat dilakukan hanya dalam 2 jam bertadarus.

ii)             Tadarus secara harian dalam kumpulan, ada yang baca selepas solat terawih ataupun pada waktu pagi. Rutinnya sejuzu’ satu hari. Dalam kumpulan juga perlu ada yang boleh menjadi guru kepada yang lain.

iii)           Tadarus Fardi, secara sendiri-sendiri..kalau boleh perlu dilazimi oleh setiap muslim..terpulang nak baca banyak ataupun sedikit mengikut kemampuan. Jangan tak baca langsung al-Quran.

Kita bertadarus dengan bacaan yang betul, tidak gopoh..jangan hanya disebabkan nak cepat khatam bacaan kita jadi tunggang langgang..Jika tidak dapat khatam pun tidak mengapa asalkan  dapat membacanya dengan baik. Lebih elok selain kita membacanya ruangkan masa juga untuk meneliti tafsiran ayat-ayat yang telah dibaca.

Sahabat saya, mengajar di sebuah sekolah menengah..dalam bulan Ramadan setiap pagi pelajar dikehendaki bertadarus bersama-sama. Adalah beberapa orang pelajar yang dapat ditangkap kerana ponteng tadarus. Alasannya tiada al-Quran dan sebenarnya memang betul pun dirumahnya langsung tiada al-Quran.

Mereka dirotan oleh Pengetua di punggung. Nak jadikan cerita ada pula yang semasa dirotan menepis rotan dengan tangan. Akibatnya tangannya luka..Siap report ke Balai polis. Pengetua pun dipanggil untuk  memberi keterangan di balai.

Bila selidiki mak ayah pelajar tersebut, memang merupakan kaki judi, tidak menunaikan solat jumaat ..kasihan kepada anaknya..anak menjadi begitu mungkin  kesan dari  persekitaran keluarganya. Dan dirumahnya memang  tiada al-Quran.

Jom kita bertadarus..jadikan membaca al-Quran sebagai rutin dan wirid harian kita.. inilah bacaan yang terbaik berbanding kita membaca apa jenis buku dan akhbar yang lain.

ps : Masjid kami menganjurkan tadarus bermula jam 8.00 pagi. Siapa yang berada di kawasan sekitar boleh lah join..

Wednesday, July 10, 2013

Aktiviti Ambang Ramadan



Ambang Ramadhan



1.  Saya menjadi hakim tilawah al-Quran di Program Ihtifal Kafa peringkat daerah Lipis. Komentar saya, masih ramai peserta yang tidak dapat membaca al-Quran dengan baik. Peserta yang mewakili sekolah Kafa masing-masing sudah pastinya mereka yang terbaik di sekolah tersebut. Jika mereka yang terbaik itu pun tidak dapat membaca al-Quran dengan baik, bayangkan pelajar lain yang tidak terpilih mewakili sekolahnya..lagi lah..

Antara yang ketara ialah :

-membaca sambil mencuri nafas
- Kadar mad yang tidak teratur
-waqaf & Ibtida yang bermasalah
-hukum 5 (ikhfa, iqlab, idgham, Izhar) masih tak settle
-hukum lam ta’rif

Peranan besar kepada guru yang mengajar mereka. Saya tahu benar status keupayaan guru kafa sebab saya terlibat untuk menemuduga mereka. Walaupun markah rendah..tetapi disebabkan kekosongan yang banyak..biasanya semua akan dipilih oleh HQ. Hasilnya jadilah macam ketam mengajar anak berjalan. Bukan semua guru Kafa begitu. Harapannya para guru dapat mempertingkatkan ilmu dan cara PnP mereka.

Peranan juga buat JAIP, kena sentiasa menganjurkan kelas/ bengkel/ seminar buat guru. Memang ada, tetapi kalau setahun sekali sahaja rasanya tidak memadai. Mungkin ada di kalangan guru yang membuat inisiatif sendiri mencari guru untuk belajar, tetapi peratusannya hampir tiada..kebanyakannya sudah merasa alim.


2.  sehari sebelum berterawih, kami menganjurkan jamuan makan nasi arab mandi di masjid. Konon nak dedahkan dengan orang sini kesedapan nasi arab. Nasi arab disediakan oleh Chef Hasbullah dari Kg Berchang. Kisah beliau yang menarik iaitu pernah dihujani beberapa tembakan oleh  polis yang mengalami masalah mental.







3.    Kedai Koperasi Masjid mula beroperasi di Masjid. Jemput siapa-siapa singgah di kedai koperasi yang terletak  di perkarangan masjid Sultan Mahmud.


4.     Solat terawih di masjid kami  tahun ini diimami oleh dua pelajar dari Maahad Imam Syatibi, Kedah, dahulunya lebih dikenali dengan nama Maahad Qiraat Azhar, Amal Aimi. Mereka ialah Hakim bin Che Soh dan Umair bin Dato’ Ahmad Faizul.

5. InsyaAllah tahun ini, iftar jamaie akan diadakan setiap hari di masjid, Jom semua kita beriftar di masjid.

6.   Tengahari tadi, saya berjumpa dengan Setiusaha UMNO Bahagian Lipis, depa terlambat untuk booking tarikh untuk taja iftar. Terlepas pandang katanya. Banyak lagi jabatan yang tidak membuat tajaan tahun ini..mungkin ada halangan tersendiri terutamanya apabila melibatkan kewangan. Cuma kali ini ramai ahli Jemaah yang membuat grouping sesame ahli jemaah untuk  berpakat  kongsi duit membuat tajaan.
Baru selesai gotong royong bersama ahli jemaah prihatin..terima kasih pada Majlis Daerah Lipis, memberi pinjam kerusi dan meja. JKR bagi 'dixon sit' .