Friday, February 14, 2014
Thursday, January 16, 2014
Program Maulidul Rasul
Bisnesman 'Yanto' dari Indonesia mengajak kami ke kenduri sempena Maulidul Rasul. Beliau telah menyembelih 2 ekor lembu khusus sempena dengan maulid sahaja. Jamuannya 2 hari 2 malam..sarapan pagi, makan malam, makan tengahari..
Turut sama teman-teman dari Indonesia yang bersama-sama mengalunkan bacaan selawat buat junjungan Rasulullah s.a.w.
Program di Masjid Daerah Lipis
Bacaan Qasidah dan selawat dari pelajar IPG Kampus Lipis.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azmi bin Ismail al-hafiz, Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan.
Ragam Pertengahan Januari 2014
Alhamdulillah, kelas SAR KAFA TAHFIZ Masjid Daerah Lipis mendapat sambutan menggalakkan. Sehingga pihak kami kini terpaksa menutup kemasukan pelajar bagi sesi 2014. Hal ini kerana keadaan kelas yang telah pun penuh dan jumlah guru yang terbatas. Belajar al-Quran memerlukan anak murid bertalaqi dengan guru.. Bila terlalu ramai guru tidak sempat untuk mentasmik pelajar dengan lebih teliti. Lebih menyukarkan apabila ada ibu bapa penjaga yang merayu untuk memasukan anak mereka yang masih belum cukup umur (4,5, 6 tahun).
Tabung masjid kami hilang lagi..
Kelas asas Qiraat berjalan seperti biasa setelah 'bercuti' sepanjang bulan disember.
Kursus Haji akan bermula..
Kursus Haji anjuran Tabung Haji akan diadakan bermula 18 Januari ini (sabtu) sebanyak 17 siri pada setiap hari sabtu. Program bermula dari jam 9.00 pagi - 11.30 pagi. Cuma untuk tahun ini ada perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini urusetia tidak lagi membuat yuran kursus yang berjumlah RM 80.00 cuma para peserta kursus perlu mengeluarkan sedikit kos bagi menampung makan dan minum pagi sepanjang siri kursus berlangsung.
Terawal hadir ke bilik Mesyuarat Tabung Haji Daerah Lipis.
Mesyuarat ajk kursus Haji peringkat daerah Lipis.
Saturday, January 04, 2014
SAR KAFA TAHFIZ MASJID DAERAH LIPIS
Sesi persekolahan kali ini, kami telah mengenalkan program baru terhadap pelajar sekolah rendah iaitu KAFA TAHFIZ. Berbanding sebelum ini, kelas kafa di masjid dilihat menjadi semakin suram dan tidak menjadi pilihan ibubapa untuk menghantar anak mereka.
Justeru, kami telah membuat program baru ini yang merupakan satu-satunya di dalam daerah ini. Program kami akan lebih menumpukan kepada pengajian al-Quran. Bagi pelajar yang telah lancar akan diserap ke kelas hafazan yang dibimbing oleh Guru al- Hafiz Masjid Daerah.
Selainnya, para pelajar akan dibimbing di kelas tahsin al-Quran.
Kami harapkan, program Kafa Tahfiz ini mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak..insyaAllah.
Suasana ketika hari pertama persekolahan
Monday, December 30, 2013
Mesyuarat Konpip kali ke 12
Mesyuarat eksekutif Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 12 (KONPIP).
Pihak ajk KONPIP mempelawa para dermawan yang budiman untuk memberi sumbangan derma kepada ajk bagi menjayakan program KONPIP. Program KONPIP yang melibatkan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama di negeri Pahang memerlukan kos kewangan hampir RM 10 000. Sebarang derma boleh disalurkan ke akaun Bank Islam : 06028010054660 - Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang.
Wednesday, December 18, 2013
Projek Pra Tahfiz
Beberapa projek kelas Pra Tahfiz akan dibuka.
InsyaAllah Kelas Kafa di Masjid Sultan Mahmud akan dinaik taraf menjadi SAR KAFA TAHFIZ bermula sesi persekolahan tahun 2014.
Unit Pra Tahfiz PASTI Pahang juga merancang membuka beberapa lagi kelas pra tahfiz. Setakat yang dimaklumkan baru ada 2 kelas Pasti pra tahfiz : Pasti Berchang Lipis, Pasti Aqliah Paya Pulai dan insyaAllah Pasti Lancang.
JU Pra Tahfiz Pasti Pahang
bersama Timbalan Pengarah Pasti Malaysia
Tuesday, December 10, 2013
Menjadi Fasilitator
Kebiasaan di seluruh negara pada masa cuti sekolah, pelbagai agensi akan menganjurkan program dan aktiviti kepada para pelajar khususnya. Antara yang biasa kita dengar seperti program Kem Anak Soleh, Kem al-Quran, Smart Solat dan pelbagai lagi.
Baru-baru ini saya turut menjadi fasilitator kepada program KEM BESTARI SOLAT yang dianjurkan oleh CCRC Benta (PUSPEN/ Pusat Serenti). Kelainannya para peserta hanya kepada pelatih di pusat ini sahaja.
Ketika sesi sedang berjalan, mereka lengkap berkopiah putih, berbaju Tshirt seragam. Ada yang masih muda belia dan ada yang sudah berumur.
Selesai program, ada peserta yang sudah agak berusia berkata kepada saya ketika bersalaman 'doakan ana'.. dan kemudiannya berbual dengan menggunakan kata ganti diri 'ana'.
Semoga semua pelatih CCRC kembali insaf dan meninggalkan tabiat lama mereka..insyaAllah.
Penghujung tahun 2013, Majlis Ugama Islam (MUIP) cawangan Lipis telah menganjurkan kursus tahsin azan dan al-Fatihah kepada para bilal dan siak seluruh daerah Lipis. Saya telah ditaklifkan untuk menjadi pengisi kepada slot tahsin al-Fatihah. Alhamdulillah ramai peserta yang menguasai kaedah dan teknik bacaan al-Quran, namun masih ada yang sangat lemah sehingga dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Kepada mereka yang masih merasa lemah dan kurang pandai berkaitan ilmu dan kaedah bacaan al-Quran, dijemput hadir bertalaqi ke kelas pengajian al-Quran yang dianjurkan pada setiap isnin-jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Kelas dibimbing oleh Guru Hafiz Masjid Daerah yang dibiayai oleh MUIP.
Kelas Pengajian al-Quran Sempena cuti Sekolah
Sepanjang cuti sekolah, masjid Sultan Mahmud menganjurkan kelas pengajian al-Quran secara percuma kepada semua pelajar. Kelas berjalan pada setiap hari isnin- jumaat bermula jam 8.00 pagi - 11.00 pagi bagi pelajar dan 3.00 pm-6.00pm bagi dewasa.
Kelas dibimbing oleh guru Hafiz yang dibiayai oleh MUIP. Kepada semua muslimin dan muslimat jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Sesi pagi bersama pelajar
Sesi petang bersama orang dewasa
Friday, November 15, 2013
Wednesday, November 13, 2013
Damailah Tuan Haji Ahmad Rafli
Gempar satu negara, apabila Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Tuan Haji Ahmad Rafli ditembak mati di kediamannya. Barulah macam-macam cadangan timbul dari YB Menteri, Polis, NGO dll. Semoga pihak berkuasa dan kerajaan mengambil iktibar di atas perkara ini. Kita tidak mahu ramai lagi mereka yang ingin menegakkan kebenaran ditimpa perkara yang sama.
Sudah menjadi sunnah perjuangan, mereka yang menegakkan yang haq pasti ditimpa pelbagai mehnah. sama ada dipenjara, dibuang negeri dan dibunuh. inilah resam perjuangan yang akan ditempuhi oleh para pejuang. Bukan pejuang jika selalu dilayan di permaidani mewah, sentiasa diikuti dengan kesenangan dan kemewahan.
Almarhum Tuan Hj Rafli pernah menjadi bos saya, semasa beliau menjawat KPP Pengurusan Masjid sebelum bertukar ke bahagian penguatkuasa. Pada zamannya setiap bulan pasti akan diadakan mesyuarat pengurusan Imam-imam daerah serta pelbagai kursus diatur buat kami. Almarhum jugalah satu-satu KPP yang pernah menelefon saya mengucapkan tahniah di atas terbitnya risalah suara masjid daerah Raub & Lipis yang diedarkan ke seluruh Pejabat agama daerah, masjid daerah dan Sekolah-sekolah Menengah agama Kerajaan negeri Pahang beberapa tahun dahulu.
Sesungguhnya seluruh warga Jabatan Agama islam Pahang khususnya terasa kehilangan almarhum. Selamat bersemadi Allahyarham Tuan Haji Ahmad Rafli, Damailah roh Tuan di sana bersama para syuhada'.
Buat sahabatku Asyraf dan Abrar, semoga tabah dan semakin bersemangat meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Almarhum ayahanda. InsyaAllah..
Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah..
Kenangan bersama Allahyarham semasa Festival memasak bubur asyura di daerah Muadzam Shah
Di Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Asean 2009-
6 orang wakil Jabatan Agama Islam Pahang, dari kiri Imam Azraie (Masjid Daerah Lipis), Imam Zainuddin (Masjid Daerah Kuantan), Imam Muhazam (Masjid Daerah Raub), Tuan Haji Rafli (KPP Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAIP-Ketua Rombongan), Imam Farik (Masjid Daerah Pekan), Imam Amirul (Masjid Daerah Cameron) dan Ustaz Razali Saibin dari Sabah.
Friday, November 01, 2013
Bersama Pakaian Terpakai..
Musibah menimpa Cameron Highland apabila berlakunya banjir lumpur akibat empangan tidak dapat menampung air disebabkan hujan lebat yang turun. Ada yang meninggal dunia dan ramai yang hilang tempat kediaman. Kebanyakannya adalah warga Indonesia yang mencari rezeki di Cameron Highland.
Saya bersama sahabat menerima selori pakaian terpakai yang didermakan, asalnya untuk anak-anak yatim di KL..tetapi mungkin disebabkan berlaku lambakan longgokan pakaian maka dihantar selori kepada kami.
Kami berbincang sama ada hendak terus menghantar pakaian terpakai tersebut ke CH atau kami memilihnya dahulu.. rupanya keputusan kami membuat 'selected' dahulu pakaian-pakaian tersebut adalah keputusan yang tepat.
Ada baju yang basah, ada yang telah berkulat, baju seluar yang telah koyak rabak, zip sudah rosak, pakaian dalam perempuan yang dah lusuh..tak patut sungguh..
Saya pernah terbaca cerita Dr. Riduan Mohd Nor yang terlibat dengan NGO Muslim Care yang membuat misi kemanusiaan sama ada di dalam dan luar negeri.. Beliau pernah menyebut isu ini..Katanya : ramai orang yang mengambil peluang untuk mengosongkan almari rumah masing-masing dengan pakaian yang tidak diperlukan lagi, daripada buang lebih baik bagi derma..itu yang pakaian dalam pun tergamak nak bagi.. Bila misi kemanusiaan pergi ke luar negeri seperti Palestin tak kan nak bagi baju kurung yang sudah lusuh?
Jadi sekarang..mereka hanya memohon sumbangan derma (duit) untuk membuat misi kemanusiaan..
Lori baru sampai dari Kl
Baju ni pun ada..
Longgokan baju..kena select yang betul-betul boleh bagi kepada orang..
beg-beg pakaian- penuh tertampal tag First Class MAS
Baju macam ni pun ada..Bro ni tong sampah tempatnya..bukan untuk bagi derma kepada orang
Baju yang telah diselect dan diasingkan..
Selebihnya...
jadi makanan api
Pakaian yang telah diasingkan..dipacking semula mengikut kategori seperti pakaian kanak-kanak, dewasa, baju kurung, seluar..berbanding ketika mula kami terima..habis semua bercampur aduk..
Kesimpulannya..
Kami lebih banyak mengasingkan 'sampah' yang diberikan 'penyumbang'..bukan pakaian terpakai yang disedekahkan.
Firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu 'membatalkan' sedekah kamu dengan rasa riak dan menyakitkan (hati orang yang menerimanya), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi, mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir. (al-Baqarah :264)
Muhasabah bersama..
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































