Tuesday, February 25, 2014

Hobi yang lumayan.

Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza-beza. Kebiasaanya guru semasa di sekolah rendah selalu menanyakan kepada anak muridnya tentang hobi masing-masing. Ruangan sahabat dalam majalah kanak-kanak pun selain menyertakan gambar dan biodata ringkas turut menyertakan hobi.

Hobi yang biasa saya dengar semasa saya di alam sekolah dahulu seperti membaca, melukis, mengumpul setem, menulis surat kepada sahabat pena, dan mengumpul duit di samping 1001 lagi hobi.

Zaman kini, mungkin bentuk ragam hobi manusia sudah berubah mengikut peredaran masa dan zaman.  

Saya berjumpa dengan kenalan yang semasa dahulunya mempunyai hobi mengumpul duit. Dia beli duit kemudian simpan dalam koleksinya. Nilai duit koleksinya jika dijual sangat lumayan. Sekarang dia tidak lagi menambah koleksinya kerana kewangan tidak mengizinkan.




 Antara koleksi duit kenalan 









Kelas Sar Kafa Tahfiz Masjid

Sekitar kelas di Sar Kafa Tahfiz Masjid Daerah Lipis..





Friday, February 14, 2014

Jaulah ke Darul Qura'


Di hadapan Darul Qurra', Bandar Baru Muadzam Shah.
 Boleh dapatkan buku, majalah, peralatan ibadah, jubah, makanan kesihatan dari timur Tengah seperti Kurma, madu, Cuka kurma, jus Delima dll.


Singgah di Tasik biru di Bukit Ibam..

Thursday, January 16, 2014

Program Maulidul Rasul


 Bisnesman 'Yanto' dari Indonesia mengajak kami ke kenduri sempena Maulidul Rasul. Beliau telah menyembelih 2 ekor lembu khusus sempena dengan maulid sahaja. Jamuannya 2 hari 2 malam..sarapan pagi, makan malam, makan tengahari..
Turut sama teman-teman dari Indonesia yang bersama-sama mengalunkan bacaan selawat buat junjungan Rasulullah s.a.w.



Program di Masjid  Daerah Lipis


 Bacaan Qasidah dan selawat dari pelajar IPG Kampus Lipis.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azmi bin Ismail al-hafiz, Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan.

Ragam Pertengahan Januari 2014


 Alhamdulillah, kelas SAR KAFA TAHFIZ Masjid Daerah Lipis mendapat sambutan menggalakkan. Sehingga pihak kami kini terpaksa menutup kemasukan pelajar bagi sesi 2014. Hal ini kerana keadaan kelas yang telah pun penuh dan jumlah guru yang terbatas. Belajar al-Quran memerlukan anak murid bertalaqi  dengan guru.. Bila terlalu ramai guru tidak sempat untuk mentasmik pelajar dengan lebih teliti. Lebih menyukarkan apabila ada ibu bapa penjaga yang merayu untuk memasukan anak mereka yang masih belum cukup umur (4,5, 6 tahun).

 Tabung masjid kami hilang lagi..

Kelas asas Qiraat berjalan seperti biasa setelah 'bercuti' sepanjang bulan disember.

Mesyuarat bulanan Ahli Lembaga Koperasi Masjid

 Mesyuarat ALK sesi 2014
beberapa projek dan perniagaan baru di Koperasi Masjid

 Soft aiskrim

 Cafe masjid, menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengahari. Antara menu istimewa selain nasi berlauk ialah Bakso.

Kursus Haji akan bermula..


Kursus Haji anjuran Tabung Haji akan diadakan bermula 18 Januari ini (sabtu) sebanyak 17 siri pada setiap hari sabtu. Program bermula dari jam 9.00 pagi - 11.30 pagi. Cuma untuk tahun ini ada perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini urusetia tidak lagi membuat yuran kursus yang berjumlah RM 80.00 cuma para peserta kursus perlu mengeluarkan sedikit kos bagi menampung makan dan minum pagi sepanjang siri kursus berlangsung.

 Terawal hadir ke bilik Mesyuarat Tabung Haji Daerah Lipis.
Mesyuarat ajk kursus Haji peringkat daerah Lipis.

Saturday, January 04, 2014

SAR KAFA TAHFIZ MASJID DAERAH LIPIS

Sesi persekolahan kali ini, kami telah mengenalkan program baru terhadap pelajar sekolah rendah iaitu KAFA TAHFIZ.  Berbanding sebelum ini, kelas kafa di masjid dilihat menjadi semakin suram dan tidak menjadi pilihan ibubapa untuk menghantar anak mereka.

Justeru, kami telah membuat  program baru ini yang merupakan satu-satunya di dalam daerah ini. Program kami akan lebih menumpukan kepada pengajian al-Quran. Bagi pelajar yang telah lancar akan diserap ke kelas hafazan yang dibimbing oleh Guru al- Hafiz Masjid Daerah.
Selainnya, para pelajar akan dibimbing di kelas tahsin al-Quran.

Kami harapkan, program Kafa Tahfiz ini mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak..insyaAllah.

 Suasana ketika hari pertama persekolahan





Monday, December 30, 2013

Mesyuarat Konpip kali ke 12

Mesyuarat eksekutif Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 12 (KONPIP).

Pihak ajk KONPIP mempelawa para dermawan yang budiman untuk memberi sumbangan derma kepada ajk bagi menjayakan program KONPIP. Program KONPIP yang melibatkan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama di negeri Pahang  memerlukan kos kewangan  hampir RM 10 000. Sebarang derma boleh disalurkan ke akaun Bank Islam : 06028010054660 - Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang. 

Hot rainbow aiskrim di Koperasi Masjid Sultan Mahmud


Kini Soft aiskrim dijual di koperasi Masjid Sultan Mahmud. Koperasi juga bersedia menerima tempahan aiskrim untuk program-program seperti kenduri, sukan, event jabatan dan sebagainya.

Wednesday, December 18, 2013

Projek Pra Tahfiz


Beberapa projek kelas Pra Tahfiz akan dibuka.
InsyaAllah Kelas Kafa di Masjid Sultan Mahmud akan dinaik taraf menjadi SAR KAFA TAHFIZ bermula sesi persekolahan tahun 2014.

Unit Pra Tahfiz PASTI Pahang juga merancang  membuka beberapa lagi kelas pra tahfiz. Setakat yang dimaklumkan baru ada 2 kelas Pasti pra tahfiz : Pasti Berchang Lipis, Pasti Aqliah Paya Pulai dan insyaAllah Pasti Lancang.    
 JU Pra Tahfiz Pasti Pahang
bersama Timbalan Pengarah Pasti Malaysia

Tuesday, December 10, 2013

Menjadi Fasilitator

Kebiasaan di seluruh negara pada masa cuti sekolah, pelbagai agensi akan menganjurkan program dan aktiviti kepada para pelajar khususnya. Antara yang biasa kita dengar seperti program Kem Anak Soleh, Kem al-Quran, Smart Solat dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini saya turut menjadi fasilitator kepada program KEM BESTARI SOLAT yang dianjurkan oleh CCRC Benta (PUSPEN/ Pusat Serenti). Kelainannya para peserta hanya kepada pelatih di pusat ini sahaja. 

Ketika sesi sedang berjalan, mereka lengkap berkopiah putih, berbaju Tshirt seragam. Ada yang masih muda belia dan ada yang sudah berumur.
Selesai program, ada peserta yang sudah agak berusia berkata kepada saya ketika bersalaman 'doakan ana'.. dan kemudiannya berbual dengan menggunakan kata ganti diri 'ana'.
Semoga semua pelatih CCRC kembali insaf dan meninggalkan tabiat lama mereka..insyaAllah.



Penghujung tahun 2013, Majlis Ugama Islam (MUIP) cawangan Lipis telah menganjurkan kursus tahsin azan dan al-Fatihah kepada para bilal dan siak seluruh daerah Lipis. Saya telah ditaklifkan untuk menjadi pengisi kepada slot tahsin al-Fatihah. Alhamdulillah ramai peserta yang menguasai kaedah dan teknik bacaan al-Quran, namun masih ada yang sangat lemah sehingga dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Kepada mereka yang masih merasa lemah dan kurang pandai berkaitan ilmu dan kaedah bacaan al-Quran, dijemput hadir bertalaqi ke kelas pengajian al-Quran yang dianjurkan pada setiap isnin-jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Kelas dibimbing oleh Guru Hafiz Masjid Daerah yang dibiayai oleh MUIP.

Kelas Pengajian al-Quran Sempena cuti Sekolah

Sepanjang cuti sekolah, masjid Sultan Mahmud menganjurkan kelas pengajian al-Quran secara percuma kepada semua pelajar. Kelas berjalan pada setiap hari isnin- jumaat bermula jam 8.00 pagi - 11.00 pagi bagi pelajar dan 3.00 pm-6.00pm bagi dewasa.

Kelas dibimbing oleh guru Hafiz yang dibiayai oleh MUIP. Kepada semua muslimin dan muslimat jangan lepaskan peluang keemasan ini.


 Sesi pagi bersama pelajar
 Sesi petang bersama orang dewasa