Tuesday, March 04, 2014

Di antara Dua Perpisahan

Awal bulan Mac, dua orang staf Pejabat Agama Islam Daerah Lipis bertukar ke Pejabat Tanah Daerah Lipis. Pihak Pentadbiran PAID mengadakan sedikit majlis perpisahan bagi meraikan staf yang bertukar. Majlis Perpisahan ini hanyalah suatu simbolik, kami masih lagi boleh bertemu dan bersembang walaupun berada di pejabat yang berlainan. Tambahan pula dengan aplikasi zaman alam maya ini cukup memudahkan, sama ada bersembang di FB, Whatsap dll lagi aplikasi yang ada.

 AL-Fadhil Qadhi Daerah Lipis menyampaikan cenderamata kenangan kepada Ustaz Yusri yang bertukar ke Pejabat Tanah.

2 Mac, Kami para pegawai masjid daerah dalam negeri Pahang telah berkunjung ke kediaman keluarga YAB Menteri Besar Pahang di Bentong untuk bersama-sama dalam majlis tahlil arwah bonda kepada YAB MB yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Ini juga merupakan suatu perpisahan, perpisahan yang lebih hakiki  di antara dua alam yang berbeza dunia dan alam barzakh.
 Ketua Penolong Pengarah Dakwah dan Pengurusan Masjid bersama-sama dengan sahabat-sahabat Pegawai Masjid Daerah.

Pegawai-pegawai Masjid bersama dengan YAB MB Pahang.

Monday, March 03, 2014

Selamat datang Pengarah JAIP yang baru

Tahniah kepada YH Dato' Hj Mohd Nor bin Abd Rani, yang dinaikkan pangkat dan bertukar ke Jabatan Agama Islam Pahang sebagai Pengarah. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Lipis merangkap pengerusi Masjid Daerah Lipis. 
Jamuan Kesyukuran bersama YH Dato' Mohd Nor, sempena kenaikan pangkat beliau dan anaknya yang mendapat tawaran pengajian di Institut al-Quran Terengganu 
(dahulunya dikenali dengan Maahad Tahfiz al-Quran)


Saya pula...masih kekal di sini, dengan posisi dan gred yang sama. Walaupun sudah silih bertukar ganti  Pengarah (4 kali dah)
alhamdulillah...
 sesi Pegawai masjid daerah bersama YH Dato' Timbalan Pengarah JAIP  
 KPP Pengurusan masjid JAIP menyampaikan amanat kepada para pegawai masjid daerah.

Thursday, February 27, 2014

Pengajian al-Quran bersama Guru PASTI

 Program pengajian al-Quran bersama guru PASTI anjuran kawasan Temerloh.
Di samping kesibukan  menjadi guru, tidak menghalang untuk belajar mendalami ilmu, walaupun hanya dalam program kelas bulanan. 
Semoga kita semua istiqamah..

Cadangan untuk menaik taraf kualiti persembahan modul ini..






Tuesday, February 25, 2014

Hobi yang lumayan.

Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza-beza. Kebiasaanya guru semasa di sekolah rendah selalu menanyakan kepada anak muridnya tentang hobi masing-masing. Ruangan sahabat dalam majalah kanak-kanak pun selain menyertakan gambar dan biodata ringkas turut menyertakan hobi.

Hobi yang biasa saya dengar semasa saya di alam sekolah dahulu seperti membaca, melukis, mengumpul setem, menulis surat kepada sahabat pena, dan mengumpul duit di samping 1001 lagi hobi.

Zaman kini, mungkin bentuk ragam hobi manusia sudah berubah mengikut peredaran masa dan zaman.  

Saya berjumpa dengan kenalan yang semasa dahulunya mempunyai hobi mengumpul duit. Dia beli duit kemudian simpan dalam koleksinya. Nilai duit koleksinya jika dijual sangat lumayan. Sekarang dia tidak lagi menambah koleksinya kerana kewangan tidak mengizinkan.




 Antara koleksi duit kenalan 









Kelas Sar Kafa Tahfiz Masjid

Sekitar kelas di Sar Kafa Tahfiz Masjid Daerah Lipis..





Friday, February 14, 2014

Jaulah ke Darul Qura'


Di hadapan Darul Qurra', Bandar Baru Muadzam Shah.
 Boleh dapatkan buku, majalah, peralatan ibadah, jubah, makanan kesihatan dari timur Tengah seperti Kurma, madu, Cuka kurma, jus Delima dll.


Singgah di Tasik biru di Bukit Ibam..

Thursday, January 16, 2014

Program Maulidul Rasul


 Bisnesman 'Yanto' dari Indonesia mengajak kami ke kenduri sempena Maulidul Rasul. Beliau telah menyembelih 2 ekor lembu khusus sempena dengan maulid sahaja. Jamuannya 2 hari 2 malam..sarapan pagi, makan malam, makan tengahari..
Turut sama teman-teman dari Indonesia yang bersama-sama mengalunkan bacaan selawat buat junjungan Rasulullah s.a.w.



Program di Masjid  Daerah Lipis


 Bacaan Qasidah dan selawat dari pelajar IPG Kampus Lipis.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azmi bin Ismail al-hafiz, Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan.

Ragam Pertengahan Januari 2014


 Alhamdulillah, kelas SAR KAFA TAHFIZ Masjid Daerah Lipis mendapat sambutan menggalakkan. Sehingga pihak kami kini terpaksa menutup kemasukan pelajar bagi sesi 2014. Hal ini kerana keadaan kelas yang telah pun penuh dan jumlah guru yang terbatas. Belajar al-Quran memerlukan anak murid bertalaqi  dengan guru.. Bila terlalu ramai guru tidak sempat untuk mentasmik pelajar dengan lebih teliti. Lebih menyukarkan apabila ada ibu bapa penjaga yang merayu untuk memasukan anak mereka yang masih belum cukup umur (4,5, 6 tahun).

 Tabung masjid kami hilang lagi..

Kelas asas Qiraat berjalan seperti biasa setelah 'bercuti' sepanjang bulan disember.

Mesyuarat bulanan Ahli Lembaga Koperasi Masjid

 Mesyuarat ALK sesi 2014
beberapa projek dan perniagaan baru di Koperasi Masjid

 Soft aiskrim

 Cafe masjid, menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengahari. Antara menu istimewa selain nasi berlauk ialah Bakso.

Kursus Haji akan bermula..


Kursus Haji anjuran Tabung Haji akan diadakan bermula 18 Januari ini (sabtu) sebanyak 17 siri pada setiap hari sabtu. Program bermula dari jam 9.00 pagi - 11.30 pagi. Cuma untuk tahun ini ada perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini urusetia tidak lagi membuat yuran kursus yang berjumlah RM 80.00 cuma para peserta kursus perlu mengeluarkan sedikit kos bagi menampung makan dan minum pagi sepanjang siri kursus berlangsung.

 Terawal hadir ke bilik Mesyuarat Tabung Haji Daerah Lipis.
Mesyuarat ajk kursus Haji peringkat daerah Lipis.

Saturday, January 04, 2014

SAR KAFA TAHFIZ MASJID DAERAH LIPIS

Sesi persekolahan kali ini, kami telah mengenalkan program baru terhadap pelajar sekolah rendah iaitu KAFA TAHFIZ.  Berbanding sebelum ini, kelas kafa di masjid dilihat menjadi semakin suram dan tidak menjadi pilihan ibubapa untuk menghantar anak mereka.

Justeru, kami telah membuat  program baru ini yang merupakan satu-satunya di dalam daerah ini. Program kami akan lebih menumpukan kepada pengajian al-Quran. Bagi pelajar yang telah lancar akan diserap ke kelas hafazan yang dibimbing oleh Guru al- Hafiz Masjid Daerah.
Selainnya, para pelajar akan dibimbing di kelas tahsin al-Quran.

Kami harapkan, program Kafa Tahfiz ini mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak..insyaAllah.

 Suasana ketika hari pertama persekolahan