Thursday, March 13, 2014

Persidangan Imam Besar Kebangsaan kali ke 5 tahun 2014

 Dr Naim Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
 Tn Hj Yasim bin Mohamad, Nazir Masjid As Salam, Puchong
 Ustaz Rashidy Jamil, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM
Sahabat Imam-imam Masjid Daerah Pahang.


Sempena Majlis menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan, JAKIM menganjurkan persidangan bagi imam-imam masjid Negeri dan daerah seluruh Malaysia. Pelbagai input dan perkongsian yang diperolehi bertujuan untuk memajukan lagi pengurusan imam dan masjid.

Namun kadang-kadang input tersebut hanya sekadar menjadi pengetahuan yang disimpan dalam hati sahaja kerana kami menghadapi beberapa kekangan dan keterbatasan untuk melaksanakan dan mengaplikasinya.

Sepanjang pengalaman saya menjawat jawatan imam di Masjid daerah, antara beberapa kekangan yang kami para imam hadapi ialah :

-Bidang tugas yang tidak jelas.  Kami sangat jelas dan arif mengenai bidang tugas kami (seperti yang tercatat dalam fail meja), cuma orang lain baik di peringkat AJK Masjid, Pegawai Jabatan-Jabatan lain, pelbagai agensi, orang awam  bahkan Pegawai dari  Jabatan Agama sendiri yang tidak jelas dan kabur.

-Bidang Kuasa yang dinafi. Mengikut enakmen, mereka yang menjawat  jawatan imam akan menjadi Ex-Oficio.  Dalam taklimat pegawai-pegawai masjid, kami diberi maklum akan perkara tersebut, akan tetapi realitinya tidak.. sehingga ada di kalangan imam yang kedudukannya di bawah sekali, selepas semua AJK barulah imam. 

Begitulah antara keunikan dan kepelikan yang berlaku kepada Pegawai Jabatan kerajaan (Pegawai Hal Ehwal Islam) yang menjawat sebagai imam. Saya percaya ianya tidak berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan yang lain.

#Sekadar lontaran dari seorang imam, tidak sama dengan yang bercakap secara teori.



Tuesday, March 11, 2014

KONPIP KALI KE 12 TAHUN 2014


7-9 Mac 2014 telah berlangsung program Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 12 (KONPIP). Program ini berlangsung di SMA Al-Ihsan Kuantan yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan Badan Dakwah SMA Kerajaan  Negeri Pahang (18 buah) serta disertai oleh MTI Chatin (SABK), SM AL-IRSHAD Balok dan SMART
 (Sek.Men. Abd Rahman Talib Kuantan). 

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YH Dato' Hj Mohd Ghazali bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).












































Rujukan :

http://permaipahang.blogspot.com/2014/03/konpip-kali-ke-12-tahun-2014.html

Tuesday, March 04, 2014

Di antara Dua Perpisahan

Awal bulan Mac, dua orang staf Pejabat Agama Islam Daerah Lipis bertukar ke Pejabat Tanah Daerah Lipis. Pihak Pentadbiran PAID mengadakan sedikit majlis perpisahan bagi meraikan staf yang bertukar. Majlis Perpisahan ini hanyalah suatu simbolik, kami masih lagi boleh bertemu dan bersembang walaupun berada di pejabat yang berlainan. Tambahan pula dengan aplikasi zaman alam maya ini cukup memudahkan, sama ada bersembang di FB, Whatsap dll lagi aplikasi yang ada.

 AL-Fadhil Qadhi Daerah Lipis menyampaikan cenderamata kenangan kepada Ustaz Yusri yang bertukar ke Pejabat Tanah.

2 Mac, Kami para pegawai masjid daerah dalam negeri Pahang telah berkunjung ke kediaman keluarga YAB Menteri Besar Pahang di Bentong untuk bersama-sama dalam majlis tahlil arwah bonda kepada YAB MB yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Ini juga merupakan suatu perpisahan, perpisahan yang lebih hakiki  di antara dua alam yang berbeza dunia dan alam barzakh.
 Ketua Penolong Pengarah Dakwah dan Pengurusan Masjid bersama-sama dengan sahabat-sahabat Pegawai Masjid Daerah.

Pegawai-pegawai Masjid bersama dengan YAB MB Pahang.

Monday, March 03, 2014

Selamat datang Pengarah JAIP yang baru

Tahniah kepada YH Dato' Hj Mohd Nor bin Abd Rani, yang dinaikkan pangkat dan bertukar ke Jabatan Agama Islam Pahang sebagai Pengarah. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Lipis merangkap pengerusi Masjid Daerah Lipis. 
Jamuan Kesyukuran bersama YH Dato' Mohd Nor, sempena kenaikan pangkat beliau dan anaknya yang mendapat tawaran pengajian di Institut al-Quran Terengganu 
(dahulunya dikenali dengan Maahad Tahfiz al-Quran)


Saya pula...masih kekal di sini, dengan posisi dan gred yang sama. Walaupun sudah silih bertukar ganti  Pengarah (4 kali dah)
alhamdulillah...
 sesi Pegawai masjid daerah bersama YH Dato' Timbalan Pengarah JAIP  
 KPP Pengurusan masjid JAIP menyampaikan amanat kepada para pegawai masjid daerah.