Tuesday, May 27, 2014
Wednesday, May 21, 2014
Sautul Tilawah di Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan 2014
Alhamdulillah majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan selesai dijayakan dan tahun ini giliran negeri Pahang menjadi tuan rumah. Sepanjang majlis tilawah berlangsung, buletin Sautul Tilawah diedarkan kepada hadirin dan hadirat. Buletin yang mempunyai beberapa siri keluaran dan di'update' pada setiap hari.
antara penulis buletin
Gotong royong Skuad Sahabat Masjid Daerah Lipis
Tahniah kepada team skuad sahabat masjid yang terdiri daripada ahli jemaah Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis di atas penganjuran program gotong royong. Program diadakan antaranya untuk mengisi masa cuti umum (cuti wesak) di samping mempereratkan ukhwah dan membuat amal kebajikan.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usaha kalian.
Hamper yang ditaja
Mesyuarat terakhir sebelum program gotong royong
Thursday, May 08, 2014
Minyak Wangi AL-Rehab (pen spray) , Pin Bunga dan Kerongsang
Minyak Wangi Al Rehab adalah minyak wangi tanpa alkohol dari Jeddah, Arab Saudi sejak tahun1975. Bau wangian yang tersendiri, lembut, bauan tahan lama serta boleh dipakai untuk solat.
KEUNIKAN:
• Jenama Minyak Wangi No.1 Di Seluruh Timur Tengah
• Hanya Satu Semburan, Kesan Wangian Sehingga Lebih Kurang 9 Jam.
• Botol Semburan Seperti Sebatang Pen Yang Menarik, Mudah Dibawa Dan Harga Paling Berpatutan
• Sesuai Digunakan Semasa Solat
• Bauan Yang Dikenali Ramai Tanpa Berbelanja Ratusan Ringgit
• Boleh Dipakai Di Dalam Majlis Rasmi Seperti Makan Malam, Jamuan Dan Acara-Acara Lain.
• Jaminan 100% Halal, Suci Dan Bersih Buatan Di Jeddah, Arab Saudi.
juga coklat yang diadun dengan makanan sunnah dan kesihatan
Boleh dapatkan dengan saya
dengan harga yang berpatutan..
Bersama Kem Remaja Islam SMA Chenor
Saya telah berkesempatan bersama-sama dengan Persatuan Jaringan Anak Pahang (PJAP) dan beberapa orang sahabat Permai ke program Kem Remaja Islam (KERIS14) di SMA Chenor, Maran, Pahang. Program merupakan anjuran pihak sekolah bersama dengan PJAP untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.
Subscribe to:
Posts (Atom)