Thursday, June 12, 2014

Penyerahan Mushaf Qiyam dan sumbangan MUIP kepada Masjid Negeri Dan Daerah


11/6/2014 : Saya berkesempatan hadir ke majlis pemberian mushaf qiyam kepada masjid negeri dan daerah oleh YDH TYDP MUIP di Dewan MUIP Pekan.

 Sesi bersama al-Fadhil Dr. Zahazan, Pengarah Eksekutif Telaga Biru

 Mushaf Qiyam Waqaf Ibtida' Keluaran Telaga Biru
 Harga yang tertera RM 450.00 



 Bacaan al-Quran oleh Imam Khalil al-Hafiz dari Masjid Negeri

YDH Dato' Sri TYDP MUIP Sedang berucap

 Imam Farid dari Masjid Daerah Jerantut


 Cek bantuan Ihya' Ramadhan kepada AF Qadhi Daerah Lipis 
 Ustaz Khairul Muhazam menerima replika kunci van jenazah 
Mock cek kepada Telaga biru.


Trip ke KIA di Rompin

 Modul Pengajian al-Quran

 Jalan dalam,  pemandangan yang menarik

 dan mencabar







 Hari pendaftaran program

 Menjamu selera


 Santai di Pantai hiburan pada waktu malam 
 Sesi LDK dan Talaqi



Monday, June 02, 2014

Kem Intensif al-Quran di Rompin



http://permaipahang.blogspot.com/2014/06/kem-intensif-al-quran-di-rompin.html

Wednesday, May 28, 2014

Sempena Isra' Mikraj tahun 2014M


 Bila saya dijemput ke program ceramah agama/kuliah/tazkirah sempena hari kebesaran Islam, Koleksi Kertas nota ini akan dikeluarkan. Pilih yang sesuai untuk dibawa ke majlis. Nota-nota yang ditulis semenjak tahun 2008. Pesanan al-Fadhil Qadhi Fadli ketika saya di awal-awal perkhidmatan, simpan semua nota-nota ceramah (beliau menulis nota dalam buku tulis). Untuk akan datang tak perlu lagi beria membuat persediaan..sebab notanya dah ada..

 Saya ke masjid kampung Kemahang. Di sini terkenal dengan lauk Keladi Kemahang
 Mimbar lama yang berusia lebih 100 tahun di masjid Kampung Kemahang. Sudah tidak digunakan, hanya menjadi tatapan generasi sekarang.
Tuan Imam masjid Kg Kemahang sedang memberikan aluannya..

Kisah Isra' Mikraj saban tahun kita dengar. Masing-masing sudah tahu ceritanya. Cuma suka saya memetik sedikit cerita sempena Isra' Mikraj. Saya pernah mendengar kupasan yang menarik dari al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri ketika beliau menceritakan profile Prof Dr. Syeikh Yusof al-Qaradawi.

al-Qaradawi pernah bercerita ketika mudanya beliau sering mendengar ceramah-ceramah sempena Isra' dan Mikraj, kebanyakan tempat ceramah dan penceramah menceritakan jalan cerita yang sama. Sehinggalah beliau mendengar ceramah yang disampaikan oleh Imam Hasan al-Banna, al-Banna menukilkan jalan cerita yang cukup berlainan. Kebanyakan penceramah lain hanya membaca ayat pertama surah Isra', tetapi Imam Hasan al-Banna bukan sahaja membaca ayat pertama bahkan beliau membaca ayat-ayat selepas ayat pertama dalam surah Isra' dan mengaitkannya dengan realiti semasa.
Ayat-ayat selepas ayat pertama  menceritakan kisah Bani Israel. al-Banna mengaitkan al-aqsa, Palestin dengan Kaum Israel sekarang dan apa keperluan dan tindakan umat Islam dalam mendepaninya.

Begitulah Ulama Haraki..bukan semata-mata menyampaikan ceramah untuk dijadikan halwa telinga para pendengar, tetapi membangkitkan kesedaran  umat Islam untuk  bangkit menegakkan Islam dan melawan musuh-musuh Islam.

Wallahua'lam..


Tuesday, May 27, 2014

Ihtifal KAFA daerah Lipis

 Mesyuarat ajk bersama AF Qadhi 

 Persatuan guru Kafa Lipis
 Penyelia Kafa Lipis
 Ustaz Halim, dari PPD Lipis
 Ucapan aluan AF Qadhi 

 Perasmian oleh YB Dato' Abdul Rahman Mohd, ahli Parlimen Lipis
 Peserta dari sar kafa tahfiz masjid 
 Pengerusi majlis dan penjaga masa
Para Hakim di bahagian tilawah al-Quran.

Untuk acara tilawah al-Quran, seramai 30 orang peserta yang mengambil bahagian. Selama 3 jam lebih para hakim terpaku di kerusi yang disediakan untuk menghakimi peserta yang mengambil bahagian. 

Beberapa ulasan berkait tilawah al-Quran :
- Kebiasaan peserta yang dihantar merupakan pelajar yang paling terbaik di sekolah Kafa masing-masing. Masih ada peserta yang tidak lancar membaca al-Quran.
-Masih ada peserta yang langgar hukum tajwid yang asas, seperti hukum 5.

Maahad Qiraat Shoubra berwajah baru

Dah lama saya meninggalkan Maahad ni, Dulu masa zaman saya pernah islah sikit-sikit (cat baru),
yang terkini nampaknya Maahad ni semakin segar..alhamdulillah. Semoga pelajarnya juga semakin segar dan bersemangat..insyaAllah.