Wednesday, February 18, 2015

Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Pahang tahun 2015

Majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri Pahang baru sahaja selesai dilaksanakan. Bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Daerah Lipis. Kategori yang dipertandingkan 1-10 juz, 1-20 juz dan 1-30 juz.
Syabas kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), MABIQ, Darul Quran JAKIM kerana pelajar mereka ada mendapat tempat dalam pertandingan ini.

Johan Peserta akan membuat persembahan hafazan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. 
Semoga Jailul Quran di negeri Pahang semakin berkembang mekar.

 Bersama al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis semasa hari perasmian penutup.


 Antara bidang tugas.. membaca doa


 YB Dato Syed Ibrahim, Wakil Khas Menteri Besar Pahang dalam ucapan perasmiannya.
Bersama al-Fadhil Timbalan Qadhi Daerah Lipis


Bersama Para Hakim
Urusetia dari Pejabat Agama Daerah Lipis
 Para Johan bersama VIP, turut hadir Dato' Sri Mufti Negeri Pahang,  Dato' Ketua Hakim Syar'ie Pahang, Dato' Pengarah Jaip, Dato' Pegawai Daerah dan YB Parlimen dan Dun. 
Keesokannya meraikan Dato' Timbalan Pengarah Jaip bersarapan Pulut rendang hitam yang tersohor di daerah ini.

Thursday, February 12, 2015

Ziarah Mangsa Kebakaran

Musibah telah menimpa kepada 3 keluarga di Kampung Batu Kurap, Kuala Lipis yang mana rumah kediaman mereka telah musnah terbakar. Seorang telah meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam  dua pagi pada hari kejadian. Manakala seorang lagi, kulit melecur teruk dan  masih dirawat di hospital.
Pihak Masjid telah membuka tabung derma untuk sumbangan orang ramai dan alhamdulillah keprihatinan para jemaah dalam isu ini. Semoga Allah SWT membalas jasa para penderma sekalian dan Allah SWT kurniakan kesabaran dan hikmah buat keluarga mangsa yang terlibat.

 Menyampaikan sumbangan dari derma orang ramai 






Tuesday, February 03, 2015

Sesi Belajar Mengaji.

Al-Quran perlu dipelajari, tidak cukup sekadar membaca buku-buku nota sahaja. Ianya perlu dipelajari. Saya tidaklah sepandai mana pun, cuma atas maksud mengajar sambil-sambil dapat mengulangkaji pelajaran. Kerana jika tidak diulang-ulang bimbang ilmu yang telah dipelajari akan hilang.

Antara sesi saya..





 Kebanyakannya orang perempuan..





 Projek kelas asas Qiraat.. Semoga terus istiqamah


Saya bersama teman-teman dari PERMAI ( http://www.permaipahang.com/ )  ada juga menganjurkan program Kem Intensif al-Quran (KIA)  buat mana-mana agensi, masjid, Jabatan, sekolah dll.. Bagi yang berminat boleh menghubungi kami.

Tuesday, January 20, 2015

Tabung Masjid Kena Pecah Lagi

Sabtu dan ahad baru ni, tabung di masjid kami kena pecah lagi, masih tak berpuas hati si pencuri ingin mencuba lagi pada hari berikutnya. Namun cubannya gagal dan membawa kepada penangkapannya.

Pencuri pun tak bijak mana, masjid mana ada banyak duit. Nak duit banyak cari lah kat mana-mana bank.

Kes kecurian sebegini kerap berlaku di mana-mana sahaja. Penjenayah akan sentiasa bermaharajalela walaupun pelbagai undang-undang telah dikuatkuasakan. Mungkin selagi kita tidak mahu mengaktakan undang-undang jenayah dari langit sebagai undang-undang utama dan menjadi dasar perundangan negara jangan harap undang-undang ciptaan manusia ini mampu membenteras jenayah apatah lagi untuk lawan.. undang-undang Tuhan.

Semoga, suatu hari nanti negara kita akan aman damai di bawah hukum Allah SWT.
 Tabung ini dicampak ke taman
Tabung ini dicampak ke luar pagar belah hadapan





Setelah diberkas, lakonan semula si pencuri di hadapan pihak polis


 Bersama dengan Bos syarikat kawalan keselamatan

Monday, January 12, 2015

Misi Skuad Ansar Masjid selepas banjir

Ketika solat jumaat, beratus ataupun mencecah ribuan orang akan hadir untuk berjemaah menunaikan solat jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Jumlah itu akan ketara berkurangnya ketika solat fardhu yang lain. Daripada sejumlah ahli jemaah tetap yang biasa menunaikan solat fardhu berjemaah di Masjid ini terbentuklah suatu kelompok kecil yang digelar Skuad Sahabat Masjid 'aka' Skuad ANSAR MSM. Skuad inilah yang menolong dan bersama  dengan pegawai-pegawai masjid mengimarahkan aktiviti dan program di masjid. Mereka bukanlah AJK Masjid jauh sekali berjawatan besar, orang-orang biasa sahaja yang Allah beri secebis  kesedaran untuk membantu bersama dengan kami (pegawai masjid).

Kami berkesempatan turun di lapangan membantu mangsa banjir membersihkan rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada Masjid Sultan Mahmud.

Antara rumah pilihan kami di rumah kebajikan yang dibina oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka yang layak menghuninya.


Kami membantu membersihkan sampah-sarap yang berlonggok di hadapan rumah dan penghuni rumah sudah tak tahu hendak dibuang ke mana. Ketika lori kami ingin membuang sampah, pihak Alam Flora tidak mahu menerima sampah kami. Kami menelefon pegawainya dan jawapan darinya sangat mendukacitakan. Disuruhnya kami buang sampah tersebut dalam hutan.. Kenapa? sebab kami hanya dari Rumah Allah yang tak bayar kepada mereka?. Kalau kami YB, Dato DO.. mesti lain nada mesra  staf Alam Flora tersebut. Dunia sungguh, siapalah  guru yang 'training' staf Alam Flora tersebut. Nanti depa meninggal orang masjid juga yang dicari. Waris depa tak carinya YB ke..orang kaya mana ke minta urus jenazah depa.

Seterusnya kami ke rumah pakcik dan makcik ini. Tiada siapa yang pedulikan mereka..ialah orang susah yang tidak medatangkan apa-apa keuntungan dunia buat si penolong. Ralatnya sehari sebelum kami sampai, team dari Persatuan Budha sudah sampai ke rumah pakcik dan makcik ini.
Jika kami sampai lewat, mereka akan buat operasi untuk menolong pakcik dan makcik ini. 

Aduhai! Terasa lemahnya kita umat Islam, umat kita yang ditimpa musibah orang dari agama lain pula yang lebih cakna dan mendahului. Teringat di zaman Khalifah dahulu, ada seorang muslimah dianiyai (dicabul) terus Khalifah menghantar sepasukan tentera ke sana. Sekarang?
Orang boleh buat apa sahaja terhadap kita umat Islam. Termasuklah Isu hangat gadis kita berpeluk dengan artis Kpop. Siapa yang harus disalahkan??
Pendapat saya kerana kita umat Islam lemah maka terjadilah perkara seperti itu.

 Jiran-jiran dan orang dari Persatuan Budha  tanya dari mana (chinese) , Kami jawab : Team Masjid.. depa kata : Baguslah..
 Imam Faizal menyembur Waterjet..

 Walaupun Skuad ANSAR Masjid berada di sini, team dari Persatuan Budha ini tetap datang dan menolong kami..
 Kelihatan, Wanita ini yang sudah berumur  dari Persatuan Budha.. bertungkus lumus bersama dengan kami membersihkan rumah pakcik dan makcik ini.

 Lumpur terlalu banyak, Tak boleh 'support' dengan waterjet.. Kami guna water pump sedut air dari sungai.. Baru puas hati..

Kelihatan Ustaz Amir dari BAKA IPD Lipis dan  turut bersama kami Imam Zakaria dari Masjid Daerah Temerloh.



 Khemah tempat Pakcik dan makcik berteduh 

Selesai misi, kami singgah sebentar di Majlis kenduri Staf Pejabat agama yang kebetulan ayahnya merupakan antara ahli jemaah masjid yang prihatin.

Semoga, Allah memberi kekuatan untuk terus menggerakkan skuad Ansar Masjid ini. Harapan kami jentera team ini akan semakin berkembang.Doanya semoga dipermudahkan.