Wednesday, March 16, 2016

Konvoi Motor Komuniti Masjid

Pada 5 Mac tempoh hari, Masjid Daerah Temerloh telah mengadakan program konvoi motor berkuasa besar ke masjid-masjid terpilih di sekitar negeri Pahang. Salah satu kunjungan mereka ialah ke Masjid Daerah Lipis.

Dalam konvoi ini, para peserta akan singgah beramah mesra dengan pihak masjid di samping bersolat jemaah sekali. Peserta juga akan berehat dan bermalam di masjid.

Sepanjang saya bertugas di sini, inilah program konvoi motor berkuasa tinggi yang  pertama singgah di Masjid kami (maksudnya sebelum ni ada je konvoi motor yang singgah berhenti solat di masjid, tapi tidak mengadakan program atau kunjungan secara rasmi dengan pihak masjid).

Saya juga teruja untuk join program sebegini, cuma buat masa sekarang keadaan masih tidak mengizinkan.
Tahniah kepada pihak penganjur, semoga program sebegini semakin mendapat sambutan terutama di kalangan anak muda.





 Menu mee kari sebagai hidangan minum petang

 Para jemaah dan peserta konvoi

 Ucapan dari wakil konvoi




Cenderamata kenang-kenangan

 Gambar kenangan bersama peserta Konvoi

Tuesday, March 08, 2016

Mencari Cahaya Petunjuk

 Merayau-rayau dekat kedai Daiso saya jumpa benda ni. Jom lihat apa hasilnya

 Nampak tak cahaya tu?

 Dekat sikit, boleh nampak kan sinaran cahaya?

Dekat lagi..huhu

 Inilah dia benda yang saya beli di Daiso, lampu led berkuasa solar yang boleh dipacak di mana-mana  seperti di taman, halaman rumah dan di mana yang kamu suka.

Pentingnya cahaya dalam kehidupan kita. Tanpa cahaya kita semua berada dalam kegelapan. Ada tempat di Kutub yang sampai 6 bulan waktu malam kerana cahaya matahari terlindung untuk sampai ke tempat tersebut. 

Dalam kehidupan kita selaku hamba Allah sudah tentu kita sangat perlu kepada cahaya yang hakiki dan maknawi untuk menyinari kehidupan kita. Akrablah dengan Al-Quran, Insyaa Allah hidup kita akan sentiasa bercahaya. Untuk akrab dengan al-Quran, kita  perlu sentiasa membacanya dengan kaedahnya yang sah. Justeru marilah bersama team Permai di program Kem Intensif Al-Quran. Kita sama-sama belajar dan menambah pengetahuan. Pasti tak rugi kerana sememangnya sangat bermanfaat.


Thursday, February 25, 2016

Laman Seni 7 Lorong Belakang

Saya berkesempatan ke Laman seni 7 Lorong Belakang di Syeksen 7, Shah Alam. Memang menarik jika dapat dibuat di semua lorong-lorong belakang bangunan kedai di negara kita. Kebanyakan lorong belakang masih suram, kotor dan menakutkan. Lorong belakang juga sering menjadi 'port' pelacur. 
Saya hanya mampu untuk memberi cadangan kerana saya sendiri tidak reti melukis..haha

Berikut adalah keterangan yang berkaitan dari laman web Majlis Bandaraya Shah Alam :


Lokasi

Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.
Tarikan
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat. 
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.
















IG : AZRAIE.PERMAI
Twiter : azraie@permai

Thursday, February 18, 2016

Pilihan Simkad



Ketika mula pakai henpon, saya menggunakan simkad prepaid TM TOUCH, bekas simkad dalam bekas cd, nombor depannya 019. Harganya pun boleh tahan, tak macam sekarang yang jauh lebih murah. Ketika itu satu sms pun 50 sen.


Kad topup Vodafone Mesir
Kemudian saya fly ke Mesir, di sana saya menggunakan simkad Vodaphone. Saya juga pernah menjual simkad kepada junior yang baru tiba dari tanah air.


Setelah kembali semula ke Malaysia, ketika itu tiada dah Tm touch, saya beli simkad prepaid celcom dan pakai hanya  beberapa bulan. Setelah itu saya masih kekal pakai Celcom cuma berpindah dari prepaid kepada bil bulanan.

Saya pakai pelan tersebut cukup lama, dan di kalangan kawan-kawan, saya antara terawal melanggan pelan internet walaupun ketika itu masih belum android, hanya Nokia namun telah ada line internet.

Setelah lama menabur duit bersama celcom kiranya mencecah ratusan ringgit setiap bulan, saya kini tidak lagi menggunakan telco tersebut. Sekarang saya menggunakan telco Onexox dan memang  saya dapat menjimatkan wang saya.



Lebih menarik,  syarikat Onexox dimiliki oleh orang Islam. Kalau bukan kita sendiri yang hendak menaikkan perniagaan orang muslim, nak harap pada siapa lagi? Sedangkan orang Islam merupakan pengguna yang teramai di Negara kita.

Buat masa ini, saya bersama sahabat ditaklifkan untuk membangunkan Kompleks Pendidikan  Al-Istiqamah berhampiran dengan Sungai Gau, Temerloh. Kami telah merangka beberapa projek ekonomi antaranya menjadi Dealer Onexox.

Maksudnya, kalian beli simkad dan daftar dengan kami dalam masa yang sama kalian akan menyumbang untuk pembangunan Kompleks Al-Istiqamah yang merangkumi Maahad Tahfiz (Modul Pondok) dan Sritis (Sekolah Rendah Intergrasi  Teras Islam). Insyaa Allah rancangannya sesi pengajian  akan bermula pada awal tahun 2017. Sekarang proses baik pulih bangunan sedang giat dijalankan.


IG: AZRAIE.PERMAI
Twiter : @AzraiePermai



Sunday, February 14, 2016

Jom cakap Ana Anta Akhi

Capen SalamKu
(3/16)
(Catatan pendek)
Mari kita biasakan lazimi guna kalimah bahasa arab yang mudah-mudah, kalau tidak bermula dengan yang mudah..sampai bila kita tidak akan mulakan..
Kita tau yang al-quran dalam bahasa arab..
Rasulullah bertutur dalam bahasa arab..
Bahasa di syurga juga bahasa arab..

ما لا يدرك كله لا يترك كله
Tak dapat semua, jangan tinggal semua..

Pengalaman kami melihat ramai 'orang yang tidak bersekolah agama, belajar di U yang bukan aliran agama', bahkan aktivis yang tidak pernah masuk sekolah agama dan ipt tetapi apabila kenal dengan jemaah, mengikuti usrah dan tarbiyah.. Masyaa Allah kalimah yang lazimi keluar di bibirnya..mengalahkan mereka yang bersekolah agama dan belajar di aliran agama..

Sudah menjadi tabiat mereka menyebut Ana, anta, akhi, antum, ikhwah..dll lg..

Mereka pula yang pelik apabila mendengar kita berbicara..

Jika inginkan biah persekitaran kita dipenuhi dengan kemanisan.. Mari kita mulakan..

Thursday, January 14, 2016

Cerita Handphone

Saya ingin menulis sedikit pasal HP yang pernah saya pakai. Sekadar suka-suka sambil mengenang kenangan lalu. HP pertama saya Nokia 8250 atau tersohor dengan nama Nokia Butterfly. Saya beli bersama rakan di Kuantan Prade. HP tu kemudiannya saya beri pada adik.


Nokia 8250



Nokia 3200


HP kedua yang saya beli jenama Nokia 3200, juga di Kuantan Prade. Ketika itu HP ini antara yang mempunyai kamera, walaupun gambar tak lawa, hanya VGA sahaja tetapi kira ok lah HP ada kamera pada waktu tu. Selain mempunyai screen colour dan bunyi deringan polyponic dah dikira mengancam... haha. HP ni saya bawa mengembara ke Mesir. Kemudian ada sahabat saya yang terdesak untuk memiliki HP, saya pun tolak HP ni kepada beliau.


Sony Ericson P910i

HP ini saya beli  dari rakan yang juga beli second di kedai di Syari' Abdul Aziz 'Ataba Mesir. Memang power la HP ini siap ada pen. Saya masih ingat HP ini sama jenis dengan Pengetua Maahad Tahfiz kami merangkap Imam Besar Masjid Negeri ketika itu. Presiden PMRAM pun pakai HP ini. Tapi jodoh saya dengan HP ini tak lama kerana rupanya HP tersebut merupakan HP curi. 

Suatu hari pihak polis Mesir menelefon dan memaklumkan perkara tersebut. Saya hampir sahaja dimasukkan ke dalam penjara, selama hampir seminggu berulang ke balai polis dan mahkamah untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Pemilik asal merupakan seorang pemuda yang siap ada driver peribadi..huh, Beliau ceritakan yang HP nya hilang ketika ditinggalkan dalam kereta untuk pergi solat di masjid. Selesai solat, cermin keretanya telah dipecahkan dan HP tersebut telah hilang.
Saya dinasihatkan oleh pihak polis supaya tidak membeli HP terpakai terutama di Syari' Abdul Aziz kerana banyak barang curi yang dijual. 

Nokia N70


Saya terpaksa membeli HP baru, akhirnya jenama Nokia N70 yang dibeli di Syari' Abdul Aziz, 'Attaba, Mesir. HP pertama saya yang mempunyai kamera depan belakang. Saya gunakan HP ini sehinggalah saya pulang ke tanah air. Kemudian saya beri HP ini kepada adik..



Nokia E90

Seterusnya saya membeli HP Nokia E90 yang ketika itu tengah meletop di pasaran. Kembali beli di Kuantan Prade. Rata-rata ahli politik dan usahawan menggunakan HP ini. HP ini saya gunakan sehinggalah kereta saya dipecah oleh pencuri. Baca kisah 
http://syababgr.blogspot.my/2012/05/dari-xpdc-kepada-tragedi.html



Samsung S

HP Android pertama saya yang juga dibeli di Kuantan Prade. Saya gunakan sehinggalah saya beri pada adik


Blackberry Curve

Saya tidak ketinggalan mencuba HP Blackberry di era kegemilangannya. Aplikasi  BBM akhirnya tewas dengan Whatsapp yang lebih mantap. Saya akhirnya track in ke kedai telefon dan mengambil HP lain kerana HP ini apabila tiada mobile data, Wifi pun turut tidak dapat digunakan.


Samsung Note1

Ketika Samsung mengeluarkan HP siri ini, saya tidak ketinggalan untuk memilikinya.  Walaupun pada era sebelumnya semua orang pakat cari HP yang kecil tetapi dengan Note saiznya agak besar. Kalau tengah drive tak cukup satu tangan untuk taip. Setelah lama menggunakannya, bateri pun dah kong dan walaupun telah tukar bateri baru, HP ni selalu hang dan operasinya jadi sangat lambat..akhirnya saya jual HP ini di Kedai telefon di Temerloh.



Samsung S2

Saya pakai pula jenama Samsung S2 yang dibeli di kedai telefon di Lipis selama setahun sebelum diberi pada adik bongsu yang beliau masih menggunakannya sehingga ke hari ini.



Asus Zenfone


HP ini saya beli di Kuala Lipis, cuma masalah yang dihadapi baterinya terlalu cepat habis. Akhirnya hanya beberapa minggu saya track in HP ini di kedai yang sama.


Lenovo A850

HP ini saya kurang guna kerana tidak berapa selesa menggunakannya. Sukar ketika tengah drive nak on HP ni. Sekarang HP ini masih ada di rumah sebagai stanby jika HP utama yang saya gunakan rosak.



One Plus 1


Inilah Hp yang saya gunakan sekarang. HP yang dibelikan oleh sahabat di Direct Subang. Saya masih gunakan sehingga sekarang..


Beberapa kesimpulan :

-HP sekarang merupakan mekanisma yang sangat penting dalam perhubungan, memudahkan urusan pekerjaan dan pelbagai lagi. Ketika zaman awal-awal dahulu, saya pernah diceritakan yang Ustaz Tuan Ibrahim memberi pesan pada amilin memakai HP yang canggih  bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk tetapi adalah disebabkan kerana keperluan yang sangat penting. 

- Zaman semakin canggih, begitu juga dengan perkembangan HP, kalau kita nak ikut perkembangan memang tak terkejar, Cuma dalam perkembangan HP yang semakin canggih, kereta yang semakin canggih tetapi kenapa kualiti jalan raya kita masih di takuk lama. (macam menyimpang je point ni. huhu).

- Jika ada mereka yang mengambil sikap untuk tidak mahu mencemarkan diri dengan dunia HP dan pelbagai APPS seperti media sosial, pandangan  saya dalam aspek dakwah dan gerak kerja Islam sangat merugikan. 

Sekian dulu..





Sunday, January 10, 2016

Blog dan tulisan

Tabiat manusia boleh berubah-ubah mengikut perkembangan masa dan zaman. Kalau dahulu orang suka mengarang tulisan panjang-panjang, Para ulama silam menyusun buku sampai berjilid-jilid tebalnya. Pelajar sekolah menjadikan menulis sebagai salah satu hobi. Orang  boleh  menulis berkajang-kajang surat . Mereka yang ingin menambah kenalan boleh menyertai ruangan sahabat pena dalam mana-mana majalah. Kini suasana sepertinya sudah berubah.

Orang sekarang lebih suka yang ringkas-ringkas dan cepat. Tulisan pun di ringkas-ringkaskan, tak perlu belajar tulisan trengkas, boleh reka sendiri.
Bagi saya, tak kisahlah nak tulis panjang atau pendek, tetapi yang penting kena membudayakan budaya menulis di kalangan kita semua.

Pelajar sekolah menulis, pelajar IPT menulis, orang dewasa baik apa pun pekerjaannya juga menulis. Mungkin bagi pelajar sekolah dan IPT memang perkara biasa pelajarnya menulis, cuma budaya tersebut mula menurun apabila tidak lagi bergelar pelajar secara formal.

Program-program kuliah agama di masjid cukup banyak di negara kita, cuma pengkuliahnya sahaja yang membawa buku, ada pun para pendengarnya lebih selesa menjadi pendengar sahaja. Walaupun banyak kali pengkuliah memberi kiasan atau pun memberi cadangan kepada anak murid tetapi sangat sukar untuk mengatasi masalah ini.

Ada juga pihak masjid dan surau menyediakan kitab-kitab yang menjadi teks pengkuliah, macam ‘buku Yasin’ yang dibaca malam jumaat. Agaknya kalau ‘buku Yasin’ tidak disediakan ada kemungkinan para Jemaah membawa sendiri dari rumah ? atau tetap bersahaja tidak membawanya.

Sebenarnya untuk menulis sekarang tidak perlu sentiasa membawa buku dan pena. Perkembangan teknologi sangat memudahkan kita. Kita boleh menulis di gadjet sama ada smart phone atau tablet dan lain-lain.

Tulisan yang ditulis juga boleh disimpan untuk tatapan peribadi atau pun dikongsi kepada orang lain. Jika dahulu  ruang yang ada sangat terhad, hanya di buku, majalah dan akhbar itu pun didominasi oleh kebanyakan  mereka yang memang pekerjaannya sebagai penulis. Kini siapa sahaja mampu untuk berkongsi penulisan mereka. Kongsi sahaja di aplikasi media sosial alam maya, tulis di blog, FB, Group Whatsapp dan lain-lain lagi.

Tulisan yang baik insyaa Allah akan menjadi jariah buat si penulis. Tulisan akan terus dapat ditatap walaupun penulisnya sudah lama meninggal dunia, walaupun sudah berusia ratusan tahun, namun hasil tulisan masih terus dapat dinikmati. Lihat sahaja kitab-kitab karya ulama-ulama silam yang tebal berjilid-jilid masih terus dapat dibaca sehingga sekarang.

Sedar tak sedar, tahun baru 2016 telah menjengah. Saya masih belum ‘post’ sebarang tulisan untuk tahun 2016 di blog ini. Mutakhir ini era blog sudah semakin pudar setelah munculnya Facebook yang telah mencipta suatu fanomena baru sehingga menenggelamkan media sosial yang lain seperti My Space dan Friendster.
Ketika saya memulakan membuat blog ini dahulu, ketika itu saya berada dalam ‘biah’ (suasana) semua orang buat blog. Semua hendak digelar sebagai blogger dan mempunyai blog peribadi.

Ketika itu saya belum mempunyai laptop, boleh dikira beberapa orang sahaja di kalangan sahabat kami yang mempunyai laptop. Kebanyakan dari kami hanya membeli Komputer (PC) dan di rumah saya tiada line telefon dan internet. Untuk akses internet , saya beserta sahabat serumah (ahli bayt) perlu ke ‘cyber cafe’.  Untuk ‘update’ blog, saya biasanya menaip di komputer  rumah, kemudian ‘save’ dalam ‘pen drive’ untuk dibawa ke CC dan update blog di CC. Namun saya masih dapat update blog.

Kini saya tidak perlu lagi pergi ke CC, tidak perlu lagi ‘save’ dalam ‘pen drive’ kerana line internet yang semakin meluas berada di sekeliling saya. Sepatutnya blog saya semakin kencang?

Walaupun sudah ramai blogger yang telah bersara dari dunia blog, dan  kini  aktif di Facebook dan Instagram, namun saya tetap cuba untuk tidak mematikan blog ini, kerana ia telah menjadi sebahagian dari nostalgia dari kehidupan saya, bagaimana saya pernah bersusah berjalan kaki berkilo-kilo meter dari rumah ke CC suatu ketika dahulu, tak kan senang-senang saya mahu melupakan blog ini.

Saya bukanlah pandai menulis seperti kebanyakan penulis hebat dan profesional, tetapi saya tetap akan menulis dengan cara dan rentak saya, bukan hanya untuk pembaca tetapi juga untuk kepuasan saya sendiri.

Doakan supaya saya istiqamah menulis dan blog ini sentiasa aktif. 
Insyaa Allah.