Friday, May 06, 2016

Catatan Imam Kecil : Suka duka Pembaca Doa

Semalam saya telah membaca doa di majlis perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 Peringkat Negeri Pahang di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Walaupun tukang baca doa tak berapa segar, rupanya perasmi pun tak berapa sihat juga. 
Sepanjang saya bergelar Imam banyak kali juga telah dipanggil membaca doa di majlis rasmi. 
Antara pengalaman yang boleh saya kongsi seperti :

Ada penganjur yang sebelum program beberapa kali follow up, tetapi selepas program berlangsung pandai-pandailah kita bawa diri. Tetapi ada yang selepas program masih dilayan kita sebagai tetamu jemputan.

Kebiasaan selaku pembaca doa kita akan hadir dekat dengan waktu perasmian. Contoh program dah bermula awal pagi lagi, tetapi majlis perasmian jam 11 nanti, jadi tak kan kita nak hadir dari awal pagi, sudah tentu dekat dengan masa majlis perasmian barulah kita hadir. Masalah yang sering timbul ialah parking telah penuh, hanya disediakan untuk vvip sahaja, ataupun pihak yang Jaga parking tidak kenal ke kita, jadi jauh menanar kita terpaksa mencari parking. Pernah, ketika itu parking dah penuh, saya nak parking double berdekatan dengan dewan, pihak yang jaga parking awalnya tak beri, kemudian saya sebut, saya dijemput untuk baca doa pada majlis perasmian, kalau tak de parking saya balik je, baru lah dia bagi.

Selepas majlis perasmian kebiasaan ada jamuan makan tengahari. Ada ketikanya saya dapat makan vip dan ada masanya tidak. Tiada masalah bagi saya, cuma jika kena beratur yang terlalu panjang kebiasaannya saya terus balik ke Masjid. 

Teks bacaan doa tidak perlu terlalu panjang, Mukaddimah pujian pada Allah dan selawat dalam bahasa Arab. Kemudian doa dalam bahasa melayu dan diakhiri dengan bahasa arab. Tidak perlu meleret panjang. 

Antara masalah lain yang sering timbul juga, kadangkala perasmi tidak hadir, hanya wakilnya sahaja, bila wakil saya perlu dapatkan segera nama  dan maklumat ringkas berkaitan wakil tersebut, kerana nama perasmi kebiasaannya disebut dalam bacaan doa.
Begitulah serba sedikit kisah saya pembaca doa.

YAB Menteri Besar Pahang sedang berucap
 Antara effect gimik perasmian, api keluar.. huhu

 Sementara menunggu perasmi tiba


Wednesday, May 04, 2016

Catatan Imam Kecil : Tidak Sihat

Sehari dua ni, saya tidak berapa segar badan (demam). Alhamdulillah  masih berdaya hadir ke Masjid dan keluar bermuamalah  berjumpa dengan sahabat dan orang ramai. 

Petang tadi kelas hafazan berjalan seperti biasa. Jika saya kiv kelas tersebut, bermakna sudah 3 minggu kelas tersebut Kiv, kesian pada anak murid yang bersemangat maka kelas tersebut tetap dijalankan. Kelas pun hanya biasa-biasa sahaja, tak de lah gempak dan elite, kelas orang kampung je.

Ustaz Zabadin yang giliran kuliah maghribnya pada malam ini juga mohon taazur disebabkan musykilah yang dihadapinya. Kebiasaan jika ustaz yang memberi kuliah tidak dapat hadir, maka masa tersebut akan diisi dengan kuliah gantian dari Pegawai Masjid. Hari ni tiada pengganti dek kerana keuzuran saya, semua jemaah diberi kelonggaran berkuliah bebas sesama mereka..huhu..

Malam ini, kerja saya membuat teks bacaan doa untuk dibaca pada hari esok. Majlis Sambutan hari kesihatan sedunia peringkat Negeri Pahang di Institut Perguruan Kampus Afzan Lipis.Terima kasih pada yang membantu. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, Amin.

Vitacid  popular masa saya belajar di Mesir. Mesti ada di rumah kami, dalam list ketika program jaulah dan ada dalam first aid. Ketika saya ke Mekah untuk menunaikan Haji pun saya bawa Vitacid ini. Bila badan tak berapa sihat, demam, selesema ambik benda ni.Kelmarin saya beli di farmasi.



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Alhamdulillah, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa tahun 2016. Kebiasaan pesta buku diadakan di PWTC, tetapi tahun ini ada kelainan Pesta Buku Antarabangsa dibuat di MAEPS Serdang kerana memberi laluan Musabaqah Tilawah dan hafazan Al-Quran peringkat antarabangsa yang diadakan di PWTC.


Menapak dari tempat parking kereta ke dewan Pameran. 
Merasai kehangatan bersesak bersama pencinta buku



Antara sebahagian  buku-buku yang saya beli 
Buku catatan pengalaman Imam Masjid Muhammadi Kelantan (Masjid Negeri)

Saya sertakan sedikit petikan dari buku ini : "Acap kali ketika hampir azan zohor, bila ambo sampai di Masjid Muhammadi Kota Bharu, dari urusan luar masjid, ada ahli jemaah masjid bertanya, 'baru mari masjid ke?' Soalan yang ditanya itu menggambarkan ahli jemaah yang bertanya itu memahami bahawa tugas imam hanyalah datang untuk mengimami solat sahaja. Mungkin beliau tidak mengetahui bahawa selain dari mengimami solat, masih banyak lagi tugas-tugas Imam yang lain yang mungkin tidak diketahuinya."
Tidak ketinggalan komik, kesukaan saya semenjak dari kecil.

Buku terbaru keluaran Dewan Pustaka Fajar, cetakan pertama 2016

Tafsir Fi Zilal juz 30



Sambil meronda-ronda saya terjumpa buku cerita penyiasatan kanak-kanak, nostalgia buku ini, hampir kesemua siri-siri buku penyiasatan ini saya baca ketika di sekolah rendah. Ada yang saya beli, ada yang dibaca di perpustakaan. Masih ada lagi buku-buku ini, memang legend..




 Gerai My Syabab antara yang menjual buku-buku haraki

 Cetakan terkini, Buku yang sangat masyhur, jika ada yang belum pernah baca dan memiliki buku ini boleh la berbuat demikian.
 menjamu mata


Apa yang menarik di Pesta Buku :

1. Kita dapat bersua dengan penulis buku, boleh ambil autograph dan bergambar kenangan.
2. Dapat bersua dengan penerbit-penerbit buku yang jarang kita jumpa di kedai-kedai biasa.
3. Potongan harga buku yang menarik
4. Merasai keseronokan membeli dan membaca buku.

Saya juga biasa membeli buku lelong, seperti 3 buah buku hanya RM 10. Cuma kita digalakkan untuk servey dulu ke gerai jualan. Ada buku yang dijual di booth syarikat penerbit sendiri tetapi harganya lebih mahal berbanding  dijual dibooth lain.

Kali ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ada mengedarkan buku secara percuma, dapatlah 10 buah buku juga percuma dari MAIS.

Masih ada hari berbaki ke Pesta Buku..moh kite.


Tuesday, May 03, 2016

Kelas Tafaqquh di Masjid Daerah

Yayasan Pahang dengan kerjasama JAIP, MUIP, PAID akan menganjurkan kelas tafaqquh fiddin yang akan dibuat di masjid-masjid daerah yang terpilih dalam negeri Pahang. Program ini dimulakan dari tahun lepas dengan hanya 4 buah masjid daerah yang dipilih sebagai perintis, iaitu Masjid Negeri, Masjid Daerah Kuantan, Masjid Daerah Pekan dan Masjid Daerah Bentong. 
Untuk tahun ini, program ini akan dikembangkan lagi di Masjid Daerah Temerloh, Masjid Daerah Maran, Masjid Daerah Bera, Masjid Daerah Jerantut, Masjid Daerah Jengka, Masjid Daerah Lipis, Masjid Daerah Cameron, Masjid Daerah Rompin.
Program bermula dengan tahap 1. Sebanyak 4 mata pelajaran utama iaitu  Al-Quran (Tajwid & Tafsir), Tauhid, Akhlak dan Fekah.
Pengajian terbuka kepada semua yang berminat, berusia 18 tahun ke atas. Kelas dijalankan pada setiap hari sabtu dan ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengahari. Tiada yuran pengajian dikenakan. Cuma pelajar hanya perlu membeli buku. 

Modul digubal oleh panel yang dilantik oleh Yayasan Pahang







 Mesyuarat Tenaga pengajar kelas Tafaqquh bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis


Friday, April 08, 2016

Islah Masjid Daerah Lipis

Peruntukan mencecah RM 1.5 Juta. Nampak macam sangat besar jumlah tersebut, namun kos tersebut sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membaik pulih keseluruhan Masjid. Projek Islah hanya melibatkan pembinaan dewan terbuka (hanya sebesar garaj 3 buah kereta), pembinaan tandas lelaki dan perempuan, penambahan ruang beranda masjid, pembinaan tangga ke ruang parkir bawah, tukar kubah, cat baru, pendawaian elektrik dan karpet baru. 

Projek ini pun agak terlewat dari jangkaan asal. Perancangan asal bulan 7 telah selesai semua projek islah. Kita harapkan perjalanan projek ini berjalan lancar dan tidak tergendala.

Ramai jamaah yang menanyakan kepada kami, aircond pasang sekali tak?, Jawapan kami tak termasuk. Ada yang menyatakan surau pun dah pasang aircond, masjid Qaryah dah banyak yang pasang tak kan lah masjid daerah tak pasang. Tapi itulah hakikatnya.. Bersabarlah yob.

Ruang parkir sangat terhad, kadangkala imam pun tak dapat parkir..huhu, harap para jemaah dapat memahami dan ikut saranan dari pengawal keselamatan. Ini ada ketikanya   pengawal keselamatan minta parkir di bawah, ada yang degil, mentang-mentang la kawan tu hanya pengawal sahaja, dan dia pula mungkin berjawatan besar, kereta mewah dan kadang-kadang tak de lah jawatan besar sangat pun, cuma ex je lebih.





Thursday, April 07, 2016

Tersinggah di Bukit Tinggi

Musim panas ni, tumpuan orang ramai ke tempat-tempat yang agak sejuk dan nyaman di negara kita. Salah satunya di Bukit Tinggi, Pahang. Kebetulan saya  singgah di sini..







 Pokok Tasbih, semua pokok-pokok sentiasa berzikir kepada Allah.




 Pokok Ismail?



Tak dapat ke Jepun yang ori, jepun klone pun boleh la..layan jer


 Trek kalau nak berjogging, memang syok