Kami berkesempatan ke rumah Encik Baharum di Kampung Tanjung Lipis. Menziarahi Isterinya mengidap penyakit kanser. Semoga dikurniakan kesihatan dan tabah. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan sangat dialukan.
Wednesday, January 11, 2017
Sunday, November 20, 2016
Apa ada Pada Pelangi
Sambil menekan pedal deras, Kulihat pelangi mewarnai langit Tembeling, Terbayang panas yang terik, kemudian turun hujan yang membasah akhirnya muncul pelangi yang indah mata memandang.
Masa sekolah rendah, cikgu mengajar cara nak ingat warna pelangi. Kata cikgu : Maikel Jackson Kena Hantar Balik India Utara lalu kuingat sehingga sekarang Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu.
Dalam cerita kartun, di penghujung pelangi biasanya terdapat harta karun. Haha...
Bukan terpengaruh dengan kartun tetapi pernah rasa ingin tahu dan nak cuba pegang pelangi ketika di alam sekolah rendah lalu pernah kucari jejak pelangi sehingga masuk ke hutan belukar namun natijahnya gagal..huhu..
Namun cerita pelangi menjadi sedih. Terbit rasa ingin marah bila melihat bendera LGBT bertemakan warna pelangi.
Mujur ada air terjun Pelangi di Sungai Lembing, akan ku pergi berziarah ke sana, Insya-Allah.
Thursday, November 17, 2016
Kelas Hafazan di Masjid
![]() |
Kelas Hafazan petang tadi |
Alhamdulillah sekarang kelas hafazan di
Masjid Sultan Mahmud berjalan pada setiap petang Rabu. Sebelum ini kelas
hafazan pernah dibuat pada pagi rabu sebelum terhenti dek kerana menyambut
Ramadhan dan Syawal.
‘Muridnya’ tak ramai kerana ramai yang tak berani dan takut untuk join
kelas hafazan ini.
Kelas hafazan yang kami jalankan ini
perjalanannya tidaklah macam kelas di Maahad Tahfiz. Kelas ini lebih bersifat
santai dan kita sentiasa buka penyertaan kepada sesiapa yang berminat.
Jujurnya saya berasa kagum dengan semangat pelajar dewasa yang join
kelas ini membuatkan saya teruja dan lebih bermotivasi untuk terus bersama
mereka menjayakan kelas hafazan di masjid ini.
Pernah sebelum ini, sebelum kelas hafazan
sesi pagi terhenti ada pelajar yang sudah
peringkat makcik dan hanya suri rumah sahaja telah berjaya menghafaz
sehingga 3 juz.
Kelas hafazan sekarang, terdapat seorang pelajar lelaki tingkatan 2 yang turut
serta. Walaupun bukan belajar di sekolah
menengah agama tetapi saya percaya bacaan dan hafazannya mungkin lebih baik
dari sesetengah pelajar sekolah agama. Mana-mana pelajar sekolah menengah atau
rendah yang lain juga sangat kami alukan untuk turut serta.
Saya terkenang ketika rutin harian
mendengar hafazan para pelajar ketika di Maahad Tahfiz. Selepas solat subuh
sehingga pukul 7.15 pagi. Bersambung kelas yang lain pula dari pukul 8.00 pagi
hingga sepuluh pagi. Kemudian kelas hafazan yang lain lagi bermula selepas
maghrib sehingga jam 9.00 malam. Saya juga berkesempatan bersama dengan kelas
hafazan pelajar UIA Kuantan yang bermula selepas Isyak.
Insya-Allah, doakan semoga saya berterusan
Istiqamah membangunkan kelas-kelas Al-Quran di sini.
#PermaiMenulis
#Tahfiz
#DiBawahKerlipanBintang
#LoveQuran
#HamlatulQuran
Tuesday, November 15, 2016
Mushaf Imam Syu'bah
Mushaf Syu'bah
Imam 'Asim mempunyai dua perawi
yang masyhur iaitu Syu’bah dan Hafs.
Kata Imam 'Asim : Qiraat yang aku bacakan
pada Hafs berdasarkan apa yang aku ambil daripada Abi Abdul Rahman al-Sulami
daripada Ali bin Abi Talib.
Manakala qiraat yang aku bacakan
kepada Syu’bah ialah apa yang aku ambil daripada Zirr bin Hubaisy daripada
Abdullah bin Mas'ud.
Kerajaan Brunei Darussalam telah
lama mencetak Al Quran Riwayat Syu'bah dan telah dibaca oleh rakyat Brunei
dengan meluasnya. Kita harap suatu hari nanti orang Malaysia akan terdedah
dengan Mushaf Riwayat Syu'bah kerana
Syu'bah dan Hafs adalah dari Imam yang sama iaitu 'Asim An-Najjud .
Oleh kerana kedua-dua Rawi iaitu
Syu'bah dan Hafs adalah dari Imam yang sama, maka keseluruhan bacaan
kedua-duanya adalah hampir sama . Hanya ada beberapa khilaf dari segi
Usul Qiraat.
Insya-Allah projek ngaji Qiraat
Imam Syukbah kita akan mulakan tahun hadapan di Masjid Sultan Mahmud,
Insya-Allah.
#PermaiMenulis #PermaiDiHati #Syu'bah #Qiraat #LoveQuran #AlQuran
Monday, November 14, 2016
Cerita Kelas Qiraat di Masjid
Baru selesai kelas Qiraat bagi Imam Nafi' Al-Madani untuk riwayat Imam Qalun dan Warsy. Walaupun kurang sambutan tetapi saya tetap berazam untuk teruskan. Paling tidak saya dapat murajaah semula, jika tak buat kelas ini alamatnya memang tinggal terus. Berbeza jika mengajar di Maahad qiraat, nak tak nak akan 'bermain' dengan manhaj ini.
Hari
ini datang seorang lelaki sebagai 'murid'
baru. Murid dewasa yang lain semuanya perempuan. Sebelum ni ada juga lelaki, 2
orang pelajar persijilan IP (Institut Pertanian), depa dah tamat belajar di IP
kini balik ke kampung halaman masing-masing.
Seorang
lagi lelaki yang cukup konsisten ialah Dr pakar Hospital Lipis, tapi dah beberapa
bulan bertukar ke hospital Terengganu. Maka jadilah semua pelajar solid
perempuan.
Brother
ni pulak lepasan pondok di Kelantan. Sekarang dalam proses ‘cari balik’ katanya
setelah lama meninggalkan pondok.
Kesimpulannya,
saya petik kata-kata mereka :
Jangan
pernah jemu @ putus asa dalam menyampaikan dan mencari Ilmu. -Adawiah-
Tuntutlah
ilmu barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan jalan
untuknya ke syurga" –Wazin-
Takde
henti dalam tuntut ilmu –Fahmi-
Jangan
pernah berhenti menimba ilmu. Ilmu itu akan betul-betul dirasai apabila anak
murid melepaskan egonya lalu merendah diri dihadapan gurunya. –Sakinah-
Nak
betul-betul dapat hadam ilmu tu, kene ajar semula kat orang lain. Seperti hadis
:
خيركم
من تعلم القرآن وعلم Belajar & mengajarkannya. – Diana –
Belajar
dan terus belajar supaya ilmu yang pernah dipelajari tak hilang begitu sahaja –
Fatiemah –
Ilmu dan Amal -Hanis-
Tak
kira Ler..ade pangkat ke kerje baguh ke, kalau boleh bace Quran baguh..Mantop
dah. –Adlin-
Moga
istiqomah dengan amalan yang dilakukan – Aina –
Apapun
pekerjaan kita, apa pun pun status kita, jangan tinggal untuk kita berdamping
dengan Allah.. Berhubung dengan Allah melalui ayat-ayat suciNya. –Aqem-
#PermaiMenulis #PermaiDiHati #LoveQuran
Sunday, November 13, 2016
Sepotong kek
Menjamu sepotong kek, jadilah..huhu.. Bersama Syeikh Faqar yang baru seminggu di Malaysia.
Sambil mendengar kisah rakyat Mesir yang 'kekurangan gula', terpaksa beratur panjang untuk membeli gula.
Rakyat negara kita pula ramai yang terlebih gula!.
Sambil mendengar kisah rakyat Mesir yang 'kekurangan gula', terpaksa beratur panjang untuk membeli gula.
Rakyat negara kita pula ramai yang terlebih gula!.
Saturday, November 05, 2016
Geng (Ashab) Sabtu
Salam Sabtu
Pagi Sabtu ni sambil-sambil mengeteh dengan kawan-kawan (ops, ada yang ambik Muet hari ni) mari kita berkenalan dengan Ashab Sabtu..
{وَاسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ لَا تَأْتِيهِمْ كَذَلِكَ نَبْلُوهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ }
Maksudnya : Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang kota yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik
Al-A'raf :163
Siapa ? : Mereka adalah kaum Bani Israil.
Di mana ? : Tinggal di Ailah (berdekatan dengan Laut Merah di antara Madyan dan Tur Sina).
Mereka diperintahkan untuk beribadah dan tidak dibenarkan keluar bekerja dan menangkap ikan pada hari sabtu.
Allah uji mereka dengan mendatangkan ikan yang sangat banyak pada hari Sabtu.
Akhirnya ada di kalangan mereka yang telah melanggar peraturan yang ditetapkan dengan keluar menangkap ikan.
Walaupun kisah ini berkaitan Bani Israil, namun pengajarannya perlu diambil oleh kita semua.
Antaranya : Ujian dari Allah adakalanya berupa kemewahan,kesenangan dan dikurniakan rezeki yang banyak.
Keberkatan dalam mencari rezeki yang halal. Biar sedikit tetapi berkat dari hasil yang banyak tetapi meragukan.
Thursday, November 03, 2016
Anak panah Islam
Kalam masyhur yang mampu menggerunkan musuh-musuh Islam :
"Aku adalah anak panah, daripada anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."-Saad bin Abi Waqas-
"Aku adalah anak panah, daripada anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."-Saad bin Abi Waqas-
Ketika Khalifah Saidina Abu Bakar al-Siddiq meminta Amru al-Ash mengetuai tentera untuk pembukaan Syam, kata beliau :
" Sesungguhnya aku adalah anak panah daripada anak-anak panah Islam, sementara kamu adalah pemanahnya. Panahlah dengan menggunakan anak panah tersebut di mana sahaja yang kamu mahu".
" Sesungguhnya aku adalah anak panah daripada anak-anak panah Islam, sementara kamu adalah pemanahnya. Panahlah dengan menggunakan anak panah tersebut di mana sahaja yang kamu mahu".
Jom memanah, saya juga masih baru belajar memanah.
Tuesday, November 01, 2016
Setalam bersama Delegasi Kolej Yayasan Pahang
Hari ini kami makan dalam talam bersama :
1. Dato' Norhishamuddin bin Yaacob - Pengarah Urusan Kolej Yayasan Pahang.
2. Ustaz Mohd Rashimi bin Mohamed - Dekan Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab KYP
3. Ustaz Mohamad bin Razali - Guru Smart Tahfiz Kolej Yayasan Pahang
1. Dato' Norhishamuddin bin Yaacob - Pengarah Urusan Kolej Yayasan Pahang.
2. Ustaz Mohd Rashimi bin Mohamed - Dekan Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab KYP
3. Ustaz Mohamad bin Razali - Guru Smart Tahfiz Kolej Yayasan Pahang
Sempena kunjungan pihak pengurusan KYP ke Maahad Tahfiz Al-Istiqamah, Temerloh. Semoga jalinan Ukhwah bertambah erat.
Subscribe to:
Posts (Atom)