Friday, March 31, 2017

Pra Penyerahan Masjid Sultan Mahmud

Alhamdulillah, hari ini berlangsung upacara pra penyerahan dari pihak kontraktor-JKR kepada pihak Pejabat Agama dan Masjid Daerah. Memang mencabar kerja baik pulih masjid ini. Beberapa orang Project Manager silih bertukar, bila tukar manager bertukar juga la para pekerjanya. Akhirnya siap juga. Walaupun masih belum siap sepenuhnya, tetapi kini masjid telah dapat beroperasi semula seperti sediakala. 
Masa masjid tutup, ramai yang sibok  bertanya bila masjid buka. sekarang masjid dah buka. Jom ramai-ramai mengimarahkan masjid. 

#catatanimamkecil
#PermaiDiHati
#MasjidDaerah
#MasjidSultanMahmud 


Kelihatan Najwa, Datin Norma, TA Afzan, TA Juwariah, AF Qadhi, JB Hanif



Ust Akmal, Imam Kecil, Imam Faizal, Linda, Syafikah, Najwa, Datin Norma, Ustazah Fasha, TA Afzan



bersama Najib 



 Bersantai di petang jumaat

Bergambar kenangan bersama Al-Fadhil Qadhi, Jurutera Bangunan JKR, Penolong Jurutera, Team kontraktor dan staf Pejabat Agama dan Masjid.

Friday, March 10, 2017

Nasik Lemak Seringgit di Lipis



Pagi tadi selepas solat subuh di Masjid Negeri 1888, saya bersama Afis meronda ke tempat yang dikatakan ada menjual nasik lemak seringgit. Tapi  kawasan tersebut masih bergelap dan tiada sesiapa pun di situ.

Alang-alang dah sampai ke situ, kami lajak lagi ke depan singgah makan roti banjir di Madeena Bistro.

Selepas bersarapan yang dibelanja oleh seorang hamba Allah, semoga Allah murahkan rezeki beliau, kami lalu semula ke tempat nasik lemak seringgit, Fullamak banyak kereta berhenti di situ. Kami pun ambil peluang membeli sekali nasik lemak seringgit. Kata orang pukul 7.30 pagi gerai dah tutup sebab nasik lemak dah habis. Fuhh. Alhamdulillah  akhirnya pagi ini saya berkesempatan membeli nasik lemak seringgit sebungkus.

Zaman harga minyak melonjak naik, mana nak dapat makanan murah? Tapi tak mustahil sebab masih ada yang menjual nasik lemak seringgit sebungkus. Rasa pun sedap, hirisan telur pun ada, sambal ada, ikan bilis goreng pun ada weh. Tabik la pada  Brader dan Sister yang berani menjual nasik lemak seringgit. Semoga rezeki mereka melimpah ruah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasik lemak seringgit, boleh datang ke gerai jualan mereka berdekatan dengan kedai MDL di tapak Petanque Kuala Lipis. Kena datang awal area pukul 7 pagi. Lewat..  tak merasa lah demeh.

#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#CatatanImamKecil


Tuesday, March 07, 2017

'Jangan Monyet'

‘Jangan Monyet’ – antara dialog dalam kartun Sang Kancil terbitan Lembaga Filem Negara. Siri kartun pendek era tahun 80-90an. Saya biasa tengok masa zaman sekolah rendah dahulu. Semua dijemput tengok kartun tersebut di YouTube. 

Berkaitan larangan Sang kancil pada monyet. Konsep Arahan, Dengar dan taat perlu diaplikasikan. Biasanya apa yang dilarang yang itu kita nak buat.
Hikayat Sang Kancil yang cuba hendak menyatukan pelbagai jenis haiwan yang berbeza. Singa dan harimau boleh berkawan dengan kambing. Akhirnya beberapa ketika Sang kancil berjaya menyatukan semua haiwan. Point Ukhwah dan kesatuan boleh kita tekankan di sini.

Menurut kisah hikayat tersebut, haiwan hidup dalam keadaan aman damai dan sesama haiwan yang lain wujud perasaan kasih sayang dan ‘kebinatangan’ (baca kemanusiaan). 
Inikan pula manusia yang dikurniakan akal dan agama. Tentulah sepatutnya lebih hebat dari haiwan. 


Tuesday, February 21, 2017

Kami Mahu Rumah

Rumah merupakan suatu keperluan untuk manusia.  Ia bukannya perkara yang boleh dianggap remeh tetapi perlu dipandang serius terutamanya di pihak pemerintah.

Dewasa ini isu gelandangan semakin ketara di Negara kita. Mereka yang menjadi gelandangan sudah pasti  bukannya mahu menjalani kehidupan sebegitu. Namun keadaan memaksa untuk mereka berbuat demikian. Sewa rumah yang semakin tinggi di tambah dengan harga barang keperluan yang sudah pasti sentiasa menaik.

Golongan muda kini terdesak mencari rumah sendiri. Namun lebih kasihan ada di kalangan penduduk Negara kita yang telah puluhan tahun menyewa rumah orang dek kerana tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.

Berbanding zaman dahulu, walaupun susah tetapi ketika itu mereka masih mempunyai tanah untuk dibuat rumah sendiri. Biarpun rumah yang dibina ala-ala pondok namun masih beruntung kerana mempunyai tempat berteduh sendiri.

Tanah-tanah  banyak yang telah dibuka, dijadikan taman-taman perumahan. Namun apabila melihat  kepada harga jualannya, kebanyakan dari orang kita terutamanya bangsa melayu dan bumiputera  tidak mampu untuk membelinya. Pemaju pula lebih berminat membina rumah kategori mewah berbanding rumah kos murah.

Memang zaman kini lebih mencabar. Walaupun pihak kerajaan ada menyediakan alternatif  seperti rumah PPRT, Rumah Prima dan sebagainya namun ianya masih belum menyeluruh dan sangat terhad. Orang yang memohon terlalu ramai dan sudah pasti bukan semua yang terpilih. Lebih malang mereka yang sepatutnya layak tetapi tidak dapat disebabkan birokrasi dan kronisme yang masih diamalkan di Negara kita.  Akhirnya kelompok-kelompok tertentu sahaja yang terpilih.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani isu rumah yang semakin kritikal terutamanya pihak yang memerintah. Tangani isu ini berpandukan nilai Agama dan kemanusiaan bukan hanya kerana meraih sokongan politik atau mendapat keuntungan dari projek perumahan yang dijalankan. Percayalah atas nama agama dan kemanusiaan isu ini akan dapat diselesaikan dengan harmoni.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil





Tuesday, February 07, 2017

Ziarah Mangsa Banjir di Taman Fah Choon

Ziarah mahabbah bersama mangsa banjir di Taman Fah Choon, Kuala Lipis. Sebanyak 21 buah rumah yang terlibat . Kami Menyampaikan sedikit sumbangan dari jemaah Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis. Semoga mereka semua tabah dengan ujian yang menimpa.
#Ziarah
#masjiddaerah 
#masjidsultanmahmud 
#banjir
#kualalipis
#pahang
#PermaiDiHati
#catatanimamkecil







Sunday, February 05, 2017

Depan Sungai Pahang di Bera


Meronda selepas musibah banjir tahun 2017 surut. Laluan ini yang berdepan dengan Sungai Pahang. Tok Mengkarak antara tokoh ulama silam berasal dari daerah ini. Di sini juga terletaknya tasik terbesar di Malaysia (tak termasuk tasik kenyir, kategori lain dah).
YAA Ketua Hakim Syar'ie Pahang sekarang berasal dari sini dan memakai laqob Al-Birry.

Tuesday, January 24, 2017

Bila hujan turun



Sekarang musim hujan, hujan turun tanpa henti semenjak semalam.
Masa Kecik-kecik cikgu pesan jangan main hujan, dah besar ni main redah je..huhu. 
Musim hujan ni nelayan tak boleh ke laut, penoreh getah tak boleh menoreh walaupun harga getah naik..ujian buat mereka.
Walaupun hujan lebat, kerja pembaikan masjid tetap terus berjalan. Kelihatan kontraktor bersama anak buahnya berbaju hujan, sekali pandang da macam geng ahli sihir harry poter da..
Hujan adalah rahmat, namun hujan juga boleh mendatangkan musibah, Mengikut aturan dan perintah Allah.

Wednesday, January 18, 2017

Pengerusi Masjid Lama (Masjid Negeri 1888)



Bertemu dengan Tuan hj Amir Basha di kedai makannya. Beliau merupakan pengerusi Masjid Lama Bandar Lipis (Masjid Negeri 1888). Berbincang mengenai isu di Masjid lama tersebut. Terima kasih juga kerana belanja kami makan. 
#catatanimamkecil

Monday, January 16, 2017

Bengkel Penulisan Artikel JAIP

Bersama sahabat-sahabat di Bengkel semakan penerbitan, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang di Maran Hill Resort.  

 Bersarapan pagi bersama Imam Masjid Daerah Maran dan Jengka


Turut sama, Tuan Haji Zakaria Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang.



Kenderaan yang biasa digunakan di padang golf, namun digunakan juga di tempat lain. Di Mekah juga ada dan di hotel-hotel.


#Jaip
#penerbitan
#Maran
#permaidihati 
#dakwah

Sunday, January 15, 2017

Makan Burger di Temerloh


Menikmati Burger di Temerloh, teringat zaman sekolah dulu, Beger ni sangat top, tempat budak-budak sekolah makan jika keluar bandar. Kedudukannya dekat dgn bas stand dan kedai buku Saujana sangat menyenangkan bebudak untuk singgah ke sini.

Saturday, January 14, 2017

Mesyuarat Agong Wanita Perkim Lipis

Turut sama Menghadiri Mesyuarat Agong Wanita Perkim cawangan Lipis. Sebagai Perasmi mewakili Al-Fadhil Qadhi Daerah. Semoga mesyuarat agong tersebut berjalan lancar dan diberkati.
#catatanimamkecil
 Bersama AJK wanita Perkim Cawangan Kuala Lipis
 Saudara baru 
Saudara baru merangkap qariah dalam majlis perasmian mesyuarat agong

Tutup masjid



Keratan Akhbar Sinar harian edisi Pahang bertarikh 14 Januari 2017.


Wednesday, January 11, 2017

Ziarah Pesakit Kanser


Kami berkesempatan  ke rumah Encik Baharum di Kampung Tanjung Lipis. Menziarahi Isterinya mengidap penyakit kanser. Semoga dikurniakan kesihatan dan tabah. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan sangat dialukan.