Wednesday, June 07, 2017

Kenangan naik Qatar Airways

Terkenang naik kapal terbang Qatar Airways ketika fly ke Mesir sewaktu berkelana di sana.
Hujung tahun 2016, Pergi umrah dengan Azhari Holiday pun naik flight Qatar Airways juga.
Adakah kome tak dapat naik flight Qatar lagi di masa mendatang ?

Isunya bukan naik kapal terbang semata-mata. Tapi yang lebih besar melibatkan dunia Islam. Melibatkan kita semua selaku umat Islam.
Islam menyaksikan ada negara yang nampak Islamik tetapi menjadi topeng dan boneka kepada golongan Kuffar.
Semoga dunia Islam terselamat dari tipu daya musuh Islam.
Pray for Qatar.

Firman Allah SWT  dalam Surah Al-Maidah:

Ayat 51 : 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai  orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin kamu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Al-Maidah : 51).

Ayat 54 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya : “Wahai orang yang beriman, barangsiapa di antara kalian murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia cintai dan kaum tersebut mencintai Allah, mereka adalah orang-orang yang lemah lembut sesama orang mukmin dan sangat kuat -ditakuti- oleh orang-orang kafir. Mereka berjihad dijalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap cacian orang yang mencaci”.
(Al-Maidah: 54).

#PermaiMenulis
#iloveQatar
#prayforummah
#prayqatar




Baru tapi lama


Setiap produk akan keluar edisi yang baru. Jarang sangat suatu produk terus kekal dengan edisi tersebut. Melainkan syarikat tersebut bankrap, Sempat sekali je keluar produk.
Sebelum keluar edisi yang baru, sudah tentu semua pihak yang terlibat dalam sesebuah produk akan bertungkus lumus untuk memastikan keluaran terbaru mereka akan top dan gempak.

Cuma, ada juga pelanggan yang suka kepada sesuatu produk yang masih berwajah lama walaupun edisi yang terkini.
Contoh :  henpon jenama iphone. Ketika saiz iphone direka semakin besar bermula dengan edisi iphone 6 dan kini iphone 7. Masih ada yang rindukan iphone bersaiz mini zaman Steve Jobs. Maka syarikat Apple mengeluarkan iphone SE yang berbodykan Iphone 5 tetapi berenjinkan Iphone 6.
Begitu juga dengan Nokia. Suatu ketika dahulu Nokia telah mencetus fanomena dengan jenama 3310 mereka yang terkenal. Sebelum jenama tersebut tenggelam dengan kemunculan Android. Nokia is back dengan melancarkan semula brand 3310. Nostalgia beb bagi pengguna yang pernah menggunakan 3310 suatu ketika dahulu.

Motorsikal Honda lampu bulat C70, sudah menjadi lagenda. Kini Honda masih ada mengeluarkan motorsikal baru tapi rupa bentuknya mirip C70.

Sama juga dengan rumah tradisional. Sekarang sudah ada yang membina rumah moden tapi bercirikan tradisional.

Pengeluar membuat reka bentuk yang lama, bukan semata-mata depa kering idea, lastnya terpaksa tiru semula bentuk yang lama. Akan tetapi untuk mengenang dan supaya generasi kini dapat melihat semula karya orang yang terdahulu..kan

Ada lagi contoh ? Kongsi di sini..

#PermaiMenulis
#oldschool



Tuesday, June 06, 2017

Manusia tidak boleh lari dari dipantau

Situasi 1
Antara tugasan Cikgu di sekolah mengambil kehadiran pelajarnya. Saya masih ingat ketika di sekolah rendah, cikgu sebut satu-satu nama anak muridnya. Siapa yang hadir akan mengangkat tangan. 
...
Situasi 2 
Pelajar di sekolah tidak boleh lari dari menghadapi peperiksaan. Natijah dari peperiksaan akan ada pelajar yang lulus dan gagal. 
...
Situasi 3
Pelajar juga akan menghadapi kejohanan sukan. Juga setiap acara dipertandingkan. Maka akan ada juaranya.


Kenapa tidak..

Cerita 1
Kehadiran pelajar sekolah tidak perlu diambil rekod kedatangannya. Ikut suka la nak hadir sekolah atau tidak. Kenapa cikgu perlu kisah? Bukan sekolah tu cikgu yang punya.. kan.
...
Cerita 2
Tidak perlu diadakan peperiksaan. Belajar sahaja tanpa periksa. Bukankah pelajar akan dapat belajar  tanpa ada tekanan. Kerana peperiksaan itu mentensenkan pelajar bahkan guru juga tertekan dengan sistem peperiksaan. Nak kejar silibus, nak mark paper lagi.
...
Cerita 3
Acara sukan, main suka-suka sahaja macam budak-budak kecil main petang-petang. Bukankah itu lebih menggembirakan berbanding kena bertanding. Ini setiap petang kena training yang meletihkan, belum campur dengan injured lagi, nak cover studi lagi.

Kerana..
Pelajar di sekolah perlu melalui proses pemantauan. Dan pemantaunya tidak lain adalah guru. Murid suka atau tidak, guru suka atau tidak, Itulah sistem yang perlu dilalui.
Sistem yang tidak menggembira itulah akhirnya akan memberi kejayaan di kemudian hari kepada pelajar.

#PermaiMenulis
#Pantau
#nazir

Siapa VIP di Masjid ?

Dekat masjid pun kena ada ruang khas untuk VIP ?
Saya katakan perlu ada disebabkan beberapa isu dan perkara.
11.     Parking  khas untuk pegawai masjid dan penceramah jemputan.  Ruang parking khas adalah pengamalan biasa di mana-mana pejabat, institusi termasuk sekolah. Pegawai dan staf ada parking khas untuk mereka. Pelawat atau orang awam tidak akan menceroboh parking yang disediakan untuk pegawai.
Namun lain halnya di masjid. Walaupun telah ada label parking yang dikhaskan untuk pegawai masjid, tetapi selamba sahaja orang lain mengambil ruang parking tersebut. Agaknya depa berminat nak jadi pegawai masjid?
 
22.     Meja makan yang khas untuk pegawai masjid. Kebiasaan pegawai masjid akan lewat tiba di meja makan ketika jamuan makan termasuk la juga berbuka puasa.  Contohnya bilal, selepas azan baru turun untuk makan. Sering terjadi kontraktor makanan terlepas pandang akan isu ini.  Di samping ahli jemaah yang tidak peka akan isu ini. Mereka yang sewenangnya menopoli ruang makan tersebut. Menjadi yang biasa pegawai masjid terpaksa pula mengeteh kat kedai luar.
 
33.     Tandas khas untuk pegawai masjid. Walaupun tandas telah berlabel, namun, masih tidak diambil peduli. Masih ada lagi yang buta huruf. Pihak berwajib kena memikirkan masalah ramainya rakyat yang masih buta huruf. Kut.. Buat kerahan masuk sekolah dewasa macam zaman P.Ramle?.. Amacam..
 
44.     Beberapa ruang Saf di belakang imam. Biasanya pegawai masjid akan bersolat di saf belakang imam. Tempat tu pun orang nak kebas jugak. Nanti imam utama terbatal,, mula lah sesak nak ganti jadi imam. Depa tak tahu pasal tu gamaknya.
 
55.     Ruang imam. Setakat ni tempat ni memang paling Vip. Kerana orang tak berebut tempat ni. Pelik juga.. Kalau kat sini tahu, kenapa di tempat-tempat yang disebutkan di atas tadi buat tak tahu?
 
Itulah antaranya… Cerita pasal masjid.
 
#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil

Monday, June 05, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 17) Tip jimat di bazar ramadan

Petang- petang ada yang bertandang ke bazar ramadan. Sudah tentu mencari juadah buat berbuka puasa. Ada tak yang amalkan peruntukan hanya RM5 je sekali singgah bazar. Bawak duit cukup-cukup je. Jangan ada duit lain pulak kononnye terselit. Kompem dapat jimat dan mengawal nafsu..huhu.

#bazar
#kiram
#KIRAM

Adikku masuk Matrik



Hari ni adik saya mendaftar masuk ke kolej matrikulasi. Siapa sangka akhirnya boleh masuk matrikulasi...huhu..
Adik saya disekolahkan ke Maahad Tahfiz swasta. Jadi generasi pertama pulak tu.. Maahad tahfiz pertama beberapa bulan sahaja. 
Kemudian berpindah ke Maahad tahfiz yang kedua, pelajar hanya ada beberapa orang sahaja.
Kemudian ada isu antara pentadbiran dengan Ustaz (mudir), mudir pun buat pertemuan dengan parent bagi pilihan sama ada pelajar terus kekal di maahad tahfiz tersebut atau ikut mudir.
Majoriti memilih untuk ikut mudir. Mudir buka maahad tahfiz baru bersama pelajar yang transfer. Dia stay di situ sehingga berjaya menamatkan hafazan 30 juz pada tahun 2015.
Maahad hanya tumpu pada hafazan al-Quran, di samping beberapa pelajaran kitab (agama) yang lain. Style Maahad tahfiz tabligh.. karkun muda katakan..
Kemudian tahun lepas (2016), baru masuk sekolah Menengah biasa di kampung. Terus masuk tingkatan 5 (ikut umur), tak pernah pun merasa bersekolah tingkatan 1-4, huhu..
PMR@ Pt3 tak pernah ambik.
Alhamdulillah SPM dapat la 7A, pelajar kedua terbaik kat sekolah, (8A sorang, 7A dua orang, 5A sorang- 4 orang tu lah yang result gempak kat sekolah kampung ni).
Kira ok sangat lah result adik saya yang hanya belajar akademik setahun sahaja di tingkatan 5.
Sekarang dia telah ada syahadah tahfiz 30 juzuk dan SPM. Berbeza dengan kawan sekolahnya yang hanya ada Spm. Semoga terus sukses bersama al-Quran.

Sunday, June 04, 2017

Pengguna Apple jangan berlagak?

Dulu masa rasa lambat bergerak.
Seharian macam-macam benda boleh buat.
Masa kecil puas menunggu nak sampai waktu berbuka.
Sekarang rasa masa begitu pantas. Sepantas syarikat-syarikat henpon mengeluarkan jenama terbaru mereka.
Tak pasal Apple pun join sama, dulu rasa lama juga sesuatu siri iphone tu berada di pasaran sebelum keluar edisi yang baru. Dan la bernafas. Ini idak, tak beri ruang lalu pada user nak bermegah,, dah keluar yang baru..haha
Masa dirasakan sangat cepat. Sebahagian dari tanda kiamat semakin hampir?

Jauh dan dekat

Kediaman (baca rumah@tempat belajar) Jauh dan dekat bukanlah nilai yang tepat sangat (saya tak tulis sangat tepat) kalau kita nak buat ukuran. 
Ibaratnya, rumah yang bersebelahan dengan masjid belum tentu penghuninya merupakan ahli masjid yang pior.
Biasa je terjadi, ahli masjid yang pior sampai mengalahkan siak masjid terdiri dari mereka yang rumahnya jauh dari masjid.
Nak jemput penceramah di masjid pun, kadang penceramah luar yang jauh-jauh lebih kerap dijemput berbanding ustaz tempatan. 
Dan penceramah pula sanggup je pegi walaupun jauh.
Ulama silam sanggup berjalan ribuan batu dalam misi pencarian ilmu mereka.
Berbanding zaman kini yang kadang hanya duduk di bilik mengadap syeikh google sahaja.

Yang jauh didekatkan
Yang dekat dirapatkan

Saturday, June 03, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 16) Berapa Gelas nak minum ?

Sehari kita disarankan minum 7-8 gelas supaya air cukup dalam badan. Siapa yang time sahur mampu minum sampai 7 gelas?
Kalau gelas kecil yang orang buat minum syai (teh) arab atau biasa orang balik Mekah hidangkan air zam-zam dalam cawan kecil yang sekali teguk je dah habis, yang tu tak aci lah. 
Kebiasaan orang macam saya, time sahur segelas penuh je yang mampu. Kadang tak penuh pun segelas.
Maksudnya air tak cukup lah dalam badan, tetapi kita saksikan kehebatan ibadah puasa. Kita mampu bertahan sehingga seharian.
Tu tak kira lagi jenis yang tak bangun sahur. Selamba je bertahan seharian tanpa makan dan minum.
Inilah dia kekuasaan Allah. Allah perintahkan hambaNya melaksanakan sesuatu yang memang dalam kadar kemampuan kita.
Jadi lembiklah bagi siapa yang tak puasa tanpa sebarang keuzuran. Walaupun mungkin ada yang nampak ganas di mata manusia kononnya. 

Friday, June 02, 2017

Sebab tukar alamat

Ceritanya berhajat nak pergi ke pejabat pendaftaran negara dan bank untuk tukar alamat rumah. Alamat barunya Rumah tanpa nombor, jalan bla bla. 

Kawan tanya sebab apa tukar alamat. Jawabnya mudah sahaja, plat nombor yang ditampal dekat pintu dah tercabut. Jadi sekarang tak ada nombor lah. Bimbang pula kalau posmen tak jumpa rumah. Tu yang cepat-cepat tukar alamat.
Bijak dok idea ni?
Mungkin ini yang dikatakan berfikir di luar kotak..huhu.

Thursday, June 01, 2017

Hal-hal lain

Penghujung mesyuarat, slot Hal-hal lain. Ada yang gelarkan round table. Bila sampai slot ni, ada yang gembira sebab ni agenda terakhir sebelum tamat mesyuarat. Tetapi awas, boleh jadi agenda hal-hal lain @ lain-lain hal jadi lebih panjang berbanding agenda sebelumnya. Sabor je lah.
#PermaiMenulis
#roundtable

Ye ke Geng Bintang kuat ?

Duduk melekat di kerusi sekolah. Seorang pelajar perempuan utus pesan pada kawan sebelah yang sambil-sambil buat part time kerja posmen.
"Pesan pada si Pulan, jangan jumpa orang kampung Bintang. Orang kabo geng Bintang kuat." usul si gadis pada posmen yang tak bergaji.
Ye ke geng Bintang kuat. Sekuat mana cahaya bintang, kalah juga dengan cahaya matahari.
Bak hukum Alif Lam Shamsi yang dibaca dengan Idgham. Lam diibaratkan bintang tenggelam dengan huruf sabdu selepasnya yang mempunyai power matahari. Huhu...