Monday, February 05, 2018

Rezeki durian free

Bila ada rezeki terima dengan hati terbuka. Walaupun musim durian sekarang. Orang jual kat merata-rata tempat dan sambutan nampak sangat menggalakkan. Tapi bagi yang walletnya tipis kena berfikir juga.
Seumur hidup, Saya tak pernah lagi membeli buah durian. Harap yang free sahaja. Kalau takde, minum kopi je.

#PermaiMenulis
#durian
#rezeki
#capen

Sunday, February 04, 2018

Luasnya Pahang

Mundar mandir. Hari ini Lebih 600km drive. Tapi masih dalam negeri yang sama. 
Faktanya Pahang negeri yang luas. Saya pernah dengar orang cerita, zaman dulu masa Raja-raja melayu bermesyuarat untuk tentukan sempadan negeri-negeri. Raja Pahang tak datang mesyuarat tersebut. Masa bincang raja-raja lain tak nak hulu-hulu yang bergunung ganang. Semua sepakat bagi ke raja Pahang yang tak hadir. Akhirnya Raja Pahang dapat paling luas. Sebab raja-raja lain tak nak. 
Tak tahulah benar ke tidak hikayat tersebut.


Saturday, February 03, 2018

Tayar mati

Basikal budak kecik ada yang menggunakan tayar mati. Senang tak perlu pam dan selamanya tak akan bocor dan pancit. 
Kenapa agaknya kereta tak pakai tayar mati. Tetapi bila kereta yang awak bawa langgar lubang atau bonggol mahupun 'sambungan' (tak tau istilah) antara jalan dengan jambatan. Gegarannya terasa terlalu keras. Berasa dah macam pakai tayar mati. 


#Capen

Tiba-tiba jalan jem

Kalau kamu tengah dalam perjalanan. Tiba-tiba aliran laluan jadi sangat perlahan sehingga terhenti. Apa yang muncul di benak fikiran ?
Ayat standart : ada polis / jpj buat roadblock. Atau ada kemalangan. Kalau di hutan boleh tambah lagi dalam fikiran, mungkin ada pokok tumbang.
Tetapi kadangkala sangkaan meleset. Rupanya ada pasar malam di tepi jalan. 


#capen

Thursday, February 01, 2018

Lembu pingitan

Jangan sangka anak dara pingitan sahaja. Lembu pun ada lembu pingitan. 
Dr Hamka memberi gelar lembu pingitan pada lembu yang tidak cacat, tidak calar balar, tidak cedera, tidak berkerja berat, tidak membajak sawah, tidak muda dan tua sangat. 
Saya hanya ada ayam pingitan.




#capen