Friday, May 13, 2022
Banjir
Wednesday, May 11, 2022
Meriah Raya di kampung
Suasana Hari Raya di kampung cukup meriah.
Nak pula tahun ini, lain macam penangan qadha' raya 2 tahun punya.
Tetapi mungkin dua tiga hari, letaklah paling lama seminggu.
Selepas itu kebanyakan rumah di kampung kembali sunyi dan ada yang berkunci terus.
Jumlah Masjid di kampung tradisi yang tak cukup bilangan 40 orang untuk mendirikan solat jumaat semakin bertambah.
Ada Masjid yang sekian lama telah dapat fatwa khas tamam 12. Tetapi parahnya nak dapat 12 orang pun susah.
Begitulah realitinya.
Bukannya orang muda tak nak duduk di kampung. Tetapi berkait dengan ruang dan peluang kerjaya.
Saya cadangkan kepada mereka yang mempunyai ruang dan peluang, usahalah untuk meriahkan kampung.
*Gambar beraya di rumah Ustaz Hasan yang dari bandar kembali ke kampung.
#PermaiMenulis #raya #syawal #aidilfitri #kampung #pahang #bandar
Thursday, May 05, 2022
Mencari kedai makan di musim raya
Catatan Raya.
Musim raya kenderaan memang penuh di jalanan.
Hari ini raya ke-4 pun masih penuh lagi.
Maknanya orang lebih ramai di jalanan berbanding di rumah. Cerita فاطن نتشا سليمان , pergi ziarah rumah sahabat setengah jam sahaja, 8 jam lagi di jalanan sebelum tiba di rumah sendiri.
Kedai makan pun masih belum dibuka sepenuhnya. Sama ada tokey masih dalam mood raya atau pun untung niaga bazar Ramadan lumayan, itu yang berasa malas lagi nak buka.
Hasilnya, mana-mana kedai makan yang bukak, terlampau lah ramai sehinggakan tokey tak menang tangan dan tutup awal sebab stok bahan mentah dah habis.
Realitinya start hari ke 3 dan paling awal hari kedua lagi orang dah cari nasik. Mana tahan perut memanjang nak makan kuih raya je.
Lemang ketupat pun sehari dua bolehlah. Huhu.
Dah nama orang Malaysia. Nak nasik jugaklah.
Mana-mana yang nak buat bisnes part time, saya cadangkan jual nasi berlauk tima pasca raya. Insya-Allah ramai pelanggan.
*Gambar kenangan beraya di rumah mak saudara Masmuna Samah
#PermaiMenulis #raya #syawal #jalanan
Wednesday, April 27, 2022
Mengaji Al-Quran Qiraat Syu’bah ‘an Asim Surah Al-Naba'
Moh Mengaji Al-Quran Qiraat Syu’bah ‘an Asim
Tuesday, April 26, 2022
Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia
Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) melalui aplikasi zoom.
Antara perniagaan yang dijalankan ialah :
-Perkhidmatan bekalan lembu kurban secara online melalui laman www.coopqurban.com
-Pengedar kurma jenama Al-Helmy.
-Pengedar Ayam jenama SIHAT.
-Produk ubat gigi Al-Shifa.
-Pengedar produk Madu Honey Stick.
-Pengedar produk sejuk beku daging.
Perancangan perniagaan masa hadapan :
* Projek Dobi layan diri.
* Projek pelancongan.
Moga Konsortium ini berjalan lancar.
Maju ekonomi ummah.
#koperasi #masjid #KoperasiMasjid #ekonomi #bisnes #PermaiMenulis
Monday, April 25, 2022
Berbuka puasa Timbalan Menteri Luar Bandar
25 April 2022 Bersamaan 23 Ramadan 1443H,
Majlis Berbuka puasa anjuran Parlimen Lipis/ Umno Bahagian Lipis bersama YB Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis di Masjid Sultan Mahmud.
Hadir sama dalam majlis YH Dato Abu Jimi Samat.
#iftar #parlimenLipis #Dsarm #masjid #lipis #pahang
Saturday, April 23, 2022
Urus Sumber tenaga dengan bijak
Monday, April 18, 2022
Masjid terima sumbangan Perbadanan Kemajuan Pertanian PKPP Pahang
Masjid Sultan Mahmud (Masjid Daerah Lipis) menerima sumbangan kewangan berjumlah seribu ringgit daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang disampaikan oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang merangkap pengerusi PKPP.
Semoga PKPP terus maju jaya.
Terima Kasih.
#Ramadan #Aidilfitri #sumbangan #Masjid #Jaip #MasjidDaerah #Pkpp
Saturday, April 16, 2022
Masjid Tualang Padang
Berbuka puasa dan solat tarawih di Masjid Kampung Tualang Padang. Menariknya Ketua Kampung (Tok4) bertugas sebagai Bilal di Masjid ini.
Bangunan Masjid Tualang Padang masih kukuh dan walaupun atap zinknya dah lama tetapi utuh tak bocor.
Antara Masjid yang "design" sama seperti Masjid Tualang Padang ialah Masjid Merapoh, Masjid Desa Murni, Masjid Kemayan dan Masjid Tanjung Api.
Tak semestinya buat masjid baru. Masjid lama jika masih berkualiti pulihara dan jaga "maintain" sebaiknya.
#PermaiMenulis #Masjid #MasjidDaerah #Lipis #TualangPadang #Jaip #Jakim
Masjid Mekah di Gua Musang
Masjid silam terkenal dengan Seni bina yang mempesonakan dan tahan lama.
Suatu inspirasi dan kelainan di Masjid Razaliegh Gua Musang.
Harapnya arkitek kita semakin proaktif dan kreatif dalam mereka plan Masjid.
#masjid #senibina #indah #islam #GuaMusang #Mekah #PermaiMenulis
https://youtu.be/vGe5z2rLaWs
Friday, April 15, 2022
Pejabat Imam
Pejabat Imam Masjid Bandar Benta.
Masjid bukan hanya tempat solat semata-mata. Tetapi juga merupakan pusat komuniti sebuah institusi.
Maka, kemudahan fasiliti di Masjid perlu dilengkapkan.
Paling utama ialah, pegawai masjid mesti mempunyai pejabat operasi yang berfungsi sepenuhnya.
#imam #MasjidDaerah #MasjidBenta #Pahang #Jaip #Jakim #Muip #Yadim #PermaiMenulis
Wednesday, April 13, 2022
Sumbangan Ihya' Ramadan
Terima kasih Cikgu Zarina, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Clifford yang menyampaikan sumbangan Ihya' Ramadan daripada Warga SK Clifford. Semoga Allah berkati usaha kalian.
#ramadan #sumbangan #ihyaramadan #skClifford #lipis #pahang #Masjid #MasjidDaerahLipis
Sunday, April 10, 2022
Bayar guna Handphone NFC
Saya bayar guna Henpon.
Kerana saya pengguna Handphone Samsung, maka Samsung Pay menjadi pilihan untuk saya membuat transaksi pembayaran di kedai yang mempunyai mesin terminal kad.
Namun isu bagi pengguna Samsung Pay, sejak keluaran Samsung Galaxy S21 tiada lagi MST, hanya NFC sahaja.
Sebab saya guna henpon edisi sebelum S21, iaitu
Note 10, maka tiada masalah tersebut.
(Apa ke benda MST dan NFC tu ?, Boleh google ye..haha)
Bagi yang mempunyai smart watch Samsung Gear S3 masih mempunyai MST. Tetapi yang terbaru hanya mempunyai NFC sahaja.
Dengan Samsung Pay, ibaratnya kad debit atau kredit kita ada dalam phone. Tak perlu lagi keluar kad dalam wallet. Hanya rapatkan Henpon atau smart watch sahaja ke Mesin Terminal. Sangat mudah. Kan.
Pengalaman saya lebih mudah dan pantas dari menggunakan E-Wallet seperti Touch n Go, MAE, Boast dan lain-lain perkhidmatan E- Wallet.
Apa khabar User iPhone?
Ikutkan ada je Apple Pay, tetapi dukacitanya kat Malaysia masih tidak boleh digunakan. Mungkin orang Malaysia kena pakat boikot ramai-ramai produk Apple, barulah Hq Apple bagi rakyat Malaysia guna Apple Pay. Huhu.
Sama jugak dengan Smart Watch keluaran Apple. Dah la beli mahal tapi apps tak boleh guna. Mau panas weh beli mahal-mahal.
Namun jalan tikus tetap ada untuk user iPhone.
Kreatif kita ni untuk cari jalan penyelesaian.
Caranya kena install apps Wise. Ibaratnya bank digital dan guna kad Debit mcm Bigpay.
Kita kena topap duit dalam akaun digital Wise tersebut.
Tetapi bukan dalam Ringgit Malaysia. Kena guna Dollar Singapura. Dan kena sedikit cas. Huhu.
Tentunya tak boleh lah nak guna kad-kad bank kita yang sedia ada.
*Bank-bank tertentu juga ada apps pay tersendiri seperti Maybank Pay, Cimb Pay. Google juga ada App Google Pay. Tetapi kami tidak pernah explore.
Sekian.
#SamsungPay #ApplePay #Cashless #tanpatunai #teknologi #PermaiMenulis
Cara nak elak kena sedia duit pecah
Bulan Ramadan bulan ibadah. Namun tidak menghalang kita untuk membeli belah. Cumanya kenalah kawal diri. Jangan cepat terbakar.
Tokey kedai dah lama perasan, huhu.
Sebab itu rancak macam-macam promosi jualan semasa Ramadan ini.
Ketika membayar di kaunter yang mempunyai pelbagai alternatif kaedah bayaran.
Saya lebih suka tidak menggunakan wang tunai.
Sebenarnya untuk memudahkan penjual kerana tak perlu bersusah memulangkan semula baki wang kecil. Selalu berlaku, pekedai tiada duit pecah. Terpaksalah pergi meminta ke kedai sebelah. Dan pembayar menunggu lebih lama di kaunter.
.
Saya bayar guna medium apa ?
Bersambung ke cerita berikutnya..
#Ramadan #jual #beli #wang #PermaiMenulis #Kaunter
Friday, April 08, 2022
Derma darah dalam bulan Ramadan
Berbuka puasa di Beranda Masjid
Semalam Majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud berpindah ke beranda hadapan. Kerana dewan makan dijadikan tempat untuk menderma darah.
Walaupun cuaca tidak menentu, sering hujan semasa waktu maghrib tidak menghalang orang ramai hadir ke Masjid untuk sama-sama berbuka puasa.
Terima kasih kepada para peniaga bazar Ramadan yang sering menghantar juadah tambahan kepada kami. Moga rezeki kalian sentiasa diberkati dan semakin bertambah.
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
#Masjid #MasjidDaerah #Lipis #Iftar #puasa #berbukapuasa #pahang #jaip #jakim #muip #yadim #perkim
Thursday, April 07, 2022
Tadarus Rakan Muda Ramadan
Kami mempelawa anak muda untuk sertai program tadarus ini.
Yang mahir bantu yang lemah. Masih belum terlambat. Jom !.
#Tadarus #RakanMudaRamadan #Kbs #PejabatBeliaLipis #MasjidDaerah #MasjidSultanMahmud #PermaiMenulis
Tuesday, April 05, 2022
Berbuka puasa di Masjid
Masjid Sultan Mahmud (Masjid Daerah Lipis) menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari.
Kami mempelawa para muslimin muslimat untuk sama-sama menjamu selera di Masjid.
Secara tak langsung dapat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Sumbangan dialukan :
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
#iftar #masjid #lipis #puasa #ramadan #PermaiMenulis #MasjidDaerah #Jaip #Jakim
https://youtu.be/JWWw703R6NQ
Monday, April 04, 2022
Imam Masjid Benta
Beramah mesra dengan Imam Haziq yang akan memulakan tugas sebagai Imam di Masjid Baru Benta.
Beliau pernah menuntut di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku dan Maahad Tahfiz Sg Badak. Kemudiannya peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan ijazah di UKM.
Selamat menjadi pemakmur Masjid.
#imam #JabatanAgamaIslamPahang #imamtua #masjid #MasjidDaerah #lipis #Pahang
Mushaf Al-Quran Wakaf
Menerima Mushaf Al-Quran Al-Manar daripada Ustaz Wan Akmal, dari Bahagian Penyelidikan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis mewakili wakafquran.my
#Mushaf #alquran #masjidlipis #PermaiMenulis #JabatanAgamaIslamPahang #wakaf #mengaji #ramadan #MasjidDaerahPahang
Friday, April 01, 2022
Solat Subuh Rapat Saf
Solat Subuh pagi ini di Masjid Sultan Mahmud .
Saf semakin rapat.
Jom rapatkan diri ke masjid dan surau.
#Masjid #MasjidDaerah #Lipis #Pahang #PermaiMenulis #SolatSubuh
Thursday, March 31, 2022
Rakan Muda Ramadan
Perbincangan bersama Pegawai Belia Daerah Lipis dan warga kerja Pejabat Belia Daerah Lipis untuk menjayakan program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Lipis Tahun 2022.
Insya-Allah pengisiannya program tadarus al-Quran di kalangan belia berusia 15-25 tahun. Ada belia yang berminat nak sertai ? Kami sangat mengalukannya.
#rakanmuda #RakanMudaRamadan #Tadarus #belia #AnakMuda #DakwahAnakMuda #puasa #alquran #mengaji #PejabatBelia #PejabatBeliaLipis #PejabatAgamaIslamDaerahLipis #MasjidDaerahLipis #JabatanAgamaIslamPahang #PermaiMenulis
Sunday, March 27, 2022
Minum untuk pulih
Masa Lalu dekat highway,
nampak papan iklan besar bertuliskan "tidur untuk pulih".
Bagaimana kalau "Minum untuk pulih".
Aci tak ?
*Sekuat dan sehebat mana pun kita berkerja. Tetap perlu berehat. Rehat bukan kerana malas. Tetapi untuk cas semula stamina.
#PermaiMenulis #minum #rehat #kerja #DakwahAnakMuda #Masjid
Simposium Pendakwah Anak Muda Yadim
Simposium Pendakwah Anak Muda anjuran Yadim bersama Akademi Dakwah Anak Muda (ADAM) bagi zon Pahang barat di Masjid Sultan Abu Bakar (Masjid Daerah Raub).
Kami mendengar perkongsian pengalaman Ustaz Akram Ikrami bin Taib Azamuddin, Penolong Pengarah Yadim Pusat yang menceritakan dakwah terhadap anak muda.
Insya-Allah program yang menghimpunkan barisan pendakwah muda perlu dijalankan secara berkala
#Yadim #Spam #DakwahAnakMuda #Pahang #Adam #Permai #MasjidDaerah
Saturday, March 26, 2022
Simposium Dakwah Anak Muda
Kerja Dakwah bukan mengisi masa lapang.
Tetapi kita yang kena lapangkan masa untuk kerja dakwah.
#dakwahanakmuda #AkademiDakwahAnakMuda #Yadim #Spam #dakwah #PermaiMenulis
Simposium Dakwah Anak Muda
Kerja Dakwah bukan mengisi masa lapang.
Tetapi kita yang kena lapangkan masa untuk kerja dakwah.
#dakwahanakmuda #AkademiDakwahAnakMuda #Yadim #Spam #dakwah #PermaiMenulis
Tuesday, March 22, 2022
Mesyuarat Masjid
Mesyuarat bersama Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang di Masjid Negeri Pahang.
Apa khabar Ramadan ?
Insya-Allah semua Masjid akan imarah. Namun kita semualah yang perlu memainkan peranan. Bukan hanya tertumpu kepada staf masjid sahaja.
#PermaiMenulis #Masjid #surau #Jaip #JabatanAgamaIslamPahang #Ramadan
Sunday, March 20, 2022
Selamat kembali ke sekolah
Bermulanya sesi persekolahan tahun 2022.
Kami terkenang zaman bersekolah dahulu. Pastinya banyak kenangan. Tak mungkin dapat balik semula ke zaman tersebut.Selamat kembali ke sekolah buat semua pelajar dan guru.
#PermaiMenulis #sekolah #backtoschool
https://youtu.be/caIS818Xv-Q
Monday, March 14, 2022
Surah al-Takhathur
Bacaan surah al-Takahtur berserta penjelasan hukum tajwid secara ringkas. Moga bermanfaat. #MasjidDaerahPahang #MasjidDaerahLipis #PermaiMenulis
https://youtu.be/Rh6096B1nuM
Sunday, March 13, 2022
Panadol tiada stok
Panadol laku keras musim ini.
Zaman sekarang kena akrab dengan ubat-ubatan.
Jangan pula muncul scammer ubat palsu.
Kalau air zam-zam pun boleh jual yang palsu. Inikan pula ubatan seperti panadol.
Dalam kita beria mencari stok ubat.
Jangan dilupakan stok amalan soleh.
Buat bekalan di alam mendatang.
#panadol #ubat #bekal #PermaiMenulis
Saturday, March 12, 2022
I Love School
Tahniah kepada Team Nisa Kuala Lipis atas kejayaan menganjurkan program I Love School di Masjid Sultan Mahmud.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua dermawan yang baik hati.
Sama-sama kita ringankan beban mereka. Hari ini kita bantu mereka, insya-Allah nanti mereka pula bantu kita.
#MasjidSultanMahmud #MasjidDaerah #Nisa #NisaLipis #Pahang #PermaiMenulis
Friday, March 11, 2022
Kongsi kereta
Bersarapan selepas subuh. Berkongsi kereta dapat merapatkan ukhwah di samping menjimatkan bahan bakar dan mengurangkan pencemaran. Kempen bumi hijau.
#sarapan #jemaahmasjid #masjid #PermaiMenulis
Thursday, March 10, 2022
Tabung covid
Mesyuarat penyelarasan tabung covid19 di Masjid Daerah Temerloh.
Setakat ini kematian jenazah covid19 dibiayai oleh tabung covid19. Buat masa ini duit tabung covid19 telah habis dan tertunggak. Memerlukan suntikan daripada pihak berwajib.
Antara isu yang berkaitan, terdapat segelintir pihak pengurusan jenazah yang mengenakan cas yang agak tinggi berbanding yang lain.
Moga urusan kita semua dipermudahkan.
#Covid19 #masjid #pahang #PermaiMenulis
Monday, March 07, 2022
Tulis buku
Untuk menghasilkan sebuah karya penulisan. Penulis tetap memerlukan teman-teman yang lain untuk membantu.
Begitulah dalam kehidupan seharian. Kita memerlukan manusia-manusia yang lain sama ada dikenali atau tidak untuk melengkapkan kehidupan.
Jadi kita jangan berasa best sangat lah.
#PermaiMenulis #lengkap #manusia #buku