

iftar jama'ie
Bulan al-Quran

Kena bercakap-cakap
Malam Kelmarin saya bercakap-cakap lagi. Lokasinya di Masjid Daerah Benta. Esok saya akan bercakap meneruskan cakap-cakap saya yang lepas di Pejabat Risda Daerah Lipis. Sepanjang saya di sini, mungkin agak pelik bagi diri saya sendiri iaitu saya sudah jadi banyak cakap, padahal perihal sebenar saya merupakan seorang yang pendiam. Saya telah bercakap di Masjid Kg Relong, Masjid Kg Lalang, Masjid Kg Tempoyang, Surau Kg Beletik, Surau Kuarters Guru Benta, tidak termasuk cakap-cakap saya di Masjid Daerah Lipis lagi.
Saya memang tidak pandai bersyarah apatah lagi berceramah, hanya boleh bercakap-cakap kosong sahaja. Persoalannya ialah kenapa perlu juga bercakap. Mungkin jawapan yang sesuai untuk diberikan ialah Islam mesti terus dikembangkan bukan sahaja kepada mereka yang bukan Islam tetapi yang lebih penting lagi ialah perlunya memberikan pemahaman yang jelas dan betul mengenai Islam terhadap penganut yang sudah asli beragama Islam.
Rata-rata kini, umat Islam khasnya masyarakat awam perlunya didedahkan mengenai pemahaman Islam yang sebenar. Masalah yang timbul di sini ialah mereka yang sepatutnya turun memberikan pemahaman mengenai Islam tidak muncul-muncul.
Setiap daerah rasanya terdapat sekolah-sekolah yang banyak. Setiap sekolah dan Institusi pendidikan memang ada lebih dari seorang yang merupakan lulusan agama yang memang mempunyai kelayakan untuk meneruskan misi perjuangan Rasulullah s.a.w. Tetapi lumrahnya tidak semua dari mereka yang berbuat demikian, Ramai dari mereka hanya sekadar berkhidmat menyampaikan ajaran Islam sekadar mengikut tempoh jam bekerja, tidak lebih dari itu, mereka tidak berminat untuk turun bersama masyarakat di masjid-masjid, surau, balai Islam dan sebagainya..Tidak dinafikan bukan semuanya seperti itu…
Akhirnya, saya menyeru kepada golongan muda yang saya juga masih sangat belia remaja lagi, marilah kita sama-sama mengisikan diri kita bersama-sama para daie yang ikhlas berjuang menegakkan ajaran Islam. Jihad dalam konteks yang luas bukan hanya berperang tetapi banyak lagi aspek-aspek yang lain antaranya ialah menyebarkan Ilmu pengetahuan dan memberi faham masyarakat mengenai ajaran Islam sebenar yang syumul.
Sekian..
Melihat kepada zaman yang begitu mencabar ini, khususnya terhadap Islam yang dilanda pelbagai krisis, seperti krisis identiti, pemikiran, budaya, akhlak dan ilmu pengetahuan maka beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.
Di sini disertakan beberapa langkah yang perlu kita laksanakan.
>Kewajipan memahami Islam secara sahih. Masalah sekarang ramai di kalangan kita yang menokok tambah dan mengurangi sesuatu perkara dalam Islam. Islam adalah agama yang berdiri atas ilmu dan kefahaman maka sudah semestinya perlu untuk kita memahami Islam sejelas-jelasnya.
>Kewajipan beramal dengan Islam. Tidak cukup Ilmu itu disimpan dalam kepala semata-mata, mereka membaca, belajar, membuat kajian tetapi kemudiannya tidak melakukan apa pun hanya cukup sekadar pengetahuannya sahaja.
>Kewajipan berdakwah kepada Islam. Tidak memadai hanya diri kita sendiri sahaja yang baik, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk memberi kefahaman Islam kepada orang yang lain.
>Kewajipan bersatu di atas Islam. Sudah tentu kita tidak boleh bersendirian dalam melaksanakan kerja-kerja Islam. Perlunya gerak kerja secara amal jamaie yang mempunyai keterikatan ukhwah sesama kita. Kita berkasih kerana Allah, saling ziarah menziarahi kerana Allah.
Inilah beberapa langkah yang wajib kita laksanakan bagi mengatasi masalah-masalah yang banyak di kalangan umat Islam. Ayuh…
Kita mulakan sekarang….
PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA’
MASA : 6.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : RUANG DAPUR MASJID SULTAN MAHMUD
Sempena 10 muharam 1430H, Pihak pengurusan Masjid bersama ahli kelab penyokong Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis telah bergotong royong memasak bubur Asyura’. Sebanyak 4 kawah bubur Asyura dimasak. Bubur Asyura diagihkan kepada ahli jemaah masjid dan
Perjuangan mesti diteruskan, tahniah buat lima orang pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang telah berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah. Tiga orang merupakan lepasan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan akan menyambung di peringkat Ijazah Takhassus Qiraat. Manakala dua lagi lepasan SPM 2007 akan mengambil Ijazah Perubatan. Mudahan mereka akan berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang diimpikan. InsyaAllah kami akan menanti kepulangan kalian dan kita akan sama-sama berganding bahu meneruskan misi menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini. InsyaAllah..
mabruk buat : Sulaiman, Zikrillah, Fatimah, Shah Musawwir dan Fathi
Wasalam.