Friday, October 11, 2019

Meronda di RUmah Pahang di Mesir

Sebelum pukul 6 pagi kami telah meronda ke sekitar Rumah Pahang di Hayyu 'Asyir di Kaherah.
Kedai makan arab pun tak buka lagi. Tapi Nasi Kak Wook (student sini bisnes) pukul 6 pagi dah boleh makan.

#PermaiMenulis #GengPermai #Travel #Mesir #Bkmip #YayasanPahang #Cairo #JalanJalan #Pagi

https://youtu.be/gDCN262LK6A



Dato' Hj Zulkifle Ali al-Hafiz


Ustaz Mohd Ismail

Kebetulan Ceo Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Dato' Dr Zulkifle Ali Al-hafiz, Ustaz Mohd Ismail singgah minum di Koperasi Masjid Sultan Mahmud.
Insya-Allah Tadika Tahfiz Negeri Pahang akan dibuka di daerah Lipis.
Bersama kita menyemarakkan Al-Quran.
Jom baca Kahfi.

#PermaiMenulis #GengPermai #Mtnp #Yp #TTNP #lipis

Tuesday, October 08, 2019

Pelopor Amma Bakdu

Qis bin Sai`dah adalah pelopor yang mempopularkan penggunaan kalimah "Amma Bakdu". Beliau telah dipuji oleh Rasulullah SAW. 

#PermaiMenulis #GengPermai #Info #sejarah #bahasa

Sunday, September 29, 2019

Perlu panaskan enjin ?

Ada orang ambil masa beberapa minit untuk panaskan enjin kenderaan.
Nak jaga enjin katanya supaya tahan lama.
Ada orang "start" enjin terus jalan.
Tak sempat nak panaskan enjin.
Sebab nak berkejar solat jemaah di masjid.
Supaya tak panas di hari pembalasan nanti.

#PermaiMenulis #GengPermai #enjin #panas #sejuk #solat

Thursday, September 26, 2019

Temuduga pegawai masjid dan guru takmir

Tugasan hari ini : 



Pagi : panel temuduga pegawai masjid kariah daerah Lipis. Untuk jawatan imam, bilal dan siak.




Petang : panel temuduga guru takmir daerah Lipis.

Soalan ada macam-macam. Kut mana pun kuasailah bacaan al-Quran dan hukum tajwid. Pasti ada soalan berkaitan al-Quran.
Kalau nak temuduga guru Kafa dan guru Quran asrama pun serupa.

Ada yang boleh membaca dengan bertajwid tetapi tidak menguasai hukum tajwid secara teori.
Ada pula yang tidak dapat membaca dengan baik. Tetapi teori hukum tajwid dia hafal. Boleh sebut nama hukum dan huruf-huruf yang terlibat, tetapi bila baca langgar semacam.

Kadangkala, ada yang menyertakan deretan sijil kelulusan. Siap tamat menghafal al-Quran, peroleh ijazah bersanad, graduan Al-Quran dan Sunnah bla bla.
Tapi.. hukum tajwid 5 pun tak tahu. Ayyoo..

Kita inginkan mereka yang menguasai hukum tajwid dan dapat membaca dengan mengikut hukum tajwid.
Jom mengaji.

#PermaiMenulis #GengPermai #takmir #kafa #jaip #masjid

Friday, September 20, 2019

Suatu Perjalanan

Perjalanan masih panjang. Ada masa kita letih dan perlukan rehat. Tapi jangan hentikan perjalanan ini sehingga tiba ke destinasi.






Lama dah tak merasa naik Pegoet. Kereta ni kerusi depan sebelah driver boleh sumbat 2 orang. 
Saya pernah menggunakan kereta Pegoet 305 semasa di Maahad Tahfiz dulu. Bila pergi workshop untuk baiki tak semua pomen yang boleh buat. Stering dah la berat, tiada power stering. Tapi driver arab padang pasir cool je.

#PermaiMenulis #pegoet #egypt #travel

Wednesday, September 11, 2019

Makam Sultan Ahmad (1475-1497) di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat Jerantut.


Berziarah ke Makam Sultan Ahmad (1475-1497) yang memerintah Pahang era kesultanan Melaka. Makam terletak di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat Jerantut.
Lubuk Pelang suatu masa dahulu dikatakan sebagai pusat pengajian Islam. Hamzah Fansuri dari Acheh pernah sampai ke Lubuk Pelang ketika pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam di Acheh.
Mengikut cerita Pondok pengajian di Lubuk Pelang beroperasi sehingga tahun 1640M.

Cuma tiada 'signboard' menunjukkan arah ke makam. Mungkin ada sebab-sebabnya. 
Penunjuk Waze pun krik-krik. 


Friday, September 06, 2019

Haji PMRAM Naik Kapal Laut

Suatu Kenangan. Zaman ini ambil gambar pakai kamera digital dah. Tapi penggunaan kamera hp masih belum meluas. Hp yang canggih sikit masa tu Nokia Sabun, Daun.
Dukacitanya banyak gambar-gambar lama yang telah ghaib bersama rosaknya hard disc. Maka, saya ambil langkah uploadkan gambar-gambar yang masih ada. Sebagai rujukan sendiri dan buat tatapan sahabat semua.

#PermaiMenulis #HajiPmram2006




Thursday, September 05, 2019

Pensil 2B dan UPSR

Memori UPSR.
Cikgu pesan supaya guna pensil 2B jenama Staeadler. Harganya pada masa tersebut 60 sen sebatang. Mahallah bagi saya.
Biasanya saya hanya menggunakan pensil kayu HB yang berwarna merah atau pun pensil kayu  2B juga, tetapi bukan yang berjenama staeadler dan harganya pun murah.
Itupun bukan saya yang beli, tetapi ayah yang beli berkotak-kotak, saya ambil je.
Tetapi untuk peperiksaan sebenar, saya pun gunalah pensil mahal tersebut.
Persepsi ketika itu takut kononnya kalau pakai  2B yang murah, tak jelas jawapan yang dihitamkan dan sistem komputer yang menanda kertas jawapan objektif tak dapat nak kenal pasti jawapan yang telah ditandakan. Tapi sebenarnya cikgu yang cerita begitu. Haha.
Nak pakai "pensil picit" yang guna "dakwat" 2B pun cikgu tak beri.huhu.



......
Pentingnya senjata dalam peperangan.
Ibaratnya pensil sebagai senjata.
Peperiksaan UPSR adalah peperangan.
Maka buat calon-calon peperiksaan, periksa  senjata kalian. Bawa spare dan asah tajam-tajam.
Kalau ada banyak sangat pensil, tawarkan pada sahabat.
Semoga  dipermudahkan buat semua calon UPSR.

#PermaiMenulis
#memori
#upsr
#peperiksaan

Wednesday, August 28, 2019

Nasi goreng biasa

Nasi goreng biasa.
Biasa pada pemahaman dan pengamalan setiap chef di kedai makan adalah tak sama. Tak percaya cuba oder nasi goreng biasa di kedai makan yang berbeza. Pasti warna dan rasa nasi juga berbeza. 


#PermaiMenulis #shotbyMi #nasigoreng #Mi9t #keluarpulami9tprohuhu #malaysianfood 

Ruang menunggu yang selesa

Menunggu kereta siap dibaiki. Ada disediakan air minum dan makanan ringan. Nasi lemak pun ada tapi saya ambil snek je.
Elok bagi sektor yang perkhidmatannya memerlukan pelanggan menunggu, selain menyediakan ruang menunggu yang selesa, sediakan juga bahan bacaan, tv dan makan minum yang ringan.
Kebajikan pelanggan perlu dijaga. Jangan anggap kos nak sediakan tu semua sebagai suatu kerugian atau untung jadi kurang. Anggap sahaja sebagai sedekah dan hadiah buat pelanggan kerana menggunakan perkhidmatan kita.




#PermaiMenulis #servis #kebajikan

Sarapan di kedai tayar

Sarapan di Jalan Wan Abu Bakar hari ini bersama Syeikh Najmi. Kedai ni orang tempatan gelar Kedai Tayar. Nasi Kerabu antara menunya.
Nama yang orang gelar kadangkala lebih popular dari nama yang tokey letak di signboard.
Sama juga dengan nama. Kebanyakan para ulama lebih popular dengan laqabnya berbanding nama asal di "ic".





#PermaiMenulis
#sarapan
#kedaitayar

Thursday, August 22, 2019

Syeikh Abdullah Basmieh








Syeikh Abdullah Basmeih adalah penyusun kitab Tafsir  Pimpinan ar-Rahman dan kitab Mastika Hadis. Mungkin generasi muda kurang mengenalinya baik kitab mahu pun penyusunnya. Walhal sejak sekian lama kedua buah kitab ini berlegar di kuliah pengajian masjid dan surau di seluruh negara. 
Tapi tahukah ?
Syeikh Abdullah Basmeih  pernah bekerja sebagai buruh hutan di Triang Pahang dengan mendapat gaji sebanyak RM18 sebulan pada tahun 1930an.

https://t.me/permaimengaji
https://t.me/permaimembaca
https://t.me/AzraiePermai
https://fb.me/azraie.permai
https://twitter.com/AzraiePermai
https://syababgr.blogspot.com

#PermaiMenulis
#WowSejarah
#SejarahPahang
#info
#tahukah
#tokoh
#tafsir
#hadis
#tafsirpimpinanrahman
#mastikahadis
#abdullahbasmieh

Tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa melayu di Tanah Melayu




Kitab Tafsir al-Quran dalam bahasa melayu yang pertama da ditulis di Tanah Melayu  ialah Tafsir Nur al-Ihsan. Kitab ini disusun oleh Tuan Haji Muhammad Said  bin Omar dari Kedah. Cetakan pertamanya pada tahun 1934.

Tuan haji Muhammad Said bin Omar (1854-1932) mula menulis kitab Tafsir ini pada bulan Zulhijjah 1344H bersamaan Januari 1925M dan selesai pada 4 Rabiulakhir 1346H bersamaan 1 Oktober 1927M.

#PermaiMenulis
#SejarahIslam
#tokoh
#tafsir
#info
#tahukah


M

Monday, August 19, 2019

Malam nak makan nasi berlauk

Sejak kecil bila makan malam di rumah, biasanya makan nasi putih berlauk. Lauknya pelbagai jenis. Kadang banyak jenisnya. Kekadang sikit je. Jarang sangat makan nasi goreng atau mee goreng.
Tapi kalau cari kedai makan yang hidangkan nasi berlauk pada hari malam susah nak jumpa.
Banyaknya style masakan panas tukang masak patani. Oder baru depa buat. Paling tak tahannya kena menunggu lama. Ada yang sejam baru makanan sampai.
Nak makan malam nasi putih berlauk yang agak cepat servisnya kena pergi ke Nasi kukus My Mama. Kalau di Temerloh kat  Gobang. Style Gobang, lebih cepat dari  Nasi Kukus My Mama.
Ada cadangan tempat lain ?
Kedai yang sediakan makan malam  nasi putih beraneka lauk.

#PermaiMenulis #makanmalam #dinner #orangksmpung

Saturday, August 10, 2019

Sehari sebelum Raya di jalan raya.

Hari ni Raub-Lipis cecah 2 jam setengah. Cerita jemaah masjid anak dia dari Putrajaya keluar pukul 9 pagi. Malam baru sampai Bentong. Masa ni bawa Ferrari ke, kancil ke sama je. Tapi kalau naik Honda kap 70 atau Yamaha sport 100 mungkin hasilnya tak sama..
Salam Aidil Adha. 
#PermaiMenulis #adha #raya 

Air tiada masa raya

Esok raya hari ni xde air. Ada yang ke masjid untuk mengangkut air. Mujurnya tangki air masjid besar. Tapi kalau ramai sangat angkut air.. tak tau lah boleh cover berapa hari..bertabahlah ye.
Pesanan : yang nak balik kampung tu, tanya-tanya lah dulu, ada air ke tidak.. Kalau kat kampung xde air jika nak balik juga buatlah persediaan. Seperti stok pakaian dan bawalah balik  berkotak air mineral.
#raya #aidiladha #PermaiMenulis

Thursday, August 08, 2019

Bangau bukan sekadar ikan Patin



Bangau oh bangau kenapa engkau kurus...
Di Temerloh terdapat   kampung Bangau (tanjung & parit)

Sebut sahaja kampung Bangau, pasti tergambar deretan sangkar ikan patin dan kedai makan gulai ikan patin masak tempoyak.
Namun tahukah suatu masa dahulu, di Bangau Tanjung letaknya pondok pengajian Tuan Kadi Ismail (1650-1720).  Pusat pengajian ini membawa kembali fahaman Wihdatul Syuhud yang berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menentang fahaman Wihdatul wujud.

#PermaiMenulis #Bangau #patin #pondok #pahang #sejarah #islam

Monday, August 05, 2019

Muzakarah Jemaah Hakim Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang tahun 2019

Menghadiri Muzakarah Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Pahang tahun 1440H / 2019M di Hotel Grand  Darul Makmur Kuantan.
Program dirasmikan oleh YH Dato' Hj Syed Ahmad Fuad, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Jaip.
Pengisi muzakarah bersama Ustaz Abdul Karim bin Zakaria, pengelola tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. YH Dato' hj Mohamad bin Hasri, Hakim tilawah al-Quran kebangsaan dan antarabangsa. YH Dato' hj Mohd Solahuddin bin Omar, Hakim Tilawah al-Quran kebangsaan dan antarabangsa. YH Dato' hj Ahmad Faizol bin Ghazali, Hakim tilawah Al-Quran kebangsaan dan antarabangsa.






Jom baca al-Quran.
Jom belajar mengaji.

#PermaiMenulis #PermaiMengaji #jaip #kuantan

Friday, August 02, 2019

Daurah Al-Quran online sepanjang Ramadan

Ramadan baru ni berkesempatan join Program Daurah Al-Quran, Madinah Ramadan. Setiap hari dalam bulan Ramadan selama 4 jam. Bagi yang berada jauh macam saya, ikut pengajian secara online. Bagus program macam ini. Zaman sekarang, ruang dan peluang semakin luas. Manfaatkan teknologi untuk kebaikan dan ilmu.





#PermaiMenulis #ramadan #madinahramadan #daurahquran