Saturday, July 28, 2007

Wasiat As Syahid Dr. Abdullah Yusuf Azzam :
Wasiat kepada para muslimat...

Wahai wanita-wanita Islam! Berhati-hatilah dengan sifat berlebih-lebihan kerana inilah musuh jihad dan menyebabkan kematian pada jiwa-jiwa manusia. Berhati-hatilah dengan barangan yang tidak perlu dan cukuplah dengan barang-barang yang perlu sahaja. Didiklah anak-anakmu untuk menjadi berani dan tabah. Jadikan rumah-rumahmu tempat untuk singa-singa bukan reban-reban ayam di mana anak-anakmu diberi makan untuk disembelih oleh musuh-musuh Islam. Bajai hati anak-anakmu dengan cinta kepada jihad dan cinta kepada medan perang. Berkongsilah masalah umat ini. Hidup sehari setiap minggu seperti para pelarian dan para mujahidin. Mereka hidup memakan roti kering dan teh sahaja.

Wasiat kepada isteri beliau...

Wahai isteriku! aku ada terlalu banyak perkara untuk dikatakan padamu. Moga Allah memberi ganjaran kepadamu bagi pihak aku dan bagi pihak umat Islam. Kau sungguh bersabar bersamaku dan kau berdiri bersamaku melalui segala kesusahan dan pancaroba dengan kesabaran dan ketabahan. Dari dirimu aku mendapat sokongan yang aku perlukan untuk meneruskan jihad ini. Aku berikan kau tanggungjawab ke atas rumah pada 1969. Ketika itu kita mempunyai tiga orang anak yang kecil hidup di sebuah bilik tanpa dapur dan peralatan. Apabila keluarga kita semakin besar, anak-anak kita semakin membesar, tetamu-tetamu kita semakin bertambah, kau bersabar dengan keadaan ini...dan banyak lagi kerana Allah, juga ketaatanmu padaku sebagai suami. Aku berdoa agar moga Allah memberi ganjaran padamu bagi pihakku. Jika tidak dengan kesabaranmu, aku tidak akan mampu menanggung beban ini seorang diri. Kau adalah isteri yang redha dan tidak mementingkan kebendaan. Kau tidak pernah merungut kerana kekurangan kebendaan ini. Kau juga tidak pernah boros ketika mempunyai sedikit kesenangan.

Kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling menyeronokkan. Bersabar dalam menghadapi kesusahan adalah lebih baik daripada hidup mewah. Bersabarlah dan redhalah dengan apa yang ada nescaya Allah akan mencintaimu. Jangan kau inginkan apa yang dimiliki oleh orang lain nescaya orang akan menyayangimu. Al-Quran adalah penghibur kehidupan. Tahajjud, puasa sunat dan memohon keampunan; semua ini akan menjadikan hati jernih dan ibadah manis. Cukup dengan keperluan asas, benda-benda halal, menjauhkan diri daripada kelihatan hebat dan sifat berlebih-lebih akan membawa keamanan dan ketenangan pada hati. Aku berdoa kepada Allah semoga kita disatukan kembali di syurga seperti Dia menyatukan kita di dunia ini.

# Dr Abdullah Yusuf Azzam syahid bersama dua anaknya; Muhammad dan Ibrahim dan anak as-Syeikh al-Marhum Tamim Adnani, seorang tokoh di Afghanistan dalam letupan bom pada Jumaat, 24 November 1989 di Penshawar Pakistan ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Ketika itu isteri beliau sarat sedang mengandung.

Saturday, July 21, 2007

Teman
Putaran masa sentiasa berjalan, kian lama kian laju putaran itu, tidak pernah berhenti sehingga ke saat ini, sedar tak sedar hari baru menjelma meninggalkan kenangan suka duka, manis dan pahit . Masa begitu pantas berlalu, seingat kita kenangan sepuluh tahun yang lampau masih lagi tersimpan kejap di kotak memori ingatan kita, tapi itulah masa, segala yang berlalu tidak boleh diulang kembali. Mungkin ada beberapa impian individu untuk kembali ke masa lampau sehingga dicipta cerita-cerita filem fiksyen yang menggambarkan ada mesin masa yang boleh kembali ke zaman lampau tak terkecuali kartun doraemon yang diminati kanak-kanak. Hakikatnya masa cukup penting sehinggakan Allah bersumpah dengan masa dalam beberapa surah al-Quran seperti “wal ‘asr, wal fajr, wal lail,wad duha”. Namun kelihatan umat Islam kini tidak mengenal erti pentingnya masa menyebabkan mereka suka membuang masa, berpoya-poya, membuat perkara yang lara dan bermacam karenah lagi yang cukup melemahkan umat Islam. Golongan kuffar telah lama menyedari kelemahan umat Islam ini bahkan mereka sendiri merancang serta mendorong umat Islam dengan pelbagai agenda yang melalaikan lagi mealpakan umat Islam. Akhirnya wujudlah majoriti umat Islam yang hanya suka berhibur, bersukan, bergembira siang malam, tidak ingat akan mati dan hari kebangkitan.Secara tidak langsung ianya melembabkan lagi proses kebangkitan perjuangan Islam di muka bumi ini.
Mudahan kita semua sentiasa saling ingat mengingati akan pentingnya masa yang tidak boleh kembali itu bak kata pepatah yang sering diungkap orang tua-tua, masa itu emas.

Thursday, July 19, 2007

"Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-NyaMerasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.
Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalanUntuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.
Diriku,
Pada nawafil & amalan sunatAda jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.
Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,Ada ketenangan dan kekuatanmu...
ohh diriku...

Wednesday, June 20, 2007

Masjid-masjid yang sunyi

Alangkah beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Mana tidaknya, hampir setiap kampung atau kawasan kita mempunyai masjid yang tersendiri. Dan di setiap negeri pula terdapat masjid-masjid negeri yang menjadi kemegahan kepada negeri masing-masing. Itu belum lagi dikira masjid negara dan masjid Putrajaya yang berdiri megah dengan ciri-ciri kesenian yang mengagumkan yang semestinya menjadi kebanggaan kepada negara Malaysia. Semua ini membuktikan bahawa masjid-masjid di Malaysia telah dijadikan satu lambang atau simbol kepada negara. Yang semestinya membawa maksud negara kita beragama rasmikan Islam. Baguslah tu. Masjid yang banyak ini juga sedar atau tidak sebenarnya membuktikan betapa banyaknya kemudahan yang disediakan untuk kita beribadat kepada Allah. Tetapi hanya segelintir daripada kita sahaja yang menyedarinya.

Kewujudan masjid-masjid ini sebenarnya tidak dapat memberi bukti yang kukuh bahawa kita telah mengamalkan cara hidup Islam sebagaimana yang diajar Rasulullah SAW. Memanglah, takkanlah bila ada sahaja masjid maknanya kita telah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya. Sedangkan masjid-masjid ini selalunya sunyi dan sepi. Jauh sekali perbezaannya jika ingin dibandingkan dengan masjid-masjid pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Lihat sahaja di taman-taman perumahan yang andai kata mempunyai seribu buah rumah dengan sebuah masjid. Bilangan jemaah yang hadir ke masjid adalah berapa kerat sahaja. Kalau waktu zohor dan asar tak sampai pun satu saf. Maghrib dan Isyak ramailah sikit, dalam dua saf. Belum lagi dikira waktu solat subuh yang sememangnya lagi menyedihkan bilangannya. Padahal seribu buah rumah tidak bermakna seribu orang penduduk. Secara puratanya, sebuah rumah mempunyai tujuh atau lapan orang penghuni. Aduhai, betapa rakyat Malaysia tidak pandai mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada mereka!

Sekiranya kita perhatikan masjid-masjid di kawasan kampung, lagilah dasyatnya. Waktu solat-solat fardhu pun azan tidak dilaungkan. Padahal masjid hanya terletak di sebelah rumah. Tidak terfikirkah kita bahawa pergi ke masjid itu adalah satu kewajipan ke atas umat Islam? Alangkah memalukan apabila kita yang mampu berkebun selama beberapa jam tidak mampu untuk berjalan ke masjid yang hanya beberapa langkah sahaja daripada rumah kita dengan alasan telah letih berkebun. Dan alangkah memalukan apabila kita yang mampu berjogging sejauh beberapa ratus meter tidak mampu untuk berjalan ke masjid yang letaknya beberapa meter sahaja daripada rumah kita. Sedangkan setiap langkah kita ke masjid akan dikira oleh Allah SWT dan kita akan mendapat habuannya di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-anfal yang bermaksud: "tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka(17). Sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk(18)"

Daripada ayat-ayat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa orang yang memakmurkan masjid itu hanyalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah, hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan takut kepada Allah. Bukanlah orang-orang kafir. Jadi, maksudnya bukanlah sebarangan orang telah mendapat petunjuk oleh Allah untuk memakmurkan masjid-masjid ini.
Sebenarnya, masjid mempunyai banyak peranan yang kadang-kala tidak kita sedari atau sengaja tidak ambil peduli. Peranan utamanya mestilah sebagai tempat beribadat kepada Allah SWT. Tempat untuk bersolat, berzikir, beri'tikaf, membaca Al-quran dan pelbagai ibadat lagi. Pendek kata, sebagai tempat pembersihan jiwa. Tetapi, ini bukanlah satu-satunya tujuan masjid itu dibina. Masjid boleh menaikkan taraf umat Islam sebagai umat yang berilmu dan berakhlak mulia. Yelah, masjid boleh dijadikan sebagai pusat pengajian, untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, ilmu akhirat malah ilmu keduniaan juga.

Pada zaman Rasulullah SAW, baginda juga telah menjadikan masjid sebagai tempat mengadakan perbincangan dan mesyuarat mengenai hal-hal keagamaan dan juga keduniaan. Selain itu, masjid dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam tidak kira miskin atau kaya, berpangkat atau tidak, pemerintah atau rakyat biasa. Semua ini dapat menghapuskan sifat kasta atau perbezaan taraf sesama manusia yang wujud dikalangan kita seperti perbezaan warna kulit dan keturunan. Pendek kata, masjid sebenarnya dapat mewujudkan kesatupaduan.
Oleh kerana banyaknya peranan masjid untuk kepentingan umat Islam, maka ganjaran yang diberikan Allah kepada orang yang membinanya amatlah besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesiapa membina masjid kerana Allah, memohon limpah kurniaNya, Allah akan membina untuknya seperti itu juga di dalam syurga" Diriwayatkan oleh Al-Bukhari.

Kalau dibuat perbandingan antara pengunjung pusat beli-belah dengan jemaah yang hadir ke masjid, sudah semestinya jemaah masjidlah yang kalah. Rakyat negara kita sanggup bersesak-sesak di pusat-pusat beli-belah dan melalaikan diri mereka daripada bersolat di masjid. Orang tua ke, muda ke, semuanya sama sahaja. Apabila dengar bunyi azan dilaungkan, masing-masing buat tak tahu saja. Jika beginilah sikap kita, selama-lamanyalah umat Islam tidak akan bersatu-padu apatah lagi menjadi kuat untuk melawan musuh-musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan Islam. Jika beginilah sikap kita, bilalah masjid di negara kita mampu untuk memainkan peranannya untuk menaik tarafkan umat Islam sebagai umat yang berilmu dan berakhlak mulia.
Jadi, apa fungsinya kita membina masjid sekiranya tujuannya sekadar untuk bermegah dan berbangga dengan senibinanya? Tiada maknanya!! Sebab Allah telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa semenjak ia didirikan lebih patut engkau bersolat di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat orang-orang yang ingin dirinya bersih, sedangkan Allah mengasihi orang-orang yang bersih" (At-taubah:108)

Written by: Kakteh (",)

Sunday, June 17, 2007

Teka Teki!!

Suatu hari,
Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Soalan pertamaImam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengankita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
(Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua Imam Ghazali :
Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWANAFSU
(Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. "(Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakitihati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Thursday, May 17, 2007




Dia telah pulang


Dari dulu lagi orang sentiasa bertanya bila dia akan pulang, namun responnya hambar sekali. Selepas dia selesai menghabisi pengajiannya orang mula bertanya bila mau pulang. Dia akan sentiasa menjawab insyaAllah lepas muktamar.Orang pun jadi faham tidak bertanya lagi.Seusai muktamar (26hb Febuari) orang kembali asyik bertanya bila ia akan pulang, kali ini nada dan bunyinya rancak sekali. Bila ketemu di mana-mana pantas orang bertanya akan hari kepulangannya. Sambutnya dengan mudah tak tahu lagi. Mesej dari Malaysia juga sudah sakan bertanya akan pertanyaan yang sama. Sebulan, dua bulan lama kelamaan orang menjadi bosan bertanya lalu kembali diam aman dari pertanyaan itu.


Akhirnya dia, Mat Kery memutuskan sudah sampai waktunya untuk ia kembali pulang ke tanah air. Berita itu cukup mensukacitakan teman seperjuangan yang sudah tetap di tanah air walaupun mungkin sedikit sedih untuk teman di sini.


Sempena Mat Kery pulang, dibuat sedikit majlis makan-makan berlangsungnya tiga malam. Jujurnya sebetulnya majlis formal yang dirancang hanya pada malam pertama sahaja (13hb).Dimulai dengan bacaan al-Quran tiga puluh juz dan disudahi dengan makan-makan bermenukan nasi daging.Oleh sebab Mat kery yang pulang (bukan ana) suasana menjadi lain lalu terciptalah dua hari lagi majlis keraiyan yang informal . Nasi kerabu dan Laksa Penang menjadi cenderamata terakhirnya buat teman-teman.


Semalam 16 hb Mei dengan berwasilahkan SIA airlines, Mat Kery dengan sahnya telah kembali pulang ke tanah air. Pastinya kepulangan Mat kery akan menjadi suatu aset penting selaku agen penggerak ummah, insyaAllah.


("catatan tak seberapa ini didikasikan khas buat ahli bait Us. Muhammad bin Arshad mantan Naib Pres. PMRAM 2006 juga selaku ‘mantan’ (gelaran ni start semalam) Ketua Pegawai Eksekutif Darul Elyas. Bagi sesiapa yang rindu akan beliau boleh lawati laman blognya warshan.blogspot.com.(tak tahu update atau tak)")


P/s: Selamat Hari Guru kepada Semua Pendidik khasnya kepada yang pernah mengajari dan mendidikku....Jasamu tak ku lupakan....jazakallahu khairan kathira...

Thursday, May 10, 2007

ImtihanKu semakin hampir

Esok imtihan untuk tahun satu dan dua berakhir. Wajah-wajah riang gembira pasti terpancar di wajah-wajah mereka kala meninggalkan kami (pelajar tahun akhir) yang sememangnya sudah berada di tahap yang perlu dicemaskan. Namun untuk hari ini mereka masih tertekan untuk menghabiskan subjek terakhir iaitu al-Quran dan Fawasil. Sayup-sayup ‘bunyi-bunyi’ perancangan mereka kedengaran dicanangkan. Ada yang ingin stay sahaja di sini ‘menikmati’ musim panas. (baca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman Saerozi yang menggambarkan keadaan musim panas di Mesir ini), ada juga yang merancang untuk balik bercuti ke tanah air.Jangan lupa beli tiket dengan ana ye..(sambil-sambil promosi :) )

ImtihanKu insyaAllah awal bulan Jun nanti.(mungkin peperangan dan kematian sahaja yang boleh menundanya). Dalam tempoh sekarang memang tidak dinafikan kekadang simptom tertekan mudah terlekat pada diri. Semua benda yang dibuat menjadi serba tak kena. Tak tahu benda mana yang kena.Dalam kesabaran menghitung hari menjelangnya exam timbul rasa tak sabar saja nak exam, bukan kerana dah prepare tapi rasanya lambat atau cepat macam natijahnya sama sahaja. Dari siksa menanti bak kata orang.

Dalam fatrah imtihan ni, banyak agenda terbayang di kepala, nak buat itu nak buat ini dan bermacam lagi. Terkenang roommate dulu semasa Dia imtihan akhir begitulah halnya. Pelbagai perancangan lujnah yang ingin dilaksanakannya dalam Persatuan. Semakin hampir dengan imtihan semakin ligat perancangannya.

Teringat saat di tanah air dulu semasa imtihan akhir untuk Diploma Tahfiz JAKIM, Semester akhir yang hanya kira-kira empat bulan, silibusnya tiga juz’ akhir (28, 29 dan 30) dan seterusnya mengulang seluruh al-Quran. Bayangkan empat bulan untuk catch up balik tiga puluh juz. Memang cukup menyakitkan dan meletihkan segala urat saraf otak. Saat berakhirnya madah al-Quran memang amat menenangkan. Seolah tak terasa langsung bahana mata pelajaran lain. Sistem penyusunan jadual juga strategik mendahulukan al-Quran baru diikuti dengan subjek lain.

Kini, di sini imtihan akhir akan menjelang. Juznya tiga puluh tu le, namun lagi mencabar. Untuk al-Quran bertulis saja bentuk soalannya melebihi standart soalan pertandingan menghafaz al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa (pendapatKu selaku orang yang tidak lancar). Untuk subjek lain juga memerlukan penghafalan yang mantap. Subjek-subjek yang bukan boleh dijawab secara KBKK tapi memerlukan dalil-dalil baik al-Quran dan bait-bait syair.

Menghafal berbeza dengan membaca. Memakan masa untuk mendapatkan secebis kalimah. Apatah lagi dosa kepadaNya semakin berlambak, hati sudah semakin gelap memang cukup penyebabnya lambat untuk dapat apa yang dihafal. Hafal pagi petang dah lupa…sedih kan?
Kuharapkan doa teman-teman seperjuangan mengiringi jalan-jalan mendatang yang akan ditempuh.

“Ya Allah..Berikanlah Ku serta teman-teman kefahaman para Nabi, Kefasihan para Rasul dan Ilham para Malaikat. Muliakanlah Kami dengan cahaya ilmu dan bukakanlah pintu-pintu RahmatMu. Rabbana Yusahhil” Ameen.

Monday, April 30, 2007

Sesak Dada
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya[503], niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit(sesak), seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (125 : al-An’am)

Perumpamaan dalam ayat ini cukup unik, Allah mengumpamakan orang yang dalam kesesatan dadanya akan menjadi sempit (sesak) seolah mendaki ke langit. Dalam ilmu sains moden, kita memang telah mengetahui bahawa semakin kita tinggi (jauh) dari bumi tarikan graviti semakin berkurangan dan kita akan mengalami kesukaran untuk bernafas, menjadi semput dan sesak nafas, bila kita payah nak bernafas kesannya akan dirasai di dada kita.
Kita tahu kalau angkasawan yang ingin meneroka angkasa lepas memerlukan bekalan oksigen buatan kerana tiadanya oksigen di sana begitu juga pendaki yang ingin mendaki ke gunung yang tinggi seperti gunung Everest juga memerlukan bekalan oksigen buatan kerana mereka berada di tempat yang semakin tinggi.

Maha suci Allah yang maha hebat, membuat perumpamaan seperti ini. Selepas berkurun-kurun al-Quran diturunkan barulah manusia berjaya menaiki, mendaki ke tempat yang tinggi, meneroka angkasa lepas walaupun ada yang berpendapat masih belum berjaya sampai ke langit, tetapi mungkin suatu ketika nanti manusia berjaya berbuat demikian.
Kesimpulannya kita wajib beriman dengan seluruh al-Quran tanpa mempertikaikannya, mungkin orang dulu-dulu boleh berhujah kenapa Allah buat perumpamaan mendaki ke langit, boleh ke naik ke langit ?, tiada contoh lain ke ? bayangkan kalau kita dilahirkan di zaman dahulu kala mungkin kita lah antara yang akan menimbulkan persoalan seperti itu. Tapi kini di zaman serba canggih ini, perumpamaan-perumpamaan ini telah pun dibuktikan Cuma masalahnya bukan kaum muslim yang menemukannya. Kenapa begitu ? persoalan sebegini sebenarnya kita sendiri lebih termaklum akan jawapannya.
Wasalam..

Sunday, April 22, 2007

Thursday, April 19, 2007


Kenapa ye?

Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah yang lain dari Allah, lalu Dia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan? (17: al-Furqan)

Surah Furqan mempunyai 77 ayat. Seluruh ayat dalam surah al-Furqan waqaf dengan alif dan tanwin melainkan pada ayat yang ke 17 ini sahaja yang waqafnya bukan tanwin dan alif. Maha Suci Allah.
Kalau kita teliti lebih kurang macam pantun-pantun kita la, yang sama hujung ayatnya.
Cuma persoalannya kenapa hanya ayat 17 waqafnya ganjil berbanding ayat-ayat lain dalam surah Furqan. Mudah sahaja bagi Allah untuk bagi ayat itu kelihatan sama, tetapi sebaliknya..
Sungguh !!
Allah Maha Kuasa..
Banyak hikmahnya yang masih menjadi rahsia buat kita…
Apa yang penting…Kita selaku HambaNya wajib beriman dengan keseluruhan al-Quran tanpa banyak soal….
Wasalam..

Sunday, April 08, 2007

UMMAH UMMI

"Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata"
(al-Jumuah :2).

Kita masih dalam bulan Rabiul Awal, bulan mulia yang menyaksikan kelahiran junjungan besar Rasulullah s.a.w dilahirkan. Dengan lahirnya Baginda S.A.W bermulanya suatu era baru yang mengubah dunia. Jika sebelum-sebelum ini umat manusia hidup dalam keadaan yang begitu jahil sehinggakan majoriti dikalangan mereka tidak tahu membaca dan menulis yang merupakan kunci kepada ilmu pengetahuan.

Tugas dan Peranan Baginda Rasulullah s.a.w yang sebenarnya turut dikongsi oleh para Daie menurut ayat kedua dalam surah al-Jumuah ini secara pointnya ialah :
- Membacakan ayat-ayat Allah.
(para Daie perlu mahir dalam ilmu al-Quran bukan hanya setakat tahu menafsirkan dan syarah ayat-ayat sahaja tetapi juga perlu mahir membacanya dengan baik dan betul, kerana menjadi sesuatu yang dipandang lekeh oleh masyarakat kalau para Daie masih membaca al-Quran dengan merangkak-rangkak)
-Membersihkan jiwa-jiwa mad’u.
(Istilah lain yang popular ialah ‘tazkiatul nafs’, Daie perlu menunjukkan contoh teladan yang terbaik agar tidak menimbulkan fitnah kepada mad’u.)
-Mengajar mereka berpandukan al-Quran dan Hikmah
(perlu telus dan jujur dengan ilmu walaupun masyarakat @ orang berkedudukan tidak senang dengan kita. Jangan kerana ingin menjaga ‘rice cooker’ maka Daie ‘mengadjust’ ilmu-ilmu yang ingin diajar.)

Sebenarnya saya ingin menceritakan serba ringkas asal usul tulisan arab.
Terdapat dua pendapat :

Riwayat Imam Ad-Dani :
Guru ilmu tulis menulis kepada orang-orang Quraisy yang ‘ummi’ ialah Harb bin Umayyah (Bapa Abu Sufyan). Beliau belajar dari seorang yang bernama Abdullah bin Juda’an. Abdullah bin Juda’an mengambil ilmu ini dari penduduk-penduduk negeri Anbar yang mengambil dari perantau dari negeri Yaman yang datang ke negeri mereka. Perantau (tidak dapat dipastikan identitinya) belajar dari Al-Khaljan bin Muham yang merupakan jurutulis wahyu Nabi Allah Hud a.s.

Riwayat Imam Al-Kalbi :
Harb bin Umayyah<< >> Bisyr bin Abdul Malik<<>>Penduduk Anbar<<>>Maramir bin Murrah, Aslam bin Sidrah, Amir bin Judrah <<>> Jurutulis Wahyu Nabi Allah Hud a.s.

Daripada dua riwayat ini Jelas kepada kita Harb bin Umayyah adalah tokoh penting yang meminkan peranan dalam ilmu tulis menulis.
Wallahua’lam.

Tuesday, April 03, 2007

Maulidul Rasul
Sudah menjadi suatu pengetahuan turun temurun yang begitu lama sehingga menjadi sebati dalam masyarakat dunia amnya dan khasnya Malaysia mengetahui hari Maulidul Rasul jatuh pada hari isnin 12 Rabiul Awal.
Kita juga diajar dengan tarikh yang sama. Serta banyak buku-buku sejarah popular juga menyebutkan tarikh yang sama antaranya kitab yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq.
Ahli sejarah sendiri telah menganggap kitab sejarah Ibnu Ishak adalah yang paling benar dan diakui namun kitab asalnya telah hilang. Setelah itu muncul pula Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Hisyam yang meringkaskan kandungan kitab Ibnu Ishaq.
Di zaman sekarang banyak buku-buku sejarah moden mengambil rujukan dari kedua-dua kitab sejarah tersebut antaranya Fiqh Sirah (Dr. Said Ramadhan Al Buthi), Sirah Nabawiah, Mustapa Sibai’ (durus wa ibarah) ..
Muncul juga pendapat lain yang mengatakan bahawa hari lahir Baginda Rasulullah bukanlah pada 12 Rabiul Awal seperti kebiasaannya. Pendapat ini menyebut tarikh 12 Rabiul Awal adalah tarikh yang dipopularkan oleh golongan Syiah. Seperti dimaklumi angka 12 adalah angka keramat bagi golongan syiah, seperti terdapat 12 imam besar bagi puak-puak mereka.
Jangan kita jadikan khilaf tarikh sebagai persoalan yang paling utama. Sebenarnya banyak perkara-perkara khilaf di dalam agama. Ada pendapat mengatakan bahawa Khilaf adalah rahmat dan supaya tidak membebankan umat Islam sendiri. Kerana itu wujudnya pelbagai Mazhab yang diterima pakai..
Contoh perkara-perkara khilaf : Bilangan ayat al Quran, banyak sekali pendapatnya , Binatang yang halal dan haram dimakan (berbeza menurut mazhab-mazhab).
Pokoknya mencintai Baginda bukan hanya setakat tahu tarikh kelahiran dan kewafatannya serta mengadakan perarakan sempena hari Maulid Baginda tapi sesungguhnya ia adalah jauh lebih dari itu..
Antara perkara-perkara yang dapat menunjukkan kita cinta pada Baginda Rasulullah ialah, Kita Perlu :

-Mengamalkan, melazimi dan istiqamah dalam melaksanakan ajaran Islam (al Quran dan Sunnah) secara Ikhlas bukannya terpaksa kerana sebab-sebab mendatang yang lain seperti ikut-ikut kawan, malu alah dengan kawan, terpaksa ikut etika kerja seperti mesti bertudung ketika bekerja, takut orang kata…dsb. (Rujuk surah Zumar :55 yang bermaksud ; " Dan turutlah al-Quran, sebaik-baik panduan hidup yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya" )
- Sentiasa berselawat kepada Baginda serta mengamalkan zikir-zikir yang warid dari Baginda. – (Hadis Abu Hurairah r. a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak)
-Menjadikan Baginda Rasulullah saw sebagai Idola dalam semua aspek.
-Mengasihi serta mendampingi para alim ulama’ amilin (kerana ulama’ pun banyak jenisnya ada ulama’ suuq), -Ulama’ adalah pewaris Nabi. (maksud hadis).
-Mengasihi, mendampingi serta turut serta dengan pejuang-pejuang amilin dalam menegakkan Islam tetapi berkeras dengan penentang musuh2 Islam. (Rujuk al Fath :29)
- Menjadi Daie dengan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar. Biar pun dipandang serong oleh masyarakat.
- Melaksanakan pemboikotan terhadap barang-barang musuh Islam sehabis boleh, seperti contoh yang simple KFC, Pepsi dsb...
Penutup
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menggambarkan perasaan cinta kita kepada Rasulullah. Ingat kepada Baginda bukanlah hanya pada hari lahirnya sahaja tetapi setiap waktu dan keadaan. Jangan hanya berpunca dari khilaf dari segi tarikh akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam. Ketahuilah musuh-musuh Islam sekarang sedang bergelak ketawa melihat Umat Islam yang berpecah dengan faktor-faktor yang remeh dan sebenarnya apa yang berlaku ini adalah dirancang oleh kelompok mereka sendiri. Ayuh kita selaku pendokong lagi pejuang Agama ini bangkit untuk memperjuangkan Islam yang tercinta. Ingat, Tertegaknya Khilafah Islam adalah cita-cita Kita.
Wasalam.

Thursday, March 15, 2007

Surat Kepada Jin.
Abu Dujanah R.A. mengadu kepada Rasulullah bahawa dia diganggu jin di rumahnya. Rasulullah memberi sepucuk surat untuk diletak di bawah bantalnya. Malam itu Abu Dujanah bermimpi jin itu berjanji tidak akan datang lagi ke rumahnya. Ini terjemahan surat itu. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Ini surat Rasul Allah, (Allah) yang menanggong dunia, untuk (orang) yang oleh sebab-sebab tertentu telah masuk ke sebuah rumah pada waktu malam atau menetap dalam sebuah rumah dan menimbulkan bahaya.Ya Allah, kurniakanlah kebaikan kepadanya. Selepas itu,(amma ba’du) Di antara aku dan kamu, banyak lapang dan ruang yang patut dihormati haknya. Jika kamu menyintai dan menyukai seseorang dan tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah dan mahu menggunakan kekerasan dan melanggar hak, ketahuilah bahawa kitab Allah memberi pengadilan yang betul antara aku dan kamu. Firman Allah, `Ini kitabku yang menjelaskan apa yang benar, berbanding dengan dirimu, Kami mencatatkan apa saja yang kamu perbuat, dan malaikat kami sentiasa menuliskan. Kerana itu, tinggalkanlah orang yang mempunyai surat aku ini dan pergilah kepada penyembah berhala, atau pergilah kepada orang yang menyekutukan Allah walau pun (sebenarnya) tiada tuhan yang patut disembah selain Allah. Semua benda akan musnah kecuali Dia. Dalam dunia ini Dialah pemerintah dan kepadaNyalah semua akan kembali `Thaghlaboon `Ha Meem Mereka tidak boleh ditolong. `Ha Meem `Ain Seen Qaf berambuslah musuh Allah! Bukti telah datang daripada Allah. Tiada sesiapa selain Allah yang punya kuasa dan kekuatan. Cukuplah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar sebagai penyelamat kamu daripada kesusahan!. Chap: Muhamad Rasulullah.
Rujukan: Sultan Ahmed Qureshi (2000) Letters of the Holy Prophet Muhammad S.A.W. Idara Ishaat E Diniyat (P) Ltd, New Delhi.

Friday, March 09, 2007

Metodologi Dakwah:
Dakwah Melalui Tulisan
Secara umum ada tiga cara dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan agama Islam iaitu bil lisan, bil hal dan bil kitabah (ucapan, tingkahlaku dan tulisan) (Ahmad Tajuddin Abdul Hamid,1998). Dakwah dengan lisan dan hal memang banyak diketahui umum. Akan tetapi dakwah dengan tulisan kurang diperkatakan. Walaupun Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang buta huruf iaitu tidak tahu membaca dan menulis tetapi keadaan ini tidaklah menghalang beliau daripada melakukan dakwah secara tulisan. Rasulullah s.a.w. sangat menitik-beratkan pelajaran dan kebolehan menulis. Beliau menerima pampasan tawanan Quraisy dalam Perang Badar dalam bentuk mengajar anak-anak orang Islam membaca. Beliau melantik beberapa orang sahabat yang pandai menulis sebagai juru tulis wahyu seperti Ali, Uthman, Abu Bakar, Umar, Zaid bin Thabit dan sebagainya. Mereka ditugaskan menulis wahyu. Jika Rasulullah s.a.w. tidak menitik beratkan bahagian penulisan, sudah tentu al-Quran tidak dapat dikumpul dan wujud seperti yang ada sekarang. Di samping itu sahabat juga menulis hadis-hadis Rasulullah dalam koleksi masing-masing. Dalam konteks dakwah secara langsung melalui media tulisan, Rasulullah menghantar surat-surat dakwah kepada pelbagai pihak seperti kepada raja Mesir, Rom, Parsi, Habasyah dan sebagainya. Surat kepada Muqawqis, pemerintah Mesir disampaikan oleh Hatib bin Abi Baltaah di Alexandria (Iskandariah) berbunyi, "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Daripada Muhammad, Rasulullah kepada al-Muqawqis pemerintah Mesir. Selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk yang benar. Saya menyeru tuan kepada Islam. Islamlah, tuan akan selamat. Dengan menganut Islam, Allah akan memberi ganjaran kepada tuan dua kali ganda, tetapi jika tuan menolak, dosa orang-orang Mesir akan terkena kepada tuan. Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan di antara kami dengan kamu iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun. Dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja selain dari Allah. Kemudian, jika mereka berpaling, maka katakanlah; kamu saksikanlah bahawa kami adalah muslim." Surat kepada Heraclius pemerintah Rome dibawa oleh Dihyah Al-Kalbi. Surat ini disampaikan kepada Heraclius ketika dia berada di Jerusalem. Ia berbunyi; "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Daripada Muhammad Rasulullah, kepada Heraclius pemerintah Rome. Salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk yang betul. Saya menyeru tuan kepada Islam. Islamlah, tuan akan selamat dan Allah akan memberi tuan ganjaran dua kali ganda. Tetapi jika tuan menolak, dosa al-Arisiyyin akan terkena kepada tuan. Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan di antara kami dengan kamu iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun. Dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja selain dari Allah. Kemudian, jika mereka berpaling, maka katakanlah; kamu saksikanlah bahawa kami adalah muslim." Surat kepada Chosroes Raja Parsi (Epervaiz ibn Hormuz) disampaikan oleh Abdullah bin Hudhafah di Al-Madain; "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Daripada Muhammad Rasulullah kepada Chosroes Maharaja Parsi. Salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk yang betul dan beriman kepada Allah dan RasulNya, bersaksilah bahawa tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Saya mengajak tuan kepada seruan Allah. Saya adalah utusan Allah kepada seluruh manusia. Saya mengingatkan kepada mereka yang hidup bahawa hukuman akan dikenakan kepada mereka yang tidak beriman. Masuklah Islam, tuan akan selamat, tetapi jika tuan enggan, dosa penduduk Magians (Parsi) akan terkena kepada tuan”‌. Rasulullah s.a.w. juga mengirim surat kepada Najasyi pemerintah Habasyah, Al-Mundhir bin Sawa pemerintah Bahrain , Jayfar dan Abd bin Al-Julandi pemerintah Oman , Hawdhah bin Ali pemerintah Yamamah dan Shurahbil bin `Amr al-Ghassani pemerintah Damsyiq. Pembawa surat atau duta-duta Rasulullah adalah Amr bin Umayyah (ke Habasyah), Al-Alaa’ bin al-Hadrami (ke Bahrain), Abdullah bin Hudhafah (ke Parsi/al-Madain), Dihyah Al-Kalbi (ke Jerusalem ), Hatib bin Abi Baltaah (ke Iskandariah/Mesir), Amr bin Al-As (ke Oman ), Sulait bin Amr (ke Yamamah) dan Al-Harith bin Umair Al-Azdi (ke Dasmyik). Ada antara duta yang dihantar oleh Rasulullah telah dibunuh iaitu Al-Harith bin Umair al-Azdi. Al-Harith dihantar ke Damsyik untuk menemui Shurahbil pemerintah Ghassan dan ada pula yang mendapat layanan yang baik. Muqawqis memberi layanan yang baik kepaada duta Rasulullah. Dia menghadiahkan Hatib bin Abi Baltaah wang seratus dinar beserta lima persalinan. Seorang pegawai ditugaskan menemani Hatib dalam perjalanan bagi tujuan keselamatan. Muqawqis juga menghadiahkan kepada Rasulullah dua orang hamba iaitu Mariyah Al-Qibtiyyah dan Shireen, 20 persalinan buatan Mesir, binatang tunggangan (kaldai - Duldul), madu dari Binha, minyak wangi, sebuah mangkuk kaca serta seorang doktor. Semua hadiah tersebut diterima oleh Rasulullah, kecuali doktor. Rasulullah mengembalikan doktor tersebut dengan bersabda maksudnya, "kembalilah kepada kaummu kerana kami adalah kaum yang tidak makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai kenyang".(Az-Zuhri dlm Shawqi). Daripada bukti sirah menunjukkan kepada umat Islam bahawa media dakwah dalam bentuk tulisan tidak boleh diabaikan. Perutusan dakwah dalam bentuk tulisan hendaklah diguna dan disampaikan secara terus terang dan mudah, tidak berselindung atau kabur kepada seluruh manusia sama ada secara umum mahupun khusus. Perutusan secara umum mungkin telah banyak dilakukan melalui majalah, akhbar, buku, internet dan sebagainya tetapi perutusan dakwah secara khusus yang ditujukan kepada individu-individu tertentu mungkin masih kurang sedangkan cara inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui surat-surat dakwahnya sebagaimana yang diterangkan di atas.
Rujukan: 1. Ahmad Tajudin bin Abdul Hamid (1998) Metodologi Dakwah Alaf Baru; Jurnal Dakwah Jld 1, Bil 1 JPIM KPM “ Kuala Lumpur.
2. Shawqi Abu Khalil (2004) Atlas on The Prophets Biography, Darussalam, Riyadh .
“Ya Allah letakkanlah dunia di tanganku, jangan di hatiku‌”

Wednesday, January 31, 2007

SAUDARAKU LAHIRNYA KITA BUKAN UNTUK DIPERSIA
BUKAN JUGA UNTUK MENGHANCUR DAN MEROSAK
SESUNGGUHNYA LAHIR JASAD DAN ROH INI ADALAH SEBAGAI HAMBA KEPADA-NYA.MENGABDIKAN DIRI HANYA KEPADA ALLAH BUKAN KEPADA NAFSU DAN SYAITAN.

LAHIRNYA KITA JUA SEBAGAI KHALIFAH YANG MEMAKMURKAN BUMI INI DENGAN KALIMAH ALLAH DAN RASULNYA.BENAR KATA RASULULLAH S.A.W,''UMAT ISLAM PADA AKHIR ZAMAN INI UMPAMA BUIH DI LAUTAN RAMAINYA.''

TETAPI MALANG...................
BILANGANNYA YANG RAMAI TIDAK MAMPU MEMBENTENGI ISLAM,UMPAMA BUIH-BUIH OMBAK ,DI TOLAK KE TEPI,HANYUT KE TEPI,DI TOLAK KE KANAN,HANYUT KE KANAN.

SAUDARAKU YANG DI RAHMATI ALLAH S.W.T......
DATANGNYA ISLAM DALAM KEADAAN DAGANG DAN KEMBALINYA ISLAM JUA DALAM KEADAAN DAGANG(ASING).SERINGKALI MEREKA YANG MEMBAWA RISALAH ISLAM DI PANDANG ASING LANTARAN KEHEBATAN ISLAM YANG MEMANCAR DAN BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG DAGANG(PEMBAWA RISALAH ISLAM)

SESUNGGUHNYA,RAMAI MANUSIA KAGUM DENGAN PANCARAN NUR ISLAM TETAPI DEK EGO YANG MEMUNCAK,MEREKA TIDAK MENGENDAHKAN.SERULAH INSAN-INSAN ITU KE JALAN YANG BENAR.

JUSTERU ITU TUGAS SIAPAKAH INI ANDAI BUKAN DIRI KITA SENDIRI SELAKU ULAMA PEWARIS NABI?KEPADA SIAPAKAH LAGI KITA HARAPKAN UNTUK MEMIKUL AMANAH INI BAGI MEMASTIKAN ISLAM TERUS BERTAPAK DI MUKA BUMI INI ANDAI BUKAN DIRI KITA YANG MENUNTUT ILMU ALLAH?

AWAS SAHABATKU SEKALIAN!!!
LIDAH KITA SERING MENGUNGKAPKAN KALIMAH SYAHADAH YANG MENUNTUT KITA AGAR MELAKSANAKAN PENTAKLIFAN INI,SEBAGAIMANA KATA-KATA SAYYID QUTUB KETIKAMANA BELIAU DI SURUH MENGUCAP SYAHADAH TATKALA NYAWA DI HUJUNG TALI GANTUNG,"KERANA KALIMAH SYAHADAH INILAH,AKU SEKARANG DI HUKUM TETAPI TIDAK SEPERTI ENGKAU YANG PANDAI MENGUNGKAPKAN KALIMAH TAUHID SAHAJA TAPI TIDAK MELAKSANAKANNYA."

SEWAJARNYA,KITA MENJADI PENDOKONG GERAKAN ISLAM.ALLAHU AKBAR!"TUHAN...AKU BERSAKSI BAHAWA DIRI INI ADALAH PEJUANG AGAMA-MU.

Friday, January 12, 2007

SAJAK AMINAH QUTB KEPADA SUAMINYA

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Muya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Friday, December 29, 2006

1. Tajuk: Keluarga Bahagia.
2. Objektif: i)Memahami erti kebahagiaan ii)Memahami ciri-ciri suami isteri yang baik
iii)Tanggung-jawab suami iv)Masalah rumah tangga dan langkah penyelesaiannya
v)Memahami langkah-langkah mencapai keutuhan keluarga.
3. Masa 1 ½ jam
4. Sasaran Pegawai, guru dan kakitangan JPN, PPD, sekolah dan ibu bapa.
5. Alatan: Komputer, LCD dan layar, papan putih, pen marker dan kertas edaran
6. Strategi Penyampaian : Syarahan, perbincangan dan sumbang-saran
Langkah 1 Membincangkan erti kebahagiaan
slaid 3- 7.
Langkah 2 Membincangkan sifat-sifat suami/isteri yang baik
(Brain storming) slaid 8-13
Langkah 3 Membincangkan tanggung jawab suami isteri
slaid 14- 15.
Langkah 4 Membincangkan masalah rumah tangga dan cara penyelesaiannya
slaid 16 - 17
Langkah 5 Membincangkan langkah mencapai keutuhan keluarga
slaid 18
Penutup
slaid 19.

6.1. Bahagia
Bahagia adalah sesuatu yang relatif. Umumnya ia diperoleh apabila sesuatu keperluan atau kehendak telah dicapai. Sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta Mercedes dipandang sangat bahagia dan beruntung oleh sepasang suami isteri yang sedang duduk di dangau sawahnya. Sementara itu pasangan di dalam kereta Mercedes pula menganggap pasangan di atas dangau itulah yang sangat bahagia. Walau bagaimanapun, keperluan dan kehendak manusia tidak terbatas. Setelah suatu keperluan tercapai ia akan menginginkan keperluan yang lain. Ini dijelaskan oleh Abraham Maslow dalam 'hirarki keperluan‌nya’. Oleh itu Nabi s.a.w.bersabda maksudnya ‘Lihatlah kepada orang yang berada di bawahmu (bawah dari segi kewangan, taraf sosioekonomi dan sebagainya) dan jangan melihat kepada orang yang berada di atasmu kerana hal tersebut lebih patut agar kamu tidak meremehkan nikmat yang telah Allah berikan kepadamu’‌.(H.R. Bukhari dan Muslim)
‘Di antara ayat-ayat Allah bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikannya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir’. (ar-Rum 21)
Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamatnya yang tersendiri. Walaupun matlamat dan tujuan individu itu berkahwin berbeza-beza namun ada matlamat-matlamat umum yang dikongsi bersama. Apabila tujuan dan matlamat ini dicapai maka kebahagiaan akan wujud.
Antara tujuan perkahwinan secara ringkas adalah:
Ø¢· Ibadat kepada Allah dengan mengikut sunnah nabi s.a.w.
Ø¢· Memenuhi fitrah dari segi biologi
Ø¢· Memenuhi keperluan psikologi
Ø¢· Memenuhi keperluan sosial

Allah menyifatkan suami isteri itu ibarat pakaian. ‘Mereka adalah pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka’‌ (al-Baqarah 187). Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu bukan semata-mata tertumpu kepada pasangan suami isteri itu sahaja akan tetapi ia turut melibatkan seluruh anggotanya serta mereka yang berkaitan seperti anak-anak, ibu bapa, ipar duai dan sebagainya.
Perkahwinan itu sendiri merupakan perintah daripada Allah sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya dalam surah an-Nur ayat 32 yang bermaksud ‘Dan kahwinkanlah orang-orang bujang daripada kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah maha luas lagi maha mengetahui’‌. Nabi dan para sahabat berkahwin walaupun mereka sangat sibuk dengan dakwah dan jihad. Malah ada sahabat yang sangat miskin sehingga tidak mampu menyediakan mahar walau sebentuk cincin daripada besi namun ia juga berkahwin. Perkahwinan adalah satu syariat dalam Islam.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa ‘Kebahagiaan itu adalah dengan memperoleh isteri yang baik (solehah), rumah yang luas (lapang), jiran yang baik (soleh) dan kenderaan yang selesa. Penderitaan pula adalah dengan mendapat isteri yang jahat, rumah yang sempit, jiran yang jahat dan kenderaan yang teruk’. (H.R. Ahmad dan Hakim)
6.2. Ciri Suami Isteri Yang Baik
Dari segi umur yang ideal bagi pasangan adalah umur yang berdekatan berbanding dengan umur yang jauh berbeza. Walau bagaimanapun tidak ada halangan untuk berkahwin dengan perempuan yang lebih tua seperti nabi s.a.w. mengahwini Khadijah r.a. atau yang lebih muda seperti nabi berkahwin dengan Aisyah r.a. Begitu juga dari segi status, nabi menyarankan supaya berkahwin dengan perawan sebagaimana yang dinyatakannya kepada Jabir bin Abdullah, akan tetapi tiada halangan untuk berkahwin dengan janda sebagaimana baginda sendiri berkahwin dengan Khadijah dan isteri-isterinya yang lain (kecuali Aisyah).
Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Tahrim ayat 5 bermaksud ‘isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu iaitu yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, yang janda dan yang dara’.
Di samping ciri-ciri di atas, perkara berikut perlu juga diberi perhatian dalam memilih suami atau isteri iaitu:
Ø¢· Rupa
Ø¢· Keturunan
Ø¢· Taraf ekonomi
Ø¢· Kefahaman dalam agama
Ø¢· Taqwa
Ø¢· Ikhlas
Ø¢· Amanah
Ø¢· Tidak sombong
Ø¢· Berjimat cermat tetapi tidak bakhil
Ø¢· Pemurah tetapi tidak boros
Ø¢· Mudah memaafkan orang
Ø¢· Bertimbang rasa
Ø¢· Rajin
Ø¢· Bijaksana
Ø¢· Mampu melahirkan zuriat
Ø¢· Taraf pendidikan
Ø¢· Kufu (kesetaraan)

Kufu (kafa’ah) bermaksud kesetaraan atau persamaan taraf antara suami dan isteri dalam beberapa aspek. Suami isteri itu sebaiknya mempunyai taraf yang sama. Ia adalah hak calon isteri dan walinya untuk menentukannya dan hak tersebut boleh mereka gugurkan. Ia bukan syarat sah nikah. Mazhab Syafie meletakkan kafa’ah dalam:
Ø¢· anggota badan (sempurna atau cacat)
Ø¢· keturunan
Ø¢· kemuliaan
Ø¢· pekerjaan
Ø¢· kebebasan diri (merdeka atau hamba)

Menurut Abu Hanifah, kafa’ah diambil kira dalam aspek keturunan, agama dan harta. Imam Ahmad mengambil kira agama, keturunan, kebebasan diri (merdeka atau hamba), pekerjaan dan kekayaan. Menurut Ibnu Rushd, perkahwinan boleh dibatalkan jika seseorang gadis dikahwinkan dengan lelaki yang fasik, berpendapatan haram, suka melafazkan talak dan tidak setara dari segi keturunan. Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya bahawa ‘Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara, kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Pilihlah yang beragama agar kamu selamat’. (H.R. Bukhari dan Muslim). Sabdanya lagi maksudnya ‘Sebaik-baik isteri ialah yang apabila diberi, ia bersyukur dan apabila tidak diberi, ia bersabar, menggembirakan apabila dipandang dan taat apabila disuruh’.
Rumah tangga yang patut dicontohi adalah rumah tangga Rasulullah s.a.w. di mana suaminya Muhammad bin Abdullah s.a.w. dan isterinya Khadijah binti Khuwailid r.a. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ahmad, Tabrani dan Ibnu Hajar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ‘Demi Allah, tidaklah Allah memberi aku isteri yang lebih baik daripada Khadijah. Ia beriman kepadaku pada saat orang menentangku. Dia mempercayai aku pada saat orang mendustakan aku. Dia menolong aku dengan harta bendanya pada saat orang memboikotku, dan Allah beri aku anak daripadanya sedangkan dari isteri yang lain tidak aku perolehi’.
6.3. Yang Patut Dielak
Di samping ciri yang berlawanan dengan ciri positif di atas, calon yang patut dielakkan adalah yang mempunyai ciri negatif seperti tidak beragama, tidak jujur, penipu, pencuri, penagih dadah, penyeludup serta yang berpenyakit bahaya seperti HIV, gila dan sebagainya. Mungkin lelaki atau perempuan yang terlibat tidak dapat mengetahui perkara-perkara ini kerana itu ia perlu melantik orang lain yang mahir untuk merisik. Perisik perlulah jujur, amanah dan berkhidmat untuk orang yang diwakilinya dan dia tidak menghadapi ‘conflict of interest’.
Di sinilah letaknya kepentingan merisik. Perisik perlu mendapatkan maklumat adakah calon itu mengidap sawan dan sentiasa bergantung kepada ubat, atau penagih dadah, pernah mencuri, pemalas dan sebagainya. Sengaja menyembunyikan maklumat ini merupakan satu pengkhianatan atau penipuan. Pemilihan bakal isteri atau suami ini sangat penting sehingga nabi s.a.w. menyarankan supaya mereka yang hendak berkahwin pergi melihat calon mereka. Ia bertujuan bagi mempastikan seseorang itu benar-benar berpuas hati dengan calonnya.
Bapa atau wali calon hendaklah menerangkan mengenai ehwal anaknya terutama dari segi kesihatan. Umpamanya anaknya pernah menjalani rawatan sakit jiwa atau mental atau sakit-sakit lain. Perkara ini amat penting diketahui oleh bakal suami atau isteri. Ada kes terjadi di mana pihak perempuan menyembunyikan aibnya daripada pengetahuan pihak lelaki. Ini sangat bertentangan dengan syariat dan hukum Islam.
Lagi ciri yang patut dielakkan sepertimana yang disebutkan dalam Al-Quran surah an-Nur ayat 3 yang bermaksud ‘Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau dengan perempuan musyrik. Perempuan yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Yang demikian itu haram kepada orang yang beriman’. Dalam ayat 26 pula Allah berfirman maksudnya ‘Perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada kata-kata orang, mereka mendapat pengampunan dan rezki yang mulia’.‌
6.4. Tanggung-jawab Suami
Antara tanggung-jawab suami adalah seperti berikut:
Ø¢· Memimpin rumah tangga iaitu menjadi ketua dan menentukan hala tuju keluarga.
Ø¢· Menyara keluarga (tidak menjadi kesalahan jika isteri rela harta atau
pendapatannya turut digunakan).
Ø¢· Menyediakan keperluan asasi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
perlindungan, kasih sayang dan sebagainya.
Ø¢· Mendidik ahli keluarga fardhu ain dan kifayah, jika tidak mampu ia boleh
mengupah pihak lain.
Ø¢· Mewujudkan sistem kawalan dan disiplin supaya kehidupan rumah tangga
berperaturan. Anak-anak yang bersalah dihukum sama ada dengan denda, nasihat
dan sebagainya. Menyuruh anak-anak menunaikan solat mulai umur tujuh tahun,
memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan, mempastikan
anak dan isteri menutup aurat serta menjaga pergaulan.
Ø¢· Memenuhi keperluan rohani dan psikologi seperti kemesraan, kasih sayang, rasa
dipunyai, dihargai dan sebagainya.
Ø¢· Mengurus komunikasi.
Ø¢· Menyelesaikan masalah, jika tidak mampu, menghubungi pihak yang berkenaan
untuk turut membantu.
Ø¢· Membuat keputusan.
Ø¢· Mengurus kewangan supaya tidak berlaku pembaziran dan penyalahgunaan.
Ø¢· Mengurus hubungan seksual
Ø¢· Mengurus aktiviti keluarga supaya seluruh aktiviti tidak bercanggah dengan syarak
dan kesopanan.
6.5. Tanggung-jawab Bapa Terhadap Anak-Anak.
Ø¢· Mendapatkan ibu yang baik. Maksudnya ialah lelaki perlu memilih isteri yang baik kerana isterinya itu akan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Jika ia memilih isteri yang tidak baik perangai dan kelakuannya maka anak-anaknya nanti akan mendapat ibu yang tidak baik.
Ø¢· Mengazan dan mengiqamahkan anak yang baru lahir. Hussain bin Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda maksudnya ‘Sesiapa yang melahirkan anak kemudian diazankan pada telinganya yang kanan dan iqamah pada telinga yang kiri, nescaya selamatlah anak itu daripada jin dan penyakit’.
Ø¢· Pada hari ketujuh kelahiran, sunnah dicukur rambut anak itu, bersedekah dan menyembelih kambing sebagai tanda bersyukur dan bergembira dengan kelahiran ahli keluarga yang baru.
Ø¢· Memberi nama yang baik. Nama sangat penting kepada seseorang. Oleh itu nama perlulah baik dan betul dari segi bahasa dan maknanya. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya ‘Salah satu hak anak ke atas orang tuanya ialah supaya orang tuanya itu mengelokkan budi pekertinya serta namanya’.
Ø¢· Memberi pendidikan sama ada pendidikan formal di sekolah dan di universiti ataupun pendidikan tidak formal di rumah, surau dan di dalam masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. ‘Suruhlah anak kamu sembahyang apabila dia berumur tujuh tahun dan rotanlah jika dia meninggalkannya apabila berumur sepuluh tahun’.
Ø¢· Memberi kasih sayang.
Ø¢· Mengahwinkan iaitu mencarikan jodoh untuk anak sama ada anak lelaki mahupun anak perempuan apabila sampai masanya. Dalam Islam tidak timbul istilah telaga mencari timba sebagaimana dalam adat Melayu. Umar al-Khattab mencarikan suami untuk anaknya Hafsah, manakala Khadijah pula membuka laluan kepada Abu Talib untuk mengemukakan lamaran bagi anak saudaranya Muhammad s.a.w.
6.6. Keistimewaan Isteri.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ‘Apabila seorang isteri itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput masuk ke syurga mengikut mana-mana pintu yang ia suka’‌. (H.R.Ahmad)
6.6.1. Tanda perempuan bermaruah:
(a) Berakhlak dengan Allah iaitu tekun beribadat, sabar menempuh kesusahan, bersyukur dengan kurniaan Allah serta banyak berzikir atau mengingati Allah.
(b) Mentaati suami, reda terhadap pemberian suami, melayan suami dengan baik, sopan dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
(c) Berakhlak dengan ibu bapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredaan Allah.
(d) Baik pergaulan sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan menolong mereka dengan apa yang termampu.
(e) Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki akhlak, mengurus rumah tangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan orang lain.
6.6.2. Antara Kesopanan Isteri.
· Menyediakan makanan yang disukai oleh suami tanpa disuruh atau diminta,
· Menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak,
· Mencuci pakaian suami dan anak-anak serta membersihkan rumah,
· Menjaga harta suami dan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman agar tidak membebankan ibu bapa di akhirat kelak,
· Menghibur suami dengan layanan yang baik,
· Berhias diri untuk suami, berwangi-wangian dan ceria,
· Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami,
· Menjaga ketenteraman hati suami serta membantu menyelesaikan masalahnya,
· Menyediakan keperluan suami,
· Empati terhadap perasaan suami,
· Memahami suami, jika dia pemimpin, bantu dia dengan mengambil tahu kebajikan anak buahnya. Jika dia guru, lengkapkan diri dengan ilmu,
· Sentiasa mendoakan suami. Tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Membela suami dan keluarganya jika difitnah,
· Bersikap malu kepada suami, memelihara kehormatan diri dan suami serta merasa cukup dan berpuas hati dengan pemberian suami,
· Belas kasihan kepada suami dan tidak bermasam muka terhadapnya,
· Merendahkan pandangan di hadapan suami, menunaikan hajat suami apabila diajak dan tidak khianat,
· Meminta izin suami untuk keluar rumah dan segala tingkah laku menyenangkan hati suami,
· Menjadi pendorong dan memberi motivasi kepada suami terutama dalam hal-hal kebajikan dan agama,
· Memberikan khidmat bakti kepada suami daripada sebesar-besar perkara hinggalah kepada perkara-perkara kecil seperti mengerat kuku, mencukur misai, menggunting rambut dan sebagainya,
· Sentiasa menambah ilmu agama serta amalan dengan membaca, mengikuti kelas dan majlis agama,
· Senyum kepada suami serta menyediakan makan minum mengikut kegemarannya,
· Menyiapkan barang-barang peribadi suami seperti sikat, celak, berus gigi (miswak), cermin dan minyak wangi dalam satu bekas,
· Lebih suka berada di rumah, selalu berpuasa, tidak gemar bercakap sia-sia, tidak keluh kesah dan tidak suka bertengkar. Sopan dan beradab ketika bercakap dengan suami, ibu bapa dan anak-anak.
6.7. Masalah rumah tangga dan cara penyelesaiannya.
6.7.1. Kewangan.

Wang dan harta bukanlah menjadi kayu pengukur untuk memilih jodoh. Walau bagaimanapun harta dan wang diperlukan bagi menyara dan memenuhi keperluan keluarga. Untuk mengatasi masalah kewangan, uruslah perbelanjaan dan kewangan berpandu kepada teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Dialah contoh terbaik. Sesiapa yang dapat mengikut sunnahnya dialah orang yang berjaya.
Wang dan harta berkait rapat dengan pekerjaan dan mata pencarian. Dalam Islam tidak ada istilah menganggur. Pihak lelaki, mestilah mempunyai mata pencarian yang halal walaupun kerja itu rendah atau hina pada pandangan masyarakat. Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh seorang lelaki pergi ke hutan mencari kayu api sebagai mata pencariannya. Dalam tempoh yang singkat sahaja masalah kewangan lelaki itu telah dapat diatasi. Nabi s.a.w. sendiri pernah mengambil upah mengembala kambing penduduk Makkah pada zaman remajanya. Setelah itu beliau menguruskan perniagaan Khadijah binti Khuwailid. Ali bin Abi Talib k.w. pernah mengambil upah mengangkat air kepada seorang Yahudi dengan bayaran buah tamar. Abu Bakar as-Sidik, Umar Ibnu Khattab, Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf merupakan peniaga di Kota Madinah sementara Saad bin Muaz pula seorang petani.
Dari segi perbelanjaan, Islam menganjurkan sifat qanaah iaitu hidup secara sederhana. Rasulullah s.a.w. sendiri akan berpuasa jika pada hari itu tidak terdapat makanan untuk dimakan. Beliau pernah makan roti berkuahkan cuka, berkongsi semangkuk susu dengan para tetamunya dan mengikat perutnya dengan batu bagi menahan lapar. Baginda bersabda, "Kami kaum yang tidak makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai kenyang" (Tabaqat al-Kubra Ibnu Saad dlm Shawqi Abu Khalil).
Umar al-Khattab pernah membuat kajian keperluan manusia kepada makanan dan mendapati bahawa manusia hanya perlu makan dua kali sahaja dalam sehari akan tetapi zaman kini manusia makan lima atau enam kali sehari sehingga kegemukan menjadi masalah masyarakat. Perniagaan alat-alat senaman dan pil-pil menguruskan badan tumbuh bagaikan cendawan. Satu perkara lagi yang jarang disebutkan orang ialah bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menghisap rokok dan rokok tidak ada kena mengena dengan Islam dan umatnya. Dari segi tempat tinggal dan keperluan harian, Rasulullah s.a.w. lebih suka kepada yang sederhana dan bersahaja. Beliau tinggal di sebuah bilik yang sempit dengan peralatan yang sangat minima.
6.7.2. Cemburu
Cemburu yang menjadi masalah dalam rumah tangga adalah cemburu yang melampau-lampau dan tidak berasas. Sifat cemburu yang melampau adalah penyakit yang perlu kepada rawatan. Walau bagaimanapun, cemburu yang biasa adalah perlu untuk keharmonian rumah tangga. Kehilangan sifat cemburu akan membawa kepada dayus dan Allah s.w.t. tidak memberi syurga kepada sesiapa yang dayus. Suami isteri perlulah berterus terang dengan pasangan masing-masing dengan menyatakan secara jujur perasaan cemburu masing-masing dengan menggunakan bahasa yang jelas dan berterus terang, bukan dengan kata-kata kesat yang menyakitkan apatah lagi tingkah laku negatif yang akhirnya membawa kepada pergaduhan dan bermasam muka.
Nyatakan secara jelas tindakan-tindakan yang menimbulkan perasaan cemburu seperti keluar minum berdua dengan lelaki atau perempuan lain dan sebagainya. Pihak yang satu lagi hendaklah memberikan penjelasan yang jujur dan jelas supaya tidak menimbulkan syak wasangka dan perasaan curiga. Dengan saling mengetahui perasaan pasangan masing-masing, suami isteri bolehlah berjaga-jaga supaya tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan perasaan cemburu pasangannya. Dengan itu konflik rumah tangga dapat dielakkan.
6.7.3. Fitnah
Fitnah diselesaikan melalui siasatan. Rumah tangga Rasulullah juga mengalami fitnah dan sebagai penyelesaiannya Allah s.w.t. menurunkan ayat yang menerangkan tatacara bagaimana seseorang itu boleh mengemukakan tuduhan. Dengan berpandu kepada tatacara ini fitnah dapat diatasi. Siasatan dibuat terhadap pihak yang terlibat secara langsung, bukan kepada pihak ketiga atau pihak-pihak yang tidak berkaitan. Siasatan hendaklah dibuat dengan niat yang baik iaitu untuk mencari penyelesaian dan perdamaian, bukan untuk memburukkan lagi suasana atau sengaja mencari-cari kesalahan orang.
6.7.4. Anak
Anak merupakan ujian dari Allah. Jika anak dididik dengan baik dan diasuh dengan ajaran agama ia akan menjadi rahmat. Sebaliknya jika anak tidak dididik dengan baik ia akan menjadi fitnah yang menyusahkan. Firman Allah dalam surah asy-Syura ayat 49-50 maksudnya "Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakinya. Atau Ia kurniakan mereka kedua-duanya lelaki dan perempuan dan dia jadikan sesiapa yang dikehendakinya mandul, sesungguhnya Ia maha mengetahui dan maha berkuasa." Anak juga menjadi pengikat dan penghubung antara suami dengan isteri. Hubungan dan ikatan suami isteri menjadi lebih kukuh dengan kehadiran anak dalam rumah tangga.
Anak yang menjadi fitnah kepada ibu bapa adalah anak yang tidak dididik dengan didikan yang sempurna terutamanya didikan agama. Mereka dibiarkan tidak diajar sembahyang dan tidak dititikberatkan untuk menunaikannya. Disiplin mereka tidak dikawal sehingga mereka membesar menjadi remaja liar yang hanya tahu berfoya-foya tanpa akhlak dan ibadat. Lebih malang lagi apabila mereka terlibat dalam kancah maksiat, dadah dan jenayah. Ia bukan hanya buruk untuk dirinya sendiri tetapi akan mengheret sama ibu bapa dan keluarga. Apabila generasi ini berumah tangga dan membentuk keluarga, maka akan terbentuklah keluarga yang rosak dan pincang seterusnya melahirkan pula generasi yang rosak dan pincang dari segi agama dan integriti.
6.7.5. Seks
Menurut Dr Muhammad Hatta Shaharum (1989) perhubungan seks merupakan satu cara kepada penyempurnaan tuntutan biologi kedua-dua suami isteri sebagai manusia yang sempurna. Ia juga merupakan sebagai ‘perasa’ dalam luahan rasa cinta kedua-duanya. Seks dan cinta adalah dua unsur yang tidak terpisah dalam pertalian yang indah ketika perhubungan dua tubuh dalam suasana persejiwaan suami isteri.
Menurutnya lagi adalah satu perkara yang tabi`e bahawa dorongan seks kebanyakan kaum lelaki agak berkurangan (walaupun potensi sperma tidak berkurang) apabila menjangkau umur lanjut. Selepas putus haid, kaum wanita pula kehilangan kemampuan untuk hamil sementara dorongan seks terus menurun di samping perubahan-perubahan besar yang berlaku pada tubuh dan jiwanya. Di peringkat ini kedua-dua suami isteri perlu menyesuaikan diri kepada suasana hidup dan perhubungan yang agak berbeza daripada pengalaman yang lepas.
Sepuluh tahun pertama perkahwinan dianggap sebagai tempoh berkenalan. Dalam tempoh ini banyak pancaroba dan dugaan akan dihadapi. Dalam tahap inilah juga pergaduhan dan selisih faham banyak terjadi. Perkenalan antara satu sama lain masih di tahap luaran di mana topeng-topeng masih belum tersingkap. Perkenalan bukan hanya berkaitan dengan peribadi dan fizikal pasangan tetapi merangkumi jiwa, perasaan, latar belakang, kehendak, kegemaran dan sebagainya. Ia juga melibatkan saudara mara terutama ibu dan bapa mertua. Dalam peringkat ini kedua-dua belah pihak perlulah banyak bersabar dan cuba memahami antara satu sama lain. Sikap sabar, berterus terang, jujur dan saling mempercayai amatlah penting dalam tahap ini.
Kedua-dua pihak hendaklah memahami bahawa lelaki dan perempuan mempunyai keinginan seks masing-masing. Atas rasa persefahaman dan kasih sayang pihak suami dan isteri hendaklah memenuhi kehendak pasangannya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 bermaksud ‘Dan mereka bertanya kepadamu mengenai haid, katakanlah ia memudaratkan dan jauhilah wanita (dari bersetubuh) pada masa haid. Jangan dekati mereka (untuk bersetubuh) sehinggalah mereka suci. Setelah mereka suci datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang suci. Isteri kamu adalah ladang bagi kamu. Datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu suka dan sediakanlah (amal baik) untuk diri kamu dan betakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya kelak dan gembirakanlah orang-orang yang beriman’‌.
6.7.6. Poligami
Syariat Islam membenarkan poligami atau beristeri lebih dari satu. Hal ini berdasar kepada amalan nabi s.a.w. serta ayat Al-Quran surah an-Nisa’ ayat 3. Walau bagaimanapun, Allah s.w.t. memberi syarat adil. Jika tidak dapat berlaku adil antara isteri-isteri, adalah dikehendaki berkahwin seorang sahaja. Firman Allah "Jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja.(An-Nisa’ 3). Jika seseorang suami itu mempunyai sebab yang munasabah untuk berpoligami, pihak isteri sepatutnya memberikan kerelaannya demi kebahagiaan bersama. Adalah amat malang jika sesebuah rumah tangga itu runtuh disebabkan semata-mata kerana suami ingin berpoligami. Suami pula janganlah ingin berpoligami semata-mata atas dorongan nafsu tanpa berpandu kepada akal dan pertimbangan yang sihat. Apa yang penting adalah asas perkahwinan itu hendaklah dibina atas rasa taqwa kepada Allah sebagaimana Allah mulakan surah an-Nisa’ dengan perintah supaya semua manusia bertaqwa. Dengan perkahwinan, sama ada dengan satu isteri, dua, tiga atau empat, sepatutnya seseorang itu menjadi semakin bertaqwa kepada Allah. Ibadatnya semakin banyak, qiamulailnya dilakukan setiap malam, puasa sunatnya setiap hari Isnin dan Khamis, sedekahnya semakin banyak dan anak-anaknya dididik dengan didikan agama dan akhlak. Jika anak-anaknya terbiar, ibadatnya tidak bertambah, maka sudah jelas bahawa perkahwinan itu tidak dibina atas dasar taqwa tetapi atas dasar nafsu dan keinginan semata-mata.
6.7.7. Kesihatan
Suami atau isteri yang tidak sihat tidak dapat memenuhi fungsinya sebagai seorang suami atau isteri. Masalah kesihatan termasuklah kesihatan fizikal dan mental seperti sopak, kusta, HIV, gila, sawan, lemah tenaga batin dan sebagainya. Dalam keadaan ini Islam memberikan hak untuk pasangannya membuat pilihan sama ada untuk meneruskan perkahwinan itu atau mahu memutuskannya. Imam Malik dan Syafie berpendapat bahawa pembatalan perkahwinan dapat terjadi kerana empat macam cacat iaitu gila, sopak, kusta dan penyakit yang menghalang persetubuhan.(Ibn Rusyd 1991)
Pada peringkat awal, permasalahan rumah tangga patutlah diselesaikan oleh suami dan isteri itu sendiri dengan berpandu kepada Al-Quran dan Sunnah. Jika mereka berdua gagal mendapatkan penyelesaian, mereka bolehlah melantik orang tengah untuk menolong menyelesaikannya sebelum mereka merujuk kepada kadi atau mahkamah. Langkah terakhir apabila tiada persefahaman lagi ialah talaq.
6.8. Penutup
Al-Quran merakamkan beberapa pasangan suami isteri yang tidak bersefahaman sebagai contoh untuk direnung dan diambil pengajaran oleh umat Islam. Pasangan itu adalah keluarga Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s. di mana kedua-dua isteri nabi itu kufur kepada Allah dan tidak patuh kepada suami mereka. Asiah pula mendapat suami yang kejam dan zalim iaitu Firaun.
Bagi menjamin rumah tangga utuh dan bahagia, ahlinya mestilah memahami dan menghayati syahadah bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, sentiasa menjaga solat lima waktu, sentiasa menambah ilmu, menghormati orang lain, ikhlas dan tidak mempunyai tanggapan yang salah. Mereka mestilah meluangkan masa untuk agama. Dengan menghayati prinsip-prinsip ini insyaAllah rumah tangga akan terjamin utuh dan bahagia.

Monday, December 11, 2006

1. Tajuk: Integriti Sebagai Satu Tanggung-jawab
2. Objektif: Memahami maksud integriti:

-Memahami integriti dari sudut agama
-Memahami peringatan dan balasan agama berkaitan integriti.
3. Masa : 1 ½ jam
4. Sasaran Pegawai, guru dan kakitangan JPN, PPD & sekolah.
5. Alatan: Komputer, LCD & layar, papan putih, pen marker dan kertas edaran.
6. Strategi Penyampaian : Syarahan, perbincangan & sumbangsaran

Langkah 1 Memahami konsep integriti
Slaid 2 - 3.
Langkah 2 Berbincang tentang keperluan integriti
Slaid 4 - 12
Langkah 3 Berbincang mengenai akibat mengabaikan integriti
Slaid 13 - 15
Langkah 4 Membincangkan balasan mengamalkan integriti
(Brain storming) Slaid 16 - 19
Langkah 5 Untuk mencapai integriti, slaid 20 -21
memahami dan menghayati konsep syahadah, mendirikan solat,
menambah ilmu, menghormati sesama manusia, ikhlas dan membetulkan
salah faham.
Langkah 6 Perbincangan & penutup. Berazam mengamalkan enam perkara di
atas bagi mencapai integriti.


2. 1. Integriti dan Tingkah laku
Integriti yang difahami sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi sangat berkait rapat dengan etika, malah ia sebenarnya mencerminkan etika dalam tindakan sehari-hari. Dalam ertikata yang lain, seluruh tindak-tanduk individu atau organisasi adalah menggambarkan integritinya. Jika baik tingkah lakunya maka tinggilah integritinya. Jika buruk tingkah lakunya maka rendahlah integritinya.
Kejujuran dan ketulusan tidak dapat dibuat-buat. Kepura-puraan hanyalah sementara, lambat laun akan terbongkar juga rahsianya. Contoh klasik dalam kes ini direkodkan dalam satu hadis yang popular oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Matan Arbain bahawa seorang Quraisy Mekah telah berhijrah ke Madinah pada zaman Nabi dahulu dengan tujuan untuk berkahwin dengan seorang perempuan. Berkaitan dengan peristiwa ini Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya `sesungguhnya amalan-amalan itu disertai dengan niat. Setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan. Jika ia berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul, dan sesiapa berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya dikira berdasarkan kepada apa ia berhijrah.’ Oleh sebab itu hijrah lelaki tadi dipanggil `Hijrah Ummul Qais’ kerana perempuan itu bernama Ummul Qais.

2.2. Kenapa Perlu Integriti?
Kita perlu mengamalkan integriti kerana perkara ini adalah perintah daripada Allah. Dalam surah Al-Anfal ayat 27 Allah berfirman maksudnya ...'janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui (dosanya)’. Setiap amanah, tanggung-jawab atau tugas yang diserahkan kepada kita merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan. Jika tidak ditunaikan ertinya kita telah khianat dan melanggar peraturan. Pelanggar peraturan adalah zalim dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang zalim.
Integriti diperlukan untuk keselamatan dunia dan akhirat. Manusia mempunyai kehendak yang tidak terbatas. Walau bagaimanapun, perlulah difahami bahawa segala anugerah Allah yang diterima oleh manusia merupakan ujian untuk mereka. Ini dijelaskan dalam surah Al-Anfal ayat 28; `dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian (fitnah) dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar’.
Manusia yang gagal dalam ujian ini akan terjerumus ke lembah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pecah amanah, penipuan, perlakuan tidak jujur dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan harta atau kesenangan untuk anak-anak dan keluarga. Mereka tidak sedar bahawa ada banyak cara lain yang halal boleh digunakan bagi tujuan itu. Allah menyediakan jalan untuk mencapai setiap keperluan kita dengan cara dan jalan yang halal lagi diredai.
Manusia yang berintegriti akan mendapat furqan. Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 29 bermaksud `wahai orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan bagi kamu pembeza (al-furqan) dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni kamu dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar’. Furqan bermaksud petunjuk dan cahaya yang boleh membezakan antara yang hak dengan yang batil.
Dengan memiliki iman yang kukuh serta menjaga taqwa, Allah akan memberi kita furqan. Dengan ketiga-tiga ini menjadikan tingkahlaku seseorang itu terkawal. Ia sedar segala perlakuannya diperhati dan direkod malah ia sedar bahawa "Allah lebih mengetahui mengenai apa-apa yang tersirat di dalam hatinya. Kalaulah kamu orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat". (Al-Isra’25)
Orang yang berintegriti akan melaksanakan tanggungjawabnya dan menunaikan hak orang lain tanpa menunggu orang itu membuat tuntutan di mahkamah atau mengambil tindakan undang-undang. Ia patuh kepada firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 26 yang bermaksud ‘dan berikanlah kepada kaum kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan hak masing-masing. Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau’.‌
Secara tersirat hendaklah difahami bahawa dalam harta atau wang ringgit yang kita miliki ada hak-hak orang lain yang patut disempurnakan seperti hak kaum kerabat, musafir, orang yang meminta-minta, fakir miskin dan sebagainya. Jika hak mereka ini tidak diberikan maka harta dan wang ringgit yang kita miliki itu tidak bersih kerana bercampur dengan hak orang lain. Untuk membersihkannya hendaklah dikeluarkan zakat dan sedekah. (‘Di dalam harta mereka ada hak bagi orang yang meminta-minta dan orang miskin’ : Az-Zariat 19)
Mereka yang berniaga dan terlibat dengan timbangan dan sukatan akan menjaga integritinya dengan menyempurnakan timbangan dan sukatan dengan betul dan tepat (Al-Isra’ 35). Mereka melaksanakan tanggungjawab ini bukan disebabkan oleh pegawai penguat kuasa tetapi oleh iman dan kepercayaan bahawa ‘kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan) iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi’.(Al-Mutaffifin 1-3)
Dari segi agama, apabila kita menunaikan hak orang lain, adalah digalakkan supaya kita memberi lebih daripada yang diwajibkan. Ini berdasar kepada satu hadis daripada Jabir bin Abdullah yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam kitab Sahihnya bahawa Nabi s.a.w. membayar hutangnya kepada Jabir dengan memberi tambahan sebagai hadiah. Daripada peristiwa ini dapat difahami bahawa adalah sunnah untuk membayar hutang lebih daripada jumlah yang sepatutnya. Inilah contoh manusia yang berintegriti manakala orang yang tidak berintegriti akan mengelak daripada membayar hutang, malah menjadi musuh pula.

2.3. Integriti Hati
Integriti bukan hanya melibatkan tingkahlaku zahir sahaja malah ia lebih berfokus kepada perkara-perkara batin seperti hati, perasaan serta perkara-perkara rohani yang lain. Pergerakan anggota zahir adalah hasil daripada niat serta dorongan dari dalam. Selain daripada tindakan pantulan serta pergerakan automatik tubuh, tingkahlaku dan tindakan anggota badan adalah berdasar kepada niat dan kehendak yang telah diputuskan oleh seseorang berdasar kepada akal fikiran atau nafsu dan keinginannya. Tentang perkara-perkara batin ini Allah berfirman maksudnya ‘sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati semuanya itu akan ditanya’. (Al-Isra’ : 36). Nabi s.a.w. bersabda maksudnya bahawa ‘tidak akan berzina seorang penzina jika ketika itu ia beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika ketika itu ia beriman’.‌
Dalam keadaan waras dan sedar, manusia bertanggungjawab terhadap tingkah- laku serta tutur katanya. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 bermaksud, ‘mereka (manusia) dibalas bagi setiap kebaikan yang mereka usahakan dan begitu juga mereka dibalas bagi setiap kejahatan yang mereka usahakan’. Dalam surah Al-Fussilat ayat 46 Allah berfirman, maksudnya ‘dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, faedahnya akan kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya’.

2.4. Akibat Tidak Berintegriti
Tanpa integriti manusia akan menerima musibah sama ada di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Firman Allah dalam surah As-Syuara ayat 30 bermaksud, ‘apa jua musibah yang menimpa kamu maka ia adalah disebabkan oleh apa yang diusahakan oleh tangan kamu. (Dalam pada itupun) Allah mengampunkan banyak dosa kamu’. Dalam surah Ar-Rum ayat 41 Allah berfirman maksudnya, ‘telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian itu) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)’.
Di dunia ini baik secara langsung atau tidak langsung manusia telah menerima akibat daripada tindak-tanduk mereka yang tidak berintegriti. Mereka yang tidak berintegriti dari segi makanan mendapat penyakit yang berpunca dari makanan seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, berlebihan berat badan dan sebagainya. Manakala bagi mereka yang tidak berintegriti dari segi moral dan perkahwinan pula, bakal menerima penyakit HIV, Aids, keruntuhan moral, penagihan dadah dan sebagainya.
Kesan daripada gejala ini bukan sahaja ditanggung oleh mereka yang terlibat sahaja tetapi ia turut dideritai oleh seluruh anggota masyarakat. Contohnya, penagihan dadah berkait rapat dengan kes curi, rompak, peras ugut, copet, cabul, rogol, malah sampai ke peringkat membunuh yang melibatkan anggota masyarakat yang tidak bersalah dan tidak berdosa. Oleh itu integriti amat perlu dijaga dan disuburkan.

2.5. Balasan Di Akhirat.
Firman Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 6-8 bermaksud ‘pada hari itu manusia akan keluar (dari kuburnya) dalam keadaan yang bermacam-macam untuk melihat (balasan) amal mereka. Maka sesiapa membuat kebaikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya dan sesiapa membuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya’.‌
Allah menyediakan balasan untuk golongan yang tidak berintegriti berupa ‘rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang’ (Al-Insan, 4). Sementara ‘mereka yang baik disediakan syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin sambil menonton’ ( Al-Mutaffifin 22-23). Mereka ini dahulunya telah bersusah payah menjaga diri dan tingkah-lakunya supaya sesuai dengan kehendak agama dan akhlak. Maka benarlah firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud ‘maka sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kemudahan’.Dalam surah At-Tin ayat 6 Allah berfirman maksudnya ‘kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka balasan yang tidak putus-putus’.

2.6. Bagaimana Mencapai Integriti
Sedar bahawa kita sedang diperhatikan dan setiap tindakan kita direkod oleh para malaikat. Firman Allah dalam surah Al-Mutaffifin ayat 18-21 bermaksud ‘ingatlah sesungguhnya buku catatan amal orang yang berbakti di ‘illiyyin. Apa yang kamu tahu tentang ‘illiyyin itu? Buku catatan amal yang jelas yang disaksikan oleh para malaikat yang dekat kepada Allah’.
Sedar bahawa tidak lama lagi kita akan mati. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185 bermaksud ‘tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu’. Dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 disebut sekali lagi bahawa ‘tiap-tiap diri akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan’. Lagi sekali diperingatkan dalam surah Al-Ankabut ayat 57 bahawa ‘tiap-tiap diri akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami’. Kerana itu sedarlah bahawa sekejap lagi kita akan mati, bersedialah.
Sedar bahawa semua amalan akan ditimbang. Firman Allah dalam surah Al-Rahman ayat 7 bermaksud "dan langit dijadikan tinggi dan diadakan timbangan". Dalam surah Al-Qari`ah ayat 6-8 dijelaskan bahawa "orang yang berat timbangan amal baiknya maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang, sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya maka tempat kembalinya ialah `haawiyah. Apakah yang kamu tahu tentang hawiyah itu? Api yang panas membakar".
Sedar bahawa balasan syurga dan neraka di akhirat kelak adalah benar. Firman Allah dalam surah Al-Insan ayat 12-16 bermaksud "dan balasan kerana kesabaran mereka adalah syurga dan pakaian sutera. Mereka beteleku di atas pelamin, tiada bahang panas matahari dan tidak pula terlalu dingin. Dinaungi pokok-pokok syurga dan buahnya mudah dipetik. Diedarkan kepada mereka bekas air dari perak dan gelas kristal juga dari perak dengan sukatan yang betul."
"Mereka diberi minuman bercampur zanjabil (iaitu) mata air dalam syurga yang bernama salsabil. Dilayani pelayan-pelayan remaja yang jika dilihat disangkakan mutiara yang bertaburan, dan apabila engkau melihat di sana, engkau melihat pelbagai nikmat dan kerajaan yang besar. Pakaian mereka berwarna hijau daripada sutera halus dan tebal, bergelang tangan perak dan diberi minum oleh Tuhan mereka minuman yang suci."
‘Sesungguhnya Neraka Jahannam disediakan sebagai tempat tinggal untuk orang-orang yang melampaui batas. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman. Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir. Sebagai balasan yang sesuai kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hisab. Dan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dengan sungguh-sungguh dan setiap sesuatu daripada bawaan hidup mereka telah direkod. Kerana itu rasailah azab dan Kami tidak akan menambah melainkan dengan azab’. (An-Naba’ 21-30 ) .
Sedar akan pengakuan sumpah dan janji dalam syahadah yang diucap bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Pengakuan ini bukan hanya diucapkan di bibir sahaja akan tetapi difaham dan dihayati dengan sebenar-benarnya. Dengan pengakuan ini kita tidak lagi membesarkan yang lain melainkan Allah. Hanya Allah yang berkuasa dan makhluk tidak berkuasa. Bukan pangkat, kuasa, kedudukan, wang ringgit, harta benda dan anak-pinak yang dibesar dan diutamakan tetapi Allah.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14 maksudnya ‘dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-penak, harta benda yang banyak daripada emas dan perak , kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternak serta tanam-tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang lebih baik’.‌
Firman-Nya lagi dalam surah At-Taubah ayat 24 maksudnya ‘katakanlah (wahai Muhammad): jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan pasangan-pasangan kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai menjadi perkara-perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan rasul-Nya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Sedar bahawa kejayaan sebenar kita adalah dengan mentaati perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seluruh sunnah nabi adalah agama. Kekurangan dalam mengamalkan sunnah menandakan kekurangan dalam mengamalkan agama. Kekurangan dalam mengamalkan agama menandakan kekurangan iman.
Tunaikan solat dengan khusyuk dan khuduk. Solat adalah tiang agama, sesiapa yang tidak mengerjakan solat ia telah meruntuhkan agamanya. Tunaikan solat lima waktu berjemaah di masjid atau di tempat azan dilaungkan. Kaum wanita menunaikannya di rumah. Anak-anak lelaki dilatih berjemaah di masjid manakala anak-anak perempuan dilatih bersama-sama ibunya.
Sentiasa berusaha menambah ilmu. Di samping menambah ilmu dalam pelbagai bidang, jangan lupa ilmu dalam bidang agama yang sumbernya adalah Al-Quran dan Sunnah. Sentiasalah menambah ilmu Al-Quran dengan mempelajari tajwid dan tafsir serta ilmu hadis dengan mempelajari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 maksudnya "Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat." Dalam surah Al-Isra’ ayat 107 Allah berfirman maksudnya "sesungguhnya mereka yang diberi ilmu sebelumnya, apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera menumuskan muka melakukan sujud."
Memuliakanlah orang lain. Hadis Nabi s.a.w. bermaksud "sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan jirannya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kemudian hendaklah ia memuliakan tetamunya." Tunaikan hak tetangga, tetamu, pelanggan malah semua pihak yang berkepentingan dengan kita sepenuhnya tanpa menunggu mereka menuntutnya.
Bersihkan hati daripada sifat riak dan menunjuk-nunjuk sebaliknya buatlah kerja ikhlas kerana Allah. Sesuatu yang dibuat secara tidak ikhlas tidak ada harga di sisi Allah manakala sesuatu amal yang ikhlas, walau sekecil mana sekalipun, tetapi mempunyai nilai yang tinggi.
Sebagai penutup marilah kita ikuti saranan Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi dalam bukunya


Islamic Solution to The World`s Problems (2005):
make yourself good,
help others become good
and make the physical world good.