Tuesday, June 22, 2010

Program Dr Zulkifli Bin Muhamad al-Bakri


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Jun 2010 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
Penceramah : Dr Zulkifli bin Muhamad al-Bakri


SEMINAR HALAQAH ILMU
Tarikh : 24 Jun 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 am-12.00pm
Tempat : Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
Pembentang : Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri
(Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)
-Perbincangan : Syarah Kitab Hikam
-Syarah Fiqh al-Manhaji
-Soal Jawab.

Monday, June 21, 2010

Makan di Masjid

Sarapan pagi di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.



Jamuan makan merupakan agenda yang sangat diminati. Tidak kira orang kampung, orang bandar, orang biasa, orang elit, tua, muda, kanak-kanak, laki-laki dan perempuan semuanya sangat menyukai agenda ini.
Kita fokuskan di masjid. Agenda makan-makan ini juga merupakan agenda yang sangat penting di kalangan jemaah. Terdapat masjid-masjid kampung tradisional yang jarang beroperasi, ada yang operasinya hanya untuk solat jumaat sahaja. Hari yang lain masjid tutup, memang pemahaman orang kampungnya sudah begitu, pergi masjid untuk solat jumaat sahaja. Imam, bilal dan siak lantikan Majlis Ugama pun hanya bertugas pada hari jumaat, hari lain makan gaji buta?..
Masjid yang kategori operasinya seminggu sekali ini, hari operasinya yang lain ialah hari raya aidil fitri & aidil adha. Waktu lain lagi, dan yang ini paling meriah ialah pada hari-hari kebesaran Islam seperti malam nisfu syaaban. Program biasanya bermula selepas solat maghrib dengan bacaan tahlil. Tetapi agenda yang terlebih utama dibincangkan ialah jamuan makan malam. Pada hari tersebut, terutama kaum ibu awal-awal lagi berkumpul di masjid bergotong royong memasak, sangat meriah apatah lagi jumpa di masjid beberapa kali sahaja dalam seumur hidup.
Lebih takjub, bila tiba waktu solat, seperti solat asar..tak pula mereka menunaikan solat jemaah. Sebabnya mind set mereka datang ke masjid hanya untuk memasak. Mereka akan solat di masjid malam nanti, maghrib dan isya'.
Malamnya selepas solat isya', mereka pun bersama-sama menikmati jamuan makan, selepas makan biasanya mereka tidak bersegera balik ke rumah, lebih syok berborak kosong dahulu sambil-sambil menghisap rokok, rokok daun ada, rokok yang gambar pada kotaknya menggerikan pun ada..macam-macam ada. Senang hati mereka dapat makan bersama di masjid. Tapi yang sedihnya esoknya masjid akan kembali sepi.
Bagi Masjid yang operasinya hari-hari terutamanya di bandar-bandar dan taman perumahan. Agenda makan juga tidak dilupakan. Contohnya Masjid di tempat saya, Kuala Lipis Pahang, beberapa orang ahli jemaah pakat-pakat kumpul duit untuk mengadakan jamuan makan pada malam jumaat, lepas tahlil ada jamuan makan.
Ada masjid yang pengumuman untuk majlis-majlis ceramah, tazkirah dan tahlil di masjid didahulukan dengan pengumuman jamuan makan dan penajanya, barulah disebut maklumat yang lain.
Jika dahulu-dahulu di Masjid Daerah Lipis & Raub, setiap kali program ceramah mesti ada makan. Tetapi sekarang tidak lagi. Tidak semua program ceramah yang ada jamuan selepasnya. Kadang-kadang sahaja. Walaupun ada juga suara-suara tidak puas hati, 'tak de makan?' kata mereka. Hal ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah, dahulu-dahulu program ceramah tidaklah kerap sangat. Dalam setahun hanya beberapa kali sahaja jika dibandingkan dengan sekarang. Sebulan kadang-kadang sampai 2-3 program ceramah. Jadi sudah pasti angka kewangan untuk program ceramah pun semakin meningkat. Audien pun semakin bertambah menyebabkan kos untuk penyediaan makanan juga meningkat. Sedangkan jumlah kewangan masjid tidak meningkat naik, statik seperti dahulu..menyebabkan kalau selalu sangat masjid mengadakan jamuan makan, kewangan masjid akan sedikit goyah.
Beberapa alternatif telah pun difikirkan. Antaranya Masjid tidak mengambil catering untuk memasak, hanya memasak secara gotong royong. Menubuhkan Koperasi Masjid untuk mengukuhkan dana kewangan dan mewujudkan skuad sukarelawan masjid.
Apapun, Ada makan atau tidak.. tak lah penting..yang penting kita menjadi manusia yang mengikhlaskan diri..sentiasa hadir ke masjid dengan ikhlas..insyaAllah akan datangnya suatu kemanisan yang jauh lebih enak berbanding dapat makan di masjid.
Waallahua'lam...

Monday, May 31, 2010

KOPERASI MASJID SULTAN MAHMUD MULA BEROPERASI

Alhamdulillah akhirnya pada 28.5.2010. Projek perniagaan Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad dapat dijalankan. Projek perniagaan ini insyaAllah bermula sedikit demi sedikit. Kata orang bermula dari tahap 'zero', tanpa sebarang pengalaman cuma mempunyai kehendak yang tinggi sahaja. Di peringkat permulaan ini, perniagaan Koperasi hanya pada hari jumaat sahaja. Perniagaan yang dijalankan pun hanya tertumpu kepada jualan makanan. Jika pada 28hb baru ini, Koperasi menyediakan menu nasi minyak, insyaAllah selepas dari ini menu yang lain pula iaitu Nasi Kebuli. Jika ingin tahu apa dia nasi Kebuli jemputlah singgah ke gerai koperasi Masjid nanti.

InsyaAllah doakan di masa-masa akan datang koperasi ini akan meningkat naik dengan projek-projeknya yang semakin bertambah. Sesuai dengan hasratnya untuk memanusiakan manusia dengan menjadikan umat Islam terlibat dalam membangunkan ekonomi umat Islam sendiri.

Ketika kami memulakan hasrat menubuhkan koperasi ini, dan selepas mesyuarat agong permulaannya bermacam-macam suara diutarakan kepada kami. Antaranya ada yang berkata : "koperasi ini tak payah jual barangan runcit, rumit dan leceh, untung pun tidak besar".

"Koperasi Masjid ini jual barangan 'ibadah' sahaja seperti kopiah, jubah, kain pelikat, minyak atar, jangan jual yang lain sebab koperasi kita ini koperasi masjid, jadi biarlah ada kaitan dengan masjid dan agama"

"ahli yang jadi agen travel: nanti koperasi buat ziarah ke indonesia, umrah.. keuntungan masuk ke koperasi"

"koperasi jangan ambil orang yang nak letak barang, kita terima komisyen sahaja, sikit sangat untungnya"

......dan bermacam-macam lagi orang yang berkata....memang nak berkata cukup senang...
apa yang koperasi mahukan ialah bukan hanya kata-kata tetapi tenaga yang berkerja membangunkan koperasi.

Saya berpendapat : Koperasi masjid akan masuk ke segenap ruang dan peluang yang ada. Islam itu bukan hanya terletak di masjid, bukan pada ibadah, bukan pada upacara agama, bukan pada perlancongan, bukan pada keperluan harian...tetapi Islam itu kesemuanya..kesemua hidup kita adalah Islam...Islam yang syumul, yang menyeluruh, meliputi semua kehidupan manusia..InsyaAllah










Saturday, May 29, 2010

Bersama Dato' Faizol al-Hafiz

22.5.2010 (Sabtu).
Masjid Sultan Mahmud telah menganjurkan program aqiqah perdana dan ceramah bulanan. Program Aqiqah bermula pada pukul 7.00 pagi dengan bertolak ke ladang kurnia setia di kampung Kuala Lanar untuk menyembelih lembu di sana. Pukul 10.00 proses melapah bermula di masjid dan seterusnya penyediaan untuk jamuan makan malam. Selepas solat maghrib, ahli jemaah berpeluang bersama dengan YH Dato' Hj Ahmad Faizol bin Ghazali al-Hafiz, johan Qari tilawah peringkat antarabangsa tahun 2003.
YH Dato' memulakan sesi tazkirahnya dengan memperdengarkan alunan bacaan ayat suci al-quran, seterusnya memberi peringatan kepada sidang jemaah berkaitan peri pentingnya hidup berdampingan dengan al Quran dan majlis ditutup dengan sekali lagi YH Dato' memperdengarkan alunan bacaan al-Quran. selepas solat Isya' sidang jemaah dijamu dengan jamuan makan malam.
YH Dato' Hj Ahmad Faizol bin ghazali al-Hafiz, Johan Qari tilawah peringkat antarabangsa tahun 2003
penglibatan kaum muslimat dalam penyediaan jamuan

proses melapah daging aqiqah






lembu aqiqah, di ladang




kenderaan pacuan 4 roda, untuk sampai ke tempat ternakan lembu di ladang kurnia setia.


Thursday, May 27, 2010

PERSATUAN ALUMNI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM PAHANG

Alhamdulillah, tangggal 15 Mei 2010 yang lalu, Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang telah sah didaftarkan di ROS. Saya beserta beberapa orang rakan juga telah berkesempatan mengikuti kursus pengurusan pertubuhan dan seterusnya diikuti dengan majlis penyerahan sijil pendaftaran persatuan. Mudahan dengan tertubuhnya NGO ini akan dapat menyemarakkan lagi perkembangan syiar Islamiah khususnya di negeri Pahang yang tercinta.






Wednesday, April 28, 2010

Azraie itu & Azraie ini

Azraie itu ialah Ahmad bin Hamdan bin Abdul Wahid bin Abdul Ghani Al-Azraie. Seorang faqih yang beraliran mazhab al-Syafie dan merupakan salah seorang murid kepada Imam al-Zahabi. Lahir di perkampungan al-Azriyat di Syam pada 708H dan pernah menjawat jawatan Qadhi di Halab. Pernah mengutus surat kepada Imam al-Subki al-Kabir berkenaan masalah-masalah al-Halabiyyat dan ia merupakan kitab yang masyhur. Antara karyanya ialah al-Tawassut Wa al-Fathu Baina al-Raudah Wa al-Syarah yang terdiri daripada 20 jilid, Ghaniyyah al-Muhtaj Fi Syarah al-Minhaj, Qut al-Muhtaj dan lain-lain lagi. Meninggal dunia pada 783H...
Mudahan Azraie ini dapat menjadi seperti Azraie itu..

Ziarah ke Masjid Jame' Bandar Baru Uda, Johor

Ziarah kami diteruskan lagi ke Masjid Jame' bandar baru Uda Johor.
Beberapa perkara menarik mengenai masjid ini :
-Merupakan Masjid Qaryah yang ditadbir sepenuhnya oleh ahli Qaryah.
-Menggaji 25 orang kakitangan tetap masjid
-mempunyai lebih 100 orang tenaga sukarelawan masjid
-mewujudkan kelab sukarelawan masjid
-PBSM Masjid
-kelab warga emas masjid
-mempunyai pusat hemodilisis masjid
-kemudahan mesin ATM Bank Islam
-Kiosk Masjid
-boleh memuatkan 5400 jemaah dalam satu-satu masa
-ruang solat yang berhawa dingin
-mempunyai dewan serbaguna yang luas dan lengkap
-apartmen yang disewakan sebagai aset.
Solat subuh di Masjid Jame', lebih kurang 200-300 jemaah yang hadir untuk solat subuh.
melihat tayangan koprat masjid

Pengerusi (kanan), Setiausaha (tengah), tim Pengerusi (kiri)


Barisan AJK Masjid




Jamuan makan tengahari


Suasana dalam kiosk masjid, kelolaan koperasi masjid




Bergambar kenangan bersama AJK masjid jame' Bandar Baru Uda

Monday, April 26, 2010

Ziarah ke Masjid UPM Serdang

Program ziarah kami diteruskan ke Pusat Islam Universiti Putra Malaysia.
Beberapa perkara menarik yang boleh dikongsi bersama :
Pusat Islam telah memperolehi ISO, ISO ini meliputi pengurusan Masjid UPM. di antara item yang terbabit dalam ISO ialah pengurusan solat, pengurusan azan & Iqamat, Pengurusan Solat jumaat dll.
Mempunyai 4 orang imam dan 4 orang bilal.
Masjid UPM mempunyai hubungan yang erat dengan ahli Qaryah.
Ketibaan kami disambut dengan mesra. Kelihatan Timbalan Pendaftar & Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM menyambut rombongan kami.
Pengarah Pusat Islam, Tuan Hj Ghazali sedang menyampaikan taklimat.

Kakitangan Pusat Islam UPM.


Setiausaha Kehormat Badan Khairat Kematian (ahli qaryah) sedang memberi penerangan




Bergambar kenangan bersama Pengarah Pusat Islam UPM.

p/s : tak dapat hendak tangkap gambar dengan banyak kerana kamera kami kehabisan bateri.



Saturday, April 24, 2010

Ziarah ke Masjid al-Ghufran, Bandar TDI, Damansara

Baru-baru ini saya telah berziarah ke Masjid al-Ghufran, di pinggir bandar TDI di Damansara.
Sedikit catatan menarik berkaitan masjid ini ialah :
-Mempunyai 6 tingkat.
-Mempunyai bilik hotel yang disewakan kepada musafir.(tingkat atas)
-Rumah pegawai-pegawai masjid di dalam masjid (tingkat atas)
-Ruang solat yang berhawa dingin.
-Mempunyai Cafe al-Ghufran.
-Mempunyai kelas KAFA yang selesa (aircond)

Sesi Taklimat oleh pengerusi Masjid, Dato' Hasanuddin, turut hadir AJK Masjid

ahli rombongan mendengar penerangan


Penyampaian cenderamata oleh pengerusi Masjid, Dato' Hasanuddin

Kelas KAFA Masjid

Bilik Guru kelas KAFA


Bilik Guru Besar Kelas KAFA. Bilik Imam Besar Masjid Daerah ??

Perkhidmatan yang disediakan.


Ruang solat Masjid, lengkap berhawa dingin

tempat mengambil wudhu'

Kafe Ghufran di masjid



ahli rombongan bergambar kenangan dengan AJK Masjid & Imam masjid


Friday, April 16, 2010

Bersama Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri

Betapa indahnya hidup bersama dengan ilmu pengetahuan. Orang yang berilmu diangkat darjatnya di dunia lagi dan di akhirat. Atas dasar ingin mewujudkan masyarakat dan suasana ilmu pengetahuan maka Masjid Sultan Mahmud menganjurkan program ceramah perdana dan seminar halaqah ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu) Program ini juga merupakan program penutup bulan sunnah yang diadakan di Masjid Sultan Mahmud. Pada sesi ceramah perdana yang diadakan pada sebelah malam al-Fadhil Dr. membincangkan bagaimana ingin menjadi muslim sejati yang cemerlang. Keesokannya pula dalam seminar halaqah ilmu, al-Fadhil Dr. mensyarahkan kitab Syarah Hikam, Fiqh Manhaji dan sesi soal jawab.

Chef tengah memasak

Ahli 'Sahabat Masjid' membantu menyediakan makanan.






Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri

Khazanah ilmu karya Dr. Zulkifli

Mereka yang dahagakan ilmu


hadirin menjamu selera

hadirat..

alhamdulillah..

Dr.Zul, Kak Salmah, Imam Besar Daerah Raub & Saya.