Monday, January 31, 2011

Berita Mesir !!!

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Seramai 11,319 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir mahu kerajaan segera membawa mereka keluar dari negara itu ekoran suasana tidak selamat akibat demonstrasi besar-besaran sejak Selasa lepas.
Difahamkan, keadaan huru-hara hampir semua tempat berlaku ekoran rusuhan melibatkan pertempuran rakyat negara itu dengan pihak polis dan tentera.
Lebih menyulitkan keadaan, apabila semua jaringan komunikasi diputuskan termasuk internet dan menyebabkan rakyat negara itu terputus hubungan bukan sahaja di kalangan mereka malah dengan negara luar.
Keadaan itu juga mengakibatkan status pelajar Malaysia di negara itu sukar dipastikan biarpun kerajaan Malaysia mendakwa kesemua mereka kini selamat.
Kebimbangan tersebut juga turut dirasai ibu bapa dan ahli keluarga yang sedang menanti khabar dari negara yang sedang bergolak itu.
Lebih membimbangkan mereka, ekoran terdapat dakwaan seorang pelajar Malaysia di Iskandariah menjadi mangsa rogol selepas tempat tinggal mereka dipecah masuk perompak.
Namun sehingga kini belum ada pihak yang boleh membuat pengesahan tepat berhubung dakwaan tersebut.
Bagi sekumpulan pelajar yang masih boleh menembusi Internet khususnya mereka yang telah berada di Lapangan Terbang Kaherah setakat ini, beberapa perkembangan terbaru turut dimaklumkan.
Perkembangan semasa keadaan mereka di Mesir boleh diikuti melalui laman blog
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com dan laman Facebook Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
Mereka memaklumkan berada dalam keadaan ketakutan lebih-lebih lagi 6 ribu banduan dilaporkan telah terlepas dari penjara.
Selain rusuhan, jenayah rompakan turut berlaku ekoran hampir keseluruhan kemudahan negara itu kini lumpuh dan mengakibatkan krisis tempat tinggal dan makanan.
Di Mansurah, mereka mendakwa akan berlaku rusuhan besar jam 11 pagi Mesir iaitu jam 5 petang di Malaysia dan kawasan itu kini telah diisytihar 'kod oren'.
Balai polis di sana pula difahamkan telah dikuasai orang jahat yang telah merampas dan senjata dan pakaian polis dan sekarang menyamar sebagai anggota polis.
Namun mengikut maklumat mereka, tiada sebarang insiden membabitkan pelajar Malaysia di Mansurah, namun seorang pelajar Indonesia didakwa telah ditembak.
Di Tanta pula, penduduk dikenakan catuan bekalan air dan elektrik.
Turut difahamkan, seorang pelajar Malaysia terkena tembakan di kaki akibat peluru sesat, namun tiada sebarang pengesahan dari pihak berkuasa Malaysia setakat ini.
Berbeza di Kaherah, suasana kini dilaporkan semakin pulih selepas pihak tentera mengambil alih.
Lapangan terbang juga kini dilaporkan mula dibuka selepas dikatakan ditutup semalam namun berdepan beberapa masalah lain.
Suasana sama turut berlaku di Alexandria di mana keadaan semakin dan bertambah baik untuk pelajar Malaysia.
Namun mereka kini berdepan kenaikan harga barang, ekoran banyak kedai ditutup.
Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Masyarakat Arab hari ini trut memberi amaran sekiranya Husni Mubarak tidak meletak jawatan dalam tempoh empat hari dari hari ini, mereka akan melancarakan peperangan (civil war).
Sehubungan itu, mereka menasihatkan agar rakyat asing termasuk pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh tersebut.
Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 orang sedang mengikuti pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.
Menangani krisis ini, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Mesir bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan.
JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.
Berikut antara laporan dari kedua-dua sumber tersebut:
1- "Assalaamu'alaikum..azizi, tadi baru dpt call seorang kakak thn 4, dia kata skg mmg 24 hrs xblh keluar rumah. Kalau nk beli brg2 or mknn kene mintak tlg ikhwah/mushrif yg telah ditetapkan utk setiap rumah belikan and mana2 akhawat yg duk sorg2 kene pegi duk rumah org lain. And pasal banduan and rompakan tu, polis pesan kat diorg supaya xbnyk guna lighting sgt.supaya nmpk mcm rumah tu xde org.sbb polis suspek perompak akan target rumah student malaysia."
Reported by: Teem Fauzi, Semester 6 MMPME Mansoura University..
2- Berita terbaru..
"Ada beberapa org pelajar perubatan dari Iskandariah berjaya sampai dengan selamat ke airport Cairo (kaherah).. Keadaan kat airport Cairo terlalu sibuk, penuh dengan penumpang yang ingin meninggalkan mesir dengan segera..
"Pelajar melaporkan bahawa untuk sampai ke Airport Cairo dengan selamat, jangan gunakan jalan utama, gunakan jalan alternatif, jalan dalam (pada hemat dan pengalaman saya, mungkin jalan dari highway suez, jalan tu mmg sunyi dan tak ramai org kita tahu jalan tu boleh hubungkan ke Airport Cairo dari pintu belakang (terminal 3)..
Sumber: Yaacob Hassan Ghani melalui adik beliau mahasiswi perubatan Iskandariah, Akmal Aziz (Mansurah)
3- Maaf kerana lambat update, ada masalah sedikit..
Dapat update dari kawan2 kat airport, mereka semua terkandas, semua airlines delayed and refuse utk terbang buat masa ini. Difahamkan juga bahawa saya adalah trip terakhir pelajar malaysia yang berjaya klua dari mesir, ketika keadaan masih aman.. sama2 kita mendoakan agar airport kembali pulih dan berfungsi, agar semua rakyat kita dapat pulang ke tanah air
Sumber: Tengku Afiq Silahudeen (MMPME sem6, terkandas di airport), dilaporkan oleh Azizi Al Fahri
4- Laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:
Semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan, semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan, harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda, huru hara kat airport, dibanjiri manusia, dalam masa 24 jam, sekiranya tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..
sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri

Berita Mesir !!

1. Beribu-ribu tahanan rakyat gaza di penjara cairo mesir terlepas dan sudah kembali ke tanah air gaza... lebih 150 orang terbunuh dalam rusuhan anti kerajaan di Egypt...Elberadei menyatakn era baru di mesir akan kembali...pihak kehakiman turut sama menyertai rusuhan bersama rakyat.. martial law imposed in Alexandria..Egyptians protesters call for indefinite general strike...
2. PERHATIAN kepada sahabat-sahabat yang mmpunyai saudara mara atau sahabat di mesir mereka akan dipindahkan ke Jordan atau Libya. Khas untuk anak Perlis yang berada di mesir...tolong maklumkan kepada ibubapa atau saudara terdekat mereka yang ingin menghubungi anak-anak mereka bolehlah mendail no. ini 0222602801(pejabat rumah perlis), No kedutaan malaysia di mesir, dan boleh juga menghubungi no. tel. anak masing-masing,tetapi tak semua yang dapat.
3.Terbaru : Kerajaan Malaysia akan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia menggunakan jalan darat berikutan harga tiket kapal terbang yang meningkat 7x ganda. Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah menggesa semua pelajar Malaysia berkumpul di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) dgn kadar segera.
4. Paling terkini : Seramai 8000 org pelajar Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Kompleks Tabung Haji di Arab Saudi dan 3000 org lagi akan dipindahkan ke Jordan. Makluman terbaru dari Jabatan Penuntut Malaysia Jordan...
Sumber dari : aljengkawi_86

Sunday, January 30, 2011

Halaqah Ilmu & Ceramah Perdana

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 1.2.2011 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : SMA Al-Maidah Padang Tengku, Kuala Lipis
Penceramah : Al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)
HALAQAH ILMU
Tarikh : 2.2.2011 (Rabu)
Masa : 8.00 am-12.00pm
Tempat : Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
Penceramah : al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)
-Diskusi : -Kitab Syarah Hikam
-Kitab Fiqh Manhaji
- Sesi soal jawab

Kuliah Tafsir Bulanan

Bermula 27.1.2011 (Khamis) Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis telah memulakan sesi Kuliah bulanan pengajian Tafsir yang dipimpin oleh Ustaz Abd Karim bin Mohd Nor. Al-Fadhil ustaz merupakan GPK SMA Al-Maidah Padang Tengku, Lipis.
Kuliah akan berlangsung setiap bulan minggu ke-4 pada hari khamis malam jumaat. Pengajian dimulakan dengan surah Yaasin. Sebagaimana yang biasa di tempat kita, masyarakat biasanya akan membaca surah Yasin pada hari khamis malam jumaat. Tetapi berapa ramai yang memahami surah Yasin yang mereka baca. Jadi dengan sesi kuliah ini harapannya dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam dan dapat mentadabbur al-Quran bukan hanya membaca semata-mata.

Saturday, January 22, 2011

Ceramah :Prof Madya Dr. Arip bin Kasmo









Antara perkara yang disentuh oleh Prof Madya Dr. Arip bin Kasmo dalam ceramahnya :
1.Manusia hendak melihat kepada bukti dan hujah. dengan adanya hujah dan bukti dapat memperkukuhkan akidah manusia. Namun ada perkara sam'iat, iaitu pengkhabaran yang tidak boleh dibuktikan dengan bukti akal contohnya alam barzah, padang masyhar. Hanya boleh dibuktikan dengan al-Quran dan hadis/
2.Bukannya mudah hendak memberitahu manusia perkara-perkara sam'iat, Kerana memang tabiat manusia susah hendak percaya kepada sesuatu sebelum dapat dibuktikan.
Rujuk surah al-A'raf ayat 143 :
"dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang telah kami tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku, perlihatlah kepadaku ZatMu supaya aku dapat melihatmu. Allah berfirman : Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhan menzahirkan kebesaranNya kepada gunung itu, maka gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia : Maha Suci Engkau, Wahai Tuhanku, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal beriman pada zamanku"
3. Perkataan hari dalam al-Quran ada 365, sama dengan jumlah 1 tahun ada 365 hari.
4.Kalimah As-Shahru (bulan) dalam al-Quran disebut sebanyak 12 kali, sama dengan jumlah 12 bulan dalam kiraan 1 tahun.
5. Kalimah Dunia disebut 115 kali, manakala akhirat juga 115 kali.
6.Kalimah Adil 15 kali, manakala kalimah zalim juga 15 kali.
7. Tempat permukaan bumi paling rendah di dunia, disebut dalam surah Ar Rum ayat 2-3



Kafa MSM Guna Teknik Al-Bagdadi

Pelajar bersama 'alat ketuk' yang digunakan dalam teknik al-Bagdadi












Kelas KAFA Masjid Sultan Mahmud telah memulakan sesi pengajiannya untuk sesi 2011 ini. Bagi sesi ini, pihak pengurusan KAFA Masjid telah membuat pembaharuan dengan memperkenalkan pelajar dengan kaedah teknik al-Bagdadi yang dipopularkan oleh Syihab Resourses. Setakat ini, Kelas KAFA Masjid Sultan Mahmud merupakan satu-satunya Kelas KAFA di daerah Lipis yang menggunakan kaedah ini. Harapannya dengan teknik ini dapat membantu para pelajar memajukan diri dan menguasai ilmu pembacaan al-Quran.



Slot : Dari Masjid Ke Masjid dalam Radio PahangFM

InsyaAllah, jam 5.30pm (22.1.2011) radio Pahang.FM akan membuat liputan program Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis dalam slot Dari Masjid ke Masjid.

Monday, January 17, 2011

Ceramah : Sains & al-Quran

Ceramah bersama Prof Madya Dr. Mohd Arip bin Kasmo
Pensyarah UKM
Pada : 17.1.2011 (Isnin)
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis, Pahang.

Tuesday, January 11, 2011

Thursday, January 06, 2011

Kehilangan Yang Aneh

Sahabat saya, Imam Faizal baru siang tadi mengambil Hand Phone baru di Bentong. Beliau sempat menunjuknya kepada saya sebelum solat Isya'. Sebelum menunaikan solat Isya' beliau meletakkan HP nya di dalam bilik Bilal yang berhadapan dengan mihrab sebelum keluar mengimamkan solat Isyak. Setelah selesai solat dan bersalaman dengan para jemaah, HPnya telah tiada di dalam bilik tersebut. Bila dibuat panggilan ke HP nya, tak dapat dihubungi kerana telah ditutup.
Beberapa Fakta yang berkaitan :
-Beliau merupakan orang yang terakhir keluar dari bilik tersebut dan merupakan orang yang terawal masuk semula ke bilik itu.
-Tingkap menghala keluar di dalam bilik bilal tersebut terlalu tinggi, tiada kesan dari luar yang menunjukkan ada orang yang cuba memanjat tingkap tersebut.
-Jika ada orang yang masuk ke dalam bilik bilal tersebut terpaksa melalui depan jemaah yang sedang solat. Mustahil seorang pun ahli jemaah tak perasan.
-Semasa ahli jemaah bersalaman, seorang bilal separuh sahaja bersalam telah mula menghampar sejadah di hadapan mihrab untuk persiapan solat jumaat.
-HP tersebut sebelumnya On telah di OFF.
Persoalannya :
Siapa yang ambil HP tersebut?
Orang @ bukan Orang?
Waktu mana ambil HP tersebut?
Kita doakan mudahan kita semua selamat dari segala bencana... Jauh dari segala gangguan...
آعوذ بكلمات الله التامات من شرما خلق
(Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan)
بسم الله يا هادي الضلال، ويا راد الضال، اردد اليه ضالته فانها من عطاءك واحسانك، يا ارحم الراحمين
(Dengan nama Allah yang memberi petunjuk kepada kesesatan dan yang mengembalikan yang hilang kepada tuannya. Kembalikanlah kepadanya yang dia hilang kerana ia adalah anugerah pemberianMu kepada hambaMu. Ya Allah wahai yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani)

Tuesday, December 07, 2010

Salam Tahun Baru 1432H

Masa berlalu begitu pantas sekali. Semalam tahun 1431H meninggalkan kita disambut pula tahun baru 1432H. Bukan masa sahaja yang berlalu pantas bahkan dunia juga semakin maju dan laju. Perkembangan dunia semakin hari semakin sangat cepat. Berbagai perkara boleh berlaku sehingga kadangkala kita tidak sempat berikir panjang, tidak sempat membuat kajian datang pula perkara baru dan esok lusa mungkin akan ada lagi perkara-perkara baru yang lain.
Sudah tentu kita selaku umat Islam juga perlu bergerak laju supaya dapat lebih menyaingi arus perdana tersebut.
Bermaklumat

Antara perkara penting yang perlu kita ambil perhatian ialah berkaitan maklumat/ iklan/ informasi. Maklumat cukup penting. Tanpa maklumat kita akan ketinggalan, tanpa maklumat manusia akan jahil, tanpa maklumat orang jadi tidak berilmu, tanpa maklumat kita jadi tak tahu.Terlambat mendapat maklumat juga adalah suatu masalah. Antara punca umat Islam menjadi lemah ialah mereka tidak mendapat maklumat yang betul atau terlambat memperolehi maklumat.
Ilmu Pengetahuan

Antara maklumat yang dimaksudkan di sini ialah ilmu pengetahuan. Ilmu sangatlah penting. Antara syarat pemimpin ialah mestilah berilmu, tidak boleh kita memilih pemimpin yang jahil. Menjadi trend sekarang aspek ilmu kadang-kadang tidak diambil kira. Biasanya dalam politik orang yang pandai berkata-kata akan diangkat menjadi pemimpin.

Ilmu itu sangatlah luas. Kita mesti melengkapkan diri kita supaya Islam yang syumul ini tidak ternoda disebabkan kelemahan kita yang berpunca dari kejahilan kita. Memang manusia tidak perfect, tetapi kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita. Masalah yang kita lihat, ramai manusia yang tidak gemar untuk menuntut ilmu. Perkara ini juga terjadi di kalangan ahli pertubuhan, NGO dan persatuan Islam bahkan yang lebih malang dari kalangan pemimpinnya.

Sumber Maklumat

Sebenarnya kebanyakan Maklumat-maklumat tersimpan, terkandung dalam buku-buku, majalah, jurnal, akhbar, risalah, - pendek kata tersimpan dalam bahan bacaan. Maka tindakan yang perlu kita ambil ialah kita perlu banyak membaca. Budaya membaca nampaknya tidak subur dalam negara kita. Bagi negara-negara lain memang membaca merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka. Tetapi kita? Pernah dibuat Kajian oleh ahli akademik beberapa tahun yang lalu, jumlah seluruh penduduk Malaysia jika dikira dari segi puratanya hanya membaca buku 2-3 muka surat sahaja dalam setahun.

Maka kita perlu membiasakan diri kita dengan bahan-bahan bacaan. InsyaAllah jika kita melazimi budaya membaca ini sebagai amalan rutin kita, tiada ruginya bahkan kita akan menjadi semakin bijak dan berilmu. Kita perlu membuat sasaran sendiri, mungkin kita tetapkan dalam setahun berapa buah buku yang perlu kita baca, dan buku apa yang mesti diutamakan. Boleh juga Kita tetapkan dalam setahun/sebulan berapa buah buku yang mesti kita beli dan baca.

Antara Mereka Yang Membaca

Sedutan tulisan blog Ustaz Nik Abduh mengenai perwatakan ayahandanya TG. Dato' Nik Abdul Aziz : Pun begitu, ayahanda kekal sebagai ulat buku. Saya tidak tahu jika ada sehebat ayahanda yang telah mencecah umur 80an yang begitu ketagih membaca. Mungkin ada, tapi saya tidak tahu. Hari ini, jika saya khatam satu buku, mungkin ayahanda telah habiskan 5 buah buku. Sungguh menakjubkan.
tengok :
http://nikabduh.wordpress.com/2010/09/17/tafsir-al-hujuraat-kata-pengantar-tuan-guru/

Imam al-Muzani (murid Imam al-Syafie) berkata : aku membaca kitab ar-Risalah (Karya Imam al-Syafie) sebanyak 500 kali. Setiap kali aku membacanya aku dapati hukum-hukum yang baru. Katanya lagi : Aku membaca kitab Ar-Risalah sejak lima puluh tahun dahulu dan setiap kali aku membacanya aku mendapat satu perkara yang baru.

Dr. Wahbah al-Zuhaili : ketika di Kuliah Syariah, Damsyiq, beliau akan mencari waktu dan peluang dalam bilik yang khusus dan menetap di situ dalam masa yang panjang bersama dengan buku-bukunya. Begitu juga ketika beliau ke Jami’ Umawi akan memilih satu penjuru atau sudut yang terasing daripada orang ramai untuk membaca. Rakan-rakannya menceritakan bahawa mereka pernah melihat Dr. Wahbah di waktu malam yang panjang berada di kaki lima Kuliah Syariah sedang membaca di bawah lampu-lampu jalan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi : ketika mudanya minat dengan kitab Ihya’ Ulumuddin (Karya Imam al-Ghazali) sehinggakan telah beberapa kali khatam membacanya.

Bacaan Yang Utama

Di samping itu jangan kita terlupa pada bacaan yang terutama. Bacaan utama yang terpenting ialah al-Quran. Wahyu pertama juga اقرا, saranan untuk kita membaca.
Al-Quran perlu dibaca setiap hari. Dalam senarai check list kewajipan al-akh muslim disertakan ‘mesti membaca al-Quran setiap hari’. Masalah sekarang terlalu ramai umat manusia yang jahil membaca al-Quran, bagi masyarakat kita antara puncanya ialah sistem pendidikan yang diacuankan oleh orientalis, munafik-munafik, penghapusan tulisan jawi sebagai mata pelajaran di sekolah, tidak mewajibkan pelajaran agama sebagai pelajaran yang wajib ‘kredit’ bagi melayakkan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sempena tahun baru 1432H ini, Mudahan kita semua berazam supaya sentiasa bersemangat dalam menekuni ilmu supaya kita menjadi manusia yang bermaklumat dan dapat diserap kepada masyarakat keseluruhannya dan jadikan budaya iqra’ sebagai budaya harian umat Islam.

كل عام وانتم بخير





Monday, December 06, 2010

KRIP'10


Kuantan - 5 Disember,- Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang atau yang sangat di kenali dengan singkatannya PERMAi mengorak langkah maju ke hadapan sekali lagi apabila berjaya menganjurkan satu program bagi mengisi masa cuti sekolah ini iaitu Kem Remaja Islam Pahang (KRIP '10) pada 3-5 Disember 2010 bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, Kuantan.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah di sertai oleh 62 orang peserta yang hadir dari seluruh daerah negeri Pahang yang sedang bercuti. Mereka telah dipilih oleh Jawtankuasa PERMAi berdasarkan prestasi serta komitmen mereka di dalam program-program yang pernah mereka sertai di bawah anjuran PERMAI.


Kem Remaja Islam Pahang pada kali ini merupakan program indoor yang memuatkan beberapa pengisian serta modul bagi melatih sifat kepimpinan, berdikari, bermotivasi, berakhlak serta tidak juga ketinggalan beberapa modul yang diadakan bagi mengasah minda setiap peserta.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan KRIP pada kali ini. Tidak lupa buat semua peserta kerana berkorban untuk hadir walaupun dari daerah yang jauh. Semoga semua usaha kita ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal jariah sebagai bekal akhirat. Amin.



Friday, December 03, 2010

Mengejar Maghrib

Selesai sahaja sesi temuduga Pegawai masjid Qaryah Lipis, saya bergegas keluar. Ingin mengambil kereta yang ditahan wad selama 4 hari.
Setelah mengambil kereta di Temerloh, sesegera yang mungkin saya kembali semula untuk solat maghrib di Masjid Sultan Mahmud. Al-maklumlah malam jumaat, ada baca Yasin & Tahlil. Masyarakat kita, biar Kuliah maghrib takde, tak ape..jangan tahlil tak ade.
Rakan imam saya, juga tengah berfutsal di Kg. Limau Purut, manakala Bilal Kanan juga di situ, akan menjadi pengerusi Forum malamnya nanti.
Pertengahan jalan, ada kemalangan di Desa Murni, dan tak lama selepas itu, hujan lebat dari Jerantut sampailah ke Kuala Lipis.
Teringat sejarah silam, bekas imam Masjid daerah Triang, yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Temerloh ke Masjid Triang untuk bertugas pada waktu solat jumaat.





kemalangan di desa murni


Thursday, December 02, 2010

Program Saudara Baru

kali ke 5, program menghimpunkan saudara baru muslim tidak termasuk orang Asal.
Penceramah dari kaum china & india warga Lipis

Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis memberikan ucapan aluan


En. Fauzi Fong Pengerusi untuk Kelab Saudara Baru Muslim




Dewan utama, Pusat Dakwah Sungai Kerpan, Asalnya kuarters kerajaan yang ditinggalkan orang



Hadirin & hadirat

Jamuan makan

Tuesday, November 30, 2010

NENAS BATU



NENAS BATU

Berita baik! Produk ini didatangkan khas dari Timur Tengah untuk dikongsi oleh rakyat Malaysia khususnya. Terkandung 1001 khasiat di dalamnya. Miliki Nenas Batu sekarang. Sekali beli boleh guna bertahun!

Antara Khasiat Nenas Batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. 2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.
10. Merendahkan paras kolestrol dalam darah.
11. Membuang toksin dalam badan.
12. Melancarkan perjalanan darah.



KAEDAH MENGGUNAKANNYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.


*Note:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world!
Peringatan: Wanita mengandung tidak dibenarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari)
(minum byk2 takut panas!)

Orang-orang Pahang yang nak boleh hubungi Team PERMAI...

Monday, November 29, 2010

Doa Buat Sahabat Kami..

Syafakallah, Mudahan cepat sembuh buat Ustaz Tajuddin bin Mat Zin yang baru selesai menjalani pembedahan disebabkan kanser tyroid. Pembedahan yang memakan masa 9 jam dan 7 orang Dr. Pakar. Ustaz Tajuddin merupakan AJK PERMAI dan ahli ILMAM Pahang. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam JAIP, dan ditempatkan selaku Imam di Masjid Daerah Jengka Pahang...
Harapan supaya sahabat-sahabat sekalian dapat mendoakan kesihatan Ustaz Tajuddin...
Ameen.







Retreat ILMAM Pusat

Tempat Program di Quranic Training Centre di bawah seliaan Ustaz Zamri (Tv 9)
Ustaz Saifuddin (Pengerusi ILMAM Pahang) & Ustaz Zarimi

Kelihatan Ustaz Khairul Anuar (Kelantan)


Ustaz Azrul & Ustaz Azman wakil ILMAM N9



Bersama Ustaz Malik (Shoubra,Penang)







Ustaz Angah (Selangor) tengah moderator program


Ustaz Azizul (Shoubra, Terengganu,Presiden ILMAM Pusat) tekun menghadap laptop



Ustaz Anuar Rosli (Shoubra, Penang) dan Team dari Kelantan, kelihatan Ustaz Fatah & Ustaz Fakrie

Ustaz Along (Tim Pres ILMAM) & Ustaz Azizul (Pres)