Thursday, March 29, 2012

Road to Konpip 2012

Berbincang demi mendapat natijah yang muktamad. Semoga dipermudahkan..
 28.3.2012 (meting terakhir Eksekutif)

23.3.2012 (Meting JAIP>SMA Bukit Ibam>PERMAi)

Selamat berjuang buat eksekutif & Fasi..
Selamat datang para perwakilan dari 18 buah SMA Kerajaan negeri Pahang.

Sunday, March 25, 2012

Kem Smart Solat di Sg Koyan

Pada 24/4/2012, Team Permai dijemput ke Kem Smart Solat pelajar sekolah rendah di Masjid Sungai Koyan, Parlimen Cameron Highland. Program pertama yang diadakan seumpama ini di masjid mendapat sambutan yang menggalakkan. 
Pihak masjid bercadang untuk mempergiatkan lagi program seperti ini yang memberi fokus kepada golongan kanak-kanak,remaja dan orang muda.









 Us Fathi bersama pembantu teknikalnya..untuk jelas pembantunya..lihat bawah
 ni lah Pembantu teknikal tu..


 Pengurus Felda Sg Koyan merasmikan program Kem


Lihat : http://permaipahang.blogspot.com/2012/03/kem-smart-solat-di-sungai-koyan.html

Thursday, March 22, 2012

Monday, March 19, 2012

Ziarah Maktabah Daie

Beberapa minggu yang lalu, saya berkesempatan melawat sambil belajar ke kedai teman di Tanah Merah kelantan. Teman sepengajian yang baru sahaja membuka kedai buku...

 Us Wan Bakar bersama Us Mamat



 Maktabah Daie

Monday, March 12, 2012

Liqa aqliah siri 2

Program bulanan bersama warga Aqliah..





Mudahan berterusan...

Monday, March 05, 2012

Mari mengaji & menghafaz di Masjid Sultan Mahmud




Pengajian Asas Al-quran, Iqra' atau Muqaddam bagi mereka yang baru ingin belajar. 


Kelas Hafazan juga dibuka, Sistem menghafaz mengikut kemampuan masing-masing

Friday, March 02, 2012

Beriman dengan Majlis Tahlil Arwah



Cerita 1 :
Adalah seseorang perempuan datang berjumpa dengan seseorang yang lain , kemudian seseorang yang lain itu menyatakan hasrat seseorang yang pertama tadi kepada pegawai masjid. Seseorang yang mula itu telah pun menyerahkan RM+++ kepada seseorang yang lain itu bagi menyempurnakan hasratnya.  Hasratnya begitu lazim dan akrab dengan pegawai masjid iaitu ingin mengadakan majlis tahlil arwah.. Hasrat yang dinyatakan kepada pegawai masjid supaya diadakan majlis tahlil pada hari selasa. Pegawai masjid memaklumkan pihak masjid membuka ruang kepada orang ramai untuk mengadakan dan menaja majlis tahlil pada hari khamis malam jumaat.
Kerana pada setiap malam-malam yang lain telah dipenuhi dengan majlis ilmu atau lebih dikenal orang dengan kuliah maghrib.
Disebabkan masjid tidak dapat memenuhi hasratnya untuk mengadakan tahlil pada hari yang diingininya..tambahan pula ramai pegawai masjid yang kerap berkursus musim sekarang ini. Maka seseorang yang pertama tadi minta wangnya dipulangkan semula..siap kena bank in lagi….gaya macam dia bukan ikhlas sangat nak jamu orang makan..tapi kefahamannya kena buat majlis tahlil bila kaum kerabat meninggal dunia.

Cerita 2
Seorang janda yang baru kematian suami berjumpa dengan pegawai masjid untuk membuat tahlil sempena genap beberapa puluh hari kematian suaminya. Kebetulan hari yang dia bercadang untuk buat majlis tahlil tersebut bertembung dengan program yang agak besar juga di masjid. Lalu pegawai masjid mengesyorkan supaya dia anjak tarikh ke depan. Dia menanyakan boleh ke dia buat tahlil tersebut, sebabnya dah lebih dari hari yang sepatutnya dia buat. Pegawai menyatakan.. bila-bila boleh buat, nak buat hari-hari pun boleh.

Cerita 3
Seorang Pak haji menjemput pegawai masjid ke rumahnya untuk bertahlil. Tapi tak semua pegawai yang dijemput..hanya yang terpilih berdasarkan pemilihan oleh pak haji tersebut. Semasa menjemput  pak haji akan mengunjukkan sampul angpow yang sudah tentu berisi duit. Tapi jika ada yang menyatakan tidak dapat hadir ke majlis tersebut, spontan pak haji akan menyatakan tak dapat sampul lah, lebih canggih lagi kalau sampul tersebut telah diambil tetapi pegawai tidak dapat hadir, pegawai kena lah memulangkan semula sampul tersebut.

Cukuplah 3 dulu cerita kita. Berdasarkan 3 cerita tadi…
Bila berlaku orang ingin menganjurkan majlis tahlil pada hari selain hari khamis, cadangan jalan penyelesaiannya :
-          Minta dia anjak ke hari khamis malam jumaat.
-          Pegawai masjid minta ustaz yg mengajar malam tu cansel kuliahnya untuk beri laluan pada majlis tahlil?
-          Kuliah  maghrib diteruskan, kemudian majlis tahlil akan diadakan selepas isya’.
-          Syor buat di masjid atau surau lain.
Namun…
Tak kan la pegawai masjid minta ustaz cansel majlis ilmu. Tak faham aulawiat la pegawai masjid kalau begitu.
Kalau buat lepas isya’, maknanya yang tinggal pegawai masjid  dan berapa kerat jemaah sahaja. sedangkan makanan teramat banyaknya.
Yang terbaik..buat la pada malam jumaat kerana jemaah ramai sikit pada malam tersebut. Tak la banyak makanan yang akan terbuang nanti.

Lagi satu perangai orang kita ialah menjemput pegawai masjid berserta 'orang masjid' ke rumahnya untuk bertahlil. Tak salah cuma yang tak kenanya kalau jemput solat maghrib sekali di rumahnya. Mereka berkata 'imam nanti jemput solat maghrib di rumah ye..ajak sekali orang masjid'..
Kalau imam dengan orang masjid pergi ke rumahnya untuk bersolat maghrib..siapa yang akan ada di masjid. Tak kan masjid tutup beroperasi pula pada malam tersebut. Yang teramat penting ialah tempat utama untuk bersolat farhu berjemaah ialah di masjid. Tiada tempat lain baik istana, rumah menteri yang dapat mengambil alih peranan dan fadhilat masjid. Hanya di masjid sahaja kita boleh beriktikaf..tidak di tempat lain apatah lagi di rumah kediaman yang diadakan majlis tahlil.

Sebenarnya  tak ada dalil atau suruhan muktamad dari ilahi untuk menganjurkan majlil tahlil ini. Cuma inilah pemahaman orang kita…mereka seolah beriman dengan majlis tahlil. Bila dah buat tahlil arwah, si penaja  rasa lega yang amat sangat, seolah dah buat tahlil..syurga dah waris dan kaum kerabatnya….misal lagi… seorang bapa berpesan kepada anaknya ‘nanti bila bapak dah mati awak buatlah tahlil untuk bapak’.. si bapa kemudiannya enjoy sakan macam tak ingat akan mati. Lalu kawannya yang sama juga perangainya tetapi mula ada bibit keinsafan  bertanya ‘ tak takut masuk neraka ke nanti kalau begini hidup kita’ lalu dengan selamba si bapa berkata ‘dia tak risau dah sebab nanti bila mati anaknya akan buat tahlil untuknya’…lepas buat tahlil tu selamat dan masuk syurga lah dia.
Ahkirnya…dengan ilmu sahaja dapat membina kefahaman yang sebenar. Kalau tak nak belajar inilah jadinya…..beriman dengan majlis tahlil arwah.
Wasalam.

Tuesday, February 28, 2012

Bacaan Qasidah di Kubang Gajah


Akademi Belia Muslim telah menganjurkan Karnival Mahabbah Rasulullah di Padang Kubang Gajah Temerloh. Pelbagai acara menarik seperti pertandingan azan, bercerita dan mewarna kanak-kanak. Persembahan Qasidah, Persembahan nasyid, solat dhuha, kuliah dhuha dan soal jawab agama. Acara kemuncak program ini bersama dengan Ustaz Azhar Idrus.
Adik bongsu saya bersama rakan sekolahnya dari Maahad Tahfiz Faqeh Menengah membuat persembahan Qasidah...



Bersama Aiskrim...

Monday, February 27, 2012

Makan Aiskrim

Makan Aiskrim bersama Hot Rainbow Aiskrim..
500 kon : RM 450 + free 50 kon
800 kon : RM 720 + free 80 kon
1000 kon : RM 900 + free 100 kon










Friday, February 24, 2012

Mereka yang mengambil kesempatan...


Hendak cari duit bukannya senang walaupun ada juga yang senang-senang sahaja dapat duit. Kita saksikan ada yang keluar rumah di awal pagi dan pulang ke rumah lewat malam. Bersungguh bekerja mencari duit. Contohnya sering saya saksikan pekerja Alam flora yang ditugaskan mengangkut sampah. Pukul 6 pagi sudah mula bergerak mengambil sampah di kedai-kedai di bandar. Ada juga kenalan yang siang kerja lain, malam bekerja lagi dengan kompeni lain.. memang penat.

Namun ada juga suatu kaedah yang senang sahaja untuk dapat duit, iaitu dengan meminta sumbangan. Kajian telah menunjukkan orang di negara kita terlalu pemurah, mudah simpati dan menderma. Ya, suka menderma merupakan suatu sifat yang sangat mulia. Cuma kadang-kadang ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kemurahan hati kita.

Isu ada pihak yang mengambil kesempatan ini, sudah sering dibincangkan di media cetak, dan massa seperti di radio Ikim FM. Pernah juga wartawan membuat tinjauan di ibu kota, dalam tempoh sejam sahaja si peminta sudah mendapat hasil yang lumayan dengan pelbagai modus operandi yang mereka gunakan.

Ada yang menggunakan pelajar rumah anak yatim, maahad tahfiz, OKU. Mereka duduk di depan pintu Bank, di stesen minyak, pasar raya dsb.
Tidak ketinggalan suatu tempat yang juga sering menjadi tumpuan untuk mendapatkan duit ialah di masjid-masjid. Di tempat saya antara yang selalu datang untuk meminta duit ialah golongan saudara baru (mualaf), pemusafir, orang Patani  dan orang Pakistan.

Saudara baru biasanya mereka akan bercerita yang keluarga lama mereka sudah buang, dan mereka sekarang sedang belajar  memondok di Kelantan. Jadi tak ada duit untuk tampung kos hidup dan belajar. Mungkin cerita mereka betul..wallahua’lam.

Cuma antara yang meragukan dalam pengkisahan mereka seperti  :
-waktu belajar di pondok yang berubah-ubah, ada yang  cerita baru masuk 2 minggu..orang asak tanya kata pula baru nak pergi daftar.   
-Kita tanya tentang pelajaran yang dipelajari di pondok, ramai yang tak boleh nak jawab.  Tanya yang mudah-mudah sahaja seperti suruh mengucap, baca al-fatihah..ramai yang tak boleh nak jawab. Kata baru nak belajar.
-Kita tanya nama tok guru-tok guru yang mengajar mereka, mereka kata sudah lupa..
-Mereka tak ada surat pengesahan belajar di pondok. Kalau betul belajar di pondok sekian sekian mana surat pengesahan.. mereka jawab ustaz sana tak bagi pun surat.
-Kadang-kadang mereka terlupa yang mereka baru sahaja datang meminta di masjid ini, kita kata, kalau belajar macamana bulan lepas ada sini bulan ini ada lagi, masa bila you belajar.. ada yang jawab balik rumah mak angkat, dia baru mati semalam.
-Kita tanya kepada sahabat-sahabat pegawai masjid di daerah lain, ada tak orang sekian-sekian datang ke masjid. Sahabat respon ada. Sah la dia kerja dia pusing masjid. Lepas masjid ini, minta kat masjid lain pula..

Pemusafir.
Cerita jenis ini menarik juga untuk kita kongsi. Biasa mereka bercerita dalam perjalanan, mereka kena rompak, wallet kena ambil, jadi tidak ada duit untuk meneruskan perjalanan.
Antara yang agak meragukan :
-Mereka kata nak ke Kelantan. Kalau naik bas ekspress mesti straight (‘ala tul)  ke Kelantan. Tetapi macamana mereka boleh turun di Lipis.  Mereka boleh kata tak cukup duit nak beli tiket terus ke Kelantan jadi singgah dulu ke sini. Bila kita nak belikan tiket, depa kata takpelah..mereka nak duit..tiket mereka boleh beli sendiri.
-Ada juga yang kata tumpang lori balak. Tetapi yang musykil kenapa turun di Lipis. Teruslah follow ikut lori ke Kelantan kerana destinasi terakhir lori bukanlah di Lipis.
-Ada yang nak pergi ke Terengganu. Kita pelik macamana dia boleh ada di Lipis. Sebabnya kalau naik bas dari KL akan ikut laluan Temerloh- Kuantan bukannya Bentong-Lipis.
-Ada yang kata kena rompak, nak balik ke Penang. Setelah berjaya mendapatkan kutipan Kita hantar ke terminal bas..katanya hendak ke Mentakab untuk urusan keretanya yang rosak di bengkel. Esok lusa Kita tanya dekat kawan-kawan di daerah lain.. individu sekian ada di daerah mereka membuat modus operandi yang sama. Kata ke kita nak terus ke Mentakab macamana esok lusa ada di Raub?.

Orang Pakistan dan Patani.
Biasanya mereka mengajukan permohonan untuk mengutip derma untuk sekolah dan masjid di tempat mereka.
-Bila berdepan dengan orang Pakistan agak sulit untuk kita berinteraksi dengan dia. Dia cakap campur arab-Bi-Urdu kita faham sikit-sikit. Kita cakap arab-Bi dia tak berapa faham.
-Kadang-kadang depa tunjuk ke kita surat-surat sokongan, biasanya tak ada dari Majlis Ugama Islam Pahang. Kalau ikut peraturannya depa kena minta kebenaran dengan MUIP dulu untuk mengutip derma dalam negeri Pahang. Ada yang surat sokongannya sudah lama tariknya. Contoh depa tunjuk surat sokongan dari YB parlimen di Wilayah, YB Dr. LO’LO, surat januari 2011- depa jaja surat tu februari 2012, YB pun sudah meninggal dunia. Maknanya dari tarikh surat tu sampai bertemu dengan kami depa tak balik lagi ke negara mereka. Kata guru di situ bila masa mengajarnya. Pernah juga Mudir sekolah yang datang..kalau datang bertahun-tahun operasi ke sekolahnya…wallahua’lam.
-Mereka tunjuk gambar sekolah mereka, ada yang adobe wajah mereka di sekolah itu, walaupun kami tak lah mahir pun bab super impulse ni, tapi ketara dan ganjil sangat gambar tersebut sehingga kita orang biasa-biasa pun boleh perasan yang gambar tersebut adalah tipu.
Pernah saya lihat Orang Patani yang baru selesai mengutip derma, mereka pergi membeli makan minum dan rokok  terus sahaja mengambil duit dari duit yang baru mereka kutip tadi.   

Banyak lagi contoh-contoh. Tetapi seperti mana yang sebutkan tadi..Wallahua’lam boleh jadi cerita mereka betul..tetapi banyak keraguan dari cerita mereka dan mereka kantoi dengan kita selepas itu.
  

Sunday, February 12, 2012

Mari Belajar al-Quran

Mari belajar Al-Quran. Kalau kita tidak belajar selamanya kita tidak pandai. Biasa di tempat kita pelajar di peringkat sekolah rendah yang giat belajar al-Quran. Sama ada di kelas JQAF, di kelas KAFA, di pusat-pusat pengajian. Mereka belajar di waktu petang atau malam.
Namun bila sudah memasuki sekolah menengah, ramai yang sudah tidak lagi meneruskan pengajian al-Quran dengan alasan telah khatam semasa di sekolah rendah. Kalau ada pun mungkin pelajar yang tinggal di asrama, kerana kebiasaannya ada guru Quran asrama.
Yang sudah habis sekolah, lagilah ramai yang terus meninggalkan pengajian al-Quran. Mereka kata sibuk bekerja sehingga tidak ada masa. Ada juga yang segan hendak belajar. Nanti malu bila rakan taulan tahu yang dia tidak pandai mengaji, sembang di kedai kopi hebat rupanya tidak pandai mengaji..
Adalah sikit-sikit kaum hawa yang belajar, itupun setelah pencen. Katanya mengisi masa lapang...

Maka..diperingkat usia mana pun kita, jom bersegera kita belajar dan terus belajar ilmu al-Quran.. InsyaAllah kita tidak akan rugi selamanya.



Kelas pengajian al-Quran kali pertama di Aqliah, Paya Pulai..hanya sebulan sekali..

Saturday, February 04, 2012

Gotong Royong Perdana Masjid.

 26/1/2012 : Gotong royong perdana telah diadakan di Masjid Sultan Mahmud. Program yang diurusetiakan oleh Majlis Daerah Lipis melibatkan pelbagai jabatan seperti JKR, Tentera, Polis, Bomba, JBA, Jabatan Pengairan, Pejabat Daerah, PAID dan orang awam.

Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahari.

Terima kasih kepada semua yang terlibat...
 Setiausaha Majlis Daerah sedang menyampaikan taklimat.