Monday, May 13, 2013

Pindah ke Kedai Koperasi Masjid yang baru

Proses memindah dan memunggah barang Koperasi  dari kedai lama di bandar baru ke kedai baru di Masjid. Alhamdulillah Kedai baru ini merupakan premis sendiri koperasi yang kos pembinaannya ditaja oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Replika cek SKM (lakonan semula)

 Proses Pembinaan

 Akhirnya tersergam indah

Proses Gotong Royong bersama ahli jamaah..








Kedai lama sudah kosong..sedia untuk diserahkan kepada Owner







 berehat setelah memunggah barang...Syukran buat semua yang membantu..



Saturday, May 11, 2013

JOM Semarakkan Agenda Tarbiah..


Kelihatan beberapa orang anak muda sedang berkumpul di meja sebuah kedai makan. Sambil menjamu selera sudah pasti masa diisi dengan pelbagai topik perbincangan. Rancak berbincang dan berbual sehinggakan seperti tidak tersedar waktu sudah semakin larut malam sedangkan esok pagi hari bekerja tetapi perkara itu tidak menjadi halangan, perbualan hangat menyebabkan mata menjadi segar.

Dalam kumpulan itu, kelihatan jelas 5-6 orang anak muda yang berketayap putih  lengkap berjubah pelbagai warna. Masing-masing berpendidikan agama dan lumrahnya  masyarakat menggelarkan dengan gelaran Ustaz, walaupun usia masih muda. Sang pemerhati berasa gembira dengan suasana ini.

Terselit di dalam kumpulan itu juga beberapa orang yang berpakaian tidak berjubah, ada yang bertshirt dan berbaju melayu, namun perkara itu tidak memelikkan langsung bagi orang yang melihat..biasa sahaja.

Tiba-tiba kelihatan gumpalan asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari kumpulan anak muda yang majoritinya berjubah itu..Terkejut sang pemerhati, difokuskannya penglihatan ke kumpulan tersebut..oh rupanya dua orang dari beberapa orang yang tidak berjubah itu menjalankan aktiviti rutin mereka selepas makan iaitu merokok. Asap yang keluar dari cerobong hidung tidak henti-henti, rupanya bukan sekadar sebatang sahaja, dua tiga batang baru puas.. Asap rokok tersebut turut tersebar ke meja sekitar setelah puas meresap ke jubah-jubah ustaz muda tersebut.

Sang pemerhati mula berfikir, lalu membuat beberapa kesimpulan pantas : 
-adakah si perokok tegar tidak menghormati 5-6 orang Ustaz yang berada di sebelah menyebelah mereka?
-Tak kan dalam ramai yang berjubah tersebut tiada yang menceritakan tentang hukum hakam agama khususnya fatwa agama berkaitan rokok..lalu mereka berbual dan bergelak duniawi sematakah?
-Ustaz-ustaz yang berjubah tersebut bila lalu di tempat lain, bau badan dan baju mereka akan berbau rokok…adakah mereka tidak kisah jika ianya boleh menimbulkan salah sangka  pandangan serong masyarakat yang sangat hormatkan mereka.
-Adakah dalam meraikan sahabat-sahabat yang merokok, masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri tidak menegur berkait hal tersebut, kerana bimbangkan sahabat-sahabat berasa hati lalu meninggalkan kumpulan mereka?
-Adakah kumpulan anak muda ini mempunyai matlamat yang sangat besar untuk diperjuangkan sehinggakan hal-hal seperti ini dibiarkan dahulu..sehingga sampai masa yang sesuai?

Akhirnya si pemerhati meninggalkan kumpulan anak muda tersebut…

Kesimpulan :
Beginilah realiti sebenar dalam Jemaah Islam..Tugas untuk membaiki ahli yang lain sebenarnya sangat penting dan tidak boleh terabai. Kadangkala kita sering ternampak salah laku musuh dan kita berjuang untuk menentang musuh kita..tetapi mengambil mudah tentang pembinaan ahli-ahli dan sahabat kita yang lain.. Ye cukup seronok berjuang menentang musuh tetapi sangat mencabar untuk membaiki sahabat seperjuangan..
Ayuh sahabat sekalian…kita semarakkan agenda TARBIAH.. Islah diri sambil serukan dakwah kepada manusia lain..
Mungkin Allah tunda kemenangan Islam disebabkan jundi-jundinya masih jauh dengan amal Islami…Kita perbaiki diri, sahabat seperjuangan, serta teruskan perjuangan menentang kebatilan di atas muka bumi ini.

Wasalam…
Ps : mohon maaf jika ada yang terasa…memang ditujukan kepada orang yang masih hidup..

Bersama ini disertakan rujukan berkaitan hukum merokok :
Rujukan :




Saturday, May 04, 2013

Watak Sebenar Bila Musim PRU-3


Menjelang pilihanraya semua pihak akan berkempen bagi meraih undi orang ramai. Pelbagai kaedah dijalankan, yang paling banyak dan telah lama digunakan ialah berceramah sama ada calon sendiri berceramah atau wakil-wakilnya.

Cerita 1

Baru ini di daerah kami, semua guru telah mendapat arahan untuk menghadiri program rasmi di bawah PPD, program demi kesatuan umat melayu yang disampaikan oleh Dr Sidek Baba. Sidek Baba suatu nama yang rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi atas ketokohan akademiknya. Cuma kali ini program ini sangat menjejaskan reputasi keakademikannya apatah lagi di hadapan para guru yang menjadi penilainya.

Program dimulakan dengan kehadiran calon-calon BN, (sepatutnya tidak boleh kerana bukan BN yang anjurkan tetapi PPD) seterusnya bermulalah ceramah Dr Sidek Baba..bukan ilmiah pun hanya memaki dan menceritakan perihal Anuar Ibrahim (bekas sahabatnya yang menaikkannya dahulu di UIA)..akhirnya ramai guru yang meluat dan keluar dewan…Saya percaya Reputasi Sidek Baba habis jatuh dan tidak disanjung lagi.

Cerita 2

Minggu ini juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Lipis/ Raub (Kakitangannya merupakan penjawat awam) telah menjemput semua kepimpinan koperasi di Lipis untuk menghadiri program ramah mesra bersama pemimpin. Meneliti aturcara, pemimpin yang dimaksudkan ialah calon BN. Bagi orang yang cerdik dan berakal, nampak sangat kesalahannya, kenapa pula SKM yang anjur program berkempen untuk BN bukan Parti BN sendiri yang anjurkan. Nampak sangat Staf SKM merupakan jentera berkempen Parti BN..dari segi undang-undang memang salah.

Cerita 3

Cerita di sebuah kampung yang tidak maju pun di daerah Lipis, dapat geran bantuan RM 200 untuk beli smart phone tiada nilai pun sebabnya  line telefon pun tak ada kat kampung tersebut..
BN buat aduan kepada pemantau menyatakan PR ada buat kesalahan iaitu mengibarkan bendera PKR sedangkan hanya PAS yang bertanding di dun dan parlimen tersebut. Bila Pemantau datang PR akur dan turunkan bendera PKR.

Sebenarnya pihak BN cawangan tersebut lagi buat kesalahan yang besar, tetapi PR hanya diamkan sahaja, malas nak buat kecoh. Tetapi bila pihak BN mulakan dulu..apa lagi pihak PR kampung tersebut buat laporan juga ke pemantau PRU. Kesalahan yang dilakukan oleh pihak BN ialah menggunakan Balai Raya sebagai markaz BN. Dua kali polis masuk kampung dan akhirnya pihak BN kena punggah barang-barang keluar dari balai raya tersebut. Nampak sangat pihak BN tak faham beza antara harta kerajaan dengan harta Parti.

Kesimpulan

Apabila berkempen jangan salah guna kuasa. Kalau calon PAS naik berkhutbah jumaat, report dari BN macam lah calon PAS buat  jenayah berat seperti bunuh orang. Kita adili dengan adil tanpa dipengaruhi dengan emosi. Akal yang matang menyatakan bila berkempen kenalah guna jentera Parti bukannya guna jentera kerajaan. Kerajaan dan parti adalah suatu yang berbeza.
Saya cadangkan guru-guru di sekolah kena ajar kepada anak murid pengertian harta awam, harta kerajaan, harta persendirian, harta pajakan dan sebagainya. 

Tuesday, April 30, 2013

Watak Sebenar bila musim PRU - 2


Cerita 1
Ustaz Azhar Idrus seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi, semua orang sangat mengenalinya terutama golongan muda.  Setiap kali program kuliah yang disampaikannya lautan manusia melimpahi segenap ruang yang ada bagi menimba ilmu darinya. Sudah tentu kebanyakan surau dan masjid sangat berharap dapat menjemput Ustaz Azhar berkuliah ke tempatnya.

Rakan kami di Masjid Daerah Maran sudah lama booking tarikh dengan Ustaz Azhar, rasanya dari tahun lepas lagi. Akhirnya sepakat tarikh 23/4 kuliah Ustaz Azhar Idrus di masjid daerah Maran. Pihak masjid dan orang tempatan sangat teruja dan menunggu detik tersebut.Tetiba tanpa disangka, di saat akhir ‘orang-orang besar’ di Maran tidak senang hati dengan program tersebut. Mereka tidak membenarkan program tersebut diadakan dengan alasan dekat sangat dengan PRU. Kata mereka lagi, selepas PRU nanti ikutlah nak panggil siapa-siapa pun, semua boleh. Akhirnya program di Masjid daerah Maran terpaksa dibatalkan..

Alhamdulillah, program bersama UAI tetap dijalankan cuma berpindah ke Masjid Daerah Jengka..
Esok lusanya..pegawai-pegawai masjid Jengka dipanggil mengadap ke balai Polis untuk memberi keterangan. Masa saya kecil dahulu..pemahaman saya balai polis tempat orang jahat-jahat yang dipanggil…rupanya Pegawai Masjid yang al-Hafiz pun kena keluar masuk balai polis.

Cerita 2

Masjid daerah Bera dijadulkan akan berprogram pada 1 Mei nanti bersama Habib yang biasanya disertai dengan majlis berqasidah.. Persiapan untuk program besar ini berjalan lancar sehingga SUK mengarahkan supaya program ini dibatalkan..tak tahu alasan apa..
Namun penganjur tetap berkeras untuk melaksanakan juga program seperti yang telah dirancang.
ada sahabat saya yang sering menyampaikan kuliah di pejabat SUK..tak sangka SUK boleh cansel program agama bila time PRU ini.

Penutup
1.Semasa saya Kursus Induksi di INTAN di awal perkhidmatan sebagai pegawai dahulu , Kami telah diajar untuk membuat kerja dengan kemas, diajar membuat takwim.. Maka program-program di masjid telah dirancang awal..dimasukkan ke dalam takwim. Cuma semuanya terganggu disebabkan PM kita yang tak pandai membuat takwim dalam pentadbirannya. PM Australia bahkan India pun pandai umum awal tarikh PRU supaya menyenangkan orang ramai/ syarikat/ organisasi menyusun perancangan planner masing-masing. Semasa awal tahun ini sebelum diumumkan tarikh pembubaran Parlimen, kita nak buat program pun susah..nak panggil penceramah pun payah..penceramah bagi alasan tak boleh nak confirm  lagi sebab tunggu tarikh PRU.



2. Program-program agama pun disekat oleh pihak yang merasakan diri mereka berkuasa di dunia ini..TAHU lah nanti dekat akhirat sana..rasa berkuasa juga ke…

Wallaua’lam..

Thursday, April 25, 2013

Watak Sebenar bila musim PRU -1


Sekarang semua orang tidak sabar menunggu hari mengundi 5 Mei nanti. Dalam tempoh menunggu ini pelbagai ragam sebenar  manusia diperlihatkan. Kalau sebelum ini ada yang watak sebenarnya terlindung tetapi dalam tempoh waktu ini perwatakannya  berbeza sama sekali. Wajah yang sebenarnya telah kelihatan dek bahang PRU.

1.  Sebelum ini sahabat saya seorang yang dipanggil ustaz telah beberapa kali dijemput menyampaikan kuliah di sebuah masjid. Dia kenal rapat dengan pengerusi masjid tersebut yang memang sentiasa ada setiap kali beliau menyampaikan kuliahnya. Memang kebiasaan sekarang, kebanyakan pengerusi masjid adalah merangkap ketua kampong @ tok 4. Musim Pru ini hubungan mesra mereka berubah!

Ketika sahabat saya bersama dengan kawannya ingin bermain futsal padang di kampung tok 4 tersebut. Tok 4 telah datang dengan lagak samseng lalu men’sound’ ustaz tersebut. Dengan berdiri kira-kira 3 depa dengan ustaz tok 4 bersuara lantang tidak membenarkan ustaz dan rakannya menggunakan padang awam tersebut. Tiada lagi pangilan ustaz tetapi sudah bertukar kepada deme, antara kata tok 4 tersebut : ‘kalau deme main juga’ dia panggil polis. Dan memang betul hampir 20 orang anggota polis telah datang memantau dan menyoal siasat. Polis mendakwa tok 4 menyatakan ada pergaduhan di padang tersebut.. begitulah..

Ketika sebelum musim PRU, Ustaz dihormati..menjadi guru..mengajar agama kepada orang kampung..kini anak muridnya (tok 4 tersebut) buat kurang ajar dengan tok gurunya..

* Komen saya- Macamana nak berkat dan faham ilmu yang dipelajari jika anak murid tidak beradab terhadap gurunya. Bab adab pelajar  sangat penting dalam Islam sehingga para ulama mengarang kitab berkait dengan akhlak dan adab pelajar.