Saya telah berkesempatan bersama-sama dengan Persatuan Jaringan Anak Pahang (PJAP) dan beberapa orang sahabat Permai ke program Kem Remaja Islam (KERIS14) di SMA Chenor, Maran, Pahang. Program merupakan anjuran pihak sekolah bersama dengan PJAP untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.
Thursday, May 08, 2014
Monday, April 28, 2014
Jom ke pesta buku di PWTC
Saya mencadangkan buat sahabat sekalian supaya cuba meluangkan masa ke pesta buku antarabangsa yang diadakan pada 24 april - 4 Mei 2014. Banyak buku-buku dari pelbagai penerbit dan penulis ada dijual termasuklah buku-buku dari pustaka luar negara. Lebih menjimatkan semua buku yang dibeli insyaAllah akan mendapat potongan harga. Jika bernasib baik akan dapat beramah mesra dengan penulis-penulis buku.
antara buku Haraki yang dijual di Pesta buku
Jom ke Booth Pustaka Cahaya Kasturi, untuk mendapatkan karya Dr. Zulkifli al-Bakri
Bersua dengan Pengarah urusan Pustaka Cahaya Kasturi, Dr Zulkifli sendiri.
Thursday, April 17, 2014
Perjumpaan NGO Dakwah dengan JAIP
Baru ni saya berkesempatan menghadiri program muzakarah di antara Jabatan agama Islam dengan NGO-NGO penggerak dakwah di negeri Pahang. Selain memperkenalkan YH Dato' Pengarah JAIP yang baru menerajui JAIP, program ini disertakan dengan penyerahan sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim yang berada di seluruh negeri Pahang. Program di akhiri dengan sesi dialog bersama dengan Pengarah dan timbalan pengarah JAIP.
Penyerahan sumbangan kepada rumah anak yatim
Ucapan aluan dari Dato' Timbalan Pengarah JAIP
Salam perkenalan dari Dato' Pengarah JAIP
Bersama anak-anak yatim
Sesi Dialog bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah JAIP
sesi perkongsian dan pertanyaan dari hadirin
Monday, April 14, 2014
Jom, Belajar al-Quran.
Alhamdulillah, hari ini saya terlibat sebagai panel penemuduga guru al-Quran dan asrama di pejabat agama Islam Daerah Lipis. Antara khulasah yang dapat saya berikan :
1. Ada calon yang tidak membuat sebarang persediaan, memang semuanya membawa sijil-sijil, tetapi persediaan dari segi ilmu terutamanya yang berkait dengan al-Quran. Bila ditanya..ada yang menjawab..dah lama tinggal.
2. Walaupun ada calon yang baru sahaja menerima keputusan STAM, dalam silibus STAM ada mata pelajaran al-Quran, tetapi realitinya ramai yang tidak menguasai hukum tajwid dan bacaan dengan baik.
3. Kebanyakannya ingin menjadi 'GURU AL-QURAN' bukan disebabkan betul-betul mahir tetapi sekadar untuk mencari sumber kewangan dan pendapatan. Bayangkan ada yang baca merangkak-rangkak, hukum tajwid langsung tak tahu (depa kata tak ingat) walaupun hukum asas (hukum 5).
4. Walaupun ada yang telah dan sedang mengajar (ada guru tahfiz, guru KAFA) tetapi masih cukup tidak memuaskan hati saya. Saya rasa pihak Jabatan agama perlu memurnikan lagi kaedah pembelajaran al-Quran di sekolah agama. Bagi mereka yang baru menjawat jawatan guru al-Quran perlu dibuat kursus berkala untuk mereka. Supaya tidak timbul istilah ' ketam mengajar anaknya berjalan'.
5. Hampir 90% dari calon yang hadir, tidak lancar membaca al-Quran dan tidak menguasai hukum tajwid yang asas dengan baik.
Maka, walaupun kita telah tamat STAM bahkan telah memperolehi ijazah pengajian Islam, bukanlah suatu jaminan bahawa kita telah pandai membaca al-Quran. Al-Quran perlu sentiasa dipelajari secara bertalaqi dengan guru yang ahli. Saya teringat semasa belajar di Mesir, syeikh kami sendiri masih mempunyai halaqah (kumpulan) sesama syeikh, mereka mengulang kaji dan berbincang masalah dan isu berkait dengan al-Quran.
antara calon yang ditemuduga
Antara kelas pengajian al-Quran yang saya jalankan.
Sekadar berkongsi sikit-sikit..boleh lah insyaAllah
Wednesday, April 09, 2014
Ziarah ke SMA Dong..
Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu (sejak saya mula dipostingkan di sini)... akhirnya Masjid Lipis akan mendapat peruntukan penyelenggaraan baik pulih masjid sebanyak RM 1.5 Juta. Namun saya tidak dapat bersama dengan Bos-Bos besar dari Jabatan (JAIP dan JKR) semasa lawatan tapak kerana saya terlebih dahulu telah menyatakan persetujuan untuk menyampaikan taklimat bersama dengan kepimpinan Badan Dakwah SMA Dong, Raub. (makluman dari PAID baru pagi tadi).
Walaupun sering lalu di hadapannya, Kali pertama dalam hidup saya menjejakkan kaki ke SMA Dong...alhamdulillah..
Pembentangan dari Presiden Badan Dakwah
Badan Dakwah mempunyai bilik operasi (pejabat) sendiri..
suatu permulaan yang sangat baik
Kepimpinan Badan Dakwah SMA DONG, Raub
Thursday, March 27, 2014
Kebocoran di Masjid Daerah Lipis
Masjid Daerah Lipis telah mengalami kebocoran yang serius sesuai dengan pertambahan usianya. Alhamdulillah setelah beberapa tahun tanpa jemu memohon peruntukan untuk membaik pulih kebocoran akhirnya Jabatan meluluskan sebanyak RM 150 000.
Setelah Tuan Jurutera Daerah bersama kontraktor membuat penelitian, kos tersebut mungkin tidak mencukupi sekarang (kos yang diluluskan berdasarkan permohonan 3 tahun sebelum ini)
Apapun kita mengharapkan dengan baik pulihnya masjid ini akan semakin dapat menaikkan seri dan syiar Masjid Daerah Lipis.
YM Tuan Jurutera Daerah berbincang bersama kontraktor
Tumbuhan beranak pinak di atas bumbung
Masjid Sultan Mahmud, Masjid Daerah Lipis
Thursday, March 13, 2014
Persidangan Imam Besar Kebangsaan kali ke 5 tahun 2014
Dr Naim Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Tn Hj Yasim bin Mohamad, Nazir Masjid As Salam, Puchong
Ustaz Rashidy Jamil, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM
Sahabat Imam-imam Masjid Daerah Pahang.
Sempena Majlis menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan, JAKIM menganjurkan persidangan bagi imam-imam masjid Negeri dan daerah seluruh Malaysia. Pelbagai input dan perkongsian yang diperolehi bertujuan untuk memajukan lagi pengurusan imam dan masjid.
Namun kadang-kadang input tersebut hanya sekadar menjadi pengetahuan yang disimpan dalam hati sahaja kerana kami menghadapi beberapa kekangan dan keterbatasan untuk melaksanakan dan mengaplikasinya.
Sepanjang pengalaman saya menjawat jawatan imam di Masjid daerah, antara beberapa kekangan yang kami para imam hadapi ialah :
-Bidang tugas yang tidak jelas. Kami sangat jelas dan arif mengenai bidang tugas kami (seperti yang tercatat dalam fail meja), cuma orang lain baik di peringkat AJK Masjid, Pegawai Jabatan-Jabatan lain, pelbagai agensi, orang awam bahkan Pegawai dari Jabatan Agama sendiri yang tidak jelas dan kabur.
-Bidang Kuasa yang dinafi. Mengikut enakmen, mereka yang menjawat jawatan imam akan menjadi Ex-Oficio. Dalam taklimat pegawai-pegawai masjid, kami diberi maklum akan perkara tersebut, akan tetapi realitinya tidak.. sehingga ada di kalangan imam yang kedudukannya di bawah sekali, selepas semua AJK barulah imam.
Begitulah antara keunikan dan kepelikan yang berlaku kepada Pegawai Jabatan kerajaan (Pegawai Hal Ehwal Islam) yang menjawat sebagai imam. Saya percaya ianya tidak berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan yang lain.
#Sekadar lontaran dari seorang imam, tidak sama dengan yang bercakap secara teori.
Tuesday, March 11, 2014
KONPIP KALI KE 12 TAHUN 2014
7-9 Mac 2014 telah berlangsung program Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 12 (KONPIP). Program ini berlangsung di SMA Al-Ihsan Kuantan yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan Badan Dakwah SMA Kerajaan Negeri Pahang (18 buah) serta disertai oleh MTI Chatin (SABK), SM AL-IRSHAD Balok dan SMART
(Sek.Men. Abd Rahman Talib Kuantan).
Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YH Dato' Hj Mohd Ghazali bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Subscribe to:
Posts (Atom)













































