Monday, July 14, 2014

Jelajah Imam Daerah anjuran Bahagian Pengurusan Masjid JAIP

Hari ini saya ditaklifkan oleh bahagian pengurusan Masjid JAIP untuk berprogram di Masjid Kg Raja ,  Cameron Highland. Setiap Tahun JAIP ada menganjurkan program jelajah imam ke pelusuk kampung-kampung yang terpencil. Suatu usaha untuk menyebarkan syiar Islam..insyaa Allah.

Biasanya kami akan berbuka puasa di masjid bersama-sama penduduk kampung, solat terawih dan sesi tazkirah.

 Jadual giliran imam ke kampung-kampung.



sijil penghargaan beberapa tahun lalu.


kenangan program jelajah ke Masjid kg Genting Pulau Tioman.

Sedikit petikan dari Buku "Sehingga Para Pemuda Mengerti" karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada menyebut : Dalam bab Jihad Menyampaikan Dakwah, iaitu menyebarkan Islam dan menjadi kewajipan setiap muslim, bergantung kepada peringkatnya, persekitaran, ilmu dan tugasannya. 



Thursday, July 10, 2014

Musibah 12 Ramadhan di Masjid Sultan Mahmud

Inna Lillahi wa inna ilaihi ra'jiun : Jam 7.50 pagi ini, seorang pekerja kontraktor yang membaiki kebocoran atap masjid  terjatuh ke bawah. Mangsa yang pada mulanya pengsan tidak sedarkan diri, kemudian dihantar ke hospital dengan ambulan. Beliau dilaporkan mengalami patah di pinggang, lengan dan lutut. Syukur Allah masih panjangkan umurnya..







Semalamnya saya telah berkesempatan berbuka puasa dan solat terawih bersama kakitangan hospital daerah Lipis. 

Berbuka dan solat terawih di lobi hospital


catatan hujung :

TERJATUH dari tempat tinggi boleh menyebabkan kecederaan fizikal, jika sampai ajal boleh jadi asbab kepada kematian.

GUGUR juga menggambarkan suatu kejatuhan. biasa kita dengar orang sebut  buah gugur, daun gugur pada musim luruh.

Dalam kamus perjuangan istilah GUGUR juga digunakan...seperti menggambarkan seseorang yang sudah tidak bersama dalam perjuangan disebabkan dengan pelbagai macam sebab.

Berbeza pula dengan mereka yang mati dalam perjuangan. Istilah GUGUR syahid akan disebut-sebut.

Doakan semoga kita semua Tetap atas jalan dakwah ini, dijauhkan dari gejala keGUGURan dan mengharap GUGUR syahid di medan perjuangan.

amin.



Tuesday, July 08, 2014

Kelas Pengajian al-Quran bulanan di Temerloh




Kelas pengajian al-Quran bulanan terbuka kepada sesiapa yang berminat di sekitar Temerloh. Program anjuran Unit Kaffah & Unit Pra Tahfiz Pasti Negeri Pahang. 

Iftar Jamaie di Masjid Sultan Mahmud

Insyaa Allah Iftar jamaie akan diadakan pada setiap hari di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis..
selain dapat berbuka bersama-sama.. pakej istimewa yang lain ialah anda akan dapat melaksanakan solat farhu maghrib secara berjamaah...

Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis










Ihya' Ramadhan 1435

Program Ihya Ramadhan tahun ini, saya bersama dengan sahabat-sahabat seperjuangan telah merangka untuk berziarah ke masjid dan kampung-kampung yang agak pedalaman. Biasanya penerimaan dari penduduk kampung sangat menggalakkan. Program Iftar jamaie meriah seperti kenduri dan seluruh penduduk kampung akan turun. Kemudian kami isi dengan tazkirah dan solat terawih.


 di Masjid Kampung Peruang, Benta


Iftar di Masjid Aur Gading

Tuesday, June 24, 2014

Thursday, June 19, 2014

Lambaian Menara Gading


Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir ke program LAMEGA1.0 yang diadakan khusus buat pelajar yang akan menjejakkan kaki ke menara gading. 




 Gambar kenangan bersama urusetia & peserta


dan :  https://www.facebook.com/Lamega1.0/photos_stream

Sementara saya berlegar di sekitar kawasan LAMEGA..


 Bertemu dengan Ustaz Faizuddin, junior saya semasa bersekolah dahulu yang baru pulang ke tanah air, hampir 7 tahun tidak bertemu. Banyak perkara yang kami bincangkan.. Ustaz Faiz pernah menjawat sebagai Naib Presiden PMRAM ketika di Mesir dahulu. 

Cat yang digunakan untuk mengecat line jalan raya tumpah dan saya telah menggeleknya.. Sehingga sekarang kesannya masih ada.. 



Sekolah ini, masih menggunakan bangku panjang.. nostalgia tu

Thursday, June 12, 2014

Team JKR ziarah ke Masjid Lipis

 Peruntukan yang diperolehi dari YAB PM untuk baik pulih masjid masih tidak mencukupi. Semalam, ketika saya menerima Mushaf Qiyam dari YDH Dato' Sri TYDP MUIP, soalannya kepada saya.. 'masjid dah baiki?.. kubah tu banyak dah berkarah'..





 Pokok pun ada

 Pandangan dari atas

Penyerahan Mushaf Qiyam dan sumbangan MUIP kepada Masjid Negeri Dan Daerah


11/6/2014 : Saya berkesempatan hadir ke majlis pemberian mushaf qiyam kepada masjid negeri dan daerah oleh YDH TYDP MUIP di Dewan MUIP Pekan.

 Sesi bersama al-Fadhil Dr. Zahazan, Pengarah Eksekutif Telaga Biru

 Mushaf Qiyam Waqaf Ibtida' Keluaran Telaga Biru
 Harga yang tertera RM 450.00 



 Bacaan al-Quran oleh Imam Khalil al-Hafiz dari Masjid Negeri

YDH Dato' Sri TYDP MUIP Sedang berucap

 Imam Farid dari Masjid Daerah Jerantut


 Cek bantuan Ihya' Ramadhan kepada AF Qadhi Daerah Lipis 
 Ustaz Khairul Muhazam menerima replika kunci van jenazah 
Mock cek kepada Telaga biru.