Thursday, May 28, 2015

Bengkel Pemahaman Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang

Kebetulan sebelum ke program tersebut, saya terjumpa lampu berkuasa solar ni. Beli buat main-main.. 



Saya berkesempatan menghadiri program Bengkel pemahaman Enakmen Jenayah Syariah Negeri Pahang yang disampaikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang yang diadakan di dewan serbaguna UNITEN Muadzam Shah.


YAA Dato' Abdul Rahman Yunus, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang

Thursday, May 21, 2015

Bukan Sekadar Resepi Musim ke 2

Alhamdulillah pihak Karyawan Bestari bersama penaja ADABI sudi untuk membuat rakaman penggambaran program Bukan Sekadar Resepi di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis Pahang. Insyaa Allah program ini dijangka akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan di TV Hijrah.
Menariknya dalam rancangan ini, para penonton bukan sekadar mendapat resepi-resepi masakan untuk makanan jasmani, namun yang lebih menarik Chef-Chef akan berkongsi resepi makanan rohani. Memang terbaiklah program Bukan Sekadar Resepi.. Resepi makanan rohani dan jasmani semuanya dapat, insyaa Allah.
Semoga program ini akan mendapat sambutan hangat, Syarikat Karyawan Bestari dan semua Krew Team sukses dan diberkati selalu.  




 Kenangan bersama Bos Karyawan Bestari (En Abdullah & Pn Zarina), Ustazah Isfadiah dan suami



Para penonton menjamu selera 

Saturday, March 28, 2015

Kursus Kemahiran Fasilitator

Baru ini saya berkesempatan menyertai Kursus Kemahiran fasilitator anjuran Unit Keluarga Islam JAIP di De Rhu Resort Kuantan. Pembimbing kami dari Creative Mind Training & Consultancy. Banyak input menarik yang diperolehi dari kursus ini.



 Bersama Imam Raub dan Jengka

 Ustaz Zakaria dari Jerantut tengah berucap

 Imam Badrul, dari Masjid Temerloh sedang membaca teks

 Imam Tajuddin dari Masjid Jengka sedang membaca teks

 Sesi Forum


 Tazkirah di pantai

Bersama Imam Zainuddin dari masjid daerah Kuantan

Tuesday, March 17, 2015

Bengkel Pemukiman Imam 2015

Saya berkesempatan menghadiri Bengkel Retreat (Pemukiman) Pegawai-pegawai Masjid Negeri Pahang tahun 2015 di Kuantan.
Sesi bersama Tuan KPP Bahagian Masjid JAIP, Ustaz Badli Shah bin Alaudin

 KPP Bahagian Masjid bersama para Imam

 Antara Para Imam Masjid Daerah di Pahang


 Bersama dengan Imam Masjid Daerah Jerantut

Bergambar kenangan, bukan senang berjubah hitam di hotel. Orang biasa berjubah putih..kome orang serba hitam.. Inilah pakaian rasmi Pegawai Masjid, boleh kata hampir sama di seluruh negara.

Saturday, March 07, 2015

Pertandingan Tilawah Al-Quran Daerah Lipis 2015

Setiap tahun menjadi kelaziman bagi setiap daerah mengadakan pertandingan Tilawah al-Quran. Johan di peringkat daerah akan bertanding di peringkat negeri dan seterusnya akan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tahun ini, pertandingan di daerah Lipis diadakan lebih bersifat kecilan dan dalaman sahaja. Tahniah pada johan daerah Lipis.







 Saudara Hasan Basri yang merupakan Johan peringkat Daerah Lipis. Beliau juga pernah menjadi johan pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan Angkatan Tentera Malaysia.



Urusetia dari Pejabat Agama Islam Daerah Lipis.

Johan Qari dan Qariah bersama al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis dan para Hakim bergambar kenangan.

Mari Mengaji Al-Quran

Saya tidaklah layak dan sepandai mana pun untuk mengajar. Cuma atas maksud ingin sama-sama mengulangkaji dan ingin melihat budaya ilmu terutamanya berkaitan dengan al-Quran saya cuba mana yang boleh. 
Kagumnya melihat Almarhum TGNA dan TGHH, sesibuk mana pun mereka namun tetap tidak mengosongkan diri dari mengajar.
Semoga kita semua terus subur dalam dunia pengajian.










 Bersama TG Lokman al-Hafiz, bagi sesiapa yang ingin bertalaqi al-Quran dengan beliau bolehlah bertandang ke Masjid Abu Bakar Mentakab.




Alhamdulillah Kelas Asas Qiraat masih dapat berjalan.