Friday, October 16, 2015

Air Terjun Sri Mahkota di Taman Negeri Endau Rompin

Air Terjun Sri Mahkota merupakan tarikan utama di Taman Negeri Endau Rompin. Dengan ketinggian 60 kaki, ia sangat menakjubkan...


Untuk sampai ke air terjun kena berjalan kaki, memang sangat baik untuk kecergasan dan kesihatan.


 Lalu jambatan gantung untuk sampai ke air terjun

Memerhati keindahan ciptaan Allah

 Batu-batu yang unik 


 air terjun, paling best masa kami pergi takde orang, dapat privasi

pemandangan dari kaki air terjun

Pondok orang asli yang terdapat di kawasan berhampiran Taman Negeri Endau Rompin

Ikan di Taman Negeri Endau Rompin


Firman Allah : 
وَمَا يَسْتَوِي الْبَحْرَانِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَائِغٌ شَرَابُهُ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَمِنْ كُلٍّ تَأْكُلُونَ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُونَ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ فِيهِ مَوَاخِرَ لِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Al Fathir [35] : 12)

Gambar ikan yang dirakam di Taman Negeri Endau Rompin..





Bukan tangkap ikan, tapi tangkap gambar itu pun hanya amatur sahaja.
Ini baru otai, aksi Ustaz Tuan Ibrahim di Perak.


Semut di Taman Negeri Endau Rompin

Tercatat di info yang dipamerkan dekat ruang kenyataan di Taman Negeri Endau Rompin yang di sini terdapat semut besar. Semut sejenis makhluk Allah yang namanya dinamakan dalam satu surah Al Quran iaitu surah Al-Naml. 
Dinamai dengan An Naml yang bererti semut, kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan An-Naml (semut), di mana raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke dalam sarangnya masing-masing, supaya mereka tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan angkatan tenteranya yang akan melewati tempat itu. Mendengar perintah raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan takjub atas keteraturan kerajaan semut itu dan beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah melimpahkan nikmat kepadanya berupa kerajaan, kekayaan, memahami ucapan-ucapan binatang, mempunyai tentera yang terdiri atas jinmanusiaburung dan sebagainya. Nabi Sulaiman a.s. yang telah diberi Allah nikmat yang besar itu tidak merasa takabur dan sombong dan sebagai seorang hamba Allah, baginda memohon agar Allah memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang soleh.






 Berbatalion angkatan semut berjalan mengikut lorong yang telah ditetapkan buat mereka.



Semut-semut yang terdapat di Taman Negeri Endau Rompin.

Taman Negeri Endau Rompin 1

Terdapat 3 pintu masuk ke Hutan Hujan Endau Rompin iaitu Kg Peta, Kg Selai dan Kuala Rompin. Jalan yang paling mudah adalah melalui Kuala Rompin, Pahang

Hutan Hujan Tropika Taman Negeri Endau Rompin telah pun wujud lebih daripada 1 juta tahun dan ia merupakan salah sebuah hutan hujan tropika yang tertua di dunia.

Taman Simpan Endau Rompin mula diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dibawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang.
Luas semasa adalah 31, 797.00 hektar
Ia meliputi kawasan seluas 488km persegi dan merangkumi selatan negeri Pahang dan sebahagian daripada negeri Johor

Di hutan Taman Negeri Endau Rompin terdapat kira-kira 14000 spesis tumbuhan berbunga, 600 spesis bunga, 140 spesis ular, 150 spesis katak dan lebih daripada 1000 spesis serangga.

Expedisi saintifik tahun 1985 telah mengenalpasti lebih dari 25 spesis tumbuhan baru yang endermik dan formasi batuan yang terdapat di hutan dianggarkan dalam lingkungan 248 juta tahun !!

Kepelbagaian flora dan fauna di Taman Negeri Endau Rompin menjadi tumpuan kepada peminat alam semulajadi. Antara pokok hutan hujan ialah Palma Gergasi dan Buluh Memanjat
Taman Negeri Endau Rompin juga merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar seperti babi berjanggut, yang tidak terdapat di tempat lain.

Alhamdulillah,  kami berkesempatan berkelana ke sini.. 


Jalan menuju ke Taman Negeri













Pokok Keruing Merah dan Medang Teja



tempat khas untuk kanak-kanak















 Meronda melihat alam

 Serangga yang cantik transit di baju