Thursday, November 12, 2015

Syeikh Muhammad Abdullah Al-Khatib




Buku Nazhaaraat Fii Risaalah At-Ta’aalim ( Penjelasan di sekitar Risalah Ta'lim)  sangat popular di kalangan kita. Buku tersebut sering digunakan sebagai teks Usrah di merata-rata tempat termasuk di negara kita. Buku ini mensyarahkan Rukun Baiah yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna. Cuma kita kurang terdedah dengan pengarang buku yang mensyarahkan Rukun Baiah tersebut.

Baru-baru ini dunia Islam dikejutkan dengan pulangnya ke rahmatullah Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib  seorang tokoh dalam Ikhwan Muslimin. Beliaulah yang menyusun buku Nazhaaraat Fii Risaalah At-Ta’aalim. 

Sedikit pengenalan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Abdullah Al-Khatib : 


Mantan anggota Maktab Irsyad Jamaah Al-Ikhwanul Al-Muslimin dan Anggota Dewan Syura Ikhwanul Muslimin Syeikh Dr Muhammad Abdullah Al-Khatib meninggal dunia hari Selasa (3/11/2015)  di usia 86 tahun.


Syeikh Muhammad Abdullah Al-Khatib salah seorang ulama Al-Azhar. Dan termasuk generasi awal Al-Ikhwan Al-Muslimun. Bergabung dengan Ikhwanul Muslimin sejak di bangku sekolah hingga akhirnya beliau dipenjara bersama angota IM yang lain selama 10 tahun di zaman  Presiden Gamal Abdul Naser yang mengkhianati Ikhwanul Muslimin.

Di antara karyanya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia adalah Syarah Risaalah At-Ta'aalim dengan judul asal dalam bahasa arab 'Nazhaaraat Fii Risaalah At-Ta'aalim'.

Berikut adalah profil singkat Syaikh Muhammad Abdullah Al-Khatib:

Lahir : 26 Februari 1929 di desa Juhaina al-Garbiyah, Daerah Thahtha Muhafazah  Sohaj Mesir.

Pendidikan : menghafal Al-Qur'an sejak kecil (usia 10 tahun). Syeikh Abdullah al-Khatib menimba ilmu agama di lingkungan al-Azhar dan seterusnya  masuk Fakulti Usuluddin di jurusan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar.

Penglibatan

- Khatib dan Imam di kementerian Wakaf Mesir
- Tahun 1965 ditahan dengan hukuman penjara 10 tahun di zaman Presiden Jamal Abdul Naser,
- Setelah keluar dari penjara, beliau kembali aktif sebagai imam di masjid Khur Syid di Syubra.
- Kemudian terpilih bekerja di  kementerian Wakaf Mesir di bahagian Penyebaran Dakwah Islam.
- Setelah itu dihantar bertugas  ke Libya, bekerja selama satu tahun setengah di pejabat kementerian Wakaf Libya dan menjadi ketua dewan fatwa di kementerian wakaf Libya.
- Kemudian Syeikh bertugas di  kementerian agama dan wakaf Uni Emirat Arab dan menjadi ketua bahagian fatwa selama hampir tujuh tahun.

Karya

Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib sangat aktif  menulis, Lebih 40 buku tulisannya. Bukunya banyak membahas masalah keimanan, ibadah, pemikiran, dakwah dan fatwa. Tulisan-tulisan terkait fatwa tersebar di berbagai majalah Islam seperti Majalah Al-Dakwah, Liwa al-Islam (sekarang majalah al-Risalah).
Di antara bukunya; Fauq Atlal al-Markisiah wa al-Ilhadiyah, Fiqh al-Shiyam, Yam al-Lail, Tarbawiyah, Fatawa Muashirah, Imam Hasan al-Banna, Daiah, Mujahid. Juga mensyarah Risaalah At-Ta’aalim dengan judul Nazhaaraat Fii Risaalah At-Ta’aalim.

Kerja Dakwah

Melakukan perjalanan dakwah di banyak negara, baik di Barat begitu juga dengan negara-negara Arab seperti di Libya, Algeria dan Sudan.

Rumahnya sentiasa terbuka menerima tetamu dan murid-muridnya, menjawab berbagai permasalahan dan fatwa terkait urusan agama dan dunia.

Bersama Jamaah Ikhwanul Muslimin

Syeikh Abdullah al-Khatib telah bergabung dengan Ikhwanul Muslimin sejak masa sekolah, hingga ia pun mengalami penangkapan bersama anggota  Ikhwan lain pada tahun 1965.

Setelah keluar dari penjara, beliau berangkat ke Libya kemudian ke UEA, dan setelah kembali dari UEA ia menjadi salah satu penasehat majalah al-Dakwah sebelum ditutup.

Muhammad Abdullah al-Khatib merupakan  anggota maktab al-Irsyad setelah terbentuk pada tahun 1990 hingga tahun 2010.  Beliau  berundur  dari menjadi anggota maktab Irsyad kerana faktor kesihatan.


Karya-karya Beliau

Syaikh Muhammad al-Khatib memiliki sejumlah karya yang melebihi 40 buah, di antaranya:

- Fauq Atlal al-Markisiah wa al-Ilhadiyah
- Nadzarat fi Risalati al-Ta'lim (telah diterjemahkan ke bahasa Melayu)
- Al-Haj Muaskar Rabbani
- Fiqh al-Shiyam
- Yam al-Lail
- Mafahim Tarbawiyah -6 Jilid
- Fatawa Muashirah, 2 Jilid
- Imam Hasan al-Banna, Daiah, Mujahid.. Syahid
- Urubatu Masr wa Islamuha
- Min Fiqh al-Hijrah
- Al-Qaid al-Murabbi
- Nahwa Umah al-Khulud Ragma Kaid al-Yahud
- Al-Shifat al-Imaniyah wa al-Akhlaqiyah Li al-Mu'minin
- Waqfah fi wajhi Dhalalat al-Fawaid al-Ribawiyah
- Al-Shiyam wa Asraruh
- Al-Daqaiq al-Ghaliyah.. al-Shalah
- Kaif Nanhad bi Abnaina, dll

Meninggal dunia


Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib meninggal dunia pada hari Selasa (3/11/2015) di umurnya yang ke 86. Semoga Allah SWT merahmati, mengampuni, dan memasukkannya ke surga firdaus bersama para nabi dan rasul, syuhada, shalihin, dan shiddiqin. Allahumma Aamin.

Friday, October 30, 2015

Singgah di Bukit Fraser

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser .
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun sudah berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan.Amat sesuai untuk mereka yang ingin berehat dari kesibukan dan mencari ketenangan.Terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang terhad. 
Hampir keseluruhan nama tempat dan bangunan dinamakan dengan nama orang Inggeris. Rasanya hanya Masjid yang tidak menggunakan nama pembesar Inggeris. Inilah nasib menjadi negara yang dijajah suatu ketika dahulu. Sebagai renungan bersama, Kini walaupun sudah merdeka adakah pemikiran kita telah merdeka atau masih terjajah?




Tasik di Allan Water


 Banglo persendirian

 Banglo Jelai


 Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, sama nama dengan Masjid daerah Lipis


 Bunga di halaman Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser

 Dataran menara jam yang menjadi tumpuan pelancong. Ketika ini hujan jadi tiada pelancong yang bergambar.

 Banglo Pekan

 Terdapat banyak bunga yang cantik-cantik

Deretan rumah kedai warisan yang perlu dipelihara sebagai suatu monumen sejarah yang berharga. Gambar di Pekan Tras, Raub ketika laluan masuk ke Bukit Fraser 

Singgah di Mersing

Kami  berkesempatan singgah di bandar Mersing. Antara dapatan yang berkaitan dengan Mersing ialah : 
Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.
Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.
Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.

Terdapat tugu kemahkotaan Sultan Johor di Bandar Mersing yang terletak berhampiran pantai. Ramai yang mengambil kenangan di tugu ini termasuklah kami. 


 Masjid Jamek yang kelihatan dari Tugu 

 Ramai yang mengambil peluang bergambar di tugu mahkota ini




Terdapat kuda dan kereta kuda yang boleh disewa di pantai ini.

 Boleh menaiki kereta kuda berkeliling di pantai.


 Sumber rezeki terbuka luas di mana-mana, yang penting berusaha dan memohon keberkatan.

 Jangan sangka pantai timur sahaja pengeluar keropok, Mersing juga antara pengeluar keropok yang sedap. 
Keropok lekor Mersing