Thursday, June 16, 2016

Catatan Imam Kecil : Terima Kasih 'Yanto'

Terima kasih tidak terhingga pada 'Yanto' kerana sudi menolong pihak masjid bersama dengan anak buahnya. Beri pinjam lori, bawa anak buahnya dan sama-sama menolong mengangkat meja untuk dibawa ke kedai kayu (baca catatan nak kerat meja). Tambahan lagi dalam bulan Ramadhan memang mencabar kerja ini.

Kalau nak harap semata-mata  pada staf Masjid Daerah yang jumlahnya kecil, kadang-kadang staf masjid Qaryah lagi ramai  dari Masjid Daerah, memanglah sangat sukar. Harap pada sokongan dan bantuan ahli jemaah masjid yang secara ikhlas membantu pihak pentadbiran masjid.
Semoga mereka semua yang tidak jemu-jemu membantu pihak pentadbiran Masjid diberi ganjaran yang tinggi di sisi Allah SWT.



 Yanto (duduk) bersama Imam Faizal 
 Bilal Johne turut sama mengangkat.

 Yanto bersama anak buahnya
Al-Fadhil Qadhi Daerah berunding dengan tokey kedai kayu.

Wednesday, June 15, 2016

Muhammad Ali dalam kenangan

Tidak perlu diceritakan siapa Muhamad Ali, kerana kebanyakan dari kita sangat maklum pasal insan ini. Baru sahaja meninggal dunia, semoga roh Allahyarham dalam keberkatan dan dilimpahi rahmat Allah. 
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, ketika majlis mengenang Allahyarham yang turut dihadiri oleh Bill Clinton dan wakil rasmi Presiden Amerika, majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Hamzah Abdul Malik.  Beliau membaca dengan Qiraat riwayat Imam Warsh. Setelah itu tampil saudari  'Aya Khutma'   membacakan  terjemahan ayat al-Quran. 

Secara tidak langsung, Muhamad Ali telah mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam dengan kemasyhurannya.






 Ketika berkunjung ke Kaherah



 Saat Muhamad Ali datang ke Malaysia

Bersama Tuanku Abdul Halim

Dikatakan semasa di Malaysia, Muhamad Ali ada menanam pokok rambutan di Masjid Negara. Di manakah pokok tersebut sekarang ?

Muhamad Ali di Rumah Sabah, turut sama Tunku Rahman Putra al-Haj










Bandar New York di Amerika  mengubah nama jalan 33rd Street menjadi Muhammad Ali untuk memberi penghormatan kepada lagenda tinju dunia tersebut. Jalan di kawasan elit Manhattan itu diganti menjadi jalan Muhammad Ali. Jalan itu terletak di daerah Madison Square Garden, tempat juara dunia tiga kali itu pernah bertanding sebanyak lapan kali. 


Antara dakwahnya secara tak langsung : https://youtu.be/e04bhFCHFZU

JAD, SI ANAK YAHUDI

Saya kongsikan kisah ini : 

JAD,  SI ANAK YAHUDI

Jad,  adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di era tahun 40-an. Tinggal bersama keluarganya di salah satu apartmen di sebuah kota di Perancis. Ia lahir dari keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi.  Ibunya salah seorang professor di universiti terkemuka di Perancis kala itu. 

Di salah satu sudut lantai dasar apartmen tersebut,  ada sebuah toko kecil "serba ada" yang menjadi tempat bagi warga sekitar untuk memenuhi keperluan sehari-hari mereka, termasuk keluarga Jad. Toko itu milik seorang berkebangsaan Turki,  Ibrahim,  67 tahun. Seorang yang sangat sederhana, bukan dari kalangan berpendidikan tinggi. 

Jad kecil hampir setiap hari berbelanja di toko ini. Bila berbelanja,  selalu, tanpa sepengetahuan Ibrahim, -setidaknya begitu persangkaannya-,  diam-diam ia mengambil gula-gula coklat.  Sampai suatu hari ia lupa mengambil ( maaf : mencuri ) gula-gula coklat tersebut. 

Ketika melangkah meninggalkan toko, Ibrahim memanggilnya dan berkata, "Jad, kamu lupa sesuatu, Nak." Jad kecil memeriksa belanjaannya. Tetapi, tidak menemukan sesuatu yang terlupakan. 

"Bukan itu," kata Ibrahim. "Ini." Sambil memegang coklat yang biasa diambil Jad.  Tentu saja Jad terkejut dan ketakutan. Takut bila Ibrahim menyampaikan 'hal memalukan' tersebut ke orang tuanya.  Reaksinya,  bengong dan pucat. 

"Tidak apa-apa, Nak. Mulai hari ini kau boleh mengambil sebuah coklat gratis setiap berbelanja sebagai hadiah. Tapi,  berjanjilah untuk jujur dan mengatakannya,"
kata Ibrahim sambil tersenyum. 

Sejak hari itu, Jad menjadi sahabat Ibrahim. Ia tidak hanya datang menjumpai Ibrahim untuk berbelanja, tetapi juga menjadi tempat bercerita dan menumpahkan keluh kesahnya. 

Bila menghadapi suatu masalah,  Ibrahim adalah orang yang pertama diajaknya berbicara.  Dan, bila itu terjadi,  Ibrahim tidak pernah langsung menjawabnya, namun selalu menyuruh Jad untuk membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan di sebuah kotak kayu. Ibrahim akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara,  kemudian menjelaskan jawaban dari masalah yang dihadapi Jad. 

Hal tersebut berlangsung selama lebih kurang 17 tahun. Sampai satu ketika salah seorang anak Ibrahim mendatangi Jad dan memberikan kotak tersebut kepadanya sambil membawa berita yang sangat menyedihkan Jad yang saat itu telah menjadi pemuda.  Ibrahim, sahabat sejatinya telah meninggal dunia.

Kotak berisi kitab itu diterimanya penuh haru. Jad memperlakukannya dengan takzim sebagai representasi Ibrahim. 

Satu ketika, saat ia berhadapan dengan satu masalah pelik,  ia mengambil kotak dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang sering ia lakukan dengan Ibrahim. Ternyata kitab itu bertuliskan huruf arab. Ia pun memohon temannya berkebangsaan Tunisia untuk menjelaskan makna dari 2 halaman yang dipilihnya secara rawak.

Sang teman ini pun kemudian membacakan makna tulisan itu.  Sungguh,  apa yang disampaikan sahabatnya  seakan bagaikan jawaban khusus bagi masalah yang sedang ia hadapi. Jad lalu bertanya kepada sahabatnya:  "Ini kitab apa..?"

"Al-Quran,  kitab suci Umat Islam."

Terkejut dan takjub Jad mendengar hal tersebut. Ia langsung bertanya bagaimana syarat untuk menjadi seorang muslim. 

Dijawab oleh Si Tunisia : "Mudah, syahadat dan berusaha menjalankan syariah."

Hari itu Jad  masuk Islam dan mengubah namanya menjadi Jadullah Al-Qurani. Dia berjanji untuk mempelajari Al-Quran dengan sebaik-baik dan semampunya. 

Tentu saja keluarganya yang beragama  Yahudi, terutama Ibunya yang profesor, sulit menerima hal tersebut dan berusaha untuk mengembalikan Jad kepada keyakinannya semula. 
Sang Ibu berjuang dengan berbagai cara bahkan mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk memberi pengertian pada Jad. Ini berlangsung selama 30 tahun. 
Tetapi, tidak berhasil.

Pengaruh Ibrahim yang bersahaja, ternyata mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad. 

Jadullah pernah berkata, 

"Saya jadi Muslim di tangan seorang lelaki yang justeru tidak pernah berbicara tentang agama.."
Tak pernah berkata : 
"kamu Yahudi",
"kamu Kafir",
"belajarlah agama",
"jadilah muslim".

"Tapi, ia menyentuh saya dengan akhlak, sebaik-baiknya perilaku. Memperkenalkan kepada saya sebaik-baiknya kitab,   Al-Quran.

Jadullah Al-Qur'ani meninggal di tahun 2003. Dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim--lebih kurang 30 tahun-ia telah mengislamkan lebih dari 6 juta orang di Afrika. 

Sementara Ibunya masuk Islam di tahun 2005, di usia 78 tahun,  dua tahun setelah meninggalnya sang anak tercinta : Jadullah Al-Qur'ani.

*****
Saudaraku... 
Inilah kehebatan Al-Quran. Dan kaedah dakwah yang sangat hebat.
# Ramadhan bulan Al-Quran
# Akrab dengan Al-Quran
# Belajar Al-Quran
# Jom tadarus Al-Quran
# Jauh Al-Quran kita akan buta dan hilang pedoman

Monday, June 13, 2016

Tahniah KESUMA MDL

Tahniah pada Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Lipis kerana membuat dan memulakan  projek Infaq kepada sesiapa yang memerlukan di Masjid Daerah Lipis.
Konsepnya cukup mudah, terbuka pada sesiapa yang ingin memberi infaq berupa makanan dan minuman seperti beras, gula, kicap, sardin dan sebagainya. Letak sahaja ke dalam rak yang disediakan.
Penerimanya pula terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Tidak perlu isi borang atau meminta kebenaran. Kita hanya mengharapkan ketelusan bagi penerima dan keikhlasan bagi pemberi.


 Bersama Al-Fadhil Qadhi, Tuan Setiausaha MDL dan sebahagian penerima sumbangan

 Pihak KESUMA MDL turut memberi sumbangan makanan kepada mereka yang memerlukan



Tuan Setiausaha MDL sedang memberikan taklimat

Rak yang disediakan di Masjid Sultan Mahmud







Catatan imam kecil : Nak Kerat meja

Pagi ni Al-Fadhil Qadhi ajak saya pergi ke kedai kayu. Projeknya ialah untuk kerat meja banquet yang besar menjadi panjang 18 inci sahaja.

Asalnya, disebabkan program Tafaqquh yang berjalan  di Masjid Daerah, maka kami pun meng'oder' meja dari kedai perabut. Dengan saiz meja yang besar dan dewan kelas yang kecil menyebabkan jumlah meja yang boleh masuk ke dalam dewan menjadi terhad.

Tokey kedai bersetuju untuk kerat setiap meja dengan upah RM 20 untuk satu meja. Cuma kami perlu mencari lori atau hilux untuk mengangkutnya. 

Kalau saya seorang nak angkat..fuhh..
 Anak tokey kedai bersama Al-Fadhil Qadhi
Bawa Sebuah dahulu meja banquet, ada 30 lagi

Sunday, June 12, 2016

Catatan Imam Kecil - Sebuah Kuarters Khas

Catatan imam kecil - sebuah kuarters khas

Saya tinggal di kediaman yang diperuntukkan khas buat saya. Tertulis dalam slip gaji perumahan khas. Nampak macam hebat dan mantap je kan?
Tapi realiti sebenar, kuarters saya yang selaku pegawai kerajaan sangatlah dhoif. Musim kemarau sebelum ini yang dikaitkan dengan fenomena elnino, Daerah Lipis memgalami masalah air yang sangat serius, sungai cetek, air sungai kena tarik ke empangan dan paling parah mesin pam air rosak. Setelah semuanya selesai dibaiki. Rumah orang lain telah mempunyai air, tetapi kuartersku masih tiada air, akhirnya pihak PAIP terpaksa tarik cabang paip lain untuk tarik ke kuarters supaya berair.
Kini masalah bekalan elektrik yang selalu putus di kuarters. Ketika tempat lain dan masjid ada, kuarters kami tiada, terkini semakin parah, mungkin perlu dibaiki..
malam ini terpaksa menumpang tidor di pejabat masjid lagi...

Saturday, June 11, 2016

Kelas Qiraat Bulanan di SRITI Pahang

Alhamdulillah, kelas pengajian Qiraat berjalan sebulan sekali bersama para guru SRITI Pahang.
Qiraat mungkin masih baru dan asing di negeri kita. Akan tetapi sampai bila terus asing?,
Jadi kami cuba sekadarnya dengan membuat kelas sebegini dengan harapan memberi pendedahan kepada masyarakat di tempat kita.
Semoga kita semua terus mendalami dan akrab dengan Al-Quran.

Kelas berjalan di SRITI Al-Fateh, Taman Temerloh Jaya

Catatan imam kecil : suara ramadhan dan kipas

Bila tiba ramadhan, masjid menjadi agak sesak pada malamnya berbanding bulan-bulan yang lain. Bila bersesak akan timbullah suara-suara seperti masjid ini panas, kipas tak cukup, kena pasang penghawa dingin (ekon). Ada juga yang berkata duit masjid banyak, gunalah buat beli ekon, jangan simpan je.
Suara-suara tersebut akan hilang selepas musim Ramadhan dan masjid juga sepi dari kelibat suara-suara tersebut.
Bagi saya, keselesaan di masjid juga perlu diambil kira.
Saya syorkan supaya spec bangunan masjid yang diselenggara oleh JKR perlu dimasukkan sekali pemasangan penghawa dingin atau pun kipas gergasi semenjak dari awal lagi.
Tak perlulah setelah beberapa tahun beroperasi, pihak masjid sendiri terpaksa ubahsuai masjid seperti memasang kipas gergasi atau penghawa dingin...
Semoga dengan keselesaan beribadah dan berada di masjid menjadi tarikan untuk orang ramai lebih mesra dan akrab dengan masjid.

Tuesday, June 07, 2016

Catatan Imam Kecil : Menerima APC

Alhamdulillah, terima kasih kepada bos yang memilih saya untuk menerima APC bagi tahun 2015. Untuk Daerah Lipis saya dan Al-Fadhil Qadhi Daerah yang menerimanya. Semoga pengiktirafan ini semakin memotivasikan saya untuk lebih gigih bekerja, memajukan Jabatan Agama Islam Pahang dan menyebarkan risalah dakwah.  

 Naik bas untuk ke tempat program di Manggala Resort

 Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang dan perkhidmatan awam oleh kumpulan koir, mujur warna oren.

Penerima bersama YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri dan YH Dato' Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

Kisah Ramadhan (KIRAM 7) : Iftar hari pertama 1437

"Dalam bulan Ramadhan, saya syorkan jangan baca catatan ini pada hari siang. Saya tulis catatan ini pun pada hari malam". 

Sama seperti tahun-tahun sudah, saya berbuka puasa di masjid. Cuma bezanya Ramadhan tahun ini, masjid kami tidak menganjurkan majlis berbuka puasa secara besaran seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana masjid masih lagi dalam baik pulih (renovation). 

Pentadbiran masjid hanya menyediakan juadah bubur lambuk sepanjang Ramadhan untuk musafir yang singgah berbuka di masjid. Ada pun ahli jemaah digalakkan untuk membawa bekalan masing-masing (pot lak) dan berbuka bersama-sama sambil berkongsi dan bertukar-tukar juadah dengan sahabat jemaah yang lain. 

Bila sebut bubur lambuk, sudah tentu terbayang bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru yang mashyur itu. Saya tidak tahu bagaimana kesedapan bubur lambuk tersebut, kerana belum pernah berpeluang menjamahnya. Namun katerer yang memasak bubur lambuk di masjid kami ini boleh la sedap juga rasanya.

Ketika saya berbuka dengan bubur lambuk  bersama Bilal Johne tadi, teringat kenangan ketika tinggal di Syari'  Khoulusi, Shoubra ketika belajar di sana dahulu. Semua jemaah dibekalkan dengan semangkuk kecil 'Aruz Laban' yang disertakan sebiji kurma. Sesudah menjamah Aruz Laban bersegera kami menunaikan solat maghrib berjemaah, kemudian barulah dihidangkan dengan juadah berat.

Di Mesir Aruz Laban yang sedap itu harganya murah sahaja. Ada kedai khusus yang hanya menjual Aruz Laban. Di Malaysia terdapat juga Aruz Laban dijual di sesetengah restoran nasi arab. Harganya sudah tentu lebih mahal berbanding yang dijual di Mesir. Saya syorkan sahabat-sahabat untuk merasa Aruz Laban. Cuma kadang-kadang restoran nasi arab di sini mereka mencampurkan sekali Za'faran dengan Aruz Laban. Terasa seperti makan minyak wangi, huhu...



Kurma, air zam-zam dan bubur lambuk saya dan bilal

Sesudah solat maghrib, makan nasi bersama Imam Terawih jemputan 

Monday, June 06, 2016

Kisah Ramadhan (KIRAM 6) : YH Dato' Ahmad Faizol Perasmi Imam Terawih di Masjid Lipis 2016

Alhamdulillah, bulan Ramadhan yang mulia telah berkunjung tiba. Istimewa bagi jemaah masjid Daerah Lipis,  solat terawih untuk malam pertama diimamkan oleh YH Dato' Ahmad Faizol bin Ghazali, johan qari tilawah peringkat antarabangsa tahun 2003. Turut sama YH Dato' sebagai bilal ialah ustaz Razuan Jamal, yang pernah menjadi johan Qari tilawah peringkat Negeri Pahang.

YH Dato' mengambil kesempatan menghantar anaknya Umair yang menjadi imam terawih di masjid ini. Umair pernah menjadi imam terawih di masjid ini dua tahun lepas. Semoga YH Dato' Ahmad Faizol, Ustaz Razuan Jamal dikurniakan kesihatan juga buat kita semua.

Ramadhan Karem 


 Selesai solat witir

 Sempat Selfie
 Turut sama Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis

Pegawai masjid bersama YH Dato' Ahmad Faizol.

Rest For Caliph

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri program Rest For Caliph (RFC 1.0) yang diadakan di Kompleks Pendidikan Al-Istiqamah (KOMPAS) Temerloh pada 28 dan 29 Mei 2016. Program julung kali ini dikelolakan di bawah Akademi Al-Istiqamah dengan kerjasama Nadi Al-Bahgdadi Indera Mahkota.

Para peserta dibimbing untuk menghafaz surah pilihan dengan menggunakan kaedah neuro Al-Baghdadi di samping menguasai bahasa perbualan asas dalam bahasa arab dan cina. Peserta juga berpeluang menjalankan aktiviti beriadah dengan berkuda dan memanah.

Insya-Allah Akademi Al-Istiqamah akan merancang untuk mengadakan program-program khususnya untuk para pelajar.

 Kenangan bersama para peserta dan ibu bapa

 Barisan Urusetia bersama Penasihat Akademi Al-Istiqamah


Selesai Kem Intensif Al-Quran di Masjid Kampung Awah

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir di program Kem Intensif Al-Quran di Masjid At-Taqwa Kampung Awah, Maran Pahang. Program Kem Intensif Al-Quran di Masjid Kampung Awah ini adalah yang kedua untuk tahun 2016.
 Semoga program sebegini lebih rancak diadakan lagi. Terima kasih kepada urusetia penganjur serta ibu bapa yang sudi menghantar anaknya ke program Kem Intensif Al-Quran ini.


Sesi taaruf Fasilitator 

Gambar kenangan Urusetia bersama peserta

Urusetia penganjur dan fasilitator


 Adik Dalili, yang membuat sendiri penanda buku bergambarkan haiwan untuk diberi kepada fasilitator dan kawan-kawan sekumpulannya.

 Slot memanah juga ada di kem ini.