Wednesday, August 28, 2019
Nasi goreng biasa
Ruang menunggu yang selesa
Menunggu kereta siap dibaiki. Ada disediakan air minum dan makanan ringan. Nasi lemak pun ada tapi saya ambil snek je.
Elok bagi sektor yang perkhidmatannya memerlukan pelanggan menunggu, selain menyediakan ruang menunggu yang selesa, sediakan juga bahan bacaan, tv dan makan minum yang ringan.
Kebajikan pelanggan perlu dijaga. Jangan anggap kos nak sediakan tu semua sebagai suatu kerugian atau untung jadi kurang. Anggap sahaja sebagai sedekah dan hadiah buat pelanggan kerana menggunakan perkhidmatan kita.
#PermaiMenulis #servis #kebajikan
Sarapan di kedai tayar
Thursday, August 22, 2019
Syeikh Abdullah Basmieh
Tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa melayu di Tanah Melayu
Monday, August 19, 2019
Malam nak makan nasi berlauk
Sejak kecil bila makan malam di rumah, biasanya makan nasi putih berlauk. Lauknya pelbagai jenis. Kadang banyak jenisnya. Kekadang sikit je. Jarang sangat makan nasi goreng atau mee goreng.
Tapi kalau cari kedai makan yang hidangkan nasi berlauk pada hari malam susah nak jumpa.
Banyaknya style masakan panas tukang masak patani. Oder baru depa buat. Paling tak tahannya kena menunggu lama. Ada yang sejam baru makanan sampai.
Nak makan malam nasi putih berlauk yang agak cepat servisnya kena pergi ke Nasi kukus My Mama. Kalau di Temerloh kat Gobang. Style Gobang, lebih cepat dari Nasi Kukus My Mama.
Ada cadangan tempat lain ?
Kedai yang sediakan makan malam nasi putih beraneka lauk.
#PermaiMenulis #makanmalam #dinner #orangksmpung
Saturday, August 10, 2019
Sehari sebelum Raya di jalan raya.
Air tiada masa raya
Esok raya hari ni xde air. Ada yang ke masjid untuk mengangkut air. Mujurnya tangki air masjid besar. Tapi kalau ramai sangat angkut air.. tak tau lah boleh cover berapa hari..bertabahlah ye.
Pesanan : yang nak balik kampung tu, tanya-tanya lah dulu, ada air ke tidak.. Kalau kat kampung xde air jika nak balik juga buatlah persediaan. Seperti stok pakaian dan bawalah balik berkotak air mineral.
#raya #aidiladha #PermaiMenulis
Thursday, August 08, 2019
Bangau bukan sekadar ikan Patin
Bangau oh bangau kenapa engkau kurus...
Di Temerloh terdapat kampung Bangau (tanjung & parit)
Sebut sahaja kampung Bangau, pasti tergambar deretan sangkar ikan patin dan kedai makan gulai ikan patin masak tempoyak.
Namun tahukah suatu masa dahulu, di Bangau Tanjung letaknya pondok pengajian Tuan Kadi Ismail (1650-1720). Pusat pengajian ini membawa kembali fahaman Wihdatul Syuhud yang berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menentang fahaman Wihdatul wujud.
#PermaiMenulis #Bangau #patin #pondok #pahang #sejarah #islam
Monday, August 05, 2019
Muzakarah Jemaah Hakim Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang tahun 2019
Menghadiri Muzakarah Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Pahang tahun 1440H / 2019M di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan.
Program dirasmikan oleh YH Dato' Hj Syed Ahmad Fuad, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Jaip.
Pengisi muzakarah bersama Ustaz Abdul Karim bin Zakaria, pengelola tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. YH Dato' hj Mohamad bin Hasri, Hakim tilawah al-Quran kebangsaan dan antarabangsa. YH Dato' hj Mohd Solahuddin bin Omar, Hakim Tilawah al-Quran kebangsaan dan antarabangsa. YH Dato' hj Ahmad Faizol bin Ghazali, Hakim tilawah Al-Quran kebangsaan dan antarabangsa.
Jom baca al-Quran.
Jom belajar mengaji.
#PermaiMenulis #PermaiMengaji #jaip #kuantan
Friday, August 02, 2019
Daurah Al-Quran online sepanjang Ramadan
Ramadan baru ni berkesempatan join Program Daurah Al-Quran, Madinah Ramadan. Setiap hari dalam bulan Ramadan selama 4 jam. Bagi yang berada jauh macam saya, ikut pengajian secara online. Bagus program macam ini. Zaman sekarang, ruang dan peluang semakin luas. Manfaatkan teknologi untuk kebaikan dan ilmu.
#PermaiMenulis #ramadan #madinahramadan #daurahquran
Wednesday, July 31, 2019
Pembaca kanak-kanak pertama di Pahang
Pada tahun 70an (1975), Seorang kanak-kanak yang bernama Mohamed Shukri Hadafi Aziz, boleh membaca dengan lancar ketika usianya baru 4 tahun. Shukri merupakan anak kepada Aziz Kechik, seorang peneroka di Felda Jengka 12, Pahang. (NST, 1987).
#PermaiMenulis #Tahukah #InfoPermai #baca
Wednesday, July 24, 2019
Merpati yang dapat nama
#PermaiMenulis #merpati #PermaiBerkata
Tuesday, July 23, 2019
JENAZAH YANG PERTAMA GUNA KERANDA
Jenazah pertama yang menggunakan keranda dalam Islam ialah suami Asma' binti 'Umais. Asalnya beliau pernah melihat di Habsyah jenazah dibawa dalam keranda. Adapun Jenazah muslimat yang pertama dibawa dalam keranda ialah Ummul mukminin Sayyidatina Zainab.
Di tempat kita, jenazah biasanya dikebumikan bersama keranda jika sukar untuk dibuat liang lahad. Mungkin jenis tanah perkuburan tersebut berpasir atau berair.
#PermaiMenulis #jenazah #keranda #ingatmati #info
Makan berlaukkan Ikan Haruan
Cuma kalam yang tak 'bes' berkaitan ikan haruan : Haruan makan anak.
Sunday, July 21, 2019
Kezaliman pertama yang dilihat Ibnu Battutah
Cerita Ibnu Battutah : Perbuatan zalim yang pertama kali dilihatnya ialah ketika Amir Kerajaan Muwahhid merampas harta wasiat sebanyak 3000 dinar emas yang perlu diserahkan oleh pemegang amanah kepada penerima-penerima yang telah diwasiatkan oleh pemiliknya.
Muwwahhid asalnya adalah pergerakan politik yang diasaskan oleh Muhammad Ibn Tumart yang mendokong mazhab tauhid salaf. Kemudian kumpulan ini merujuk kepada kaum Hafsi yang memerintah Tunis.
Kezaliman telah berlaku sejak dulu. Cuma versi dan wataknya yang berbeza. Mereka yang zalim pasti akan menerima balasannya. Adapun mereka yang dizalimi doa mereka tiada hijab.
#PermaiMenulis #sejarah #IslamMemimpin #Travel #IbnBattutah #tokoh
Friday, July 19, 2019
Karya sulung Hamka
Karya sulung Dr Hamka berjudul Khatibul Ummah (1925). Tulisan kedua bertajuk Si Sabariah (1928). Keduanya ditulis dalam tulisan jawi. Atau disebut juga dengan huruf melayu.
#PermaiMenulis #sejarah #tokoh #hamka #jawi #bahasamelayu
Tuesday, July 16, 2019
Datang ke Raub untuk buat Angkor Wat
Angkor Wat yang terletak di Kemboja dibina pada abad yang ke 12. Asalnya sebuah kuil hindu sebelum bertukar kepada Budha.
Tahukah bahawa Raja Suryavarman II telah membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas di Raub, Pahang bagi tujuan pembinaan Angkor Wat yang bersejarah itu.
#PermaiMenulis #SejarahPahang #PermaiCare




















